The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Dasar Peraturan Pelajar
Edisi Julai 2023
Tarikh Pindaan : 20 November 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by JHEPA UPSI, 2023-11-07 00:12:00

Buku Dasar dan Peraturan Pelajar

Buku Dasar Peraturan Pelajar
Edisi Julai 2023
Tarikh Pindaan : 20 November 2023

SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA M/S 1 DIREKTORI TELEFON PUSAT TANGGUNGJAWAB 1 2 DISIPLIN DAN TATATERTIB PELAJAR 3 3 AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 9 4 PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN 30 5 DASAR SKIM PERKHIDMATAN KESIHATAN PELAJAR 44 6 DASAR PERATURAN DAN KADAR BENDA PUSAT KEBUDAYAAN 57


1


2


DISIPLIN DAN TATATERTIB PELAJAR Dalam usaha memantapkan pengurusan tatatertib pelajar, Unit Tatatertib Pelajar bertanggungjawab memastikan pelajar mematuhi peraturan-peraturan, atau mana-mana garis panduan, arahan, petunjuk, sekatan, syarat atau terma yang dikenakan atau diberikan di bawah Kaedah-Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999. Di bawah kaedah ini, sekiranya seseorang pelajar melakukan suatu kesalahan tatatertib, Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar boleh mendakwa dan mengenakan hukuman kepada pelajar berkenaan setelah perbicaraan dijalankan. Apabila seseorang pelajar telah didapati bersalah, Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar hendaklah mengenakan ke atas pelajar satu (atau gabungan dua atau lebih) daripada hukuman yang dinyatakan dalam Kaedah 48, iaitu: i) amaran; ii) denda tidak melebihi dua ratus ringgit; iii) dilarang daripada mana-mana bahagian atau bahagian- bahagian tertentu Universiti bagi tempoh yang ditetapkan; iv) digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti bagi tempoh yang ditetapkan; v) dipecat dari Universiti. Unit ini bertanggungjawab menjalankan pelaksanaan tatatertib pelajar dari semasa ke semasa seperti memastikan pelajar dapat dihadapkan ke Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar, menyampaikan maklumat-maklumat, arahan dan sebagainya. Laporan berkenaan dengan kesalahan tatatertib pelajar akan dihantar kepada pihak-pihak Universiti, ibu bapa atau penjaga pelajar berkenaan. Sekiranya pelajar seorang pemegang biasiswa, laporan tersebut akan dihantar kepada badan penaja biasiswa itu dan sekiranya pelajar berkenaan seorang penjawat kerajaan, laporan akan dihantar kepada Ketua Jabatan/majikan pelajar tersebut. PERATURAN BERKAITAN ETIKA BERPAKAIAN DAN SAHSIAH RUPA DIRI PELAJAR Pelajar hendaklah sentiasa mematuhi peraturan-peraturan dan arahan-arahan Universiti berkaitan perkara ini dan tidak bertindak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peruntukan-peruntukan tersebut pada setiap masa dan ketika. 3


Pelajar yang didapati tidak mematuhi peraturan ini boleh dikenakan saman dan dihadapkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar serta boleh dikenakan hukuman di bawah Kaedah 48, Kaedah-kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar-Pelajar)1999. PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (ETIKA BERPAKAIAN DAN SAHSIAH RUPADIRI PELAJAR) 2014 PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 26 Kaedah-Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris [P.U.(A) 265/1999], Naib Canselor membuat Peraturan berikut: NAMA, MULA BERKUATKUASA DAN PEMAKAIAN 1. (1). Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Etika Berpakaian Dan Sahsiah Rupadiri Pelajar) 2014 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Naib Canselor. (2). Peraturan-peraturan ini hendaklah terpakai kepada semua pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. 4


DEFINISI 2. Dalam peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain - “kampus” ertinya kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris, termasuklah - (a) Kampus cawangan; (b) Kampus sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen 6(1) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971; dan (c)Kawasan bersekali dengan segala bangunan atau struktur lain di atasnya, yang dipunyai atau digunakan, sama ada untuk selama-lamanya atau selainnya oleh Universiti; “Naib Canselor” ertinya Naib Canselor Universiti, dan termasuklah mana- mana orang atau kumpulan orang yang diberi kuasa oleh Naib Canselor untuk bertindak bagi pihaknya; “orang yang diberi kuasa” ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang yang diberi kuasa oleh Naib Canselor untuk bertindak bagi pihak Universiti; “pelajar” ertinya seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar di suatu institusi yang bersekutu dengan Universiti, yang mengikuti kursus pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan daripada apa-apa perihalan pada peringkat persediaan, praijazah, lepas ijazah atau lepas kedoktoran secara sepenuh masa atau sambilan dalam, oleh atau dari Universiti dan termasuklah pembelajaran jarak jauh, luar kampus, pertukaran dan pelajar tidak berijazah; PERATURAN AWAM 3. (1) Semua pelajar hendaklah pada setiap masa dan ketika, mematuhi peraturan-peraturan dan arahan-arahan Universiti dan tidak bertindak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan-peraturan dan arahan-arahan tersebut. (2) Semua pelajar Muslim tidak boleh bertindak atau melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan dan hukum Islam, atau mengabaikan tanggungjawab Islam yang diwajibkan ke atas mereka sama ada ketika bersendirian atau di tempat awam, di dalam atau di luar kampus. (3) Semua pelajar termasuk pelajar bukan Islam dan pelajar antarabangsa hendaklah sentiasa mematuhi peraturan Universiti yang dibuat dari semasa ke semasa dan bertindak sesuai dengan sahsiah diri sebagai pelajar Universiti, sama ada ketika bersendirian atau di tempat awam, di dalam atau di luar kampus. PERATURAN BERPAKAIAN DI DALAM KAMPUS, SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR ATAU INDUSTRI DAN MENGHADIRI MAJLIS ATAU URUSAN RASMI UNIVERSITI 4.(1) Semasa berada di dalam kampus, semua pelajar hendaklah sentiasa (a) Berpakaian kemas, sopan dan tidak melanggar peraturan Universiti; dan (b) Mempamerkan kad pelajar, kecuali ketika menjalankan kegiatan sukan dan kokurikulum. 5


(2) Pelajar lelaki adalah dibenarkan tidak memakai tali leher ketika berada dalam kawasan kampus, kecuali diwajibkan oleh pensyarah masing- masing bagi sebarang tujuan pengajaran dan pembelajaran. (3) Semua pelajar dilarang memakai pakaian atau eksesori yang melambangkan sebarang pertubuhan atau kumpulan tertentu yang boleh mengakibatkan ketidakharmonian atau ketenteraman Universiti terganggu. (4) Semua pelajar dilarang mempamerkan sebarang unsur yang pada pandangan Naib Canselor atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Naib Canselor adalah bertentangan dengan moral yang baik atau mengandungi reka bentuk, perkataan atau frasa yang tidak diingini dari segi nilai atau norma. 5. Semasa menjalani latihan mengajar atau industri dan menghadiri majlis rasmi atau urusan rasmi Universiti– (a) Pelajar dikehendaki berpakaian kemas dan sopan mengikut etika pakaian yang ditetapkan oleh pihak sekolah, industri atau penganjur dan tidak melanggar peraturan Universiti; dan (b) Pemakaian jeans adalah tidak dibenarkan. 6. Semasa menghadiri makmal, aktiviti sukan, aktiviti kebudayaan, aktiviti beruniform atau aktiviti pelajar – (a) Pelajar hendaklah mematuhi etika pakaian dan peraturan yang ditetapkan dalam aktiviti tersebut; (b) Seluar pendek dan baju tanpa lengan hanya dibenarkan dipakai semasa melakukan aktiviti sukan dan sekitar gelanggang sukan sahaja; dan (c) Pakaian renang hanya dibenarkan dipakai semasa melakukan aktiviti renang dan ketika berada di dalam kawasan kolam renang sahaja. 7. Fakulti boleh memberi kelonggaran kepada pelajar-pelajar daripada Fakulti berkenaan sahaja untuk berpakaian seperti berikut bagi hari-hari tertentu - (a) T-Shirt berkolar semasa kuliah seni dan muzik, aktiviti amali, studio, bengkel dan persembahan; dan (b) T-shirt berkolar dan track bottom untuk aktiviti fizikal, dan termasuk aktiviti bukan fizikal khusus bagi Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan. PAKAIAN KHUSUS UNTUK PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN 8.(1) Semua pelajar lelaki – (a)hendaklah berpakaian yang sesuai dan sopan sebagai mahasiswa Universiti; dan 6


