The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by albalighi, 2021-09-13 01:27:31

KERTAS KONSEP RBT INOVASI YSB 2021

KERTAS KONSEP RBT INOVASI YSB 2021

PROJEK TITIAN BISTARI
YAYASAN SULTANAH
BAHIYAH

PERTANDINGAN
INOVASI (STEM)
LINDUNGI BUMI
UNTUK SEKOLAH RENDAH

PERATURAN DAN GARIS PANDUAN

KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN INOVASI (STEM) LINDUNGI BUMI
PROJEK TITIAN BISTARI YAYASAN SULTANAH BAHIYAH

1. PENGENALAN

Pertandingan Rekacipta dan Inovasi STEM adalah satu pertandingan untuk
mengumpulkan saintis-saintis dan perekacipta muda dari seluruh negara. Ia
merupakan satu platform perkongsian dan pengembangan hasil kajian penyelidikan
sains dan kejuruteraan para murid. Program ini telah melahirkan ramai murid yang
berbakat besar di dalam dunia penyelidikan dan telah juga menghasilkan projek-
projek sains dan kejuruteraan bertaraf dunia.

Tujuan asal pertandingan ini ialah untuk mengembangkan pengaplikasian
pengetahuan ilmu sains dan kejuruteraan yang menjurus kepada penyelesaian
masalah dan penggunaan teknologi terkini dalam kehidupan harian. Ia juga ingin
memberi kesedaran dan peningkatan minat kepada para murid tentang kebaikan dan
kehebatan sains dan kejuruteraan di dalam kehidupan.

2. OBJEKTIF
2.1 Mencungkil bakat murid-murid dalam bidang penyelidikan dan
pembangunan inovasi melalui kemahiran STEM iaitu akronim kepada Sains
(Science), Teknologi (Technology), Kejuruteraan (Engineering) dan
Matematik (Mathematic).
2.2 Memperkembangkan potensi dan kemahiran saintifik murid dalam membuat
kajian terkini.
2.3 Meningkatkan kemahiran komunikasi dalam proses pembangunan projek.
Mengembangkan kebolehan dan penciptaan murid dalam bidang Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik ke platform yang lebih tinggi.

3. SYARAT- SYARAT PENYERTAAN

4.1 Kelayakan
4.1.1. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Sekolah Rendah yang
berada di Tahap 2 (Tahun 4, 5 atau 6).
4.1.2. Penyertaan adalah secara individu. Peserta adalah daripada sekolah
terpilih bagi Projek Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) sahaja.
4.1.3. Setiap sekolah hanya boleh menghantar satu penyertaan bagi
pertandingan ini.
4.1.4. Setiap peserta tidak dibenarkan menyertai lebih dari satu pertandingan.
4.1.5. Seramai lapan orang peserta akan ke peringkat akhir. Lapan peserta
akan membentangkan produk/projek dan bersoal jawab bersama juri
hakim.
4.1.6. Para juri hakim akan menentukan lima pemenang yang mendapat
markah terbaik.

4.2 Projek
4.2.1. Inovasi yang dihasilkan tidak pernah dikomersialkan atau
dipertandingkan dalam mana-mana pertandingan sebelum ini.
4.2.2. Bidang yang dipertandingkan mempunyai kemahiran STEM.
4.2.3. Projek yang dihasilkan berupaya mengelakkan masalah pencemaran
dan memberi impak yang positif terhadap alam sekitar.
4.2.4. Projek dihasilkan sendiri oleh peserta.
4.2.5. Kos penghasilan projek adalah atas tanggungjawab peserta.

4.3 Video Pertandingan
4.3.1 Setiap peserta mestilah menghasilkan satu video di rumah dan dihantar
kepada urusetia pertandingan.
4.3.2 Durasi video antara 3 minit hingga 8 minit.
4.3.3 Video yang dihasilkan mestilah menampakkan muka peserta dan boleh
diedit mengikut kesesuaian.
4.3.4 Pembentangan mesti dalam bahasa Inggeris.

4.3.5 Video yang dihasilkan perlu dimasukkan maklumat berikut :
a) Pengenalan diri, sekolah, tajuk inovasi
b) Cara projek berfungsi
c) Kesan kepada manusia dan alam sekitar

4.4 Dokumentasi
4.4.1 Nama murid, sekolah, tajuk projek/produk
4.4.2 Sebab projek dibina/ kelebihan projek
4.4.3 Alatan dan bahan
4.4.4 Pengiraan kos
4.4.5 Lakaran projek

4.5 Penghakiman
4.5.1 Markah akan diberikan mengikut lembaran skor.
4.5.2 Pertandingan akan diadili oleh 3 hingga 5 orang hakim yang dilantik oleh
JPN.
4.5.3 Keputusan hakim adalah muktamad.

4. KRITERIA PEMARKAHAN

Komponen Kriteria Peratus
10
Reka bentuk produk/ Kemasan produk 10
Kreativiti 20
(20%) Keaslian/ Kreativiti/ Inovasi yang 20
digunakan 10
10
Persembahan video Kemahiran penyampaian 10
(40%) 5
Kemahiran saintifik dan kreativiti 5
Kajian Kes Keputusan, hasil dapatan dan 100
(10%) perbincangan

Dokumentasi Kandungan laporan
(10%)
Kebolehan menyelesaikan
Impak masalah kehidupan seharian
(20%)
Potensi untuk dikomersialkan

Kesan positif kepada kualiti alam
sekitar dan masyarakat
Jumlah

5. PENUTUP

Akhir sekali, kita tidak boleh menidakkan peranan para pendidik dalam
melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif. Sehubungan dengan hal ini, para
pendidik di seluruh negara sama ada di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah
atau Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) mahupun Institusi Pendidikan Tinggi
Swasta (IPTS), termasuk kolej dan institusi kemahiran harus menghadapi pelbagai
cabaran. Cabaran pertama ialah mempertingkat profesionalisme.. Oleh itu, pendidik
yang berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang yang
boleh berfikir secara kritis dan berinovasi dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

PROJEK TITIAN BISTARI
YAYASAN SULTANAH
BAHIYAH

PERTANDINGAN
INOVASI STEM

LINDUNGI BUMI
UNTUK SEKOLAH RENDAH

BORANG PENGHAKIMAN

PERTANDINGAN INOVASI (STEM) L
PROJEK TITIAN BISTARI YAYASAN
NAMA MURID/ SEKOLAH : …………………………………
TAJUK PROJEK : ……………………………………………

Disediakan oleh,
…………………………………..
NAMA HAKIM:

LINDUNGI BUMI
N SULTANAH BAHIYAH
…………………………….
………………….

BORANG PENGUMPULAN MARKAH HAKIM

PERTANDINGAN INOVASI (STEM) LINDUNGI BUMI
PROJEK TITIAN BISTARI YAYASAN SULTANAH BAHIYAH

PESERTA HAKIM 1 HAKIM 2 HAKIM 3 PURATA RANKING
1
2
3
4
5
6
7
8

Disediakan oleh : Disahkan oleh :
……………………………………………….... ………………………………………………

(Nama Hakim : ) (Pegawai Teknikal : )

PERTANDINGAN INOVASI (STEM) LINDUNGI BUMI
PROJEK TITIAN BISTARI YAYASAN SULTANAH BAHIYAH

KEDUDUKAN NAMA PESERTA TAJUK PROJEK SEKOLAH
1
2
3
4
5

Hakim Nama Tanda tangan
Hakim 1
Hakim 2
Hakim 3
Tarikh :


Click to View FlipBook Version