BUKU PANDUAN PELAJAR
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
Hakcipta Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni
Edisi Jan 2021
Penafian : Semua maklumat yang dipaparkan di dalam buku ini benar semasa cetakan dan sebarang
perubahan adalah tertakluk kepada pindaan semasa.
Data dan maklumat yang dipaparkan telah dikemaskini sehingga September 2021
.
IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN
Ibu Kandung Suluh Budiman
Obor Di Malam Gelap
Bina Budi Penyebar Tekad Pancaran
Semangat Waja
Ibu Kandung Suluh Budiman
Ibu Pujaan Kami
Yang Berjasa Pada Masyarakat Hidup
Gagah Berani
Ibu Kandung Suluh Budiman
Dengarlah Sumpah Sumbangsih Nan Suci
Selagi Hayat Dikandung Badan
Kami Tetap Berbakti
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN
ALUAN NAIB CANSELOR
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
Setinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada nadi penggerak yang telah berusaha bersungguh-sungguh hingga
berjaya menerbitkan buku panduan ini. Penerbitan buku ini diharap dapat memberi maklumat dan panduan
berguna kepada mahasiswa-mahasiswi mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh
Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni serta Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) secara keseluruhan.
Pada kesempatan, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada mahasiswa-mahasiswi yang telah berjaya
menempatkan diri di UPSI. Pihak Universiti amat berbangga dan berbesar hati menerima kedatangan saudarasaudari
sebagai warga Universiti ini. Adalah menjadi harapan UPSI untuk melahirkan graduan yang berkualiti
tinggi, serba boleh dan berdaya saing. Justeru itu, penglibatan aktif mahasiswa-mahasiswi dalam aktiviti-
aktiviti Universiti melalui kegiatan ko-kurikulum, persatuan dan kolej kediaman amatlah digalakkan.
Sebagai seseorang yang bergelar mahasiswa-mahasiswi, amanah dan tanggungjawab yang dipikul ini haruslah
dijaga
demi kepentingan diri, keluarga, masyarakat dan Negara tercinta. Pelbagai peluang, kemudahan dan
ruang yang ditawarkan oleh UPSI untuk membangunkan potensi diri setiap pelajar agar sentiasa bersedia
menghadapi perubahan global. Di samping mencapai kecemerlangan akademik, para pelajar hendaklah
memantapkan diri dengan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan penggunaan teknologi
maklumat selain memiliki keperibadian yang murni. Mahasiswa-mahasiswi juga perlu menjadikan kecemerlangan
sebagai budaya hidup dengan mengamalkannya secara bersungguh-sungguh dan komprehensif.
Akhir kata, menjadi harapan saya dan Universiti agar mahasiswa-mahasiswi dapat menyesuaikan diri
dengan kehidupan kampus dan sentiasa berusaha meningkatkan potensi diri dalam apa jua bidang.
PROF DATO’ DR. MD. AMIN BIN MD. TAFF
Naib Canselor
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Aluan | i
ALUAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEPA)
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya Jabatan
Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah dapat menerbitkan
Buku Panduan Pelajar yang boleh digunakan sebagai panduan kepada pelajar sepanjang berada di UPSI.
Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baru yang
telah berjaya menempah tempat untuk melanjutkan pengajian di UPSI. Sesungguhnya kejayaan pelajar memasuki
Universiti ini adalah satu peluang keemasan dan amanah terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan
juga negara. Buku Panduan Pelajar Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni ini diterbitkan bertujuan untuk
menyediakan maklumat dan panduan terkini mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan,
garis panduan, tatacara peraturan, disiplin serta maklumat berhubung peranan pusat, bahagian dan unit di
JHEPA. Adalah diharapkan saudara-saudari dapat mengambil perhatian terhadap isi kandungannya untuk
dijadikan panduan bagi menyesuaikan diri dengan pembelajara n dan budaya hidup yang baru di kampus ini.
Akhir kata, saya ingin mengajak para pelajar bersama-sama dengan JHEPA memaju dan merealisasikan hasrat UPSI
untuk menjadi Universiti bitara dan cemerlang dalam kepimpinan pendidikan serta melahirkan graduan-graduan
bermutu tinggi yang mampu meneruskan pembangunan negara di masa hadapan. Bagi mencapai hasrat ini JHEPA
amat menggalakkan penglibatan para pelajar dalam aktiviti-aktiviti berpersatuan bagi membangunkan potensi diri
dan seterusnya membentuk pelajar yang mempunyai nilai-nilai kepimpinan, bersahsiah unggul, berfikiran terbuka,
mempunyai ketahanan diri serta mampu memikul tanggungjawab sebagai sumber tenaga pada masa akan datang.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Aluan | ii
LOGO UNIVERSITI
Logo Universiti |1
Logo Universiti |2
Keseluruhannya, gabungan rupa dan bentuk-bentuk ini dapat menggambarkan profil UPSI sebagai institusi pengajian
tinggi yang bestari, unik, berkualiti, dan profesional dari persepsi masyarakat dan penimba ilmu. Justeru, secara
langsung profil yang dimiliki akan membawa kepada budaya korporat yang mencerminkan kualiti, kewibawaan dan
sikap kebertanggungjawabannya.
