The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by WakLan@KMS, 2019-11-03 21:14:47

Tugasan Pelajar WK002

Tugasan Pelajar WK002

KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MUKIM JUGRA, 42700 BANTING,
SELANGOR DARUL EHSAN

KURSUS : KOKURIKULUM

KOD KURSUS : WK002

NILAI KREDIT : 2

___________________________________________________________________________

A. HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1. Mengorganisasi aktiviti berdasarkan kemahiran berpasukan yang dipraktikkan
melalui kerja kumpulan yang diadakan pada akhir semester.
(A4,TS 3, PLO 3, MQF LOD 5)

2. Menjelaskan idea dan maklumat berdasarkan kemahiran pembelajaran sepanjang
hayat melalui pembentangan berkumpulan berkaitan kokurikulum sepanjang
semester.
(A3,LL 1, PLO 5, MQF LOD 7)

B. STRATEGI PENTAKSIRAN

Hasil Pembelajaran Strategi Pentaksiran
PdP
CLO1 – Mengorganisasikan aktiviti berdasarkan Projek Akhir
kemahiran berpasukan yang dipraktikkan melalui Tutorial (70%)
kerja kumpulan yang diadakan pada akhir semester Amali
CLO2 – Menjelaskan idea dan maklumat Pembentangan
berdasarkan kemahiran pembelajaran sepanjang Tutorial (30%
hayat melalui pembentangan berkumpulan Amali
berkaitan kokurikulum sepanjang semester

KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MUKIM JUGRA, 42700 BANTING,
SELANGOR DARUL EHSAN

TUGASAN 1

WK002 KOKURIKULUM
SEMESTER 2 / SESI 2019/2020

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU soalan sahaja yang disediakan dalam Bahasa Melayu.
2. Anda dikehendaki menyerahkan tugasan dalam format MS Word melainkan dinyatakan

sebaliknya.
3. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman

dan langkau baris 1.5.
4. Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan

sendiri.
5. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja.
6. Tugasan anda hendaklah disiapkan secara berkumpulan.
7. Anda juga dilarang meniru tugasan atau memplagiat tugasan orang lain sebagai kerja

sendiri.

PENILAIAN
1. Tugasan ini menyumbang 70% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan

dinilai berdasarkan kepada RUBRIK yang dilampirkan.

SOALAN TUGASAN

Arahan

1. Pelaksanaan Projek Akhir (PA) untuk para pelajar Kursus WK002 Kokurikulum adalah
bertujuan untuk menilai kemampuan pelajar mengaplikasi kemahiran dan pengetahuan
yang dipelajari dengan mengorganisasi aktiviti/program berkaitan dengan bidang
pengkhususan masing-masing.

2. Pelajar akan dibimbing oleh tenaga pengajar untuk memberi panduan bagaimana untuk
merancang, mengurus, melaksana dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi
sepanjang proses PA ini berjalan sekaligus memberikan pendedahan kepada pelajar
bagaimana untuk membentuk kerja berpasukan yang baik dan menguruskan tugasan
dengan sempurna dan cekap.

3. PA dilaksanakan secara berkumpulan. Skop tugasan bagi setiap ahli kumpulan perlu
dinyatakan dengan jelas dan terperinci.

4. Proses pelaksanaan PA di pecahkan kepada 3 fasa mengikut pelaksanaan seperti
berikut:
a. Proses Penyediaan Kertas Cadangan PA
b. Pelaksanaan PA dan Penilaian PA
c. Penyediaan Laporan

5. Pelajar digalakkan membuat perbincangan dan mendapatkan pandangan dari tenaga
pengajar sebelum menetapkan jenis PA yang akan dilaksanakan.

6. Skop PA yang dipilih perlulah memenuhi sekurang-kurangnya 70% kemahiran utama
dalam topik-topik berikut:

Topik Sub Topik
2.1 Konsep/ definisi/ matlamat dan objektif
1. Pengenalan
kokurikulum
3. Pengurusan a. Sukan dan Permainan
4. Pengurusan Risiko dan b. Kelab dan Persatuan
3.1 Perancangan dan Pengurusan Organisasi
Keselamatan 4.1 Konsep
4.2 Pengurusan Risiko
5. Sistem Pertandingan 4.3 Pengurusan Bantu Mula
4.4 Jenis Kemahiran Bantu Mula
7. Penganjuran Aktiviti 5.1 Sistem Kalah Mati
8. Kepimpinan Aktiviti 5.2 Sistem Liga
7.1 Pengelolaan
7.2 Kepegawaian
7.3 Kesukarelawanan
8.1 Laporan dan Refleksi

KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MUKIM JUGRA, 42700 BANTING,
SELANGOR DARUL EHSAN

TUGASAN 2

WK002 KOKURIKULUM
SEMESTER 2 / SESI 2019/2020

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU soalan sahaja yang disediakan dalam Bahasa Melayu.
2. Anda dikehendaki menyerahkan tugasan dalam format MS Word melainkan dinyatakan

sebaliknya.

3. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman
dan langkau baris 1.5.

4. Tugasan anda hendaklah di antara 500-1000 patah perkataan tidak termasuk rujukan.
Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan dihujung tugasan anda.

5. Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan
sendiri.

6. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja.
7. Tugasan anda hendaklah disiapkan secara berkumpulan.
8. Anda juga dilarang meniru tugasan atau memplagiat tugasan orang lain sebagai kerja

sendiri.

PENILAIAN

1. Tugasan ini menyumbang 30% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan
dinilai berdasarkan kepada RUBRIK yang dilampirkan.

SOALAN TUGASAN

Arahan

1. Pilihan tajuk akan ditentukan oleh pensyarah berdasarkan senarai tajuk yang diberikan
seperti di bawah ini.

TAJUK
2. Kecergasan

2.1 Konsep kecergasan
2.2 Komponen kecergasan

A) Berasakan kesihatan
I. daya tahan kardiovaskular
II. daya tahan otot
III. kekuatan otot
IV. kelembutan/ kelenturan
V. komposisi tubuh badan

B) Berasaskan lakuan motor
I. kepantasan
II. ketangkasan
III. kuasa
IV. imbangan
V. masa tindak balas
VI. koordinasi

2.3 Jenis latihan kecergasan

6. Pengukuhan kemahiran
6.1 Kemahiran asas Sukan dan Permainan/ Kelab dan Persatuan
A. Peraturan dan undang-undang
B. Peralatan dan kelengkapan
C. Etika
6.2 Kemahiran asas Sukan Permainan/ Kelab dan Persatuan
A. Lima kemahiran asas/ latihan asas
6.3 Isu-isu semasa

2. Sila dapatkan pengesahan pensyarah terlebih dahulu setelah tajuk tugasan dipilih atau
ditetapkan.

3. Tugasan hendaklah disiapkan secara berkumpulan yang tidak melebihi daripada 3
orang.

4. Anda dikehendaki mempelbagaikan bahan rujukan seperti buku, artikel, jurnal,
majalah, rujukan elektronik dan sebagainya.

5. Sila serahkan tugasan anda untuk semakan sebelum membuat pembentangan.
6. Anda juga digalakkan menggunakan bahan sokongan semasa membuat pembentangan

seperti peta minda, imej, gambar, rajah dan sebagainya.
7. Masa pembentangan yang diperuntukan bagi setiap kumpulan adalah tidak melebihi 15

minit.


Click to View FlipBook Version