The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Anugerah Keterampilan Pelajar (AKP) dan Anugerah Penasihat Badan Pelajar (APBP) 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by JHEPA UPSI, 2022-10-30 23:22:58

Buku Program AKP & APBP 2021

Buku Program Anugerah Keterampilan Pelajar (AKP) dan Anugerah Penasihat Badan Pelajar (APBP) 2021

Sekapur Sirih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Terlebih dahulu marilah kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran
ke hadrat Allah S.W.T., kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya
jua, Majlis Anugerah Keterampilan Pelajar dan Anugerah Penasihat
Badan Pelajar yang sememangnya dinanti-nantikan ini dapat
dianjurkan dengan jayanya.

Kepada Keluarga KPT yang saya kasihi sekalian, saya ingin
merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang
terlibat dalam penganjuran Majlis Anugerah Keterampilan Pelajar
dan Anugerah Penasihat Badan Pelajar sama ada daripada
agensi-agensi Kerajaan, sukarelawan-sukarelawan terdiri
daripada pegawai dan juga individu-individu yang bertungkus
lumus membantu menjayakan majlis ini.

Sesungguhnya tahun 2021 adalah satu perjalanan yang penuh
liku dan cabaran. Kekangan SOP dan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) sedikit sebanyak memberikan kesan kepada pelaksanaan
program dan aktiviti untuk dianjurkan pada masa itu. Namun,
itu bukanlah halangan, malah kita cuba menyesuaikan
pelaksanaan program mengikut SOP yang berkuat
kuasa. Alhamdulillah, banyak yang berjaya kita capai.
Dalam satu laporan “The Future of Higher Education In A
Disruptive World”, KPMG menyatakan “The future has just
arrived inconveniently early”. Deloitte pula menyatakan
meskipun masih dibelenggu ketidakpastian, dunia
pendidikan tinggi pasca-COVID-19 akan beroperasi
dalam persekitaran yang berbeza. Justeru, kita perlu
mencari solusi yang lebih kreatif dan inovatif dalam
menghadapi cabaran-cabaran mendatang. Seperti
yang dinyatakan oleh Deloitte, kita perlu melangkah
ke hadapan ke arah “the next normal”.

Jutaan tahniah kepada barisan pemenang
anugerah, semoga dengan kemenangan ini dapat
meningkatkan keupayaan anda semua dalam apa
jua bidang bukan sahaja dalam bidang akademik
malah dalam aspek kokurikulum. Diharapkan
penganjuran program seperti ini dapat
merealisasikan hasrat KPT untuk melahirkan
mahasiswa yang kompeten, komprehensif dan
holistik.

YBHG. DATUK DR. MOHD ZABRI BIN YUSOFF
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA
(PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN)
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Seulas Pinang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Penganjuran Anugerah Keterampilan Pelajar dan Anugerah Penasihat
Badan Pelajar sememangnya dinanti-nantikan oleh barisan kepimpinan
pelajar dan kepimpinan badan pelajar. Bagi menghargai sumbangan
dan kecemerlangan pelajar yang kompeten dalam penganjuran aktiviti
pembangunan sahsiah, Majlis Anugerah Keterampilan Pelajar kali ini
merupakan penganjuran kali yang ke 16 di era UPSI dan bakal merebut
anugerah utama untuk AKP2021 dan APBP2021 iaitu Anugerah Perdana Naib
Canselor Tokoh Siswa UPSI.

Majlis ini juga turut menghargai barisan Penasihat Persatuan, Kelab & Majlis
Perwakilan Pelajar serta Felo Kolej Kediaman yang senantiasa menjadi
tulang belakang kepada penganjuran program berimpak tinggi badan
pelajar. Mereka ini terdiri daripada kakitangan akademik, bukan akademik
dan kakitangan JHEPA. APBP 2021 menyaksikan 2 anugerah utama yang
bakal dipertandingkan iaitu Anugerah Penasihat Badan Pelajar Terbaik &
Anugerah Badan Pelajar Terbaik (Kelab & Persatuan).

Bertemakan Apresiasi Demi UPSI, diharapkan agar kedua-
dua anugerah ini dapat menjadi manifestasi, motivasi serta
peluang kepada seluruh warga UPSI untuk mengetengahkan
potensi dan mengembangkan bakat yang ada pada
diri untuk menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.

Jutaan tahniah kepada barisan pemenang anugerah,
semoga dengan kemenangan ini dapat meningkatkan
keupayaan anda semua dalam apa jua bidang bukan
sahaja dalam bidang akademik malah dalam aspek
kokurikulum. Adik-adik, teruslah menyumbang untuk
UPSI yang tercinta. Jangan sekadar bertanya apa
yang UPSI boleh sumbangkan kepada kita tetapi
tanyalah jua apa yang boleh kita sumbangkan
kepada UPSI yang tercinta.

PROF. DATO’ DR. MD AMIN BIN MD TAFF
NAIB CANSELOR
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Bicara Kata

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya dapat kita meraikan Majlis
Anugerah Keterampilan Pelajar dan Anugerah Penasihat Badan Pelajar
2021 yang dijalankan denngan gilang-gemilang.

Kesungguhan barisan kepimpinan badan pelajar dalam menganjurkan
program sama ada berskala besar atau kecil dan secara hibrid atau
secara atas talian amat membanggakan. Ini membuktikan kepimpinan
badan pelajar UPSI berada dalam kelas yang tersendiri dan sentiasa
bersedia menerima apa jua cabaran dan rintangan yang melanda untuk
kekal berbakti DEMI UPSI yang tercinta.

