PE LA N PE RA N CA N G A N ST RAT E G IK ACIS 2021 -2025 RINGKASAN EKSEKUTIF
Sidang Redaksi Penaung Prof. Madya Dr. S Salahudin Suyurno Ketua Editor Prof. Madya Hj. Rawi Nordin Pen. Ketua Editor Muhammad Taufik Md Sharipp Pen. Ketua Editor Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz
RINGKASAN EKSEKUTIF ISI KANDUNGAN 04 RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN PERANCANGAN STRATEGIK ACIS 05 AMANAT KETUA PUSAT PENGAJIAN ACIS 06 23 PERUTUSAN REKTOR MAKLUMAT KORPORAT SOROTAN PENCAPAIAN 2015-2020 TERAS PELAN STRATEGIK 2021- 2025 PELAN TINDAKAN PENUTUP 3 15 21 34 07
PE R U T U SA N R EKT O R Seterusnya, usaha membawa Diploma Muamalat ke UiTM Cawangan Melaka juga telah berjaya dilakukan. Insya Allah pada September 2021 Diploma Muamalat ini akan mula ditawarkan di UiTM Cawangan Melaka. Saya amat berharap seluruh warga ACIS UiTM Cawangan Melaka akan sama-sama menjayakan program ini dan mengembangkannya ke arah penawaran Ijazah Sarjana Muda dan Pasca-Siswazah Muamalat di UiTM Cawangan Melaka. Saya mengharapkan agar perancangan strategik ini akan mengambil kira petunjuk prestasi (PI) ACIS 2020 sebagai asas dalam mencapai sasaran pelan strategik ACIS. ACIS UiTM Cawangan Melaka telah menerima ramai pensyarah baru, justeru warga ACIS yang baru wajib berkolaborasi dengan semua pensyarah ACIS. Hayati tag line ACIS UiTM Cawangan Melaka ACIS always assist. Pastikan ketampakan ACIS, Jadikan ACIS ini sebagai jabatan contoh di UiTM Cawangan Melaka. Sebagai pensyarah kita terikat dengan tugasan hakiki, seperti PnP, Research, Publication, Collaboration, Seminar, Jaringan Industri, dan sebagainya. Harus diingat tugas pensyarah hari ini tidak seperti zaman ITM dahulu. Dunia berubah, maka kita juga mesti merubah. Contohi generasi lama yang hebat hebat. Gembira dengan tugasan yang diberi, sempurnakan dengan sehabis baik. Ingat janji awal kita masa kita diterima masuk sebagai kakitangan UiTM Cawangan Melaka. Akhir sekali, saya amat berharap kita semua suburkan budaya research, budaya publication, budaya jaringan industri, budaya Infaq, waqaf dan sedekah. Wassalam. Prof. Dr. Abd. Halim Mohd Noor Rektor UiTM, Cawangan Melaka Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Ringkasan Eksekutif Pelan Perancangan Strategik ACIS 2021 – 2025 dapat diterbitkan. Sekalung tahniah diucapkan kepada Sidang Redaksi di bawah ACIS, UiTM Cawangan Melaka atas kejayaan menerbitkan ringkasan eksekutif yang memberi maklumat berkenaan bidang akademik. Tahniah ACIS UiTM Cawangan Melaka. Ringkasan Eksekutif Pelan Perancangan Strategik ACIS 2021 – 2025 ini adalah satu perkara yang amat bermakna dalam menyusun atur gerak langkah yang kemas lagi tersusun demi pencapaian yang lebih cemerlang. Selaras dengan perkembangan UiTM yang mensasarkan pencapaian Renowned Universiti 2025 maka ianya mesti disokong oleh setiap fakulti, jabatan dan unit yang ada. Sebelum ini, ACIS UiTM Cawangan Melaka telah melancarkan Pelan Perancangan Strategik lima tahun hasil resolusi Tanjung Leman, Johor tahun 2014. Syukur, hasil daripada bengkel tersebut, banyak sasaran telah berjaya dicapai. Antaranya ialah Seminar IsHeC yang menjadi “ICON” kepada ACIS UiTM Cawangan Melaka. Pengerusi IsHeC pertama ialah PM Dr S.Salahudin Suyurno, IsHeC kedua (Dr Mohd Faizal P.Rameli), IsHeC ketiga (Dr Dziauddin Sharif), dan insya Allah IsHeC Keempat 2021 akan diurus selia oleh Dr Mohd Zaid Mustafar. 4
