The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-86044361, 2021-10-23 20:10:31

Buku Program MAT Kali Ke-41

SK Tebing Tinggi

SEKOLAH KEBANGSAAN
TEBING TINGGI

Jalan Utama, Kampung Tebing Tinggi, 85100 Segamat, Johor

MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN PIBG

KALI KE-41 TAHUN 2021

Dirasmikan oleh:

ENCIK ABD RAZAK BIN ABD MALIK,
YANG DIPERTUA PIBG,

SEKOLAH KEBANGSAAN TEBING TINGGI

Tarikh : 24 Oktober 2021
Masa
Tempat : 2.00 petang

: Kediaman masing-masing
(Google Meet)

(16 muka termasuk kulit)

1

Ahad 24/10/2021
Aturcara Program

2.00 petang : Pendaftaran para AJK PIBG, guru,
2.15 petang
2.20 petang ibu bapa dan penjaga murid
2.25 petang : Ketibaan YDP PIBG SK Tebing Tinggi
2.30 petang
2.40 petang (Encik Abd Razak Bin Abd Malik)
: Nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Lagu Negaraku
3.00 petang : Bacaan Doa
4.00 petang : Ucapan Tuan Guru Besar SK Tebing Tinggi

(Encik Jauhhari Bin Haji Abdul Rahim)
: Ucapan Aluan dan Perasmian YDP PIBG

SK Tebing Tinggi
(Encik Abd Razak Bin Abd Malik)
: Persidangan Mesyuarat Agung Tahunan
PIBG Kali Ke-41
: Bersurai

2

Ahad 24/10/2021

Agenda Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2021

1. YDP, Ahli Jawatankuasa dan Tuan Penasihat
mengambil tempat.

2. Pesanan Pengerusi dan seterusnya
mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali
Ke-41 SK Tebing Tinggi.

3. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat
Agung Tahunan PIBG Kali Ke-40. (rujuk m/s 8)

4. Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan
PIBG berakhir pada 31 Disember 2020.
(rujuk m/s 5 &16)

5. Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi
2020/2021.

6. Pelantikan Pengerusi Sementara mempengerusikan
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Tebing Tinggi
2021/2022.

7. Memilih 16 orang Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi
2021/2022. (rujuk m/s)

8. Perbahasan Usul.
9. Ucapan Penangguhan.
10. Penangguhan Mesyuarat.

3

Ahad 24/10/2021

MINIT MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN PERSATUAN IBU
BAPA DAN GURU (PIBG) SK
TEBING TINGGI KALI KE-40

(rujuk muka surat 8)

4

Ahad 24/10/2021

PENYATA KEWANGAN PIBG
SEHINGGA

31 DISEMBER 2020

5

Ahad 24/10/2021

AJK PIBG
SESI 2020/2021

AHLI JAWATANKUASA PIBG SK TEBING TINGGI SESI 2019/2020

PENASIHAT : EN. JAUHHARI BIN HAJI ABDUL RAHIM

YANG DIPERTUA : EN. ABD RAZAK BIN ABD MALIK

NAIB YANG DIPERTUA : PN. HALIZA BINTI HASAN

SETIAUSAHA : PN. NUR ZURIAFAZLEEN BINTI ZORKOFLEE

NAIB SETIAUSAHA : EN. MOHD AMIRUDDIN BIN MAHAD

BENDAHARI : PN. AMIRAH AIMI BINTI ISMAIL

AJK IBU BAPA : EN. MOHD NIZAM BIN IBRAHIM

EN. SAZAINI BIN PAIDI

EN. KHAIRUL SYAZWIE BIN MOHD ZAHIR

PN. ROSEMALINDA BINTI RAMLI

PN. NORSUHEILA BINTI MOHD TAFF

PEMERIKSA KIRA-KIRA : PN. HASLINDA BINTI AZIZ

PN. ANIZA BINTI HASHIM

6

PENGHARGAAN

DENGAN TULUS IKHLAS MERAKAMKAN UCAPAN
SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

KEPADA :
ENCIK ABD RAZAK BIN ABD MALIK
YANG DIPERTUA PIBG SK TEBING TINGGI
ENCIK JAUHHARI BIN HAJI ABDUL RAHIM

GURU BESAR SK TEBING TINGGI
SEMUA AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/2021