Anugerah Keterampilan Pelajar dan Anugerah Penasihat Badan Pelajar
2021 ini diadakan setiap tahun sebagai platform terbaik untuk mengiktiraf
dan memberi galakan kepada kepimpinan badan pelajar yang telah
menunjukkan kecemerlangan kepimpinan yang holistik dan kompeten.

AKP dan APBP 2021 ini juga membuka peluang kepada mahasiswa
untuk bersaing secara sihat dan terlibat secara langsung dalam
aktiviti pembangunan sahsiah di IPT bagi melahirkan insan yang
seimbang bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi apa jua
bidang.

AKP dan APBP 2021 juga bertujuan untuk memberikan
penghargaan kepada semua pihak yang terlibat khususnya
para pelajar, staf serta agensi agensi luar yang telah banyak
menyumbangkan tenaga, idea dan komitmen kepada JHEPA

dan UPSI.

Kita harapkan, dengan penganjuran AKP dan APBP 2021 ini
menjadi satu titik permulaan kepada kepimpinan badan

pelajar untuk terus komited menyumbangkan kejayaan
kepada universiti kita yang tercinta ini. Siapa tahu, kita
mampu ulangi kejayaan kita di pentas Anugerah Tokoh
Siswa KPT pada 2017 yang lalu untuk ATS yang akan
datang. In Shaa Allah.

Akhir kalam, jutaan tahniah kepada jawatankuasa
penganjur dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar, barisan
pemenang anugerah dan semua yang terlibat dalam
menjayakan Majlis Anugerah Keterampilan Pelajar dan
Anugerah Penasihat Badan Pelajar 2021. Apresiasi Demi
UPSI.

PROF. DR. NORKHALID BIN SALIMIN
TIMBALAN NAIB CANSELOR
HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Sekalung Penghargaan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurniaNya, Majlis
Anugerah Keterampilan Pelajar dan Anugerah Penasihat Badan Pelajar 2020
akhirnya dapat diadakan pada kali ini secara bersemuka.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar selaku penganjur amat berbesar hati dengan
penyertaan daripada kepimpinan badan pelajar yang sentiasa komited
menganjurkan program-program berskala besar mahupun berskala
kecil walaupun pelbagai cabaran dan dugaan yang melanda. Anugerah
Keterampilan Pelajar 2021 juga merupakan penganjuran kali yang ke-16
dan merupakan penganjuran majlis anugerah yang sentiasa gilang dan
gemilang.

Setinggi-tinggi penghargaan tahniah dan terima kasih dirakamkan kepada
semua pihak yang terlibat yang bertungkus lumus memastikan program
ini dapat berlangsung dengan jayanya. Anugerah Keterampilan Pelajar
dan Anugerah Penasihat Badan Pelajar merupakan anugerah
berprestij di peringkat UPSI bagi mengiktiraf mahasiswa
unggul, iaitu mahasiswa yang bukan sekadar mempunyai
pencapaian akademik yang cemerlang, tetapi juga memiliki
keterampilan sahsiah diri dan daya kepimpinan yang telah
dimanifestasikan melalui pembabitan aktif di dalam
program berimpak tinggi di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.

Mahasiswa perlu memanfaatkan sebaiknya tempoh
pengajian di universiti untuk membangunkan potensi,
kualiti dan kecemerlangan diri dari pelbagai aspek
kearah merealisasikan graduan holistik. Dalam
menempuh dunia yang semakin mencabar,
mahasiswa perlu bersedia untuk membina
kepimpinan yang bertunjangkan nilai, kemanusiaan,
keinsanan dan keupayaan sebagai pemimpin
yang holistik. Tahniah kepada semua pemenang
anugerah.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar sentiasa komited
menyediakan platform kepada mahasiswa dan
mahasiswi untuk aktif dalam apa jua bidang
dan kemahiran. Moga pencapaian yang telah
dipahat tidak terhenti di sini, dan kejayaan yang
lebih bermakna dan berimpak positif dapat
dilakar di masa akan datang. Selamat maju jaya.

PN. HAJAH MASKANA BINTI HAJI AHMAD
TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI

ATUR CARA

MAJLIS

8.00 malam Ketibaan Naib Canselor UPSI dan tetamu jemputan

Ketibaan Timbalan Ketua Setiausaha

(Pembangunan dan Pengurusan) KPT

8.30 malam Perarakan tetamu kehormat masuk ke dewan

Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Perak

Persembahan Pembukaan

Ucapan Aluan Naib Canselor UPSI

Ucapan Perasmian oleh Timbalan Ketua Setiausaha

(Pembangunan dan Pengurusan) KPT

Gimik Perasmian & Tayangan Montaj

Persembahan Selingan

Penyampaian AKP dan APBP:

- penyampaian anugerah akan diselang seli antara Anugerah

Keterampilan Pelajar dan Anugerah Penasihat Badan Pelajar

Persembahan Selingan & Artis Jemputan

Penyampaian Anugerah Utama:

