The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by vllncylncyln, 2023-05-25 07:05:23

BUDAYA HENDONISME KUMPULAN 1

BUDAYA HENDONISME KUMPULAN 1

PENULARAN BUDAYA HENDONISME DALAM KALANGAN GENERASI MUDA D I T U L I S O L E H : VELLANCY LYN ANAK LARRY (20DKA22F1043) JENIFFER RUA ANAK JINBON (20DKA22F1006) MARYSIA MOREH (20DKA22F1040) N I L A I M A S Y A R A K A T M A L A Y S I A KELAS : DKA2C SESI 2: 2022/2023 NAMA PENSYARAH: PN.FAYZATOL JAMIYAAH BT.ABDULL RAHIM MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA POLITEKNIK MUKAH, SARAWAK


PENGHARGAAN Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Tuhan yang maha esa kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat kami menyiapkan tugasan kerja e-folio ini dengan jayanya.Dikesempatan ini kami ingin menghadiahkan ribuan terima kasih kepada Puan Fayzatol Jamiyaah Binti Abdul Rahim,selaku Pensyarah kursus MPU23042 Nilai Masyarakat Malaysia kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami untuk menyempurnakan tugasan penting ini.Ucapan penghargaan juga ingin kami berikan kepada para rakan seperjuangan kerana telah banyak menghulurkan bantuan mahupun kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan baik sekali.Selain itu, ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah kalian hulurkan teramat saya hargai. Biar jasa jadi kenangan.


OBJEKTIF Menerangkan definisi hendonisme Mengenal pasti sama ada pengaruh hedonisme ini adalah sesuatu yang baik atau buruk. Menerangkan faktor yang meneyebabkan pengaruh hendonisme semakin berleluasa dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat Mengatahui kesan hendonisme kepada setiap lapisan masyarakat Mengetahui cara untuk mengatasi pengaruh hedonisme ini Mengenal pasti isu yang berlaku di kalangan rakyat Malaysia yang berpunca daripada pengaruh hendonisme. Menyatakan kesimpulan budaya hendonisme


PENGHARGAAN FAKTOR CABARAN BUDAYA HENDONISME OBJEKTIF KESAN CABARAN BUDAYA HENDONISME PENGENALAN CARA MENGATASI MASALAH PENULARAN BUDAYA HENDONISME ISI KANDUNGAN CONTOH ISU BUDAYA HENDONISME KESIMPULAN AKTIVITI PENGUKUHAN RUJUKAN LAMPIRAN


PENDAHULUAN Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, budaya hedonisme membawa maksud pegangan hidup yang mengutamakan keseronokan atau kesenangan hidup. Pelbagai alternatif dizahirkan oleh remaja bagi menikmati keseronokan seperti meraikan perayaan Halloween. Peristiwa Halloween pada 29 Oktober 2022 di Korea Selatan menjadi tragedi menyayat hati masyarakat dunia. Peristiwa tersebut telah mengorbankan 154 orang yang rata-ratanya terdiri dalam kalangan remaja. Kejadian ini bukan hanya memberi kesan negatif kepada pengikutnya bahkan hukumnya haram menyambut Halloween bagi umat Islam. Hal ini kerana perayaan ini merupakan syiar sebahagian penganut agama Kristian dan mereka menyambutnya bagi memperingati roh-roh yang telah meninggal dunia. Meskipun kejadian ini berlaku di negara lain, namun situasi tersebut wajar dielakkan agar generasi muda negara ini bebas daripada gejala yang memudaratkan diri.Budaya hedonisme yang menjadi simbolik kepada keseronokan dan hiburan melampau mendorong golongan remaja melakukan perkara diluar kawalan seperti penyalahgunaan dadah, pergaulan bebas dan terdedah untuk melakukan pelbagai jenayah lain. Budaya hedonisme dalam kalangan remaja bukan sahaja boleh merosakkan diri sendiri, malah meruntuhkan masa depan sosioekonomi negara. Perkembangan budaya Hedonisme di kalangan masyarakat kita pada hari ini bukanlah merupakan suatu fenomena yang baru. Hal ini kerana, budaya Hedonisme ini telah lama berkembang di negara-negara eropah dan kemudiannya budaya ini telah berkembang ke seluruh dunia. Hedonisme ini membawa maksud kepada hiburan sama ada dari segi pengaruh sosial ataupun pengaruh yang lainnya. Secara umumnya, budaya Hedonisme ini melebihkan kita untuk mencari keseronokan daripada segalanya. Berdasrkan sumber sejarah, di Tanah Melayu juga turut menerima kesan daripada perkembangan budaya Hedonisme ini. Dimana, perkembangan muzik dan cara pemakaian masyarakat melayu dahulu dan kini telah berubah mengikut trend semasa.


