SESI 1: 2022/2023
MPU21032: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA ( DETIK PERBEZAAN )
AHLI KUMPULAN: VELLANCY LYN ANAK LARRY ( 20DKA22F1043 ), JENIFFER RUA
ANAK JINBON ( 20DKA22F1006 ), MARYSIA MOREH ( 20DKA22F1040 )
NAMA PENSYARAH : PN.LEZAWATI BINTI SERON
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
3
BIL PERKARA
1 PENGENALAN 4-7
2 ISI 1 : SAMBUTAN PERAYAAN 8
3 ISI 2: JENAYAH 9
4 ISI 3: TEMPAT KERJA 10-13
5 ISI 4: PENGEBUMIAN 14
6 RUJUKAN 15
7 KESIMPULAN & AKTIVITI PENGUKUHAN
PENGENALAN:
Definisi/konsep Etika dan Peradaban:
ETIKA – Hukum, adat resam,adab tradisi, budi pekerti, sopan santun, dan sebagainya
PERADABAN – Tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat.
DETIK PERBEZAAN
Apakah perkara yang membezakan antara anda dengan orang di sekeliling anda? Adakah perbezaan-perbezaan ini
menyukarkan kehidupan anda setiap hari? Kita tidak boleh lari daripada pemezaan khasnya berkaitan dengan dan budaya
bangsa Malaysia. Perbezaan ini perlu dilihat daripada aspek positif untuk mengukuhkan lagi perpaduan dan hubungan
antara kaum.
SAMBUTAN PERAYAAN
- Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum .
Antaranya:
Melayu, cina, india, iban, Melanau, kadazan dusun, dan sebagainya
- Setiap kaum mempunyai perayaan masing-masing
- Perayaan biasanya berkaitan dengan budaya dan agama pelbagai kaum
- Ini tidak dapat dianggap sebagai perbedaan yang mengancam perpaduan negara
1. Melayu
Asal Hari Raya Aidilfitri
Perayaan yang diwarisi secara turun temurun dari nenek moyang
Rasulullah s.a.w memberitahu orang Arab di Madinah bahawa Islam menggantikan dua perayaan yang mereka
rayakan dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya Korban Atau Hari Raya Aidilfitri
Kalimah ‘Fitri’ bermaksud kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda
2.Cina
Asal Tahun Baru Cina
- Tahun Baru Cina disambut pada hari pertama setiap tahun mengikut calendar Cina
- Terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan.
- Lagenda mengatakan bahawa di China purba mempunyai seekor raksasa yang disebut ‘nian’. Ia hidup di laut
selama bertahun-tahun. Pada malam sebelum Tahun Baru Cina, ia akan naik ke darat untuk makan haiwan dan juga
membahayakan nyawa manusia.
- Manusia mencari cara untuk membunuh ‘nian’. Akhirnya mereka tahu bahwa ‘nian’ takut warna merah,api dan
letupan.
- Sejak itu, pada setiap Tahun Baru Cina, setiap keluarga akan memasang kopet merah dan menyalakan mercun.
3.India
Asal Deepavali
- Deepavali bermaksud “ menghalau kegelapan dengan cahaya dan mengalahkan kejahatan dengan kebikan “
- Orang india akan melakukan pembersihan umum untuk membersikhkan kediaman mereka
- Membeli beberapa lampu atau hiasan yang dirancang secara unik berdasarkan corak pencahayaan untuk menghias rumah
- Kaum India akan memakai pakaian baharu. Lelaki memakai Jippa manakala perempuan memakai pakaian gaya sari atau
Punjabi. Gadis kecil akan memakai Pavadi. Elakkan memakai hitam kerana ini warna yang tidak beruntung.
- Lagenda mengatakan bahawa pada zaman dahulu, ada iblis Narakasura di India. Di bawah pemerintahannya, kehidupan
manusia sangat menyakitkan.
- Kemudian , dewa Tuhan Khrishna membunuh raja iblis yang jahat untuk rakyat.
- Ramai orang sangat gembira, dan mereka menyalakan lampu untuk maraikannya. Sejak itu, orang menganggap hari ini
sebagai Deepavali, memuji sangat “ kejahatan tidak dapat mengatasi kebenaran “
JENAYAH
- Satu perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang negara.
- Kes jenayah semakin meningkat di negara kita
- Kita sering menerima berita-berita mengenai kes jenayah yang baru melalui televisyen, media sosial dan juga surat khabar
seperti mencuri, merompak, membunuh, merogol, dan sebagainya.
- Setiap bangsa dan agama akan mempunyai orang yang melakukan kesalahan
kita tidak boleh menggunakan bangsa dan agama penjenayah untuk menentukan suatu bangsa dan agama adalah baik atau
buruk.
