The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pro, 2023-03-19 02:26:35

Majalah SINAR KEJORA 2023

Edisi Januari 2023

Keywords: SINAR Januari 2023,SINAR KEJORA

1


2 PENERBIT: UNIT KOMUNIKASI KORPORAT KEJORA Edisi : Januari 2023 SIDANG REDAKSI, SINAR KEJORA PENASIHAT Pengurus Besar KEJORA KETUA PENGARANG Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) AHLI SIDANG REDAKSI ✓ Pengurus Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia ✓ Pengurus Perancangan Strategik ✓ Pengurus Hartanah ✓ Pengurus Kewangan ✓ Pengurus Pertanian & Industri Asas Tani ✓ Pengurus Pelancongan ✓ Pengurus Perancang Bandar & Desa ✓ Pengurus Teknologi Maklumat ✓ Pengurus Pembangunan Sosial & Pemajuan Desa ✓ Ketua Unit Ekonomi & Usahawan ✓ Ketua Unit Undang-Undang ✓ Ketua Unit Audit ✓ Ketua Unit Pelaburan ✓ Ketua Unit Teknikal ✓ Ketua Unit Integriti ✓ Ketua Unit Pengurusan Fasiliti ✓ Ketua Unit Komunikasi Korporat EDITOR: Mohamad Azrul bin Hj Shari Muhammad Fauzan bin Abdul Malek Nur Liyana binti Abu Ba’dah JURUFOTO: Alfie bin Alfian TENAGA SOKONGAN: Warga UKK KEJORA Sidang Editor SINAR KEJORA berhak meminda, mengubah dan menggarap manuskrip yang dihantar agar bersesuaian dengan garis panduan yang ditetapkan dan tidak mengubah isi asalnya. Semua manuskrip ini boleh digunapakai oleh pihak yang diberikan kebenaran untuk masamasa akan datang. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan atau komentar, suratmenyurat, rencana dan ulasan ke meja Sidang Redaksi atau email ke: [email protected] Sebarang pertanyaan hendaklah di alamatkan kepada: SINAR KEJORA Lembaga Kemajuan Johor Tenggara, Bangunan Ibu Pejabat Kejora, Jalan Dato’ Haji Hassan Yunus, 81930 Bandar Penawar, Johor. Tel. : 07-884 3000 (30 Talian) Faks : 07-822 1600


3 PROGRAM MAJESTIC JOHOR CLEAN, PANTAI TANJUNG BULOH, DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR AHAD - 1 Januari 2023 - Program Majestic Johor Clean Peringkat Daerah Kota Tinggi telah diadakan di Pantai Tanjung Buloh, Sedili Kechil, Kota Tinggi, Johor. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor YB Cik. Norlizah binti Noh. Turut hadir di dalam program ini ialah Pegawai Daerah Kota Tinggi, YB Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Daerah Kota Tinggi, YDP Majlis Daerah Kota Tinggi, YDP Majlis Perbandaran Pengerang, KetuaKetua Jabatan Daerah Kota Tinggi dan ramai lagi. Program Majestic Johor Clean adalah merupakan satu inisiatif daripada Tourism Johor dalam memastikan tempat-tempat pelancongan berada dalam keadaan bersih sekaligus mempromosikan kawasan pelancongan di Negeri Johor. Selaras dengan program ini juga, Pantai Tanjung Buloh dibuka semula kepada umum bermula pada hari ini. KEJORA juga turut serta memberikan khidmat bakti membersihkan kawasan Pantai Tanjung Buloh ini.


