The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-86044361, 2023-01-24 23:25:24

KERTAS KERJA ANUGERAH CEMERLANG

KERTAS KERJA ANUGERAH CEMERLANG

SEKOLAH KEBANGSAAN TEBING TINGGI, 85000 SEGAMAT, JOHOR . KERTAS KERJA MAJLIS ANUGERAH KILAUAN PERMATA SK TEBING TINGGI SESI 2022/2023 UNIT KURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN TEBING TINGGI


1.0 PENDAHULUAN Majlis Anugerah Kilauan Permata SK Tebing Tinggi ialah program tahunan di sekolah bagi meraikan dan menghargai murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan juga sahsiah diri. Kecemerlangan murid mencerminkan perkembangan serta kemajuan sekolah dalam melahirkan modal insan. Hal ini seterusnya membuktikan sekolah ialah sebuah institusi pendidikan yang mampu memacu hala tuju murid pada masa hadapan. Justeru, kecemerlangaan murid harus diberi pengiktirafan oleh pihak sekolah supaya dapat menjadi pemangkin motivasi dalam diri setiap murid di sekolah ini. 2.0 MATLAMAT Untuk memastikan murid yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan juga sahsiah diri menerima pengiktirafan atas usaha mereka. 3.0 TARIKH/MASA/TEMPAT Tarikh : 16 Februari 2023 (Khamis) Masa : 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari Tempat : Dewan Ibnu Sina SK Tebing Tinggi 4.0 SASARAN Murid yang mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan juga sahsiah diri. 5.0 OBJEKTIF 5.1 Memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang serta berpotensi dalam bidang akademik, kokurikulum dan juga sahsiah diri. 5.2 Memupuk emosi murid agar berazam ingin maju, berkeinginan bersaing secara sihat menuju kejayaan dan setanding dengan orang yang telah berjaya. 5.3 Membina budaya sekolah yang cemerlang dengan aktiviti yang bersifatpositif. 5.4 Mengeratkan kerjasama antara ibu bapa, murid dengan pihak pentadbiran sekolah dan guru-guru. 5.5 Membina dan memupuk semangat kerjasama, berketerampilan dan muhibah dalam kalangan warga sekolah.


6.0 JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA KERJA AHLI JAWATANKUASA TUGASAN PENYELARAS Cikgu Nur Zuriafazleen binti Zorkoflee Merancang format dan konsep majlis Mengurus atur cara majlis. Memberikan taklimat dan penerangan tentang peraturan dan perjalanan majlis. Memberikan penerangan berkaitan tugasan setiap jawatankuasa. Memastikan semua AJK bertugas mengikut senarai tugas sebelum, semasa dan selepas majlis bermula daripada perancangan, pelaksanaan dan post mortem majlis. Menyediakan atur cara pentadbiran. SETIAUSAHA Cikgu Nur Zuriafazleen binti Zorkoflee Menyediakan kertas kerja majlis Menyediakan surat jemputan kepada perasmi, ibu bapa dan murid serta memastikan kehadiran atau maklum balas. Menguruskan surat menyurat lain yang berkaitan. BENDAHARI Puan Zaidah binti Idris Menguruskan kewangan berkaitan majlis. PENGERUSI : Cikgu Jauhhari bin Haji Abdul Rahim TIMBALAN PENGERUSI : Cikgu Umairah binti Noh NAIB PENGERUSI : Cikgu Nor Zalina binti Mohd Kila PENYELARAS : Cikgu Nur Zuriafazleen binti Zorkoflee SETIAUSAHA : Cikgu Nur Zuriafazleen binti Zorkoflee BENDAHARI : Puan Zaidah binti Idris PENYELARAS PROTOKOL : Cikgu Nor Zalina binti Mohd Kila PENYELARAS PENGURUSAN ACARA/TETAMU : Cikgu Umairah binti Noh PENYELARAS TEKNIKAL : Cikgu Mohd Amiruddin bin Mahad PENGURUS ACARA : Cikgu Nur Zuriafazleen binti Zorkoflee


