VANDALISME
Ahmarnath A/L Illangoven
Maksud Vandalisme
Vandalisme merujuk kepada tabiat seseorang
membinasakan harta benda awam dan juga harta
benda orang lain. Perkataan vandalisme berasal
daripada nama sebuah puak di Eropah, Vandal,
yang telah membinasakan kota Rome pada tahun
445 masihi.
Penerangan Vandalisme
Pengenalan
Kini, gejala vandalisme di negara Malaysia semakin menjadi-jadi. Gejala
vandalisme ini sering dikaitkan dengan remaja. Hal ini kerana, golongan remaja ini
mudah terpengaruh dengan sesuatu gejala atau budaya yang tidak sihat
terutamanya gejala vandalisme. Maksud vandalisme menurut kamus dewan adalah
satu bentuk jenayah di sisi moral. Sebarang perbuatan seperti menconteng,
mengotori, atau merosakkan harta benda awam dianggap sebagai vandalisme.
Vandalisme juga dikenali sebagai gejala laku musnah iaitu tabiat seseorang
membinasakan harta benda awam dan juga harta benda orang lain. Perkataan
vandalisme ini berasal daripada nama sebuah puak di Eropah yang dikenali sebagai
Vandal. Kebiasaannya, gejala vandalisme ini dianggap sebagai satu bentuk jenayah,
tetapi pada keadaan tertentu vandalisme ini juga merupakan satu bentuk jenayah
ritual yang dilakukan oleh golongan manusia yang tidak puas hati terhadap
keadaan masyarakat. Motif kejadian vandalisme biasanya terletak pada aspek
emosi. Vandalisme ini dianggap sebagai suatu cara untuk melepaskan geram atau
pun cara untuk menghilangkan kebosanan semata-mata. Walaupun mereka
dianggap ringan, tetapi masyarakat awam dan terutamanya kerajaan terpaksa
menanggung kerugian yang besar akibat daripada vandalisme tersebut.
Jenis Vandalisme
Jenis 1 Jenis 2 Jenis 3
Content Dinding Kacau Sumber Alam Memusnahkan Harta
Semula Jadi Awam di Merata Rata
Tempat.
Kaedah Mengatasi
Ibu Bapa Pihak yang
mengambil sepatutnya
perhatian mengambil
tindakan
Memberi
Kaunseling
Kesimpulan
Sebagai penduduk Malaysia, pasti anda pernah melihat harta benda
awam menjadi mangsa vandalisme. Daripada tandas awam, telefon
awam dan taman permainan lazimnya menjadi kawasan gejala
negatif ini berlaku. Kita sewajarnya bertindak bagi memastikan
perkara ini tidak berleluasa dan menjejaskan harta benda awam dan
perilaku masyarakat kita. Di bawah dikongsikan contoh karangan
langkah mengatasi vandalisme dalam kalangan masyarakat.
Sudah terang lagi bersuluh, pelbagai langkah boleh direncana
bagi membendung aktiviti vandalisme dalam kalangan
masyarakat. Setiap pihak di rumah, sekolah, tempat awam dan
pemimpin negara hendaklah menjalan obligasi masing-masing
untuk menyelesaikan polemik ini. Bayangkan jika semua harta
benda awam dihargai dan diselenggara dengan baik tanpa
sebarang kerosakan, kita sebagai masyarakat umum yang
akan menikmati kemudahan tersebut dengan baik tanpa
merisaukan kadar cukai yang perlu dibayar setiap tahun.
Pendidikan serta penerapan ilmu dan pengetahuan adalah
mustahak dalam melahirkan generasi yang mampu melakukan
anjakan paradigma kepada budaya serta tradisi masyarakat
di Malaysia. JIka isu seperti vandalisme dapat diselesaikan,
pastinya perkara-perkara lain yang akan mencabar
kemampuan masyarakat kita untuk terus maju dapat dikawal
dan diatasi.
Sekian Terima Kasih