Logo Universiti |3
TUANKU CANSELOR
Duli Yang Maha Mulia
Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim
D.K., D.K.S.A., D.K.A
Pengurusan Universiti | 4
PRO – CANSELOR
Y.Bhg. Academician Profesor Tan
Sri Dato’ Sri Dr. Zakri Abdul Hamid
PSM, SSAP, KMN, DIMP, PhD,
FASC, FTWAS, FIAS
Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin
bin Haji Mohd Dom PSM, DPMP,
PMP, AMN, PPT
Pengurusan Universiti | 5
AHLI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI
Y.Bhg. Puan Sri Datuk Seri Rohani Abdullah
Pengerusi
Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Amin bin Md Taff Y.Bhg. Dato Shamsul Azri bin Abu Bakar
Naib Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Mewakili Kementerian Kewangan Malaysia)
Y.Brs. Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis bin Saad Y.Bhg. Dato’ Hj. Abdul Raof bin Hussin
(Mewakili Kementerian Pengajian Tinggi) (Mewakili Masyarakat Setempat)
Y.Bhg. Prof. Dr. Siti Eshah binti Mokhsein Y.Bhg. Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad
Profesor, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Ahli Senat) (Wakil bagi membantu Lembaga (Pengetahuan dan Pengalaman)
Y.Bhg. Tan Sri Dato Sri Prof. Emeritus Ir. Dr. Sahol Hamid
Y.Bhg. Datuk Dr. Roziah Omar
Bin Abu Bakar (Mewakili Sektor Swasta) (Mewakili Sektor Swasta)
Y.Bhg. Dato Hj. Ahmad bin Hj. Burak
Y.Brs. En. Helmi Zaifura bin Abdul Rahman
(Wakil Alumni) Pendaftar, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Setiausaha)
Pengurusan Universiti | 6
PENGURUSAN TERTINGGI UNIVERSITI
Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff
Naib Canselor
Y.Brs. Prof. Dr. Marzita binti Puteh Y.Bhg. Prof. Dr. Suriani binti Y.Bhg. Prof. Dr. Suriani binti
Abu Bakar
Timbalan Naib Canselor Abu Bakar
(Akademik & Antarabangsa) Timbalan Naib Canselor
Yang menjalankan fungsi (Penyelidikan dan Inovasi)
Timbalan Naib Canselor (Hal
Pengurusan Universiti | 7
Ehwal Pelajar dan Alumni)
PENGURUSAN TERTINGGI UNIVERSITI
Y.Brs. Encik Helmi Zaifura bin Abdul Rahman Y.Brs. Cik Noriha binti Muhammad
Pendaftar Ketua Pustakawan
Y.Brs. Ir. Ts. Haji Zulkefly bin Mohd Yusof
Pengarah Jabatan Pengurusan
Pembangunan & Harta Benda
Pengurusan Universiti | 8
DEKAN - DEKAN FAKULTI
Prof Madya Dr. Zahuri bin Khairani Prof Madya Dr. Mohd Hairy bin Ibrahim
Dekan Dekan
Fakulti Seni, Komputeran dan Fakulti Sains Kemanusiaan
Industri Kreatif
Dr. Mohd. Asri bin Mohd Noor Prof. Madya Dr. Mohd Faizal Nizam Lee
Dekan bin Abdullah
Dekan
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi Fakulti Sains dan Matematik
Prof. Madya Dr. Abdul Rahim bin Prof. Madya Dr. Mohd. Kipli bin Abdul Rahman
Razalli Dekan
Dekan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Fakulti Pembangunan Manusia Dr. Mohd Azlan bin Mohammad Husain
Dekan
Prof.Madya Dr. Mazura @ Mastura Fakulti Teknikal dan Vokasional
binti Muhammad
Dekan Prof Madya Dr. Raja Nor Safinas binti
Raja Harun
Fakulti Bahasa dan Komunikasi Dekan
Institut Pengajian Siswazah
Dr. Jaffry bin ZakariaShariff
Dekan
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Pengurusan Universiti | 9
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI (JHEPA)
LATAR BELAKANG
Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA), Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mula beroperasi pada 2 Jun
1997. JHEPA yang pada awalnya beroperasi di Blok A, Kampus
Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI bagi pusat pentabdirannya.
Sehingga kini JHEPA terdiri daripada 6 Pusat dan 5 Kolej
kediaman. Selain Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang merupakan
pentadbiran utama bagi kebajikan dan perkhidmatan pelajar, pusat
tanggungjawab yang diletakkan dibawah struktur JHEPA ialah Pusat
Sukan, Pusat Kebudayaan, Pusat Kokurikulum, Pusat Kaunseling,
Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE) dan
Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC).
Sementara Kolej kediaman yang ada di
dalam kampus ialah Kolej Ungku Omar,
Kolej Harun Aminurrashid, Kolej Za’ba dan
Kolej Aminuddin Baki. Tidak dilupakan Unit
Kediaman Luar Kampus yang menjaga
kebajikan kepada pelajar-pelajar di luar kampus.
Pada April 2013, Kompleks Pelajar di Kampus
Sultan Abdul Jalil Shah, Proton City telah
dibuka dan pada awalnya hanya menempatkan
Bahagian Pembangunan Sahsiah Pelajar yang
menguruskan aktiviti pelajar dan badan pelajar.
Mulai Ogos 2017, keseluruhan pentadbiran
Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah mula
beroperasi di Bangunan Pusat Pelajar ini.
Pengenalan JHEPA | 10
VISI
Menjadi sebuah jabatan pembangunan sahsiah dan pengurusan perkhidmatan kebajikan
pelajar yang berkesan.
MISI
Merancang, mengurus, melaksana aktiviti pembangunan sahsiah dan perkhidmatan
kebajikan pelajar berteraskan amalan kerja berkualiti.
MOTTO
‘MESRA DAN PRIHATIN’
“Mesra” bermaksud mewujudkan satu suasana dan persekitaran perkhidmatan yang
menitikberatkan aspek dan nilai-nilai murni kemanusiaan, hormat menghormati,
kesopanan, kesantunan dan kesusilaan, kesaksamaan dalam layanan yang diberikan
serta berdedikasi terhadap tugas yang diamanahkan.
“Prihatin” bermaksud peka dan responsif terhadap kehendak dan keperluan pelanggan
utama iaitu pelajar, terutamanya terhadap kesejahteraan, kebajikan dan disiplin pelajar.
Pengenalan JHEPA | 11
DASAR KUALITI
Bertekad membentuk dan mempertingkatkan kemudahan, kebajikan dan pembangunan
sahsiah pelajar melalui penyediaan sistem perkhidmatan berkualiti dan profesional dalam
pelaksanaan MS 9001:2008.
OBJEKTIF KUALITI
1. Memastikan semua pelajar (100%) terlibat dengan aktiviti pembangunan sahsiah
dalam tempoh pengajian di UPSI.
2. Menyediakan perkhidmatan kebajikan kepada semua pelajar (100%) dalam tempoh
pengajian di UPSI.
PIAGAM PELANGGAN
KAMI BERJANJI UNTUK MEMASTIKAN :
1. Semua pelajar (100%) terlibat dengan aktiviti pembangunan sahsiah dalam tempoh
pengajian di UPSI.
2. Semua pelajar (100%) menerima perkhidmatan kebajikan yang disediakan dalam tempoh
pengajian di UPSI.
