The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zahidnoni7475, 2022-04-22 13:31:43

Surat pekeliling ikhtisas

Surat Pekeliling Ikhtisas 2

SPPP2882 : PENGURUSAN KO-

KURIKULUM , SUKAN DAN PERMAINAN




E-BOOK

SURAT

PEKELILING


IKHTISAS

NAMA AHLI KUMPULAN SX182129PPRF04

SX191700PPRF04
SX181843PPRF04
1. MOHD ZAHID BIN MAT SAID SX190762PPRF04
2. MUHAMMAD SUHAIMI BIN JAMIL
3. AMIRUL AMAR BIN MAZLAN
4. MUHAMMAD SHAHIR BIN MOHD SHUKRY

PENSYARAH




DR. SYAHRUL RIDHWAN MORAZUKI

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/2021 :



PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN
PELAKSANAAN DUAL LANGUAGE

PROGRAMME KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA









Isi Kandungan

1. Surat SPI
2. Tujuan
3. Pendahuluan
4. Objektif
5. Takrifan operasi
6. Kriteria Penyertaan sekolah
7. Kriteria Pemilihan Guru
8. Penetapan Mata Pelajaran DLP
9. Pentaksiran
10. Tugas dan tanggungjawab
11. Pengurusan DLP
12. Penutup
13. Lampiran Borang-Borang

Tujuan

Penambahbaikan garis panduan ini bertujuan untuk memberi penjelasan tentang tatacara

pelaksanaan Dual Language Programme (DLP) di Sekolah Kerajaan, Sekolah

Bantuan Kerajaan, dan sekolah yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

2.0 Pendahuluan

DLP merupakan program yang memberi pilihan kepada sekolah untuk menggunakan Bahasa
lnggeris (BI) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mata pelajaran Sains dan Matematik yang
ditetapkan oleh KPM. Program ini dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif bawah Dasar
Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

3.0 Objektif

Pelaksanaan DLP bertujuan untuk:

3.1 memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan penguasaan BI murid melalui
PdP mata pelajaran Sains dan Matematik;

3.2 memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan akses bagi penerokaan
pelbagai bidang ilmu untuk bersaing pada peringkat global; dan

3.3 meningkatkan kebolehpasaran murid dalam alam pekerjaan.

4.0 Takrifan Operasi

Takrifan operasi yang dinyatakan di bawah hanya digunakan untuk tujuan pelaksanaan DLP
sahaja.

4.1 Sekolah yang mendapat kelulusan KPM untuk melaksanakan DLP
Sekolah yang mendapat kelulusan melaksanakan PdP dalam BI bagi mata pelajaran Sains
dan Matematik yang ditetapkan oleh KPM.

4.2 Kelas yang melaksanakan DLP

Kelas yang melaksanakan PdP dalam BI bagi mata pelajaran Sains dan Matematik
yang ditetapkan oleh KPM.

4.3 Guru yang mengajar kelas yang melaksanakan DLP

Guru yang melaksanakan PdP dalam BI bagi mata pelajaran Sains dan/atau Matematik
yang ditetapkan oleh KPM.

4.4 Murid yang mengikuti kelas yang melaksanakan DLP

Murid yang mengikuti PdP dalam BI bagi mata pelajaran Sains dan Matematik yang
ditetapkan oleh KPM.

4.5 Mata pelajaran Sains dan Matematik yang ditetapkan

Mata pelajaran Sains dan Matematik yang ditetapkan oleh KPM tertakluk kepada sebarang
perubahan.

5.0 Kriteria Penyertaan Sekolah

Sekolah yang kayak untuk melaksanakan DLP hendaklah memenuhi Criteria yang berikut:

5.1 Sekolah mempunyai sumber yang mencukupi

Sekolah hendaklah mempunyai guru yang memenuhi kriteria yang ditetapkan pada perkara
6.0 untuk mengajar mata pelajaran Sains dan/atau Matematik dalam BI. Di samping itu,
sekolah hendaklah mempunyai bilik darjah dan/atau bi!ik khas yang mencukupi untuk
melaksanakan PdP DLP.

