The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-86044361, 2024-06-20 02:56:05

BUKU PROGRAM PIBG SETEGI 2024 (1)

BUKU PROGRAM PIBG SETEGI 2024 (1)

23 Jun 2024 (Ahad) Dewan Ibnu Sina SETEGI 2:00 Petang


Buku Program Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-44 SK Tebing Tinggi, Segamat, Johor Sesi 2024/2025


Pendahuluan PIBG SK Tebing Tinggi merupakan satu pertubuhan yang didaftarkan untuk membantu pihak sekolah mencapai matlamat pendidikan. Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-44 ini diharapkan dapat menjadi platform untuk bertukar-tukar pendapat untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif. Jawatankuasa PIBG SETEGI Ex - Officio Yang DiPertua Naib Yang Dipertua Setiausaha. Bendahari AJK Ibu Bapa AJK Guru Pemeriksa kira-kira Penyambut tetamu :Cikgu Shahrunnizam binti Hussein :Encik Abd Razak bin Abd Razak :Encik Mohd Nizam bin Ibrahim :Ustaz Che Mohd Amin bin Che Hasan :Ustazah Nor Hayati bin Che Salam :Encik Sazaini bin Paidy :Encik Md Norhalafi bin Abdul Rahman Encik Hazrin bin Marhaban Encik Mohd Samsul bin Md Salleh :Puan Norsuheila binti Mohd Taff :Puan Rosemaslinda binti Ramli :Cikgu Nor Zalina binti Mohd Kila (GPK HEM) :Cikgu Umairah binti Noh (PGB Pentadbiran) :Cikgu Abdul Aris bin Jupry (PGB Kokurikulum) :Cikgu Mohd Amiruddin bin Mahad :Cikgu Abdul Aziz bin Ismail :Cikgu Nur Zuriafazleen binti Zorkoflee :Cikgu Amirah Aimi binti Ismail :Cikgu Mazihana binti Makzin :Puan Norizah binti Wahid :Semua pentadbir, AJK PIBG dan semua guru. Objektif Mendapatkan sokongan 100% daripada PIBG dari segi kewangan, tenaga dan sokongan dalam menjalankan program-program yang melibatkan murid.


Ajk Pelaksana PENGACARA MAJLIS Cikgu Najwa binti Rosli BUKU PROGRAM Ustaz Che Mohd Amin bin Che Hasan HADIAH/CENDERAHATI/ SIJIL PENGHARGAAN Cikgu Umairah binti Noh Cikgu Nor Zalina binti Mohd Kila Cikgu Najwa binti Rosli Puan Norsuheila binti Mohd Taff Puan Rosemaslinda binti Ramli JAMUAN VIP & AHLI PIBG Ustazah Nor Hayati binti Che Salam Pn. Azura binti Hamdan Cikgu Norhaslin binti Hamdan Pn. Norsuheila binti Mohd Taff Pn. Rosemaslinda binti Ramli PERSIAPAN TEMPAT Cikgu Abdul Aziz bin Ismail Cikgu Abdul Aris bin Jupry Cikgu Amiruddin bin Mahad Encik Zaizol bin Busu Encik Saiful bin Abramam PERSIAPAN MESYUARAT Cikgu Abdul Aris bin Jupry Cikgu Amiruddin bin Mahad Encik Sazaini bin Paidy Encik Hazrin bin Marhaban Encik Mohd Samsul bin Md Salleh Encik Md Norhalafi bin Abdul Rahman PENCATAT UCAPAN & PERSIDANGAN Cikgu Abdul Aziz bin Ismail Ustaz Che Mohd Amin bin Che Hasan DOKUMENTASI Ustaz Che Mohd Amin bin Che Hasan BACAAN DOA Ustaz Che Mohd Amin bin Che Hasan HIASAN PENTAS / BACKDROP Cikgu Nurhaslin binti Hamdan Puan Azura binti Hamdan URUSETIA/PENDAFTARAN Cikgu Nur Zuriafazleen binti Zorkoflee Ustazah Nurul Syazwani binti Jaafar SURAT JEMPUTAN Ustazah Nor Hayati binti Che Salam USUL Ustaz Che Mohd Amin bin Che Hasan SAMBUTAN/ISTIADAT Cikgu Nur Zuriafazleen binti Zorkoflee SIARAYA Cikgu Mohd Amiruddin bin Mahad FOTOGRAFI Ustazah Nurul Syazwani binti Jaafar JAWATANKUASA PENAPIS USUL Cikgu Shahrunnizam binti Hussein Encik Abd Razak bin Abd Malik Encik Mohd Nizam bin Ibrahim Cikgu Umairah binti Noh Cikgu Nor Zalina binti Mohd Kila Cikgu Abdul Aris bin Jupry Ustaz Che Mohd Amin bin Che Hasan Ustazah Nor Hayati binti Che Salam KESELAMATAN DAN LALULINTAS Encik Azahar bin Mohamad