Pengenalan JHEPA | 12
PENGURUSAN EKSEKUTIF
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI (JHEPA)
Cik. Zarina Binti Yaacob Prof. Madya Dr. Norkhalid Bin Salimin
Ketua Timbalan Pengarah
Pendaftar Pusat Transformasi Komuniti
Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti
Dr. Siti Hartini binti Azmi Dr. Pau Kee
Pengarah Pengarah
Pusat Alumni Pusat Kaunseling
Dr Sharul Effendy bin Janudin Dr. Mazuki bin Mohd Yasim
Pengarah
Pusat Pembangunan Keusahawanan Pengarah
dan Kebolehpasaran Graduan Pusat Kokurikulum
En. Mohammad Faeez bin Mohamad
Alias
Pengarah
Pusat Sukan
Pengurusan JHEPA | 13
PENGETUA KOLEJ
KEDIAMAN DAN KEDIAMAN LUAR KAMPUS
Prof Madya Dr. Mohd Nizam bin Nasrifan
(Pengerusi Majlis Pengetua)
Pengetua
Kolej Ungku Omar
Dr. Nazrre Abdul bin Rashid Dr. Che Anuar bin Che Abdullah
Pengetua Pengetua
Kolej Za’ba Kolej Harun Aminurrashid
Prof. Madya Dr. Syed Sofian bin Haji Dr. Che Ghani Bi Che Kob
Syed Salim
Pengetua Kolej Aminuddin Baki Pengetua
Unit Kediaman Luar Kampus
En. Mohd Fadhil Abdullah
Pengetua
Kolej Awang Had Salleh
Pengurusan JHEPA | 14
TIMBALAN DEKAN HAL EHWAL PELAJAR
& ALUMNI
Mejar Dr. Kamarul Bahari bin Yaakub
Timbalan Dekan (HEPA)
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
(Pengerusi Timbalan-timbalan Dekan)
Dr. Saipolbarin bin Ramli Dr. Norakmal binti Abdullah
Timbalan Dekan (HEPA) Timbalan Dekan (HEPA)
Fakulti Bahasa Dan Komunikasi Fakulti Fakulti Seni, Komputeran dan
Industri Kreatif
Dr. Mohd Ikhwan Hadi bin Yaacob
Timbalan Dekan (HEPA) Dr. Abd Hadi bin Borham
Fakulti Sains dan Matematik Timbalan Dekan (HEPA)
Fakulti Sains Kemanusiaan
Dr. Muhd Ibrahim bin Muhamad
Damanhuri Dr. Faizah binti Abu Kassim
Timbalan Dekan (HEPA) Timbalan Dekan (HEPA)
Institut Pengajian Siswazah Fakulti Teknik dan Vokasional
Dr. Siti Hartini binti Azmi Prof. Madya Dr. Mohd Azam bin Sulong
Timbalan Dekan (HEPA) Timbalan Dekan (HEPA)
Fakulti Sains Sukan dan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Kejurulatihan
Pengurusan JHEPA | 15
Dr. Md Noor bin Saper
Timbalan Dekan (HEPA)
Fakulti Pembangunan Manusia
PEJABAT
TIMBALAN NAIB
CANSELOR
HAL EHWAL
PELAJAR &
ALUMNI
TIMBALAN NAIB CANSELOR
(HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) ini merupakan jentera pentad-
biran utama JHEPA yang dinaungi oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Pej. TNC (HEPA) | 17
YANG MENJALANKAN FUNGSI
TIMBALAN NAIB CANSELOR
(HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)
Y.Bhg.Prof. Dr. Suriani binti
Abu Bakar
Pej. TNC (HEPA) | 18
Hubungi Kami Di :
Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA)
Bangunan Pusat Pelajar,
Kampus Sultan Azlan Shah.
Telefon : +6015 – 4879 7083/7086
Email : [email protected]
Penolong Pendaftar Kanan/ Pegawai Khas TNC (HEPA)
Emel :
Telefon : 015-4879 7085
Setiausaha Pejabat
Puan Wahida Irna binti Kasim
Emel : [email protected]
Telefon : 015-4879 7083
Pej. TNC (HEPA) | 19
UNIT
TATATERTIB
UNIT TATATERTIB PELAJAR
Unit ini diamanahkan untuk mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan kes-kes tatatertib dan salah laku pelajar.
Unit UPneirtuTnadtantegratinb Pelajar | 21
DISIPLIN DAN TATATERTIB PELAJAR
Dalam usaha memantapkan pengurusan tatatertib pelajar, Unit Perundangan Pelajar bertanggungjawab memastikan
pelajar mematuhi peraturan-peraturan, atau mana-mana garis panduan, arahan, petunjuk, sekatan, syarat atau terma
yang dikenakan atau diberikan di bawah Kaedah-Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar-Pelajar)
1999.Dibawahkaedah ini,sekiranya seseorang pelajar melakukan suatu kesalahan tatatertib,Pihak BerkuasaTatatertib
Pelajar boleh mendakwa dan mengenakan hukuman kepada pelajar berkenaan setelah perbicaraan dijalankan.
Apabila seseorang pelajar telah didapati bersalah, Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar hendaklah mengenakan ke
atas pelajar satu (atau gabungan dua atau lebih) daripada hukuman yang dinyatakan dalam Kaedah 48, iaitu:
i) amaran;
ii) denda tidak melebihi dua ratus ringgit;
iii) dilarang daripada mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian tertentu Universiti
bagi tempoh yang ditetapkan;
iv) digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti bagi tempoh yang ditetapkan;
v) dipecat dari Universiti.
Unit ini bertanggungjawab menjalankan pelaksanaan tatatertib pelajar dari semasa ke semasa seperti memastikan
pelajar dapat dihadapkan ke Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar, menyampaikan maklumat-maklumat, arahan dan
sebagainya.
Laporan berkenaan dengan kesalahan tatatertib pelajar akan dihantar kepada pihak-pihak Universiti, ibu bapa
atau penjaga pelajar berkenaan. Sekiranya pelajar seorang pemegang biasiswa, laporan tersebut akan dihantar
kepada badan penaja biasiswa itu, dan sekiranya pelajar berkenaan seorang penjawat kerajaan, laporan akan
dihantar kepada Ketua Jabatan/majikan pelajar tersebut.
PERATURAN BERKAITAN ETIKA BERPAKAIAN DAN SAHSIAH RUPA DIRI
PELAJAR
Pelajar hendaklah sentiasa mematuhi peraturan-peraturan dan arahan-arahan Universiti berkaitan perkara ini dan
tidak bertindak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peruntukan-peruntukan tersebut pada setiap masa
dan ketika.
Unit Tatatertib Pelajar | 22
Pelajar yang didapati tidak mematuhi peraturan ini boleh dikenakan saman dan dihadapkan kepada
Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar serta boleh dikenakan hukuman di bawah Kaedah 48, Kaedah-kaedah
Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar-Pelajar)1999.
Unit Tatatertib Pelajar | 23
Hubungi Kami Di :
Unit Tatatertib Pelajar
Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA)
Bangunan Pusat Pelajar,
Kampus Sultan Azlan Shah.
Telefon : +6015 – 4879 7083/7084
Faks : -
Penolong Pendaftar Kanan
En. Suhaimi bin ZUlkifli
Emel : [email protected]
Telefon : 015-4879 7836
Unit Tatatertib Pelajar | 24
PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
(ETIKA BERPAKAIAN DAN SAHSIAH RUPADIRI PELAJAR) 2014
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 26 Kaedah-Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris
[P.U.(A) 265/1999], Naib Canselor membuat Peraturan berikut:
NAMA, MULA BERKUATKUASA DAN PEMAKAIAN
1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Etika
Berpakaian Dan Sahsiah Rupa diri Pelajar) 2014 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang
ditetapkan oleh Naib Canselor.
(2) Peraturan-peraturan ini hendaklah terpakai kepada semua pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris.