4 INGATLAH "Kita jangan hanya menikmati alam ini, tetapi, sama-samalah untuk menjaganya"


5 MAJLIS SETULUS BUDI SERUMPUN KASIH SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS PENUBUHAN KEJORA ISNIN - 2 Januari 2023 - Majlis Setulus Budi Serumpun Kasih Sempena Sambutan Jubli Emas KEJORA telah berlangsung di Lotus Ballroom Desaru. Pengurus Besar KEJORA, YBhg. Dato' Hj. Mohd Rusdi bin Mohd Darus di dalam ucapannya menyatakan bahawa semua anggota KEJORA perlu bekerja secara teamwork dan bukan secara silo. Beliau menambah, KEJORA kini telah memasuki era KEJORA 2.0 dengan beberapa perkara yang perlu dilihat secara terperinci antaranya digitalisasi Wilayah KEJORA, pelancongan bersepadu, sasaran 50 usahawan mencapai jualan RM1juta setahun, pembinaan rumah & Infrastruktur, pertanian berteknologi tinggi dan pembangunan modal insan luar bandar yang unggul selaras dengan slogan 50 tahun KEJORA iaitu Peneraju Teras Pembangunan. Majlis ini diadakan bagi memberikan penghargaan kepada semua anggota KEJORA yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan Karnival Sambutan Jubli Emas KEJORA yang lepas.


6 "Hidup ini adalah perjuangan, saat kamu sudah mencapai di puncak sebuah gunung, maka akan ada gunung yang lebih tinggi untuk kamu takluki"- Dennis G.Zill


7 PENYERAHAN SATU UNIT MESIN PELLET MAKANAN TERNAKAN DI BAWAH PROGRAM SKIM PEMBIAYAAN EKONOMI PERTANIAN (SPEP) SIRI 2 TAHUN 2022 ISNIN - 9 Januari 2023 - Pihak KEJORA telah menyerahkan satu (1) unit mesin pellet kepada Koperasi Wawasan Tuan Seh Tanjung Sedili Kota Tinggi Berhad (KOTS) bagi projek ternakan kambing di Kampung Tuan Seh, Sedili, Kota Tinggi, Johor. Penyerahan ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA, En. Daud bin Abd. Rahman kepada Pengerusi Koperasi Wawasan Tuan Seh Tg. Sedili Kota Tinggi Berhad (KOTS) En. Dani bin Md Yusof. Turut hadir adalah Cik Siti Fazueri binti Radzali, Pengurus Pertanian dan Industri Asas Tani, Ahli Lembaga Koperasi serta pegawai KEJORA. Dengan peruntukan pembelian mesin sebanyak RM18,850.00, pelaksanaan program SPEP ini adalah bertujuan membantu usahawan tani di Wilayah KEJORA melaksanakan projekprojek pertanian sedia ada, berdaya maju secara kecil-kecilan serta konsisten seterusnya berpotensi untuk dikembangkan bagi tujuan pengeluaran hasil tani yang lebih baik dan berskala besar. Semoga, program SPEP ini menjadi asbab, perusahaan ternakan kambing yang diusahakan oleh KOTS akan terus maju jaya.


8 SEMBANG SANTAI KKDW BERSAMA MEDIA Sesi sembang santai Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama media telah berlangsung pada petang 11 Januari 2023 di Atmosp here 360, Menara Kuala Lumpur. Sesi sembang santai ini diadakan sebagai penghargaan kepada pihak media yang sentiasa memberi sokongan padu tanpa jemu terutama dalam menghebahkan program dan inisiatif berkaitan pembangunan dan usaha dalam melonjakkan kemajuan desa. Turut hadir didalam program ini ialah Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YB Datuk Hjh. Rubiah binti Hj. Wang, Ketua Setiausaha KKDW, YBhg. Dato' Sri Ramlan bin Harun serta Pengurusan Kanan KKDW. Pengurus Besar KEJORA, YBhg. Dato' Hj. Mohd Rusdi bin Mohd Darus juga tidak ketinggalan untuk sama -sama beramah mesra dengan pengamal media dalam program ini.