5.2 Pengetua/Guru Besar (PGB) mempunyai perancangan untuk melaksanakan DLP

PGB hendaklah mengadakan perbincangan bersama sama guru dengan bimbingan
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk menyediakan perancangan jangka panjang dan
jangka pendek yang merangkumi aspek seperti guru, murid dan bilik darjah bagi
memastikan keberkesanan dan kelangsungan pelaksanaan DLP di peringkat sekolah.

5.3 Persetujuan daripada ibu bapa/penjaga

Sekolah hendaklah mendapatkan persetujuan secara bertulis daripada ibu bapa/penjaga
sebelum kelas yang melaksanakan DLP boleh dibuka.

5.4 Pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (BM)
Peratus pencapaian Tahap Penguasaan Minimum Bahasa Melayu Pemahaman dan
Bahasa Melayu Penulisan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan gred purata mata
pelajaran (GPMP) Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekolah bagi tahun
sebelumnya hendaklah menyamai atau lebih baik daripada pencapaian yang ditetapkan
oleh KPM atau menunjukkan peningkatan prestasi pencapaian mata pelajaran BM bagi tiga
tahun berturut-turut (usaha ke arah peningkatan).

6.0 Kriteria Pemilihan Guru Yang Mengajar Kelas Yang Melaksanakan DLP

Kriteria pemilihan guru untuk mengajar mata pelajaran Sains dan/atau Matematik dalam BI adalah
seperti berikut:

6.1 Guru opsyen mata pelajaran:

a)Sains;
b)Sains Tambahan;
c)Fizik;
d)Kimia;
e)Biologi;
f} Matematik; atau
g) Matematik Tambahan.

6.2 Guru bukan opsyen:

a) berpengalaman mengajar mata pelajaran Sains dan/atau Matematik sekurang-
kurangnya satu tahun; atau

b) memiliki diploma/ijazah sarjana muda/ijazah sarjana/ijazah kedoktoran dalam lain-
lain bidang yang setara dengan Sains dan Matematik.

6.3 Guru yang dikenal pasti hendaklah berkeupayaan mengajar mata pelajaran Sains dan/atau
Matematik yang ditetapkan dalam BI dan hendaklah disahkan secara bertulis oleh PGB dengan
mengambil kira pencapaian BI SPM sekurang-kurangnya kepujian atau setara dengannya.

8.0 Penetapan Mata Pelajaran DLP

Mata pelajaran Sains dan Matematik yang ditetapkan oleh KPM adalah seperti
berikut:

8.1 Peringkat Sekolah Rendah

a) Sains; dan
b) Matematik.

8.2 Peringkat Menengah Rendah

a) Sains; dan
b) Matematik.

8.3 Peringkat Menengah Atas

a) Sains;
b) Sains Tambahan;
c) Fizik;
d) Kimia;
e) Biologi;

f) Matematik; dan
g) Matematik Tambahan.

9.0 Dokumen Kurikulum dan Buku Teks
Bahan yang disediakan dalam BI adalah seperti berikut:

9.1 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP); dan
9.2 buku teks mata pelajaran Sains dan Matematik.

10.0 Peruntukan Masa PdP
Peruntukan masa PdP mata pelajaran Sains dan Matematik adalah seperti peruntukan
masa yang ditetapkan dalam surat pekeliling ikhtisas yang sedang berkuat kuasa.

11.0 Pentaksiran

Pentaksiran bagi mata pelajaran Sains dan Matematik yang ditetapkan adalah seperti berikut:

11.1 Pentaksiran bilik darjah dan peperiksaan dalaman sekolah bagi mata pelajaran Sains
dan Matematik yang ditetapkan untuk kelas yang melaksanakan DLP hendaklah disediakan dan
dilaksanakan dalam dwibahasa.

11.2 Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi mata pelajaran Sains dan Matematik yang
ditetapkan untuk kelas yang melaksanakan DLP hendaklah disediakan dan dilaksanakan dalam
dwibahasa.

