Buku Pandua22n 02
PENGURUSAN
SEKOLAH
SK INDERA SHAHBANDAR
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) 2.0
09-4251211 09-4251212 [email protected]
KANDUNGAN MUKA SURAT
1
BIL PERKARA
1 Kata Aluan 2–3
2 Rukun Negara & Falsafah Pendidikan Kebangsaan 4–5
3 Visi dan Misi KPM
4 Lagu Sekolah 6
5 Logo Sekolah dan Pengertian 7
6 Profil Sekolah 8
7 Pelan Kedudukan Sekolah 9
8 Pelan Sekolah dan Kawad Kebakaran 10
9 Fokus Sekolah 11 – 12
10 Piagam Pelanggan 13
11 Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) 14 – 16
12 Panduan Am 17 – 23
13 Pengurusan dan Pentadbiran 24 – 32
14 Pembelajaran Berkualiti 33 – 34
15 Standard Kualiti Pengurusan Panitia 35 – 37
16 Faktor-faktor Peningkatan Akademik 38
17 Bidang Tugas Guru 39 – 43
18 Kalendar 2022 44 – 45
19 Penggal Persekolahan 2022 46
20 Daftar Hari Kelepasan AM Negeri Pahang 47
21 Minggu Persekolahan 48
22 Takwim Persekolahan Sesi 2022 49 – 62
23 Jadual Guru Bertugas 2022 63 – 65
24 Senarai Penjawatan Guru dan Kakitangan SKIS 2022 66 – 69
25 Enrolmen Murid Mengikut Kelas 70 – 71
26 Jadual Pencerapan PdPc dan Semakan Buku Tulis 2022 72 - 73
27 Carta Organisasi 74 – 75
28 Pengurusan dan Pentadbiran 76 – 81
29 Kurikulum 82 – 91
30 Hal Ehwal Murid 92 – 97
31 Kokurikulum 98 – 107
32 Program Pendidikan Khas Integrasi 108 – 112
KATA ALUAN
GURU BESAR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhat ila dan Salam Sejahtera
Segala puji-pujian hanya bagi Allah, selawat dan salam keatas junjungan
Nabi Muhammad S.A.W dan seterusnya kaum keluarganya serta para
sahabat dan para tabiin seluruhnya
Alhamdulillah, dan syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan segala
rahmat dan nikmat yang dikurniakan serta dengan izinNya, kita dapat
lagi meneruskan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita sebagai
pendidik di SK Indera Shahbandar pada tahun ini.
Syabas dan setinggi-tinggi tahniah serta jutaan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Buku Pengurusan
Sekolah SK Indera Shahbandar kerana telah berjaya menyiapkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah
untuk tahun 2022. Buku Panduan Pengurusan Sekolah ini disediakan setiap tahun adalah untuk
dijadikan rujukan dan garis panduan kepada warga sekolah untuk melaksanakan tugas yang
diamanahkan dengan berkesan. In sya Allah
Sejagat sedang mendepani VUCA iaitu menggambarkan keadaan dunia yang tidak stabil (volatility), tidak
pasti (uncertainty) rumit (complexity) dan kabur (ambiguity) disukarkan lagi dengan cabaran COVID19
pastinya merupakan cabaran besar kepada para guru dan warga sekolah untuk memastikan
kemenjadian murid yang seimbang dapat direalisasikan.
Kesemua perubahan dan cabaran pendidikan harus diterima dengan hati terbuka dan sewajarnya warga
pendidik yang menjadi peneraju serta pelaksana dapat menjalankan amanah untuk membangunkan
modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkeperibadian mulia dengan sebaik
mungkin. Situasi ini amat menuntut warga pendidik lebih prihatin, komited dan mempunyai daya
juang yang tinggi dalam mencapai sasaran-sasaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Tidak ada kepuasan yang terulung selain melihat anak-anak bangsa yang kita didik menjadi insan yang
seimbang, bukan sahaja berjaya tetapi saling menghormati, amanah, berdaya usaha dan mengamalkan
nilai hidup Islam. Saya amat yakin guru-guru dan kakitangan di sekolah ini berupaya untuk bersama-
sama merealisasikan harapan Kementerian Pendidikan Malaysia dan sekolah ke arah melahirkan modal
insan yang berkualiti.
Akhir kata, marilah kita bersama-sama mengembeling tenaga bersatu hati dalam melaksanakan amanah
yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan SK Indera Shahbandar dengan ikhlas.
SKIS - Sekolah Kemenjadian Insan Seimbang
“Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai,
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah”
ROZITA BINTI BUANG
GURU BESAR
SK INDERA SHAHBANDAR
1 | Page
RUKUN NEGARA &
FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja dan
Negara
Keluhuran Perlembagaan RUKUN Kedaulatan Undang-
NEGARA undang
Kesopanan dan Kesusilaan
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.
3 | Page
MISI KPM VISI KPMMISI DAN VISI
KPM
Pendidikan Berkualiti, Insan
Terdidik, Negara Sejahtera.
Melestarikan Sistem
Pendidikan yang Berkualiti
untuk Membangunkan Potensi
Individu bagi Memenuhi
Aspirasi Negara
5 | Page
LAGU
SEKOLAH
Indera Shahbandar
Indera Shahbandar
Nama mu masyhur ternama
Kami belajar
Tekun berusaha
Untuk maju dan jaya
Ajaran guru
Tak dipersia
Harapan Ibubapa
Menuju wawasan mulia
Membangun Malaysia
Majulah...majulah
Indera Shahbandar tercinta...
6 | Page
LOGO
SEKOLAH
PENGERTIAN LAMBANG
Buku Terbuka Atas Rehal melambangkan
penguasaan pelbagai bidang ilmu dunia dan
akhirat sebagai keutamaan
Bulatan melambangkan dunia tanpa sempadan
dan SKIS merupakan sebuah gedung ilmu dan
maklumat
PENGERTIAN WARNA
Biru melambangkan keharmonian, kedamaian dan
semangat perpaduan di antara setiap guru, murid
dan staf
Kuning melambangkan bandar DiRaja
Putih melambangkan kebersihan, kejujuran dan
amanah
7 | Page
PROFIL
SEKOLAH
SEJARAH SKIS
Detik 28 Ogos 1981 membawa cahaya pengertian yang tidak mudah dilupakan oleh
setiap individu di kedua buah perkampungan nelayan ini. Kampung-kampung tersebut
adalah Kg. Kuala Pahang dan Kg Marhum. Malah bahang cahayanya turut dirasai oleh
kampung-kampung yang berada disekitarnya.
Tarikh tersebut yang tercatat pada warkah ditandatangani sendiri oleh Dato’ Seri
Mohd Najib b. Tun Abdul Razak, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia pada masa itu.
