The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ANDYSON ANAK TINGGANG IPG-Pelajar, 2025-03-15 09:35:14

PENJODOH BILANGAN

PENJODOH BILANGAN

DISEDIAKAN OLEH CIKGU ANDYSON PENJODOH BILANGAN TAHUN 4


Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama kata nama untuk menunjukkan jumlah, bentuk, atau jenis sesuatu benda dengan lebih tepat. Dalam bahasa Melayu, penjodoh bilangan berfungsi untuk menerangkan ukuran atau spesifikasi sesuatu objek yang tidak dapat dinyatakan hanya dengan nombor sahaja. Contohnya, jika seseorang ingin menyebut jumlah rumah yang dimiliki, tidak cukup sekadar mengatakan "dua rumah" , kerana dalam bahasa Melayu, struktur ayat yang betul ialah "dua buah rumah" kerana "buah" adalah penjodoh bilangan yang sesuai untuk rumah. DEFINISI


KEPENTINGAN Memberikan ketepatan makna Membantu menjelaskan sifat atau bentuk sesuatu benda dengan lebih jelas. Mengelakkan kekeliruan Dengan menggunakan penjodoh bilangan yang betul, pendengar atau pembaca dapat memahami objek yang dirujuk tanpa kekeliruan. Membantu pemahaman konteks ayat Dalam beberapa keadaan, penjodoh bilangan memberikan gambaran tambahan tentang objek tersebut, misalnya perbezaan antara "sehelai baju" dan "sepasang baju."


BUAH PENJODOH BILANGAN BATANG HELAI EKOR PASANG Sebuah Rumah Dua buah Kereta Sebuah Bangunan Sebatang Joran Sebatang Sungai Dua batang pensil Dua helai baju Sehelai kertas Sehelai daun Seekor Kuda Dua ekor lembu Tiga ekor kucing Sepasang baju Sepasang suami isteri Sepasang kasut


PUCUK PENJODOH BILANGAN KAKI UTAS GUGUS BUTIR Sepucuk surat Dua pucuk pistol Tiga pucuk meriam Sekaki payung Sekaki cendawan Seutas rantai Dua utas jam tangan Segugus pulau Segugus kunci Segugus anggur Sebutir nasi Dua butir peluru


Kesilapan Umum dalam Penggunaan Penjodoh Bilangan Ayah membeli sebuah rumah di pinggir bandar. Ibu memberikan saya dua helai baju baharu. Kami melihat tiga ekor burung terbang di langit. Dia membawa sebatang pensel dan sebuah buku ke sekolah. Cikgu memberi dua keping gambar untuk pertandingan mewarna. Adik memegang seutas rantai emas milik ibu. Contoh ayat Saya ada tiga kucing di rumah (ekor) Abu memanjat sepohon kepala (sebatang) Terdapat 4 atau 5 orang di dalam rumah itu (sekumpulan) PENGGUNAAN PENJODOH BILANGAN DALAM AYAT


Untuk individu → Seekor burung, seorang guru, sebiji epal Untuk pasangan → Sepasang burung, sepasang kasut, sepasang suami isteri Untuk kumpulan → Sekawan lembu, sekumpulan pelajar, segerombolan penjahat Untuk banyak unit secara am → Berkotak-kotak susu, berjambakjambak bunga Huraian Contoh PENGGUNAAN PENJODOH BILANGAN MENGIKUT KONSEP BILANGAN ATAU JUMLAH Dalam bahasa Melayu, penjodoh bilangan bukan sahaja digunakan untuk menentukan bentuk atau jenis sesuatu benda tetapi juga untuk menunjukkan jumlah atau bilangan secara lebih tepat. Penggunaan penjodoh bilangan mengikut konsep bilangan ini penting untuk menggambarkan jumlah individu, pasangan, atau kumpulan sesuatu benda atau makhluk.


CONTOH PENJODOH BILANGAN MENGIKUT KONSEP BILANGAN Sebiji Sepotong Sebakul


TAMAT


Click to View FlipBook Version