1 1.3 Peperiksaan pusat iaitu UPSR dan SPM bagi mata pelajaran Sains dan Matematik
yang ditetapkan untuk kelas yang melaksanakan DLP hendaklah disediakan dan
dilaksanakan dalam dwibahasa.

13.0 Tugas dan Tanggungjawab
Tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh semua pihak yang terlibat.

13.1 JPN

Berikut adalah tugas dan tanggungjawab JPN yang perlu dilaksanakan:

13.1.1 Penataran DLP

Melaksanakan sesi penerangan tentang DLP kepada PPD dan sekolah yang memohon
untuk menyertai DLP.

13.1.2 Pengesahan penyertaan sekolah

a) menyemak dan menentusahkan kesediaan sekolah sebelum menyokong
permohonan sekolah berdasarkan Criteria penyertaan sekolah pada perkara 5.0; dan

b) menghantar senarai sekolah yang telah disahkan untuk melaksanakan DLP kepada
BPSH.

13.1.3 Pengurusan pelaksanaan DLP

a) memastikan bekalan buku teks di negeri mencukupi;

b) memastikan penpurusan pelaksanaan DLP di peringkat daerah/negeri dilaksanakan
berdasarkan Penambahbaikan Garis Panduan Pelaksanaan Dual Language Programme
Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2021;

c) memastikan penempatan semula guru dilaksanakan bagi membantu pelaksanaan
DLP di sekolah;

d) memastikan dan memaklumkan ketidakbolehlaksanaan kelas baharu yang
melaksanakan DLP di sekolah yang telah diluluskan kepada BPSH; dan

e) mengadakan mesyuarat bagi menyelaras pelaksanaan DLP secara berkala
bersama-sama PPD/sekolah.

13.1.4 Pelaksanaan pemantauan DLP
a) memastikan perancangan jangka panjang dan jangka pendek pelaksanaan DLP
disediakan;
b) memantau pelaksanaan DLP bagi memastikan tindakan susulan dilaksanakan dengan
berkesan;
c) melaporkan dapatan pemantauan kepada urus setia DLP KPM;
d) membentangkandapatan pemantauan dan cadangan penambahbaikan kepada
pengurusan JPN;
e) memastikan tindakan penambahbaikan dilaksanakan berdasarkan dapatan
pemantauan; dan
f) mengadakan mesyuarat bagi menyelaras pelaksanaan DLP secara berkala
bersama-sama PPD/sekolah.

13.2 PPD
Berikut adalah tugas dan tanggungjawab PPD yang perlu dilaksanakan:

13.2.1 Penataran DLP
Melaksanakan sesi penerangan tentang DLP kepada sekolah yang telah mendapat
kelulusan untuk menyertai DLP.

13.2.2 Pengurusan permohonan penyertaan sekolah
a) menyemak kesediaan sekolah yang memohon berdasarkan kriteria penyertaan
sekolah pada perkara 5.0;
b) mengemukakan permohonan penyertaan sekolah yang memenuhi kriteria
pelaksanaan DLP seperti yang ditetapkan dalam garis panduan; dan
c) memaklumkan kepada sekolah yang memohon tentang status permohonan.

13.2.3 Pengurusan pelaksanaan DLP
a) memastikan bekalan buku teks di daerah mencukupi;
b) memastikan pemetaan sekolah penerima dan sekolah pembekal disediakan
untuk kelangsungan DLP pada peringkat sekolah rendah dan sekolah
menengah;
c) memastikan pertukaran guru yang mengajar kelas yang melaksanakan DLP
dijalankan tanpa menjejaskan PdP murid yang mengikuti kelas yang
melaksanakan DLP; dan
d) memastikan jumlah guru yang mengajar kelas yang melaksanakan DLP
mencukupi di setiap sekolah terlibat.