9 LAWATAN TAPAK KE PULAU TANJUNG SURAT, KOTA TINGGI UNTUK PROGRAM “KEMBARA KEJORA-UNVEILS ITS WONDERS 2023 PROGRAM “KEMBARA KEJORA-UNVEILS ITS WONDERS 2023” JUMAAT - 13 Januari 2023 - Bahagian Pelancongan KEJORA telah menerima lawatan dari delegasi Tourism Malaysia Wilayah Selatan bagi tinjauan awal program Kembara KEJORA-Unveils its Wonder 2023. Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Selatan, Encik Muhamad Nasir Pahmi telah hadir bersama beberapa orang pegawai bagi meninjau dan melihat lokasi yang akan dilawat oleh pengamal media nanti. Tahniah kepada Bahagian Pelancongan KEJORA yang telah mula mempromosikan pelancongan luar bandar Wilayah KEJORA serta mewujudkan kolaborasi strategik bersama Tourism Malaysia dan pengamal media di Malaysia.


10


11 LAWATAN KERJA YB DATUK HAJAH RUBIAH BINTI HAJI WANG, TIMBALAN MENTERI KEMAJUAN DESA & WILAYAH (KKDW) KE KEJORA Pada 16 hingga 17 Januari 2023, Timbalan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW), YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang telah mengadakan lawatan kerja ke KEJORA. Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat pembangunan KEJORA oleh Pengurus Besar KEJORA, YBhg. Dato' Hj. Mohd Rusdi bin Mohd Darus kepada semua delegasi yang merangkumi keseluruhan pencapaian KEJORA, fungsi, visi, misi serta hala tuju KEJORA. Seterusnya, YB Datuk Hajah Rubiah bin Haji Wang telah beramah mesra dengan semua anggota KEJORA termasuk ketua-ketua agensi KKDW Negeri Johor di dalam majlis amanat serta perhimpunan bulanan KEJORA. Di dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa KEJORA telah berjaya membangunkan Wilayah Johor Tenggara dengan segala kelengkapan dan infrastruktur termasuk pembangunan pelancongan, pertanian, ekonomi dan sahsiah penduduk.


12 Di dalam majlis ini juga, YB Datuk Timbalan Menteri telah menyampaikan sumbangan kepada 8 mahasiswa Program KEJORA Bakti Siswa, 5 penerima Skim Bantuan Modal Niaga KEJORA (SBMN) dan 5 penerima Program Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian KEJORA (SPEP). Didalam lawatan kali pertama ini, kesemua delegasi telah dibawa melawat dan diberikan taklimat di setiap lokasi lawatan yang merangkumi beberapa tempat iaitu:- 1. Bayu Balau Beach Resort 2. Kampung Tersusun Nelayan Tanjung Balau 3. Chalet Bayu Balau 4. Tapak MTB & Xtreme Park Tanjung Balau 5. Promenade Tanjung Balau 6. Muzium Nelayan Tanjung Balau 7. Perumahan Tersusun Tuan Seh 8. Ladang Koperasi Wawasan Tuan Seh 9. Teratak Penawar 10.Taman Penawar Harmoni 11.Projek Pembangunan Smart Auto KEJORA Tujuan lawatan ini adalah bagi mendapatkan gambaran sebenar pembangunan beberapa projek KEJORA terutama pembangunan Rumah Mampu Milik dan pembangunan lain. Turut serta dalam lawatan kerja ini adalah Setiausaha Bahagian Penyelarasan & Pemantauan KKDW, Dato' Afandi bin Nordin, Pengarah PKN Johor, En. Khairudin bin Abdullah, Wakil Bahagian Tanah & Wilayah KKDW, Pengurusan Kanan KEJORA serta deligasi KKDW yang lain. Terima kasih YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang atas kesudian mengadakan lawatan kerja ke KEJORA.