AMA N AT KPP ACIS Justeru, Bengkel Perancangan Strategik ACIS 2021-2025 yang diadakan ini akan menjadi asas kepada kecemerlangan ACIS UiTM Cawangan Melaka. Perkembangan ACIS, Cawangan Melaka dari aspek penyelidikan semakin bertambah baik, begitu juga dengan kemampuan penyeliaan peringkat Pasca Siswazah semakin meningkat. Tidak ketinggalan, ACIS, Cawangan Melaka turut menjadi penyumbang dalam penghasilan penerbitan berindeks di UiTM Cawangan Melaka. Hal ini bertepatan dengan Performance Indicator yang telah ditetapkan oleh pihak Pengurusan Tertinggi UiTM Cawangan Melaka. Seperkara lagi, Bengkel ini juga amat penting bagi menyusun gerak kerja penawaran Diploma Muamalat di UiTM Cawangan Melaka yang dijangka akan mula ditawarkan bermula kemasukan sesi September 2021. Diharap dengan adanya program ini nanti akan menjadi katalis kepada penawaran program di peringkat Ijazah Pertama, Sarjana dan seterusnya peringkat Kedoktoran Falsafah (PhD) di ACIS UiTM Cawangan Melaka. Kesinambungan kepimpinan ACIS Cawangan UiTM Melaka juga menjadi salah satu agenda besar bengkel ini. Melihat kepada tenaga pensyarah yang ada, rata-rata berumur dalam lingkungan 30-40 tahun. Ini merupakan kekuatan besar ACIS UiTM Cawangan Melaka. 8 orang pemegang PhD, dan beberapa orang yang lain sedang melanjutkan pengajian mereka ke peringkat PhD. Semoga sumber yang ada ini akan terus dibimbing untuk memacu kejayaan yang lebih gemilang. ACIS always assist menjadi tag line yang ampuh untuk ACIS UiTM Melaka. Selamat maju jaya. Wassalam. Prof. Madya Dr. S. Salahudin Suyurno Ketua Pusat Pengajian Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM, Cawangan Melaka Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT, Tuhan Yang Maha Mencipta. Selawat dan Salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW. Para sahabat RA, muslimin muslimat ynag dikasihi. Sebuah organisasi yang cemerlang lahir dari kemampuan anggotanya melaksanakan segala perancangan yang telah dibuat dengan jujur dan sempurna. Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Cawangan Melaka memegang amanah besar dalam melahirkan mahasiswa yang berketerampilan dari segi akademik, sahsiah rupa diri, rohani dan hubungan kemanusiaan. Menekuni tanggungjawab besar ini maka Bengkel Perancagan Strategik ACIS 2021-2025 diadakan bagi merancang dan menetapkan sasaran yang sesuai dan selaras dengan kehendak universiti. Sebagai sebuah entiti akademik yang berteraskan keIslaman, maka ACIS sedaya upaya akan menyempurnakan segala kewajipan akademik yang diamanahkan. Pengajaran dan Pembelajaran yang bersesuaian dengan kehendak semasa dan akan datang, kajian ilmiah, penghasilan kertas kerja, jaringan industri, perkongsian kepakaran, khidmat masyarakat, pembentangan karya akademik, penerbitan akademik berprestasi tinggi dan kemampuan menjadi pakar rujuk bidang adalah merupakan antara tugasan sebagai seorang warga akademik. 5
RRIINNGGKKAASSAANN EEKKSSEEKKUUTTIIFF Pelan strategik ACIS ialah rujukan utama dan panduan kepada setiap Biro serta Jawatankuasa dalam merancang strategi, inisiatif secara sistematik dan bersepadu. Dokumen ini juga memusatkan segala komitmen dan fokus seluruh warga kerja ACIS bagi menjayakan objektif ACIS dalam memenuhi visi & misi UiTM Cawangan Melaka khususnya dan UiTM, Shah Alam amnya. Dalam memastikan pelan strategik ini relevan dengan tuntutan dan ekspektasi semasa, ACIS mendapatkan pandangan dan cadangan daripada warga ACIS. Hasil daripada pandangan dan cadangan ini dan berteraskan visi, misi & objektif UiTM, Cawangan Melaka, EMPAT (4) teras utama telah dikenal pasti. EMPAT (4) teras utama tersebut meliputi:- 1) Pembangunan Akademik; 2)Penyelidikan, Penulisan dan Penerbitan; 3) Perundingan & Jaringan Industri; 4) Penjanaan Sumber. Setiap teras disokong oleh strategi/inisiatif serta petunjuk prestasi sebagai panduan kepada Biro dan Jawatankuasa untuk membangunkan aktiviti-aktiviti yang mampu dilaksanakan untuk membawa ACIS mencapai sasaran penunjuk prestasi sepertimana yang ditetapkan oleh pihak pengurusan UiTM,Cawangan Melaka. Adalah menjadi tanggungjawab setiap warga ACIS untuk memahami dan menghayati iltizam Pelan Strategik ACIS 2021-2025, supaya visi UiTM menjadi universiti tersohor di dunia dapat dicapai. 6
