The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by JMTcer.My, 2021-02-15 18:06:21

BUKU TEKS

PERTANIAN TING. 5

Keywords: BUKU TEKS

MATA PELAJARAN ELEKTIF IKHTISAS

PENULIS
DR. SALMIAH JABA
DR. HASSAN ALLI
EDITOR
DR. YUSOF IBRAHIM
EMRAN ZAHRIN MOHAMAD TARAM
PEREKA BENTUK
& ILUSTRATOR
REDZA REDZI MOHD SAID

Multi Educational Book Enterprise

2017



KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

KANDUNGAN Muka Surat
iii
Pendahuluan iv
Penerangan Ikon
1
BAB 1.0 SAINS TUMBUHAN
6
1.1 Fisiologi Tumbuhan 6
1.1.1 Jenis Tumbuhan 14
1.1.2 Struktur Luaran Tumbuhan 21
1.1.3 Struktur Dalaman Tumbuhan 26
1.1.4 Perbezaan Struktur Luaran Tumbuhan 28
1.1.5 Melakar dan Mereka Bentuk Struktur Luaran dan Dalaman Tumbuhan 30
1.1.6 Membina dan Mencipta Model Struktur Dalaman dan Luaran Tumbuhan 32
33
Refleksi 36
Jana Minda 39
1.2 Proses Fisiologi Tumbuhan 50
52
1.2.1 Proses Utama Fisiologi Tumbuhan 55
1.2.2 Hubung kait Proses Fotosintesis 57
1.2.3 Faktor Mempengaruhi Kadar Fotosintesis 60
1.2.4 Kesan Terhadap Pertumbuhan Tumbuhan 61
1.2.5 Menentukan Keperluan Cahaya Untuk Fotosintesis
Refleksi 63
Jana Minda
66
BAB 2.0 PENGELUARAN TANAMAN 67
76
2.1 Projek Tanaman 83
2.1.1 Jenis Tanaman Makanan 87
2.1.2 Mekanisasi Pertanian 91
2.1.3 Penanaman 95
2.1.4 Kepentingan Nutrien 98
2.1.5 Penanaman Menggunakan Tanah dan Tanpa Tanah 104
2.1.6 Pembajaan 111
2.1.7 Pembajaan Tanaman Tanpa Tanah 113
2.1.8 Reka Bentuk Sistem Penanaman 114
2.1.9 Projek Penanaman
iii
Refleksi
Jana Minda

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 116
117
2.2 Pengawalan Perosak Tanaman 120
2.2.1 Perundangan Alam Sekitar Dalam Pengawalan Perosak Tanaman 123
2.2.2 Pengurusan Pengawalan Perosak Tanaman 130
2.2.3 Kaedah Pengawalan Perosak Tanaman 132
2.2.4 Kesan Pengawalan Perosak Tanaman 135
2.2.5 Kesan Aktiviti Pengawalan Perosak Tanaman Terhadap Alam Sekitar 136

Refleksi 139
Jana Minda 140
151
2.3 Penuaian Dan Penyimpanan Hasil Tanaman 155
2.3.1 Penuaian Hasil 157
2.3.2 Kaedah Penyimpanan Hasil Tuaian 158
2.3.3 Pemantauan Kualiti Hasil Tanaman Di Tempat Penyimpanan
160
Refleksi 163
Jana Minda 169
173
2.4 Pemasaran Hasil Tanaman 174
2.4.1 Strategi Pemasaran 178
2.4.2 Kehendak Pasaran 184
2.4.3 Aktiviti Pemasaran Hasil Pertanian 185
2.4.4 Harga Pasaran
2.4.5 Perbandingan Harga Pasaran 187
188
Refleksi 190
Jana Minda 198
201
2.5 Pengurusan Kewangan 203
2.5.1 Modal Permulaan dan Modal Akhir 207
2.5.2 Dokumen 210
2.5.3 Hasil Pendapatan Projek Tanaman 211
2.5.4 Penyata Untung Rugi Projek Tanaman 213
2.5.5 Menghitung Pulangan Modal dan Titik Pulangan Modal 215
2.5.6 Membuat Keputusan
216
Refleksi 217
Jana Minda
Glosari
Indeks
Bibliografi
Senarai Rujukan Laman ICT/QR Code

iv

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

PENDAHULUAN

v

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

PENERANGAN IKON

Info Tambahan
AR-Code

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

1.0 SAINS TUMBUHAN

Selepas mempelajari bab ini, murid akan dapat:
1. Mengenal pasti jenis tumbuhan monokotiledon dan dikotiledon.
2. Menganalisis struktur luaran tumbuhan dan fungsinya iaitu akar, batang, daun dan
bunga.
3. Menganalisis struktur dalaman tumbuhan dan fungsinya iaitu epidermis, stomata, tisu
xilem, tisu floem dan kambium.
4. Membandingkan struktur luaran tumbuhan monokotiledon dan dikotiledon.
5. Melakar dan mereka bentuk struktur dalaman dan luaran tumbuhan.
6. Mencipta model struktur dalaman dan luaran tumbuhan.
7. Menerangkan proses utama fisiologi tumbuhan iaitu fotosintesis, respirasi, penyerapan,
translokasi dan transpirasi.
8. Menghuraikan perkaitan antara proses fotosintesis dengan respirasi, penyerapan,
translokasi dan transpirasi.
9. Mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar fotosintesis dari aspek suhu, karbon
dioksida, klorofil, cahaya dan air.

10. Menghubungkaitkan kesan perubahan suhu, karbon dioksida, klorofil, cahaya dan air
terhadap pertumbuhan tumbuhan.

1

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

1.0 SAINS TUMBUHAN

1.1 Fisiologi Tumbuhan
• Jenis Tumbuhan
• Struktur Luaran Tumbuhan
• Struktur Dalaman Tumbuhan
• Perbezaan Struktur Luaran Tumbuhan
• Melakar dan Mereka Bentuk Struktur

Luaran dan Dalaman Tumbuhan
• Membina dan Mencipta Model Struktur

Luaran dan Dalaman Tumbuhan

2

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

1.2 Proses Fisiologi Tumbuhan
• Proses Utama Fisiologi Tumbuhan
• Hubung kait Proses Fotosintesis
• Faktor Mempengaruhi Kadar Fotosintesis
• Kesan Terhadap Pertumbuhan Tumbuhan
• Menentukan Keperluan Cahaya Untuk
Fotosintesis

3

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

UNIT 1.0 SAINS TUMBUHAN

Sains tumbuhan merujuk kepada kajian tentang tumbuhan dan hubungannya dengan manusia
dan haiwan. Tumbuhan bersifat dinamik dan membesar serta membiak dalam persekitaran yang
bersesuaian. Terdapat tiga bahagian utama tumbuhan iaitu daun, batang dan akar.
Tumbuhan ialah organisma multisel yang berklorofil. Klorofil berfungsi dalam proses
fotosintesis bagi menghasilkan karbohidrat. Tumbuhan membekalkan oksigen (O2) kepada
manusia dan haiwan, manakala karbon dioksida (CO2) yang dihasilkan oleh manusia dan
haiwan pula diperlukan oleh tumbuhan untuk terus hidup. Rajah 1.0 menunjukkan hubungan
manusia dan tumbuhan.

mbebaskan Karbon Dioksida Diperlukan oleh
(CO2)

Me

Manusia Tumbuhan

Diperlukan oleh Oksigen Membebaskan
(O2)

Rajah 1.0 Hubungan manusia dan tumbuhan

Tumbuhan memerlukan tiga keperluan asas iaitu air, udara dan cahaya matahari untuk
proses tumbesaran. Tumbuhan akan mendapatkan air melalui akar, manakala daun
berperanan untuk menyerap udara dan cahaya matahari. Keperluan yang mencukupi daripada
ketiga-tiga sumber ini membolehkan tumbuhan hidup subur dan mengeluarkan hasil yang
berkualiti. Jadual 1.0 menunjukkan keperluan asas tumbuhan dan fungsi.

Keperluan Asas Jadual 1.0 Keperluan asas tumbuhan dan fungsi
Tumbuhan Fungsi

Air • Membantu dalam proses fotosintesis

• Melarutkan garam mineral dan bahan makanan

• Menyejukkan tumbuhan melalui proses transpirasi

• Memberikan sokongan pengapungan untuk tumbuhan akuatik

• Mengekalkan kesegahan sel tumbuhan

Udara • Membantu tumbesaran tumbuhan di mana karbon dioksida
diperlukan untuk proses fotosintesis

Cahaya matahari • Sumber tenaga

• Keperluan untuk melakukan fotosintesis

Info Tambahan

Udara ialah campuran beberapa jenis gas yang terdiri daripada 78% nitrogen, 21% oksigen, 0.03%
karbon dioksida, 0.97% gas nadir dan bahan-bahan lain seperti habuk dan mikroorganisma.