DEFINISI
2. Dalam peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain –
“kampus” ertinya kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris, termasuklah –
(a) Kampus cawangan;
(b) Kampus sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen 6(1) Akta Universiti
dan Kolej Universiti 1971; dan
(c) Kawasan bersekali dengan segala bangunan atau struktur lain di atasnya, yang dipunyai atau digunakan, sama
ada untuk selama-lamanya atau selainnya oleh Universiti;
“Naib Canselor” ertinya Naib Canselor Universiti, dan termasuklah mana-mana orang atau kumpulan orang yang
diberi kuasa oleh Naib Canselor untuk bertindak bagi pihaknya;
“orang yang diberi kuasa” ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang yang diberi kuasa oleh Naib Canselor
untuk bertindak bagi pihak Universiti;
“pelajar” ertinya seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar di suatu institusi yang bersekutu dengan Universiti,
yang mengikuti kursus pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan daripada apa-apa perihalan pada peringkat
persediaan, praijazah, lepas ijazah atau lepas kedoktoran secara sepenuh masa atau sambilan dalam, oleh atau
dari Universiti dan termasuklah pembelajaran jarak jauh, luar kampus, pertukaran dan pelajar tidak berijazah;
Unit Tatatertib Pelajar | 25
PERATURAN AWAM
3. (1) Semua pelajar hendaklah pada setiap masa dan ketika, mematuhi peraturan-peraturan dan arahan-
arahan Universiti dan tidak bertindak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan-peraturan
dan arahan-arahan tersebut.
(2) Semua pelajar Muslim tidak boleh bertindak atau melakukan sesuatu yang bertentangan dengan
peraturan dan hukum Islam, atau mengabaikan tanggungjawab Islam yang diwajibkan ke atas mereka
sama ada ketika bersendirian atau di tempat awam, di dalam atau di luar kampus.
(3) Semua pelajar termasuk pelajar bukan Islam dan pelajar antarabangsa hendaklah sentiasa mematuhi
peraturan Universiti yang dibuat dari semasa ke semasa dan bertindak sesuai dengan sahsiah diri sebagai
pelajar Universiti, sama ada ketika bersendirian atau di tempat awam, di dalam atau di luar kampus.
PERATURAN BERPAKAIAN DI DALAM KAMPUS, SEMASA MENJALANI
LATIHAN MENGAJAR ATAU INDUSTRI DAN MENGHADIRI MAJLIS ATAU
URUSAN RASMI UNIVERSITI
4. (1) Semasa berada di dalam kampus, semua pelajar hendaklah sentiasa
(a) berpakaian kemas, sopan dan tidak melanggar peraturan Universiti; dan
(b) mempamerkan kad pelajar, kecuali ketika menjalankan kegiatan sukan dan kokurikulum.
(2) Pelajar lelaki adalah dibenarkan tidak memakai tali leher ketika berada dalam kawasan kampus, kecuali
diwajibkan oleh pensyarah masing-masing bagi sebarang tujuan pengajaran dan pembelajaran.
(3) Semua pelajar dilarang memakai pakaian atau eksesori yang melambangkan sebarang pertubuhan
atau kumpulan tertentu yang boleh mengakibatkan ketidakharmonian atau ketenteraman Universiti
terganggu.
(4) Semua pelajar dilarang mempamerkan sebarang unsur yang pada pandangan Naib Canselor atau
mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Naib Canselor adalah bertentangan dengan moral yang
baik atau mengandungi reka bentuk, perkataan atau frasa yang tidak diingini dari segi nilai atau
norma.
Unit Tatatertib Pelajar | 26
5. Semasa menjalani latihan mengajar atau industri dan menghadiri majlis rasmi atau urusan rasmi Universiti–
(a) pelajar dikehendaki berpakaian kemas dan sopan mengikut etika pakaian yang ditetapkan oleh pihak sekolah,
industri atau penganjur dan tidak melanggar peraturan Universiti; dan
(b) pemakaian jeans adalah tidak dibenarkan.
6. Semasa menghadiri makmal, aktiviti sukan, aktiviti kebudayaan, aktiviti beruniform atau aktiviti pelajar –
(a) pelajar hendaklah mematuhi etika pakaian dan peraturan yang ditetapkan dalam aktiviti tersebut;
(b) seluar pendek dan baju tanpa lengan hanya dibenarkan dipakai semasa melakukan aktiviti sukan dan sekitar
gelanggang sukan sahaja; dan
(c) pakaian renang hanya dibenarkan dipakai semasa melakukan aktiviti renang dan ketika berada di dalam kawasan
kolam renang sahaja.
7. Fakulti boleh memberi kelonggaran kepada pelajar-pelajar daripada Fakulti berkenaan sahaja untuk berpakaian seperti
berikut bagi hari-hari tertentu -
(a) T-Shirt berkolar semasa kuliah seni dan muzik, aktiviti amali, studio, bengkel dan persembahan; dan
(b) T-shirt berkolar dan track bottom untuk aktiviti fizikal, dan termasuk aktiviti bukan fizikal khusus bagi Fakulti
Sains Sukan dan Kejurulatihan.
PAKAIAN KHUSUS UNTUK PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN
8. (1) Semua pelajar lelaki –
(a) hendaklah berpakaian yang sesuai dan sopan sebagai mahasiswa Universiti; dan
(b) dilarang mengenakan pakaian dan berpenampilan seperti berikut –
(i) memakai pakaian atau aksesori yang melambangkan sebarang pertubuhan atau kumpulan tertentu;
(ii) memakai pakaian atau perhiasan diri yang menampakkan kekeliruan jantina;
Unit Tatatertib Pelajar | 27
(iii) berseluar ketat;
(iv) memakai seluar jeans, seluar pendek atau T-shirt ketika berurusan di pejabat dan menghadiri kuliah;
(v) berambut panjang (sehingga mencecah kolar baju, menutup telinga dan mencecah kening), berekor,
berwarna dan berfesyen rambut yang tidak kemas;
(vi) berseluar pendek; dan
(vii) memakai selipar ketika berurusan di pejabat dan menghadiri kuliah.
(2) Semua pelajar perempuan –
(a) hendaklah berpakaian yang sesuai dan sopan sebagai mahasiswa Universiti; dan
(b) dilarang mengenakan pakaian dan berpenampilan seperti berikut –
(i) memakai pakaian atau aksesori yang melambangkan sebarang pertubuhan atau kumpulan tertentu;
(ii) memakai pakaian atau perhiasan diri yang menampakkan kekeliruan jantina;
(iii) memakai pakaian tanpa lengan, sendat dan menjolok mata;
(iv) memakai kain atau skirt di atas paras lutut;
(v) memakai seluar ketat dan jeans;
(vi) memakai seluar pendek ketika berurusan di pejabat dan menghadiri kuliah; dan
(vii) memakai selipar ketika berurusan di pejabat dan menghadiri kuliah.
(3) Seseorang pelajar adalah dilarang memakai purdah di dalam kampus, termasuklah ketika menghadiri majlis
rasmi anjuran Universiti atau mana-mana pihak yang diluluskan oleh Universiti di dalam atau di luar kampus
kecuali sebagaimana yang diluluskan secara bertulis oleh Naib Canselor.
