The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-FOLIO ETIKA & PERADABAN BERKAITAN KONSEP PERPADUAN, KESEPADUAN DAN PENYATUPADUAN.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuraqilalala12, 2023-05-01 07:08:48

KONSEP PERPADUAN, KESEPADUAN DAN PENYATUPADUAN

E-FOLIO ETIKA & PERADABAN BERKAITAN KONSEP PERPADUAN, KESEPADUAN DAN PENYATUPADUAN.

1 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN MPU21032 SESI II 2022/2023 TAJUK : KONSEP PERPADUAN, KESEPADUAN DAN PENYATUPADUAN NAMA PENSYARAH : PUAN NOR AIDAH BINTI HASSAN NURUL AIN IZZATI BINTI MOHD HANIF 17DSK22F2009 NUR QISTINA AMALIN BINTI MOHD HARAMAIN 17DSK22F2015 NUR FARZANAH SAHANA BINTI MUHAMMAD ALIF 17DSK22F2044 NURUL AISYAH BINTI HAIRUNEZAM 17DSK22F2052 NUR AQILA BINTI MOHD NOOR 17DSK22F2054


2 ISI KANDUNGAN Bil Perkara Muka Surat 1. Penghargaan 3 2. Pengenalan 4 - 6 3. Objektif 7 4. Konsep (Perpaduan, Kesepaduan, Penyatupaduan) 8 5. Apa itu : Perpaduan, Kesepaduan & Penyatupaduan 9 6. Dasar Perpaduan Negara Malaysia ( Menyusur Jejak Perpaduan ) 10 7. Perlembagaan Persekutuan 11 - 12 8. Dasar Perpaduan Negara 13 9. Kesimpulan 14 - 15 10. Sumber Rujukan 16


3 PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya kumpulan kami dapat menyempurnakan tugasan bagi kod subjek Etika dan Peradaban ( MPU 21032 ) ini dengan jayanya. Dengan kesempatan yang ada ini, kami amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Puan Nor Aidah binti Hassan, selaku pensyarah Etika dan Peradaban kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kumpulan kami untuk melunaskan tugasan yang diberikan. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sekian, terima kasih.


4 PENGENALAN Perpaduan masyarakat berbilang bangsa, agama dan budaya ialah kunci kedamaian, kemakmuran, kestabilan dan kelangsungan pembangunan negara. Tanpa perpaduan, negara tidak akan mencapai kestabilan yang mutlak, kemajuan dan keamanan yang berterusan. Nikmat yang negara kita perolehi kini ialah bukti yang jelas bahawa formula perpaduan dalam aspek pembangunan dan kemajuan negara berada pada landasan yang betul. Kita mempunyai tahap kerjasama dan toleransi yang amat tinggi dalam kalangan bangsa dan kaum dan dari segi agama di Malaysia. Perpaduan rakyat Malaysia semakin terserlah di saat kita bersama-sama bersatu untuk memerangi penularan dan memutuskan rangkaian wabak COVID-19. Kesepakatan yang ditunjukkan oleh rakyat sebagai jentera perpaduan pada saat krisis ini berlaku mencerminkan kematangan rakyat memahami makna perpaduan dan kesepaduan social antara kaum.


5 Jika selama ini, elemen perpaduan diterapkan secara berasingan dalam dasar-dasar kerajaan yang lain, sudah sampai masanya perpaduan juga mempunyai dasarnya sendiri. Perpaduan dalam kepelbagaian bukan sekadar mantera yang diucapkan tanpa makna. Konsep perpaduan ini perlu difahami, dihayati dan disemat dalam hati. “Perpaduan sebagai amalan hidup kita yang berterusan. Semarakkan perpaduan. Raikan perbezaan.” – senator DATO’ SRI TI LIAN KER – Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan pencetus kepada beberapa usaha serta komitmen kerajaan dalam menangani isu perpaduan sehingga Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970. Langkah yang telah diambil berupa Tindakan segera yang bertujuan untuk mengekalkan kestabilan politik, keselamatan dan keharmonian negara. Tumpuan awal telah diberikan kepada usaha merapatkan jurang ekonomi yang wujud antara etnik melalui pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan secara langsung DEB telah menjadi kerangka untuk memperkukuhkan perpaduan di Malaysia.