(b) Dilarang mengenakan pakaian dan berpenampilan seperti berikut – (i) Memakai pakaian atau aksesori yang melambangkan sebarang pertubuhan atau kumpulan tertentu; (ii) Memakai pakaian atau perhiasan diri yang menampakkan kekeliruan jantina; (iii) Berseluar ketat; (iv) Memakai seluar jeans, seluar pendek atau T-shirt ketika berurusan di pejabat dan menghadiri kuliah; (v) Berambut panjang (sehingga mencecah kolar baju, menutup telinga dan mencecah kening), berekor, berwarna dan berfesyen rambut yang tidak kemas; (vi) Berseluar pendek; dan (vii) Memakai selipar ketika berurusan di pejabat dan menghadiri kuliah. (2)Semua pelajar perempuan – (a) hendaklah berpakaian yang sesuai dan sopan sebagai mahasiswa Universiti; dan (b) dilarang mengenakan pakaian dan berpenampilan seperti berikut – (i) memakai pakaian atau aksesori yang melambangkan sebarang pertubuhan atau kumpulan tertentu; (ii) Memakai pakaian atau perhiasan diri yang menampakkan kekeliruan jantina; (iii) Memakai pakaian tanpa lengan, sendat dan menjolok mata; (iv) Memakai kain atau skirt di atas paras lutut; (v) Memakai seluar ketat dan jeans; (vi) Memakai seluar pendek ketika berurusan di pejabat dan menghadiri kuliah; dan (vii) Memakai selipar ketika berurusan di pejabat dan menghadiri kuliah. (3) Seseorang pelajar adalah dilarang memakai purdah di dalam kampus, termasuklah ketika menghadiri majlis rasmi anjuran Universiti atau mana-mana pihak yang diluluskan oleh Universiti di dalam atau di luar kampus kecuali sebagaimana yang diluluskan secara bertulis oleh Naib Canselor. PENGUATKUASAAN 9.(1) Pihak penguatkuasa kepada peraturan ini adalah – (a) Kakitangan akademik yang boleh – (i) Menasihati, memberi amaran atau kaunseling kepada pelajar berkenaan dengan peraturan ini; dan (ii) Menghalang mana-mana pelajar yang tidak mematuhi peraturan ini daripada memasuki kelas atau kuliah; (b) Pengetua kolej, felo asrama dan pegawai-pegawai hal ehwal pelajar yang boleh- (i) Menasihati, memberi amaran atau kaunseling kepada pelajar berkenaan dengan peraturan ini; dan (ii) Mengambil tindakan yang perlu dan munasabah selaras dengan peraturan ini; 7


(c)Kakitangan perpustakaan dan pentadbiran yang boleh – (i) Membuatteguransecarateruskepadapelajarberkenaandengan peraturan ini; dan (ii) Menghalang mana-mana pelajar yang tidak mematuhi peraturan ini daripada memasuki mana-mana ruang dalam kampus atau menggunakan kemudahan Universiti. (d) Penasihat pertubuhan pelajar dan penasihat atau mentor pelajar yang boleh – (i) Menasihati, memberi amaran atau kaunseling kepada pelajar berkenaan dengan peraturan ini; dan (ii) Menghalang mana-mana pelajar yang tidak mematuhi peraturan ini daripada memasuki mana-mana ruang dalam kampus atau menggunakan kemudahan Universiti. (e)Pengawal keselamatan yang boleh – (i) Mengambil tindakan awal dengan menghalang daripada memasuki atau meninggal kan kawasan kampus dan menyoal selidik pelajar yang didapati melanggar peraturan tersebut; dan (ii) Melaporkan kepada mana-mana pegawai hal ehwal pelajar bahawa satu melanggar peraturan ini disyaki telah berlaku (2)Mana-mana pelajar yang didapati telah berkelakuan yang melanggar peraturan ini boleh – (a) Diberi amaran bertulis dan direkodkan ke dalam fail pelajar dan pangkalan data bagi pengesanan kesalahan berulang; atau (b) Dikenakan denda maksimum RM50 dengan diberikan notis dendaan untuk setiap kesalahan. PENGECUALIAN 10. Tatacara berpakaian selain daripada yang dinyatakan di dalam peraturan ini hendaklah mendapat kebenaran khas daripada Naib Canselor. Bertarikh pada 4 haribulan November 2014 8


AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 Kaedah-kaedah Universiti Sultan Idris (TATATERTIB PELAJAR-PELAJAR 1999) Artikel I. Jilid 43 1hb Julai 1999 Artikel II. Tambahan No. 61 Artikel III. No. 3 Artikel IV. Perundangan (A) P.U. (A) 265 SUSUNAN KAEDAH-KAEDAH BAHAGIAN I PERMULAAN Kaedah 1. Nama 2. Tafsiran BAHAGIAN II TATATERTIB AM 3. Larangan Am 4. Menghadiri Kuliah 5. Sekatan ke atas penggunaan teks kuliah 6. Larangan terhadap plagiarisme 7. Kehadiran dalam peperiksaan 8. Kelakuan semasa peperiksaan 9. Menganjurkan perhimpunan 10. Pembesar suara 11. Sepanduk 12. Penerbitan, dsb., dokumen 13. Kegiatan pelajar diluar kampus 14. Pelajar yang melibatkan diri dalam pekerjaan, dsb. 15. Representasi berhubung dengan Universiti 16. Judi di dalam Kampus 17. Meminum minuman keras dan berkelakuan tidak senonoh 18. Artikel lucah 19. Dadah dan racun 20. Kebersihan di dalam Kampus 21. Membuat bising 22. Pemeriksaan ke atas pelajar yang disyaki mempunyai gangguan mental 23. Tempat tinggal atau tempat tidur di dalam Kampus 24. Memasuki bahagian atau bangunan Kampus yang dilarang 25. Pakaian pelajar 9


BAHAGIAN III TATATERTIB ASRAMA 28. Memasuki atau berada di bilik pelajar menetap 29. Menghalang dsb., pegawai-pegawai, dsb., daripada masuk dan menjalankan tugas 30. Berada di luar asrama pada waktu malam 31. Berada di dalam premis asrama pada waktu malam 32. Menggunakan premis asrama dengan cermat dan larangan kacau ganggu 33. Bertukar bilik tanpa kebenaran terdahulu 34. Berpindah tempat tinggal 35. Kuasa pengetua untuk memberi perintah, dsb, berkenaan dengan ketenteraman dan tatatertib BAHAGIAN IV TATATERTIB LALU LINTAS JALAN 36. Kebenaran bertulis bagi pelajar yang menyimpan, memiliki atau mempunyai kenderaan motor di dalam Kampus. 37. Daftar kenderaan motor pelajar 38. Had laju 39. Kenderaan motor hendaklah dipandu hanya atas jalanraya 40. Meletak kereta secara menghalang 41. Menggunakan ruang letak kereta yang diuntukkan 42. Membonceng 43. Arahan dan isyarat lalulintas 44. Pengeluaran lesen memandu dan kad matrikulasi 45. Halangan kepada aliran lalulintas 46. Perbuatan di dalam Kampus yang adalah kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebagai kesalahan tatatertib 47. Hukuman tatatertib terus BAHAGIAN V TATACARA TATATERTIB 48. Hukuman tatatertib 49. Kehadiran di hadapan pihak berkuasa tatatertib 50. Akibat tidak hadir di hadapan pihak berkuasa tatatertib 51. Penjelasan fakta dan pengambilan rayuan 52. Pengakuan bersalah dan tatacara berikutnya 53. Tatacara apabila pelajar mengaku tidak bersalah 54. Keterangan pelajar 55. Memanggil semula saksi 56. Pengumuman keputusan 57. Pengenaan hukuman 58. Jagaan dan pelupusan barang kes 59. Nota bertulis mengenai prosiding tatatertib 10


60. Jagaan nota 61. Daftar prosiding tatatertib 62. Laporan prosiding tatatertib kepada ibu bapa, Menteri, dsb. 63. Bayaran denda 64. Tidak membayar denda 65. Perintah pampasan 66. Orang yang boleh hadir dalam prosiding tatatertib BAHAGIAN VI RAYUAN 67. Notis rayuan 68. Penyampaian rayuan kepada Menteri 69. Tindakan Menteri ke atas rayuan 70. Rayuan tidak berkuat kuasa sebagai penggantungan perlaksanaan hukuman BAHAGIAN VII AM 71. Kesalahan tatatertib 72. Kaedah-kaedah ini tidak mengurangkan tanggungan jenayah PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 16C Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (Akta 30), Lembaga Pengarah Universiti Pendidikan Sultan Idris membuat kaedah-kaedah yang berikut: BAHAGIAN I PERMULAAN Nama 1. Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Tatatertib Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999. Tafsiran 2. Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain- “arahan lalu lintas” ertinya apa-apa perintah, arahan atau petunjuk yang diberikan oleh seseorang orang yang diberi kuasa kepada mana-manaorang yang menggunakan jalan atau kenderaan di dalam Kampus. “asrama” ertinya apa-apa kemudahan, dengan apa-apa jua nama yang dipanggil, yang disediakan oleh Universiti bagi kediaman pelajar; “bilik tatatertib” ertinya sesuatu bilik yang diuntukkan bagi maksudmenjalankan prosidin tatatertib amnya atau bagi maksud prosidingtatatertib yang tertentu; 11


“dadah” ertinya apa-apa dadah atau bahan yang pada masa ini disenaraikan dalam Jadual Pertama kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234); “isyarat lalu lintas” termasuklah isyarat, tiang isyarat amaran, tiang arahan, isyarat, tanda atau alat yang didirikan atau disediakan pada atau berhampiran dengan jalan untuk pengetahuan, panduan atau penunjuk orang-orang yang menggunakan jalan. “judi” ertinya bermain apa-apa permainan beradu nasib, atau gabungan beradu nasib dan kemahiran, bagi wang atau nilai wang, dan termasuklah apa-apa pertaruhan atau apa-apa loteri. “Kampus” ertinya Kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris termasuklah semua asrama, institusi dan bangunan Universiti. “kakitangan” ertinya mana-mana pekerja Universiti. “kenderaan” ertinya satu struktur yang boleh bergerak atau digerakkan atau digunakan bagi membawa mana-mana orang atau benda dan yang bersentuhan dengan permukaan bumi apabila bergerak; “kenderaan bermotor” ertinya tiap-tiap perihal kenderaan yang digerakkan oleh jentera mekanisme yang terkandung di dalam badan kenderaan badan itu dan dibina atau disesuaikan supaya boleh digunakan di atas jalan, dan termasuklah apa-apa kenderaan yang ditarik oleh satu kenderaan motor sama ada atau tidak bahagian daripada kenderaan yang ditarik itu menindih atas kenderaan motor yang menariknya. “kesalahan tatatertib” ertinya suatu kesalahan di bawah Kaedah-Kaedah ini; “meletak kereta” ertinya membawa sesuatu kenderaan kepada keadaan yang tidak bergerak dan menyebabkan kenderaan itu menunggu bagi apaapa maksud selain mengambil atau menurunkan dengan serta-merta orang, barang-barang atau bagasi; “menipu” termasuklah meniru; “minuman keras” ertinya apa-apa minuman keras yang mempunyai apaapa kekuatan alkohol; “Naib Canselor” ertinya Naib Canselor Universiti, dan termasuklah manamana orang yang diberi kuasa oleh Naib Canselor untuk bertindak bagi pihaknya; “orang yang diberi kuasa” ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk bertindak bagi pihak Universiti; “pelajar” termasuklah mana-mana pelajar lepasan ijazah, pelajar sambilan, pelajar di bawah rancangan pengajian jarak jauh atau luar Universiti dan pelajar-pelajar yang mengikuti kursus sepenuh masa atau sambilan di Universiti; 12