13.2.4 Pelaksanaan khidmat bantu DLP
a) memberi sokongan dan khidmat bantu kepada sekolah yang melaksanakan DLP;
b) memastikan tindakan sokongan dan penambahbaikan dilaksanakan
berdasarkan hasil dapatan pelaksanaan khidmat bantu;
c) menyediakan laporan pelaksanaan khidmat bantu dan melaporkan kepada JPN;
dan
d) melaksanakan dialog prestasi dengan sekolah yang melaksanakan DLP.

13.3 PGB

Berikut adalah tugas dan tanggungjawab PGB yang perlu dilaksanakan:

13.3.1 Permohonan penyertaan sekolah dalam DLP
a) memastikan sekolah memenuhi semua kriteria penyertaan sekolah pada perkara
5.0 sebelum membuat permohonan;
b) memastikan guru yang berkeupayaan mengajar mata pelajaran Sains dan
Matematik mencukupi bagi memastikan murid menamatkan persekolahan pada
Tahun 6 bagi sekolah rendah/Tingkatan 5 bagi sekolah menengah;
c) mengisi dan menghantar surat permohonan sekolah dan Borang Kesediaan
Sekolah (Lampiran — Borang DLP-KPM 02/2021) kepada PPD/JPN/Bahagian;
dan
d) mendapatkan status pelaksanaan DLP daripada PPD/JPN/Bahagian.

13.3.2 Penataran DLP
a) Melaksanakan penataran tentang DLP kepada ibu bapa/penjaga, guru dan pihak
yang berkepentingan.

13.3.3 Pelaksanaan bimbingan dan sokongan
a) memastikan komuniti pembelajaran profesional diwujudkan untuk membantu
guru yang mengajar kelas yang melaksanakan DLP; dan
b) mengenal pasti kursus dan latihan yang sesuai untuk membantu guru
memantapkan PdP mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bl.

13.3.4 Pelaksanaan pemantauan DLP
a) mencerap PdP kelas yang melaksanakan DLP dengan menggunakan instrumen
pencerapan yang sedang berkuat kuasa; dan
b) mengenal pasti aspek penambahbaikan untuk DLP

13.3.5 Pengurusan pelaksanaan DLP
a) memastikan bekalan buku teks dan sumber PdP untuk murid mencukupi;
b) mengemas kini data murid, kelas dan guru dari masa ke semasa;
c) memastikan penempatan murid mengikut prosedur dan tempoh masa yang
ditetapkan;
d) memaklumkan ketidakbolehlaksanaan kelas kepada PPD/JPN/Bahagian secara
bertulis;
e) menyimpan semua dokumen berkaitan DLP untuk tempoh tujuh tahun sebelum
dilupuskan; dan
f) mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan kelestarian dan kelangsungan
program.

13.4 Guru yang mengajar kelas yang melaksanakan DLP
Berikut adalah tugas dan tanggungjawab guru yang mengajar kelas yang melaksanakan DLP
yang perlu dilaksanakan:

13.4.1 Perancangan PdP DLP
a) menggunakan DSKP versi bahasa Inggeris; dan
b) menyediakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) dan Rancangan Pelajaran
Tahunan (RPT) mata pelajaran Sains dan Matematik bagi kelas yang
melaksanakan DLP dalam BI.

13.4.2 Pelaksanaan PdP DLP
a) melaksanakan PdP mata pelajaran Sains dan/atau Matematik bagi kelas yang
melaksanakan DLP dalam BI;
b) melaksanakan pentaksiran bilik darjah dan peperiksaan dalaman sekolah bagi
mata pelajaran Sains dan/atau Matematik yang ditetapkan untuk kelas yang
melaksanakan DLP dalam dwibahasa; dan
c) melaksanakan intervensi yang bersesuaian sekiranya perlu untuk mata pelajaran
Sains dan/atau Matematik bagi kelas yang melaksanakan DLP.