5 FAKTOR CABARAN 5 KESAN CABARAN 5 CARA MENGATASI 5 CONTOH ISU BUDAYA HENDONISME


FAKTOR KEMUNCULAN BUDAYA HENDONISME


Pegangan agama yang lemah dalam diri individu Pegangan agama adalah satu tiang yang amat penting bagi mewujudkan ketenangan jiwa dalam diri setiap individu. Jika pegangan ini tidak dihayati dan dipraktikkan dengan baik, ini boleh menyebabkan seseorang itu mudah terdorong ke dalam pengaruh budaya hedonisme ini. Sebagai contoh, ia akan menyebabkan perbuatan negatif seperti pembunuhan, pemerkosaan,hubungan sonsang dan sebagainya. Didikan agama yang telah di ajar sejak kecil dapat dijadikan sebagai jalan penyelesaian sebagai asas untuk memupuk nila-nilai murni dalam diri setiap individu. Didikan agama ini amat penting dalam hidup bagi menentukan hala tuju setiap individu.Jika ia dipegang dengan kukuh dalam kehidupan harian, secara tidak langsung ia membawa individu tersebut ke arah yang lebih berdedikasi 1. FAKTOR KEMUNCULAN BUDAYA HENDONISME


menjadi salah satu punca kepada budaya hedonisme yang keterlaluan sehingga ada yang menghalalkan cara hidup barat yang mana ianya sekali gus bertentangan dengan ajaran dan agama islam. Contohnya, seperti dari segi budaya fesyen yang melampau yang di ikuti dari budaya barat. Pakaian adalah satu perhiasan yang dituntut dalam Islam malah ianya dituntut agar manusia dapat menutup aurat dan keaibannya . Malaysia dikenali dengan penduduknya yang terdiri daripada mereka yang berbilang kaum dan agama..Secara puratanya, mereka menganuti agama Islam, yang mana mereka mengamalkan cara berpakaian yang sopan dan menutup aurat dalam kalangan masyarakatnya. Apabila seseorang individu itu terlalu taksub dengan cara pemakaian dari negara luar, mereka pastinya akan mengikuti trend-trend terkini sehingga lupa akan batasan pemakaian yang telah di syariatkan oleh agama Islam. 2.Kesan globalisasi dunia tanpa sempadan FAKTOR KEMUNCULAN BUDAYA HENDONISME