“pelajar pemegang biasiswa” termasuklah mana-mana pelajar yang sedang belajar atas biasiswa, dermasiswa, pinjaman, tajaan, cuti bergaji atau tanpa gaji, atau atas pemberian atau apa-apa kemudahan lain, daripada mana-mana Kerajaan, institut, pihak berkuasa berkanun, organisasi perdagangan atau perniagaan atau badan lain; “pelajar menetap” ertinya seseorang pelajar yang menetap di dalam asrama; “Pengetua” ertinya pegawai utama yang menjaga sesuatu asrama ; “peperiksaan” termasuklah apa-apa cara atau kaedah penilaian yang menyebabkan markah atau gred diberikan bagi sesuatu kursus atau sebahagian daripada kursus tertentu; “pihak berkuasa tatatertib” ertinya Naib Canselor atau, jika berkenan, mana-mana Timbalan Naib Canselor, mana-mana anggota kakitangan, mana-mana pegawai atau mana-mana pekerja Universiti, yang diwakilkan oleh Naib Canselor dengan tugas, kuasa atau kewajipan tatatertib di bawah sebseksyen 16B(3) Akta; “prosiding tatatertib” ertinya prosiding tatatertib di bawah KaedahKaedah ini; “racun” ertinya apa-apa bahan yang dinyatakan melalui nama dalam ruang pertama Senarai Racun kepada Akta Racun 1952(Akta 366) dan termasuklah apa-apa sediaan, larutan, sebatian, campuran atau bahan semulajadi yang mengandungi bahan itu. BAHAGIAN II TATATERTIB AM Larangan am 3. Seseorang pelajar tidak boleh-\ (a) Menjalankan urusannya, sama ada di dalam Kampus atau di luar Kampus, dalam apa-apa cara yang merosakkan memudaratkan;(i) Kepentingan, kesejahteraan atau nama baik Universiti, manamana pelajar, kakitangan, pegawai atau pekerja Universiti; atau (ii) Ketenteraman atau keselamatan awam, moral, kesopanan atautatatertib; (b) Mencabuli apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, sama di dalam Kampus atau di luar Kampus (c) Menggangu atau dalam apa-apa cara campurtangan, atau menyebabkan supaya diganggu atau dalam apa-apa cara campurtangan, apa-apa pengajaran, pengajian, penyelidikan, kerja pentadbiran, atau apa-apa kegiatan yang dijalankan oleh atau di bawah arahan atau dengan kebenaran Unversiti; (d) Melarang, menghalang atau mengganggu, atau menyebabkan supaya dilarang, dihalang atau diganggu, mana-mana pegawai atau pekerja Universiti atau mana-mana orang yangbertindak di bawah arahan atau kebenaran pegawai atau pekerja itu, daripada menjalankan kerja, kewajipan atau tugasnya. 13


(e) Melarang atau menghalang, atau menyebabkan supaya dilarang atau dihalang, mana-mana pelajar daripada menghadiri mana-mana kuliah, tutorial atau kelas, atau daripada mengambil bahagian dalam apa-apa kegiatan yang sah; (f) Menganjur, menghasut atau menyertai pemulauan apa-apa pemeriksaan, atau di bawah arahan atau dengan kebenaran Universiti; (g) Merosak, mengubah, mengganggu, mengalih atau dalam apa-apa cara berurusan dengan apa-apa bahan, objek, artikel atau harta dalam Universiti; (h) Melakukan apa-apa perbuatan atau menyebabkan apa-apa perbuatan dilakukan di dalam Kampus, supaya menyebabkan atau mungkin menyebabkan apa-apa halangan, kesulitan, kegusaran, kerugian atau kerosakan kepada mana-mana orang di dalam Universiti; (i) Melanggar apa-apa arahan atau kehendak Pustakawan Universiti, anggota kakitangan perpustakaan atau pekerja perpustakaan lain berkenaan dengan penggunaan perpustakaan, buku-buku dalam perpustakaan dan kemudahan-kemudahan lain dalam perpustakaan; (j) Melanggar apa-apa arahan atau kehendak seseorang yang diberi kuasa berkenaan dengan penggunaan mana-mana makmal, perkakas atau bahan, dan kemudahan lain dalam makmal. Menghadiri kuliah 4. (1) Jika seseorang pelajar dikehendaki menghadiri mana-mana kuliah, tutorial, kelas atau pengajaran lain berhubungan dengan kursus pengajiannya, dia tidak boleh tidak hadir kuliah, tutorial, kelas atau pengajaran lain yang berhubungan dengan kursuspengajiannya itu tanpa kebenarannya terdahulu Dekan Fakulti atau Sekolah, atau Ketua Pusat, Akademik atau Institut, mengikut mana-mana yang berkenaan; (2) Jika hal keadaaan tidak membenarkan kebenaran terdahulu diperoleh, pelajar hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh selepas itu, memuasan hati Dekan atau Ketua, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan ketidakhad irannya dan memperoleh kelulusan berkenaan dengan ketidakhadirannya itu. Sekatan ke atas penggunaan teks kuliah 5. (1) Tertakluk kepada subkaedah (2), seseorang pelajar tidak boleh menggunakan teksmana-mana kuliah atau pengajaran yang disampaikan kepadanya di Universiti kecuali bagi maksud mengikuti kursus pengajiannya ; terutamanya, dia tidak boleh membuatsalinan dalam apa-apa cara tentang kesemua atau mana-,mana bahagian teks itu bagi maksud penerbitan, pembahagian atau pengedaran, samada untuk bayaran atau tidak. 14


(2) Tiada apa-apa jua dalam kaedah ini boleh disifatkan sebagai menghadkan budi bicara Naib Canselor untuk mengeluarkan garis panduan bagi membenarkan seseorang pelajar, atau sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, membuat salinan teks mana-mana kuliah atau pengajaran di bawah kawalan dan arahan Naib Canselor, atau Dekan Fakulti atau Sekolah, atau Ketua Pusat, Akademik atau Institut, dan Naib Canselor boleh mengenakan dalam garis panduan itu apa-apa terma dan syarat yang disifatkannya perlu atau sesuai berkenaan dengan pengeluaran semula teks mana-mana kuliah atau pengajaran. Larangan terhadap plagiarisme 6. (1) Seseorang pelajar tidak boleh memplagiat apa-apa idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain. (2) Bagi maksud kaedah ini, plagiarisme termasuklah - (a) Perbuatan mengambil sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain dan mendakwa bahawa idea, penulisan, data atau ciptaan itu adalah hasil dapatan atau ciptaan sendiri; atau (b) Suatu cubaan untuk menonjolkan atau perbuatan menonjolkan, dalam apa-apa cara, bahawa dia adalah sumber asal atau pencipta sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan yang adalah sebenarnya diambil daripada beberapa sumber lain. (3) Tanpa menjejaskan keluasan makna subkaedah (2), seseorang pelajar memplagiat apabila dia- (a) Menerbitkan, dengan dirinya sebagai pengarang, suatu ringkasan, artikel, kertas saintifik atauakademik, atau buku yang adalah keseluruhannya atau sebahagiannya ditulis oleh beberapa orang lain. (b) Menggabungkan dirinya atau membenarkan dirinya digabungkan sebagai pengarang bersama sesuatu ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademik, ataubuku, apabila dia tidak langsung membuat apa-apa sumbangan bertulis kepadaringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademik, atau buku; (c) Memaksa orang lain untuk memasukkan namanya dalam senarai penyelidik bersama bagi sesuatu projek penyelidikan tertentu atau dalam senarai penyelidik bersama bagi penerbitan apabila ia tidak membuat apa-apa sumbangan yang bolehmelayakkan dirinya sebagai penyelidik bersama atau pengarang bersama; (d) Memetik data akademik yang adalah hasil penyelidikan yang dijalankan oleh beberapa orang lain, seperti dapatan makmal atau dapatan kerja lapangan atau data yang diperoleh melalui penyelidikan perpustakaan, samada diterbitkan atau tidakditerbitkan, dan menggabungkan data tersebut sebagai sebahagian daripada penyelidikan akademiknya tanpa memberi pengiktirafan sewajarnya kepada sumber asal;. (e) Menggunakan data penyelidikan yang diperoleh melalui kerja usaha sama dengan beberapa orang lain, sama ada atau tidak orang lain itu anggota kakitangan atau pelajar Universiti sebagai sebahagian daripada penyelidikan akademik yang berbeza yang lain, atau bagi penerbitan atas namanya sendiri sebagai pengarang tunggal, tanpa memperoleh keizinan penyelidik bersamanya sebelum memulakan penyelidikan peribadinya atau sebelum menerbitkan data; 15