SENARAI TUGAS BIDANG TUGAS BAHAGIAN A : PENYELARAS PROTOKOL Cikgu Nor Zalina binti Mohd Kila Mengadakan mesyuarat kecil atau perbincangan bersama unit AJK seperti yang telah ditetapkan. Berbincang dan memberi arahan kepada ahli-ahli tentang tugas yang perlu dilaksanakan. Merancang bersama-sama ahli berkaitan bentuk perasmian yang sesuai. Menjadi perantara AJK kecil dengan penyelaras majlis. PENGACARA MAJLIS 1. Cikgu Nur Zuriafazleen binti Zorkoflee (K) 2. Cikgu Najwa binti Rosli Berhubung dengan Penyelaras Majlis untuk memastikan atur cara yang terkini. Menyediakan teks pengacara majlis. Mengacarakan Majlis Anugerah Kecemerlangan. PEMBACA DOA Ustaz Che Mohd Amin bin Che Hasan Menyediakan teks doa yang sesuai. Membaca doa pembuka majlis. PENYAMBUT TETAMU DAN VIP 1. Cikgu Umairah binti Noh 2. Cikgu Nor Zalina binti Mohd Kila 3. Puan Hatijah binti Md Dah Menyambut tetamu dan ibu bapa yang hadir. Menyediakan murid untuk mengiringi ibu bapa ke tempat duduk. JEMPUTAN PERASMI, MURID DAN IBU BAPA Cikgu Amirah Aimi binti Ismail Menyedia dan mengedarkan surat jemputan kepada murid dan ibu bapa murid melalui guru-guru tingkatan. Mengumpul surat jawapan. Menyediakan surat jemputan perasmi. Mendapatkan jumlah tetamu yang akan hadir dan menyerahkannya kepada Penyelaras Majlis. PENDAFTARAN 1. Ustazah Nor Hayati binti Che Salam (K) 2. Puan Azura binti Hamdan Menyediakan meja pendaftaran yang mencukupi. Menyediakan meja dan alas meja untuk pendaftaran. Mengambil kedatangan guru, ibu bapa dan tetamu. Mengedarkan QR Code. Memastikan VIP dan YDP menandatangani buku pelawat. Menyerahkan senarai kehadiran kepada AJK Dokumentasi. Bekerjasama dengan AJK Sambutan dan dan AJK Buku Atur Cara bagi mengedarkan Buku Atur Cara.


SENARAI TUGAS BIDANG TUGAS BAHAGIAN B : PENYELARAS PENGURUSAN MURID Cikgu Nur Zuriafazleen binti Zorkoflee Mengadakan mesyuarat kecil dan perbincangan bersama unit AJK seperti yang telah ditetapkan. Menyenaraikan keperluan unit. Merancang bersama-sama dengan pengurus penerima sijil dan hadiah. Menjadi perantara AJK kecil dengan penyelaras majlis. Mengurus raptai penuh majlis. PERSEMBAHAN 1. Cikgu Nur Zuriafazleen binti Zorkoflee (K) 2. Cikgu Amirah Aimi binti Ismail Menyediakan dan melatih murid untuk membuat persembahan. Mengadakan raptai persembahan. Memastikan kebajikan murid yang membuat persembahan. PENYEDIA SENARAI NAMA PENERIMA ANUGERAH Akademik: Cikgu Umairah binti Noh Kokurikulum: Cikgu Abdul Aris bin Jupry Sahsiah Diri: Cikgu Nor Zalina binti Mohd Kila Menyediakan senarai nama murid yang menerima hadiah. Menjemput semua penerima-penerima anugerah yang telah berpindah. Memaklumkan dan menjemput semua penerima anugerah bagi pelajar SPM. Menyediakan senarai lengkap penerima hadiah beserta No. Kad Pengenalan untuk AJK Buku Atur Cara dan AJK Sijil & Hadiah. PENYEDIA SIJIL DAN HADIAH PENERIMA ANUGERAH 1. Cikgu Amirah Aimi binti Ismail (K) 2. Cikgu Nur Zuriafazleen binti Zorkoflee 3. Puan Azura binti Hamdan Berhubung dengan AJK Penyedia Senarai Nama Penerima Anugerah untuk mendapatkan senarai nama penerima beserta No. Kad Pengenalan. Menyediakan sijil dan hadiah kepada penerima anugerah.


