The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alfaqir_ilallah, 2021-04-20 21:17:58

BUKU SKRAP DIGITAL SLB 1

SK KG. MAJU JAYA

Keywords: SLB

Da``` to’ Onn bin Dato’ Jaafar

“Sungguhpun ada diantara kita yang berlainan fikiran dan
fahaman serta berlainan taraf dan kedudukan kita, tetapi hakikat

tujuan dan maksud kita hanya satu jua, iaitu kita hendak
memelihara maruah serta kesopanan bangsa kita.”

MAKLUMAT MURID

NAMA

NUR HUMAYRAA MADIHAH BINTI YUSRI

KELAS

6 CENDEKIA

ALAMAT E-MAIL

[email protected]

NAMA SEKOLAH

SK KAMPUNG MAJU JAYA

ALAMAT SEKOLAH

JKR 2854, POS SKUDAI, 81300
JOHOR BAHRU, JOHOR

PENDAHULUAN

Johor Darul Ta’zim dikenali sebagai Johor atau Kesultanan Moden (tidak rasmi), ialah
negeri di selatan Semenanjung Malaysia. Johor mempunyai sempadan darat dengan
negeri-negeri di Malaysia Pahang di utara dan Melaka dan Negeri Sembilan di barat laut.
Sempadan Johor ialah sempadan maritim dengan Singapura di selatan dan Indonesia di
kedua-dua barat timur. Johor Bahru ialah Ibu Negeri Johor yang terletak berhampiran
dengan negara jiran dan pusat ekonomi negeri, Kota Iskandar ialah pusat pentadbiran
kerajaan negeri yang baharu, dan Muar berfungsi sebagai bandar di Raja yang
diisytiharkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim. Ibu negeri lama ialah Johor Lama
sepanjang dinasti kesultanan Johor klasik. Sehingga bancian 2015, jumlah penduduk
negeri ialah 3,553,600. Johor mempunyai pelbagai hutan hujan tropika serta iklim
khatulistiwa. Rentangan gunung negeri ini merupakan sebahagian daripada Banjaran
Titiwangsa, yang merupakan sebahagian daripada Banjaran Tanah Sari terbesar yang
dihubungkan ke Thailand dan Myanmar, dengan Gunung Ledang menjadi titik tertinggi
di Johor.

IDENTITI JOHOR

Johor Bahru merupakan ibu negeri dan menjadi pusat perniagaan dan kawasan
perindustrian terbesar bagi Negeri Johor. Manakala Kota Iskandar di Iskandar Puteri
pula menjadi pusat pentadbiran bagi Kerajaan Negeri Johor.

Terdapat beberapa tokoh tersohor di negeri Johor, salah seorang daripadanya
ialah Dato’ Sir Onn bin Dato’ Jaafar.

BIODATA TOKOH PEMIMPIN

Dato’ Onn binDato’ Jaafar dilahirkan di Bukit Gambir, Jalan Gertak Merah, Johor
Bahru. Beliau merupakan anak kepada Datuk Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar
Johor yang pertama. Ibu Dato’ Onn bernama Hanim Rogayah iaitu seorang wanita Timor
Dekat berketurunan Turki. Beliau mempunyai 15 orang adik-beradik lelaki dan
perempuan yang seibu sebapa, sebapa dan juga seibu juga.

Beliau telah dipelihara oleh Sultan Ibrahim sejak dari kecil. Beliau merupakan
anak angkat kepada sultan. Beliau juga telah diasuh oleh wanita Inggeris di Johor Bahru
sebelum melanjutkan pelajaran ke England bersama-sama tiga orang putera Sultan
Ibrahim iaitu Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku Ahmad.

PENDIDIKAN

Pendidikan asas Dato’ Onn bin Jaafar bermula di Sekolah Melayu Johor Bahru. Sebelum
dihantar ke England, beliau diasuh oleh wanita Inggeris bersama Tunku Mahkota Ismail,
Tunku Abu Bakar dan Tunku Ahmad pada usia sembilan tahun.

Kemudian, beliau belajar di sekolah Aldeburg Lodge di England selama enam
tahun. Setelah tamat pelajaran di England, beliau telah pulang ke tanah air, Johor pada
25 Mac 1910 dan melanjutkan lagi pelajarannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar.

Setelah tamat pengajian, beliau pulang ke Johor Bahru dan berkhidmat dengan
kerajaan Johor.

KERJAYA

Dato’ Onn bin Dato’ Jaafar bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur
35 tahun, dan pada 1934, menjadi pengarang Lembaga Malaysia dan Harian Lembaga.
Rencana tulisan beliau sering mengkritik masyarakat Melayu dan mendesak agar
perubahan dilakukan. Onn Jaafar mendapati orang-orang Cina tidak segan berkebun
sayur, membuka kedai jahit dan lain-lain pekerjaan yang dianggap rendah oleh Melayu.
Beliau dilantik menjadi pengarang Warta Malaya mulai 1 Januari 1930 hingga
penghujung 1933.