(f) Menyalin idea atau ciptaan orang lain yang disimpan dalam apaapa jua bentuk, sama ada bertulis, tercetak atau tersedia dalam bentuk elektronik atau dalam bentuk slaid, atau dalam apa-apa jua bentuk pengajaran atau perkakas penyelidikan atau dalam apa-apa bentuk lain dan mengaku sama ada secara langsung atau secara tidak langsung bahawa dia ialah pencipta idea atau ciptaan itu; (g) Menterjemahkan tulisan atau ciptaan orang lain daripada satu bahasa kepada bahasa lain sama ada atau tidak secara keseluruhan atau sebahagian, dan kemudian mengemukakan terjemahan itu dalam apa-apa jau bentuk atau cara sebagai penulisannya atau ciptaannya sendiri; (h) Memetik idea daripada penulisan atau ciptaan orang lain dan membuat beberapa ubahsuaian tanpa rujukan sewajarnya kepada sumber asal dan menyusun idea itu semula dalam apaapa cara yang seolah-olah dia ialah pencipta idea-idea itu; Kehadiran dalam peperiksaan 7. (1) Jika kursus pengajian seseorang pelajar memerlukan dia hadir bagi sesuatu peperiksaan dan dia tidak selainnya dihalang daripada peperiksaan itu, dia tidak boleh tidak hadir tanpa kebenaran terdahulu Dekan Fakulti atau Sekolah, atau Ketua Pusat, Akademik atau Institut, mengikut mana-mana yang berkenaan; (2) Jika hal keadaan tidak membenarkan kebenaran terdahulu diperoleh, pelajar hendaklah memuaskan hati Dekan atau Ketua, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan ketakhadirannya dan memperoleh kelulusan berkenaan dengan ketakhadirannya itu. Kelakuan semasa peperiksaan 8. Tiada pelajar boleh- (a) Mengambil apa-apa buku, kertas kerja, dokumen, gambar atau benda lain kecuali yang diberi kuasa oleh pemeriksa ke dalam atau ke luar dari sesuatu bilik peperiksaan atau menerima apa-apa buku, kertas kerja, dokumen, gambar atau benda lain daripada mana-mana orang lain semasa dalam bilik peperiksaan, kecuali seorang pelajar boleh, semasa dia di dalam bilik peperiksaan, menerima daripada pengawas peperiksaan apa-apa buku, kertas kerja, dokumen, gambar atau benda lain yang telah disyorkan oleh Pemeriksa atau Lembaga Pemeriksa dan diberi kuasa oleh Naib Canselor; (b) Menulis, atau telah menulisnya melalui orang lain, apa-apa maklumat atau gambar rajah yang mungkin berkaitan dengan peperiksaan yang didudukinya, di atas tangannya atau di atas mana-mana bahagian lain tubuh badannya, atau di atas pakaiannya; (c) Berhubung dengan mana-mana pelajar lain semasa sesuatu peperiksaan melalui apa-apa jua cara; atau (d) Menipu atau cuba untuk menipu atau berkelakuan mengikut cara yang boleh ditafsirkan sebagai menipu atau cuba untuk menipu dalam sesuatu peperiksaan, semasa peperiksaan itu sedang dijalankan. 16


Menganjurkan perhimpunan 9. (1) Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh, tanpa kebenaran terdahulu Naib Canselor, mengadakan, menganjurkan, atau memanggil, atau menyebabkan supaya diadakan, dianjurkan atau dipanggil atau dalam apa-apa cara, terlibat dalam pengadaan, penganjuran, atau pemanggilan, atau menyebabkan supaya diadakan, dianjurkan, atau dipanggil atau dalam apa-apa cara terlibat dalam melakukan apa-apa perbuatan untuk mengadakan, menganjurkan, atau memanggil, apa-apa perhimpunan yang lebih daripada 5 orang dalam bahagian mana-mana kampus atau atas mana-mana tanah atau dalam mana-mana bangunan yang dipunyai oleh atau di bawah milikan atau kawalan Universiti atau yang digunakan bagi maksud Universiti; (2) Dalam memberi kebenaran yang tersebut dalam subkaedah (1), Naib Canselor boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma atau syarat yang disifatkannya perlu atau sesuai. (3) Tiada pelajar boleh menghadiri atau menyertai sesuatu perhimpunan yang diadakan yang berlanggaran dengan subkaedah (1) atau (2). Pembesar suara 10. (1) Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh memiliki, atau menggu nakan, atau mempunyai dalam milikan, atau jagaan atau kawalan pelajar atau pertubuhan,badan atau kumpulan pelajar, bagi maksud upacara awam, apa-apa pembesar suara, pelaung suara, penguat suara atau alat-alat serupa lain tanpa kelulusan terdahulu NaibCanselor (2)Dalam memberikan kelulusan dalam subkaedah (1),Naib Canselor boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma atau syarat yang disifatkan perlu atau sesuai. Sepanduk 11. Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh : (a) Membuat atau menyebabkan supaya dibuat atau melakukan apa-apa perbuatan untuk membuat atau menyebabkan supaya dibuat; (b) Mengibar, mempamer, menunjukkan atau dalam apa-apa cara menggunakan atau menyebabkan supaya dikibar, dipamer, atau ditunjukkan atau dalam apa-apa cara menggunakan; (c) Memiliki atau mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalan pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, apa-apa bendera, sepanduk, plakad, poster, lambing atau alat lain yang membawa kepada keadaan tidak disiplin, kekacauan, keingkaran atau pelanggaran Kaedah-Kaedah ini. Penerbitan dan dokumen 12. (1) Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau pertubuhan pelajar, tanpa kebenaran terdahulu Naib Canselor, boleh menerbitkan, membahagi- bahagikan atau mengedarkan apa-apa dokumen di dalam Kampus atau di luar Kampus (2) Dalam memberikan kebenaran dalam subkaedah (1), Naib Canselor boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma atau syarat yang dia fikirkan perlu atau sesuai. (3) Kebenaran yang dikehendaki dalam kaedah ini hendaklah sebagai tambahan bagi apa-apa lesen, permit atau apa-apa bentuk lain pemberikuasaan yang dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain. 17


Kegiatan pelajar di luar Kampus 13. (1) Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh menganjurkan, menjalankan atau menyertai apa-apa kegiatan di luar Kampus yang mendatangkan kesan buruk secara langsung kepada Universiti atau yang memudaratkan kepentingan Universiti. (2) Naib Canselor boleh mengeluarkan garis panduan berkenaan dengan kegiatan yang memudaratkan kepentingan Universiti. Pelajar yang melibatkan diri dalam pekerjaan 14. Tiada pelajar boleh, di dalam Kampus atau di luar Kampus, melibatkan diri dalam apa-apa pekerjaan, penggajian, perniagaan, perdagangan atau kegiatan lain, sama ada atas dasar sepenuh masa atau sambilan, yang pada pendapat Naib Canselor tidak diingini Representasi berhubung dengan Universiti 15. Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh, tanpa kelulusan Naib Canselor terlebih dahulu, membuat apa-apa representasi atau apa-apa perhubungan lain, sama ada secara berlisan atau bertulis atau dalam apa-apa cara lain, kepada mana-mana pegawai awam atau kepada akhbar atau kepada orang ramai dalam perjalanan kuliah, ucapan atau pernyataan awam atau dalam perjalanan apa- apa penyiaran melalui bunyi atau gambar yang berhubungan dengan sesuatu perkara berkaitan dengan Universiti atau dengan kakitangan atau pelajar Universiti atas sifat mereka sebagai kakitangan atau pelajar Universiti, atau berkaitan dirinya atas sifatnya sebagai pelajar Universiti. Bantahan pelajar terhadap kemasukan orang-orang ke dalam Kampus 16. Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh membuat apa-apa bantahan, sama ada secara lisan atau bertulis atau apa-apa cara lain, terhadap kemasukan ke dalam, atau kehadiran dalam, atau larangan atau pemecatan mana-mana orang, badan atau kumpulan orang dari Kampus. Judi di dalam Kampus 17. (1) Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh menganjur, mengurus atau menjalankan, atau mengambil bahagian dalam, apa-apa perjudian, loteri atau pertaruhan di dalam Kampus. (2) Larangan dalam subkaedah (1) tidak terpakai bagi apaapa perjudian, loteri atau pertaruhan di dalam Kampus yang dianjur, diurus atau dijalankan oleh Universiti mengikut mengikut mana-mana undang-undang bertulis. Meminum minuman keras dan berkelakuan tidak senonoh 18. (1) Tiada pelajar boleh, di dalam Kampus, meminum atau mempunyai di dalam milikannya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa minuman keras. (2) Mana-mana pelajar yang didapati berada dalam keadaan mabuk atau yang berkelakuan tidak senonoh di bawah pengaruh minuman keras, di dalam Kampus adalah melakukan suatu kesalahan tatatertib. 18