SEMUA IBU BAPA DAN PENJAGA MURID
SK TEBING TINGGI

WARGA SK TEBING TINGGI
DAN SEMUA PIHAK YANG TELAH MEMBERI SOKONGAN
DAN SUMBANGAN UNTUK MENJAYAKAN MESYUARAT

AGUNG PIBG SK TEBING TINGGI KALI KE-41

7

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN TEBING TINGGI

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
KALI KE-40 SEKOLAH KEBANGSAAN TEBING TINGGI

Tarikh : 23 Februari 2020

Masa : 2.00 petang

Tempat : Dewan Ibnu Sina SK Tebing Tinggi

Pengerusi : Encik Abd Razak Bin Abd Malik

Kehadiran(Bilangan) : 44 Orang

Turut Hadir (Jika ada) : Puan Nurul Huda Binti Mohd Nasir
(Business Developer Manager Johor/Melaka)

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran Perasmi Mesyuarat Agung Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-40 Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi, pegawai
pegawai bank RHB cawangan Jementah, guru-guru dan para ibu bapa.

1.2 Pengerusi juga mengucapkan selamat datang kepada semua ibu bapa ke Mesyuarat
Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-40 Sekolah Kebangsaan Tebing
Tinggi. Pengerusi juga berharap agar Mesyuarat Agung PIBG SK Tebing Tinggi kali
ini berjalan dengan lancar.

1.3 Pengerusi turut menzahirkan ucapan tahniah kepada guru besar dan guru-guru
khususnya guru-guru yang mengajar mata pelajaran UPSR kerana berjaya
mencapai kecemerlangan 100% dalam UPSR pada tahun 2019. Beliau turut
berharap kecemerlangan ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

1.4 Pengerusi mengingatkan ibu bapa supaya mendekatkan jurang dengan pihak
sekolah dan beliau turut berharap agar ahli jawatankuasa yang terpilih dapat
menjalankan tugas dengan baik.

1.5 Pengerusi memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang beliau
memegang jawatan sebagai Yang DiPertua PIBG Sekolah Kebangsaan Tebing
Tinggi dan pada masa yang sama mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru
Besar, Encik Rosli Bin Abu Bakar atas bimbingan sepanjang beliau menjalankan
tugas sebagai Yang DiPertua PIBG SKTT.

1.6 Pengerusi berharap agar mesyuarat dan pelantikan ahli jawatankuasa baharu dapat
berjalan dengan lancar.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor

01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00 8

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Dicadang untuk disahkan oleh Puan Haliza Binti Hassan.
Disokong untuk pengesahan oleh Puan Roslina Binti Bakar.

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada.

4 PEMBENTANGAN AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40

4.1. Membentangkan dan Mengesahkan Laporan Kewangan
4.1.1. Laporan Kewangan PIBG mulai 1 Januari 2019 sehingga 31 Disember 2019
dibentangkan oleh Bendahari PIBG, Puan Amirah Aimi Binti Ismail.
4.1.2. Pengesahan laporan kewangan dicadang untuk disahkan oleh Puan
Rosemaslinda Binti Ramli.
4.1.3. Pengesahan laporan kewangan disokong untuk pengesahan oleh Puan
Norsuhaila Binti Samad.
4.1.4. Bendahari PIBG memaklumkan kepada semua warga mesyuarat bahawa
akaun simpanan semasa bagi PIBG SK Tebing Tinggi adalah akaun Bank
RHB melalui cawangan Bank RHB Jementah.
4.1.5. Yang DiPertua PIBG memohon kerjasama ibu bapa untuk membayar yuran
PIBG.
4.1.6. Yang DiPertua PIBG juga turut meminta sumbangan idea dan cadangan
daripada ibu bapa dan guru untuk menambahbaik dana PIBG SK Tebing
Tinggi.

