The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by albalighi, 2021-09-13 01:25:38

KERTAS KONSEP RBT KITAR SEMULA YSB 2021

KERTAS KONSEP RBT KITAR SEMULA YSB 2021

PROJEK TITIAN BISTARI
YAYASAN SULTANAH
BAHIYAH

PERTANDINGAN
PROJEK KITAR SEMULA

3R
UNTUK SEKOLAH RENDAH

PERATURAN DAN GARIS PANDUAN

KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN PROJEK KITAR SEMULA (STEM) 3R
PROJEK TITIAN BISTARI YAYASAN SULTANAH BAHIYAH

1. PENGENALAN

Kitar semula boleh ditafsirkan sebagai memproses barang-barang lama
untuk dijadikan barang-barang baru. Ini termasuklah menggunakan semula barang
barang tersebut seperti yang asal ataupun memberinya kepada orang yang
boleh menggunakannya. Kitar semula ialah satu proses yang melibatkan 3R iaitu
Reduce (Pengurangan), Reuses (Penggunaan Semula) dan Recycle (Kitar Semula).
Penerapan amalan 3R di kalangan masyarakat secara tidak langsung dapat
mengurangkan penjanaan sisa pepejal daripada dilupuskan ke tapak pelupusan.
Barang-barang yang boleh dikitar semula ialah seperti kertas, plastik, kertas kadbod,
kaca dan pakaian.

Oleh itu, murid-murid perlu menghasilkan produk berasaskan bahan kitar semula
dengan kos yang minimum. Dengan penghasilan produk ini, murid dapat menghayati
konsep kitar semula bagi memupuk kesedaran untuk mengekalkan kehijauan bumi
ini. Kehijauan ini termasuk fauna atau hidupan lain selain flora atau tumbuhan.

2. MATLAMAT

Memupuk semangat memelihara dan cintakan alam sekitar kepada murid.

3. OBJEKTIF
3.1 Memberi pendedahan kepada murid mengenai kepentingan dan cara mengitar

semula.
3.2 Menerapkan nilai-nilai murni kepada murid melalui aktiviti kitar semula.
3.3 Meningkatkan kesedaran kepada murid tentang pentingnya menjaga alam

sekitar

4. SYARAT- SYARAT PENYERTAAN

4.1 Kelayakan
4.1.1. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Sekolah Rendah yang
berada di Tahap 2 (Tahun 4, 5 atau 6).
4.1.2. Penyertaan adalah secara individu. Peserta adalah daripada sekolah
terpilih bagi Projek Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) sahaja.
4.1.3. Hanya satu penyertaan bagi setiap sekolah.
4.1.4. Setiap peserta tidak dibenarkan menyertai lebih dari satu pertandingan.
4.1.5. Seramai lapan orang peserta akan ke peringkat akhir. Lapan peserta
akan membentangkan produk/projek dan bersoal jawab bersama juri
hakim.
4.1.6. Para juri hakim akan menentukan lima pemenang yang mendapat
markah terbaik.

4.2 Projek/Produk
4.2.1. Projek/produk yang dihasilkan tidak pernah dikomersialkan atau
dipertandingkan dalam mana-mana pertandingan sebelum ini.
4.2.2. Tema pertandingan ialah “Reuse, Reduce, Recycle”.
4.2.3. Projek/produk kitar semula mestilah berbentuk penghasilan produk
mudah alih. Sebarang projek/produk berbentuk kekal seperti landskap,
arca kekal atau hiasan sudut kekal adalah tidak diambil kira.
4.2.4. Projek/produk yang dihasilkan berupaya menyelesaikan masalah dalam
kehidupan dan memberi impak yang positif terhadap alam sekitar.
4.2.5. Projek/produk dihasilkan sendiri oleh peserta.
4.2.6. Kos penghasilan projek/produk adalah atas tanggungjawab peserta.

4.3 Video Pertandingan
4.3.1 Setiap peserta mestilah menghasilkan satu video di rumah dan dihantar
kepada urusetia pertandingan.
4.3.2 Durasi video adalah antara 3 hingga 8 minit.
4.3.3 Video yang dihasilkan mestilah menampakkan muka peserta dan boleh
diedit mengikut kesesuaian.
4.3.4 Pembentangan mesti dalam bahasa Inggeris.