Artikel lucah 19. (1) Tiada pelajar boleh, di dalam Kampus mempunyai, dalam milikannya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa artikel lucah. (2) Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh membahagi-bahagikan, mengedarkan atau mempamerkan, atau menyebabkan supaya dibahagi-bahagikan, diedarkan atau dipamerkan, atau dalam apa-apa cara mengambil bahagian dalam pembahagian, pengedaran atau mempamerkan, apa-apa artikel lucah di dalam Kampus. (3) Seseorang pelajar hendaklah disifatkan sebagai membahagibahagikan,mengedarkan atau mempamerkan sesuatu artikel lucah, tidak kira sama ada pembahagian, pengedaran atau mempamerkan itu kepada satu orang sahaja atau kepada lebih daripada satu orang dan tidak kira sama ada atau tidak pembahagian, pengedaran atau pameran itu adalah bagi bayaran atau bagi apa-apa balasan lain. Dadah dan racun 20. (1) Tiada pelajar boleh mempunyai dalam milikannya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa dadah atau racun (2) Tiada pelajar boleh memberikan, membekalkan, memberikan, mengadakan atau menawarkan atau bercadang untuk memberikan, membekalkan, mengadakan atau menawarkan apa-apa dadah atau racun kepada mana-mana orang. (3) Tiada pelajar boleh makan melalui mulut atau menghisap atau menyedut, atau memasuk kan ke dalam badannya dengan suntikan atau dalam apa-apa jua cara lain, apa-apa dadah atau racun. (4) Tiada apa-apa jua dalam kaedah ini boleh disifatkan sebagai melarang seseorang pelajar daripada menjalani apa-apa rawatan oleh atau di bawah preskripsi pengamal perubatan yang berdaftar di bawah Akta Perubatan 1971 (Akta 50). (5) Mana-mana pelajar yang didapati di bawah pengaruh mana-mana dadah atau racun adalah melakukan suatu kesalahan tatatertib. (6)Naib Canselor boleh mengkehendaki seorang pelajar yang disyaki menagih dadah menjalani air kencing. (7) Jika seseorang pelajar enggan menyerah dirinya untuk menjalani ujian yang tersebut dalam subkaedah (6) dia adalah melakukan suatu kesalahan tatatertib. Kebersihan di dalam Kampus 21. Seseorang pelajar tidak boleh melakukan apa-apa yang boleh menjejaskan kebersihan dan kekemasan tempat tinggal seseorang pelajar di dalam Kampus, atau mana-mana asrama, dewan kuliah, jalan, kawasan atau mana-mana bahagian Kampus lain, atau mana mana bangunan atau binaan lain di dalam Kampus. Membuat bising 22. Seseorang pelajar tidak boleh membuat apa-apa bunyi bising, atau menyebabkan apa-apa bunyi bising dikeluarkan, dalam apa-apa cara, jika bunyi atau bising itu menyebabkan atau mungkin menyebabkan kemarahan atau gangguan kepada mana-mana orang di dalam Kampus. 19


Pemeriksaan ke atas pelajar yang disyaki mempunyai gangguan mental 23. Naib Canselor boleh menghendaki seseorang pelajar yang disyaki mempunyai gangguan mental menjalani pemeriksaan perubatan oleh pengamal perubatan yang berkelayakan. Tempat tinggal atau tempat tidur dalam Kampus 24. Tiada pelajar boleh menggunakan atau menyebabkan supaya digunakan mana-mana bahagian mana-mana bangunan di dalam Kampus sebagai tempat tinggal atau tempat tidur, kecuali tempat tidur yang disediakan untuknya dalam asrama oleh Universiti. Memasuki bahagian atau bangunan Kampus yang dilarang 25. Seseorang pelajar tidak boleh masuk ke dalam mana-mana bahagian Kampus atau mana-mana bahagian mana-mana bangunan di dalam Kampus, yang kemasukan ke dalamnya dilarang kepada pelajar amnya atau, terutamanya, kepada pelajar atau sesuatu kelaspelajar. Pakaian pelajar 26. Naib Canselor boleh mengeluarkan apa-apa arahan secara bertulis, yang difikirkannya perlu yang berhubungan dengan cara berpakaian pelajar di dalam Kampus. Keingkaran 27. Jika seseorang pelajar melanggar apa-apa arahan, secara bertulis, yang sah yang diberikan atau dibuat oleh mana-mana pegawai atau pekerja Universiti yang diberi kuasa untuk memberi atau membuat arahan atau kehendak di dalam Kampus, pelajar itu adalah melakukan suatu kesalahan tatatertib. BAHAGIAN III TATATERTIB ASRAMA Memasuki atau berada di dalam bilik pelajar menetap 28. (1) Tiada seorang pun boleh memasuki sesuatu bilik di dalam asrama yang diduduki oleh seseorang pelajar menetap kecuali pelajar menetap itu sendiri. (2) Subkaedah (1) tidak terpakai- (a) Bagi seseorang orang yang diberi kuasa yang memasuki bilik itu bagi maksud menjalankan tugas, kewajipan atau tanggungjawabnya; (b) Bagi seseorang yang memasuki bilik itu mengikut apa-apa kebenaran yang diberi oleh, atau bagi pihak, Pengetua; dan (c) bagi pelajar menetap daripada jantina yang sama yang memasuki bilik itu untuk melawat bagi maksud sosial biasa. (3) Maka hendaklah menjadi kewajipan seseorang pelajar menetap untuk memastikan bahawa sekatan dalam kaedah ini betul-betul dipatuhi. 20


Menghalang pegawai-pegawai daripada masuk dan menjalankan tugas 29. Seseorang pelajar menetap tidak boleh melakukan apa-apa untuk menghalang atau melarang seseorang orang yang diberi kuasa daripada memasuki bilik pelajar menetap itu dan menjalankan tugas, kewajipan atau tanggungjawabnya di dalam bilik itu. Berada di luar asrama pada waktu malam 30. Seseorang pelajar menetap tidak boleh, berada di luar asrama, selepas tengah malam kecuali dengan kebenaran yang diberi oleh atau bagi pihak Pengetua. Berada di dalam premis asrama selepas tengah malam 31. Selepas tengah malam, kecuali pelajar-pelajar menetap di dalam asrama mereka masing masing, tiada pelajar lain boleh berada di dalam premis asrama kecuali dengan kebenaran yang diberi oleh atau bagi pihak Pengetua. Menggunakan premis asrama dengan cermat dan larangan kacau ganggu 32. (1) Seseorang pelajar hendaklah menggunakan premis asrama dengan cermat yang sewajarnya dan tak boleh melakukan sesuatu yang boleh mencacatkan, mengotorkan atau menyebabkan apa-apa kerosakkan lain pada mana-mana bahagian, kawasan atau bangunan atau pada apa-apa benda atau lekapan di dalamnya. (2) Seseorang pelajar hendaklah dalam menggunakan premis asrama dan kemudahan-kemudahan di dalamnya, mengambil langkah berhati-hati bagi memastikan bahawa dia tidak menyebabkan apaapa kesulitan, kegusaran, halangan atau kacau ganggu kepada mana-mana orang lain. Bertukar bilik tanpa kebenaran terdahulu 33. Jika seseorang pelejar diuntukkan sebuah bilik di asrama untuk tinggal oleh Universiti, dia tidak boleh bertukar ke mana-mana bilik lain tanpa mendapat kebenaran terdahulu secara bertulis yang diberi oleh atau bagi pihak Pengetua Berpindah tempat tinggal 34. (1) Seseorang pelajar menetap tinggal di asrama mengikut budi bicara dan kehendak mutlak Universiti. (2) Universiti boleh menghendaki seseorang pelajar menetap mengosongkan biliknya di asrama atau memindahkannya ke tempat tinggal lain yang disediakan oleh Universiti pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa alasan. (3)Jika seseorang pelajar menetap mengosongkan biliknya di asrama atau memindahkannya ke tempat tinggal lain yang disediakan oleh Universiti pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa alasan. Kuasa pengetua untuk memberi perintah berkenaan dengan ketenteraman dan tatatertib 35. (1) Pengetua atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Naib Canselor boleh, dari semasa ke semasa, memberi secara lisan atau bertulis, apa-apa perintah, arahan atau petunjuk yang difikirkannya perlu atau sesuai untuk memelihara ketenteraman dan tatatertib di dalam asrama. 21


(2) Perintah,arahan atau petunjuk itu boleh secara amnya terpakai bagi semua pelajar atau seuatu kelas atau perihal pelajar atau seseorang pelajar tertentu dan hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap pelajar yang kepadanya perintah, arahan atau petunjuk itu terpakai untuk memematuhi dan melaksanakan perintah, arahan atau petunjuk itu. (3) Pihak berkuasa tatatertib boleh pada budi bicaranya,sebagai ganti mengambil prosiding tatatertib di bawah Bahagian V,mengenakan hukuman tatatertib terus dengan denda tidak melebihi lima puluh ringgit ke atas mana-mana pelajar yang melanggar mana-mana perintah, arahan atau petunjuk. Dengan syarat bahawa sebelum hukuman itu dikenakan di atas pelajar, pihak berkuasa tatatertib hendaklah memberitahunya tentang kesalahan tatatertib yang dilakukan olehnya dan memberinya suatu peluang untuk membuat, dengan serta merta, representasi lisan berkenaan dengan kesalahan itu. (4) Setelah pengenaan hukuman yang tersebut dalam subkaedah (3), pihak berkuasa tatatertib hendaklah dengan serta merta menyerahkan kepada pelajar suatu notis bertulis tentang pengenaan hukuman itu dalam apa- apa bentuk yang diarahkan oleh Naib Canselor, dan berkenaan dengan denda yang dikenakan peruntukan Kaedah 63 dan 64 hendaklah terpakai. BAHAGIAN IV TATATERTIB LALU LINTAS JALAN Kebenaran bertulis bagi pelajar yang menyimpan, memiliki atau mempunyai kenderaan motor di dalam Kampus 36. (1) Seseorang pelajar yang bercadang untuk menyimpan, mempunyai dalam milikannya atau mempunyai apa-apa kenderaan motor di dalam Kampus hendaklah, pada mulanya, memohon dan memperoleh daripada Naib Canselor suatu kebenaran bertulis berkenaan dengan kenderaan motor itu; permohonan dan kebenaran bertulis itu hendaklah dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditetapkan oleh Naib Canselor, tertakluk kepada subkaedah (2). (2) Permohonan bagi kebenaran itu hendaklah dibuat oleh pelajar secara bertulis dengan menyatakan perihalan kenderaan motor itu dan hendaklah disenarai dengan lesen kenderaan motor semasa polisi insurans pihak ketiga semasa berkenaan dengan kenderaan motor itu dan lesen memandu yang sah berkenaan dengan permohonan itu. (3) Kebenaran Naib Canselor hendaklah dipamerkan pada bila-bila masa secara mudah dilihat di atas kenderaan motor. (4) Kebenaran itu hendaklah diperbaharui pada setiap tahun dan peruntukan Subkaedah(1) dan (2) hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi sesuatu permohonan untuk perbaharuan. (5) Naib Canselor boleh enggan memberi kebenaran atau membatalkan apa-apa kebenaran yang diberikan jika dia berpuas hati bahawa kebenara atau pembatalan apa-apa kebenaran itu bukan untuk kepentingan Universiti bagi pelajar memegang kebenaran itu. Daftar kenderaan motor pelajar 37. Naib Canselor hendaklah menyebabkan supaya disenggarakan suatu daftar bagi semua kend eraan motor yang disimpan, dimiliki atau dipunyai oleh pelajar dalam Kampus dalam apa-apa bentuk yang difikirkan patut oleh Naib Canselor. 22


