The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-86044361, 2023-09-04 10:23:43

KERTAS KERJA PROGRAM MOTIVASI

KERTAS KERJA PROGRAM MOTIVASI

TARIKH 27 JUN 2023 TEMPAT DEWAN IBNU SINA SK TEBING TINGGI ANJURAN UNIT HAL EHWAL MURID & UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK TEBING TINGGI TEMA “REVISI DIRI, MEDITASI JIWA” KERTAS KERJA PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN DIRI: “REVISI DIRI, MEDITASI JIWA”


1.0 PENGENALAN Program Motivasi Kecemerlangan Diri:”Revisi Diri. Meditasi Jiwa” adalah dirancang khusus untuk murid-murid SK Tebing Tinggi supaya dapat membantu mereka membentuk sahsiah diri ke arah yang lebih baik sekiranya diberi ruang dan peluang di samping sokongan guru besar, barisan pentadbir sekolah, guru-guru, ibu bapa, rakan-rakan dan diri mereka sendiri yang signifikan dalam kehidupan seharian. Program ini bukan sahaja untuk usaha memberi peningkatan diri dalam pembelajaran malah ia juga lebih mengutamakan tentang sahsiah diri dan pembentukan akhlak yang lebih baik. Program motivasi ini adalah penting disuntik ke dalam diri murid agar mereka mendapat pengalaman, pendedahan dan boleh mengaplikasikan cara atau kemahiran yang diberi kepada mereka untuk digunapakai dalam kehidupan seharian. Selain itu, program ini juga memberi dan membina kesedaran diri mengenai tujuan sebenar sebuah kehidupan dan membina paradigma pelajar cemerlang dari segi pencapaian akademik dan sahsiah. Perancangan dan persediaan yang dibuat ini diharapkan dapat membantu sedikit sebanyak dalam perkembangan sahsiah dan jati diri murid dan seterusnya menarik minat mereka untuk mengahadapi cabaran globalisasi. 2.0 MATLAMAT Motivasi merupakan salah satu faktor yang dikenalpasti mampu mendorong ke arah peningkatan prestasi dan kecemerlangan akademik serta mampu membentuk keterampilan murid. Walau bagaimanapun kecemerlangan akademik tidak menjamin kecemerlangan sahsiah murid. Oleh itu, program ini dilaksanakan seiring dengan program pembentukan sahsiah murid agar dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek, rohani dan sosial serta mampu berdaya saing dalam menghadapi cabaran globalisasi. 3.0 TARIKH/ MASA/ TEMPAT Tarikh :27 Jun 2023 (Selasa) Masa :10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari Tempat : Dewan Ibnu Sina SK Tebing Tinggi 4.0 SASARAN Semua murid SK Tebing Tinggi.


5.0 OBJEKTIF 5.1 Memberi pendedahan agar diri murid-murid lebih berkeyakinan dalam sesi pembelajaran dan mencungkil kelebihan dan kelemahan diri individu untuk maju dalam pelajaran serta memberi kesedaran kepada para murid tentang peranan dan tanggungjawab yang seharusnya dipikul oleh seorang murid. 5.2 Meransang motivasi murid untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan juga sahsiah. 5.3 Membentuk murid yang berertika. 5.4 Melahirkan murid yang berdisiplin dan berdaya saing. 6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Bil. Perkara Kuantiti Harga Seunit (RM) Harga (RM) 1. Bunting Program 1 50.00 50.00 2. Cenderahati Penceramah 1 100 100.00 JUMLAH (RM) 150.00 7.0 SUMBER KEWANGAN Bil. Perkara Harga (RM) 1. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tebing Tinggi 150.00 JUMLAH (RM) 150.00


8.0 JAWATANKUASA 9.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA AHLI JAWATANKUASA TUGASAN PENYELARAS Cikgu Nur Zuriafazleen binti Zorkoflee Merancang format dan konsep majlis Mengurus atur cara majlis. Memberikan taklimat dan penerangan tentang peraturan dan perjalanan majlis. Memberikan penerangan berkaitan tugasan setiap jawatankuasa. Memastikan semua AJK bertugas mengikut senarai tugas sebelum, semasa dan selepas majlis bermula daripada perancangan, pelaksanaan dan post mortem majlis. Menyediakan atur cara pentadbiran. SETIAUSAHA Cikgu Nur Zuriafazleen binti Zorkoflee Menyediakan kertas kerja majlis Menyediakan surat jemputan kepada perasmi, ibu bapa dan murid serta memastikan kehadiran atau maklum balas. Menguruskan surat menyurat lain yang berkaitan. BENDAHARI Puan Zaidah binti Idris Menguruskan kewangan berkaitan majlis. PENGERUSI : Cikgu Shahrunnizam binti Hussein NAIB PENGERUSI I : Cikgu Umairah binti Noh NAIB PENGERUSI II : Cikgu Nor Zalina binti Mohd Kila NAIB PENGERUSI III : Cikgu Abdul Aris bin Jupry PENYELARAS : Cikgu Nur Zuriafazleen binti Zorkoflee SETIAUSAHA : Cikgu Nur Zuriafazleen binti Zorkoflee BENDAHARI : Puan Zaidah binti Idris


