DADAH.. ANCAMAN KEPADA NEGARA? LEBIH BAIK CEGAH: Murid Ceria, Guru Bahagia dan Sekolah Bitara NAMA MURID: NUR IMTIAZ BT MOHD SHAFEI NAMA SEKOLAH: SK BATU MENGKEBANG KOD SEKOLAH: DBA7367 TAHUN: 6 BITARA 1 NAMA MURID: WAN NUR DAMIA BALQIS BT WAN ISHAK NAMA SEKOLAH: SK BATU MENGKEBANG KOD SEKOLAH: DBA7367 TAHUN: 6 BITARA 1 NAMA MURID: WAN NUR AFINA BT WAN MOHD AZAM NAMA SEKOLAH: SK BATU MENGKEBANG KOD SEKOLAH: DBA7367 TAHUN: 6 BITARA 1 NAMA GURU: ROHAYATI BT ABDUL RAHMAN NAMA SEKOLAH: SK BATU MENGKEBANG KOD SEKOLAH: DBA7367 JAWATAN : GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
LEBIH BAIK CEGAH: Murid Ceria, Guru Bahagia dan Sekolah Bitara ANCAMAN KEPADA NEGARA
PENGHARGAAN • Di sini KAMI ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua GURU dan pihak sekolah kerana telah banyak membantu dalam menyiapkan buku skrap yang bertajuk “DADAH..ANCAMAN KEPADA NEGARA” ini. • Jutaan terima kasih diucapkan kerana begitu tekun dan sabar memberi bimbingan, didikan dan tunjuk ajar kepada KAMI selama ini tanpa mengenal erti penat lelah dan jemu dalam melayan karenah dan ragam KAMI yang pelbagai ini. Jasa kamu semua pasti akan dikenang sehingga ke akhir hayat LEBIH BAIK CEGAH: Murid Ceria, Guru Bahagia dan Sekolah Bitara
JENIS-JENIS DADAH Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin. Ganja/Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok “cannabis sativa”. Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurangkurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana “tetrahydrocannabinol” (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama. Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau “Amphetamine-typestimulants (ATS)” dan kokain. Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar. Ubat “depresen” termasuk juga ubatubat “sedative” dan “tranquilizer”. Ubatubat ini bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsifungsi tubuh. LEBIH BAIK CEGAH: Murid Ceria, Guru Bahagia dan Sekolah Bitara
TANDA-TANDA PENGAMBILAN DADAH Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga. Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja. Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu. Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja. Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah. o Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah. Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah adalah:- LEBIH BAIK CEGAH: Murid Ceria, Guru Bahagia dan Sekolah Bitara
• Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah. Kesan kepada penagih • Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga. Kesan kepada keluarga • Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah. Kesan kepada masyarakat • Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan Kesan kepada Negara KESAN-KESAN -Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu: LEBIH BAIK CEGAH: Murid Ceria, Guru Bahagia dan Sekolah Bitara
LANGKAH-LANGKAH MENGHINDARI PENYALAHGUNAAN DADAH • pihak kerajaan perlu mengenakan hukuman yang berat kepada pengedar dan penagih dadah. • kerajaan perlu mengenakan hukuman mati (gantung) kepada pengedar dadah. Media Massa • pihak media massa boleh menyiarkan berita atau cerita yang boleh membawa keinsafan kepada remaja supaya mereka tidak melibatkan diri dalam penggunaan dadah • Segala rancangan televisyen dan bahan cetak yang mengandungi adegan-adegan ganas yang boleh mempengaruhi minda remaja perlu ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan atau diterbitkan. Ibubapa • Kesibukan ibubapa dalam pekerjaan mengakibatkan anak-anak itu terbiar dan bebas dari kawalan ibubapa • ibubapa harus memperhatikan setiap pergerakan anak-anak mereka dan hendaklah sentiasa mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh anak mereka. Kerjasama Orang awam •kerjasama di antara orang awam dan kerajaan bagi membanteras penyalahgunaan dadah. •masyarakat dan pihak kerajaan perlu memantau serta bertindak pantas dalam melaporkan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan ini. LEBIH BAIK CEGAH: Murid Ceria, Guru Bahagia dan Sekolah Bitara