4

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Taburan tumbuhan di muka bumi dipengaruhi oleh keadaan persekitarannya. Terdapat tiga
faktor utama yang mempengaruhi taburan kepelbagaian jenis tumbuhan seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 1.1.

Faktor Mempengaruhi Taburan Kepelbagaian Jenis Tumbuhan

Iklim Bentuk Muka Bumi Jenis Tanah

Rajah 1.1 Faktor mempengaruhi taburan kepelbagaian jenis tumbuhan

Tumbuhan juga sangat penting untuk keseimbangan ekosistem bumi. Rajah 1.2 menunjukkan
kepentingan tumbuhan.

Rajah 1.2 Kepentingan tumbuhan Laman ICT

Laman ICT

Apakah perbezaan di antara
ekosistem dan ekologi serta
fungsinya? Bincangkan.

Bilangan Pokok Bagaimana Pokok
Di Dunia Membersihkan Udara

Info Tambahan

Terdapat sekitar 350 000 spesies tumbuhan di dunia dan daripada jumlah tersebut 258 650 jenis
merupakan tumbuhan berbunga, manakala sebanyak 18 000 pula dikategorikan sebagai jenis tumbuhan
lumut. Hampir 70% spesies yang diketahui terdapat di Malaysia yang dianggarkan berjumlah 15 000
spesies daripada jenis vaskular (National Biodiversity Centre, 2016).

5

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

1.1 Fisiologi Tumbuhan

Fisiologi tumbuhan merupakan salah satu cabang biologi tentang fungsi hidup tumbuhan dari segi
fizikal dan biokimia. Fungsi hidup tumbuhan ini merangkumi proses tumbesaran, fotosintesis,
respirasi, transpirasi dan translokasi.

1.1.1 Jenis Tumbuhan

Tumbuhan terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu tumbuhan berbunga (angiosperma) dan
tumbuhan tidak berbunga (gymnosperma). Rajah 1.3 menunjukkan jenis tumbuhan.

Tumbuhan

Berbunga Tidak Berbunga

Monokotiledon Dikotiledon Alga Lumut Paku Pakis Kulat

Rajah 1.3 Jenis tumbuhan

Tumbuhan wujud dengan ciri-ciri morfologi, anatomi dan fisiologinya yang tersendiri.
Tumbuhan diklasifikasikan dan disusun dalam pertalian hierarki berdasarkan persamaan ciri-
cirinya. Setiap sub-kelas dalam kumpulan tumbuhan dipanggil Order iaitu merujuk kepada
kumpulan tumbuhan yang mempunyai kesamaan genetik secara umum. Seterusnya, kumpulan
tumbuhan yang mempunyai genetik lebih khusus pula terbahagi kepada dua iaitu Genus dan
Spesies. Jadual 1.1 menunjukkan contoh tatanama binomial tumbuhan.

Jadual 1.1 Contoh tatanama binomial tumbuhan

Nama Alam Order Famili Sub Genus Spesies Nama
Binomial Famili Tempatan
Tumbuhan Myrtales Myrtaceae
Psidium Myrtoideae Psidium guajava Jambu batu
guajava
Tumbuhan Fabales Fabaceae Faboideae Arachis hypogaea Kacang tanah
Arachis
hypogaea Tumbuhan Asparagales Amaryllidaceae Allioideae Allium cepa Bawang

Allium
cepa

Info Tambahan

Pada abad ke-18, Carolus Linnaeus yang merupakan ahli botani Sweden telah memperkenalkan Sistem
Tatanama Binomial untuk mengenal pasti jenis tumbuhan berasaskan dua perkataan iaitu Genus dan
Spesies. Genus merujuk kepada kumpulan tumbuhan yang sama atau serupa, manakala Spesies pula
merupakan kumpulan tumbuhan yang mempunyai kesamaan atau hampir sama dari segi morfologi
dan membiak sesama sendiri dengan bebas.

6

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Tumbuhan Berbunga

Bunga pada tumbuhan berbunga berfungsi sebagai organ pembiakan yang akan menghasilkan
buah dan biji benih. Tumbuhan berbunga diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu monokotiledon
dan dikotiledon. Contoh tumbuh-tumbuhan monokotiledon dan dikotiledon (Gambar foto 1.0).

Monokotiledon Dikotiledon

Jagung Mangga

Pisang Getah

Padi Rambutan

Orkid Durian

Gambar foto 1.0 Contoh tumbuh-tumbuhan monokotiledon dan dikotiledon

7

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Monokotiledon ialah tumbuhan berbunga yang mempunyai satu kotiledon, manakala dikotiledon
pula mempunyai dua kotiledon. Rajah 1.4 menunjukkan tumbuhan monokotiledon dan dikotiledon
berdasarkan bilangan kotiledon pada bijinya.

Monokotiledon (satu kotiledon) Dikotiledon (dua kotiledon)
Kotiledon Epikotil

Epikotil Hipokotil

Hipokotil Kotiledon

Rajah 1.4 Tumbuhan monokotiledon dan dikotiledon berdasarkan bilangan kotiledon pada bijinya

Tumbuhan Monokotiledon
Tumbuhan monokotiledon terbahagi kepada lima kumpulan famili tumbuhan seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1.5.

Tumbuhan Monokotiledon

Famili Rumput Famili Pisang Famili Herba

Famili Palma Famili Orkid

Rajah 1.5 Tumbuhan monokotiledon

Kebanyakan tumbuhan monokotiledon terutamanya jenis makanan ditanam dalam
jangka masa yang singkat iaitu kurang daripada 12 bulan penuaian hasil. Tumbuhan
ini menyumbang kepada sumber ekonomi berasaskan pertanian bagi sesebuah negara.
Bincangkan berserta contoh tumbuhan dan negara.

Info Tambahan

Kotiledon merupakan bahagian pada embrio yang bakal membentuk daun dan menjadi sumber
makanan ketika percambahan biji benih sehingga tumbuhan mampu menjalankan fotosintesis.

8

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Famili Rumput
Tumbuhan famili rumput (Poaceae) memiliki akar serabut, daun berbentuk linear yang mempunyai
tulang daun selari bersambung dengan batangnya, batang berongga dan bunga berbentuk butiran.
Contoh tumbuhan famili rumput ialah Jagung, Gandum, Tebu dan Padi.

Gandum Tebu

Famili Palma

Tumbuhan famili palma (Palmae) memiliki batang tinggi dan lurus (tidak bercabang), batang
beruas dan tidak mempunyai kambium sebenar, akar jenis serabut dan bentuk bunga yang tersusun.
Contoh tumbuhan famili palma ialah Kelapa, Kelapa Sawit, Nibung, Nipah, Sagu dan Pinang.

Pinang Kelapa Sawit

Famili Pisang

Tumbuhan famili pisang (Musaceae) mempunyai daun pelepah, tulang daun pinat, batang palsu
(batang sebenar di dalam tanah dipanggil umbisi) dan bunga jenis majmuk. Contoh famili
tumbuhan ini ialah Pisang Emas dan Heliconia.

Pokok Pisang Emas Heliconia

9

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Famili Orkid
Tumbuhan famili orkid (Orchidaceae) merupakan tumbuhan untuk hiasan yang cantik. Tumbuhan
famili orkid mempunyai akar serabut dan organ pembiakan jantan dan betina. Contoh tumbuhan
famili ini ialah Orkid Moth dan Orkid Sliper.

Orkid Moth Orkid Sliper

Famili Herba

Tumbuhan famili herba (Zingiberaceae) ialah tumbuhan renek berbatang lembut atau batang
tidak berkayu yang mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat makanan dan kecantikan.
Tumbuhan famili herba ialah Kunyit, Halia dan Lidah Buaya.

Kunyit Lidah Buaya

Tumbuhan Dikotiledon

Tumbuhan dikotiledon terbahagi kepada lima kumpulan famili tumbuhan seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 1.6.

Tumbuhan Dikotiledon

Famili Tumbuhan Bergetah Famili Terung Famili Bunga Bertangkai

Famili Kekacang Famili Jambu

Rajah 1.6 Tumbuhan dikotiledon
10

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Famili Tumbuhan Bergetah
Tumbuhan famili tumbuhan bergetah (Euphorbiaceae) merupakan tumbuhan yang mengeluarkan
getah terutama pada bahagian batangnya. Contoh famili tumbuhan ini ialah Lobak, Ubi Kayu dan
Pokok Getah.