2.00 petang Pendaftaran Ibu bapa dan Guru Ketibaan VIP Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis -Nyanyian Lagu Negaraku -Bacaan Doa -Ucapan YDP PIBG (Encik Abd Razak bin Abd Malik) -Ucapan Guru Besar (Cikgu Shahrunnizam binti Hussein) -Ucapan Perasmian oleh perasmi -Gimik Perasmian -Penyampaian Cederamata / Sijil Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-44 -Pembubaran AJK PIBG Sesi 2022/2023 -Pelantikan Pengerusi Sementara -Pemilihan AJK PIBG Sesi 2024/2025 -Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-43 -Pengesahan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2023 -Membahaskan usul ibu bapa dan penjaga -Ucapan penangguhan Jamuan ringan dan bersurai Atur Cara Majlis 2.25 petang 3.00 petang 4.30 petang 2.30 petang


Agenda Persidangan 1 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2022/2023 2 Pelantikan Pengerusi Sementara 3 Pemilihan AJK PIBG Sesi 2024/2025 4 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-43 Pengesahan Penyata Kewangan Berakhir 5 31 Disember 2023 6 Membahaskan usul ibu bapa dan penjaga 7 Ucapan penangguhan


Sekapur Sireh Assalamua’laikum w.b.t dan salam sejahtera. Syukur kerana diberi peluang menyampaikan sepatah dua kata dalam buku program Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Kali ke-44 bagi tahun 2024/2025 ini. Terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG atas segala kerjasama dan penat lelah dalam usaha yang dicurahkan bagi menjayakan segala aktiviti sepanjang sesi 2024/2025 serta menjayakan Mesyuarat Agung PIBG bagi tahun ini. PIBG merupakan jambatan unik yang menghubungkan masyarakat (ibubapa/penjaga) dengan warga sekolah. Justeru peranan yang dimainkan bukanlah sedikit agar semua tahu dan sedar akan tanggungjawab masing-masing terhadap hala tuju sekolah. Besarlah harapan saya jika permuafakatan antara guru dengan ibu bapa/penjaga dapat dieratkan. Dengan ini, sekaligus persefahaman dan kerjasama antara guru dengan ibu bapa/penjaga dapat diwujudkan. Jalinan yang penuh bermakna ini seterusnya akan memberikan manfaat kepada anak-anak kita juga akhirnya. Saya mengambil kesempatan ini menjemput tuan puan bermusyawarah dan berbincang dengan pihak kami. Persekitaran yang sesuai amat penting bagi anak-anak untuk menimba ilmu. Sebagai pendidik saya menyeru agar tuan puan memberikan sepenuh sokongan dalam setiap program dan aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Segala perancangan dan pelaksanaan yang dibuat adalah untuk kebaikan anak-anak kita bersama. Dalam meniti arus kemodenan, tidak dinafikan akan ada kesalahan dan kesilapan yang tidak dapat dielakkan. Idea dan pendapat bernas daripada pihak tuan puan amatlah dialu-alukan demi penambahbaikan mutu kerja kami. Segala kesulitan akan cuba ditangani bersama. Sesungguhnya akan kami usahakan agar kita sama-sama memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan Negara yang digubal sebegitu murni untuk kemakmuran dan kesejahteraan warga Malaysia. Sekian, terima kasih. SHAHRUNNIZAM BINTI HUSSEIN GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN TEBING TINGGI GURUBESAR SEKOLAH KEBANGSAAN TEBING TINGGI


Seulas Pinang Assalamua’laikum w.b.t dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan nikmat dan limpah kurnia-Nya maka saya dapat mencoretkan sepatah dua kata alu-aluan dalam buku program Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44 bagi Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi sesi 2024/2025 ini. Selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SETEGI kali ini. Kerjasama yang erat dan sokongan semua pihak merupakan suatu pemangkin untuk menyediakan SETEGI ke arah suasana persekitaran pembelajaran yang lebih selesa untuk anak-anak kita. Sebagaimana kita semua maklum, objektif utama PIBG adalah untuk membantu dan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melonjakkan pencapaian yang gemilang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sebagainya. Disamping itu, ianya merupakan satu medium untuk kita bersama-sama mengatasi sebarang masalah yang mungkin timbul sama ada secara dalaman atau luaran. Oleh yang demikian, PIBG akan berusaha dengan lebih keras, berganding bahu untuk memastikan pencapaian cemerlang sekolah dapat dilonjakkan sebagai sekolah yang gemilang. Akhir bicara, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-44 ini. Saya mengharapkan dengan kepimpinan AJK PIBG yang baru dilantik akan dapat menambahkan lagi prestasi anak-anak di SETEGI. Mudah-mudahan pengorbanan dan niat murni kita semua untuk membuahkan kejayaan anak-anak yang gemilang akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Amin. Sekian, terima kasih. Selamat bersidang. ABD RAZAK BIN ABD MALIK YDP PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN TEBING TINGGI YDPPIBG SEKOLAH KEBANGSAAN TEBING TINGGI