4.2. Pembubaran AJK Sesi 2019/2020 dan Lantikan AJK sesi 2020/2021
4.2.1 Pengerusi membubarkan AJK PIBG SK Tebing Tiggi Sesi 2019/2020.
4.2.2 Puan Haliza Binti Hasan mencadangkan Encik Abdul Aris Bin Jupry sebagai
Pengerusi Sementara.
4.2.3 Cadangan tersebut disokong oleh Puan Roslina Binti Bakar.
4.2.4 Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Tebing Tinggi Sesi 2020/2021 yang
dikendalikan oleh Pengerusi Sementara.
4.2.5 Ahli Jawatankuasa PIBG SK Tebing Tinggi bagi sesi 2020/2021 adalah seperti
berikut:

Yang Dipertua PIBG : Encik Abd Razak Bin Abd Malik
Naib Yang DiPertua PIBG : Puan Haliza Binti Hasan
Ahli Jawatankuasa : Encik Mohd Nizam Bin Ibrahim

Pemeriksa Kira-kira Encik Sazaini Bin Paidi
Encik Khairul Syazwie Bin Mohd Zahir
Puan Rosemalinda Binti Ramli
Puan Norsuheila Binti Mohd Taff
: Puan Haslinda Binti Aziz
Puan Aniza Binti Hashim

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor

01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00 9

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.3. Membahaskan Usul
4.3.1. Usul daripada Encik Norazian Bin Hussin tidak dibincangkan kerana beliau
tidak hadir ke mesyuarat pada kali ini.

4.3.2. Encik Mohd Shafuan Bin Sulaiman dan Puan Harwati Binti Haji Hasan
mencadangkan agar pihak sekolah mewajibkan supaya murid-murid
membawa duit belanja ke sekolah tidak melebihi RM5. Usul ini telah dijawab
oleh Tuan Guru Besar SK Tebing Tinggi iaitu Encik Rosli Bin Abu Bakar.
Beliau mencadangkan bahawa duit belanja RM3 sudah mencukupi untuk
murid bawa ke sekolah. Hal ini kerana kebanyakan murid SK Tebing Tinggi
membawa duit belanja bawah RM5 ke sekolah setiap hari. Beliau juga turut
mengingatkan ibu bapa bahawa murid tidak perlu membawa duit belanja
melebihi RM5 seperti RM10 contohnya ke sekolah sekiranya tiada
keperluan. Seterusnya, Encik Mohd Shafuan Bin Sulaiman dan Puan
Harwati Binti Haji Hasan mencadangkan agar pihak sekolah mewajibkan
murid-murid membaca surah-surah atau doa pada setiap kali perhimpunan
untuk peringatan bersama. Usul ini juga telah dijawab oleh Tuan Guru Besar
SK Tebing Tinggi iaitu Encik Rosli Bin Abu Bakar dimana murid
sememangya membaca surah Al- Fatihah, Surah Al-Ikhlas sebanyak tiga
kali disulami selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW
sebanyak sepuluh kali dan juga bacaan Asmaul-Husna semasa
perhimpunan pada waktu pagi. Selain itu, Encik Mohd Shafuan Bin Sulaiman
dan Puan Harwati Binti Haji Hasan mencadangkan agar pihak sekolah
mendisiplinkan setiap kerja sekolah wajib siap. Sekiranya tidak siap, murid
dirotan dan didenda. Tuan Guru Besar menjelaskan bahawa hanya beliau
yang mempunyai kuasa untuk merotan murid. Namun setakat ini murid-
murid SK Tebing Tinggi masih boleh sekadar dinasihati dan tiada tindakan
rotan perlu dilakukan. Pada masa yang sama, Tuan Guru Besar meminta
kerjasama ibu bapa agar memantau kerja rumah anak-anak masing-masing
yang telah diberikan oleh guru dan juga melakukan ulangkaji terhadap
pelajaran yang telah dipelajari. Tuisyen bagi murid tahun 6 juga turut
ditekankan oleh Encik Mohd Shafuan Bin Sulaiman dan Puan Harwati Binti
Haji Hasan. Mereka mengatakan mengenangkan murid Tahun 6 pada tahun
ini akan menduduki peperiksaan UPSR, tuisyen wajib diadakan di sekolah
untuk setiap subjek teras ataupun pihak sekolah menjemput guru tuisyen
daripada sekolah lain setiap hari Jumaat dan Sabtu. Tuan Guru Besar turut
menjawab usul ini. Beliau memaklumkan bahawa pihak sekolah telah
mengadakan kelas tambahan setelah satu jam berakhirnya waktu
persekolahan. Pada tahun 2019, terdapat tuisyen yang dianjurkan oleh
Yayasan Pelajaran Johor. Oleh itu, pihak sekolah masih menanti tuisyen ini
pada tahun 2020. Beliau turut memaklumkan bahawa para guru adalah
penanda bagi kertas soalan yang diberikan oleh yayasan tersebut. Tuan
Guru Besar juga menekankan tentang tuisyen semasa cuti hujung minggu
seperti hari Jumaat. Beliau mengharapkan kedatangan murid ke tuisyen
tersebut adalah baik dan memberangsangkan. Di samping itu, mereka juga
mencadangkan agar pihak sekolah mewajibkan setiap kali seisi kelas atau
perhimpunan, setiap murid berikrar menjadi anak atau murid yang
bertanggungjawab, menjadi murid yang cemerlang dan menghormati di
antara satu sama lain. Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa ikrar yang