Had laju 38. Tiada pelajar boleh memandu kenderaan motor di dalam Kampus pada kelajuan yang lebih daripada yang ditunjukkan oleh isyarat lalu lintas. Kenderaan motor hendaklah dipandu hanya atas jalan raya 39. Tiada pelajar boleh memandu kenderaan motor dimana-mana tempat selain di bahagian jalan yang digunakan sebagai jalan laluan bagi kenderaan motor; khususnya, tiada kendeaan motor boleh dipandu oleh pelajar di atas laluan jalan kaki, bahu jalan, tepi rumput, lorong jalan kaki, koridor, beranda, kakilima, laman dalam atau dalam manamana bahagian mana-mana bangunan atau tempat lain sama ada di sisi jalan laluan atau selainnya, yangbiasanya tidak dimaksudkan atau tidak disediakan secara khas untuk laluan kenderaan motor. Meletak kenderaan secara menghalang 40. Tiada pelajar boleh meletak apa-apa kenderaan di mana –mana tempat atau dalam apa-apa cara yang menyebabkan bahaya, halangan atau kesulitan kepada mana-mana orang atau kenderaan motor lain. Menggunakan ruang letak kereta yang diuntukkan 41. Jika suatu ruang letak kereta diuntukkan bagi kenderaan motor tertentu, tiada pelajar boleh meletak kenderaan motor lain dalam ruang letak kereta itu. Membonceng 42. (1) Seseorang pelajar yang memandu motosikal beroda dua tidak boleh membawa lebih daripada satu orang di atas motosikal itu. (2) Tiada pelajar boleh membawa seseorang di atas motosikal beroda dua melainkan jika orang itu duduk menunggang motosikal itu di belakang tempat duduk pemandu di atas tempat duduk yang direka bentuk dengan sempurna dan dipasang dengan kukuh pada motosikal itu. (3) Seseorang pelajar tiadak boleh membenarkan dirinya dibawa di atas motosikal beroda dua yang dipandu oleh seseorang, sama ada seorang pelajar atau bukan yang berlanggaran dengan subkaedah (1) dan (2). Arahan dan isyarat lalu lintas 43. Seseorang pelajar hendaklah mematuhi semua arahan lalu lintas dan isyarat lalu lintas. Pengeluaran lesen memandu dan kad matrikulasi 44. Mana-mana pelajar yang memandu atau yang menjaga atau mengawal sesebuah kenderaan motor hendaklah membawa bersamanya sesuatu lesen memandu yang sah yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan kad matrikulasinya dan hendaklah mengeluarkan lesen memandu atau kad matrikulasi untuk diperiksa oleh seseorang orang yang diberi kuasa apabila dikehendaki berbuat demikian. 23


Halangan kepada aliran lalu lintas 45. Seseorang pelajar tidak boleh berkelakuan dalam apa- apa cara, atau melakukan apa-apa perbuatan, yang menghalang atau mengganggu perjalanan lalu lintas yang licin dan teratur di dalam Kampus. 46. (1) Seseorang pelajar melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah Kaedah- Kaedah ini jika dia melakukan apa-apa perbuatan di dalam Kampus yang adalah suatu kesalahan dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah akta itu akan disifatkan telah dibuat di bawah Akta itu. (2) Maka hendaklah menjadi satu pembelaan bagi apa-apa pertuduhan kesalahan tatatertib di bawah subkaedah (1) jika seseorang pelajar mengemukakan keterangan untuk menunjukkan bahawa dia telah atau sedang dalam proses menghadapi tindakan dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah akta itu atau disifatkan telah dibuat di bawah akta itu bagi kesalahan itu. Hukuman tatatertib terus 47. (1) Pihak berkuasa tatatertib boleh pada budi bicaranya, sebagai ganti mengambil prosiding tatatertib di bawah bahagian V, mengenakan hukuman tatatertib terus dengan amaran atauterus dengan denda tidak boleh melebihi lima puluh ringgit ke atas mana-mana pelajar yang melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah Bahagian ini dengan kehadiran atau pendapat pihak berkuasa tatatertib: Dengan syarat bahawa sebelum apa-apa hukuman dikenakan ke atas pelajar, pihak berkuasa tatatertib hendaklah memberitahunya tentang kesalahan tatatertib yang dilakukan olehnya dan memberinya suatu peluang untuk membuat, dengan sertamerta, representasi lisan berkenaan dengan kesalahan itu. (2) Setelah pengenaan hukuman yang disebut dalam subkaedah (1) pihak berkuasa tatatertib hendaklah dengan serta-merta menyerahkan kepada pelajar suatu notis bertulis tentang pengenaan hukuman itu dalam apa-apa bentuk yang diarahkan oleh Naib Canselor, dan jika hukuman yang dikenakan adalah suatu denda peruntukan Kaedah 63 dan 64 hendaklah terpakai. BAHAGIAN V TATACARA TATATERTIB Hukuman Tatatertib 48. Seseorang pelajar yang melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah kaedah-kaedah ini dan didapati bersalah atas kesalahan itu boleh dikenakan mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai yang berikut: 24


(a) Amaran; (b) Denda tidak melebihi dua ratus ringgit; (c) Dilarang daripada mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian tertentu Universiti bagi tempoh yang ditetapkan; (d) Digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti bagi tempoh yang ditetapkan; (e) Dipecat dari Universiti; Kehadiran dihadapan pihak berkuasa tatatertib 49. Jika pada pendapat pihak berkuasa tatatertib bahawa seseorang pelajar telah melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah kaedah-kaedah ini, pihak berkuasa tatatertib hendaklah memberitahu pelajar tentang kesalahan tatatertib yang didakwa itu dan mengkehendaki pelajar itu hadir di hadapannya di suatu bilik tatatertib pada tarikh dan masa yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Akibat tidak hadir di hadapan pihak berkuasa tatatertib 50. Jika seseorang pelajar tidak hadir di hadapan pihak berkuasa tatatertib mengikut Kaedah 49, dia hendaklah dengan serta-merta digantung daripada menjadi pelajar Universiti dan tidak boleh selepas itu berada di dalam atau memasuki kampus; penggantungan itu hendaklah berterusan sehingga pelajar menawar untuk hadir di hadapan pihak berkuasa tatatertib dan ada, hakikatnya, ditetapkan oleh pihak berkuasa tatatertib selepas pelajar itu menawarkan untuk hadir di hadapan pihak berkuasa tatatertib. Penjelasan fakta dan pengambilan rayuan 51. Dalam prosiding tatatertib, pihak berkuasa tatatertib hendaklah menjelaskan kepada pelajar tentang fakta kesalahan tatatertib yang didakwa telah dilakukan oleh pelajar dan meminta pelajar membuat pengakuan atas kesalahan itu. Pengakuan bersalah dan tatacara berikutnya 52. (1) Jika pelajar mengaku salah, pihak berkuasa tatatertib hendaklah menerangkan kepadanya tentang fakta kes. (2) Jika pelajar mengaku tentang fakta ini dan pihak berkuasa tatatertib berpuas hati bahawa suatu kesalahan pada hakikatnya telah dilakukan daripada fakta tersebut, pihak berkuasa tatatertib hendaklah mengumumkan dia bersalah atas kesalahan tatatertib dan memintanya untuk mengemukakan apa-apa rayuan untuk meringankan hukuman. Tatatertib apabila pelajar mengaku tidak bersalah 53. (1) Jika pelajar mengaku bahawa tidak bersalah atas kesalahan tatatertib atau gagal atau enggan membuat pengakuan atau tidak mengaku akan fakta kes,pihak berkuasa tatatertib hendaklah memeriksa mana- mana saksi atau apa-apa dokumen atau artikel lain bagi menyokong kes terhadap pelajar;pelajar hendaklah diminta menyoal saksi dan memeriksa apa-apa dokumen atau artikel dan pihak berkuasa tatatertib boleh memeriksa semula saksi. (2) Bagi maksud subkaedah (1), saksi hendaklah dipanggil untuk memberi keterangan dalam pembicaraan oleh Naib Canselor. 25