Tarikh : 25 Jun 2023 Hari : Ahad Masa : 2.30 petang Tempat : Dewan Ibnu Sina, SK Tebing Tinggi. Pengerusi : Encik Abd Razak Bin Abd Malik Kehadiran(Bilangan) : 43 Orang Turut Hadir (Jika ada) : 1 PERUTUSAN PENGERUSI Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada semua ibu bapa ke Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-43 Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi. Pengerusi meminta agar orang yang akan menyokong kepada pengesahan minit mesyuarat yang lalu, mestilah hadir pada Mesyuarat Agong PIBG yang lalu. 2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU Dicadang untuk disahkan oleh Puan Norsuheila binti Mohd Taff. Disokong untuk pengesahan oleh Encik Sazaini bin Paidy. 3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 3.1 Puan Nurhidayah binti Sufian Lian meminta agar pihak sekolah dapat memberitahu awal kepada ibubapa sekiranya pihak sekolah ingin melaksanakan sesuatu program dan meminta ibubapa untuk membawa peralatan-peralatan tertentu. 4 PEMBENTANGAN AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-43 4.1. Membentangkan dan Mengesahkan Laporan Kewangan 4.1.1 Laporan Kewangan PIBG mulai 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022 dibentangkan oleh Puan Nor Hayati binti Che Salam, Bendahari PIBG. Hanya 24 keluarga sahaja yang membayar yuran PIBG bagi tahun 2022.Bayaran sumbangan yang diterima adalah daripada keluarga murid dan juga guru. 4.1.2 Wang yuran PIBG bagi tahun 2022 adalah sebanyakRM1000. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-43 SK Tebing Tinggi


4.1.3 Pengesahan laporan kewangan dicadang untuk disahkan oleh Encik Mohd Nizam bin ibrahim. 4.1.4 Pengesahan laporan kewangan disokong untuk pengesahan oleh Encik Md. Norhalafi bin Abdul Rahman. 4.2. Membincangkan Usul 4.2.1 Usul yang pertama daripada Encik Amir Zaidi bin Ahmad Shah.Beliau meminta agar waktu pulang dari sekolah di antara murid tahap 1 dan tahap 2 dapat diselaraskan agar dapat memudahkan ibubapa untuk mengambil anak dari sekolah.Guru Besar menjawab usul tersebut.Beliau menerangkan bahawa pihak sekolah tidak boleh sesuka hati menetapkan waktu pulang dari sekolah di antara murid tahap 1 dan tahap 2 kerana sudah ada pekeliling daripada Kementerian Pendidikan yang telah menetapkan perkara tersebut.Kita kena akur dan patuhi akta yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. 4.2.2 Usul yang kedua juga daripada Encik Amir Zaidi bin Ahmad Shah.Beliau mencadangkan agar nama singkatan bagi SK Tebing Tinggi ialah “ SETINGGI” yang lebih mudah disebut.Guru Besar memberitahu bahawa pada peringkat awal memang beliau nak menggunakan singkatan “SETINGGI” untuk SK Tebing Tinggi tetapi SMK Tinggi Segamat telah menggunakan singkatan tersebut terlebih dahulu untuk sekolah mereka.Guru Besar telah memilih sigkatan yang lain untuk SK Tebing Tinggi iaitu “ SETEGI “.Semua murid SK Tebing Tinggi telah mengetahui perkara tersebut. Apabila disebut perkataan “SETEGI” murid-murid akan menjawab “ We can do it”. 4.2.3 Usul yang ketiga daripada Puan Salwani binti Zulkipli.Beliau mencadangkan agar loceng dapat dibunyikan pada waktu pulang dari sekolah.Guru Besar menjawab usul tersebut.Beliau menyatakan bahawa loceng ada tetapi bunyinya tak berapa kuat kerana loceng tersebut sudah agak lama dan perlu di perbaiki.Modal diperlukan untuk membaik pulih loceng tersebut.Beliau mengatakan bahawa pihak sekolah membaiki sendiri loceng tersebut. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-43 SK Tebing Tinggi