Penyampaian Anugerah Badan Pelajar Terbaik

Penyampaian Penasihat Badan Pelajar Terbaik

Penyampaian Anugerah Perdana Naib Canselor

Penyampaian Cenderahati

Sesi Fotografi

11.30 malam Bersurai

PENGENALAN & OBJEKTIF

ANUGERAH KETERAMPILAN PELAJAR

PENGENALAN

Anugerah Keterampilan Pelajar merupakan platform terbaik untuk mengiktiraf
barisan kepimpinan pelajar serta Badan Pelajar yang telah menunjukkan
kecemerlangan kepimpinan yang holistik dan kompeten selari pencapaian
yang unggul dalam menaikkan nama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
di peringkat Kebangsaan, inter-universiti, negeri, nasional mahupun di persada
antarabangsa. Penganugerahan ini adalah perlu bagi mengiktiraf pelajar dan
Badan Pelajar di UPSI dalam pelaksanaan aktiviti yang turut menekankan aspek
Kemahiran Insaniah yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dalam
membangunkan Modal Insan dan menghasilkan graduan yang mempunyai ciri
dan tahap kebolehpasaran yang tinggi. Anugerah ini membuka peluang kepada
mahasiswa untuk bersaing secara sihat dan terlibat secara langsung dalam
aktiviti pembangunan sahsiah di IPT bagi melahirkan insan yang seimbang
bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi dalam aspek kepimpinan, sukan,
kebudayaan, kesukarelawan, inovasi, keusahawanan, pengucapan awam, dan
lain-lain.

OBJEKTIF

Penganjuran Anugerah Ketrampilan Pelajar 2021 (AKP2021) bertujuan untuk:

ii. Menghargai sumbangan pelajar dan kakitangan UPSI dalam
menjayakan aktiviti aktiviti badan pelajar, serta kejayaan dan pencapaian
pelajar dalam bidang kepimpinan, kesukanan, kesenian dan kebudayaan,
keusahawanan serta khidmat masyarakat.

ii. Mengiktiraf pelajar dan Badan Pelajar yang memiliki nilai kemahiran
insaniah yang tinggi dan mengharumkan nama UPSI.

iii. Mengiktiraf peranan pelajar dan Badan Pelajar yang berjaya
memanfaatkan secara positif ruang dan peluang yang disediakan oleh
UPSI dalam pelaksanaan program dan aktiviti kemahasiswaan.

iv. Memberi galakan motivasi dan dorongan kepada pelajar dan
kakitangan untuk terus aktif dalam aktiviti luar kurikulum.

v. Memberi kesedaran, motivasi serta peluang kepada para mahasiswa
untuk mengetengahkan potensi dan mengembangkan bakat yang ada
pada diri untuk menjadi insan yang cemerlang.

SENARAI ANUGERAH
DAN HADIAH

ANUGERAH UTAMA
ANUGERAH PERDANA NAIB CANSELOR
“TOKOH SISWA” UPSI

Anugerah Perdana Naib Canselor merupakan Anugerah Utama yang akan
menobatkan pemenang sebagai Tokoh Siswa UPSI yang dipilih daripada ena calon
pemenang Anugerah Kepimpinan Individu (kecuali bagi Anugerah Kepimpinan
Khas Pasukan) yang telah mendapat markah tertinggi semasa sesi role play
dan temu duga. Lima calon ini akan ditemu duga dan dinilai oleh juri dan panel
penilai yang profesional serta berpengalaman. Calon yang mempunyai ciri-ciri
mahasiswa unggul, berfikiran global, kritis dan holistik akan diangkat sebagai
Tokoh Siswa UPSI. Pemenang akan membawa pulang wang tunai berjumlah
RM1000.00, trofi dan sijil.

KLUSTER KEPIMPINAN PELAJAR

ANUGERAH PEMIMPIN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

Dianugerahkan kepada pemimpin mahasiswa (individu) peringkat MPP di UPSI
yang menunjukkan pencapaian terbaik dan ciri-ciri kepimpinan berwibawa
dalam pengurusan organisasi. Pemenang akan membawa pulang wang tunai
berjumlah RM300.00, trofi dan sijil.

ANUGERAH PEMIMPIN KOLEJ KEDIAMAN

Dianugerahkan kepada pemimpin mahasiswa Kolej Kediaman (individu) di UPSI
yang menunjukkan pencapaian terbaik dan ciri-ciri kepimpinan berwibawa dalam
pengurusan organisasi Kolej Kediaman. Pemenang akan membawa pulang wang
tunai berjumlah RM300.00, trofi dan sijil.

ANUGERAH PEMIMPIN KELAB & PERSATUAN

Dianugerahkan kepada pemimpin mahasiswa Fakulti, Persatuan, Kelab (individu)
yang berdaftar secara rasmi di UPSI yang menunjukkan pencapaian terbaik dan
ciri-ciri kepimpinan berwibawa dalam pengurusan organisasi Fakulti, Persatuan &
Kelab. Pemenang akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM300.00, trofi
dan sijil.

SENARAI ANUGERAH
DAN HADIAH

KLUSTER PEMBANGUNAN SOSIAL

ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM KEBUDAYAAN

Dianugerahkan kepada pemimpin mahasiswa (individu) di UPSI yang menunjukkan
pencapaian dan penglibatan terbaik dalam menganjurkan program-program
Kebudayaan yang berimpak tinggi. Pemenang akan membawa pulang wang
tunai berjumlah RM300.00, trofi dan sijil.

ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM KEUSAHAWANAN

Dianugerahkan kepada pemimpin mahasiswa (individu) di UPSI yang menunjukkan
pencapaian dan penglibatan terbaik dalam menganjurkan program-program
Keusahawanan yang berimpak tinggi. Pemenang akan membawa pulang wang
tunai berjumlah RM300.00, trofi dan sijil.

ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM SUKAN

Dianugerahkan kepada pemimpin mahasiswa (individu) di UPSI yang menunjukkan
pencapaian dan penglibatan terbaik dalam menganjurkan program-program
Sukan yang berimpak tinggi. Pemenang akan membawa pulang wang tunai
berjumlah RM300.00, trofi dan sijil.

KLUSTER AKADEMIK DAN INTELEKTUAL

ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM PENGUCAPAN AWAM

Dianugerahkan kepada pemimpin mahasiswa (individu) di UPSI yang menunjukkan
pencapaian dan penglibatan terbaik dalam menganjurkan program-program
Pengucapan Awam seperti Debat dan Pidato yang berimpak tinggi. Pemenang
akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM300.00, trofi dan sijil.

ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM WACANA INTELEK

Dianugerahkan kepada pemimpin mahasiswa (individu) di UPSI yang menunjukkan
pencapaian dan penglibatan terbaik dalam menganjurkan program, seminar,
persidangan, konvensyen, kolokium & simposium yang berimpak tinggi.Pemenang
akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM300.00, trofi dan sijil.

ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM SAINS, TEKNOLOGI,
KEJURUTERAAN & MATEMATIK (STEM)

Dianugerahkan kepada pemimpin mahasiswa (individu) di UPSI yang menunjukkan
pencapaian dan penglibatan terbaik dalam menganjurkan program STEM yang
berimpak tinggi. Pemenang akan membawa pulang wang tunai berjumlah
RM300.00, trofi dan sijil.

SENARAI ANUGERAH
DAN HADIAH

KLUSTER KESUKARELAWANAN

ANUGERAH PEMIMPIN SUKARELAWAN
(KESEJAHTERAAN KOMUNITI)

Dianugerahkan kepada pemimpin mahasiswa (individu) di UPSI yang menunjukkan
pencapaian dan penglibatan terbaik dalam program kesukarelawanan yang
menjurus kepada kesejahteraan komuniti berimpak tinggi dan meningkatkan
kesedaran atau taraf ekonomi dan sosial masyarakat. Pemenang akan membawa
pulang wang tunai berjumlah RM300.00, trofi dan sijil.

ANUGERAH PEMIMPIN SUKARELAWAN (ALAM SEKITAR)

Dianugerahkan kepada pemimpin mahasiswa (individu) di UPSI yang menunjukkan
pencapaian dan penglibatan terbaik dalam program kesukarelawanan alam
sekitar berimpak tinggi dan memberi manfaat kepada alam sekitar melalui
program kesedara, pemeliharaan dan pemuliharaan bagi menjami kelestarian
alam sekitar.Pemenang akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM300.00,
trofi dan sijil.

ANUGERAH PEMIMPIN SUKARELAWAN KEMANUSIAAN

Dianugerahkan kepada pemimpin mahasiswa (individu) di UPSI yang menunjukkan
pencapaian dan penglibatan terbaik dalam menganjurkan program-program
kesukarelawanan berimpak tinggi. Pemenang akan membawa pulang wang
tunai berjumlah RM300.00, trofi dan sijil.

KLUSTER KHAS INDIVIDU

ANUGERAH KHAS PEMIMPIN IBNU UMMU MAKTUM

Dianugerahkan kepada pemimpin mahasiswa (individu) orang kurang upaya
di UPSI yang menunjukkan pencapaian terbaik dalam menganjurkan program-
program berimpak tinggi. Pemenang akan membawa pulang wang tunai
berjumlah RM300.00, trofi dan sijil.

SENARAI ANUGERAH
DAN HADIAH

KLUSTER KHAS PASUKAN

ANUGERAH PASUKAN SUKARELAWAN TERBAIK

Dianugerahkan kepada mana-mana Kumpulan, Pasukan, Badan Pelajar,
Kelab, Sukarelawan (berpasukan) di UPSI yang menunjukkan pencapaian dan
penglibatan terbaik dalam menganjurkan program-program kesukarelawanan
berimpak tinggi. Pemenang akan membawa pulang wang tunai berjumlah
RM500.00, trofi dan sijil.

INFO AKP 2021 :

Pemenang bagi KLUSTER KEPIMPINAN PELAJAR, KLUSTER PEMBANGUNAN SOSIAL,
KLUSTERPEMBANGUNANAKADEMIKDANINTELEKTUALserta KLUSTERKESUKARELAWANAN
secara automatik layak bertanding untuk merangkul ANUGERAH PERDANA NAIB
CANSELOR “TOKOH SISWA” UPSI manakala pemenang bagi KLUSTER KHAS INDIVIDU
dan KLUSTER KHAS PASUKAN tidak layak untuk bertanding ANUGERAH PERDANA NAIB
CANSELOR “TOKOH SISWA” UPSI.