Watikah tersebut ditujukan kepada Pengerusi Jemaah Pengurus Sekolah Kebangsaan
Kuala Pahang. Beliau bersetuju percantuman dua buah sekolah tersebut SK Kuala
Pahang dan SK Kampung Marhum di bawah satu nama iaitu Sekolah Kebangsaan
Indera Shahbandar bersempena nama gelaran keluarga beliau “Orang Kaya Indera
Shahbandar.
Bangunan yang terletak di atas tapak yang seluas 12 ekar di Kampung Marhum dalam
Mukim Kuala Pahang, kira-kira 1 kilometer dari Bandar Diraja Pekan mula menyemai
bakti pada 1 Januari 1980, Mendidik kanak-kanak dari enam kampung utama iaitu
Kampung Kuala Pahang, Kampung Marhum, Kampung Beruas, Kampung Permatang
Arang, Kampung Jalan Tegak dan Kampung Siong. Majoritinya terdiri daripada anak-
anak nelayan.
Setelah lebih dua dekad berlalu, sekolah ini mula menampakkan kecemerlangannya
berkat kepimpinan serta sokongan padu semua guru dan kakitangan yang inovatif dan
penuh iltizam, bergerak sepasukan untuk sama-sama mengukir sejarah gemilang SKIS
8 | Page
PELAN KEDUDUKAN
SEKOLAH
9 | Page
PELAN SEKOLAH & KAWAD KEBAKARAN
Pintu Masuk
Garaj Kereta A P.Jaga
DATARAN KAWAT
Garaj Kereta B DATARAN PERHIMPUNAN
BLOK PERDANA
PUSAT SUMBER SURAU PPDa B Wuduk T3
PEJABAT B.GERAKAN B.TS25 B.TS25 Tandas T2
B.SuPEP Tandas T1
KANTIN SEKOLAH Bilik Rawatan BILIK GURU B. BOSS
PPDa
Garaj basikal Pondok Ilmu B. B & K BILIK SENI 1 IK BLOK SAGA B. PS Tandas T2
BLOK ICT 1 IN 1 IS Tandas T1
MAKMAL KOMPUTER P.AKS KB 5IS BILIK KMR B. Snoezellen PRA IKHLAS
BLOK ISWARA TAMAN HERBA
3 IN 3 IK 2 IS 2 IN 2 IK Stor T2 TAMAN TAMAN
Stor T1 PRASEKTOALMAAHN
DEWAN SEKOLAH
PRA
PRA DATARAN KAWAT ` BLOK WIRA SELAH Dapur
IMTIYAZ
KELAS PENDIDIKAN KHAS KELAS INTERGRASI (PKKI) PRASEK. PRASEK.
IHSAN IMAN
Landscap PKKI
GELANGGANG BLOK EXORA
PETANQUE
BLOK WAJA T3 6IN BILIK MUZIK Stor Tandas
LAMAN KPKP
T2 3IS 4IN 4 IS Tandas T2 6 IK 6 IS 5IK 5 IN 4IK Tandas
T1 S.SUKAN K.P.KHAS B.jQAF Tandas T1 Ruang Serbaguna Bengkel KH Makmal Sains Tandas
Garaj Kereta Jalan tar Menara
C 1 Bestarinet
Petunjuk: 5. B.PS : Bilik Pengawas Sekolah
PADANG 1. P.AKS : Pusat Akses. 6. T1/2/3 : Tingkat
TEMPAT
BERKUMPUL 2. KB : Kedai Buku 7. PKI : Program Pendidikan Khas Intergrasi
3. B.DRJ : Bilik Darjah 8 K.P.KHAS : Kelas Pemulihan Khas
10 | Page 4. B.B&K : Bilik Bimbingan & Kaunseling. 9. PPDa : Pendidikan Pencegahan Dadah
10 B.Gerakan
11 B. KSSR
FOKUS
SEKOLAH
01 PEMBINAAN SAHSIAH YANG BERKUALITI - FOKUS MURID
• Satu konsep bagi merealisasikan amalan/budaya Islam dan nilai-nilai murni seperti yang
digariskan melalui Falsafah Pendidikan Negara/Kebangsaan.
• Menjadikan Musalla Sekolah sebagai pusat tarbiah pendidikan.
• Menggalakkan murid-murid solat Fardu secara berjemaah sebelum menjalankan aktiviti
kokurikulum atau lain-lain kegiatan
• Melatih murid-murid membaca, menghafal dan mengamalkan doa-doa harian
• Melatihkan murid-murid mengamalkan budaya memberi salam dan lain-lain nilai murni
BERKAT – FOKUS GURU-GURU DAN STAF SOKONGAN 02
• Pendekatan kerja secara kolaboratif
• Bekerja dengan ikhlas, amanah dan ceria demi mencari keredaan Allah
• Mewujudkan suasana permuafakatan bekerja, bertukar-tukar fikiran atau
pendapat berkonsepkan "Berat Sama Dipikul dan Ringan Sama Dijinjing“
• Menghormati rakan sekerja dan menjaga nama baik organisasi
• Bersatu hati dan tenaga dalam menjayakan program-program sekolah
• Mewujudkan suasana kerja yang kreatif dan inovatif
SEPAKAT - FOKUS PIBG DAN IBU BAPA
03
• Menanam sikap bantu membantu di antara ibu bapa, guru-guru dan masyarakat setempat
• Mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan ibu bapa bertujuan meningkatkan
prestasi akademik dan mengatasi lain-lain masalah
• Merealisasikan konsep ‘Anak-Anak Adalah Tanggungjawab Kita Bersama’
• Mengadakan program motivasi kepada ibu bapa
• Mengadakan program mendekatkan ibu bapa dan masyarakat setempat dengan sekolah
• Mengadakan program ‘Kunjungan Mesra’ di antara guru dengan ibu bapa
• Mewujudkan hubungan baik di antara sekolah dengan gensi-agensi luar
11 | Page
FOKUS
SEKOLAH
KECEMERLANGAN AKADEMIK (KURIKULUM) 01
• Memastikan pencapaian PBD akan terus meningkat dari tahun ke tahun
• Mempertingkatkan bilangan murid yang berkualiti dalam PBD
• Memberi pendedahan dan pendekatan awal kepada murid-murid tentang
pentingnya menguasai kemahiran untuk kecemerlangan
• Memupuk semangat dan budaya suka membaca dikalangan murid-murid
• Mempastikan semua murid dapat menguasai kemahiran asas 3M
• Mengamalkan konsep pengayaan dan pemulihan bagi mempastikan setiap
murid dapat mengembangkan potensi diri
02 KECEMERLANGAN INSAN (HEM)
•Mempastikan murid-murid melaksana dan menyempurnakan semua kewajipan dan
tanggungjawab sebagai seorang pelajar
•@ tanggungjawab kepada keluarga
•@ tanggungjawab kepada sekolah
•@ tanggungjawab kepada guru
•@ tanggungjawab kepada pelajaran
•@ tanggungjawab kepada aktiviti kokurikulum
•@ tanggungjawab kepada rakan-rakan
•@ tanggungjawab kepada masyarakat dan Negara
•Mempastikan murid-murid mengamalkan ciri-ciri disiplin yang baik
•Membentuk sahsiah diri murid-murid supaya menjadi anak yang soleh
•Mewujudkan suasana mesra, ceria, berilmu dan beramal
•Menanamkan sikap suka bekerjasama dan bergotong-royong sesama mereka
KECEMERLANGAN AKADEMIK (KURIKULUM)
• Membentuk kecergasan mental dan fizikal murid melalui aktiviti kokurikulum 03
• Mewujudkan semangat kesukanan yang sihat dan ukhwah
• Memupuk cara berfikir dan cara bersosial yang betul melalui aktiviti persatuan
• Mempertingkatkan daya ketahanan diri murid dalam menghadapi pelbagai
situasi
• Memahamkan murid-murid supaya dapat menghargai nilai-nilai kebudayaan
dan bakal yang ada pada diri sendiri
04 KECERIAAN SEKOLAH
• Mewujudkan iklim persekolahan yang kondusif
• Menjaga kebersihan dan kecantikan sekolah
• Mewujudkan medan rehat di sekitar sekolah
• Memupuk semangat bekerjasama dan bertanggungjawab terhadap sekolah
• Merealisasikan konsep ‘Sekolahku Rumahku
• Menjadikan sekolah sebagai pusat maklumat dan ilmu kepada proses
Pengajaran dan Pembelajaran
12 | Page
PIAGAM
PELANGGAN
13 | Page
sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan APA ITU
Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan
sekolah berkualiti. TS25?
• Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan MELAHIRKAN
• Disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan MODAL INSAN
• Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi. UNGGULMELALUI :
• Komitmen komuniti yang padu
• Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik; OBJEKTIF
• Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang
TS25?
komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi
serta pembimbing kepimpinan
• Membangunkan persekitaran pembelajaran yang
berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.
• Memantapkan kepimpinan sekolah TERAS
• Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi
TS25?
peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran
• Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak
berkepentingan demi kejayaan murid
15 | Page
Persekitaran pembelajaran yang
menyeronokkan
Penglibatan pembelajaran murid yang aktif
lagi bermakna
Disokong kepimpinan yang berkualiti serta
berwawasan
Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
Komitmen komuniti yang padu.
16 | Page
PANDUAN AM
1. Arahan Am
1.1 Selaku pegawai kerajaan, warga SKIS adalah tertakluk kepada segala arahan yang
terdapat dalam Perintah AM Kerajaan. Oleh itu semua warga SKIS hendaklah
memahami dan mematuhi Perintah AM tersebut.
1.2 Semua warga SKIS dikehendaki membaca, memahami dan boleh mentafsir dengan
tepat akan kanduagan Perintah Am dan arahan perkhidmatan lain.
1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan
atau sumber mata pencarian semata-mata.
1.4 Semua warga SKIS dikehendaki mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
Perkhidmatan Cemerlang
1.5 Guru hendaklah sentiasa mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan
Kebangsaan
1.6 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam
menjalankan tugas dan tanggungjawab
1.7 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah
dan menjaga harta benda sekolah
1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap
menjalankan tugas
2. Kedatangan
2.1 Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah
2.2 Guru hendaklah berada di kawasan sekolah sekurang-kurangnya 20 minit sebelum
waktu belajar dan merekod kehadiran menggunakan kad perakam waktu semasa
sampai dan waktu pulang dari sekolah
2.3 Guru yang tidak hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberi kenyataan dan
sebab-sebab yang wajar kepada pihak sekolah dengan kadar segera
2.4 Semua bentuk urusan peribadi hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam
keadaan kecemasan
3. Keluar Waktu Mengajar
3.1 Guru tidak dibenar untuk meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu mengajar
kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan
Pendidikan / Pejabat Pendidikan Daerah dengan mendapat kebenaran daripada Guru
Besar
3.2 Guru hendaklah mengisi borang kebenaran keluar selaras dengan arahan Perintah Am 5
Bab G. Kelulusan atau kebenaran daripada Guru Besar atau Pegawai Penyelia perlu
diperolehi sebelum keluar
3.3 Selaras dengan dasar Melindungi Masa Instruksional (MMI), bahan PdPc untuk murid
perlu disediakan dan diserahkan kepada Guru Bertugas Mingguan atau Guru Penolong
Kanan untuk digunakan oleh guru lain yang mengganti kelas yang ditinggalkan
4. Cuti Cuti Rehat / Cuti Penggal
4.1 Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046 SJ/A/(30) bertarikh 24 Disember 1993,
guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat.
Namun begitu guru boleh dipanggil untuk bertugas oleh Guru Besar tidak lebih
daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian selain
daripada tugas mengajar.
18 | Page
PANDUAN AM
4.2 Cuti Sakit
4.2.1 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi 2 hari berturut-
turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan
4.2.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari
dalam setahun
4.2.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari dalam setahun sama ada berterusan atau putus-
putus akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian
Pendidikan untuk menentukan pembayaran gaji.
4.3 Cuti Tanpa Gaji
4.3.1 Berdasarkan Perintah Am Bab Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab-sebab
persendirian yang mustahak
4.3.2 Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi
tidak lebih 180 hari
4.3.3 Kelayakn Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negara hanya boleh diambil sekali
dalam masa 4 tahun
4.3.4 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar
ke Jabatan Pendidikan Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti
4.4 Cuti Sambilan
4.4.1 Cuti Sambilan ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja
4.4.2 Cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab kecemasan
dan upacara keagamaan bagi tempoh tujuh hari dalam setahun
4.5 Cuti Keluar Negera
Semua guru yang hendak bercuti keluar negara mesti mendapat kelulusan dari Jabatan
Pendidikan Negeri. Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah sampai ke
Jabatan Pendidikan Negeri selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.
4.6 Setiap kakitangan dan guru layak untuk mendapatkan cuti tetepi menjadi hak Guru Besar
/ Jabatan Pendidikan Negeri / Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meluluskannya.
5. Pakaian
5.1 Guru hendaklah berpakaian kemas sesuai dengan profession keguruan dan masyarakat
timur.
5.2 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan
5.3 Guru lelaki hendaklah mempunyai potongan rambut yang kemas dan sesuai
5.4 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani hendaklah memakai pakaian yang sesuai
5.4.1 Guru PJ perempuan : Seluar trek / panjang yang sesuai, kemeja T/ sukan, baju
trek, kasut sukan atau getah tanpa tumit
5.4.2 Guru PJ lelaki : seluar pendek, seluar trek atau seluar panjang yang sesuai,
kemeja T/sukan, baju trek atau jersi, kasut getah tanpa tumit.
19 | Page
PANDUAN AM
6. Perhubungan Sesama Guru
6.1 Guru sewajarnya membentuk hubungan peribadi dan professional yang baik
dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka di samping
berusaha mewujudkan perasaan kekitaan.
6.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman/
pendapat kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan sekolah lain.