4.2.4 Usul yang keempat daripada Encik Norazian bin Husin.Beliau mencadangkan agar pihak sekolah dapat melaksanakan semua aktiviti sekolah pada hari ahad.Guru Besar menjawab usul tersebut.Beliau menyatakan bahawa setiap orang berbeza waktu cutinya.Pihak sekolah mestilah melaksanakan aktivit sekolah mengikut kesesuaian waktu dan tidak boleh ditetapkan pada hari ahad sahaja. 4.3. Pembubaran AJK Sesi 2022/2023 dan Lantikan AJK sesi 2023/2024 4.3.1 Tepat jam 3.45 petang AJK PIBG SK Tebing Tinggi Sesi 2022/2023 secara rasmi dibubarkan. 4.3.2 Puan Shahrunnizam binti Husein mencadangkan supaya Encik Abd Razak dilantik sebagai Pengerusi Sementara bagi meneruskanpemilihan AJK PIBG SK Tebing Tinggi Sesi 2023/2024. 4.3.3 Puan Shahrunnizam binti Husein mencadangkan supaya barisan AJK PIBG Sesi 2023/2024 dikekalkan 4.3.4 Ahli Jawatankuasa PIBG SK Tebing Tinggi bagi sesi 2023/2024 masih dikekalkan seperti berikut: Yang Dipertua PIBG : Encik Abd Razak Bin Abd Malik Naib Yang Dipertua : Encik Mohd Nizam bin Ibrahim Setiausaha : Encik Che Mohd Amin bin Che Hasan Bendahari : Puan Nor Hayati binti Che Salam Ahli Jawatankuasa : Encik Sazaini bin Paidy Encik Mohd Samsul bin Md Salleh Encik Hazrin bin Marhaban Encik Md Norhalafi bin Abdul Rahman Puan Norsuheila binti Mohd Taff Puan Rosemaslinda binti Ramli Pemeriksa Kira-kira : Puan Norizah binti Wahid Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-43 SK Tebing Tinggi


4.4 Sumbangan PIBG Sesi 2023/2024 4.4.1 Encik Abd Razak bin Abd Malik YDP PIBG menerangkan bahawa Bendahari PIBG bolehlah mengutip sumbangan PIBG bagi tahun 2023 setelah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor.Yuran PIBG bagi tahun 2023 masih dikekalkan sebanyak RM50.00 bagi satu keluarga termasuk prasekolah. YDP PIBG mengharapkan semua ibubapa dapat membayar yuran tersebut. Cadangan ini dipersetujui sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat yang hadir. 4.4.2 Pemegang amanah akaun PIBG SK Tebing Tinggi di Bank RHB Jementah. 5 HAL-HAL LAIN 5.1 Puan Nor Firdaus binti Abd Rashed meminta daripada pihak sekolah agar pihak sekolah jangan memaksa murid meninggalkan buku di sekolah kerana ibubapa ingin melihat hasil kerja murid. Guru Besar menjelaskan bahawa tidak ada paksaan untuk murid meninggalkan buku di sekolah.Terserah kepada murid samada ingin meninggalkan buku di sekolah atau ingin membawa balik ke rumah. 5.2 Encik Md Norhalafi bin Abdul Rahman bertanya Guru Besar tentang penggunaan padang SK Tebing Tinggi.Adakah pihak sekolah membenarkan atau tidak untuk menggunakan padang sekolah.Guru Besar memberitahu bahawa dia akan berbincang dengan guru-guru tentang perkara tersebut.Perkara ini memerlukan dokumen untuk diberi kebenaran tersebut.Perkara kedua daripada beliau ialah tentang ada guru yang memandu kereta dengan laju ketika nak datang ke sekolah.Guru Besar menasihati agar semua guru-guru dan bukan guru agar jangan memandu dengan laju dan sentiasa berhati-hati. . Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-43 SK Tebing Tinggi