Menyediakan dulang dan alas dulang untuk majlis penyampaian sijil dan hadiah. Menyampaikan sijil dan hadiah kepada penerima di pentas. PENGURUS PENERIMA ANUGERAH 1. Cikgu Abdul Aziz bin Ismail (K) 2. Ustaz Che Mohd Amin bin Che Hasan Berhubung dengan AJK penyedia senarai nama penerima anugerah. Memastikan kehadiran semua penerima hadiah atau wakilnya. Menyusun atur kedudukan penerima hadiah. Memastikan semua penerima anugerah bersedia mengikut giliran. Memastikan kebajikan penerima hadiah. SENARAI TUGAS BIDANG TUGAS BAHAGIAN C : PENYELARAS TEKNIKAL Cikgu Mohd Amiruddin bin Mahad Mengadakan mesyuarat kecil dan perbincangan bersama unit AJK seperti yang telah ditetapkan. Menyenaraikan keperluan unit Berbincang dengan AJK Penyediaan Slide dan Montaj tentang konsep yang perlu dibuat sebagai simbolik acara perasmian. Menjadi perantara AJK kecil dengan penyelaras majlis. BUKU ATUR CARA 1. Cikgu Nur Zuriafazleen binti Zorkoflee Mengumpul maklumat untuk buku atur cara. Memastikan semua isi kandungan buku aturcara lengkap. Membuat draf dan menyerahkan kepada PKP untuk disemak. Mencetak Buku Atur Cara yang telah disemak. Menyediakan Buku Atur Cara yang berbeza untuk VIP. Membantu AJK Sambutan dan AJK Pendaftaran mengedarkan Buku Atur Cara semasa hari majlis. PERSEMBAHAN MULTIMEDIA 1. Cikgu Najwa binti Rosli Menyediakan dan menyiapkan bahan untuk dipersembahkan 3 hari sebelum majlis dan dibentangkan kepada pentadbir untuk semakan. Menyediakan e-banner/slide/lagu berkaitan jika perlu Memastikan persembahan multimedia dimainkan secara berterusan sebelum majlis bermula.


PENTAS & BACKDROP 1. Puan Azura binti Hamdan (K) 2. Cikgu Amirah Aimi binti Ismail 3. Encik Sazaini bin Paidy 4. Encik Zaizol bin Busu Menyediakan format layout untuk backdrop. Membuat tempahan ‘backdrop’ (berbincang dengan JK Kain Rentang). Membuat persiapan pentas. Memastikan backdrop dan pentas dikemaskan selepas majlis. PERSIAPAN TEMPAT (Sebelum dan selepas majlis): 1. Cikgu Abdul Aziz bin Ismail (K) 2. Cikgu Abdul Aris bin Jupry Menyediakan kerusi yang mencukupi untuk tetamu, guru, para ibu bapa dan murid yang menerima hadiah. Menyediakan layout susunan kerusi di Kerawang Cafe termasuk meja pengacara dan meja hadiah. Menyusun kerusi mengikut format layout. Menyediakan tagging untuk kerusi AJK PIBG, ibu bapa, dan murid yang menerima hadiah. Memulangkan kerusi dan lain-lain perabot yang dipinjam selepas acara selesai. Memastikan kawasan dikemaskan selepas majlis. TEKNIKAL DAN SIARAYA 1. Cikgu Mohd Amiruddin bin Mahad 2. Pengawas sekolah Memastikan peralatan teknikal yang diperlukan adalah lengkap dan berfungsi sebelum dan pada hari majlis berlangsung. Memastikan peralatan PA system berfungsi dengan baik sepanjang majlis berlangsung. Memastikan peralatan PA system disimpan semula selepas berlangsungnya majlis. JAMUAN 1. Cikgu Umairah binti Noh 2. Cikgu Nor Zalina binti Mohd Kila 3. Puan Zaidah binti Idris 4. Puan Hatijah binti Md Dah Mendapatkan jumlah kehadiran daripada Penyelaras Majlis. Berbincang tentang menu jamuan dengan PKP. Membuat tempahan makanan dan minuman. Menyediakan tempat makan tetamu utama. Memastikan jamuan berjalan lancar. KEBERSIHAN 1. Encik Zaizol bin Busu 2. Puan Hatijah binti Md Dah Memastikan keadaan di tempat majlis berlangsung sentiasa dalam keadaan yang bersih dan teratur. Menyediakan plastik hitam yang mencukupi.