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor

01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00 10

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

sedia ada di sekolah adalah ikrar Rukun Negara. Namun, ikrar murid
sebagaimana yang telah dicadangkan akan ditambah oleh pihak sekolah
semasa perhimpunan rasmi. Dalam pada itu, mereka turut mencadangkan
agar pihak sekolah menanamkan sikap menabung di sekolah. Tuan Guru
Besar menyatakan kerisauan beliau tentang berlakunya kes kecurian
sekiranya murid menabung di sekolah. Walau bagaimanapun, beliau
mencadangkan agar murid menabung di rumah dan memaklumkan pada
pihak untuk menjemput pihak RHB Bank datang ke sekolah setelah
tabungan sudah penuh. Akhir sekali, Encik Mohd Shafuan Bin Sulaiman dan
Puan Harwati Binti Haji Hasan mencadangkan agar pihak sekolah
mengingati ibu bapa dan guru untuk membekalkan makanan sekiranya
terdapat mesyuarat atau majlis di sekolah. Usul ini telah dijawab oleh YDP
PIBG SK Tebing Tinggi, Encik Abd Razak Bin Abd Malik di mana pihak
sekolah sememangnya menyediakan makanan dan minuman untuk ibu
bapa dan guru sekiranya terdapat sebarang majlis di sekolah.

4.3.3. Puan Rohani Binti Hasni mencadangkan pihak sekolah mengadakan aktiviti
luar sekolah seperti membuat lawatan sambil belajar. Usul ini telah dijawab
oleh Tuan Guru Besar SK Tebing Tinggi di mana beliau memaklumkan
bahawa tiada sambutan untuk Lawatan Sambil Belajar ke Cameron
Highlands yang dilaksanakan pada tahun 2019. Beliau memaklumkan juga
bahawa penyertaan dalam kalangan ibu bapa adalah lebih ramai berbanding
penyertaan dalam kalangan murid. Walakin itu, lawatan sedemikian masih
akan dilaksanakan pada tahun 2020. Pada waktu yang sama, Puan Rohani
Binti Hasni turut mencadangkan pihak sekolah untuk mengadakan kelas
tambahan untuk kelas agama seperti Bahasa Arab dan kelas tambahan
Bahasa Inggeris. Tuan Guru Besar bertanyakan sama ada kelas tambahan
ini adalah untuk murid Prasekolah ataupun murid Arus Perdana. Beliau
memaklumkan juga bahawa Ustaz Che Mohd Amin Bin Che Hasan bersedia
mengajar sekiranya mendapat sambutan dalam kalangan murid. Akhir
sekali, cadangan daripada Puan Rohani Binti Hasni mengatakan agar pihak
sekolah membuat jamuan ringan di dalam kelas. Tuan Guru Besar
memaklumkan bahawa pihak sekolah sentiasa mengadakan jamuan untuk
murid tidak kira untuk murid Prasekolah mahupun murid Arus Perdana.