Ubi Kayu Pokok Getah

Famili Kekacang

Tumbuhan famili kekacang (Leguminosae) mempunyai bunga berbentuk kupu-kupu. Contoh
famili tumbuhan ini ialah Kacang Soya dan Kacang Tanah.

Kacang Tanah Kacang Soya

Famili Terung

Tumbuhan famili terung (Solanaceae) mempunyai buah yang terletak di dasar bunga. Contoh
famili tumbuhan ini ialah Terung, Cili dan Tomato.

Terung Tomato

11

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Famili Jambu
Tumbuhan famili jambu (Myrtaceae) memiliki daun tunggal, batang berkayu dan akar tunjang.
Contoh famili tumbuhan ini ialah Jambu Air dan Jambu Batu.



Jambu Air Jambu Batu

Famili Bunga Bertangkai

Tumbuhan famili bunga bertangkai (Asteraceae) merupakan tumbuhan jenis bunga bertangkai
seperti Bunga Matahari dan Bunga Daisy.

Bunga Matahari Bunga Daisy

Info Tambahan

Tumbuhan berbunga membekalkan peratusan yang tinggi sebagai makanan asas manusia sama ada
secara langsung atau melalui ternakan. Dari kesemua keluarga tumbuhan berbunga, famili rumput
membekalkan sebahagian besar makanan seperti Padi, Jagung, Gandum, Barli, Oat dan Tebu.

Laman ICT Laman ICT

Teknik Mengenal Tumbuhan Struktur Tumbuhan dan Fungsi
12

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Tumbuhan Tidak Berbunga
Tumbuhan tidak berbunga ialah tumbuhan yang membiak melalui spora. Tumbuhan ini tidak
mempunyai bunga, buah dan biji benih. Rajah 1.7 menunjukkan jenis tumbuhan tidak berbunga.

Tumbuhan Tidak Berbunga

Alga Kulat Lumut Paku Pakis

Alga Rajah 1.7 Tumbuhan tidak berbunga
Kulat

Alga merupakan jenis tumbuhan yang hidup di Kebanyakan kulat hidup di kawasan lembap.
darat dan laut. Alga berwarna hijau berklorofil Kulat tidak mempunyai batang, akar, daun
dan tidak mempunyai batang, akar dan daun yang sebenar, tidak berklorofil dan tidak
yang sebenar. Tumbuhan ini menghasilkan boleh melakukan fotosintesis. Namun kulat
spora untuk pembiakan. Contoh tumbuhan alga menghasilkan spora untuk pembiakan.
ialah Spirogira, Klamidomonas dan Rumpai Contoh tumbuhan kulat ialah Yis, Mukor,
Laut. Cendawan dan Kulat Tetupai.

Rumpai Laut Cendawan

Lumut Paku Pakis

Lumut hidup di tempat yang lembap dan berair. Paku pakis hidup di kawasan yang lembap
Lumut mempunyai daun berklorofil dan rizoid dan teduh. Paku pakis mempunyai batang
(akar rambut) sebagai akar. Lumut boleh tidak berkayu, daun berklorofil dan akar
membuat makanan sendiri dan menghasilkan serabut. Paku pakis menghasilkan spora
spora untuk pembiakan. Contoh tumbuhan untuk pembiakan. Contoh tumbuhan paku
lumut ialah Lumut Hati dan Lumut Biasa. pakis ialah Paku Resam dan Paku Gajah.

Lumut Hati Paku Resam

13

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

1.1.2 Struktur Luaran Tumbuhan

Struktur luaran tumbuhan dikenali sebagai morfologi tumbuhan. Tumbuhan tumbuh dengan tiga
keadaan iaitu menegak, merayap dan menjalar. Rajah 1.8 menunjukkan struktur luaran tumbuhan.

Struktur Luaran Tumbuhan

Akar Batang Daun Bunga

Rajah 1.8 Struktur luaran tumbuhan

Akar

Akar merupakan bahagian penting pada semua jenis tumbuhan. Kedudukan akar tumbuhan
kebanyakannya berada di dalam tanah. Akar tumbuhan terbahagi kepada dua jenis iaitu akar
tunjang dan akar serabut. Akar tunjang mempunyai satu akar yang besar diikuti dengan beberapa
cabang akar yang lebih kecil. Akar tunjang dibahagikan kepada dua jenis akar iaitu akar tunjang
tidak bercabang atau sedikit bercabang dan akar tunjang bercabang. Akar serabut pula merupakan
akar yang terbentuk daripada bahagian pangkal batang yang bersaiz kecil. Akar serabut berfungsi
sebagai memperkukuh tumbuhan dan menyerap air serta garam mineral dari tanah. Gambar foto
1.1 menunjukkan jenis akar tumbuhan.

Akar Tunjang Akar Serabut

Gambar foto 1.1 Jenis akar tumbuhan

Info Tambahan

Pertumbuhan akar pada umumnya, mengarah ke pusat bumi atau menuju ke kawasan air. Bentuk akar
sebahagiannya meruncing pada bahagian hujung bertujuan untuk memudahkannya menembusi tanah.
Ukuran panjang akar bergantung kepada jenis tumbuhan. Walau bagaimanapun, panjang akar boleh
dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti ketelapan tanah, ketersediaan air dan garam mineral serta
kelembapan tanah.

14

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Struktur Luaran Akar
Akar berfungsi untuk menguatkan dan menegakkan tumbuhan di samping menyerap air dan garam
mineral dari dalam tanah. Terdapat juga tumbuhan yang menggunakan akarnya untuk tujuan
pernafasan dan menyimpan makanan. Rajah 1.9 menunjukkan struktur luaran akar tumbuhan.

Pangkal Akar Batang Akar

Cabang Akar

Rambut Akar Serabut Akar

Hujung Akar Tudung Akar

Rajah 1.9 Struktur luaran akar tumbuhan

Terdapat tujuh bahagian utama struktur luaran akar tumbuhan. Jadual 1.2 menunjukkan tujuh
bahagian utama struktur luaran akar tumbuhan.

Jadual 1.2 Bahagian utama struktur luaran akar tumbuhan

Bahagian Keterangan

Pangkal Akar • Bahagian akar yang bersambung dengan pangkal batang tumbuhan.

Batang Akar • Bahagian akar yang terdapat di antara pangkal akar dan hujung akar.
Terdapat cabang-cabang akar yang masing-masing memiliki cabang akar
Cabang Akar yang lebih kecil.

Rambut Akar • Bahagian akar yang terkeluar daripada batang akar. Bersaiz kecil
Serabut Akar berbanding dengan batang akar dan lebih banyak mengikut jenis
Hujung Akar tumbuhan.

• Berperanan untuk memperluas penyerapan akar sehingga lebih banyak
air dan garam mineral boleh diserap.

• Cabang akar yang lebih halus. Berbentuk serabut berbanding dengan
rambut akar.

• Bahagian akar yang paling muda yang masih berlakunya pertumbuhan.
Titik tumbuh akar yang dilindungi oleh tudung akar.

Tudung Akar • Bahagian akar yang terletak paling hujung. Berperanan untuk melindungi
hujung akar daripada rosak apabila menembusi tanah.

Jenis tanah sangat mempengaruhi pertumbuhan akar tumbuhan.
Bincangkan.

15

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Batang
Batang ialah bahagian utama tumbuhan berada di atas tanah yang menyokong bahagian-
bahagian lain tumbuhan seperti daun, bunga dan buah. Kebiasaannya, batang berbentuk bulat
dan mempunyai ruas serta terdapat ruas di antara ruas. Pada bahagian ruas akan tumbuh sama
ada bunga atau daun. Rajah 1.10 menunjukkan fungsi batang tumbuhan.

Menyokong Mengangkut Tempat
Tumbuhan Zat Makanan Tumbuh Daun,
Bunga, Buah
Hasil
Fotosintesis dan Dahan

Fungsi
Batang
Tumbuhan

Membantu Mengangkut
Proses Air dan Garam

Pernafasan Mineral
Pada Lentisel

Rajah 1.10 Fungsi batang tumbuhan

Struktur Batang Tumbuhan

Batang tumbuhan mempunyai sifat yang berbeza-beza. Batang tumbuhan dikategorikan kepada
dua iaitu batang berkayu dan batang tidak berkayu. Struktur batang berkayu pada tumbuhan
mempunyai lentisel yang berperanan untuk berhubung dengan bahagian dalaman bagi penukaran
gas. Pada batang tumbuhan berkayu juga terdapat klorofil terutama pada batang berkayu muda
yang boleh melakukan fotosintesis. Batang tidak berkayu mempunyai epidermis yang tipis dan
tidak mempunyai gabus. Gambar foto 1.2 menunjukkan jenis batang tumbuhan.