6.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kaum, status sosial
ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di
sekolah
7. Bilik Guru
7.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua
guru. Ini termasuk keselamatan harta benda dalam bilik guru.
7.2 Guru boleh berada di dalam bilik guru semasa tidak mengajar di dalam kelas.
Waktu tersebut di anggap sebagai ‘non teaching period’ bukannya ‘free period’.
Waktu tersebut hendaklah digunakan untuk melakukan perkara- perkara yang
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.
7.3 Guru tidak digalakkan untuk membawa pelajar ke dalam bilik guru
7.4 Guru yang berada di bilik guru hendaklah bersama-sama bertanggungjawab
memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-
mana pihak.
8. Perjawatan dan Pengajaran
8.1 Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka hendaklah
berurusan dengan Pembantu Tdabir atau Guru Besar
8.2 Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran, hendaklah berurusan
dengan Ketua Panitia, Guru Kanan atau Guru Penolong Kanan
9. Tugas Setiap tugasan dalam bidang Kurikulum, Kokurikulum dan pentadbiran hendaklah
9.1 dilaksanakan dengan dedikasi, cekap dan beramanah.
9.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas seseorang guru mestilah
bertanggungjawab sepenuhnya ke atas arahan tersebut. Guru yang ditugaskan
9.3 tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Guru Besar.
Guru boleh dan digalakkan untuk meminta kerjsama atau bantuan daripada
guru lain untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.
10. Buku Rekod Mengajar
10.1 Setiap guru bertanggungjawab ke atas keselamatan buku Rekod Mengajar. Segala
maklumat hendaklah dilengkapkan dengan kemas dan betul. Buku ini hendaklah
diserahkan ke pejabat pada hari Jumaat untuk tujuan semakan.
10.2 Jika seseorang guru itu bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada
Guru Penolong Kanan
10.3 Buku Rekod Mengajar diserahkan ke Pejabat pada hari terakhir tahun
persekolahan.
20 | Page
PANDUAN AM
11. Jadual Waktu
11.1 Guru Kelas hendaklah menyediakan satu Salinan Jadual Waktu untuk
dipamerkan dalam kelas
11.2 Jadual Waktu tidak boleh dipinda tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu
12. Jadual Kedatangan Pelajar
12.1 Guru Kelas bertanggungjawab untuk melengkapi setiap maklumat yang
diperlukan di dalam Buku Kedatangan Pelajar. Segala arahan dan kehendak-
kehendan mengenainya tercetak di bahagian kulit hadapan buku tersebut.
12.2 Jadual Kedatangan Pelajar hendaklah diurus dengan kemas, teratur dan
ditandai pada setiap hari persekolahan oleh guru kelas. Guru penyelaras
kelas/guru bertugas mingguan akan bertanggungjawab sepenuhnya pada hari-
hari guru kelas tidak dapat hadir ke sekolah.
12.3 Jadual Kedatangan Pelajar hendaklah sentiasa dikembalikan ke pejabat selepas
diuruskan.
12.4 Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau selang seli dalam satu
minggu hendaklah dimaklumkan kepada ibu bapa / penjaga murid jika tidak ada
sebarang keterangan bertulis / lisan.
12.5 Analisis hendaklah dibuat pada setiap hari akhir bulan persekolahn dan
disahkan oleh Guru Penolong Kanan HEM
12.6 Jadual Kedatangan Pelajar tidak dibenarkan di bawa pulang ke rumah atau keluar
dari sekolah kecuali bagi urusan audit
13. Kebersihan
13.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Guru kelas
hendaklah menyediakan jadual giliran bertugas pelajar untuk menjaga
kebersihan kelas. Segala alatan pembersihan hendaklah digunakan dengan cara
yang betul dan disimpan di tempat yang selamat.
13.2 Guru-guru yang disediakan bilik-bilik khas untuk pengajaran dan pembelajaran
atau pengurusan adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan dan
kebersihan bilik tersebut.
13.3 Kebersihan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan pelajar.
14. Surat Menyurat
14.1 Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui Guru Besar untuk disampaikan
kepada pihak berkenaan
15. Surat yang diterima
15.1 Semua surat yang dialamatkan kepada sekolah / Guru Besar hanya boleh dibuka
oleh Guru Besar. Dalam keadaan tertentu kakitangan / guru yang diarahkan
membuka surat adalah dibenarkan.
15.2 Surat yang ditujukan atas nama peribadi adalah menjadi hak pemiliknya untuk
membukanya.
15.3 Jika surat itu ditujukan kepada guru dengan dinyatakan melalui salinan kepada
Guru Besar, surat itu bolehlah disimpan sendiri setelah tindakan diambil.
21 | Page
PANDUAN AM
15.4 Jika surat itu ditujukan kepada Guru Besar tetapi untuk tindakan guru yang
berkenaan, maka guru itu hendaklah : -
15.4.1 Mengambil fail yang berkenaan di pejabat jika fail itu tidak ada
dalam simpananya
15.4.2 Mengambil tindakan yang sewajarnya
15.4.3 Memulangkan semula fail tersebut ke pajabat
16. Membeli barang
16.1 Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan
menggunakan “borang nota minta” yang disediakan di pejabat.
16.2 Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia / Guru Kanan
/ Guru Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Guru Besar.
16.3 Semua pesanan mestilah dibuat melalui Pesanan Tempatan.
16.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan
dalam buku stok dengan kemas.
17. Pelawat Semua pelawat dimestikan berjumpa dengan Guru Besar terlebih dahulu. Guru
17.1 tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil atau penjual-penjual kecuali
dengan kebenaran Guru Besar
18. Kegiatan Kokurikulum
18.1 Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas
ini hendaklah dilaksanakan dengan cekap dan teratur
19. Perhimpunan Sekolah
19.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa-masa
dan hari-hari yang ditetapkan.
19.2 Guru lelaki dikehendaki memakai tali leher dan baju kemeja berlengan
panjang.
19.3 Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang
dan Lagu Sekolah
20. Mesyuarat Guru / Perjumpaan Mingguan (KIK)
20.1 Dari masa ke semasa Guru Besar akan memanggil mesyuarat guru. Kehadiran
semua guru ke mesyuarat adalah diwajibkan
20.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Kanan / Ketua
Panitia.
21. Buku Stok / Inventori
21.1 Guru Kanan / Ketua Panitia bertanggungjawab mengurus buku stok /
inventori dan memastikan maklumat dicatat dengan tepat, lengkap dan
dikemaskini dalam jangka waktu yang ditetapkan. Buku ini dari masa ke semasa
akan disemak oleh Guru Besar.
22. Tanda Nama
22.1 Semua guru dan kakitangan hendaklah memakai tanda nama pada hari
persekolahan, majlis rasmi di sekolah dan di luar sekolah.