V i s i M i s i P unc a K u a s a P i a g am P e l an g g an K od E t i k a C a r t a O r g ani s a s i M A K L U M A T K O R P O R A T 1 7
R E I S E | P A G E 5 VISI & MISI ACIS UiTM CAWANGAN MELAKA 8
R E I S E | P A G E 5 9
R E I S E | P A G E 5 PIAGAM PELANGGAN AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI (ACIS) UiTM CAWANGAN MELAKA Semua kemudahan asas pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan persekitaran memenuhi keperluan MQA, KPT dan badan-badan profesional; Semua program akademik diurus dan ditadbir mengikut peraturan serta prosedur Universiti; Komited dalam memberikan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar di peringkat diploma, ijazah sarjana muda dan pasca sepanjang pengajian mereka; Menawarkan khidmat kepakaran dalam bidang pengajian Islam kepada warga universiti dan masyarakat menerusi perkongsian ilmu Islam turath dan kontemporari; Melaksanakan kolaborasi bersama komuniti, kebangsaan dan antarabangsa untuk tanggungjawab sosial universiti; dan Sentiasa memberi layanan mesra dan profesional. Untuk semua pelanggan ACIS UiTM Cawangan Melaka, Pelajar, Warga UiTM, Ibu Bapa, Industri dan Pihak-pihak berkepentingan, Kami menawarkan perkhidmatan yang berkualiti, beretika dan berintegriti dan berjanji bahawa:- Tanggungjawab Pelanggan: Untuk membolehkan ACIS UiTM Cawangan Melaka melaksanakan piagam ini dengan cekap dan berkesan, kami memohon agar pelanggan:- Memahami segala hak pelanggan dalam piagam ini. Mematuhi segala undang-undang, arahan, peraturan dan garis panduan yang berkaitan. Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab. 10
R E I S E | P A G E 5 11
R E I S E | P A G E 5 KOD NILAI 12
R E I S E | P A G E 13 5 STRUKTURORGANISASI ACIS UiTMCAWANGANMELAKA
CARTA ORGANISASI ACIS, UiTM CAWANGAN MELAKA 14
P emban g unan a k ademi k K onf e r ens i/ s emina r P enu l i s an/ pene r bi t an P eny e l idi k an Ino v a s i/ pa t en ha k c i pt a P enu l i s an j u rna l P enu l i s an pr o s idin g T an g g un g j a w ab s o s i a l uni v e r s i t i ( U S R ) A C I S S O R O T A N P E N C A P A I A N 2 0 1 5 - 2 0 2 0 2 15
Sepanjang tahun 2015 hingga 2020, ACIS telah berjaya melaksanakan pelan strategik yang dirangka dalam tempoh tersebut. Pencapaian tersebut terutama dalam aspek pembangunan akademik, modal insan dan aktivitiaktiviti kesarjanaan.Berikut adalahpencapaianACISdalam aspek:- Pembangunan Akademik DIPLOMA MUAMALAT IC 110 •Kelulusan JKE Universiti 2020 •Penawaran pertama mulai Sept. 2021 Konferensi/ Seminar Konferensi Antarabangsa Warisan Islam Pertama (1st IsHeC 2015) 16
Konferensi Antarabangsa Warisan Islam Kedua (2nd IsHeC 2017) Konferensi Antarabangsa Warisan Islam Ketiga (3rd IsHeC 2019) Penulisan & Penerbitan (Dijana daripada data Prisma, PJI, UiTM Cawangan Melaka 17
Penyelidikan Dijana daripada data PJI, UiTM, Cawangan Melaka Inovasi/ Paten Hak Cipta Dijana daripada data PJI, UiTM, Cawangan Melaka Penulisan Jurnal 18 Dijana daripada data PJI, UiTM, Cawangan Melaka
Prosiding Dijana daripada data PJI, UiTM, Cawangan Melaka Program USR ACIS / HEI Program Iftar Yatama Wal Masakin pada 23 Mei 2019 bertempat di Pertubuhan Kebajikan Anak Anak Harapan Taman Krubong Perdana 19
Program Jejak Kemboja 2019 (23 – 25 Disember 2019) Program Jejak Kemboja II 2020 & Program korban di bumi Kemboja sempena Aidil Adha 2020. 20
