BAB 5
ETIKA PERNIAGAAN, PROFESIONALISM DAN
TANGGUNGJAWAB SOSIAL
BPB2012 KEUSAHAWANAN MALAYSIA
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
1. Dapat mengetahui kepentingan etika perniagaan kepada usahawan.
2. Faktor yang mempengaruhi nilai dan etika perniagaan
3. Nilai etika perniagaan menurut Islam
4. Tanggungjawab sosial usahawan melalui etika dan professionalism dalam
perniagaan
PENGENALAN
• Prinsip-prinsip moral yang standard kelakuan perniagaan yang
diterima oleh komuniti peniaga dan dunia perniagaan.
• Satu set nilai dan peraturan merangkumi peraturan yang baik atau
buruk di dalam operasi perniagaan.
• Jujur dan amanah.
• Usahawan yang beretika pada kebiasaannya usahawan adalah
seorang yang jujur dan amanah
ETIKA AMALAN PERNIAGAAN
MALAYSIA (EAPM)
• Dilancarkan oleh Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia pada
November 1983.
• Kesedaran di kalangan para peniaga supaya mempunyai tanggungjawab
moral dan sosial
• Diwujudkan kerana peningkatan berbagai amalan yang tidak sihat,
contohnya perkhidmatan yang tidak memuaskan dan pembaziran
barangan dalam pasaran.
KEPENTINGAN ETIKA PERNIAGAAN
• Menyesuaikan perniagaan dengan nilai dan jangkaan masyarakat.
• Usahawan dan perniagaan dijangka mematuhi Akta dan Undang-undang
tempatan.
• Keputusan tidak beretika bukan sahaja menghilangkan kepercayaan pelanggan
tetapi juga melemahkan perniagaan di kemudian hari.
• Contoh keadaan perniagaan yang tidak beretika adalah seperti sesetengah
penjual yang mengenakan harga yang berlainan kepada pelanggan yang
berlainan.
FAKTOR MEMPENGARUHI NILAI
DAN ETIKA PERNIAGAAN
• Proses pembuatan keputusan, pelaksanan dan pengawalan tingkah laku
dalam menjalankan perniagaan.
• Hisrich dan Peters (2002), kajian ke atas perlakuan atau tingkah laku dan
moral dalam situasi perniagaan.
• Kod etika - adalah garis panduan bentuk perbuatan yang boleh dan tidak
boleh dilakukan dalam satu profesyen tertentu.
MASALAH-MASALAH ETIKA
DALAM PERNIAGAAN SEMASA
1) Kurang kesedaran terhadap nilai etika dalam perniagaan
- tidak memahami konsep barakah dalam perniagaan -
budaya perniagaan berasaskan kapitalis.
2) Menyorok barangan.
3) Amalan rasuah.
4) Pengurusan sumber manusia
i. kebajikan pekerja diabaikan
ii. persoalan tentang upah/gaji
5) Amalan riba - Mewujudkan suasana ekonomi yang
tidak menentu – krisis ekonomi
NILAI ETIKA PERNIAGAAN
MENURUT ISLAM
• Merangkumi watak keperibadian, sifat, sikap,
prinsip-prinsip moral yang mempengaruhi
perwatakan dan sikap serta nilai-nilai yang diyakini
oleh individu atau sesuatu kumpulan manusia
(Noresah Baharom, 2000).
• Pelaksanaan nilai-nilai etika berdasarkan
panduan dari falsafah Tauhid suatu
pengukuran universal terhadap sistem nilai
yang sepatutnya diikuti oleh semua manusia.
• Usahawan Islam adalah tertakluk kepada konsep
hubungan dengan Allah SWT (hablumminallah),
hubungan sesama manusia (hablumminannas)
serta hubungan dengan alam sekitar secara
intrinsik dan ekstrinsik dalam setiap tindakan
mereka.
ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Tanggungjawab sosial
• Obligasi-obligasi sebuah perniagaan terhadap masyarakat.
• Bagaimana syarikat menguruskan proses-proses dalaman
untuk menghasilkan impak keseluruhan yang positif kepada
persekitaran mereka.
ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Komitmen berterusan organisasi bertindak penuh
beretika untuk pembangunan ekonomi dan dalam
masa yang sama meningkatkan kualiti kehidupan
pekerja dan keluarga mereka dan juga msyarakat
setempat dan juga masyarakat umum disekeliling
mereka.
KEPENTINGAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Meningkatkan imej syarikat
Menarik minat pelabur untuk melabur dalam syarikat.
Kerajaan menguatkan usaha urus tadbir korporat yang baik apabila
meminda Akta Syarikat 1965 yang menekankan lapan prinsip penting iaitu
ketulusan, penguatkuasaan undang-undang, penyertaan, tindak-balas,
ekuiti, kecekapan dan keberkesanan, kelestarian dan
kebertanggungjawaban.
MEMBINA ATAU MEMPEROLEHI
TANGGUNGJAWAB
SOSIAL
• Usaha berterusan untuk memulihara alam sekitar dan
memelihara bantuan alatan dalam membantu
mengekalkan kecantikan alam sekitar.
RUMUSAN
• Perkara yang akan membezakan antara usahawan yang berjaya dengan yang lain
adalah etika.
• Usahawan harus peka dengan etika keusahawanan yang digariskan agar sentiasa
memperoleh keberkatan dalam perniagaan bukan sekadar menghimpun gunung
kekayaan sahaja. Seorang usahawan yang berjaya sentiasa menjadi idola kepada
orang bawahan yang belum berjaya.
• Sekiranya tanggungjawab sosial sesebuah perniagaan itu kuat dengan sendirinya
mereka tidak akan berkompromi dengan perbuatan yang tidak beretika.