Batang Berkayu Batang Tidak Berkayu

Gambar foto 1.2 Jenis batang tumbuhan
16

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Daun

Daun merupakan salah satu bahagian yang tumbuh dari ranting. Daun berwarna hijau disebabkan
kandungan klorofil. Klorofil ialah pigmen yang berperanan menyerap cahaya matahari dan
diperlukan dalam proses fotosintesis. Daun kaya dengan klorofil terutamanya daun yang muda,
manakala daun tua akan kehilangan klorofil sehingga warnanya berubah menjadi kuning atau
merah. Daun memiliki pigmen lain seperti Karotena (berwarna jingga), Xantofil (berwarna
kuning) dan Antosianin (berwarna merah, biru atau ungu). Daun tumbuhan juga melakukan proses
respirasi, transpirasi dan translokasi. Rajah 1.11 menunjukkan fungsi daun tumbuhan.

Translokasi Transpirasi

Fungsi
Daun

Respirasi Fotosintesis

Rajah 1.11 Fungsi daun tumbuhan

Bentuk Helaian Daun
Daun mempunyai pelbagai bentuk, saiz, ketebalan dan fungsi. Bentuk helaian daun dipengaruhi
oleh susunan tulang daun. Rajah 1.12 menunjukkan beberapa contoh bentuk daun tumbuhan.

Bentuk Daun Tumbuhan

Bentuk Daun Bentuk Daun Bentuk Daun Bentuk Daun
Lanseolat Obovat Kordat Linear

Rajah 1.12 Contoh bentuk daun tumbuhan

Info Tambahan
Lentisel merupakan lubang-lubang kecil yang terdapat pada batang tumbuhan. Pada batang tumbuhan
dewasa, stomata akan menghilang dan digantikan dengan lentisel.

17

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Bentuk Daun Lanseolat Bentuk Daun Obovat

Daun yang menjulur dari bahagian tengah Daun mempunyai satu tulang daun besar
seperti berbentuk tulang ikan. Contoh, daun yang tersusun seperti jari-jari tangan manusia.
mangga, daun jambu dan daun rambutan. Contoh, daun betik, daun getah dan daun ubi
kayu.

Bentuk Daun Kordat Bentuk Daun Linear

Daun mempunyai garis-garis melengkung. Daun mempunyai bentuk memanjang dari
Setiap hujung tulang daun melengkung akan pangkal daun sehingga ke hujung daun. Daun
bercantum. Contoh, daun sirih dan daun lada ini mempunyai susunan tulang daun selari.
hitam. Contoh, daun tebu dan daun pandan.

Struktur Daun Lamina
Tunas daun
Struktur daun dibahagikan kepada dua
iaitu daun tunggal dan daun majmuk. Petiol / Tangkai daun
Daun tunggal (single leaf) merujuk Aksil
kepada satu helai daun pada setiap satu Rajah1.13 Bahagian daun tunggal
tangkai yang melekat terus ke dahan
atau batang tumbuhan. Daun tunggal
mempunyai bahagian-bahagian daun
yang berbeza dengan tumbuhan lain
(Rajah 1.13). Tempat letaknya daun pada
batang tumbuhan dikenali sebagai aksil.

18

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Daun majmuk (compound leaf) pula ialah daun yang terbahagi kepada beberapa anak daun
atau mempunyai lebih daripada satu helaian daun yang terlekat pada tangkai daun yang sama.
Daun majmuk dibahagikan kepada lima jenis daun iaitu:

Palmat (palmate) - daun bercantum di bahagian Trifoliat Palmat (palmately trifoliate) -
tengah iaitu pada tangkai daun tumbuhan. mengandungi tiga anak daun tersusun secara
palmat.

Pinat Ganjil (odd pinnate) - mempunyai satu Pinat Genap (even pinnate) - mempunyai dua

anak daun di hujung. anak daun di hujung.

Bipinat (bipinnate) - mempunyai anak daunnya tumbuh secara berpasangan pada batang yang
berpasangan.

19

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Bunga
Bunga sangat penting untuk tumbuhan berbunga (angiosperma) kerana menentukan generasi
tumbuhan tersebut. Bunga merupakan organ pembiakan tumbuhan yang akan menghasilkan sama
ada buah atau biji benih iaitu hasil daripada proses pendebungaan. Bunga juga mempunyai nilai
estetika yang sering dimanfaatkan dan mempunyai nilai keindahan. Kebanyakan jenis tumbuhan
berbunga mempunyai kedua-dua bahagian jantan (stamen) dan betina (pistil) yang berupaya untuk
melakukan persenyawaan. Terdapat juga tumbuhan yang hanya memiliki sama ada bahagian jantan
atau betina secara berasingan. Bahagian jantan akan menghasilkan debunga (gamet jantan) dan
bahagian betina pula akan menghasilkan ovul (gamet betina). Rajah 1.14 menunjukkan bahagian
bunga.

Ranggi Stigma
Stil

Anter Pistil
Filamen (Betina)

Stamen Ovari
(Jantan) Ovul

Sepal

Struktur dan Fungsi Bunga Rajah 1.14 Bahagian bunga

Setiap bahagian bunga mempunyai peranan dan fungsi tertentu. Jadual 1.3 menunjukkan struktur

dan fungsi bunga.
Jadual 1.3 Struktur dan fungsi bunga

Struktur Bunga Fungsi

Sepal • Terletak di bahagian luar bunga dan kebiasaannya berwarna hijau
Stamen • Berfungsi melindungi bunga semasa peringkat kudup
Anter
Pistil • Organ pembiakan jantan
Stil
Ovari • Berfungsi untuk menghasilkan butir debunga yang akan digunakan dalam
Ovul proses pendebungaan

• Organ pembiakan betina

• Berfungsi untuk penyokong stigma dan menerima butir debunga yang
dihasilkan daripada stamen

• Menghasilkan ovul

• Mengandungi sel gamet betina

Pendebungaan berlaku melalui dua kaedah iaitu pendebungaan sendiri (self-pollination)
dan pendebungaan kacuk (cross-pollination).

Bincangkan proses pendebungaan tersebut.

20

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

1.1.3 Struktur Dalaman Tumbuhan

Struktur dalaman tumbuhan dikenali sebagai anatomi tumbuhan. Struktur dalaman utama
tumbuhan terdiri daripada stomata, xilem, floem, epidermis dan kambium (Rajah 1.15).

Kambium

Stomata Epidermis

Struktur
Dalaman
Tumbuhan

Xilem Floem

Rajah 1.15 Struktur dalaman tumbuhan

Tumbuhan terdiri daripada gabungan kepelbagaian sel. Setiap sel tumbuhan terdiri daripada
sitoplasma dan organel. Sitoplasma merupakan cecair yang terdapat di dalam membran sel yang
memegang setiap unit sel dalaman yang dipanggil Organel. Kebanyakan sel tumbuhan mengalami
proses mitosis dan meiosis (pembahagian sel). Setiap sel akan membesar menyebabkan berlakunya
tumbesaran terhadap tumbuhan. Walau bagaimanapun, sebahagian sel boleh membentuk sel-sel
baharu yang tidak sama serta menghasilkan sel lain yang dikenali sebagai multisel.

Struktur Anatomi Akar
Struktur akar tumbuhan mempunyai kepelbagaian bentuk bergantung kepada fungsinya. Struktur
utama anatomi akar terbahagi kepada lima bahagian seperti dinyatakan di bawah. Rajah 1.16
menunjukkan struktur anatomi akar.

Epidermis - terletak di bahagian luar akar. Epidermis berfungsi sebagai tempat masuknya air
dan garam mineral.

Korteks - terletak di sebelah dalam epidermis. Korteks berfungsi sebagai ruang penukaran gas
dan tempat menyimpan makanan.

Endodermis - terletak di sebelah dalam korteks dan di luar perisikel. Endodermis berfungsi
sebagai pengatur larutan yang diserap ke dalam pembuluh dan menyimpan zat makanan.

Empulur - terletak di bahagian paling tengah akar. Empulur juga dikenali sebagai silinder pusat.
Empulur berfungsi sebagai tempat menyimpan makanan.

Perisikel - terletak di sebelah dalam lapisan endodermis. Perisikel berfungsi sebagai pembentuk
cabang akar dan kambium gabus.

21

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Endodermis

Xilem

Empulur Epidermis
Korteks

Floem

Akar Monokotiledon Perisikel Akar Dikotiledon

Rajah 1.16 Struktur anatomi akar

Struktur Anatomi Batang

Anatomi batang monokotiledon sangat berbeza dengan batang dikotiledon (Rajah 1.17). Walau
bagaimanapun, secara umumnya terdapat susunan jaringan dari luar ke dalam yang menyamai
jaringan akar. Antara jaringan tersebut ialah:

Epidermis - terdiri daripada satu lapisan sel yang tersusun dan rapat serta tiada ruang. Dinding
sel epidermis dilapisi oleh kutikel yang tebal. Epidermis berfungsi sebagai pelindung pada
lapisan-lapisan yang terdapat di dalamnya.