- Jika seseorang mempunyai jati diri yang kuat dan pegangan agama yang kukuh, maka tidak akan berlaku perlanggaran had
yang telah ditetapkan oleh undang-undang
- Kita sebagai warganegara haruslah patuh kepada setiap peraturan dan undang-undang kerana hukuman tidak dijatuhkan
mengikut agama dan bangsa, namun ianya dijatuhkan berdasarkan tahap jenyah yang kita lakukan.
TEMPAT KERJA
- Isu tempat kerja tidak harus timbul sebagai salah satu detik perbezaan yang akan menggugat perpaduan kaum
memandangkan pekerjaan tidak terikat kepada bangsa, kaum dan agama.
- Sebagai majikan, mereka boleh mengiktirafkan pekerjanya tanpa mengira kaum dan agama.
- Pekerja akan lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan lebih teliti dan Amanah
- Secara tidak langsung, para pekerja akan berasa lebih adil dan selesa semasa bekerja
PENGEBUMIAN
- Mempunyai kaitan dengan anutan agama seseorang
- Dasar pengebumian Malaysia adalah berdasarkan pada teisme dan menganggap kematian sebagai urusan agama
yang ditangani oleh semua etnik dan agama secara bebas
- Wujud upacara dan pantang larang pengebumian yang berlainan
1.Melayu
- Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh keluarga si mati apabila berlaku kematian adalah memberitahu kepada tok imam
agar dapat menuliskan nama si mati, masa dan tempat pengebumian di papan kenyataan secepat mungkin.
- Pada masa yang sama,memberitahu kepada saudara-mara ,rakan dan jiran. Biasanya, si mati akan dikebumikan dalam masa 24
jam dari masa kematian.
PANTANG LARANG KEMATIAN
- Tidak boleh bercakap kuat
- Kubur tidak boleh ditembok dan ditulis
- Tidak boleh memagar Kawasan kuburan dengan pagar besi yang terlalu mahal
- Tidak boleh duduk di atas kuburan
2.Cina
- Memberi perhatian kepada feng shui Ketika memilih perkuburan kerana berfikir feng shui yang buruk di tanah perkuburan
akan memberi kesan buruk kepada generasi muda.
- Si mati akan dipakaikan dengan pakaian tradisional dan akan dikebumikan pada hari ketiga atau kelima setelah kematian.
- Orang cina akan membakar wang kertas, rumah kertas, kereta kertas dan pelbagai jenis barang yang dibuat oleh kertas kepada
si mati.
- Setiap festival orang cina, ahli keluarga si mati akan menyembah si mati.
- Masa berkabung orang Cina lalu adalah tiga tahuntetapi sekarang hanya perlu berkabung satu tahun.
PANTANG LARANG KEMATIAN
- Tidak menziarahi saudara-mara dan rakan-rakan
- Tidak bermain dan berhibur
- Tidak menghadiri majlis perkahwinan dan pengebumian orang lain
- Tidak boleh memakai baju bewarna hitam,merah dan warna terang yang lain Ketika menghadiri majlis pengebumian.
3.India
- Mempercayai konsep kelahiran semula,iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur
- Sarjana India juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan hancur, tetapi
Kembali ke alam barzakh.
- Mayat akan dibakar atau dikebumikan
PANTANG LARANG KEMATIAN
- Tetamu yang dating perlu memakai pakaian berwarna putih atau cerah.
- Semua perhiasan dalam rumah akan ditutup dengan menggunakan kain putih
- Ahli keluarga si mati tidak boleh meraikan sebarang sambutan dan majlis dalam masa setahun
RUJUKAN
- BUKU PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
Penerbit Ehsan Sdn.Bhd.Siti Zahara Setapa / Hasnah Hussin / Nur Afifah Saharudin / Norhaslina Sulaiman / Mohd
Rosdi Ripin / Solehah Samsudin / Zuharyati Yusof
- https://matlamatperpaduanyangdiidamkan.blogspot.com
- https://matlamatperpaduanyangdiidamkan2020.blogspot.com/2020/10mpu21031-penghayatan-etika--
peradaban_54html?m=1
- https://matlamatperpaduanyangdiidamkan.blogspot.com/2020/10/matlamat-perpaduan-yang-diidamkan.html?=1
- https://anyflip.com.bhakx/ticj/basic
KESIMPULAN:
1. Kita dapat mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun
Negara
2.Kita dapat membentuk identity nasional dengan semangat jati diri,patriotic,prihatin,toleransi,hormat-menghormati
dan bertanggungjawab
3.Ini juga dapat melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan detik perpaduan dan perbezaan
SOALAN PENGUKUHAN
1.Bagaimanakah cara pengebumian kaum India?
2.Nyatakan 2 pantang larang pengebumian kaum Melayu.
3.Mengapakah kaum Cina tidak boleh memakai pakaian berwarna hitam semasa waktu perayaan Tahun Baru Cina?
4.Apakah maksud Deepavali?
5.Terangkan maksud Jenayah.
TERIMA KASIH