PENGUATKUASAAN
9. (1) Pihak penguatkuasa kepada peraturan ini adalah –
(a) kakitangan akademik yang boleh –
(i) menasihati, memberi amaran atau kaunseling kepada pelajar berkenaan dengan peraturan ini; dan
(ii) menghalang mana-mana pelajar yang tidak mematuhi peraturan ini daripada memasuki kelas atau
kuliah;
(b) pengetua kolej, felo asrama dan pegawai-pegawai hal ehwal pelajar yang boleh–
(i) menasihati, memberi amaran atau kaunseling kepada pelajar berkenaan dengan peraturan ini; dan
(ii) mengambil tindakan yang perlu dan munasabah selaras dengan peraturan ini;
(c) kakitangan perpustakaan dan pentadbiran yang boleh –
(i) membuat teguran secara terus kepada kepada pelajar berkenaan dengan peraturan ini; dan
Unit Tatatertib Pelajar | 28
(ii) menghalang mana-mana pelajar yang tidak mematuhi peraturan ini daripada memasuki mana-mana
ruang dalam kampus atau menggunakan kemudahan Universiti.
(d) penasihat pertubuhan pelajar dan penasihat atau mentor pelajar yang boleh –
(i) menasihati, memberi amaran atau kaunseling kepada pelajar berkenaan dengan peraturan ini; dan
(ii) menghalang mana-mana pelajar yang tidak mematuhi peraturan ini daripada memasuki mana-mana
ruang dalam kampus atau menggunakan kemudahan Universiti.
(e) pengawal keselamatan yang boleh –
(i) mengambil tindakan awal dengan menghalang daripada memasuki atau meninggalkan kawasan kampus
dan menyoal selidik pelajar yang didapati melanggar peraturan tersebut; dan
(ii) melaporkan kepada mana-mana pegawai hal ehwal pelajar bahawa satu melanggar peraturan ini disyaki
telah berlaku.
(2) Mana-mana pelajar yang didapati telah berkelakuan yang melanggar peraturan ini boleh –
(a) diberi amaran bertulis dan direkodkan ke dalam fail pelajar dan pangkalan data bagi pengesanan kesalahan
berulang; atau
(b) dikenakan denda maksimum RM50 dengan diberikan notis dendaan untuk setiap kesalahan.
PENGECUALIAN
10. Tatacara berpakaian selain daripada yang dinyatakan di dalam peraturan ini hendaklah mendapat kebenaran
khas daripada Naib Canselor.
Bertarikh pada 4 hari bulan November 2014
Profesor Dato’ Dr. Zakaria Bin Kasa
Naib Canselor
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Unit Tatatertib Pelajar | 29
AKTA UNIVERSITI DAN
KOLEJ UNIVERSITI (AUKU)
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971
Kaedah-Kaedah Universiti Pendidikan Sultan idris
(Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999
Article I. Jil 43 1hb Julai 1999
Article II. Tambahan No. 61
Article III. No. 3
Article IV. Perundangan (A)
P.U. (A) 265
______________________
SUSUNAN KAEDAH-KAEDAH
_______________________
BAHAGIAN 1
PERMULAAN
Kaedah
1. Nama
2. Tafsiran
BAHAGIAN II
TATATERTIB AM
3. Larangan Am
4. Menghadiri Kuliah
5. Sekatan ke atas penggunaan teks kuliah
6. Larangan terhadap plagiarisme
7. Kehadiran dalam peperiksaan
8. Kelakuan semasa peperiksaan
9. Menganjurkan perhimpunan
10. Pembesar suara
11. Sepanduk
12. Penerbitan, dsb., dokumen
13. Kegiatan pelajar di luar kampus
14. Pelajar yang melibatkan diri dalam pekerjaan, dsb.
15. Representasi berhubung dengan Universiti
AUKU | 31
16. Bantahan pelajar terhadap kemasukan orang-orang ke dalam Kampus
17. Judi di dalam Kampus
18. Meminum minuman keras dan berkelakuan tidak senonoh
19. Artikel lucah
20. Dadah dan racun
21. Kebersihan di dalam Kampus
22. Membuat bising
23. Pemeriksaan ke atas pelajar yang disyaki mempunyai gangguan mental
24. Tempat tinggal atau tempat tidur di dalam Kampus
25. Memasuki bahagian atau bangunan Kampus yang dilarang
26. Pakaian pelajar
27. Keingkaran
BAHAGIAN III
TATATERTIB ASRAMA
28. Memasuki atau berada di bilik pelajar menetap
29. Menghalang dsb., pegawai-pegawai, dsb., daripada masuk dan menjalankan tugas
30. Berada di luar asrama pada waktu malam
31. Berada di dalam premis asrama pada waktu malam
32. Menggunakan premis asrama dengan cermat dan larangan kacau ganggu
33. Bertukar bilik tanpa kebenaran terdahulu
34. Berpindah tempat tinggal
35. Kuasa pengetua untuk memberi perintah, dsb, berkenaan dengan ketenteraman dan tatatertib
BAHAGIAN IV
TATATERTIB LALU LINTAS JALAN
36. Kebenaran bertulis bagi pelajar yang menyimpan, memiliki atau mempunyai kenderaan motor di dalam Kampus.
37. Daftar kenderaan motor pelajar
38. Had laju
39. Kenderaan motor hendaklah dipandu hanya atas jalan raya
40. Meletak kereta secara menghalang
41. Menggunakan ruang letak kereta yang diuntukkan
AUKU | 32
42. Membonceng
43. Arahan dan isyarat lalu lintas
44. Pengeluaran lesen memandu dan kad matrikulasi
45. Halangan kepada aliran lalu lintas
46. Perbuatan di dalam Kampus yang adalah kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebagai kesalahan
tatatertib
47. Hukuman tatatertib terus
BAHAGIAN V
TATACARA TATATERTIB
48. Hukuman tatatertib
49. Kehadiran di hadapan pihak berkuasa tatatertib
50. Akibat tidak hadir di hadapan pihak berkuasa tatatertib
51. Penjelasan fakta dan pengambilan rayuan
52. Pengakuan bersalah dan tatacara berikutnya
53. Tatacara apabila pelajar mengaku tidak bersalah
54. Keterangan pelajar
55. Memanggil semula saksi
56. Pengumuman keputusan
57. Pengenaan hukuman
58. Jagaan dan pelupusan barang kes
59. Nota bertulis mengenai prosiding tatatertib
60. Jagaan nota
61. Daftar prosiding tatatertib
62. Laporan prosiding tatatertib kepada ibu bapa, Menteri, dsb.
63. Bayaran denda
64. Tidak membayar denda
65. Perintah pampasan
66. Orang yang boleh hadir dalam prosiding tatatertib
BAHAGIAN VI
RAYUAN
67. Notis rayuan
AUKU | 33
68. Penyampaian rayuan kepada Menteri
69. Tindakan Menteri ke atas rayuan
70. Rayuan tidak berkuat kuasa sebagai penggantungan perlaksanaan hukuman
BAHAGIAN VII
AM
71. Kesalahan tatatertib
72. Kaedah-kaedah ini tidak mengurangkan tanggungan jenayah
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 16C Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (Akta 30),
Lembaga Pengarah Universiti Pendidikan Sultan Idris membuat kaedah-kaedah yang berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Nama
1. Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Tatatertib Universiti Pendidikan Sultan Idris
(Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.