13 SEMINAR PECUTAN AKHIR SPM SIRI 1 WILAYAH KEJORA TAHUN 2023 RABU - 18 Januari 2023 – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah melaksanakan Seminar Pecutan Akhir SPM Siri 1 Wilayah KEJORA Tahun 2023 dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPN Johor) , Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Kluang dan Kulai di Dewan Besar Kolej Profesional Mara, Bandar Penawar. Program seminar ini merupakan program lanjutan Program Pintar@MyGuru 2022 yang melibatkan 1000 orang pelajar dengan pecahan 500 orang pelajar Tingkatan 5 dari Sekolah Menengah dan 500 orang pelajar Darjah 6 dari Sekolah Rendah di dalam Wilayah KEJORA yang terdiri daripada kalangan KIR Miskin Tegar/ Miskin dan B40. Pelaksanaan seminar siri 1 ini dilaksanakan dengan pengisian subjek Bahasa Inggeris dan Sejarah. Pelajar-pelajar ini didedahkan dengan teknik menjawab soalan serta modul ulang kaji yang efektif. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA, En. Daud bin Abd Rahman. Turut hadir adalah Encik Noor Azam bin Yusoff; Timbalan PPD Sektor Pembangunan PPD Kota Tinggi, Encik Mohd Khairulnisa Bin Nashuri; Pegawai SISC + TVET PPD Kulai, Encik Hazawi bin Raya, Penolong Pegawai Pendidikan Pemulihan PPD Kluang serta guru-guru pengiring di 18 buah sekolah Wilayah KEJORA. Semoga pelajar-pelajar ini mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2023.


14 LAWATAN KERJA PROGRAM KEUSAHAWANAN KEJORA BERSAMA GEMBOX Dalam merancang,mengurus dan melaksanakan pembangunan luar bandar di wilayah KEJORA, aktivitiaktiviti berteraskan pembangunan ekonomi dan keusahawanan menjadi teras dan fokus pengurusan KEJORA di dalam memastikan kesenjangan ekonomi luar bandar dan di bandar dapat diseimbangkan. Pada 19 Januari 2023, lawatan kerja KEJORA melalui Unit Ekonomi dan Usahawan bersama pihak Gembox telah diadakan bagi melihat peluang dan ruang yang boleh dikongsikan kepada usahawan yang berdaftar di Wilayah KEJORA yang mana Gembox @ Nilai merupakan satu projek “Wow Malaysia’’ bagi destinasi pelancongan di Negeri Sembilan. KEJORA berasa berbangga apabila usahawan bimbingan KEJORA telahpun mengambil peluang untuk berniaga, mengembangkan sayap perniagaan serta mempromosi produk mereka di sini. Wakil KEJORA turut diberikan taklimat berkaitan dengan pengoperasian GEMBOX yang diketuai oleh En Kevin Tan (Timbalan Pengurus Besar Gembox) bersama En Edwin Liet (Senior Operation Manager). Manakala pihak KEJORA telah diketui oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) En Daud bin Abd Rahman serta pegawai dari Unit Ekonomi dan Usahawan, Unit Pengurusan Fasiliti, Bahagian Pelancongan, Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa, Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani serta turut bersama adalah wakil daripada Persatuan Peniaga dan Usahawan KEJORA (PuPUK).


15 MAJLIS APRESIASI SK BANDAR PENAWAR SABTU - 28 Januari 2023 - Majlis Apresiasi Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar bagi sesi 2022/2023 telah diadakan di Dewan KEJORA, Bandar Penawar. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengurus Besar KEJORA, YBhg. Dato’ Hj Mohd Rusdi bin Mohd Darus. Turut hadir adalah Guru Besar SKBP, Tuan Haji Kamaruddin bin Asraf dan YDP PIBG SKBP En. Mohd Juisyani bin Mohd Isa, serta ibu bapa murid-murid tahun 6. Program ini dilaksanakan adalah bagi meraikan pelajar-pelajar tahun 6 iaitu seramai 117 orang yang akan menamatkan pembelajaran di peringkat sekolah rendah. Tahniah diucapkan kepada murid tahun 6 SKBP. Seluruh Warga KEJORA mengucapkan tahniah dan teruskan pembelajaran hingga ke peringkat yang lebih tinggi. "Tuntutlah ilmu, walaupun ianya sebesar zarah, kerana tanpa ilmu, hidup ini akan menjadi sia-sia”