Kekurangan dalam faktor ini akan menyebabkan individu kini semakin tidak terkawal. Sikap penjaga yang tidak mengendahkan aktiviti anak-anak merekaakan menyebabkan generasi kini melakukan apa sahaja yang mereka suka.Seperti bersiar-siar tanpa arah tujuan, menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan tidak bermoral yang boleh merosakkan akhlak para remaja. Kebajikan anak-anak tidak seharusnya diketepikan malah perlulah di jaga dengan sebaiknya. Sikap ibu bapa yang lebih mendahulukan duniawi daripada tanggungjawab mereka tidak seharusnya dijadikan tauladan dan contoh oleh masyarakat. Jika sikap ini tidak diubah oleh ibu bapa,anak-anak akan berasa seperti tidak disayangi dan pasti kekurangan kasih sayang daripada orang tua mereka. Ekoran daripada itu, anak-anak yang terbiar ini akan mencari ketenangan dan keseronokan di luar dan bercampur dengan rakan-rakan yang sama seperti mereka bagi mengisi kekosongan yang beradadi dalam diri mereka. Secara tidak langsung, ini akan menyebabkan mereka terpengaruh dengan perkaraperkara yang tidak elok yang boleh mengundang padah pada diri mereka. Budaya hedonisme ini secara tidak langsung akan menyebabkan nilai-nilai keagamaan dalam diri individu semakin pudar 3.keruntuhan dan kurangnya keprihatinan dalam institusi kekeluargaan FAKTOR KEMUNCULAN BUDAYA HENDONISME


4.Pengaruh media massa Stesen televisyen tempatan tidak putus-putus menyuguhkan rancangan bercorak hiburan hingga semacam tiada rancangan lain yang boleh disajikan kepada penonton remaja. Menurut Mcluhan, media massa merupakan pesan dan setiap media berkomunikasi menghasilkan pengaruh sosial kepada pembaca dan pendengar yang sangat bebas untuk diterima. 8 Stesen televisyen swasta terutamanya berlumba-lumba menyajikan rancangan-rancangan realiti berkonsepkan hiburan bagi menaikkan rating penonton. Media cetak juga dicemari dengan lambakan bahan bacaan picisan yang kadar kandungan ilmiahnya cukup kurang. Yang disajikan hanyalah gosip-gosip yang kebenarannya hanyalah secebis,kisah cerai-berai rumah tangga artis terkenal dan ceritera cinta hangat penyanyi popular. Media seharusnya memainkan peranan sebaik-baiknya FAKTOR KEMUNCULAN BUDAYA HENDONISME


5.Pusat hiburan yang melampau Kewujudan pusat-pusat hiburan juga menjadi faktor kepada kewujudan budaya hedonisme dalam masyarakat hari ini. Malam di kota-kota besar meriah dengan kilauan lampu-lampuan warna dan muzik yang bakal menggoyangkan pinggul sesiapa yang mendengarnya.Pusat-pusat hiburan dinegara ini semakinhari semakin menggamit remaja agar mengisi kekosongan di lantai tari. Saban minggu,DJ-DJ dari luar dijemput bagi memeriahkan acara tertentu. Ketidak kawalan kewujudan pusat-pusat hiburan sebenarnya mendatangkan kerosakan dan kepunahan diri generasi pewaris. Rave Party atau parti liar semakin menjadi acara wajib bagi sesebuah kelab malam. Operasi pusat hiburan sepatutnya dikawal rapi agar budaya hedonisme ini dapat dibendung daripada menguasai jiwa dan minda remaja FAKTOR KEMUNCULAN BUDAYA HENDONISME


KESAN CABARAN BUDAYA HENDONISME


KESAN CABARAN HENDONISME 1. Kemakmuran dan kesejahteraan negara semakin tergugat budaya hedonisme akan menyebabkan kemakmuran dan kesejahteraan negara semakin tergugat. Hal ini berpunca daripada individu yang mempunyai sifat hedonisme pasti akan bersifat kemewahan. Sifat ini akan menjadikan hati individu tersebut kasar, hilang kepekaan dan fitrah mereka sebagai manusia akan terjejas.Akibat terlalu mengejar kemewahan dan harta dunia, golongan ini mungkin terjerumus untuk melibatkan diri melakukan jenayah. Situasi inilah yang akan membawa kemerosotan kepada kemakmuran dan kesejahteraan untuk sesebuah negara