22 | Page
PANDUAN AM
23. Keahlian Kelab Guru dan Kakitangan (PSKPP)
23.1 Semua guru secara automatic menjadi ahli kelab guru dan kakitangan sekolah
23.1 Jumlah yuran kelab tertakluk kepada keputusan mesyuarat
24. Penggunaan Alatan
24.1 Penggunaan alatan hendaklaj betul serta mengikut peraturan
24.2 Mesti mendapat kebenaran daripada Ketua-Ketua Bahagian atau Penjaga Stok
24.3 Memulangkan peralatan yang telah digunakan dengan segera dalam keadaan
baik setelah selesai digunakan
24.4 Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera sebelum, semasa atau
selepas digunakan
25. Arahan dan Pekeliling
25.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah dibaca
dengan teliti dan dipatuhi
25.2 Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, adalah menjadi tanggungjawab
sendiri untuk menyimpannya.
25.3 Sekiranya pekeliling itu daripada Kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri atau
Pejabat Pendidikan Daerah, guru hendaklah mengembalikan ke pejabar sekolah
setelah di ambil tindakan.
26. Kunci Semua kunci sekolah hendaklah disimpan ditempat yang disediakan di
26.1 pejabat.
Mana-mana guru yang ingin menyimpan kunci bilik-bilik tertentu hendaklah
26.2 mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar. Guru tersebut akan
bertanggungjawab terhadap bilik itu sepenuhnya
27. Acara atau Majlis Sekolah
27.1 Kehadiran semua guru dalam mana-mana majlis atau acara rasmi sekolah adalah
diwajibkan
28. Laman Web Berkaitan Urusan Sekolah
28.1 Setiap guru/ kakitangan bertanggungjawab menyimpan “ID” dan “Password”
bagi setiap aplikasi / portal dalam talian yang berkaitan dengan diri sendiri.
28.2 Bertanggungjawab untuk menyimpan dan mengemaskini maklumat diri dari
masa ke semasa berdasarkan arahan yang ditetapkan
28.3 Hanya guru yang diberikan tanggungjawab yang dibenarkan membuka, melihat dan
mengemaskini aplikasi / portal sekolah.
29. Arahan Semasa
29.1 Semua guru dan kakitangan adalah tertakluk kepada arahan tugas yang diarahkan
oleh Guru Besar / Pegawai Penyelia dari masa ke semasa.
23 | Page
MESYUARAT
KURIKULUM
01 Perkara
berbangkit
Aluan
02
Pengerusi
Majlis
05 MESYUARAT
KURIKULUM Laporan
Hal-hal Lain
Bahagian
(Perancangan/
aktiviti/ isu)
Peruntukan 03
04 Kewangan
Panduan Laporan Bahagian :
➢ Bilangan mesyuarat
➢ Laporan semakan buku ( mutu semakan, latihan, kerja murid, jumlah latihan,
pembetulan, keterlibatan murid dalam semakan, semakan kemaskini )
➢ Laporan / rumusan pencerapan ketua panitia dan rakan sejawat, jumlah
pencerapan, kekerapan, KBAT, BBM, inovasi, perkongsian idea dan tindakan susulan.
➢ Program PKKP (program baru / diterusankan / digugurkan) dan status program.
➢ Pencapaian berdasarkan standard kualiti yang ditentukan.
25 | Page
MESYUARAT
HAL EHWAL MURID
Panduan Laporan Bahagian :
➢ Bilangan mesyuarat
➢ Perancangan aktiviti, masalah dan tindakan susulan / strategi mengatasi masalah
➢ Pencapaian berdasarkan standard kualiti.
26 | Page
MESYUARAT
KOKURIKULUM
Panduan Laporan Bahagian :
➢ Bilangan mesyuarat / kekerapan aktiviti
➢ Status program / pelaksanaan perancangan, kehadiran / penyertaan dan pencapaian
➢ Masalah dan strategi
➢ Pengikhtirafan
27 | Page
MESYUARAT
KELAB & PERSATUAN
Aluan Aktiviti /
Pengerusi isu
Perkara
berbangkit
Panduan Laporan Bahagian :
➢ Minit mesyuarat / laporan hendaklah disediakan oleh murid dengan bimbingan
guru
28 | Page
MESYUARAT
PANITIA MATAPELAJARAN
Panduan secara am seperti di bawah :
➢ Mesyuarat empat kali setahun
➢ Mesyuarat terbahagi kepada dua iaitu formal dan tidak formal
➢ Mesyuarat formal – mengikut agenda seperti di atas dan boleh diubahsuai mengikut
keperluan
➢ Edaran minit :
➢ Formal – 7 hari selepas mesyuarat
➢ Tidak formal – 3 hari selepas mesyuarat
➢ Edaran dalaman : Guru Besar, semua GPK selain dari ahli
➢ Fokus utama perbincangan kedua-dua jenis mesyuarat ialah mengenai peningkatan P&P
serta latihan yang strategik dan program peningkatan prestasi
29 | Page
Panduan secara am seperti di bawah :
➢ Merancang program dan pelaksanaan serta tindakan untuk penambahbaikan dan
keberkesanannya
➢ Melibatkan aktiviti persatuan / kelab akademik untuk membantu meningkatkan
pencapaian kurikulum
➢ Melaksanakan penyemakan, penyusunan dan pengauditan BBM untuk keperluan
jangka pendek dan panjang serta berusaha menambahkan BBM dari masa ke
semasa
➢ Bertanggungjawab kepada PSS bagi membantu penggunaannya sebagai nadi
peningkatan ilmu pengetahuan
STRUKTUR PENGURUSAN DAN KERANGKA
“KUASA” (AUTHORITY)
➢ Guru Besar menentukan masa dan tanggungjawab setiap pegawai dan staf yang
mengguna, melaksana dan mengesahkan semua kerja yang mempunyai kesan ke
atas kualiti.
➢ Tugas dan tanggungjawab personal adalah seperti yang dinyatakan dalam prosedur
kualiti.
➢ Masing-masing bertanggungjawab kepada bidang tugas mengikut Standard Quality
ditetapkan dan mencegah ketidakuran
Pelaksanaan : -
➢ Menyediakan carta organisasi yang jelas
➢ Merobohkan banteng birokrasi
➢ Menyediakan prosedur, standard kualiti dan carta aliran kerja yang jelas atau
sekurang-kurangnya panduan / senarai tugas dan bidang kuasa
30 | Page
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERKESAN
Pelbagai kaedah dan suasana kondusif sama ada di dalam serta di luar bilik darjah :-
➢ Sentiasa berlaku perkongsian melalui pencerapan rakan sejawat bagi mendapatkan
P&P yang berkesan dan strategic
➢ Menjadikan perbincangan tidak formal di antara guru dan staff sebagai
perbincangan professional yang berfokuskan P&P di luar dan di bilik darjah
➢ Mencadang / menyediakan pelbagai bahan bacaan / sumber bagi meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran
KAJIAN DAN PERANCANGAN
➢ Mempunyai Bank Data ( Folio A ) dan perancangan program ( Folio B )
➢ Pelaksanaan : Folio A & B lengkap, kemaskini dan digunakan sepenuhnya
PEMANTAUAN SISTEMATIK
➢ Pemantauan proses pencerapan di bilik darjah & penyeliaan aktivti di luar bilik darjah.