14.0 Pengurusan DLP
Berikut adalah pengurusan DLP di pelbagai peringkat:

a) Pengurusan DLP di sekolah menengah hendaklah diletakkan bawah Guru Kanan Bidang
Sains dan Matematik, manakala, bagi sekolah rendah diletakkan bawah Ketua Panitia
Sains atau Ketua Panitia Matematik.

b) Pengurusan dan bimbingan DLP di peringkat daerah adalah bawah Sektor
Pembelajaran, PPD.

c) Pengurusan DLP di peringkat negeri adalah bawah Unit Sains atau Unit Matematik,
Sektor Pembelajaran, JPN.

d) Kelulusan pelaksanaan DLP adalah tertakluk kepada keputusan KPM

15.0 Penutup

Bagi mencapai objektif pelaksanaan DLP, kejayaan DLP bergantung kepada komitmen dan
kecekapan semua pihak yang terlibat dalam memastikan kebolehlaksanaan dan kelestarian
program ini pada peringkat sekolah.

16.0 Lampiran Borang-Borang

CARTA ALIR PERMOHONAN
PELAKSANAAN PROGRAM DUAL LANGUAGE PROGRAMME(DLP)

Sekolah mengedar Borang Persetujuan
Penyertaan Murid.

Sekolah mengumpul Borang Persetujuan
Penyertaan Murid.

Sekolah membuat rumusan persetujuan ibu
bapa/penjaga.

Sekolah menyediakan dokumen:
i. Surat Permohonan daripada sekolah;
ii. Borang Kesediaan Sekolah yang lengkap.
iii.Lampiran rumusan persetujuan ibu

bapa/penjaga.

Sekolah menghantar permohonan kepada Permohonan dihantar sebelum atau
Bahagian/PPD pada 31 Mac tahun sebelumnya.

bersambung

bersambung

Bahagian/PPD menyemak dan mengesahkan Penghantaran senarai sekolah adalah
kelayakan sekolah serta melengkapkan Borang sebelum atau pada 30 April.
Pengesahan Kesediaan Sekolah.
Pembentangan untuk kelulusan
Bahagian/PPD mengemukakan permohonan ke adalahsebelum atau pada 30
JPN/BPSH. Jun.

Bahagian/JPN menentu satt dan menghantar
senarai sekolah kepada BPSH.

BPSH membentangkan permohonan sekolah
kepada KPPM untuk kelulusan.

BPSH memaklumkan kelulusan pelaksanaan
DLP kepada Bahagian/JPN untuk dikemukakan
kepada sekolah berkaitan.

Sekolah DLP
kepada kelulusan yang diberikan.

Tamat

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 2/1997 :



PENGIKTIRAFAN PERSATUAN SENI BELA

DIRI SEBAGAI PERSATUAN PAKAIAN

SERAGAM SEKOLAH

kandungan

01

\SURAT
PERKELILING

02

PENDAHULUAN
-TUJUAN

-SYARAT KPM
-SENARAI

PERSATUAN BELA
DIRI

03

PERSATUAN
PAKAIAN SERAGAM

(PPS)

04

PERSATUAN SENI
BELA DIRI

1.



2.

Tujuan

Tujuan surat pekeliling ini adalah untuk memaklumkan ketetapan Kementerian
Pendidikan Malaysia mengiktiraf kegiatan Persatuan Seni Bela Diri sebagai Pasukan
Pakaian Seragam.

Perkara yang perlu dipatuhi :

1.Persatuan /Kelab/Pasukan yang ditubuhkan hendaklah bergabung dengan badan
induk yang berdaftar.

2.Kurikulum latihan hendaklah tetap dan diiktiraf oleh badan induk.
3.Sistem pengiktirafan hendaklah jelas dan diterima pakai oleh badan induk.
4.Semua anggota hendaklah memakai pakaian seragam yang lengkap semasa

menjalankan latihan atau majlis rasmi sekolah.

Persatuan/pertubuhan Seni Bela Diri yang terlibat :

1.Persatuan Silat Gayong
2.Persatuan Teakwando
3.Persatuan Karate Do
4.Persatuan Wushu
5.Persatuan Judo
6.Persatuan Silamban
7.Persatuan silat cekak

3.