2. Jenayah sosial dalam kalangan remaja akan meningkat budaya hedonisme yang timbul dalam sifat seseorang akan menyebabkan jenayah sosial dalam kalangan remaja akan meningkat. Sebagaimana kita sedia maklum, golongan muda mudah untuk terpengaruh melakukan aktiviti tidak bermoral memandangkan mereka masih kurang pegangan hidup. Terdapat golongan muda yang sanggup untuk melibatkan diri melakukan aktiviti yang tidak sah seperti penipuan, kecurian maklumat, judi siber, skim cepatkaya dan sebagainya. Ini semua dilakukan untuk mendapatkan wang tanpa mempedulikan sumber wang tersebut diperolehi. Wang tersebut akan digunakan oleh golongan ini demi memenuhi tuntutan hawa nafsu mereka. KESAN CABARAN HENDONISME


3. Cenderung untuk lupa akan matlamat hidup generasi muda pada hari ini lebih cenderung untuk lupa akan matlamat hidup mereka yang sebenar akibat daripada penularan budaya hedonisme. Hedonisme bermaksud kepuasan rasa dan kenikmatan dijadikan sebagai pengukur kepada tingkah laku sesuatu perbuatan. Kebaikan yang diperoleh dari budaya ini hanya keseronokan semata - mata tanpa mempedulikan pegangan asas hidup. Generasi muda yang mengamalkan budaya negatif ini pasti akan tergelicir dari matlamat hidup mereka. Situasi in sangatlah bahaya kerana generasi muda pada hari ini merupakan bakal pemimpin yang akan menerajui tampuk pemerintahan negara. Selepas mengamalkan budaya hedonisme, matlamat hidup mereka hanya untuk mengejar kemewahan dunia yang boleh menyebabkan mereka hilang kawan dan keluarga KESAN CABARAN HENDONISME


KESAN CABARAN HENDONISME 4. Penyalahgunaan dadah dan bahan penyalahgunaan dadah dan bahan berpunca daripada sifat hedonisme yan menebal dalam diri. Penyalahgunaan dadah bermaksud penyalahgunaan dadah dari segi perubatan manakala penyalahgunaan bahan ialah menyakahgunakan bahanbahan seperti alkohol, ganja, pil khayal dan lain-lain. Pertambahan bilangan orang yang terlibat dengan maslah ini semakin meningkat dari tahun ke tahun. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, maslah lain kan timbul seperti aktiviti kecurian, meragut, membunuh dan kemunculan penyakit yang berbahaya. Kebiasaaan pil ekstasi boleh didapati di pusat hiburan, kelab malam dan sebagainya. Pengambilan barang terlarang berpunca daripada tekanan jiwa, mencari keseronokan dan sebagainya.


5. Pergaulan yang bebas Pertemuan antara lelaki dan perempuan diharuskan sekiranya pertemuan itu bertujuan untuk bekerjasama dalam melakukan kebaikan. Walaubagaimanapun, Islam telah meletakkan garis panduan terhadap pergaulan antara lelaki dan perempuan. Garis panduan tersebut ialah keduadua pihak mestilah menjaga pandangan masing - masing, wanita wajib memakai pakaian yang menutup aurat serta mengelakkan diri daripada berada di tempat yang sunyi tanpa ditemani muhrim. Pada era yang serba moden ini, pergaulan yang bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim telah menjadi kebiasaan masyarakat. Pasangan yang bukan muhrim ini ialah pasangan bertunang, kekasih ataupun kawan biasa. Perzinaan mungkin akan berlaku sekiranya pergaulan bebas ini menjadi tidak terkawal. Sekiranya belaku kehamilan luar nikah,mereka mungkin akan membuang atau membunuh bayi yang tidak berdosa itu untuk mengelak daripada menanggung sifat malu KESAN CABARAN HENDONISME


