The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ummi3008, 2021-10-21 12:06:44

MINIT MESYUARAT PIBG SKTL KALI KE-47/2020

Minit Mesyuarat AGUNG PIBG KE -47

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH LIAT
14000 BUKIT MERTAJAM

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 47/2020

TARIKH : 22 FEBRUARI 2020

HARI : SABTU
MASA : 9.00 PAGI

TEMPAT : DEWAN DATUK HJ MOHD ZAIDI HJ MOHD SAID

KEHADIRAN :

1. EN NASRUDDIN BIN ABD RASHID PENASIHAT

2. EN ABDUL BAHRIN RIAD BIN ABDULLAH YANG DIPERTUA PIBG

3. PN MAHERAN YAHAYA SETIAUSAHA PIBG

4. PN NORHAYATI AHMAD BENDAHARI PIBG

5. DR ADIB BIN HJ OMAR AJK PIBG (WARIS)

6. PN SITI HAJAR BT JASA AJK PIBG ( GURU )

7. PN NUR HAPIDAH YAHYA AJK PIBG ( GURU )

8. PN HAJAH ROSHIDAH BINTI A.HAMID AJK PIBG ( GURU )

9. EN MUHAMMAD AFIF FIKRI BIN ADAM AJK PIBG ( GURU )

10. CIK AINUL MAJDIAH BT MOHD ZAKI JURU AUDIT

KETIDAKHADIRAN :

1. EN MAHADZIR BIN AHMAD NYDP PIBG

UCAPAN PENGERUSI

UCAPAN GURU BESAR
1. Mengalukan-alukan kehadiran waris. Sejak pembukaan sekolah pada 1892,
SekolahKebangsaan Tanah Liat telah berdiri teguh selama 128 tahun. Kini bertambahnya
fasiliti seperti dua buah kelas PRA Sekolah dan menyediakan Pendidikan Khas (sekolah
PPKI) iaitu satu Unit Pendidikan Khas yang diakui oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
2. Para pelajar Sekolah telah banyak menempah kejayaan demi kejayaan dalam bidang
akademik serta kokurikulum. Antara terkini kejayaan yang telah mengharumkan nama
sekolah ialah dalam penyertaan merentas desa di Pulau Pinang seorang pelajar lelaki
berjaya mendapat tempat pertama serta seorang pelajar perempuan tempat ke-5 dan layak
mewakili Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan.
3. Selain itu, dalam sukan ragbi baru-baru ini berjaya meraih naib johan. Disamping itu, sukan
bola jaring telah meraih johan di peringkat Zon Permatang Pauh.

1

4. Untuk makluman para hadirin sekalian, Sekolah akan mengadakan Kejohanan Olahraga di
Stadium MPSP Jalan Betik pada bulan tiga akan datang. Oleh yang demikian, pihak sekolah
telah mengalakkan murid-murid untuk datang awal disekolah bagi pembangunan aktiviti
sukan di padang dan sesi akademik di kelas.

5. Meskipun akademik itu penting bagi para pelajar sekolah ini, akan tetapi aktiviti
kokurikulum serta sahsiah juga mesti cemerlang. Semua perkara ini perlulah seiring agar
membentuk para pelajar yang cemerlang.

6. Walauapapun, setiap kemenjadian para murid dengan adanya sokongan ibu bapa untuk
terus berjaya. Akhir sekali, Sekolah hebat, cikgu hebat, waris pun hebat jadi sudah
semestinya acuan pun hebat.

UCAPAN YDP PIBG – EN ABDUL BAHRIN RI’AD BIN ABDULLAH
1.Mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua waris yang hadir dan mengucapkansetinggi-

Tinggi ucapan tahniah kepada pihak sekolah di atas kejayaan yang telah diperolehi.
2 . Memaklumkan bahawa jawatankuasa yang sedia ada masih mahu untuk memberi pandangan

Untuk penambahbaikan sekolah.