E M P A T ( 4 ) t e r a s s t r a t e g i d i k e n a l p a s t i s e b a g a i l a n d a s a n u t a m a u n t u k m e n g g e r a k k a n A C I S d a l a m t e m p o h l i m a t a h u n m e n d a t a n g . J u s t e r u p e n d e k a t a n y a n g h o l i s t i k d a n b e r p i j a k a t a s k e u p a y a a n w a r g a A C I S , s t r a t e g i i n i a k a n d i g e m b e l i n g b e r s a m a s e c a r a b e r k h e m a h d a l a m m e n c a p a i p i a w a i y a n g d i t e n t u k a n o l e h p i h a k p e n g u r u s a n U i T M , C a w a n g a n M e l a k a . T E R A S P E L A N S T R A T E G I K 2 0 2 1 - 2 0 2 5 3 21
22
P E L A N T I N D A K A N Ringkasan Bilangan Teras Strategi, Penunjuk Prestasi dan Program 4 23
Ringkasan Bilangan Teras, Strategi, Penunjuk Prestasi dan Program (2021-2025) Pelan tindakan ini adalah berasaskan kepada EMPAT (4) teras penting yang telah dikenal pasti oleh ACIS. Ia merangkumi aspek Pembangunan Akademik, Penyelidikan, Penulisan & Penerbitan, Perundingan & Jaringan Industri dan Penjanaan Sumber. Berdasarkan 4 teras utama ini maka Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM, Cawangan Melaka akan mengembeling tenaga dalam kalangan pensyarah secara bersepadu dan berhemah untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kerjasama rentas fakulti turut dirangka dalam memastikan inisiatif-inisiatif yang dirancang dapat direalisasikan dengan mengambil kira keupayaan setiap unit yang ada di UiTM, Cawangan Melaka. Pelan tindakan bersama ini diharap dapat mencapai dan memenuhi Petunjuk Prestasi yang ditetapkan oleh pihak pengurusan UiTM, Cawangan Melaka. 24
TERAS 1: PEMBANGUNAN AKADEMIK 25
26
27
TERAS 2: PENYELIDIKAN, PENULISAN & PENERBITAN 28
29
TERAS 3: PERUNDINGAN & JARINGAN INDUSTRI 30
31
TERAS 4: PENJANAAN SUMBER 32
33
P E N U T U P 5 Pelan Strategik Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM, Cawangan Melaka 2021-2025 ini digerakkan dengan iltizam warga ACIS bagi memastikan kejayaan dan aspirasi universiti seperti yang disasarkan melalui Pelan Strategik UiTM 2025 akan tercapai. Pelan Strategik ini juga bertujuan untuk mengukuhkan komitmen ACIS bagi memacu dan menerajui transformasi dalam pembangunan pendidikan untuk memberikan perkhidmatan yang berprestasi tinggi, dinamik dan berkebajikan. Pelan Strategik ini turut mengambil kira keupayaan dan petunjuk prestasi yang telah diamanahkan kepada ACIS untuk dicapai. Setiap strategi dan program yang dirancang mempunyai petunjuk prestasi yang jelas bagi memastikan keberhasilan yang bermanfaat dan mempunyai nilai tambah kepada perkhidmatan pendidikan. Pelan tindakan turut menfokuskan kepada pelaksanaan yang kreatif dan sistematik bagi mewujudkan impak tinggi dengan kos yang optima dan perbelanjaan berhemah. 34
Senarai Jawatankuasa Pelan Strategik ACIS UiTM Melaka 2021-2025 Penaung : Prof. Dr Abd Halim Mohd Noor (Rektor UiTM Cawangan Melaka) Penasihat : Prof. Madya Dr Ismadi Md Badarudin (Timb. Rektor HEA UiTM Cawangan Melaka) Pengerusi : Prof. Madya Dr S. Salahudin Bin Suyurno (Ketua Pusat Pengajian ACIS UiTM Cawangan Melaka) Setiausaha : Norizah Binti Mohamed @ Haji Daud Bendahari : Mariam Farhana Binti Md Nasir Pengurus Program : Prof. Madya Rawi Bin Nordin Pen. Pengurus Program : Muhammad Taufik Bin Md Sharipp Mohd Khairul Nizam Bin Mohd Aziz Ajk Dokumentasi Dr Mohd Faizal Bin P. Rameli Dr Dziauddin Bin Sharif Dr Mohd Zaid Bin Mustafar Dr Khairul Azhar Bin Meerangani Dr Mohammad Fahmi Bin Abdul Hamid Dr Ahmad Rosli Bin Mohd Nor Dr Izzah Nur Aida Binti Zur Raffar Ayob Bin Wahid Mohd Fauzi Bin Md Isa Muaz Bin Mohd Noor Noor Aziera Binti Mohd Rohana Noorfazreen Binti Mohd Aris Noormala Binti Rabu Nor Azlina Binti Abd Wahab Norajila Binti Che Man Norizah Binti Mohamed @ Haji Daud Sarah Dina Binti Adnan Siti Nurul Izza Binti Hashim Hamidah Binti Jalani Nang Naemah Binti Nik Dahalan Sarah Dina Binti Adnan Noormala Binti Rabu Nor Adina Binti Abdul kadir Abdul Qayuum Bin Abdul Razak Muhammad Faidz Bin Mohd Fadzil Mohd Shafiei bin Ayub
PE LA N PE RA N CA N G A N ST RAT E G IK ACIS 2021 -2025