Bertugas sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat
Beliau bertugas sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat era pentadbiran penjajah British,
tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan. Onn Jaafar
menggantikan tempat Encik Ismail bin Datuk Abdullah bin Abdul Rahman, pegawai
daerah yang telah dibunuh dengan secara kejam oleh gerila-herila ‘Bintang Tiga’ di
Benut pada 10 Jun 1945. Selepas Jepun menyerah kalah, ramai orang Melayu yang
bekerja sebagai polis dan ketua kampung telah ditangkap, hilang dan bunuh oleh
MPAJA antara Mac-April 1945.

SUMBANGAN TOKOH

Pengasas UMNO
Pada 1-4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpuan di Kelab Sultan
Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan
untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak
Istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat
ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga
di Johor Bahru pada 1 Mei 1946. Disebabkan beliau amat aktif dalam gerakan
nasionalisme Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama.

Pada 1 Jun 1947, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian,
beliau meletakkan jawatan untuk munumpukan masanya kepada UMNO berjaya
memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan
Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan
Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak
istimewa.

Beliau kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau anggap sebagai dasar-dasar
perkauman UMNO serta mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua
penduduk Tanah Melayu tanpa mengira kaum dan nama UMNO ditukarkan menjadi
“Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu”. Oleh sebab cadangan itu
ditentang, beliau meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan
Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 hingga 26 Ogos 1951.

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI

Sebagai seorang nasionalis, beliau seorang yang tenang tetapi tegas. Beliau telah
membangkitkan kesedaran ke arah kemerdekaan serta memberi harapan baru kepada
orang melayu. Kehidupannya di hutan bersama orang kampung semasa pemerintahan
Jepun, telah mendekatkan beliau dengan erti kemanusiaan sebenar terutama semasa
kesusahan dilanda peperangan.

Apabila perang tamat, beliau menggerakkan orang Melayu dalam satu barisan ke
arah mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah Inggeris dengan menggagalkan
hasrat menubuhkan Malayan Union. Dato’ Onn juga dikenali sebagai sorang tokoh
politik yang berkarisma kerana pandangan jauhnya yang mahu menyatukan seluruh
rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan keturunan dalam satu idealogi politik.

Beliau juga merupakan seorang pemimpin yang bijak, jujur, ikhlas, bertimbang
rasa dan tidak mementingkan pangkat. Semasa dilanda krisis, beliau juga merupakan
seorang pemimpin yang tabah dan berani dalam mengharungi saat-saat yang getir.
Ekoran peristiwa tersebut, beliau mengalami pahit getir hidup yang belum pernah
dirasainya ketika berada di Singapura. Peristiwa ini jelas memperlihatkan
keperibadiannya yang tinggi dan sanggup mengharungi pelbagai cabaran semasa
mentadbir Johor. Namun beliau dilihat sentiasa mementingkan sultan.

Sikapnya tidak pernah takut dan gentar untuk mengambil sesuatu tindakan yang
dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa manusia yang tidak berdosa daripada
terkorban dengan sia-sia. Dalam hal ini, keselamatan dirinya sendiri telah menjadi
perhitungan yang kedua kepadanya.

KERATAN AKHBAR

DATO’ ONN DALAM KENANGAN

BUKU TENTANG TOKOH DATO ONN KETIKA BERSEKOLAH DI
ENGLAND

PERMAKAMAN DATO ONN DI
PERKUBURAN ISLAM MAHMUDIAH JB

DATO’ ONN DALAM KENANGAN

DATO’ JAAFAR BIN HAJI MOHAMED
(AYAH KEPADA DATO’ONN)

HANIM ROGAYAH
(IBU KEPADA DATO’ ONN –

BERKETURUNAN TURKI)

AZIZAH BINTI JAAFAR
(KAKAK KEPADA DATO’ ONN)

PENUTUP

Kesimpulannya, Dato’ Onn bin Dato’ Jaafar merupakan tokoh yang sangat saya kagumi.
Beliau bukan sahaja hebat dalam bidang politik, malah mempunyai keupayaan
intelektual yang tinggi walaupun tidak menjejak kaki di universiti. Beliau juga seorang
pemidato dan juga pengarang yang terkenal dengan kebolehan bahasa yang
menakjubkan.

Diharapkan generasi pada masa kini dapat mencontohi dan menjadikan Dato’
Onn bin Dato’ Jaafar sebagai idola serta momentum untuk menjadi modal insan yang
dapat membangunkan negara ke arah kecemerlangan.

Sebagai seorang pelajar, saya akan berusaha untuk menjadi pemimpin yang
berdaya saing, berjiwa kental dan sanggup berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Ayuh Johor…ayuh Johor
Luaskan kuasamu Johor
Kami ada…Kami ada
Setia bersamamu Johor
Ale…ale…ale…ale…
Ale…ale…ale…ale

SUMBER RUJUKAN

1. https://umno-online.my/presiden/onnjaafar
2. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar
3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar
4. https://pekhabar.com
5. http://tributetodatoonnjaafar.blogspot.com


Click to View FlipBook Version