AGENDA 3: MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SESI

2019/2020

SU PIBG, Pn Maheran Yahaya membentangkan minit mesyuarat agung yang lalu dengan merujuk

lampiran muka surat 17-19

Cadangan diterima :Pn Rogayah Hashim

Disokong oleh :En. Mohd Shukri Mohd Saad

AGENDA 4: MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN PIBG SKTL SESI 2019/2020

SU PIBG, Pn Maheran Yahaya membentangkan dan menerima aktiviti merujuk lampiran di muka

surat

Cadangan diterima : Pn Rogayah Hashim

Disokong oleh : En. Mohd Shukri Mohd Saad

AGENDA 5: MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN PIBG SKTL

Pn Norhayati Ahmad selaku bendahari membentangkan laporan kewangan PIBG yang berakhir

31.12.2019. Beliau merujuk muka surat 25,26 dan muka surat 27.

Cadangan diterima :En. Hasbullah Bin Man

Disokong oleh :Pn. Isma Adawiyah Binti Abdul Malik

AGENDA 6: PEMBUBARAN AJK 2019/2020 DAN MEMILIH JAWATANKUASA 2020/2021

YDP PIBG En Abdul Bahrin Ri’ad Bin Abdullah mengucapkan terima kasih atas kepercayaan semua

warga sekolah dan memohon maaf atas segala kekhilafannya.

Pelantikkan Ahli jawatankuasa bagi sesi 2020/2021 adalah seperti berikut :

Penasihat : En Nasruddin Abd Rashid

Yang Dipertua : En Abdul Bahrin Ri’ad Bin Abdullah

2

Naib Yang Di pertua : Dr Mohd Adib Bin Haji Omar

Setiausaha: Pn Maheran Yahaya

Bendahari : Pn Nohayati Ahmad

Ajk Waris :

1. Pn Nur Azian Mohd Said

2. En Azhan Syamil Ghazali

3. En Abdul Aziz Md Noor

4. Mohd Jaffry

5. Pn Zalina Harun

Juru audit waris : En Muhammad Jafry

AGENDA 7: PERBAHASAN DAN PENERIMAAN USUL-USUL

CADANGAN 1 - Nasarrudin Bin Abdul Rashid
 7.00 – 7.30 setiap hari menjalankan aktiviti masakan menu di kantin.
 Diselaraskan waktu pulang sekolah.
 Tidak boleh dijalankan kerana tertakluk kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.
 Kelas tambahan diadakan pada setiap hari dari hari isnin sehinggahari jumaat. Kelas
tambahan berbayar turut dijalan atas persetujuan waris.
 Sumbangan waris untuk sukaneka tidak dapat menampung kos perbelanjaan program,
guru turut serta secara aktif dalam menyumbang dalam segi kewangan. Hal ini kerana
perbelanjaan sekolah setiap bulan merangkumi RM 1,000 sehingga RM 3,000.
 Guru SKTL menjadi lebih kreatif bagi memberangsangkan lagi akademik para pelajar
dengan menluangkan sedikit waktu pada awal pagi setiap hari, mengajar para pelajar
beberapa perkara asas mengikut subjek tertentu. Oleh yang demikian pelajar mesti
sentiasa bersedia walaupun diluar waktu pembelajaran.
 Setiap pelajar SKTL mempunyai tahap kepandaian yang berbeza-beza akan tetapi pihak
SKTL tidak membeza-bezakan pelajar di kelas pandai dan tidak pandai.
 Kelas tambahan tahun 5 pernah dijalankan pada tahun lepas akan tetapi purata murid yang
tidak hadir lebih ramai
 Memakai tali leher belum digalakkan lagi kerana cuaca tidak masih lagi tidak bersesuaian.

UCAPAN TANGGUHAN

NYDP Dr Mohd Adib mengharapkan kerjasama waris agar memberi fokus utama dalam bidang
akademik, mohon pantau anak-anak dan pastikan ada masa belajar di rumah dan kurangkan
bermain handphone.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.35 tengah hari.

DISEDIAKAN OLEH ,

____________________________________
(PN. MAHERAN BT YAHAYA)

SETIAUSAHA PIBG SK TANAH LIAT

3


Click to View FlipBook Version