4.3.4. Puan Norliza Binti Abu Bakar mencadangkan agar pihak sekolah
mempertingkatkan lagi pembersihan dan keceriaan sekolah atau kelas
terutama surau sekolah dan lain-lain tempat yang agak sugul dan
dipinggirkan. Beliau juga bertanyakan status pintu gerbang kebanggaan
SKTT adakah ianya masih boleh digunakan atau terdapat kerosakan
maksima. Usul ini tentang kebersihan dan keceriaan sekolah telah dijawab
oleh YDP PIBG SK Tebing Tinggi, Encik Abd Razak Bin Abd Malik. Beliau
memaklumkan bahawa pada 7 Mac 2020 pihak sekolah bersama ibu bapa
dengan kerjasama pihak Kolej Komuniti Segamat akan mengadakan
Program Gotong Royong Perdana bagi membersihkan dan menceriakan
kawasan SK Tebing Tinggi. Oleh itu, beliau berharap agar para ibu bapa
dapat sama-sama hadir dan membawa peralatan yang diperlukan untuk sesi
gotong-royong tersebut. Isu pintu gerbang pula telah dijawab oleh Tuan
Guru Besar SK Tebing Tinggi, Encik Rosli Bin Abu Bakar. Beliau
memaklumkan bahawa pintu gerbang tersebut telah rosak kerana dilanggar

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor

01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00 11

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

oleh bas. Kos yang tinggi diperlukan untuk membaiki pintu gerbang tersebut.
Tambahan lagi, pintu gerbang tersebut sudah berkarat dan akan dilupuskan
oleh pihak sekolah. Puan Norliza Binti Abu Bakar turut menyuarakan tentang
memberi bimbingan atau penerangan kepada murid-murid tentang
kesedaran sivik, kesedaran penggunaan gadget atau vape, keburukan
amalan membuli atau “body shaming” dan juga tentang kepelbagaian kaum
dan agama di Malaysia. Tuan Guru Besar menekankan bahawa Program
Pendidikan Sivik dijalankan setiap bulan mengikut tema dan tajuk yang telah
ditetapkan. Selain itu, pihak sekolah juga turut mengundang pihak Agensi
Anti Dadah Kebangsaan untuk mmeberi ceramah kesedaran dan juga
pameran tentang bahaya dadah. Berkaitan buli dan “body shaming” pula,
Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah sentiasa
mengingatkan murid tentang kesalahan tersebut. Beliau turut menyatakan
bahawa buli adalah kesalahan yang dilakukan secara berulang. Oleh itu,
pihak sekolah akan sentiasa mengingatkan murid dari semasa ke semasa
tentang keburukan buli dan “body shaming”. Tuan Guru Besar menerangkan
lagi bahawa terdapat sistem Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) yang
disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk
merekod amalan baik murid dan juga merekod salah laku murid. Tuan Guru
Besar turut menerangkan bahawa kepelbagaian kaum dan agama di
Malaysia sememangnya terdapat dalam sukatan pelajaran yang murid
pelajari di sekolah. Puan Norliza Binti Abu Bakar dalam pada itu turut
menyentuh tentang lawatan yang boleh memberi manfaat kepada murid-
murid selain dapat mengunjungi tempat yang menarik. Beliau berharap agar
pihak sekolah cuba mengelakkan lawatan yang memakan masa yang
perjalanan yang lama, lawatan yang melibatkan kos penyertaan yang tinggi
serta perlu bermalam (tertakluk kepada situasi). Terapkan lawatan yang
“knowledgeable” dan “memorable” sebagai contoh – Kuala Gandah
Elephant Conservation Centre. YDP PIBG SK Tebing Tinggi menyatakan
bahawa usul tentang lawatan telah dijawab oleh Tuan Guru Besar
sebagaimana yang telah diutarakan oleh Puan Rohani Binti Hasni.
Selanjutnya, Puan Norliza Binti Abu Bakar menyuarakan tentang menjemput
panel-panel speaker yang sesuai ke SKTT atau alumni SKTT yang berjaya
atau wakil pelajar UiTM untuk memberi semangat motivasi. Usul ini dijawab
oleh YDP PIBG di mana beliau mengatakan program ini boleh dilaksanakan
mulai tahun ini. Dalam pada itu, beliau mengatakan bahawa pihak PIBG SK
Tebing Tinggi boleh menggunakan alumni untuk menyumbang kepada
tabung PIBG SK Tebing Tinggi. Beliau turut menyatakan bahawa beliau
akan cuba mengumpulkan bekas-bekas murid SK Tebing Tinggi melalui
WhatsApp Group yang akan dibantu oleh Puan Haliza Binti Hasan sebagai
admin kumpulan tersebut. Usul terakhir daripada Puan Norliza Binti Abu
Bakar adalah berkaitan usahasama atau kolaborasi bersama UiTM dalam
apa-apa program yang berfaedah kepada SKTT. Contoh–Program
Anak/Abang /Kakak Angkat. Turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang berfaedah
sama ada di UiTM atau aktiviti (skala kecil) mereka dilaksanakan di SKTT.
YDP PIBG menjawab bahawa terdapat program bersama pihak UiTM telah
dilaksanakan pada tahun lepas. Tambahan lagi, pihak sekolah turut
menerima sumbangan sebanyak 10 biji komputer daripada pihak UiTM
Segamat. Manakala pada tahun ini pihak SK Tebing Tinggi akan
bekerjasama pula dengan pihak Kolej Komuniti Segamat untuk program