SENARAI

CALON ANUGERAH

KLUSTER KEPIMPINAN PELAJAR

ANUGERAH KEPIMPINAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
ANUGERAH KEPIMPINAN KOLEJ KEDIAMAN
ANUGERAH KEPIMPINAN KELAB DAN PERSATUAN

SENARAI

CALON ANUGERAH

KLUSTER PEMBANGUNAN SOSIAL

KATEGORI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR/MAJLIS MAHASISWA KOLEJ
ANUGERAH KEPIMPINAN KEBUDAYAAN
ANUGERAH KEPIMPINAN KEUSAHAWANAN
ANUGERAH KEPIMPINAN SUKAN

SENARAI

CALON ANUGERAH

KLUSTER PEMBANGUNAN SOSIAL

KATEGORI KELAB DAN PERSATUAN
ANUGERAH KEPIMPINAN KEBUDAYAAN
ANUGERAH KEPIMPINAN KEUSAHAWANAN
ANUGERAH KEPIMPINAN SUKAN

SENARAI

CALON ANUGERAH

KLUSTER PEMBANGUNAN AKADEMIK DAN
INTELEKTUAL

KATEGORI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR/MAJLIS MAHASISWA KOLEJ
ANUGERAH KEPIMPINAN PENGUCAPAN AWAM
ANUGERAH KEPIMPINAN WACANA INTELEK
ANUGERAH KEPIMPINAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN & MATEMATIK
(STEM)

SENARAI

CALON ANUGERAH

KLUSTER PEMBANGUNAN AKADEMIK DAN
INTELEKTUAL

KATEGORI KELAB DAN PERSATUAN
ANUGERAH KEPIMPINAN PENGUCAPAN AWAM
ANUGERAH KEPIMPINAN WACANA INTELEK
ANUGERAH KEPIMPINAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN & MATEMATIK
(STEM)

SENARAI

CALON ANUGERAH

KLUSTER KESUKARELAWANAN

KATEGORI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR/MAJLIS MAHASISWA KOLEJ
ANUGERAH KEPIMPINAN SUKARELAWAN (KESEJAHTERAAN KOMUNITI)
ANUGERAH KEPIMPINAN SUKARELAWAN (ALAM SEKITAR)
ANUGERAH KEPIMPINAN SUKARELAAN (KEMANUSIAAN)

SENARAI

CALON ANUGERAH

KLUSTER KESUKARELAWANAN

KATEGORI KELAB DAN PERSATUAN
ANUGERAH KEPIMPINAN SUKARELAWAN (KESEJAHTERAAN KOMUNITI)
ANUGERAH KEPIMPINAN SUKARELAWAN (ALAM SEKITAR)
ANUGERAH KEPIMPINAN SUKARELAAN (KEMANUSIAAN)

SENARAI

CALON ANUGERAH

KLUSTER KHAS INDIVIDU

ANUGERAH PEMIMPIN IBNU UMMU MAKTUM

SENARAI

CALON ANUGERAH

KLUSTER KHAS PASUKAN

ANUGERAH PASUKAN SUKARELAWAN TERBAIK

PENGENALAN & OBJEKTIF

ANUGERAH PENASIHAT BADAN PELAJAR

PENGENALAN

Anugerah Penasihat Badan Pelajar diadakan buat julung kalinya di UPSI sebagai suatu
acara tahunan untuk memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada Penasihat
Kelab, Persatuan, Himpunan Anak Negeri, Majlis Mahasiswa Kolej, Majlis Perwakilan
Pelajar yang terdiri daripada kakitangan akademik, bukan akademik dan kakitangan
JHEPA yang terlibat secara langsung dalam menyumbangkan khidmat bakti dan
ideologi bagi mereka menjayakan aktiviti dan program-program badan pelajar
seterusnya menaikkan nama dan kewibawaan Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI) di peringkat Kebangsaan, inter-universiti, negeri, nasional mahupun di persada
antarabangsa. Dengan adanya anugerah sebegini, adalah menjadi harapan agar
ia menjadi satu wadah kecemerlangan dalam mempertingkatkan lagi motivasi
Penasihat Badan Pelajar untuk memupuk kemenjadian mahasiswa dan mahasiswi UPSI
dalam mencapai kecemerlangan kurikulum mahupun ko-kurikulum. Penganugerahan
ini adalah perlu bagi mengiktiraf Penasihat Badan Pelajar di UPSI yang telah banyak
memberi sumbangan dalam pelaksanaan aktiviti badan pelajar.

OBJEKTIF

Penganjuran Anugerah Penasihat Badan Pelajar 2021 (APBP2021) bertujuan untuk:

ii. Menghargai komitmen dan sumbangan kakitangan UPSI dalam
menjayakan aktiviti-aktiviti badan pelajar, serta membantu kejayaan
dan pencapaian pelajar dalam bidang kepimpinan, kesukanan, kesenian
dan kebudayaan, keusahawanan serta khidmat masyarakat.

ii. Mengiktiraf dan menghargai Penasihat Badan Pelajar yang memiliki
nilai kemahiran insaniah yang tinggi dan mengharumkan nama UPSI.

iii. Mengiktiraf peranan Penasihat Badan Pelajar yang berjaya
memanfaatkan secara positif ruang dan peluang yang disediakan oleh
UPSI dalam pelaksanaan program dan aktiviti kemahasiswaan.
iv. Memberi galakan motivasi dan dorongan kepada pelajar dan
kakitangan untuk terus aktif dalam aktiviti luar kurikulum.

v. Memberi galakan motivasi dan dorongan kepada Penasihat Badan
Pelajar untuk terus menyumbang bakti dalam aktiviti luar kurikulum

vi. Memberi kesedaran, motivasi serta peluang kepada Penasihat untuk
melahirkan lebih ramai mahasiswa yang mempunyai potensi dan bakat
untuk mencapai kecemerlangan dalam berorganisasi dan seterusnya
menjadi insan yang cemerlang.