6


7 OBJEKTIF TUGASAN Objektif e-folio ini adalah untuk menyemai rasa kecintaan dalam kalangan individu dan masyarakat terhadap komuniti. Selain itu, untuk menitikberatkan perpaduan supaya masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang harmoni dan aman damai. Tujuan e-folio ini ditubuhkan juga adalah untuk membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolongmenolong antara satu sama lain dan juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama kami.


8 KONSEP PERPADUAN, KESEPADUAN DAN PENYATUPADUAN Negara bekas tanah jajahan, seperti Malaysia dan Indonesia, sentiasa berdepan dengan cabaran unity in diversity yang tertampil dalam fenomena social yang kita kenal sebagai kepelbagaian. Fenomena ini menonjolkan perbezaan, kelainan malahan sering diungkapkan sebagai keunikan. Sebenarnya, kedua negara ini tiada pilihan. Keadaan majmuk ini bukan yang diinginkan tetapi dipaksa dan merupakan akibat langsung daripada pembentukan plural society dalam era penjajahan. Maka Indonesia terkenal dengan Bhinneka Tunggal Ika dan Malaysia dengan Malaysia Truly Asia.


9 APA ITU PERPADUAN ? Kesatuan. Ia merupakan matlamat akhir yang diidamkan dalam sebuah negara yang berbilang etnik terutama di Malaysia. APA ITU KESEPADUAN ? Keadaan bersepadu, menjadi kesatuan yang utuh. Keadaan aman, stabil, makmur dan sejahtera yang dicapai tetapi diakui masih terdapat perbezaan dalam bentuk deficit social yang wujud dalam sesebuah masyarakat. APA ITU PENYATUPADUAN ? Proses menyatupadukan. Usaha berterusan pada peringkat semua lapisan masyarakat untuk menyelesaikan deficit social berwahanakan tapak integrasi berprinsipkan tawar-menawar perundingan dan mediasi.


10 DASAR PERPADUAN NEGARA MALAYSIA ( MENYUSUR JEJAK PERPADUAN ) 1969 PERISTIWA 13 MEI Konflik perkauman menjadi pencetus kepada usaha kerajaan untuk menangani isu perpaduan. 1970 RUKUN NEGARA Diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sebagai falsafah negara dalam mencapai perpaduan. 1971 DASAR EKONOMI BARU Menjadi kerangka untuk memperkukuhkan perpaduan menerusi penyusunan semula masyarakat. 2003 DASAR SOSIAL NEGARA Untuk mewujudkan masyarakat yang maju dari aspek social, ekonomi dan teknologi. 2017 DASAR KESELAMATAN NEGARA Mempertahankan nilai teras negara bagi memastikan Malaysia kekal selamat dan berdaulat. 2019 DASAR KOMUNITI NEGARA Mewujudkan komuniti dan generasi mampan melalui pembangunan komuniti secara inklusif. 2019 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Mewujudkan kebudayaan kebangsaan di Malaysia. 2021 DASAR PERPADUAN NEGARA Dasar payung yang menetapkan hala tuju kerajaan dalam mengukuhkan perpaduan negara dan integrasi nasional.


11 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah undang-undang tertinggi negara dan telah menjadi asas kepada pembentukan negara ini serta identity Malaysia. Sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan perlu dihayati dan difahami oleh semua rakyat kerana melibatkan tolak ansur, kompromi, dan pengorbanan semua pihak serta berlandaskan proses persetujuan timbal balik atau perkongsian kuasa antara pelbagai etnik.


12 5 perkara asas yang telah dipersetujui iaitu : • Perkara 3(1) : Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. • Perkara 152(1) : Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa rasmi, namun bahasa ibunda kaum lain boleh diajar dan digunakan. • Perkara 153 : Kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak diiktiraf, namun kepentingan kaum lain juga dilindungi. • Perkara 181 : Kedaulatan Raja-Raja Melayu dijunjung. • Bahgian III : Hak kewarganegaraan diberikan kepada mereka yang mempunyai kelayakan di bawah Perlembagaan Persekutuan.