Korteks - merupakan jaringan parenkima yang terdiri dari beberapa lapisan sel dinding tipis
yang memiliki vaskular besar. Korteks mempunyai ruang-ruang antara sel dan berfungsi sebagai
ruang penukaran udara.

Endodermis - merupakan bahagian kulit dalam yang tersusun di atas selapis sel. Endodermis
merupakan pemisah di antara korteks dengan empulur.

Empulur - merupakan bahagian tengah batang. Pada bahagian empulur terdapat xilem di
bahagian dalam dan floem di bahagian luar. Pada tumbuhan dikotiledon, terdapat kambium di
antara xilem dan floem, manakala tumbuhan monokotiledon tidak memiliki kambium. Kambium
menyebabkan batang tumbuhan dikotiledon membesar.

Monokotiledon Dikotiledon

Floem

Xilem
Kambium
Korteks
Endodermis
Epidermis

Empulur
Rajah 1.17 Struktur anatomi batang
22

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Pertumbuhan Batang
Pertumbuhan pada batang tumbuhan dibahagikan kepada dua jenis iaitu bercabang dan tidak
bercabang. Tumbuhan tidak bercabang merupakan kumpulan tumbuhan monokotiledon yang
dikenali sebagai monopodial. Tumbuhan bercabang pula ialah dikotomus (bercabang dua) daripada
jenis tumbuhan dikotiledon. Rajah 1.18 menunjukkan dua jenis pertumbuhan cabang tumbuhan.

Monopodial Dikotomus
(Tumbuhan Monokotiledon) (Tumbuhan Dikotiledon)

Rajah 1.18 Pertumbuhan cabang tumbuhan

Struktur Anatomi Daun

Anatomi daun terdiri daripada jaringan yang mempunyai fungsi tertentu. Epidermis pada daun
merupakan sel-sel yang tersusun dari satu lapisan sel menyebabkan dindingnya menjadi tebal.
Kebiasaannya, lapisan epidermis pada daun hanya terdiri daripada satu lapisan sel yang terbahagi
kepada dua bahagian iaitu bahagian atas dan bahagian bawah daun. Berkas vaskular terdiri
daripada xilem dan floem. Xilem berfungsi sebagai pengangkut air dan garam mineral dari akar ke
daun untuk proses fotosintesis. Floem pula berperanan membawa makanan hasil daripada proses
fotosintesis ke seluruh bahagian tumbuhan. Rajah 1.19 menunjukkan struktur anatomi daun.

Kutikel Epidermis Atas

Jaringan Mesofil Xilem Berkas Vaskular
Floem

Epidermis Bawah

Stomata Sel Pengawal

Rajah 1.19 Struktur anatomi daun

Info Tambahan

Stolon merupakan modifikasi batang yang tumbuh menjalar di
permukaan tanah. Stolon ialah jenis khusus batang tumbuhan yang
digunakan untuk berkembang biak. Pada bahagian batang yang
menyentuh tanah akan tumbuh tunas yang berakar dan berdaun.
Tunas ini akan tumbuh menjalar dan tidak lagi bergantung kepada
induknya. Contoh tumbuhan ini ialah kangkung dan rumput.

23

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Struktur Anatomi Bunga

Bunga terhasil pada masa-masa tertentu iaitu bermula dari peringkat pembiakan. Pada bunga
terdapat bahagian yang akan menghasilkan debunga dan ovul. Debunga pada anter (gamet jantan)
berfungsi sebagai organ pembiakan jantan, manakala ovul (gamet betina) pula terdapat di dalam
organ pembiakan betina yang dikenali sebagai ovari (Rajah 1.20).

Debunga Stigma

Anter Stil
Filamen
Ovul
Organ Pembiakan Jantan Ovari

Organ Pembiakan Betina

Rajah 1.20 Organ pembiakan bunga

Ciri-ciri dan Fungsi Tisu Dalam Tumbuhan

Terdapat dua jenis tisu pada tumbuhan iaitu tisu meristem dan tisu kekal. Tisu meristem terdiri
daripada sel yang bersaiz kecil, berdinding nipis, nukleus besar, sitoplasma padat dan tiada vakuol.
Ini merupakan sel-sel muda aktif yang belum matang, manakala tisu kekal pula ialah tisu matang
yang telah mengalami perubahan atau akan mengalami perubahan. Tisu utama tumbuhan adalah
stomata, xilem dan floem, epidermis dan kambium.

Stomata - merujuk kepada sel pada dinding luar sel epidermis iaitu sel pengawal yang wujud
berpasangan dan berbentuk sabit atau separa bulat. Terdapat kloroplas di dalam sel stomata
yang berfungsi mengawal pergerakan ke dalam dan ke luar antara air dan gas. Pembukaan dan
penutupan struktur stomata adalah hasil daripada perubahan di dalam kesegahan sel antara sel
epidermis bersebelahan. Rajah 1.21 menunjukkan struktur stomata.

Stomata Nukleus

Kloroplas

Lompang

Sel Pengawal

Nukleus Dinding Luar Sel
24
Stomata Tertutup Stomata Terbuka

Rajah 1.21 Struktur stomata

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Xilem dan Floem - Xilem merupakan dinding yang paling keras. Xilem berfungsi mengalirkan air
dan garam mineral dari akar ke daun serta menguatkan batang tumbuhan. Xilem membawa bahan
larut naik sehingga ke pucuk tumbuhan bagi proses fotosintesis dan respirasi, manakala floem
berbentuk dinding yang nipis. Floem berfungsi mengangkut dan mengedarkan zat-zat makanan
atau bahan larutan organik yang terhasil daripada proses fotosintesis dari daun ke seluruh bahagian
tumbuhan. Rajah 1.22 menunjukkan struktur jaringan xilem dan floem.

Korteks Kambium
Epidermis

Xilem Floem Xilem Floem

Kambium

Rajah 1.22 Struktur jaringan xilem dan floem

Epidermis - merupakan satu lapisan sel permukaan yang menyelaputi semua tisu primer. Ia
melindungi tisu primer daripada kekeringan dan kecederaan mekanikal. Epidermis di bahagian
bawah mempunyai lebih banyak stomata berbanding epidermis di bahagian atas (Rajah 1.23).

Kutikel Epidermis Atas
Epidermis Bawah Jaringan Mesofil

Stomata

Rajah 1.23 Struktur epidermis

Kambium - merupakan bahagian antara xilem primer dan floem primer yang dinamakan
sebagai kambium vaskular. Kambium membentuk floem sekunder dan xilem sekunder (Rajah
1.24).

Kambium Antara Vaskular Kambium Vaskular
Xilem Primer Floem Primer

Kambium Antara Vaskular

Xilem Primer Kambium Vaskular

Rajah 1.24 Struktur kambium

25

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

1.1.4 Perbezaan Struktur Luaran Tumbuhan

Struktur monokotiledon dan dikotiledon dibezakan melalui lima perkara iaitu akar, batang,
daun, bunga dan biji benih. Gambar foto 1.3 menunjukkan perbezaan struktur luaran tumbuhan
monokotiledon dan dikotiledon.

Monokotiledon Dikotiledon

Akar Serabut Akar Tunjang

Batang Tidak Berkayu Batang Berkayu

Urat Daun Selari Urat Daun Jejala
26

Monokotiledon KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Dikotiledon

Tiga Atau Gandaan Tiga Dalam Satu Pusar Empat Atau Lima Ranggi

Biji Benih (Satu Kotiledon) Biji Benih (Dua Kotiledon)

Gambar foto 1.3 Perbezaan struktur luaran tumbuhan monokotiledon dan dikotiledon

Laman ICT Laman ICT Laman ICT

Bahagian dan Fungsi Anatomi Tumbuhan Struktur Tumbuhan
Tumbuhan

Info Tambahan

Ubi terdiri daripada batang yang membengkak untuk menyimpan makanan. Batangnya
sentiasa berada di bawah permukaan tanah. Ubi mempunyai struktur yang hampir sama dengan
bebawang tetapi ia tidak menyimpan makanan di dalam daun. Tunas akan menggunakan
makanan yang disimpan untuk membesar menjadi pucuk yang berdaun. Manakala, akar
adventitius akan tumbuh menyebabkan ubi mengecut apabila makanan simpanan digunakan.
Makanan yang berlebihan akan disimpan pada batang baharu yang membentuk ubi baharu.
Ubi baharu akan membesar di atas ubi yang lama. Contoh tumbuhan ini ialah keledek, keladi
dan sengkuang.