Persatuan Pakaian Seragam Sekolah (PPS)

Definisi

Persatuan /Badan/ Pasukan/ Pertubuhan/ Pergerakan yang ditubuhkan secara formal oleh
sesebuah institusi atau agensi berdasarkan sesuatu akta dengan ahlinya memakai pakaian
seragam yang ditetapkan mengikut peraturan yang telah diwartakan atau termaktub dalam
peraturan dan undang PPS berkenaan.

Dasar penubuhan PPS

Guru besar atau pengetua , setelah menerima permohonan secara bertulis bagi
penubuhan PPS/badan beruniform di sekolah masing-masing. (Peraturan Pendidikan
(Persatuan sekolah) 1998-Warta kerajaan [P.U.(A).196]
Guru besar atau pengetua digalakkan supaya menubuhkan PPS/badan beruniform yang
boleh didaftarkan sebagai badan/pasukan/unit gabungan dengan PPS yang sedia ada di
peringkat daerah/negeri/kebangsaan/antarabangsa- [Peraturan 11; Peraturan Pendidikan
(Persatuan sekolah ) 1998]

Jenis PPS

1.PPS agensi / pertubuhan kerajaan (GO)
Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (darat/laut/udara)
Pasukan Kadet Polis
Pasukan Kadet Bomba & Penyelamat
Pasukan Kadet JPA 3
Pasukan Kadet Trafik

2. PPS agensi/ pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
Persatuan Pengakap
PBSMM
St John Ambulan Malaysia (SJAM)
Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Persatuan Puteri Islam Malaysia
Persatuan Briged Puteri Malaysa

3.PPS Kementerian Pelajaran Malaysia
Kadet Remaja Sekolah (Menengah)
Tunas Kadet Remaja Sekolah (Rendah)
Pasukan Pancaragam Sekolah

4. Pasukan/ Pertubuhan Seni Bela Diri ( Diiktiraf sebagai PPS dalam SPI Bil. 2 /1997)

4.

Persatuan Seni Bela Diri

Definisi

Seni bela diri adalah satu kesenian sebagai cara seseorang untuk mempertahankan atau
membela diri. Penubuhan persatuan seni bela diri di sekolah adalah tertakluk kepada
Akta Pendidikan 1996: Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998,dan di
daftarkan di bawah Unit Perhubungan dan Pendaftaran JPN masing-masing.

(SPI. BIL. 4/1992: Panduan Penubuhan dan PengurusanPersatuan Silat Sekolah)

Persatuan seni bela diri adalah salah satu kegiatan kokurikulum yang disenaraikan dalam
kategori keanggotaan pasukan pakaian seragam.

(SPI BIL. 13 / 2000,Pendaftaran Kegiatan Seni Bela Diri Di Sekolah-Sekolah)

Tujuan

Dengan menubuhkan persatuan seni bela diri, ianya dapat memupuk disiplin diri,
kepimpinan dan kecergasan fizikal di kalangan pelajar- pelajar sekolah. Selain itu, ianya
dapat menggalakkan pelajar-pelajar mengisi waktu lapang mereka dengan kegiatan yang
berfaedah.

Pelaksanaan

KURIKULUM

Hendaklah jelas, tetap dan terancang serta mampu menyediakan para pelajar untuk
menyertai pertandingan yang diiktiraf oleh badan induk.
Semua anggota dikehendaki memakai pakaian seragam yang lengkap semasa
menjalankan latihan atau di majlis-majlis rasmi sekolah.

TANGGUNGJAWAB SEKOLAH

Sekolah haruslah memastikan bahawa kegiatan ini bergerak selaras dengan matlamat
yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah menetapkan bahawa apa jua jenis
persatuan atau kegiatan seni bela diri yang ingin atau sedang mengembangkan
kegiatan di peringkat sekolah perlulah terlebih dahulu berdaftar dengan Kementerian
Belia dan Sukan.