➢ Pemantauan input : -
➢ Penilaian kualiti peribadi guru ( sikap, pengetahuan, keupayaan, menghadapi
cabaran, kemahiran P&P, komunikasi dan kaunseling )
➢ Penilaian kualiti diri murid ( sikap terhadap sekolah, pelajaran, guru, amalan nilai-
nilai murni dan cita-cita )
31 | Page
➢ Pelaksanaan : -
➢ Menjalankan pemantauan seperti dirancang ( mengikut jadual dan keperluan
dan berterusan serta penglibatan individu / pasukan yang ditentukan )
➢ Mempunyai rekod
➢ Menyimpan alat dan maklumat kemas
➢ Melaksanakan kajian / pengesanan keperluan dan keberkesanan serta
tindakikut
➢ Menggunakan kaedah dan sumber :-
32 | Page
PEMBELAJARANIKLIM
BERKUALITIPEMBELAJARAN
A. PENEKANAN KEPADA PEMBELAJARAN BERKUALITI
KONDUSIF
HARAPAN & HALATUJU PELAJARAN
RANGKAIAN BANTUAN EFISYEN
KAEDAH PEMBELAJARAN EFEKTIF
RASA MOTIVASI DIRI PEMUAFAKATAN : TANGGUNGJAWAB SETIA DIRI :
TANGGUNGJAWAB DIUTAMAKAN BELAJAR & RISIKO : DIDIK KEMAMPUAN
PELAJAR HARUNGI CERMIN DIRI &
UNTUK BERPASUKAN DAN RISIKO
CEMERLANG KENDIRI SETIA DIRI
PEMBELAJARAN PELAJAR
33 | Page
PEMBELAJARAN
BERKUALITI
PEMBELAJARAN AMALAN PENGAJARAN
GURU MENILAI DIRI
LATIHAN KEMAHIRAN DIRI
PEMUAFAKATAN
B. PENEKANAN KEPADA PENGAJARAN
PERANCANGAN PEMUAFAKATAN
DAN PELAKSANAAN
PROGRAM & KAEDAH
PENGAJARAN
PENGURUSAN PENGAJARAN
YANG EFEKTIF
34 | Page
STANDARD KUALITI
PENGURUSAN PANITIA
FAIL PANITIA
A FAIL PENGURUSAN
B PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
C DATA & ANALISIS & JPU
D KOLEKSI SOALAN
E PERSATUAN
KANDUNGAN FAIL
FAIL Panduan pengurusan fail
A Senarai jawatankuasa
Senarai guru mengajar kelas
Takwim panitia
Surat pekeliling atau siaran dari (KPM, JPN, PPD dll)
Panggilan atau notis mesyuarat
Minit mesyuarat
Surat terima dan keluar
Perancangan aktiviti
Cadangan pembelian
35 | Page
STANDARD KUALITI
PENGURUSAN PANITIA
KANDUNGAN FAIL
FAIL Sukatan pelajaran
B Rancangan pelajaran tahunan
Rancangan pelajaran harian
Jadual waktu pencerapan & dokumen
Rekod semakan buku latihan murid
Senarai buku yang digunakan
FAIL Analisis peperiksaan
C Senarai nama murid / buta huruf 3M / intervensi / pemulihan
Jadual penentu ujian (JPU)
FAIL Soalan-soalan yang disediakan oleh panitia
D
Soalan-soalan luar (daripada sekolah, kelompok, daerah,
PSPN, negeri dan luar
FAIL Perlembagaan
E Nama penasihat dan jawatankuasa
Rancangan tahunan kelab / persatuan
Rekod pencapaian
Senarai ahli
Kehadiran ahli
36 | Page
STANDARD KUALITI
PENGURUSAN PANITIA
NOTA :
❖ Agihan tugas untuk menyelenggarakan fail
❖ Kandungan fail boleh berubah mengikut keperluan
❖ Setiap fail mengandungi kandungan minit bagi mencatat surat masuk /
keluar
❖ Surat masuk ditulis dengan dakwat merah
❖ Surat keluar ditulis dengan dakwat hitam / biru
❖ Setiap surat diberikan nombor dan ditulis di dalam bulatan
JAWATANKUASA PANITIA
✓ PENASIHAT : GURU BESAR
✓ PENGERUSI : GURU KANAN MATA PELAJARAN (dilantik)
✓ SETIAUSAHA : GURU KANAN MATA PELAJARAN
✓ AHLI : Semua guru yang mengajar mata pelajaran
tersebut
37 | Page
FAKTOR-FAKTOR
MEMPENGARUHI
PENINGKATAN AKADEMIK
1. KEPIMPINAN PENTADBIR
➢ Mengambil hati semua yang terlibat (guru, murid, penjaga)
➢ Sama-sama turun padang mengenal pasti kelemahan dan tindakan mengatasi
➢ Membimbing guru mengaplikasi kaedah P&P yang berkesan
➢ Memberikan motivasi berterusan kepada guru dan murid
➢ Menerapkan nilai-nilai murni
➢ Menunjukkan minat dan teladan menjalankan pemantauan ke atas kerja
bertulis
➢ Sentiasa berbincang dengan guru
➢ Memberi segala kemudahan yang boleh
➢ Menimbulkan suasana yang menyeronokkan
2. KOMITMEN GURU
➢ Sanggup bekerja tidak kira masa
➢ Menjadi mentor kepada semua murid tanpa mengira tahap kebolehan murid
bekerjasama dengan murid mewujudkan kelas ceria, kondusif dan informatif
➢ Menerima tanggungjawab diberikan dengan positif
3. PROGRAM SEKOLAH TERANCANG
➢ Kelas bimbingan ( sabtu )
➢ Kelas tuisyen SBT & SP Setia
➢ Program pagi ( Panitia )
➢ Program motivasi
➢ Perjumpaan bersama penjaga
➢ Bengkel kemahiran belajar
➢ Tip-tip menjawab soalan
➢ Program kecemerlangan kelompok & daerah
➢ Ujian pengesanan dan soalan-soalan luar
➢ Belajar lah Sayang – kerja rumah yang dibantu oleh penjaga
4. PENGLIBATAN PENJAGA
➢ Menggalakkan memberi sumbangan ke sekolah
➢ Membantu menceriakan bilik darjah
➢ Sentiasa berkomunikasi dengan guru yang mempunyai masalah pembelajaran
38 | Page
BIDANG TUGAS
GURU
GURU KELAS
1. Pengurusan dan Organisasi Kelas
❖ Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas,
AJK Kebersihan Kelas ( membersih papan putih dan menyapu kelas, menyusun kerusi
dan meja, membuang sampah, mengelap tingkap, menyediakan langsir dan Bungan
dalam kelas )
❖ Menentukan perkara-perkara berikut ada dalam kelas :
❖ Menentukan pendawaian elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan
selamat digunakan
❖ Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak
❖ Membimbing organisasi kelas yang dilantik untuk menjalankan tugas
❖ Mengemaskini sudut-sudut mata pelajaran di kelas dan sudut NILAM
❖ Mempastikan program NILAM dijalankan waktu rehat
❖ Mengadakan perbincangan dari masa ke semasa bersama guru yang berkaitan bagi
meningkatkan pencapaian akademik dan sesuatu masalah.