Tafsiran
2. Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain-
“arahan lalu lintas” ertinya apa-apa perintah, arahan atau petunjuk yang diberikan oleh seseorang orang yang
diberi kuasa kepada mana-mana orang yang menggunakan jalan atau kenderaan di dalam Kampus.
“asrama” ertinya apa-apa kemudahan, dengan apa-apa jua nama yang dipanggil, yang disediakan oleh Universiti
bagi kediaman pelajar;
“bilik tatatertib” ertinya sesuatu bilik yang diuntukkan bagi maksud menjalankan prosiding tatatertib amnya atau
bagi maksud prosiding tatatertib yang tertentu;
AUKU | 34
“dadah” ertinya apa-apa dadah atau bahan yang pada masa ini disenaraikan dalam Jadual Pertama kepada Akta
Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234);
“isyarat lalu lintas” termasuklah isyarat, tiang isyarat amaran, tiang arahan, isyarat, tanda atau alat yang didirikan
atau disediakan pada atau berhampiran dengan jalan untuk pengetahuan, panduan atau penunjuk orang-orang
yang menggunakan jalan.
“judi” ertinya bermain apa-apa permainan beradu nasib, atau gabungan beradu nasib dan kemahiran, bagi wang
atau nilai wang, dan termasuklah apa-apa pertaruhan atau apa-apa loteri.
“Kampus” ertinya Kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris termasuklah semua asrama, institusi dan bangunan
Universiti.
“kakitangan” ertinya mana-mana pekerja Universiti.
“kenderaan” ertinya satu struktur yang boleh bergerak atau digerakkan atau digunakan bagi membawa
mana-mana orang atau benda dan yang bersentuhan dengan permukaan bumi apabila bergerak;
“kenderaan bermotor” ertinya tiap-tiap perihal kenderaan yang digerakkan oleh jentera mekanisme yang
terkandung di dalam badan kenderaan badan itu dan dibina atau disesuaikan supaya boleh digunakan di atas
jalan, dan termasuklah apa-apa kenderaan yang ditarik oleh satu kenderaan motor sama ada atau tidak bahagian
daripada kenderaan yang ditarik itu menindih atas kenderaan motor yang menariknya.
“kesalahan tatatertib” ertinya suatu kesalahan di bawah Kaedah- Kaedah ini;
“meletak kereta” ertinya membawa sesuatu kenderaan kepada keadaan yang tidak bergerak dan menyebabkan
kenderaan itu menunggu bagi apa-apa maksud selain mengambil atau menurunkan dengan serta-merta orang,
barang-barang atau bagasi;
“menipu” termasuklah meniru;
“minuman keras” ertinya apa-apa minuman keras yang mempunyai apa-apa kekuatan alkohol;
AUKU | 35
“Naib Canselor” ertinya Naib Canselor Universiti, dan termasuklah mana-mana orang yang diberi kuasa oleh
Naib Canselor untuk bertindak bagi pihaknya;
“orang yang diberi kuasa” ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang yang diberi kuasa dengan sewajarnya
untuk bertindak bagi pihak Universiti;
“pelajar” termasuklah mana-mana pelajar lepasan ijazah, pelajar sambilan, pelajar di bawah rancangan pengajian
jarak jauh atau luar Universiti dan pelajar-pelajar yang mengikuti kursus sepenuh masa atau sambilan di Universiti;
“pelajar pemegang biasiswa” termasuklah mana-mana pelajar yang sedang belajar atas biasiswa, dermasiswa,
pinjaman, tajaan, cuti bergaji atau tanpa gaji, atau atas pemberian atau apa-apa kemudahan lain, daripada mana-
mana Kerajaan, institut, pihak berkuasa berkanun, organisasi perdagangan atau perniagaan atau badan lain;
“pelajar menetap” ertinya seseorang pelajar yang menetap di dalam asrama;
“Pengetua” ertinya pegawai utama yang menjaga sesuatu asrama ;
“peperiksaan” termasuklah apa-apa cara atau kaedah penilaian yang menyebabkan markah atau gred diberikan
bagi sesuatu kursus atau sebahagian daripada kursus tertentu;
“pihak berkuasa tatatertib” ertinya Naib Canselor atau, jika berkenan, mana-mana Timbalan Naib Canselor,
mana-mana anggota kakitangan, mana-mana pegawai atau mana-mana pekerja Universiti, yang diwakilkan oleh
Naib Canselor dengan tugas, kuasa atau kewajipan tatatertib di bawah subseksyen 16B(3) Akta;
“prosiding tatatertib” ertinya prosiding tatatertib di bawah Kaedah- Kaedah ini;
“racun” ertinya apa-apa bahan yang dinyatakan melalui nama dalam ruang pertama Senarai Racun kepada Akta
Racun 1952(Akta 366) dan termasuklah apa-apa sediaan, larutan, sebatian, campuran atau bahan semula jadi
yang mengandungi bahan itu.
AUKU | 36
BAHAGIAN II
TATATERTIB AM
Larangan am
3. Seseorang pelajar tidak boleh-
(a) menjalankan urusannya, sama ada di dalam Kampus atau di luar Kampus, dalam apa-apa cara yang
merosakkan memudaratkan;
(i) kepentingan, kesejahteraan atau nama baik Universiti, mana-mana pelajar, kakitangan, pegawai atau
pekerja Universiti; atau
(ii) ketenteraman atau keselamatan awam, moral, kesopanan atau tatatertib;
(b) mencabuli apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, sama di dalam Kampus atau di luar
Kampus
(c) menggangu atau dalam apa-apa cara campur tangan, atau menyebabkan supaya diganggu atau dalam apa-
apa cara campur tangan, apa-apa pengajaran, pengajian, penyelidikan, kerja pentadbiran, atau apa-apa
kegiatan yang dijalankan oleh atau di bawah arahan atau dengan kebenaran Unversiti;
(d) melarang, menghalang atau mengganggu, atau menyebabkan supaya dilarang, dihalang atau diganggu,
mana-mana pegawai atau pekerja Universiti atau mana-mana orang yang bertindak di bawah arahan atau
kebenaran pegawai atau pekerja itu, daripada menjalankan kerja, kewajipan atau tugasnya;
(e) melarang atau menghalang, atau menyebabkan supaya dilarang atau dihalang, mana-mana pelajar daripada
menghadiri mana-mana kuliah, tutorial atau kelas, atau daripada mengambil bahagian dalam apa-apa
kegiatan yang sah;
(f) menganjur, menghasut atau menyertai pemulauan apa-apa pemeriksaan, kuliah, tutorial, kelas atau kegiatan
sah lain yang dijalankan oleh atau di bawah arahan atau dengan kebenaran Universiti;
(g) merosak, mengubah, mengganggu, mengalih atau dalam apa-apa cara berurusan dengan apa-apa bahan,
objek, artikel atau harta dalam Universiti;
(h) melakukan apa-apa perbuatan atau menyebabkan apa-apa perbuatan dilakukan di dalam Kampus, supaya
AUKU | 37
menyebabkan atau mungkin menyebabkan apa-apa halangan, kesulitan, kegusaran, kerugian atau kerosakan
kepada mana-mana orang di dalam Universiti;
(i) melanggar apa-apa arahan atau kehendak Pustakawan Universiti, anggota kakitangan perpustakaan atau
pekerja perpustakaan lain berkenaan dengan penggunaan perpustakaan, buku-buku dalam perpustakaan
dan kemudahan-kemudahan lain dalam perpustakaan;
(j) melanggar apa-apa arahan atau kehendak seseorang yang diberi kuasa berkenaan dengan penggunaan
mana-mana makmal, perkakas atau bahan, dan kemudahan lain di dalam makmal.