DOKUMENTASI & FOTOGRAFI 1. Cikgu Abdul Aris bin Jupry (K) 2. Ustazah Nor Hayati binti Che Salam 3. Cikgu Nur Zuriafazleen binti Zorkoflee Mengumpul dan menyediakan bahan dokumentasi yang lengkap. Menyediakan dokumentasi untuk simpanan unit dokumentasi sekolah dan Pengetua. Menghantar dokumentasi selewat-lewatnya dua minggu selepas majlis kepada Penolong Kanan. 7.0 IMPLIKASI KEWANGAN 7.1 ANGGARAN PENDAPATAN Bil Perkara RM 1. Unit Kurikulum RM208.00 2. PIBG SK Tebing Tinggi RM500.00 JUMLAH RM708.00


7.2 ANGGARAN PERBELANJAAN BIL KATEGORI KUANTITI ANGGARAN HARGA SEUNIT (RM) JUMLAH (RM) 1. Fail Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah 37 unit 5.00 185.00 JUMLAH 185.00 Peningkatan Pentaksiran Bilik Darjah Tahun 1 - 3 orang 7.00 126.00 Tahun 2 - 3 orang Tahun 3 - 3 orang Tahun 4 - 3 orang Tahun 5 - 3 orang Tahun 6 - 3 orang JUMLAH 126.00 Terbaik Pentaksiran Bilik Darjah Tahun 1 - 1 orang Tahun 2 - 1 orang Tahun 3 - 1 orang Tahun 4 - 1 orang Tahun 5 - 1 orang Tahun 6 - 1 orang 7.00 42.00 JUMLAH 42.00 Tokoh Akademik 1 7.00 7.00 Kokurikulum 1 7.00 7.00 Sahsiah 1 7.00 7.00 Kehadiran penuh 1 7.00 7.00 Sijil Penghargaan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber 17 7.00 7.00 JUMLAH 35.00


2. Fail Tahun 6 ( Clear Holder) 6 unit 116 15.00 90116 90.00 3. Flower Bouquet 6 unit 30.00 180.00 4. Cenderahati Perasmi 1 unit 50.00 50.00 JUMLAH 320.00 JUMLAH KESELURUHAN 708.00


8.0 STRATEGI PELAKSANAAN BIL TARIKH AKTIVITI TINDAKAN CATATAN 1 26 Januari 2023 Perbincangan dengan Guru Besar dan Penolong Kanan tentang Majlis Anugerah Kilauan Permata Setiausaha 2 26 Januari 2023 Mengedit Kertas Kerja (sekiranya perlu) Setiausaha 3 30 Januari 2023 Menyerahkan kertas kerja kepada Guru Besar untuk diluluskan Penyelaras 4 31 Januari 2023 Mesyuarat AJK Pelaksana Penyelaras dan Setiausaha 5 2 Februari 2023 Mendapat maklum balas dari semua jawatankuasa Ketua AJK 5 15 Februari 2023 Persiapan tempat AJK Pesiapan tempat dan AJK Persiapan Pentas 5 15 Februari 2023 Raptai Pengacara, AJK Persembahan, AJK Sijil , Hadiah dan AJK Pengurus Peserta, AJK PA Sistem 5 16 Februari 2023 Majlis Anugerah Kilauan Permata Semua Guru


9.0 CADANGAN ATUR CARA MAJLIS Masa Aktiviti 8.30 – 9.00 pagi Pendaftaran guru, ibu bapa dan penerima anugerah 8.00 – 8.30 pagi Pengumuman pengacara Bacaan doa Nyanyian lagu Negaraku Alu-aluan pengacara Ucapan Guru Besar Ucapan Yang Dipertua PIBG Ucapan Perasmi 8.30 – 9.00 pagi Penyampaian hadiah dan sijil 9.00 – 9.30 pagi Persembahan 9.30 – 10.30 pagi Penyampaian hadiah dan sijil 10.30 – 10.45 pagi Sesi bergambar 10.45 pagi Jamuan Majlis bersurai


10.0 Penutup Majils Anugerah Kilauan Permata ini diharapkan akan berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Semoga segala usaha murni oleh pihak sekolah ini akan mendapat kerjasama dan sokongan sepenuhnya daripada semua pihak agar matlamat serta objektif yang disasarkan akan tercapai. Disediakan oleh: ................................................. (NUR ZURIAFAZLEEN BINTI ZORKOFLEE) Setiausaha, Majlis Hari Anugerah Kilauan Permata, SK Tebing Tinggi. Disemak oleh: .................................................. (UMAIRAH BINTI NOH) Pembantu Guru Besar Pentadbiran, SK Tebing Tinggi. ULASAN: .................................................................................................................. *Diluluskan / Tidak diluluskan .................................................. (JAUHHARI BIN HAJI ABDUL RAHIM) Guru Besar, SK Tebing Tinggi.


Click to View FlipBook Version