27

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Tajuk: Melakar dan Mereka Bentuk Struktur Luaran dan Dalaman Tumbuhan

Hasil Pembelajaran:

1. Mengenal pasti bahagian-bahagian penting tumbuhan iaitu akar, batang, daun dan bunga.
2. Menghasilkan lakaran dan reka bentuk struktur luaran dan dalaman tumbuhan.
3. Melabel setiap bahagian penting pada struktur luaran dan dalaman tumbuhan.
4. Membina dan mencipta model struktur luaran dan dalaman tumbuhan.

Murid diminta untuk:

1. Melakar dan mereka bentuk struktur dalaman dan luaran tumbuhan iaitu akar, batang,

daun dan bunga.

2. Melabel bahagian penting pada struktur luaran dan dalaman tumbuhan.

3. Membina dan mencipta model struktur luaran dan dalaman tumbuhan.
4. Membuat pembentangan dan persembahan multimedia.

Struktur Luaran dan Dalaman Tumbuhan
Struktur Batang Tumbuhan

Korteks Kambium Floem
Xilem

Epidermis

Batang Tumbuhan Monokotiledon Empulur
Batang Tumbuhan Dikotiledon
Struktur Daun Tumbuhan
Kutikel
Epidermis Atas
Xilem

Stomata Floem
Epidermis Bawah

Struktur Luaran Daun Struktur Dalaman Daun

28

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Struktur Akar Tumbuhan Pangkal Akar
Batang Akar
Cabang Akar

Akar Serabut Hujung Akar
Akar Tunjang

Empulur Endodermis Akar Dikotiledon
Akar Monokotiledon Xilem

Epidermis
Korteks
Floem
Perisikel

Struktur Bunga Tumbuhan

Stigma

Stil

Ranggi

Anter Ovul
Filamen Ovari

29

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Membina dan Mencipta Model Struktur Luaran dan Dalaman Tumbuhan

Bahan: Polisterina
Alatan: Pensel, pisau, gunting, pembaris, berus, gam dan pewarna.
(Nota: Penggunaan bahan terpakai adalah digalakkan)

Murid diminta untuk:

1. Memilih salah satu lakaran yang telah dihasilkan iaitu sama ada akar, batang, daun atau
bunga.
(Nota: Ikut proses yang sama untuk menghasilkan model struktur lain)

Contoh Model Struktur Batang dan Daun Tumbuhan

Batang Tumbuhan Daun Tumbuhan

Membina Model Struktur Batang (Model A) dan Daun (Model B) Tumbuhan

Langkah 1 (Model A) Langkah 1 (Model B)

Membuat potongan polisterina mengikut ukuran yang sesuai.
30

Langkah 2 (Model A) KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Langkah 2 (Model B)

Membuat lorekan dan tandaan pada polisterina mengikut struktur luaran
dan dalaman batang tumbuhan.

Langkah 3 (Model A) Langkah 3 (Model B)

Mewarna bahagian lorekan dan tandaan pada polisterina.

Langkah 4 (Model A) Langkah 4 (Model B)

Membuat pengeringan dan sedia untuk dipersembahkan.

31

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

FISIOLOGI TUMBUHAN

Tumbuhan Terbahagi Kepada Tumbuhan Berbunga dan Tidak Berbunga.
Tumbuhan berbunga ialah tumbuhan yang menghasilkan buah dan biji benih. Tumbuhan
berbunga diklasifikasikan kepada dua kumpulan:

• Monokotiledon - tumbuhan satu kotiledon dan terbahagi kepada lima kumpulan famili
iaitu rumput, palma, pisang, orkid dan herba.

• Dikotiledon - tumbuhan dua kotiledon dan terbahagi kepada lima kumpulan famili iaitu
tumbuhan bergetah, kekacang, terung, jambu dan bunga bertangkai.

Tumbuhan tidak berbunga ialah tumbuhan yang membiak melalui spora, tidak mempunyai
bunga, buah dan biji benih seperti alga, kulat, lumut dan paku pakis.
Struktur Tumbuhan Dibahagikan Kepada Luaran dan Dalaman
Struktur luaran tumbuhan dikenali sebagai morfologi tumbuhan. Terbahagi kepada empat
bahagian utama iaitu akar, batang, daun dan bunga.
Struktur dalaman tumbuhan dikenali sebagai anatomi tumbuhan yang terbahagi kepada lima
bahagian utama iaitu stomata, xilem, floem, epidermis dan kambium.

• Struktur dalaman tumbuhan terdapat tisu yang dikenali sebagai tisu meristem (akan
mengalami perubahan) dan tisu kekal (yang telah mengalami perubahan).

Tumbuhan Monokotiledon dan Dikotiledon Dibezakan Melalui Struktur Luarnya.
Tumbuhan monokotiledon - akar serabut, batang tidak berkayu, urat daun selari, tiga atau
gandaan tiga dalam satu pusar pada ranggi dan mempunyai satu kotiledon.
Tumbuhan dikotiledon - akar tunjang, batang berkayu, urat daun jejala, empat atau lima
ranggi dan mempunyai dua kotiledon.

32

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Jawab semua soalan

1. Nyatakan empat kepentingan tumbuhan terhadap keseimbangan ekosistem bumi.
i).........................................................................................................................................
ii)........................................................................................................................................
iii).......................................................................................................................................
iv).......................................................................................................................................

2. Terangkan maksud perkataan berikut berserta dua contoh.

a) Morfologi tumbuhan
...........................................................................................................................................

b) Anatomi tumbuhan
...........................................................................................................................................

3. Kumpulan tumbuhan diklasifikasikan berdasarkan dengan persamaan ciri-cirinya iaitu
secara umum dan khusus. Apakah yang dimaksudkan spesies?
...........................................................................................................................................

4. Namakan struktur luaran tumbuhan dalam Rajah 1. iv).................................
i).................................

Cabang akar

ii)................................. Serabut akar

iii)................................. v).................................

Rajah 1

5. Nyatakan ciri bagi bahagian-bahagian akar berikut.

a) Cabang akar
........................................................................................................................................

b) Serabut akar
........................................................................................................................................

c) Tudung akar
........................................................................................................................................

33

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 iv)....................................

6. Namakan struktur luaran tumbuhan dalam Rajah 2.

i).....................................

ii)..................................... v).....................................
iii)....................................

Rajah 2

7. Nyatakan lima ciri struktur luaran tumbuhan dikotiledon.
i) .....................................................................................................................................
ii)......................................................................................................................................
iii).....................................................................................................................................
iv).....................................................................................................................................
v)......................................................................................................................................

8. Nyatakan empat fungsi utama struktur luaran batang dan struktur luaran daun.
a) Batang
i) ......................................................................................................................................
ii) .....................................................................................................................................
iii) ....................................................................................................................................
iv) ....................................................................................................................................
b) Daun
i) ......................................................................................................................................
ii) .....................................................................................................................................
iii) ....................................................................................................................................
iv) ....................................................................................................................................

34

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

9. Namakan bahagian-bahagian dalaman bunga tumbuhan dalam Rajah 3.

i)................................. iv).................................

ii).................................

v).................................

iii).................................

Rajah 3

10. Nyatakan maksud struktur daun berikut.
a) Daun tunggal
....................................................................................................................................
b) Daun majmuk
....................................................................................................................................

11. Apakah yang dimaksudkan dengan empulur pada bahagian batang tumbuhan?
..........................................................................................................................................

12. Namakan struktur dalaman batang tumbuhan dalam Rajah 4.
i)................................. ii).................................
iii).................................

Rajah 4

13. Apakah yang dimaksudkan dengan kotiledon?
..........................................................................................................................................

35

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Unit 1.2 PROSES FISIOLOGI TUMBUHAN

Fungsi tumbuhan berkait rapat dengan struktur anatomi dan morfologinya. Semasa proses
tumbesaran, tumbuhan tidak memerlukan bantuan organisma lain kerana pertambahan dan
perubahan sel berlaku dengan sendirinya. Tumbuhan merupakan organisma yang mempunyai
lebih daripada satu sel yang dikenali sebagai multisel. Tumbuhan dipengaruhi oleh beberapa faktor
untuk tumbuh dengan baik. Genetik yang berkualiti menjadi penyebab utama tumbuhan dapat
mengeluarkan hasil yang optimum dibantu dengan keadaan iklim dan tanah yang bersesuaian.
Rajah 1.25 menunjukkan faktor mempengaruhi pertumbuhan dan hasil.