❖ Melengkapkan boring-borang berkaitan sebagaimana yang dikehendaki.
❖ Mengenalpasti dan menyediakan senarai nama murid yang tidak menguasai 3M.
2. Mengurus Jadual Kedatangan Kelas
➢ Menanda jadual kehadiran murid dan hantar selewat-lewatnya waktu kedua
➢ Mempastikan data pelajar sentiasa dikemaskini
➢ Mengambil tahu sebab pelajar tidak hadir
3. Laporan pelajar, Sijil Berhenti dan Surat Akuan
✓ Mempastikan setiap pelajar mempunyai fail peribadi, rekod profil, fail lembaran kerja
✓ Mengisi markah dan membuat laporan kemajuan akademik murid selepas penilaian
✓ Menghantar rekod profil untuk ditandatangani oleh pentadbir
✓ Menyampai rekod profil kepada penjaga untuk ditandatangani dan memastikan rekod
tersebut dikembalikan untuk simpanan
✓ Mengadakan buku komunikasi bagi setiap pelajar
4. Masalah Pembelajaran Kesihatan dan Disiplin
o Memberi galakan, motivasi dan meransangkan minat pelajar terhadap akademik
o Sentiasa prihatin terhadap masalah pelajar
o Melapor kepada GPK HEM jika terdapat murid mempunyai masalah berkaitan
o Melapor kepada Guru Bimbingan jika terdapat kes
o Melaporkan kepada guru disiplin jika terdapat murid yang melanggar disiplin
o Menulis surat amaran tidak hadir kepada penjaga murid yang ponteng sekolah
40 | Page
BIDANG TUGAS
GURU
PERATURAN BILIK DARJAH
➢ Berdiri dan memberi salam / ucap selamat kepada mana-mana guru dan tetamu yang masuk
➢ Beratur sebelum masuk ke kelas di waktu pagi, sebelum dan selepas rehat dan sebelum pulang
➢ Bertugas mengikut jadual waktu
➢ Mendapat kebenaran guru / ketua kelas untuk keluar dari kelas
➢ Elakkan keluar kelas lebih daripada seorang pada satu-satu masa
➢ Memberi penuh tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran
➢ Tidak mengganggu kawan / membuat bising
➢ Membuat kerja berfaedah / pandai menggunakan masa terluang semasa guru tiada dalam
kelas
➢ Membuat latihan kerja rumah yang diberikan oleh guru
➢ Belajar bersungguh-sungguh dan menggunakan sepenuhnya sudut bacaan yang disediakan
➢ Mematuhi peraturan dan taat setia kepada arahan yang diberikan oleh guru
➢ Pastikan semua suis lampu dan kipas ditutup sebelum keluar meninggalkan kelas
➢ Pastikan semua kerusi dimasukkan ke bawah meja apabila keluar kelas
➢ Sentiasa memastikan kelas dalam keadaan bersih dan ceria
KEPERLUAN ASAS BILIK DARJAH
➢ Papan Maklumat
➢ Jadual Waktu Kelas (Terkini)
➢ Jadual Tugas Harian Murid
➢ Senarai nama murid, TOV dan keputusan setiap penilaian
➢ Sudut-sudut mata pelajaran dan carta
➢ Gambar dan biodata murid
➢ Sudut bacaan / perpustakaan mini
➢ Fail-fail mata pelajaran murid
➢ Buku komunikasi
➢ Pelan laluan kebakaran
➢ Kalendar tahunan
➢ Kata-kata peransang
➢ Kata kunci
➢ Senarai inventori kelas
➢ Mengadakan perbincangan dari masa ke semasa dengan guru-guru yang mengajar khususnya
kelas yang berkaitan bagi meningkatkan pencapaian akademik dan mengatasi sesuatu
masalah
➢ Mengenalpasti dan menyediakan senarai murid yang tidak menguasai 3M untuk Kelas
Pemulihan / Intervensi
41 | Page
BIDANG TUGAS
GURU
JAWATANKUASA JADUAL WAKTU
❖ Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru (KG) seperti yang diperuntukkan JPNP untuk
menyusun jadual waktu
❖ Memastikan peruntukan masa mengikut pekeliling yang ditetapkan (terkini)
❖ Menentukan kesesuaian masa untuk mata pelajaran yang ditetapkan
❖ Menentukan minit mengajar setiap guru mengikut kesesuaian tahun dan opsyen serta
keseimbangan
❖ Menentukan bentuk jadual waktu yang digunakan sesuai dengan kehendak sekolah
❖ Menyimpan jadual waktu peribadi untuk rujukan
❖ Membuat jadual waktu peribadi dalam bentuk senarai untuk kemudahan membuat jadual ganti
dan pemantauan / pencerapan
❖ Bertanggungjawab membuat pengubahsuaian jadual waktu dari masa ke semasa berdasarkan
kesesuaian dan arahan pentadbir
JAWATANKUASA PEPERIKSAAN
➢ Mendapatkan salinan sijil kelahiran semua calon UPSR
➢ Membuat pendaftaran mengikut format yang ditetapkan dan dihantar ke PPD
➢ Mengurus borang-borang berkaitan
➢ Menentukan bilik peperiksaan
➢ Menyusun meja / kerusi mengikut pelan peperiksaan dan memastikan meja / kerusi yang
standard dan selesa
➢ Menyediakan pelan tempat duduk calon
➢ Menyediakan dan menampal label meja di atas meja calon (sebelah kanan)
➢ Menyediakan almari, jam dinding, kapur, pemadam, first aid (lengkap) dan bahan yang
diperlukan oleh pengawas
➢ Menyediakan papan tunjuk arah untuk digunakan semasa peperiksaan
➢ Menganalisa keputusan peperiksaan
➢ Penyelaras mesti berada dihari peperiksaan untuk memastikan kelancaran peperiksaan
PEPERIKSAAN DALAMAN
❖ Menyediakan jadual waktu peperiksaan peringkat sekolah / kelompok / daerah
❖ Menyediakan jadual penggubal soalan
❖ Mengurus, percetakan, pembahagian dan tempat simpanan kertas soalan
❖ Memastikan kesahihan soalan
❖ Memastikan kertas-kertas soalan diedar kepada pengawas peperiksaan sebelum peperiksaan
dijalankan
❖ Memastikan skema jawapan disediakan oleh panel penggubal soalan