5.3 Puan Shahrunnizam binti Hussein selaku Guru Besar mengingatkan ibu bapa agar berbincang dengan pihak sekolah dan terus berjumpa dengan Guru Besar seandainya mempunyai masalah mengenai anak-anak 5.4 Puan Nurhidayah binti Sufian Lian memberitahu jikalau ada murid yang membuat masalah di sekolah dan guru telah menasihati murid tersebut tetapi murid tersebut tetap tidak berubah, beliau berharap agar guru dapat memberitahu ibubapa tentang masalah anak mereka jikalau murid tidak mendengar dan tidak mengikut arahan guru. 5.5 Guru Besar berharap agar jangan berlaku di antara para ibubapa ada yang bergaduh dan menyerang di antara satu sama lain. 5.6 Guru Besar memberitahu bahawa ada dilaksanakan program Anak Baik Lagi Cerdik (ABC).Guru Besar akan berhubung dengan kaunselor.Kalau ada guru yang tak boleh selesaikan masalah murid kerana murid tersebut tidak menghormati guru dan tidak mengikut arahan guru, guru tersebut akan menghantar murid tersebut kepada Guru Besar. 5.7 Guru Besar mengatakan bahawa kita mestilah menggunakan diplomasi yang sesuai dengan kanak-kanak.Kadang-kadang murid yang bermasalah akan dihantar kepada guru disiplin dan kadang-kadang akan dihantar kepada kaunselor.Guru Besar berharap agar ibubapa dapat memantau kerja anak-anak mereka apabila mereka balik ke rumah. 5.8 YDP memberitahu bahawa group wasap Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBK) hanyalah digunakan untuk makluman rasmi sahaja dan ibubapa tidak boleh komen apa-apa di dalam group wasap tersebut.Ibubapa dibenarkan untuk menghantar apa sahaja permasalahan anak mereka di dalam group kelas. 5.9 Guru Besar menerangkan bahawa pihak sekolah akan cuba menyelesaikan segala permasalahan murid terlebih dahulu.Jikalau pihak sekolah tidak dapat menyelesaikan masalah murid tersebut,pihak sekolah akan memanggil ibubapa untuk datang ke sekolah bagi membincangkan tentang permasalahan anak mereka. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-43 SK Tebing Tinggi


6 PENUTUP 6.1. Harapan Yang DiPertua PIBG 6.1.1 Encik Abdul Razak bin Abd Malik memberitahu bahawa duit PIBG akan digunakan untuk membantu murid-murid SK Tebing Tinggi agar mereka dapat mengambil Takaful Agro Bank yang bernilai RM10.60 untuk setahun termasuk Pra sekolah. Untuk tahun kedua ibubapa kena bayar sendiri. 6.1.2 Encik Abdul Razak bin Abd Malik mengharapkan para ibubapa dapat memberikan sokongan dan kerjasama yang baik di dalam menjayakan programprogram yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah. 6.1.3 Encik Abdul Razak bin Abd Malik mengharapkan daripada para ibubapa jikalau ada apa-apa isu agar mereka dapat memaklumkan kepadanya terlebih dahulu dan beliau akan memaklumkan perkara tersebut kepada Guru Besar. 6.1.4 Encik Abdul Razak bin Abd Malik mengharapkan agar ada kesepakatan di antara guru dan ibubapa di dalam memajukan sekolah ini. 6.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.40 petang. Disediakan oleh, CHE MOHD AMIN BIN CHE HASAN Setiausaha, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK Tebing Tinggi. Tarikh: 28 Jun 2023 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-43 SK Tebing Tinggi


Laporan Kewangan PIBG SK Tebing Tinggi Sesi 2023/2024


Laporan Kewangan PIBG SK Tebing Tinggi Sesi 2023/2024


Pembentangan Usul ENCIKMOHD SHAFUAN BIN SULAIMAN Saya mencadangkan kelas tambahan kepada mata pelajaran teras. 1. Mengadakan Team Motivasi, Team Building setiap tahap (untuk pelajar lemah mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan apa jua subjek diberi lebih latihan). 2. Mengadakan semangat menabung satu hari satu atau dua ringgit. 3. PUAN SALWANI BTEZULKEPLI 1.Mengadakan kelas tambahan. ENCIKMD NORHALAFI BIN ABDUL RAHMAN Apa sahaja aktiviti diadakan pada hari Sabtu atau Jumaat. Sama ada gotong-royong, majlis atau hari sukan. 1.


Jawatankuasa PIBG Sesi 2024/2025 NAIBYANG DIPERTUA YANG D ---------------------------------------------------------- IPERTUA ---------------------------------------------------------- SETIAUSAHA ---------------------------------------------------------- BENDAHARI ---------------------------------------------------------- AJK IBUBAPA ---------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------- PEMERIKSAKIRA-KIRA ---------------------------------------------------------- ----------------------------------------------------------


Penghargaan Warga SETEGI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-44 sama ada secara langsung atau tidak langsung. Orang berkasih kita berbudi, Santun bicara hiasan jiwa, Kasih dijunjung sekalung budi, Takkan dilupa selagi bernyawa.


Catatan


Click to View FlipBook Version