CARA MENGATASI CABARAN BUDAYA HENDONISME


Ibu bapa haruslah memantau apa sahaja perkara yang sedang dilakukan oleh anak-anak mereka terutamanya perkara yang berkait rapat dengan teknologi atau media massa. Ibu bapa tidak seharusnya memberi pendedahan yang terlalu awal pada anak mereka khususnya anak-anak yang masih kecil. Mereka juga haruslah meminimumkanatau menetapkan masayang sesuai untukanak mereka bermain gadget tersebut dan bukannya dengan memberi kebebasan sehingga gologan ini alpa dengan kehidupannya. Hal ini kerana, ibu bapa adalah aset yang sangat penting dalam memainkan peranan dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Jika, perkara seperti ini tidak dipantau dengan baik, generasi z ini pasti akan tersalah langkah jika mengikuti budayabudaya yang tidak sepatutnya yang telah di perolehi dan dipengaruhi daripada media massa yang telah diterima tanpa batasan 1. Ibu bapa haruslah memantau apa sahaja perkara yang sedang dilakukanoleh anak-anak CARA MENGATASI CABARAN HENDONISME


Generasi z ini juga harus diberi pendedahan awal terhadap ilmu agama sejak mereka kecil lagi untuk dijadikan sebagai panduan dan pedoman dalam kehidupan mereka.Institusi pendidikan memainkan peranan yang amat besardalam membentuk jati diri seseorang individu ke arah yang lebih baik. Seorang individu yang mempunyai pegangan agama yang lemah, pasti mereka akan lebih senang untuk dipengaruhi dengan budaya luar terutamanya budaya barat yang kini dianggap moden. Dengan ada nya ilmu agama yang kukuh dalam diri setiap individu, secara tidak langsung ia akan mendorong individu tersebut ke arah kebaikan. Ia juga dapat membuatkan seorang individu itu membahagikan masadengan baik dalam menguruskan kehidupan mereka. 2. Generasi z ini juga harus diberi pendedahan awal terhadap ilmu agama. CARA MENGATASI CABARAN HENDONISME


Hal ini kerana,seorang insan yang bergelar anak pastinya inginkan belaian dan kasih sayang daripada orangtua mereka. Oleh yang demikian, ibu bapa haruslah membahagikan masa dengan betul dan tidak hanya mengejar duniawi semata-mata tetapi haruslah mengutamakan tanggungjawab mereka sebagai seorang penjaga supaya anak-anak mereka tidak terabai dan seterusnya hanyut ke kancah sosial. Ibubapa juga harus mengambil berat terhadap anak mereka apabila mereka keluar daripada rumah untuk melihat dengan siapa mereka bercampur dan bergaul.Jika mereka salah dalam memilih kawan maka ibubapa harus menegur perbuatan mereka supaya tidak terus tersasar dalam memilih kawan. 3. Ibu bapa juga harus mengambil berat terhadap anakanak mereka. CARA MENGATASI CABARAN HENDONISME


CARA MENGATASI CABARAN HENDONISME adalah cara untuk mengatasi hedonisme. Anda sebagai manusia mesti memahami bahawa kehidupan sentiasa berputar. Kadang-kadang anda akan diberi masalah yang membuat suasana sedih, sukar, sukar. Tetapi anda juga akan memperoleh perasaan keseronokan dan kebahagiaan pada masa-masa tertentu. 4. Menyedari bahawa kehidupan bukan tentang keseronokan


CARA MENGATASI CABARAN HENDONISME Salah satu cara untuk mengatasi hedonisme adalah untuk membangunkan sasaran dan rancangan kewangan jangka panjang. Apabila anda mempunyai perancangan kewangan dan berfikir tentang masa depan, maka anda boleh mengawal gaya hidup anda. Kerana ada perkara yang jauh lebih penting pada masa akan datang. 5. Membangunkan Sasaran dan Rancangan Kewangan Jangka Panjang