13 DASAR PERPADUAN NEGARA PATRIOTISME DAN DEMOKRASI 1. Meningkatkan literasi pemahaman dan penghayatan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara sebagai asas amalan hidup 2. Meningkatkan pemahaman dan penghayatan sejarah Malaysia. 3. Memperkukuh integrasi nasional. IDENTITI NASIONAL 1. Mengukuhkan peranan bahasa sebagai medium integrasi perpaduan. 2. Mengukuhkan kefahaman agama, budaya dan adat resam pelbagai etnik. 3. Membentuk masyarakat berkepribadian tinggi, berintegriti dan berakhlak mulia. EKOSISTEM PERPADUAN 1. Memantapkan keberkesanan komunikasi bagi meningkatkan kesedaran sosial dalam masyarakat. 2. Mengekalkan, membina dan mengukuhkan tapak integrasi perpaduan. 3. Memperkasakan jentera perpaduan melalui kerjasama strategik. 4. Meningkatkan penguatkuasaan undang-undang serta keberkesanan mekanisme pemantauan.


14 KESIMPULAN Perpaduan bukan sesuatu yang statik dan boleh dicapai secara mutlak tetapi perlu dipupuk, dipelihara dan diperkukuh secara berterusan. Perpaduan memerlukan komitmen penuh oleh semua pihak, iaitu agensi kerajaan, swasta, masyarakat sivil dan rakyat keseluruhannya. Penekanan dan pendekatan yang diambil dalam pelaksanaan dasar ini selaras dengan dasar dan aspirasi kerajaan bagi membina sebuah negara yang maju, aman, makmur, berintegriti dan bersatu padu serta diiktiraf di peringkat global. Kesepaduan dalam usaha kita untuk menjadi sebuah negara bangsa, pelbagai strategi, pendekatan dan dasar telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk menjadikan negara ini bukan sahaja makmur dan maju dalam semua bidang tetapi juga mempunyai hubungan etnik yang harmoni dan bersatupadu serta mencaoai integrasi nasional di bawah sistem persekutuan. Malaysia yang kita impikan ialah sebuah negara yang menyaksikan rakyat berbilang kaum, budaya dan agama hidup dengan aman, sementara hubungan kerajaan negeri dan kerajaan


15 persekutuan berada dalam keadaan harmoni sesuai dengan tuntutan perlembagaan. Penyatupaduan ialah sifat rangkaian keramat tiga konsep yang di ketengahkan ini, iaitu perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan yang tetap merupakan heuristic device yang boleh diaplikasikan kearah memahami sebarang masyarakat plural/majmuk atau yang sekolompok dengannya. Sebagai kesimpulan, ingin ditekankan bahawa dalam usaha mengupas dan merungkai pelbagai masalah global dan lokal, apa yang kita perlukan adalah beberapa (heuristic device) yang boleh membantu dalam menyelesaikan masalah dalam penyatupaduan kaum. Cadangan saya, kita perlulah mengekalkan gaya sosial yang baik agar dapat mencapai kesepaduan masyarakat yang diimpikan. Selain itu, apabila berdepan dengan cabaran sosial, tugas utama kita sebagai rakyat ialah mengenal pasti cara yang sesuai untuk memulakan usaha diagnostik ke arah penyelesaian masalah.


16 SUMBER RUJUKAN • https://www.academia.edu/5828754/Perpaduan_Kesepadua n_dan_Penyatupaduan_Satu_Negara_Satu_Kata_Akar_Tig a_Konsep_Keramat • https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Perpaduan • https://www.slideshare.net/alfaupsi/hubungan-etnikkonsep-perpaduan-integrasi-hub-etnik • https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kedaulatanundangundang-medium-menyatupadukan-masyarakat249745


Click to View FlipBook Version