Menghadiri kuliah
4. (1) Jika seseorang pelajar dikehendaki menghadiri mana-mana kuliah, tutorial, kelas atau pengajaran lain
berhubungan dengan kursus pengajiannya, dia tidak boleh tidak hadir kuliah, tutorial, kelas atau pengajaran
lain yang berhubungan dengan kursus pengajiannya itu tanpa kebenarannya terdahulu Dekan Fakulti atau
Sekolah, atau Ketua Pusat, Akademik atau Institut, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(2) Jika hal keadaaan tidak membenarkan kebenaran terdahulu diperoleh, pelajar hendaklah, dengan seberapa
segera yang boleh selepas itu, memuasan hati Dekan atau Ketua, mengikut mana-mana yang berkenaan,
berkenaan dengan ketidakhadirannya dan memperoleh kelulusan berkenaan dengan ketidakhadirannya itu.
Sekatan ke atas penggunaan teks kuliah
5. (1) Tertakluk kepada subkaedah (2), seseorang pelajar tidak boleh menggunakan teks mana-mana kuliah atau
pengajaran yang disampaikan kepadanya di Universiti kecuali bagi maksud mengikuti kursus pengajiannya
; terutamanya, dia tidak boleh membuat salinan dalam apa-apa cara tentang kesemua atau mana-,mana
bahagian teks itu bagi maksud penerbitan, pembahagian atau pengedaran, samada untuk bayaran atau
tidak.
(2) Tiada apa-apa jua dalam kaedah ini boleh disifatkan sebagai menghadkan budi bicara Naib Canselor untuk
mengeluarkan garis panduan bagi membenarkan seseorang pelajar, atau sesuatu pertubuhan, badan atau
kumpulan pelajar, membuat salinan teks mana-mana kuliah atau pengajaran di bawah kawalan dan arahan
Naib Canselor, atau Dekan Fakulti atau Sekolah, atau Ketua Pusat, Akademik atau Institut, dan Naib Canselor
boleh mengenakan dalam garis panduan itu apa-apa terma dan syarat yang disifatkannya perlu atau sesuai
berkenaan dengan pengeluaran semula teks mana-mana kuliah atau pengajaran.
AUKU | 38
Larangan terhadap plagiarisme
6. (1) Seseorang pelajar tidak boleh memplagiat apa-apa idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain.
(2) Bagi maksud kaedah ini, plagiarisme termasuklah -
(a) perbuatan mengambil sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain dan mendakwa bahawa
idea, penulisan, data atau ciptaan itu adalah hasil dapatan atau ciptaan sendiri; atau
(b) suatu cubaan untuk menonjolkan atau perbuatan menonjolkan, dalam apa-apa cara, bahawa dia adalah
sumber asal atau pencipta sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan yang adalah sebenarnya diambil
daripada beberapa sumber lain.
(3) Tanpa menjejaskan keluasan makna subkaedah (2), seseorang pelajar memplagiat apabila dia-
(a) menerbitkan, dengan dirinya sebagai pengarang, suatu ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademik,
atau buku yang adalah keseluruhannya atau sebahagiannya ditulis oleh beberapa orang lain.
(b) menggabungkan dirinya atau membenarkan dirinya digabungkan sebagai pengarang bersama sesuatu
ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademik, atau buku, apabila dia tidak langsung membuat apa-
apa sumbangan bertulis kepada ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademik, atau buku;
(c) memaksa orang lain untuk memasukkan namanya dalam senarai penyelidik bersama bagiMsesuatu
projek penyelidikan tertentu atau dalam senarai penyelidik bersama bagi penerbitan apabila ia tidak
membuat apa-apa sumbangan yang boleh melayakkan dirinya sebagai penyelidik bersama atau
pengarang bersama;
(d) memetik data akademik yang adalah hasil penyelidikan yang dijalankan oleh beberapa orang lain,
seperti dapatan makmal atau dapatan kerja lapangan atau data yang diperoleh melalui penyelidikan
perpustakaan, samada diterbitkan atau tidak diterbitkan, dan menggabungkan data tersebut sebagai
sebahagian daripada penyelidikan akademiknya tanpa memberi pengiktirafan sewajarnya kapada
sumber asal;.
(e) menggunakan data penyelidikan yang diperoleh melalui kerja usaha sama dengan beberapa orang
lain, sama ada atau tidak orang lain itu anggota kakitangan atau pelajar Universiti sebagai sebahagian
daripada penyelidikan akademik yang berbeza yang lain, atau bagi penerbitan atas namanya sendiri
AUKU | 39
sebagai pengarang tunggal, tanpa memperoleh keizinan penyelidik bersamanya sebelum memulakan
penyelidikan peribadinya atau sebelum menerbitkan data;
(f) menyalin idea atau ciptaan orang lain yang disimpan dalam apa-apa jua bentuk, sama ada bertulis,
tercetak atau tersedia dalam bentuk elektronik atau dalam bentuk slaid, atau dalam apa-apa jua bentuk
pengajaran atau perkakas penyelidikan atau dalam apa-apa bentuk lain dan mengaku sama ada secara
langsung atau secara tidak langsung bahawa dia ialah pencipta idea atau ciptaan itu;
(g) menterjemahkan tulisan atau ciptaan orang lain daripada satu bahasa kepada bahasa lain sama ada
atau tidak secara keseluruhan atau sebahagian, dan kemudian mengemukakan terjemahan itu dalam
apa-apa jau bentuk atau cara sebagai penulisannya atau ciptaannya sendiri;
(h) memetik idea daripada penulisan atau ciptaan orang lain dan membuat beberapa ubahsuaian tanpa
rujukan sewajarnya kepada sumber asal dan menyusun idea itu semula dalam apa-apa cara yang seolah-
olah dia ialah pencipta idea-idea itu;
Kehadiran dalam peperiksaan
7. (1) Jika kursus pengajian seseorang pelajar memerlukan dia hadir bagi sesuatu peperiksaan dan dia tidak
selainnya dihalang daripada peperiksaan itu, dia tidak boleh tidak hadir tanpa kebenaran terdahulu Dekan
Fakulti atau Sekolah, atau Ketua Pusat, Akademik atau Institut, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(2) Jika hal keadaan tidak membenarkan kebenaran terdahulu diperoleh, pelajar hendaklah memuaskan
hati Dekan atau Ketua, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan ketakhadirannya dan
memperoleh kelulusan berkenaan dengan ketakhadirannya itu.