SENARAI ANUGERAH
DAN HADIAH

ANUGERAH BADAN PELAJAR TERBAIK
(KOLEJ KEDIAMAN, KELAB & PERSATUAN)

Badan Pelajar yang aktif menganjurkan aktiviti di peringkat Universiti, Persatuan,
Kelab, Fakulti, Kolej Kediaman dan juga untuk ahli-ahlinya. Badan Pelajar yang
aktif menganjurkan aktiviti yang mampu memartabatkan serta melonjakkan
imej Universiti. Menganjurkan aktiviti bersifat bukan akademik yang mampu
meningkatkan pencapaian dan kemahiran pelajar disamping mampu berdaya
saing. Pernah menganjurkan sesuatu program & aktiviti yang berimpak tinggi
yang merangkumi penyertaan pelajar & masyarakat di semua peringkat. Pernah
menganjurkan aktiviti kolaborasi dengan IPTA/ IPTS, Kerajaan, Syarikat Swasta, serta
NGO. Mampu meningkatkan imej dan reputasi Universiti bagi membangunkan
sahsiah diri, kepimpinan dan pengurusan organisasi pelajar. Pemenang bakal
membawa pulang wang tunai berjumlah RM1000.00, trofi dan sijil.

ANUGERAH PENASIHAT BADAN PELAJAR TERBAIK

Dianugerahkan kepada Penasihat Badan Pelajar (individu) akademik, bukan
akademik yang komited memberi bimbingan dan dorongan kepada Badan
Pelajar di peringkat Universiti, Persatuan, Kelab, Fakulti, Kolej Kediaman.
Membimbing Badan Pelajar untuk menganjurkan program yang berimpak tinggi
serta memperolehi pencapaian yang meningkatkan imej dan reputasi Universiti.
Pemenang bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM200.00, trofi dan sijil.

ANUGERAH PENASIHAT BADAN PELAJAR PALING KREATIF

Dianugerahkan kepada Penasihat Badan Pelajar (individu) yang kreatif, inovatif dan
outstanding dalam menyumbang idea kepada Badan Pelajar untuk penganjuran
program dan aktiviti yang pelbagai di peringkat (Universiti, Persatuan, Kelab, Fakulti
dan Kolej Kediaman).Pemenang bakal membawa pulang wang tunai berjumlah
RM200.00, trofi dan sijil.

ANUGERAH PENASIHAT BADAN PELAJAR TERBAIK
(AKADEMIK) BAGI KAKITANGAN AKADEMIK

Dianugerahkan kepada Penasihat Badan Pelajar (individu) kakitangan akademik
yangmenyumbanganidea,bimbingansertadorongankepadaBadanPelajardalam
aspek penganjuran program dan aktiviti sosial, akademik dan pengembangan
intelek. Mempunyai kemahiran interpersonal, komited dan sentiasa komprehensif
dalam pembangunan akademik mahasiswa dan mahasiswi.Pemenang bakal
membawa pulang wang tunai berjumlah RM200.00, trofi dan sijil.

SENARAI ANUGERAH
DAN HADIAH

ANUGERAH PENASIHAT BADAN PELAJAR TERBAIK
(AKADEMIK) BAGI KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK

Dianugerahkan kepada Penasihat Badan Pelajar (individu) kakitangan bukan
akademik yang menyumbangan idea, bimbingan serta dorongan kepada
Badan Pelajar dalam aspek penganjuran program dan aktiviti sosial, akademik
dan pengembangan intelek. Mempunyai kemahiran interpersonal, komited
dan sentiasa komprehensif dalam pembangunan akademik mahasiswa dan
mahasiswi.Pemenang bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM200.00,
trofi dan sijil.

ANUGERAH PENASIHAT BADAN PELAJAR TERBAIK (BUKAN
AKADEMIK) BAGI KAKITANGAN AKADEMIK

Dianugerahkan kepada Penasihat Badan Pelajar (individu) kakitangan
akademik yang menyumbangan idea, bimbingan serta dorongan kepada
Badan Pelajar dalam aspek penganjuran program dan aktiviti pelbagai
kluster seperti keusahawanan, kesenian dan kebudayaan, sains, teknologi dan
inovasi, sukan, pengucapan awam dan wacana intelek dan kesukarelawanan.
Mempunyai kemahiran interpersonal, komited dan sentiasa komprehensif dalam
pembangunan sahsiah mahasiswa dan mahasiswi.Pemenang bakal membawa
pulang wang tunai berjumlah RM200.00, trofi dan sijil.

ANUGERAH PENASIHAT BADAN PELAJAR TERBAIK
(BUKAN AKADEMIK) BAGI KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK

Dianugerahkan kepada Penasihat Badan Pelajar (individu) kakitangan bukan
akademik yang menyumbangan idea, bimbingan serta dorongan kepada
Badan Pelajar dalam aspek penganjuran program dan aktiviti pelbagai
kluster seperti keusahawanan, kesenian dan kebudayaan, sains, teknologi dan
inovasi, sukan, pengucapan awam dan wacana intelek dan kesukarelawanan .
Mempunyai kemahiran interpersonal, komited dan sentiasa komprehensif dalam
pembangunan sahsiah mahasiswa dan mahasiswi.Pemenang bakal membawa
pulang wang tunai berjumlah RM200.00, trofi dan sijil.

ANUGERAH PENASIHAT BADAN PELAJAR TERBAIK
(SUKAN) BAGI KAKITANGAN AKADEMIK

Dianugerahkan kepada Penasihat Badan Pelajar (individu) kakitangan akademik
yang memberi bimbingan dan dorongan dalam bidang sukan kepada mahasiswa
dan mahasiswi untuk mengembangkan potensi yang cemerlang dan konsisten
dalam penganjuran dan penglibatan program-program Sukan yang berimpak
tinggi.Pemenang bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM200.00, trofi
dan sijil.