4.3.5 Video yang dihasilkan perlu dimasukkan maklumat berikut :
a) Pengenalan diri, sekolah, tajuk reka ciptaan
b) Bahan kitar semula yang digunakan
c) Cara reka ciptaan berfungsi
d) Kesan kepada manusia dan alam sekitar

4.4 Bahan kitar semula
4.4.1 Semua bahan yang digunakan mesti mematuhi senarai bahan yang
disediakan dan mesra alam serta boleh dikitar semula.
4.4.2 Markah akan ditolak sekiranya menggunakan bahan yang tidak boleh
dikitar semula. Penggunaan polisterin tidak dibenarkan.

Kategori Bahan

Kertas Surat khabar, cawan kertas, kotak tisu, paperboard, tisu
tandas

Cardboard Kotak terpakai, kotak makanan segera, bekas telur.

Kayu Kayu aiskrim, pencungkil gigi, chopstick

Plastik Bekas makanan dan minuman, botol plastik, bekas plastik
terpakai, straw, bilah kipas angin

Kaca Botol kaca

Logam Bekas makanan dan minuman, tin aluminuim

4.5 Dokumentasi
Setiap dokumentasi mesti mempunyai butiran berikut:
4.5.1 Nama murid, sekolah, tajuk projek/produk
4.5.2 Sebab projek dibina/ kelebihan projek
4.5.3 Alatan dan bahan
4.5.4 Pengiraan kos
4.5.5 Lakaran projek

4.6 Penghakiman
4.6.1 Markah akan diberikan mengikut lembaran skor.
4.6.2 Pertandingan akan diadili oleh 3 hingga 5 orang hakim yang dilantik oleh
JPN.
4.6.3 Keputusan hakim adalah muktamad.

5. KRITERIA PEMARKAHAN

Komponen Kriteria Peratus
10
Reka bentuk produk/ Kemasan produk 10
Kreativiti 20
(20%) Keaslian/ Kreativiti/ Inovasi yang 20
digunakan 10
10
Penyampaian laporan Kemahiran penyampaian 10
(40%) Kemahiran STEM 5
5
Bahan kitar semula Penggunaan bahan kitar semula 100
(10%) yang pelbagai

Dokumentasi Kandungan laporan
(10%)
Kebolehan menyelesaikan
Impak masalah kehidupan seharian
(20%)
Potensi untuk dikomersialkan

Kesan positif kepada kualiti alam
sekitar dan masyarakat
Jumlah

6. PENUTUP

Kitar semula penting untuk kelestarian alam sekitar. Justeru usaha
meningkatkan kesedaran dan keprihatian terhadap alam sekitar perlu dipupuk sejak
kanak-kanak lagi. Pendidikan tentang kepentingan kitar semula sewajarnya
diterapkan kepada murid-murid sejak di bangku sekolah rendah. Hal ini kerana pada
tahap umur tersebut mereka mudah dididik dan patuh pada arahan. Sehubungan itu,
sokongan dan kerjasama daripada semua pihak adalah diharapkan bagi menjayakan
pertandingan Projek Kitar Semula ini.

PROJEK TITIAN BISTARI
YAYASAN SULTANAH
BAHIYAH

PERTANDINGAN
PROJEK KITAR SEMULA

3R
UNTUK SEKOLAH RENDAH

BORANG PENGHAKIMAN

PERTANDINGAN PROJEK KITAR S
PROJEK TITIAN BISTARI YAYASAN
NAMA MURID/SEKOLAH : …………………………………
TAJUK PROJEK : ……………………………………………

Disediakan oleh,
……………………………………..
NAMA HAKIM:

SEMULA (STEM) 3R
N SULTANAH BAHIYAH
…………………………….
………………….

BORANG PENGUMPULAN MARKAH HAKIM

PERTANDINGAN PROJEK KITAR SEMULA (STEM) 3R
PROJEK TITIAN BISTARI YAYASAN SULTANAH BAHIYAH

PESERTA HAKIM 1 HAKIM 2 HAKIM 3 PURATA RANKING
1
2
3
4
5
6
7
8

Disediakan oleh : Disahkan oleh :
……………………………………………….... ………………………………………………

(Nama Hakim : ) (Pegawai Teknikal : )

PERTANDINGAN PROJEK KITAR SEMULA (STEM) 3R
PROJEK TITIAN BISTARI YAYASAN SULTANAH BAHIYAH

KEDUDUKAN NAMA PESERTA TAJUK PROJEK SEKOLAH
1
2
3
4
5

Hakim Nama Tanda tangan
Hakim 1
Hakim 2
Hakim 3
Tarikh :


Click to View FlipBook Version