TANGGUNGJAWAB PENUBUHAN DAN JURULATIH

Jurulatih yang dijemput oleh pihak sekolah dan diluluskan oleh PPD/JPN sahaja yang
boleh menjalankan aktiviti di sekolah.
Semua jurulatih hendaklah berdaftar dan sesalinan Sijil Kejurulatihan yang
dikeluarkan oleh badan perguruan berkenaan hendaklah diperolehi dan di
perbaharui pendaftarannya.
Jurulatih dilarang mewakilkan orang lain untuk melatih pelajar sekolah berkenaan dan
haruslah menjaga etika sebagai seorang pendidik.
Memeterai persafaham (MOU) berkaitan bayaran, jadual latihan, kehadiran guru dan
kehadiran jurulatih.

ADAT ISTIADAT PERGURUAN

Tidak menyalahi agama Islam.
Tidak boleh memesongkan akidah pelajar.
contoh : menyemah gelanggang, memakai tangkal azimat dan pertapaan.

KUTIPAN WANG

Pihak sekolah sahaja dibenarkan mengutip wang dengan kebenaran JPN/KPM.
Jurulatih tidak dibenarkan untuk mengutip yuran pendaftaran bagi tujuan yuran
bersekutu dengan badan induk.

PENASIHAT KELAB

Hendaklah diawasi oleh sekurang-kurangnya seorang guru yang dilantik oleh pihak
sekolah.
Guru tersebut harus sentiasa berada bersama pelajar sewaktu latihan dan
bertanggungjawab kepada keselamatan pelajar.

AKTIVITI KELAB

PELAKSANAAN AKTIVITI KELAB

Aktiviti kelab hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya sekali dalam
seminggu.
Boleh dilakukan dimana-mana dalam kawasan sekolah dan di luar jadual
waktu sekolah.
Sebaik-baiknya kendaklah diasingkan mengikut jantina
Latihan yang dibuat di hari cuti umum adalah dilarang sekiranya guru
penasihat tidak dapat hadir bersama untuk tugas penyeliaan dan
pengawasan.
Setiap persatuan/kelab mesti mengadakan pejumpaan sekurang-kurangnya
20 kali setahun.

KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN PELAJAR
Pemilihan, latihan pertandingan atau kejohanan yang akan disertai pelajar
haruslah:

Diketahui oleh Pengetua/ Guru Besar.
Mendapat kebenaran bertulis dari ibubapa atau penjaga.
Tidak akan mengganggu atau menjejaskan persekolahan mereka.
Perlindungan kecemasan untuk pelajar mesti disediakan.

PEMBUBARAN KELAB

Pendaftar/ Guru Besar atau Pengetua sekolah boleh mengarah mana-mana
persatuan sekolah dibubarkan jika dia berpuas hati bahawa persatuan itu
mungkin digunakan bagi maksud:

Tidak memberi manfaat kepada guru atau pelajar.
Propaganda politik yang memudaratkan kepentingan Malaysia atau Awam.
Yang melanggar mana-mana peruntukan.

MESYUARAT AGUNG/ TAKWIM/ SENARAI AJK

Untuk memastikan prosedur penubuhan dipatuhi dan semua persatuan
mempunyai perlembagaan.

BUKU LAPORAN PERSATUAN/ KELAB

Laporan hendaklah ditulis oleh pelajar dan disahkan oleh guru penasihat.
Buku laporan mesti dihantar ke pejabat setiap minggu untuk disemak oleh pentadbir
Guru penasihat bertanggungjawab mengemukakan buku laporan apabila diminta.
Maklumat didalam buku laporan mestilah sentiasa dikemaskini.

FAIL PERSATUAN/ KELAB

Fail yang disimpan di pejabat/ bilik khas mesti dikemas kini dari semasa ke semasa dan
segala kandungan dalam fail tersebut mestilah lengkap.

PENGIKTIRAFAN KOKURIKULUM

Menyediakan sijil penghargaan kepada pelajar.
Adakan Hari Kokurikulum bagi penyampaian penghargaan kepada pelajar dan guru
yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum.

Thyoaun!k


Click to View FlipBook Version