SENARAI TUGAS BIDANG TUGAS PENGACARA MAJLIS Cikgu Najwa binti Rosli Berhubung dengan Penyelaras Majlis untuk memastikan atur cara yang terkini. Menyediakan teks pengacara majlis. Mengacarakan majlis. PEMBACA DOA Ustaz Che Mohd Amin bin Che Hasan Menyediakan teks doa yang sesuai. Membaca doa pembuka majlis. PENYAMBUT TETAMU 1. Cikgu Shahrunnizam binti Hussein 2. Cikgu Nor Zalina binti Mohd Kila Menyambut kedatangan penceramah. Mengiringi penceramah ke Dewan Ibnu Sina SK Tebing Tinggi. PENTAS & BACKDROP 1. Puan Azura binti Hamdan 2. Cikgu Amirah Aimi binti Ismail Menyediakan format layout untuk backdrop. Membuat tempahan ‘backdrop’. Membuat persiapan pentas. Memastikan backdrop dan pentas dikemaskan selepas majlis. PERSIAPAN TEMPAT (Sebelum dan selepas majlis): 1. Cikgu Abdul Aziz bin Ismail 2. Cikgu Abdul Aris bin Jupry Menyediakan kerusi yang mencukupi untuk murid. Menyediakan layout susunan kerusi. Menyusun kerusi mengikut format layout. Memulangkan kerusi dan lain-lain perabot yang dipinjam selepas acara selesai. Memastikan kawasan dikemaskan selepas majlis. TEKNIKAL DAN SIARAYA 1. Cikgu Mohd Amiruddin bin Mahad 2.Pengawas sekolah Memastikan peralatan teknikal yang diperlukan adalah lengkap dan berfungsi sebelum dan pada hari majlis berlangsung. Memastikan peralatan PA system berfungsi dengan baik sepanjang majlis berlangsung. Memastikan peralatan PA system disimpan semula selepas berlangsungnya majlis.


JAMUAN 1. Cikgu Umairah binti Noh 2. Cikgu Nor Zalina binti Mohd Kila 3. Ustazah Nor Hayati binti Che Salam 4.Puan Hatijah binti Md Dah Berbincang tentang menu jamuan. Membuat tempahan makanan dan minuman. Menyediakan tempat makan tetamu utama. Memastikan jamuan berjalan lancar DOKUMENTASI & FOTOGRAFI 1. Cikgu Nur Zuriafazleen binti Zorkoflee 2. Ustazah Nor Hayati binti Che Salam Mengumpul dan menyediakan bahan dokumentasi yang lengkap. Menyediakan dokumentasi untuk simpanan unit dokumentasi sekolah dan Guru Besar. Menghantar dokumentasi selewat-lewatnya dua minggu selepas majlis kepada Penolong Kanan. 12.0 PENUTUP Diharapkan menerusi program ini akan memberikan beribu makna terhadap muridmurid SK Tebing Tinggi dalam membantu kecemerlangan akademik dan juga pembentukan sahsiah yang gemilang. Semoga segala usaha murni oleh pihak sekolah ini akan mendapat kerjasama dan sokongan sepenuhnya daripada semua pihak agar matlamat serta objektif yang disasarkan akan tercapai sekaligus dapat merealisasikan harapan Kementerian Pendidikan Malaysia yang melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Disediakan oleh: ............................................. (NUR ZURIAFAZLEEN BINTI ZORKOFLEE) Guru Bimbingan dan Kaunseling, SK Tebing Tinggi. Disemak oleh: .............................................. (NOR ZALINA BINTI MOHD KILA) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK Tebing Tinggi.


ULASAN: .................................................................................................................. *Diluluskan / Tidak diluluskan .......................................... (SHAHRUNNIZAM BINTI HUSSEIN) Guru Besar, SK Tebing Tinggi.


LAMPIRAN 1 TENTATIF PROGRAM CADANGAN PENGISIAN MODUL “REVISI DIRI, MEDITASI JIWA” BIL. MASA PERKARA 1. 10.00 pagi SLOT 1: PENGENALAN PROGRAM 2. 10.15 pagi SLOT 2: ENERGIZER 3. 10.30 pagi SLOT 3: “REVISI DIRI, MEDITASI JIWA”


Click to View FlipBook Version