16 KUNJUNGAN PRIHATIN KEJORA KE ATAS MANGSA BANJIR WILAYAH KEJORA; LEBIH 300 KIT BANJIR DIEDARKAN KEPADA KETUA ISI KELUARGA 26 Januari - Wilayah KEJORA – KEJORA telah telah menyerahkan sumbangan Kit Bantuan Banjir di dalam Wilayah KEJORA yang merangkumi Daerah Kota Tinggi dan Daerah Kluang. Antara kampung yang terkesan dengan banjir pada kali ini adalah:- A. Daerah Kota Tinggi 1. Taman Desaru Utama, Bandar Penawar 2. Kg. Tg. Serindit - PPS Dewan Kg. Muhibbah, Tg. Serindit 3. Kg Gembut, Sedili - PPS Dewan Sek Keb Kg. Gembut, Sedili 4. Kg. Simpang, Sedili - PPS Sek Keb Kg. Teluk Intan Lesung, Sedili 5. Kg. Semanggar Dalam/Luar - PPS Sek. Keb. Semanggar, Kg. Semanggar B. Daerah Kluang 1. Kg. Batu 4, Paloh, Kluang - PPS Balairaya Kg. Batu 4, Paloh, Kluang 2. Kg. Sri Lalang, Batu 6, Kluang - PPS Dewan Kg. Sri Lalang, Batu 6, Kluang 3. Kg. Contoh Kahang - PPS Sek Men Keb Kg. Contoh Kahang


17


18 KOMUNITI JORAK PANCHOR TAHUN 2023 27 - 28 JANUARI 2023 | JORAK PANCHOR, MUAR JOHOR KEJORA melalui Unit Ekonomi & Usahawan (UEU) telah mengadakan program Bazar Komuniti Jorak Panchor bermula pada 27 hingga 28 Januari 2023 di Panchor, Muar, Johor bersempena dengan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung atau lebih dikenali sebagai PROSPEK. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Muar, YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Kiyai Haji Shamsudin. Dalam ucapannya beliau menyatakan hasrat bahawa, penduduk di Mukim Jorak Panchor Muar hendaklah mengambil peluang dan ruang dengan keberadaan dan pembangunan Hub Pendidikan Pagoh dengan memastikan anakanak diberikan pendidikan yang sewajarnya. Selain itu juga, beliau mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) yang telah membantu membangunkan ekonomi penduduk kampung Mukim Jorak Panchor dengan memberi kelulusan program PROSPEK melalui KEJORA.


19 Antara program/aktiviti yang dijalankan sepanjang 2 hari ini termasuklah 'Telematch' persahabatan perlawanan bola sepak dan batu seremban di antara agensi dan jabatan di Pagoh termasuk KEJORA menentang pilihan Mukim Jorak Panchor. Manakala di sebelah pagi telah diadakan acara 'Fun Ride', mewarna kanak-kanak, pertandingan dam aji, pertandingan PUBG, taklimat & pembelajaran batik 'Tie & Dye' bersama jahitan kreatif. Selain itu juga, turut diadakan adalah pertandingan memasak daging arnab yang mana ternakan arnab adalah merupakan ternakan yang diusahakan di dalam program PROSPEK Mukim Panchor. Turut diadakan adalah pelbagai jualan seperti Nasi Lemak Bungkus Bakar, Satay Arnab, minuman dan makanan disamping pelbagai jualan hasil dari usahawan Mukim Jorak Panchor. Turut hadir di dalam majlis perasmian adalah Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA, En. Daud bin Abd Rahman, Wakil Majlis Perbandaran Muar, En. Mohd Hairul Hafiz bin Ismail, wakil gensi dan jabatan di kawasan Pagoh, Penghulu-Penghulu Mukim Daerah Muar, Pengurusan KEJORA serta penduduk kampung. Pada malam perasmian juga telah diadakan majlis cabutan nombor bertuah yang menawarkan hadiah berupa barangan elektrik dan pelbagai hadiah sampingan. Tahniah kepada semua peserta PROSPEK Jorak Panchor. Semoga usaha ini dapat membantu usahawan dan koperasi serta peserta PROSPEK Jorak Panchor dalam mempromosikan jualan mereka serta mendapat pendedahan mengenai program serta kerjasama yang boleh dibuat bagi meningkatkan jualan usahawan.


20 Mutiara Jumaat


Click to View FlipBook Version