SENARAI ANUGERAH
DAN HADIAH

ANUGERAH PENASIHAT BADAN PELAJAR TERBAIK
(SUKAN) BAGI KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK

Dianugerahkan kepada Penasihat Badan Pelajar (individu) kakitangan bukan
akademik yang memberi bimbingan dan dorongan dalam bidang sukan kepada
mahasiswa dan mahasiswi untuk mengembangkan potensi yang cemerlang
dan konsisten dalam penganjuran dan penglibatan program-program Sukan
yang berimpak tinggi.Pemenang bakal membawa pulang wang tunai berjumlah
RM200.00, trofi dan sijil.

ANUGERAH PENASIHAT BADAN PELAJAR TERBAIK
(SENI DAN KEBUDAYAAN)

Dianugerahkan kepada Penasihat Badan Pelajar (individu) yang memberi
bimbingan dan dorongan dalam bidang kesenian dan kebudayaan kepada
mahasiswa dan mahasiswi untuk mengembangkan potensi yang cemerlang
dan konsisten dalam penganjuran dan penglibatan program-program seni dan
budaya yang berimpak tinggi.Pemenang bakal membawa pulang wang tunai
berjumlah RM200.00, trofi dan sijil.

ANUGERAH PENASIHAT BADAN PELAJAR TERBAIK
(ANAK NEGERI)

Dianugerahkan kepada Penasihat Badan Pelajar (individu) yang memberi
bimbingan dan dorongan kepada mahasiswa dan mahasiswi (Himpunan Anak
Negeri) untuk mengembangkan potensi yang cemerlang dan konsisten dalam
penganjuran dan penglibatan program-program pelbagai kluster yang berimpak
tinggi.Pemenang bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM200.00, trofi
dan sijil.

ANUGERAH PENASIHAT BADAN PELAJAR TERBAIK
(BADAN BERUNIFORM)

Dianugerahkan kepada Penasihat Badan Pelajar (individu) yang memberi
bimbingan dan dorongan kepada mahasiswa dan mahasiswi (Badan
Beruniform) untuk mengembangkan potensi yang cemerlang dan konsisten
dalam penganjuran dan penglibatan program-program Badan Beruniform
yang berimpak tinggi.Pemenang bakal membawa pulang wang tunai berjumlah
RM200.00, trofi dan sijil.

SENARAI ANUGERAH
DAN HADIAH

ANUGERAH PEMANGKIN TERBAIK (KUMPULAN)

Dianugerahkan kepada pemangkin (kumpulan) yang terdiri daripada Badan
Pelajar di peringkat (Universiti, Persatuan, Kelab, Fakulti dan Kolej Kediaman) yang
mempunyai pencapaian dan penglibatan yang mengharumkan nama universiti
di persada antarabangsa dan negara.Pemenang bakal membawa pulang wang
tunai berjumlah RM200.00, trofi dan sijil.

ANUGERAH KREW TERBAIK (INDIVIDU)
BAGI KAKITANGAN AKADEMIK

Dianugerahkan kepada krew (individu) kakitangan akademik yang menunjukkan
prestasi cemerlang dalam pengurusan dan penglibatan dalam kepimpinan
organisasi di peringkat (Universiti, Persatuan / Kelab, Fakulti dan Kolej Kediaman).
Mempunyai pencapaian dan penglibatan yang outstanding dan versatile.
Pemenang bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM200.00, trofi dan sijil.

ANUGERAH KHAS ALUMNI TERBAIK

Dianugerahkan kepada Alumni Anak Kandung Suluh Budiman AKSB (individu) yang
mempunyai pencapaian, penglibatan dan sumbangan yang membanggakan
dan outstanding kepada negara, universiti, komuniti dan masyarakat setempat
serta mengharumkan nama universiti di persada antarabangsa dan negara.
Pemenang bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM200.00, trofi dan sijil.

ANUGERAH KHAS PEGAWAI PALING LAMA BERKHIDMAT

Dianugerahkan kepada kakitangan (individu) akademik dan bukan akademik
yang telah lama berkhidmat di universiti serta menunjukkan prestasi yang
cemerlang dan konsisten. Pemenang bakal membawa pulang wang tunai
berjumlah RM200.00, trofi dan sijil.

SENARAI

ANUGERAH

1. ANUGERAH BADAN PELAJAR TERBAIK
(KOLEJ KEDIAMAN, KELAB & PERSATUAN)
2. ANUGERAH PENASIHAT BADAN PELAJAR TERBAIK
3. ANUGERAH PENASIHAT BADAN PELAJAR PALING KREATIF
4. ANUGERAH PENASIHAT BADAN PELAJAR TERBAIK
(AKADEMIK) BAGI KAKITANGAN AKADEMIK
5. ANUGERAH PENASIHAT BADAN PELAJAR TERBAIK
(AKADEMIK) BAGI KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK
6. ANUGERAH PENASIHAT BADAN PELAJAR TERBAIK
(BUKAN AKADEMIK) BAGI KAKITANGAN AKADEMIK
7. ANUGERAH PENASIHAT BADAN PELAJAR TERBAIK
(BUKAN AKADEMIK) BAGI KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK
8. ANUGERAH PENASIHAT BADAN PELAJAR TERBAIK
(SUKAN) BAGI KAKITANGAN AKADEMIK
9. ANUGERAH PENASIHAT BADAN PELAJAR TERBAIK
(SUKAN) BAGI KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK
10. ANUGERAH PENASIHAT BADAN PELAJAR TERBAIK
(SENI DAN KEBUDAYAAN)
11. ANUGERAH PENASIHAT BADAN PELAJAR TERBAIK
(ANAK NEGERI)
12. ANUGERAH PEMANGKIN TERBAIK (KUMPULAN)
13. ANUGERAH KREW TERBAIK (INDIVIDU)
BAGI KAKITANGAN AKADEMIK
14. ANUGERAH KHAS ALUMNI TERBAIK
15. ANUGERAH KHAS PEGAWAI PALING LAMA BERKHIDMAT