Kelakuan semasa peperiksaan
8. Tiada pelajar boleh-
(a) mengambil apa-apa buku, kertas kerja, dokumen, gambar atau benda lain kecuali yang diberi kuasa oleh
pemeriksa ke dalam atau ke luar dari sesuatu bilik peperiksaan atau menerima apa-apa buku, kertas kerja,
dokumen, gambar atau benda lain daripada mana-mana orang lain semasa dalam bilik peperiksaan, kecuali
seorang pelajar boleh, semasa dia di dalam bilik peperiksaan, menerima daripada pengawas peperiksaan
AUKU | 40
apa-apa buku, kertas kerja, dokumen, gambar atau benda lain yang telah disyorkan oleh Pemeriksa atau
Lembaga Pemeriksa dan diberi kuasa oleh Naib Canselor;
(b) menulis, atau telah menulisnya melalui orang lain, apa-apa maklumat atau gambar rajah yang mungkin
berkaitan dengan peperiksaan yang didudukinya, di atas tangannya atau di atas mana-mana bahagian lain
tubuh badannya, atau di atas pakaiannya;
(c) berhubung dengan mana-mana pelajar lain semasa sesuatu peperiksaan melalui apa-apa jua cara; atau
(d) menipu atau cuba untuk menipu atau berkelakuan mengikut cara yang boleh ditafsirkan sebagai menipu
atau cuba untuk menipu dalam sesuatu peperiksaan, semasa peperiksaan itu sedang dijalankan.
Menganjurkan perhimpunan
9. (1) Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh, tanpa kebenaran terdahulu Naib Canselor,
mengadakan, menganjurkan, atau memanggil, atau menyebabkan supaya diadakan, dianjurkan atau dipanggil
atau dalam apa-apa cara, terlibat dalam pengadaan, penganjuran, atau pemanggilan, atau menyebabkan
supaya diadakan, dianjurkan, atau dipanggil atau dalam apa-apa cara terlibat dalam melakukan apa-apa
perbuatan untuk mengadakan, menganjurkan, atau memanggil, apa-apa perhimpunan yang lebih daripada 5
orang dalam bahagian mana-mana kampus atau atas mana-mana tanah atau dalam mana-mana bangunan
yang dipunyai oleh atau di bawah milikan atau kawalan Universiti atau yang digunakan bagi maksud Universiti;
(2) Dalam memberi kebenaran yang tersebut dalam subkaedah (1), Naib Canselor boleh mengenakan apa-apa
sekatan, terma atau syarat yang disifatkannya perlu atau sesuai.
(3) Tiada pelajar boleh menghadiri atau menyertai sesuatu perhimpunan yang diadakan yang berlanggaran
dengan subkaedah (1) atau (2).
Pembesar suara
10. (1) Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh memiliki, atau menggunakan, atau mempunyai
dalam milikan, atau jagaan atau kawalan pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, bagi maksud
upacara awam, apa-apa pembesar suara, pelaung suara, penguat suara atau alat-alat serupa lain tanpa
kelulusan terdahulu Naib Canselor
AUKU | 41
(2) Dalam memberikan kelulusan dalam subkaedah (1), Naib Canselor boleh mengenakan apa-apa sekatan,
terma atau syarat yang disifatkan perlu atau sesuai.
Sepanduk
11. Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh :
(a) membuat atau menyebabkan supaya dibuat atau melakukan apa-apa perbuatan untuk membuat atau
menyebabkan supaya dibuat;
(b) mengibar, mempamer, menunjukkan atau dalam apa-apa cara menggunakan atau menyebabkan supaya
dikibar, dipamer, atau ditunjukkan atau dalam apa-apa cara menggunakan;
(c) memiliki atau mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalan pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan
pelajar,
apa-apa bendera, sepanduk, plakad, poster, lambing atau alat lain yang membawa kepada keadaan tidak disiplin,
kekacauan, keingkaran atau pelanggaran Kaedah-Kaedah ini.
Penerbitan, dsb., dokumen
12. (1) Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau pertubuhan pelajar, tanpa kebenaran terdahulu Naib Canselor, boleh
menerbitkan, membahagi-bahagikan atau mengedarkan apa-apa dokumen di dalam Kampus atau di luar
Kampus
(2) Dalam memberikan kebenaran dalam subkaedah (1), Naib Canselor boleh mengenakan apa-apa sekatan,
terma atau syarat yang dia fikirkan perlu atau sesuai.
(3) Kebenaran yang dikehendaki dalam kaedah ini hendaklah sebagai tambahan bagi apa-apa lesen, permit
atau apa-apa bentuk lain pemberikuasaan yang dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis
lain.
Kegiatan pelajar di luar Kampus
13. (1) Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh menganjurkan, menjalankan atau menyertai
apa-apa kegiatan di luar Kampus yang mendatangkan kesan buruk secara langsung kepada Universiti atau
yang memudaratkan kepentingan Universiti.
AUKU | 42
(2) Naib Canselor boleh mengeluarkan garis panduan berkenaan dengan kegiatan yang memudaratkan
kepentingan Universiti.
Pelajar yang melibatkan diri dalam pekerjaan, dsb.
14. Tiada pelajar boleh, di dalam Kampus atau di luar Kampus, melibatkan diri dalam apa-apa pekerjaan, penggajian,
perniagaan, perdagangan atau kegiatan lain, sama ada atas dasar sepenuh masa atau sambilan, yang pada
pendapat Naib Canselor tidak diingini.
Representasi berhubung dengan Universiti
15. Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh, tanpa kelulusan Naib Canselor terlebih dahulu,
membuat apa-apa representasi atau apa-apa perhubungan lain, sama ada secara berlisan atau bertulis atau
dalam apa-apa cara lain, kepada mana-mana pegawai awam atau kepada akhbar atau kepada orang ramai
dalam perjalanan kuliah, ucapan atau pernyataan awam atau dalam perjalanan apa-apa penyiaran melalui bunyi
atau gambar yang berhubungan dengan sesuatu perkara berkaitan dengan Universiti atau dengan kakitangan
atau pelajar Universiti atas sifat mereka sebagai kakitangan atau pelajar Universiti, atau berkaitan dirinya atas
sifatnya sebagai pelajar Universiti.
Bantahan pelajar terhadap kemasukan orang-orang ke dalam Kampus
16. Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh membuat apa-apa bantahan, sama ada secara
lisan atau bertulis atau apa-apa cara lain, terhadap kemasukan ke dalam, atau kehadiran dalam, atau larangan
atau pemecatan mana-mana orang, badan atau kumpulan orang dari Kampus.
Judi di dalam Kampus
17. (1) Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh menganjur, mengurus atau menjalankan,
atau mengambil bahagian dalam, apa-apa perjudian, loteri atau pertaruhan di dalam Kampus.
(2) Larangan dalam subkaedah (1) tidak terpakai bagi apa-apa perjudian, loteri atau pertaruhan di dalam
Kampus yang dianjur, diurus atau dijalankan oleh Universiti mengikut mengikut mana-mana undang-undang
bertulis.
AUKU | 43