CONTOH ISU BUDAYA HENDONISME


Isuyang berkait rapatdengan budaya hedonisme antaranya adalah peningkatan masalah moral, akhlak dan sosial dalam kalangan remaja dankanak-kanak. Perkara ini dapat dibuktikan dengan isu atau kes yang dilaporkan oleh akhbar Harian Metro, pada 8 Ogos 2019 yang berlaku di Batu Gajah, Perak. Isu ini adalah berkaitan kes di mana, kanak-kanak yang berusia 12 tahun iaitu tahun enam telah merogol kanakkanak yang berusia empat tahun.Suspek yang merupakan anak kepada pengasuh dan melakukan perbuatan ini, adalah dengan kerana ketagihan video lucah yang ditontonnya. Perbuatan terkutuk ini berlaku di rumah pengasuh tersebut,dan mustahil pengasuh tersebut tidak mengetahui dan tidak mendengar sebarang keraguan yang berlaku. Di sinisudah menjelaskan berkaitan aspek pengabaian terhadap kanak-kanak tersebut. Perkara ini berlaku adalah disebabkan ketagihan video lucah yang telah ditonton oleh suspek tersebut. 1. Ketagihan seks bawah umur CONTOH ISU BUDAYA HENDONISME


Vapeini menjadi ketagihandan amalan gayahidup disebabkan merekamenganggap bahawa amalan ini mampu memgurangkan tekanan pada individu sertamenganggap, amalan ini adalah seperti seorang yang telah dewasa dan matang. Malahvape ini didatangkan dengan asap yang dikeluarkan dalam pelbagai perisa dan ia telahdikomersialkan di seluruh negara termasuk negara Islam. Pada pandangan umat Islamyang kurang memahami dengan ilmu agama, ia menganggap ini adalah satu keluaranproduk yang inovatif, kreatif dan menguntungkan.. Hal ini kerana, mereka denganjayanya menjual vape ini secara berleluasa serta melakukan amalan ini tanpa merasarisau mahupun berdosa disebabkan bau yang dikeluarkan oleh alat ini hanyalah bau dari buah buahan.Mereka tidak memikirkan tentangperkara yang memudaratkankepada kesihatan orang sekeliling yang mampu membahayakan diri sehingga mampumembawa kepada kematian. 2. Ketagihan rokok elektronik CONTOH ISU BUDAYA HENDONISME


Isu ini berlaku pada 18 Ogos 2017, iaitu berkaitan dengan kematian seorang ahli kumpulan(Shinee), mendiang JongHyun. Kematian tersebut berlaku kerana Jong-Hyun telah membunuh diri akibat mengalami tekanan hidup.Isu ini sangat sensitif dan menggemparkan para peminat K-pop atau nama panjangnya Korea pop diseluruh dunia. Artis ini menjadi kegilaan ramai juga dalam kalangan umat Islam. Dimana mereka terlalu taksub dengan artis ini. Justeru tindakan yang memalukan umatIslam ini, telah dilakukan oleh sebilangan besar peminat beliau yang beragama Islam untuk meraikan pemergian artis ini. Kira-kira seramai 100 peminat tegar dan fanatikahli kumpulan ini,yang turut dihadirioleh pelbagai bangsalain. Mereka telahmengadakan upacara perkabungan dengan berhimpun secara beramai-ramai dan ada yang menangis teresak-esak di tepi Sungai Klang, iaitu berhampiran dengan MasjidJamek, KualaLumpur untuk memperingati artiskesayangan mereka pada hari kematian beliau. Perbuatan yang dilakukan ini, sangat memalukan serta mencetuskansatu fenomena yang besar sehingga mampu menjatuhkan maruah semua umat Islamdi dunia. Upacara yang mereka lakukan adalah dengan membawa belon, bunga,gambar serta lilin utuk meratapi kematian artis tersebut yang mana juga sebenarnya simbolik kepada upacara perkabungan mereka. 3. Isu Peminat Muslim Berkabung Dengan Kematian Jong-Hyun (artis K-pop) CONTOH ISU BUDAYA HENDONISME