❖ Memastikan jadual peperiksaan kertas jawapan mengikut masa yang ditetapkan
❖ Memastikan set soalan disimpan untuk Bank Soalan
❖ Memasukkan keputusan / markah ke dalam komputer dengan lengkap dan dibukukan /
difailkan untuk setiap penilaian
❖ Membuat analisa pencapaian setiap penilaian
❖ Memastikan data keputusan lengkap dicetak untuk rujukan sekolah / PPD
42 | Page
BIDANG TUGAS
GURU
PEMULIHAN
➢ Mengenal pasti dan menyenaraikan murid yang tidak menguasai 3M
➢ Memahami modul-modul berkaitan intervensi 3M
➢ Mengatur jadual waktu untuk pemulihan dikelas berkaitan
➢ Merancang aktiviti-aktiviti dan penilaian seperti yang dicadangkan oleh JPN
➢ Merancang aktiviti yang boleh dijalankan mengikut kesesuaian
➢ Menyediakan bahan-bahan yang sesuai untuk digunakan
➢ Menilai, merekod dan menyediakan laporan mengikut format yang dikehendaki oleh jabatan
➢ Membuat tindakan ikut laporan perkembangan
➢ Mengajar bersama-sama dengan guru-guru mata pelajaran sekiranya keadaan memerlukan
DATA SEKOLAH
❖ Mengemaskini semua maklumat guru dan kakitangan
❖ Memastikan enrolmen murid mengikut kelas pada setiap bulan
❖ Menyiapkan data setiap 5 haribulan setiap bulan
❖ Menyemak dengan teliti dan tepat setiap maklumat terkini yang dimasukkan sebelum
ditandatangani
❖ Menghantar data lengkap dan disket ke ppd setelah disemak dan ditandatangani oleh GPK
Pentadbiran dan Guru Besar
DATA SEKOLAH
✓ Memastikan bilangan meja dan kerusi guru mencukupi
✓ Merancang susun atur meja, kerusi dan lain-lain sesuai dan selesa
✓ Mengadakan jadual bertugas harian untuk bilik guru
✓ Pastikan bilik guru sentiasa bersih dan kemas
✓ Menyediakan peraturan bilik guru
✓ Menceriakan bilik guru
✓ Menyediakan maklumat yang sepatutnya ada di bilik guru seperti : -
AJK Bilik Guru Papan Kenyataan Carta Organisasi
Jadual Waktu Induk Langsir
Info Bilik Guru
43 | Page
45 | Page
KALENDAR AKADEMIK
2022 / 2023
KUMPULAN B
1 21.03.2022 31.03.2022 9 11
2 01.04.2022 30.04.2022 21 1
01.05.2022 31.05.2022 17 12
3 01.06.2022 03.06.2022 2 1
13
JUMLAH HARI 49 3
CUTI PENGGAL 1. SESI 2022/2023 9 7
04.06.2022 – 12.06.2022 3
13.06.2022 30.06.2022 14 46 | Page
01.07.2022 31.07.2022 20
01.08.2022 31.08.2022 22
01.09.2022 02.09.2022 2
JUMLAH HARI 58
CUTI PENGGAL 2, SESI 2022/2023 9
03.09.2022 – 11.09.2022
12.09.2022 30.09.2021 14
01.20.2022 31.10.2022 17
01.11.2022 30.11.2022 22
01.12.2022 09.12.2022 7
JUMLAH HARI 60
CUTI PENGGAL 3, SESI 2022/2023 22
10.12.2022 – 31.12.2022
03.01.2023 21.01.2023 18
01.02.2023 17.02.2023 13
JUMLAH HARI 31
CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2022/2023
18.02.2023 – 12.03.2023 23
DAFTAR HARI KELEPASAN AM
NEGERI PAHANG
KELEPASAN AM HARI TARIKH
Tahun Baru 2021 Jumaat 01 Jan 2022
Tahun Baru Cina Selasa 01 Feb 2022
Rabu 02 Feb 2022
Hari Pekerja Ahad 01 Mei 2022
Hari Hol Ahad 22 Mei 2022
Hari Wesak ( Hari Buddha ) Ahad 15 Mei 2022
Hari Nuzul Al-Quran Selasa 19 April 2022
Hari Raya Aidilfitri Selasa 03 Mei 2022
Rabu 04 Mei 2022
Hari Raya Aidil Adha Sabtu 10 Julai 2022
Hari Kebangsaan ke 61 Rasbu 31 Ogos 2022
Hari Keputeraan SPB Yang Dipertuan Agong
Isnin 6 Jun 2022
Awal Muharram (Maal Hijrah)
Sabtu 30 Julai 2022
Hari Malaysia
Jumaat 16 Sep 2022
Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang
Hari Deepavali Sabtu 30 Julai 2022
Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW Isnin 24 Okt 2022
Hari Krismas Ahad 09 Okt 2022
Sabtu 25 Dis 2022
Tertakluk kepada perubahan :
Apabila hari kelepasan itu jatuh pada hari kelepasan mingguan atau hari kelepasan yang lain,
maka hari tersebut digantikan dengan hari esoknya dan jika yang kemudiannya itu pula sedia
menjadi hari kelepasan, maka hari berikutnya dijadikan hari kelepasan
47 | Page
MINGGU
PERSEKOLAHAN
Minggu Tarikh Minggu Tarikh
Mula Akhir 23 Mula Akhir
24
1 21.03.22 25.03.22 25 12.09.22 16.09.22
26
2 28.03.22 01.04.22 27 19.09.22 23.09.22
28
3 04.04.22 08.04.22 29 26.09.22 30.09.22
30
4 11.04.22 15.04.22 31 03.10.22 07.10.22
32
5 18.04.22 22.04.22 33 10.10.22 14.10.22
6 25.04.22 29.04.22 17.10.22 21.10.22
7 09.05.22 13.05.22 27.10.22 28.10.22
8 17.05.22 20.05.22 31.10.22 04.11.22
9 23.05.22 27.05.22 07.11.22 11.11.22
10 30.05.22 03.06.22 14.11.22 18.11.22
CUTI PENGGAL 1 21.11.22 25.11.22
04.06.22 – 12.06.2022
11 13.06.22 17.06.22 34 28.11.22 02.12.22
35 05.12.22 09.12.22
12 20.06.22 24.06.22
CUTI PENGGAL 3
13 27.06.22 01.07.22 10.12.22 – 31.12.22
36 02.01.23 06.01.23
14 04.07.22 08.07.22 37 09.01.23 13.01.23
15 12.07.22 15.07.22 38 16.01.23 20.01.23
16 18.07.22 22.07.22 39 23.01.23 27.01.23
17 25.07.22 29.07.22 40 30.01.23 03.02.23
18 01.08.22 05.08.22 41 06.02.23 10.02.23
19 08.08.22 12.08.22 42 13.02.23 17.02.23
20 15.08.22 19.08.22
21 22.08.22 26.08.22 CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN
22 29.08.22 02.09.22 SESI 2022/2023
CUTI PENGGAL 2 18.02.2023 – 12.03.23
03.09.22 – 11.09.22
48 | Page