Tanah

Iklim Genetik

Faktor
Mempengaruhi
Pertumbuhan

dan Hasil

Biosis Pengawalatur
(Organisma Pertumbuhan

Hidup)

Rajah 1.25 Faktor mempengaruhi pertumbuhan tumbuhan dan hasil

Pertumbuhan dan Perkembangan Tumbuhan

Pertumbuhan dan perkembangan tumbuhan adalah merujuk kepada perubahan yang berlaku dari
aspek morfologi seperti perubahan saiz, ketinggian dan kekuatan sama ada pada akar, batang dan
daun, tambahan jumlah daun, ranting dan buah atau bunga. Pertumbuhan juga berlaku dari aspek
anatomi seperti perubahan sel yang menyebabkan tumbuhan menjadi kompleks dan matang.
Percambahan ialah proses tumbuhan mulai tumbuh dari biji benih. Manakala, perkembangan pula
adalah proses tumbuhan mencapai peringkat dewasa atau matang.

Pertumbuhan tumbuhan bermula dari proses percambahan biji benih. Biji benih terdiri
daripada tiga bahagian utama iaitu testa, embrio dan kotiledon. Proses percambahan biji benih
berlaku apabila penyerapan air dan udara melalui mikropil (liang seni) pada kotiledon. Penyerapan
ini menyebabkan testa (selaput luar) biji benih menjadi lembut dan pecah. Biji benih juga akan
bercambah dengan ketersediaan air, udara dan suhu yang sesuai.

Info Tambahan

Pengawalatur tumbuhan ialah bahan kimia semulajadi dan sintetik untuk mengawal pertumbuhan dan
tumbesaran pada kepekatan rendah.
36

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Semasa percambahan biji benih, radikal merupakan bahagian tumbuhan yang pertama akan
muncul diikuti oleh bahagian plumul. Radikal akan membentuk akar, manakala plumul pula akan
membentuk pucuk. Anak tumbuhan akan mula menghasilkan makanannya sendiri apabila daun
mulai tumbuh. Rajah 1.26 menunjukkan percambahan biji benih tumbuhan.

Plumul
Kotiledon

Radikal

Percambahan Hipogeal

Kotiledon
Plumul

Radikal

Percambahan Epigeal
Rajah 1.26 Percambahan biji benih tumbuhan

Info Tambahan
Percambahan hipogeal adalah di mana kotiledon akan kekal di bawah tanah dan hanya plumul sahaja
yang terkeluar ke permukaan tanah. Manakala, percambahan epigeal pula merujuk kepada percambahan
di mana kotiledon akan keluar dari tanah bersama plumul.

37

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Proses Pertumbuhan Tumbuhan

Proses pertumbuhan tumbuhan berlaku dalam dua keadaan iaitu pertumbuhan primer dan
pertumbuhan sekunder. Kedua-dua proses pertumbuhan ini adalah daripada perubahan sel yang
sama iaitu sel meristem. Rajah 1.27 menunjukkan proses pertumbuhan tumbuhan.

Pertumbuhan Primer - merujuk kepada pertumbuhan tisu-tisu baharu yang membahagi dan
berkembang pada hujung pucuk iaitu secara memanjang dan menegak. Pertumbuhan primer
berlaku selepas percambahan biji benih yang bermula pada sel meristem bagi membentuk sel
primer iaitu korteks, xilem dan floem. Pertumbuhan ini menyebabkan pemanjangan pada akar
dan batang tumbuhan serta daun menjadi lebih lebar.

Pertumbuhan Sekunder - terjadi apabila berlakunya pengembangan pada sel meristem
sekunder tumbuhan yang terdapat pada kambium. Kambium terletak di antara xilem dan
floem. Pertumbuhan sekunder akan menyebabkan pertambahan diameter pada batang dan akar
tumbuhan.

Laman ICT

Pemanjangan pucuk
tumbuhan bertambah

Memanjang dan menegak Pertumbuhan Primer
pada akar dan batang Laman ICT

Pertumbuhan Primer Pertumbuhan Sekunder

Pertambahan diameter
terutama pada batang

Pertumbuhan Sekunder
Rajah 1.27 Proses pertumbuhan tumbuhan

38

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

1.2.1 Proses Utama Fisiologi Tumbuhan

Proses utama fisiologi tumbuhan ialah fotosintesis, respirasi, penyerapan, translokasi dan
transpirasi. Rajah 1.28 menunjukkan proses utama fisiologi tumbuhan.

Transpirasi

Fotosintesis Proses Translokasi
Utama
Fisiologi
Tumbuhan

Respirasi Penyerapan

Rajah 1.28 Proses utama fisiologi tumbuhan

Fotosintesis

Fotosintesis ialah proses yang dilakukan oleh tumbuhan untuk menghasilkan makanan dan
membebaskan oksigen menggunakan cahaya matahari, karbon dioksida dan air. Fotosintesis
berlaku pada daun tumbuhan yang mempunyai klorofil. Rajah 1.29 menunjukkan proses
fotosintesis tumbuhan.

Cahaya Matahari Oksigen
dibebaskan

Diserap Glukosa
Karbon Dioksida dihasilkan

Air Air
Diserap
39
Rajah 1.29 Proses fotosintesis tumbuhan

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Proses Fotosintesis
Proses fotosintesis merupakan proses penghasilan karbohidrat dan oksigen daripada karbon
dioksida, air dan tenaga (cahaya matahari). Ketika berlakunya proses fotosintesis, gas karbon
dioksida (CO2) akan diserap oleh tumbuhan dan membebaskan oksigen (O2). Proses ini berlaku di
dalam kloroplas yang mengandungi pigmen hijau yang dikenali sebagai klorofil. Pigmen klorofil
berfungsi untuk memerangkap tenaga cahaya dari matahari. Apabila karbon dioksida digunakan
dalam proses fotosintesis, kepekatannya di dalam sel akan menjadi berkurangan. Resapan gas
ini ke dalam sel akan berterusan sehingga proses fotosintesis berhenti. Proses fotosintesis biasa
ditunjukkan melalui tindak balas berikut (Rajah 1.30).

Rajah 1.30 Fomula fotosintesis

Fotosintesis terjadi melibatkan dua peringkat iaitu tindak balas cahaya (fotokimia) dan tindak
balas gelap (biokimia). Tindak balas cahaya memerlukan cahaya matahari dan berlaku dalam
kloroplas. Tenaga cahaya yang diserap akan memecahkan molekul air untuk menghasilkan oksigen
dan atom hidrogen. Dalam tindak balas ini, cahaya matahari ditukar kepada tenaga kimia yang
dikenali sebagai ATP (Adenosin Trifosfat). Pada masa yang sama, molekul air akan terurai kepada
ion hidrogen (H+) dan ion hidroksil (OH-). Selepas itu, ion hidrogen bergabung dengan NADP
(Nikotinamid Adenin Dinukleotid) yang mempunyai kuasa penurunan untuk membentuk NADPH2
(Nikotinamid Adenin Dinukleotid Fosfat). Tindak balas gelap pula berlaku tanpa menggunakan
cahaya dalam kloroplas. Proses fotosintesis ini terjadi daripada tindak balas yang dinamakan
Kitaran Calvin di mana molekul-molekul karbon dioksida akan memasukinya dan fiksasi atom
karbon terhasil. Dalam Kitaran Calvin, karbon dioksida akan bergabung dengan ion hidrogen
daripada NADPH2 menjadi karbohidrat.

Info Tambahan

Jan Ingenhousz (1796) dan de Saussure (1804) merupakan dua penyelidik yang telah berjaya
mengesahkan tentang keterlibatan cahaya matahari, karbon dioksida dan air dalam proses fotosintesis.
Ingenhousz juga menyatakan bahawa hanya tumbuhan hijau akan membebaskan oksigen dengan
adanya cahaya matahari. Selain itu, pada abad ke-20, beberapa ahli sains telah menyatakan bahawa
tumbuhan memerlukan karbon dioksida dan air untuk mensintesiskan sebatian organik (makanan)
dengan adanya cahaya matahari serta membebaskan oksigen semasa fotosintesis berlaku.

Laman ICT Laman ICT

Fotosintesis Makanan dan
40 Pengangkutan Tumbuhan

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Tindak balas cahaya dan tindak balas gelap juga berlaku pada bahagian lain di dalam kloroplas.
Jadual 1.4 menunjukkan tindak balas cahaya dan tindak balas gelap dalam proses fotosintesis.