SENARAI

CALON ANUGERAH

SENARAI

CALON ANUGERAH

SENARAI

JAWATANKUASA

Penaung
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff

Naib Canselor UPSI

Pengerusi
Prof. Dr. NorKhalid bin Salimin
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)

Pengerusi Bersama
Pn. Hajah Maskana Binti Haji Ahmad

Timbalan Pendaftar Kanan, BHEP

Setiausaha
En. Mohd Aliff Ikmal bin Mohd Anuar

Penolong Setiausaha
Puan Nordiana binti Ramli

Jawatankuasa

En. Suhaimi bin Zulkipli En. Shaiful Azeli bin Wi
En. Ahmad Rifaie bin Amin Pn. Siti Hasinah binti ASM Nagoor Gany
Cik Syamimah binti Abdul Hamid Cik Noraisyah binti Razak
En. Megat Azril Izwan bin Megat Iberahim Prof. Madya Dr. Mohd Izwan bin Shahril
En. Azrul Hifni bin Hashim Dr. Muhammad Faisal bin Ahmad
En. Azmi bin Azri En. Mohd Halim bin Mat Zaki
Pn. Fadzliana binti Abdullah En. Anuar bin Borhan
Cik Fatin Azira binti Md Ab Rani En. Mohd Ismail bin Mohd Zin
En. Hashim bin Dahalan En. Mohd Azuwan bin Mat Zulkipli
En. Khairul Azwan bin Nor Azmi En. Mohd Fahmi Bin Mohd Yunus
En. Khairul Saleh bin Abd Karim En. Mohamad Asri bin Othman
En. Mohamad Afif Ammar bin Kamsani En. Mohamad Safwan Abdillah B Saidon
En. Muhamed Nasrull bin Taha En. Mohd Sharifuddin bin Mohamed Hussain
En. Muhammad Asyraf bin Bohari En. Mohd Shahran bin Daud
Pn. Nazatul Shima binti Wahid En. Mohd Nurulakram bin Abd Sukor
Encik Muhamad Fakhrullah Bin Farrok En. Rizuan Syawal bin Muda
Puan Mastura binti Mustafa Pn. Noraini Dewi binti Muhamad Rawai
Encik Abd Ghani Bin Mansor En. Muhamad Fitri bin Abu Bakar
Puan Nor Haizan binti Ab Wahab En. Rifqi Bin Asha’ari
Encik Amerul Hasman bin Jamalluddin

PENGHARGAAN

DAN TERIMA KASIH

Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM)
Pejabat Naib Canselor, UPSI

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UPSI
Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPSI

Bahagian Komunikasi Korporat, UPSI
Pusat Kebudayaan, UPSI

Campus Election Organization (CEO UPSI)
Majlis Perwakilan Pelajar UPSI
Ambang Kemas Sdn. Bhd.
Saudagar Seni Sdn. Bhd.

JK PEMILIHAN

Dr. Jaffry Bin Zakaria (K)(Dekan, FSSK)
Dr. Ikhwan Hadi Bin Yaacob (K)(TD HEPA FSM)

Dr. Suriani Binti Mohamed (TD HEPA FTV)
Dr. Mazuki Bin Mohd Yasim (Pengarah Pusat Ko-Kurikulum)
Dr. Norzuraina Binti Mohd Nor (Pengarah Pusat Kebudayaan)
Dr. Nadratun Nafisah (Penyelaras Keusahawanan EDGE)
Encik Muhammad Tarmizi Bin Abd Rahman (Pengarah Pusat Islam)

Encik Sasigaran A/L Moneyam (K)(Guru Bahasa FBK)
Encik Khairul Azam Bin Bahari (Jabatan Komunikasi FBK)

JK TAPISAN

Profesor Madya Dr. Muhammad Aqil Aryan Wong
(Pusat Transformasi Komuniti Universiti)
Puan Marina Binti Awang Ahmad

(Pusat Keusahawanan Dan Kebolehpasaran Graduan)
Encik Mohd Faiz Bin Zabri (Pusat Sukan)

Encik Ahmad Shazwi Bin Ahmad Shukri (Pusat Kaunseling)
Encik Muhamad Fakhrullah Bin Farrok (Pusat Kebudayaan)

Encik Muhammad Majdan Bin Ismail (Pusat Islam)
Dr. Sharifah Nur Munirah Binti Syed Hasan (Pusat Ko-Kurikulum)

Encik Muhammad Zafir Bin Mohd Saman (Pusat Alumni)
Encik Mohd Raizol Bin Ramli

(Pejabat Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni)

dan

semua yang membantu menjayakan


Click to View FlipBook Version