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor

01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00 12

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

gotong-royong dan juga untuk membaik pulih pendingin hawa di sekolah.
Tuan Guru Besar turut menambah bahawa pihak UiTM akan memberikan
giliran kepada setiap sekolah untuk bekerjasama dengan mereka.

4.3.5. Encik Mohd Khairi Bin Ali menyuarakan tentang kenderaan dipandu laju di
jalan utama hadapan sekolah, menyukarkan dan membahayakan kepada
murid serta ibu bapa. Beliau memberi cadangan agar pihak sekolah
menambah baik isyarat atau ciri-ciri keselamatan jalan raya dipertingkatkan
seperti membina “bumper” (bonggol) di hadapan sekolah. YDP PIBG
menjawab usul ini dengan memaklumkan bahawa jawatankuasa kampung
pernah memohon kepada pihak berkenaan untuk pembinaan bonggol
sebagaimana yang telah diusulkan. Namun, permohonan tersebut tidak
dapat dilaksanakan kerana jalan tersebut merupakan jalan utama. Tuan
Guru Besar turut menyatakan harapan beliau agar pihak ibu bapa memandu
kenderaan dengan perlahan semasa berada di kawasan sekolah bagi
mengelakkan kemalangan semasa menghantar dan menjemput anak di
sekolah. Pada masa yang sama, Tuan Guru Besar memaklumkan tentang
permohonan peruntukan daripada Ahli Parlimen Segamat untuk keperluan
sekolah. Permohonan berjumlah RM30,000 telah diluluskan dalam bentuk
barangan.

5 HAL-HAL LAIN

5.1 Tuan Guru Besar SK Tebing Tinggi, Encik Rosli Bin Abu Bakar memohon
agar para ibu bapa sentiasa berhubung dengan pihak sekolah sekiranya
terdapat masalah, cadangan ataupun untuk memberi teguran.

5.2 YDP PIBG SK Tebing Tinggi, Encik Abd Razak Bin Abd Malik juga
memohon agar para ibu bapa menyokong PIBG sekolah ini dan juga pihak
sekolah kerana setiap program yang dijalankan adalah untuk kebaikan anak-
anak.

5.3 YDP PIBG SK Tebing Tinggi mengingatkan bahawa yuran PIBG
adalah kekal sebanyak RM50 untuk satu keluarga dan akan dikutip semasa
pembayaran awal tahun persekolahan 2021. Cadangan ini disokong sebulat
suara oleh semua ahli jawatankuasa PIBG dan para ibu bapa.

5.4 Tuan Guru Besar SK Tebing Tinggi turut memaklumkan bahawa para guru juga
menyumbang sebanyak RM550 kepada tabung PIBG SK Tebing Tinggi.

5.5 Tuan Guru Besar SK Tebing Tinggi juga turut menghebahkan bahawa Program
Tabung 5 sen masih berjalan. Tabung tersebut boleh juga diisi dengan duit 10
sen ataupun 20 sen. Setelah penuh, duit tersebut akan dimasukkan ke dalam
akaun bank PIBG SK Tebing Tinggi.

5.6 YDP PIBG SK Tebing Tinggi juga memberi makluman bahawa terdapat 18
buah keluarga yang telah membayar yuran PIBG bagi tahun ini berbanding
hanya 4 buah keluarga pada tahun lepas.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor

01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00 13

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

6 PENUTUP
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.27 petang.

Disediakan oleh,
Nur Zuriafazleen Binti Zorkoflee,
Setiausaha,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Tebing Tinggi.
Tarikh : 23 Februari 2020

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor

01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00 14

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor

01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00 15

16


Click to View FlipBook Version