Jadual 1.4 Tindak balas cahaya dan gelap dalam proses fotosintesis

Perkara Tindak Balas Cahaya Tindak Balas Gelap

Tempat berlaku Bahagian kloroplas bernama Bahagian kloropas bernama
proses fotosintesis
Sumber tenaga granum stroma

Proses yang berlaku Cahaya matahari Adenosin Trifosfat (ATP)
dan Nikotinamid Adenosin
Hasil Dinukleotid Fosfat Hidrogen
(NADPH2) dari tindak balas
cahaya

Fotolisis - pemecahan air (H2O) Fiksasi - pengikatan karbon
menggunakan tenaga cahaya dioksida (CO2), penyusunan dan
menjadi ion (H+) hidrogen dan penggabungan hidrogen dengan

ion hidroksil (OH-). karbon dioksida yang membentuk

glukosa

O2, ATP dan NADPH2 Karbohidrat sederhana

Kloroplas mengandungi struktur yang berbentuk tiub leper bermembran. Kloroplas berfungsi
sebagai organ tumbuhan yang menukarkan cahaya matahari, karbon dioksida dan air menjadi
glukosa. Kebanyakan kloropas terdapat di dalam sel mesofil palisad berbanding dengan sel mesofil
berspan. Struktur utama kloroplas ialah seperti dalam Rajah 1.31.

Membran Luar
Membran Dalam

Granum Stroma

Lamela

Kanji

Rajah 1.31 Struktur kloroplas

Fotosintesis berlaku dalam dua reaksi iaitu dengan kehadiran cahaya dan tanpa cahaya.
Bagaimanakah produktiviti yang terhasil apabila proses fotosintesis berlaku di waktu
siang berbanding dengan waktu malam? Bincangkan.

Info Tambahan

ATP (Adenosin Trifosfat) ialah sejenis molekul bertenaga tinggi yang dapat menyimpan tenaga yang
diperlukan oleh tumbuhan untuk menjalankan semua proses dan aktiviti metabolisme.

41

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Respirasi

Respirasi merupakan proses yang sangat penting bagi tumbuhan untuk terus hidup. Tumbuhan
melakukan respirasi bagi menghasilkan tenaga. Respirasi tumbuhan dibahagikan kepada dua
iaitu respirasi aerob (dengan oksigen) dan respirasi anaerob (tanpa oksigen). Glukosa merupakan
substrat utama yang mempengaruhi kelancaran dan kelajuan semasa proses respirasi diikuti dengan
oksigen, suhu dan air. Tumbuhan muda lebih aktif melakukan proses respirasi berbanding dengan
tumbuhan tua. Rajah 1.32 menunjukkan perbandingan antara respirasi aerob dan anaerob.

Respirasi Sel

Aerob

C6H12O6 + 6O2 6H2O + 6CO2 + ATP

• Menggunakan oksigen
• Menghasilkan karbon dioksida dan wap air
• Membebaskan banyak tenaga (haba dan sebahagian ATP)
• Berlaku sepanjang hari

Anaerob

C6H12O6 2C2H5OH + 2CO2 + ATP

• Tanpa menggunakan oksigen
• Membebaskan tenaga
• Tempoh waktu singkat dan berlaku dalam sitoplasma

Rajah 1.32 Perbandingan respirasi aerob dan anaerob

Sitoplasma merupakan kandungan sel yang terletak antara nukleus dan membran plasma
yang mengandungi jel dan organel sel. Sitoplasma terbahagi kepada dua iaitu sebatian organik
dan sebatian tidak organik yang mana keduanya bertindak balas terhadap biokimia dalam sel.
Sitoplasma berfungsi sebagai tempat berlakunya metabolisme. Rajah 1.33 menunjukkan struktur
sitoplasma tumbuhan.

Dinding Sel

Membran Sel Nukleus

Sitoplasma Kloroplas
Mitokondria Vakuol

42 Rajah 1.33 Struktur sitoplasma tumbuhan

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Respirasi Sel

Tumbuhan memperoleh oksigen dan membebaskan karbon dioksida melalui daun, batang dan
akar. Stomata dan lentisel merupakan tempat berlakunya pertukaran gas antara sel tumbuhan
dengan persekitarannya melalui resapan. Stomata merupakan satu liang yang disempadani oleh
sel pengawal yang mengandungi banyak kloroplas untuk melakukan proses fotosintesis. Pada
waktu siang, stomata akan terbuka disebabkan oleh adanya cahaya dan tertutup apabila ketiadaan
cahaya. Liang stomata merupakan ruang penghubung antara udara luar dengan sel-sel di dalam
daun. Oksigen akan meresap ke ruang udara ini dan seterusnya larut dalam lapisan yang meliputi
permukaan sel mesofil daun. Oksigen yang digunakan untuk proses respirasi akan menyebabkan
kepekatannya menurun berbanding kepekatan semasa berada di ruang udara antara sel. Keadaan
ini membolehkan resapan oksigen berlaku melalui liang stomata. Pada waktu malam, glukosa
di dalam sel pengawal ditukar kepada gula. Air akan bergerak meninggalkan sel pengawal yang
menyebabkan liang stomata tertutup.

Sebahagian besar respirasi berlaku di dalam mitokondria. Mitokondria berbentuk bulat
membujur dengan diameter 0.5mm (mikrometer) dan panjang 0.5–1.0mm. Struktur mitokondria
terdiri daripada empat bahagian iaitu membran luar, membran dalam, ruang antara membran dan
matriks yang terletak di bahagian dalam membran. Membran Luar terdiri daripada protein dan
lipid dengan jumlah yang sama serta mengandungi protein porin yang membolehkan membran
menyerap molekul-molekul kecil yang berukuran 6000 Dalton (unit jisim atom). Membran Dalam
pula mempunyai ketelapan yang kurang berbanding dengan membran luar iaitu 20% lipid dan
80% protein. Membran Dalam merupakan tempat pembentukan ATP (Adenosin Trifosfat). Luas
permukaan ini meningkat disebabkan oleh banyaknya lipatan yang menonjol ke dalam matriks
yang dikenali sebagai krista. Krista mengandungi banyak enzim yang menjadi pemangkin kepada
tindak balas di peringkat Kitaran Kreb dan dalam sistem pengangkutan elektron. Rajah 1.34
menunjukkan struktur mitokondria.

Membran Dalam

Membran Luar

Krista

Matriks

Rajah 1.34 Struktur mitokondria

Info Tambahan

Cahaya matahari boleh diganti dengan menggunakan cahaya tiruan. Cahaya tiruan ialah cahaya yang
digunakan seperti cahaya lampu untuk membekalkan cahaya yang diperlukan semasa proses
fotosintesis. Kaedah ini banyak diguna pakai di beberapa negara yang mengalami iklim empat musim
iaitu pada musim sejuk, di mana tempoh cahaya matahari adalah singkat.

43

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Penyerapan

Penyerapan ialah proses resapan air tanah oleh akar melalui proses yang dinamakan osmosis.
Osmosis ialah resapan molekul air daripada larutan berkepekatan rendah ke larutan yang
berkepekatan tinggi, merentasi membran separa telap. Molekul air bergerak merentasi dwilapisan
fosfolipid dan liang membran secara osmosis sehingga suatu keseimbangan dinamik diperoleh.
Perpindahan air secara osmosis dari sel-sel pada akar akan menimbulkan tekanan yang dikenali
sebagai tekanan akar. Rajah 1.35 menunjukkan proses peresapan air melalui perbezaan tekanan
dari transpirasi.

Molekul air Molekul zat terlarut
(gula)

Larutan kepekatan Larutan kepekatan
rendah tinggi

Membran separa telap

Pergerakan air bersih

Rajah 1.35 Proses peresapan air melalui perbezaan tekanan dari transpirasi

Sel akar tumbuhan menyerap air dan nutrien dari tanah melalui proses osmosis di mana
sel membran adalah separa telap yang boleh dilalui oleh molekul pelarut sahaja. Larutan air
yang diserap seterusnya dibawa melalui xilem yang juga melalui proses osmosis ke bahagian-
bahagian lain tumbuhan khususnya daun yang mana akan menjalankan proses fotosintesis. Kadar
penyerapan air dipengaruhi oleh kedapatan air dalam tanah, udara di dalam tanah, kepekatan
larutan tanah dan kadar transpirasi. Faktor yang mempengaruhi arah resapan air adalah apabila
wujudnya butir-butir bahan larutan di dalam air di mana terdapat tekanan segah, perubahan suhu
dan terdapatnya bahan yang menarik air seperti koloid. Rajah 1.36 menunjukkan pergerakan
larutan air dalam proses osmosis.

Air menghilang melalui
proses transpirasi

Jaringan Xilem

Stomata
Air dan garam mineral diserap oleh akar

Rajah 1.36 Pergerakan larutan air dalam proses osmosis
44


Click to View FlipBook Version