CONTOH ISU BUDAYA HENDONISME Pengaruh budaya hedonisme membawa perluasan budaya hiburan di tanahair. Anjuran konsert- konsert dan program – program yang berunsurkan hiburan semakin berluasa sehingga wujud satu budaya yang baru dan moden yang mempengaruhi pemikiran remaja. Sebagai contoh budaya K-Pop yang telah menjadi kegilaan remaja sehingga penyanyi K-Pop dari Korea telah dijemput untuk melakukan persembahan terbuka di konsert yang dianjurkan untuk belia dan dibayar dengan harga yang mahal iaitu RM2 Juta sedangkan budaya ini tidak membawa kebaikan kepada remaja di Malaysia. Kegilaan remaja pada hiburan juga telah mengakibat remaja terjebak dengan dadah dan pil khayal sehingga meragut nyawa seperti yang terjadi dalam konsert yang dianjurkan baru – baru ini. Apa yang menyedihkan, remaja yang meninggal itu adalah remaja Melayu dan beragama Islam. 4. Hiburan Berleluasa


CONTOH ISU BUDAYA HENDONISME Mempunyai kereta adalah keperluan semua orang. Kereta mempunyai banyak fungsi yang aplikasinya digunakan untuk memenuhi keperluan keluarga. Tetapi kereta mewah bukan satu keperluan. Kereta mewah hanya melengkapkan keinginan peribadi. Penggunaan kereta mewah sebagai tambahan kepada harga yang ditawarkan mahal, cukai juga tinggi. Perlu perbelanjaan tambahan yang berlebihan untuk mengekalkan kereta mewah 5. Memiliki Kereta Mewah


Kesimpulannya, Hedonisme menggariskan keseronokan sebagai tunjang utama kehidupan. Keseronokan ini diputuskan sendiri oleh akal manusia. Hal ini sedikit sebanyak bertepatan dengan matlamat sekularisme yang mahu memastikan manusia bebas daripada segala unsur ketuhanan. Selain itu, keseronokan yang diputuskan oleh individu boleh menyebabkan berlakunya perselisihan antara satu-sama lain. Sebagai contohnya seseorang individu menganggap membunuh adalah perkara yang menyeronokkan manakala seseorang individu lain pula menganggap ia sesuatu perkara yang menakutkan. Oleh itu, secara jelas konsep pemikiran hedonisme tidak relevan digunakan dalam hal ini kerana boleh mewujudkan perbezaan pemikiran. Walau bagaimanapun, malang sekali kerana remaja-remaja di Malaysia sekarang kebanyakan telah terdedah dengan pemikiran ini sama ada secara sedar atau tidak. Sekiranya tidak dibendung, pemikiran ini akan menghancurkan masyarakat Malaysia suatu hari nanti. KESIMPULAN


AKTIVITI PENGUKUHAN


RUJUKAN Isu semasa hedonisme - Isu-Isu Semasa Budaya hedonisme atau hiburan yang diterapkan dalam aliran - Studocu BAHASA ITU INDAH: ISU SOSIAL : BUDAYA HEDONISME (abihulwa.blogspot.com) https://www.studocu.com/my/document/universititeknologi-mara/falsafah/isu-hedonisme-dalammasyarakat/19950121 https://www.studocu.com/my/document/kolejmatrikulasi-labuan/english/puncahedonisme/15158290 https://www.studocu.com/my/document/universititeknologi-mara/civil-engineering/kesan-budayahedonisme/40694792


LAMPIRAN


Budaya Hendonisme telah dikenal pasti sebagai agen pengakis amalan tradisi dalam sesuatu budaya. Melalui media hiburan yang dibawa dari Barat,generasi mudah telah didedahkan dengan alat pertuturan yang kasar, gaya pemakaian yang mencolok mata dan cara pergaulan yang bebas SINOPSIS


Click to View FlipBook Version