DADAH: SENARIO DI NEGARA KITA • Di Malaysia, penyeludupan, pengedaran, penyalahgunaan dan penagihan dadah telah menjadi satu isu besar yang memberikan ancaman kepada keselamatan negara • Kejayaan sindiket penyeludupan menembusi sempadan menimbulkan ancaman terhadap integriti sempadan negara Malaysia. Kemasukannya secara haram ke dalam negara ini disifatkan sebagai membelakangi kredibiliti negara dengan menunjukkan bahawa sempadannya tidak dapat dikawal dengan efektif • Di Malaysia masalah dadah dan pelacuran bersaing antara satu sama lain malah dilihat bersama-sama semakin meningkat tahap keseriusannya saban hari. Ini berdasarkan kepada kajian dan data yang dipaparkan termasuk ditonjolkan oleh pelbagai saluran media cetak dan elektronik mendakwa Malaysia masih berhadapan dengan masalah pengedaran dan penyalahgunaan dadah. • Keselamatan Malaysia berkaitan dengan dadah adalah dipengaruhi atau dibangkitkan oleh keadaan ancaman dadah dari negara jiran. Seperti mana diketahui, Malaysia yang berjiran dengan Indonesia, Thailand dan Singapura secara tidak langsung akan terdedah kepada ancaman keselamatan jika negara-negara jiran tidak dapat mengawal secara maksimal aktiviti dadah di negara masing-masing • Di Malaysia, dua kategori trend pengedaran yang turut menyumbang kepada isu dadah adalah punca ancaman keselamatan negara. Trend ini termasuklah cara pengedaran dadah haram di Asia Tenggara, iaitu pertama, dengan menyeludup dadah jenis tradisional, manakala trend kedua, pengedaran dadah jenis sintetik (Laporan Tahunan Polis Diraja Malaysia, 2011) yang melibatkan sindiket. LEBIH BAIK CEGAH: Murid Ceria, Guru Bahagia dan Sekolah Bitara
USAHA-USAHA YANG DILAKSANAKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) MEMBASMI DADAH • KPM bersama-sama agensi kerajaan lain iaitu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia termasuk pihak NGO seperti PEMADAM, PENGASIH serta ibu bapa dan masyarakat setempat bekerjasama melaksanakan aktiviti pendidikan pencegahan dan aktiviti-aktiviti berbentuk intervensi bagi menangani masalah ini. LEBIH BAIK CEGAH: Murid Ceria, Guru Bahagia dan Sekolah Bitara
AGENSI LAIN YANG TERLIBAT Majlis Dadah Kebangsaan •Menggubal dan menentukan pelaksanaan dasar dadah negara berhubung dengan pencegahan penguatkuasaan, pemulihan dan kerjasama •Memantau ( monitoring ) semua aktiviti dan rancangan yang berkaitan dengan pengawalan dan pencegahan dadah. Agensi Dadah Kebangsaan •Melaksanakan program pencegahan •Melaksanakan program rawatan dan pemulihan •Meningkatkan sistem pengumpulan maklumat mengenai dadah serta membuat penilaian akan keberkesanan program anti dadah negara. •Meningkatkan kerjasama serantau dan antarabangsa dengan lebih aktif lagi dalam usaha memerangi masalah dadah. •Memberi khidmat urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan. Persatuan Mencegah Dadah Malaysia ( PEMADAM ) • Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) telah ditubuhkan pada 26hb Mac, 1976. Gagasan penubuhan PEMADAM kebangsaan sebagai Badan Bukan Kerajaaan utama untuk memerangi ancaman dadah dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua ketika itu, Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussein. LEBIH BAIK CEGAH: Murid Ceria, Guru Bahagia dan Sekolah Bitara
PENUTUP • Konklusinya, aktiviti penyalahgunaan dadah ini sememangnya banyak mendatangkan keburukan bukan sahaja terhadap diri dan keluarga tetapi juga terhadap masyarakat dan negara. • Usaha pencegahan dan pemulihan penyalahgunaan dadah yang telah sedia ada ini masih boleh diperbaiki dan diperbaharui agar ianya lebih berkesan dan berpanjangan di samping mendapat kerjasama yang baik serta komited di antara semua pihak seperti masyarakat awam dan pihak kerajaan. • Demi kesejahteraan negara kita adalah penting untuk masyarakat mengetahui dan mengiyakan bahawa bahayanya penyalahgunaan dadah agar dapat melahirkan generasi yang bebas daripada penyalahgunaan dadah. LEBIH BAIK CEGAH: Murid Ceria, Guru Bahagia dan Sekolah Bitara