Keterangan pelajar 54. Selepas keterangan yang tersebut dalam Kaedah 53 diterima dan pihak berkuasa tatatertib mendapati bahawa ada suatu kes untuk dijawab, pelajar hendaklah diminta memberi keterangannya, memanggil mana- mana saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen atau apa-apa artikel lain bagi pembelaannya; pihak berkuasa tatatertib boleh menyoal pelajar atau mana-mana daripada saksinya itu. Memanggil semula saksi 55. Pihak berkuasa tataertib boleh menyoal atau memanggil semula mana-mana saksi pada bila-bila masa sebelum pihak berkuasa itu mengumumkan keputusannya. Pengumuman keputusan 56. Selepas mendengar keterangan saksi-saksi dan memeriksa dokumen atau artike lain yang dikemukakan di hadapannya, pihak berkuasa tatatertib hendaklah mengumumkan keputusannya dalam kes itu, dan jika pihak berkuasa itu memutuskan bahawa pelajar adalah bersalah atas kesalahan tatatertib, pihak berkuasa itu hendaklah meminta pelajar membuat apa-apa rayuan untuk meringankan hukumannya. Penggunaan hukuman 57. Selepas pelajar mengemukakan hujah bagi meringankan hukumanya, jika ada, di bawahKaedah 52 atau 56, mengikut mana-mana yang berkenaan,pihak berkuasa tatatertib hendaklah mengenakan ke atas pelajar atau daripada hukuman yang dinyatakan dalam Kaedah 48 atau mana-mana dua atau lebih gabungan hukuman yang sesuai. Jagaan pelupusan barang kes 58. (1) Pihak berkuasa tatatertib boleh memerintah apa-apa atau artikel lain yang dikemukakandi hadapannya dalam perjalanan mana-mana prosiding tatatertib supaya disimpan dalam jagaannya atau dalam jagaan orang yang dinyatakan oleh pihak berkuasa tatatertib sementara menanti tamatnya prosiding tatatertib itu. (2) Pihak berkuasa tatatertib hendaklah, apabila tamat prosidingtatatertib di hadapannya membuat apa-apa perintah sebagaimana yang difikirkannya patut untuk melupuskan apa-apa dokumen atau artikel lain yang dikemukakan diperintah itu mula berkuat kuasa samada secara serta-merta atau pada suatu masa yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tatatertib itu. (3) Kuasa pihak berkuasa tatatertib di bawah subkaedah (2) hendaklah termasuk kuasa untuk memerintah pemusnah apa-apa dokumen atau artikel lain atau lain atau perlucutan dokuman atau artikel lain kepada Universiti. Nota bertulis mengenai prosiding tatatertib 59. Pihak berkuasa tatatertib, hendaklah membuat atau menyebabkan supaya dibuat nota-nota bertulis mengenai semua prosiding tatatertib dihadapannya tetapi nota-nota itu tidak perlu dibuat kata demi kata. 26


Jagaan nota 60. Nota-nota mengenai prosiding tatatertib hendaklah disimpan dalam jagaan Naib Canselor Daftar prosiding tatatertib 61. Naib Canselor hendaklah menyenggara suatu daftar bagi semua prosiding tatatertib yang dijalankan di bawah Kaedah-Kaedah ini; daftar itu hendaklah merekod nama pelajar, butir- butir kesalahan tatatertib, kemajuan perjalanan prosiding, keputusan prosiding, dan maklumat-maklumat atau butir-butir lain sabagaimana yang diarahkan oleh Naib Canselor. Laporan prosiding kepada ibubapa, Menteri. 62. (1) Jika seseorang pelajar didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, Naib Canselor hendaklah menghantar suatu laporan berkenaan dengan prosiding tatatertib itu kepada orang-orang yang berikut: (a) Menteri (b) Ibubapa atau penjaga pelajar (c) Dalam hal pelajar pemegang biasiswa, kepada pihak berkuasa atau badan penaja biasiswa atau pemberi biasiswa itu; dan (d) Dalam hal pelajar yang juga seorang pekerja Kerajaan, kepada Ketua Jabatan pekerja itu. (2) Orang yang tersebut dalam perenggan (b) hingga (d) subkaedah (1) hendaklah atas per mohonan diberikan salinan nota prosiding tatatertib yang ditentusahkan setelah dibayar if yang ditetapkan oleh Naib Canselor, yang fi itu tidak boleh, dalam apa-apa hal, lebih daripada lima puluh ringgit. (3) Suatu salinan nota prosiding tatatertib yang ditentusahkan berkenaan dengan mana-mana kes tertentu hendaklah diberi oleh Naib Canselor kepada Menteri jika Menteri berkehendakkan nota prosiding itu. Bayaran denda. 63. (1) Jika pihak berkuasa tatatertib mengenakan hukuman denda ke atas pelajar, pihak berkuasa tatatertib hendaklah menyatakan tempoh yang denda hendaklah dibayar dan pelajar hendaklah membayar denda dalam tempoh tersebut kepada Bendahari. (2) Tempoh yang tersebut dalam subkaedah (1) hendaklah tidak kurang dari empat belas hari dari tarikh keputusan pihak berkuasa tatatertib. Tidak membayar denda 64. Jika pelajar tidak membayar denda dalam tempoh yang ditetapkan, dia hendaklah dengan serta merta digantung daripada menjadi pelajar Universiti dan tidak boleh selepas itu berada di dalam atau memasuki Kampus; penggantungan itu hendaklah berterusan hingga denda dibayar. 27


Perintah pampasan. 65. (1) Jika apa-apa hukuman tatatertib telah dikenakan ke atas seseorang pelajar, pihak berkuasa tatatertib boleh, sebagai tambahan, memerintah membayar pampasan sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan apa-apa kerosakan pada mana-mana harta atau apa-apa kerugian atau kecederaan kepada mana-mana orang yang pelajar itu mungkin dapati bertanggungjawab atasnya oleh pihak berkuasa tatatertib itu. (2) Seseorang pelajar boleh diperintahkan membayar pampasan di bawah kaedah ini tidak kira sama ada harta yang rosak itu kepunyaan Universiti atau mana-mana orang lain. (3) Amaun pampasan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tatatertib di bawah subkaedah (1) hendaklah amaun yang adil dan munasabah dengan mengambil kira semua hal perkara kes dan orang yang terlibat dalam kes itu. (4) Pampasan yang ditetapkan di bawah subkaedah (1) hendaklah dibayar oleh pelajar kepada Bendahari dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tatatertib. (5) Peruntukan kaedah 61 hendaklah terpakai mutatis mutandis jika pelajar gagal membayar pampasan yang ditetapkan di bawahsubkaedah (1) dalam tempoh yang ditetapkan di bawah subkaedah (4). (6) Bendahari hendaklah membayar pampasan yang dibayar oleh pelajar di bawah subkaedah (4) kepada orang yang ditentusahkan oleh pihak berkuasa tatatertib sebagai orang yang berhak menerima bayaran. (7) Apa-apa pampasan yang kena dibayar atau dibayar di bawah Kaedah- Kaedah ini hendaklah tanpa menjejaskan hak mana-mana orang untuk memulakan prosiding sivil dalam mahkamah undang-undang bagi kerosakan atau pampasan berkenaan dengan kerosakan, kerugian atau kecederaan yang tersebut dalam subkaedah (1), atau hak mana-mana orang untuk menerima apa-apa bayaran atau pampasan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain berkenaan dengan kerosakan, kerugian atau kecederaan itu. Orang yang boleh hadir dalam prosiding tatatertib 66.Tiada seorang pun yang boleh hadir dalam prosiding tatatertib kecuali- (a) Anggota pihak berkuasa tatatertib; (b) Pelajar yang terhadapnya prosiding tatatertib diambil; (c) Ibu bapa atau penjaga pelajar; (d) Saksi semasa dia memberi keterangan, atau apabila dikehendaki oleh pihak berkuasa tatatertib; dan (e) Mana-mana orang lain yang dibenarkan hadir oleh pihak berkuasa tatatertib bagi apa-apa sebab yang tertentu. BAHAGIAN VI RAYUAN Notis rayuan 67. (1) Jika seseorang pelajar tidak berpuas hati dengan keputusan suatu pihak berkuasa tatatert ib, dia boleh memberi notis secara bertulis tentang niatnya untuk merayu terhadap keputusan itu dengan memfailkan dengan Naib Canselor suatu notis rayuan dalam dua salinan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan itu disampaikan kepadanya. (2) Notis rayuan itu hendaklah menyatakan dengan jelas alasan-alasan rayuan. 28


Penyampaian rayuan kepada Menteri 68. Naib Canselor hendaklah, apabila menerima notis rayuan, mengemukakan notis rayuan itu kepada Menteri bersama dengan suatu salinan nota prosiding tatatertib yang berkenaan dengannya notis rayuan itu diberi dan alasan keputusan. Tindakan Menteri ke atas rayuan 69. (1) Menteri boleh, apabila menerima dokumen yang tersebut dalam Kaedah 68 daripada Naib Canselor, meminta apa-apa maklumat atau butir-butir lanjut yang berhubungan dengan prosiding tatatertib sebagaimana yang difikirkan patut. (2) Jika Menteri menolak terus rayuan di bawah subseksyen 16B (4) Akta, keputusan Menteri hendaklah disampaikan kepada pelajar melalui Naib Canselor. (3) Jika Menteri melantik suatu jawatankuasa di bawah subseksyen 16B (5) Akta untuk menimbangkan rayuan itu, keputusan Menteri mengenai rayuan itu yang dibuat selepas menerima syor jawatankuasa hendaklah disampaikan kepada pelajar melalui Naib Canselor. Rayuan tidak berkuat kuasa sebagai panggantungan perlaksanaan hukuman 70. Sesuatu rayuan oleh seseorang pelajar tidak berkuat kuasa sebagai menggantung perlaksnaan hukuman yang dikenakan atau sebagai menggantung pembayaran apa-apa pampasa yang dipeintahkan dibayar, melainkan jika Naib Canselor atau Menteri mengarahkan sebaliknya. BAHAGIAN VII Kesalahan Tatatertib Am 71. Seseorang yang melanggar mana-mana Kaedah-Kaedah ini, atau mana- mana garis panduan, arahan, petunjuk, sekatan, syarat, atau terma yang dikenakan atau diberikan di bawah Kaedah-Kaedah ini, adalah melakukan kesalahan tatatertib. Kaedah-Kaedah ini tidak mengurangkan tanggungan jenayah. 72. Tiada apa-apa jua dalam Kaedah-Kaedah ini boleh mengurangkan tanggungan mana-mana pelajar atau orang lain bagi apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis. Dibuat 18 Mei 1999. [KP (PUU)S 10075/07/2/Jld. III: PN (PU2)75z/1] 29


PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN KAEDAH 35(1), KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 1. Pendahuluan Dasar dan peraturan yang terkandung di dalam Peraturan Kolej Kediaman ini adalah berasaskan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Kaedah-kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1999, Bahagian III: Tatatertib Asrama. Dalam menyedia dan melaksanakan peraturan ini mengikut kaedah-kaedah tersebut, kuasa Pengetua atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa olehnya mengikut Kaedah 35(1), Bahagian III: Tatatertib Asrama, Kaedah- kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar-pelajar)1999 adalah berkaitan. Semua pelajar adalah terikat dengan peruntukan–peruntukan dalam Perlembagaan Universiti Pendidikan Sultan Idris, undang-undang kecil dan peraturan-peraturan yang dibuat dari semasa ke semasa oleh Pihak Berkuasa Kolej.Sebarang pelanggaran oleh pelajar terhadap peraturan ini, boleh dikenakan tindakan tatatertib tertakluk kepada Kaedah-kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar-Pelajar)1999. 2. Dasar Penempatan Pelajar di Kolej Kediaman 2.1. Secara amnya penempatan pelajar di kolej kediaman mengambilkira faktor-faktor seperti berikut :- 2.1.1. Penempatan yang disediakan merupakan satu KEMUDAHAN untuk pelajar dan BUKANNYA HAK seseorang pelajar; 2.1.2. Pelajar yang sudah berkahwin dan berkeluarga juga tertakluk kepada peraturan yang serupa; 2.1.3. Penempatan bilik/rumah di kolej kediaman adalah ditentukan oleh Pentadbiran Kolej; 2.1.4. Permohonan untuk tinggal di kolej kediaman hendaklah melalui borang khas penginapan asrama. Permohonan menetap di asrama hendaklah diperbaharui setiap sidang akademik; 2.1.5. Timbalan Naib Canselor HEP& Alumni boleh menarik balik tawaran tempat tinggal atas sebab-sebab kepentingan Universiti; 2.1.6. Tawaran penginapan bagi pelajar-pelajar senior adalah untuk satu sidang akademik, pelajar tidak dibenarkan menarik diri di pertengahan semester; 2.1.7. Pelajar boleh ditukarkan dari satu kolej ke kolej yang lain pada setiap tahun pengajian; 2.1.8. Pertukaran bilik dan kolej tidak dibenarkan kecuali atas sebab- sebab kesihatan yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan atau sebab-sebab yang boleh diluluskan oleh Pengetua; 2.1.9. Pelajar-pelajar semester 1 dimestikan untuk menginap di asrama. Bagaimanapun, pelajar semester 2 ke atas boleh dipertimbangkan tertakluk kepada kekosongan tempat. Pelajar tertakluk kepada dasar penempatan secara percampuran kaum, negeri dan fakulti; 2.1.10. Penarikan balik tawaran penginapan di kolej boleh dibuat atas alasan-alasan berikut :- 2.1.11. Penghuni didapati telah melanggar peraturan kolej kediaman. 30


3. Kriteria Pemilihan Pelajar Menginap di Kolej 3.1 Kriteria pemilihan pelajar-pelajar adalah mengikut keutamaan yang disenaraikan seperti berikut : 3.1.1 Pelajar Baru 3.1.2 Keutamaan diberikan kepada pelajar-pelajar Ijazah Pertama dan Diploma 3.1.3 Pelajar SUKSIS dan PALAPES akan menginap sepanjang tempoh pengajian 3.1.4 Pelajar-pelajar Kurang Upaya (OKU) 3.1.5 Pelajar yang aktif serta memberi sumbangan kepada kemajuan kolej, universiti dan negara. 3.1.6 Pelajar-pelajar yang tidak melakukan kesalahan tatatertib 3.2 JHEPA mensasarkan dasar bahawa 60% pelajar menginap di dalam kampus. 4. Panel Pemilihan Penginapan Kolej Kediaman 4.1 Panel Pemilihan Penginapan di Kolej Kediaman adalah : 4.1.1 Pengetua Kolej 4.1.2 Semua Felo Kolej 4.1.3 Penolong Pendaftar 4.1.4 Penolong Pegawai Tadbir 5. Peraturan Kolej Kediaman Kaedah-Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris 5.1 Pendahuluan Dasar dan peraturan yang terkandung di dalam Peraturan Kolej Kediaman ini adalah berasaskan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Kaedah-kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar- Pelajar) 1999, Bahagian III : Tatatertib Asrama. Dalam menyedia dan melaksanakan peraturan ini mengikut kaedah-kaedah tersebut, kuasa Pengetua atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa olehnya mengikut kaedah 35(1), Bahagian III : Tatatertib Asrama, kaedah- kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999 adalah berkaitan. Semua pelajar adalah terikat dengan kaedah-kaedah dalam Perlembagaan Universiti Pendidikan Sultan Idris, undang-undang kecil dan peraturan- peraturan yang dibuat dari semasa ke semasa oleh pihak Berkuasa Kolej. Sebarang pelanggaran oleh pelajar terhadap peraturan ini, boleh dikenakan tindakan tatatertib tertakluk kepada kaedah-kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999. 31


5.2 Peraturan Am Kolej Kediaman (JENIS-JENIS KESALAHAN) Kolej kediaman diwujudkan bagi memberikan kemudahan penempatan kepada pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang layak. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk memperkembangkan diri pelajar secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka dapat mensosialkan diri bagi menghadapi kehidupan sebenar di luar kampus kelak. Bagi melicinkan perjalanan organisasi pentadbiran kolej kediaman serta memberikan keselesaan kepada penghuni-penghuni kolej, pihak UPSI melaksanakan Peraturan Am Kolej Kediaman selaras dengan peruntukan dalam Kaedah-Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar- Pelajar) 1999. Peraturan Am Kolej Kediaman (Jenis-Jenis Kesalahan) UPSI diterangkan dalam empat bahagian iaitu : a) Peraturan Tingkahlaku dan Pakaian Pelajar b) Harta Benda Kolej Kediaman c) Keselamatan dan Ketenteraman Penghuni d) Perkara Am a) Peraturan Tingkahlaku Dan Pakaian Pelajar (i) Melanggar peraturan tingkahlaku dan pakaian pelajar. (ii) Berkelakuan kurang sopan/ biadab. (iii) Tidak memakai kad pelajar dalam kawasan kolej. (iv) Bermain judi dan yang seumpama dengannya dalam kawasan kolej. (v) Memiliki, meminum minuman keras di kawasan kolej (vi) Memiliki, menghisap dan menjual rokok di kawasan dan dalam bangunan kolej. (vii) Memiliki, mengedar dan menyalahguna dadah. (viii)Berdua-duaan antara lelaki dan perempuan tanpa alasan munasabah di kawasan kolej termasuk membawa suami/ isteri di dalam bilik penginapan. (ix) Tidak menghadiri aktiviti kolej yang dimestikan. (x) Berlaku tidak jujur dengan petugas kolej kediaman. (xi) Membenarkan orang yang tidak berkenaan atau pelajar lain tinggal/ bermalam dalam bilik. (xii) Berpindah bilik tanpa kebenaran. (xiii)Berada dalam bilik pelajar lain atau di luar kawasan kolej selepas jam 12.00 malam. (xiv) Menyimpan, menampal, melihat atau mendengar bahan-bahan lucah. (xv) Tidak memasang dan menggunakan cadar dan sarung bantal. (xvi) Hubungan sumbang sesama jenis. (xvii) Tidak mengemaskan pakaian dan peralatan di dalam bilik. (xviii)Tidak menyidai pakaian di tempat yang disediakan. 32


b) Harta Benda Kolej Kediaman (i) Menyalahgunakan harta benda kolej. (ii) Menconteng, mengotorkan atau merosakkan mana-mana bahagian bangunan, harta benda atau kawasan kolej kediaman. (iii) Tidak menutup suis lampu dan kipas angin ketika penghuni tiada di bilik. (iv) Membawa, mengubah atau memindah kedudukan peralatan kemudahan umum kepunyaan kolej. (v) Merosak / mengotorkan peralatan, kemudahan di bilik seperti lampu, kipas siling, tingkap, almari, lantai, dan lain-lain. (vi) Tidak menutup paip air c) Keselamatan Dan Ketenteraman Penghuni (i) Membuat bising atau mengganggu ketenteraman. (ii) Memiliki senjata merbahaya atau alatan lain yang boleh mengancam keselamatan nyawa. (iii) Menampal poster atau bahan bercetak tanpa kebenaran atau di kawasan larangan. (iv) Tidak meletak kenderaan ditempat yang disediakan. (v) Menyidai pakaian ditempat yang tidak dibenarkan. (vi) Memiliki peralatan elektrik tanpa kebenaran. (vii) Membuat sambungan pendawaian elektrik dan telefon. (viii) Bermain mercun/ bunga api dalam kawasan kolej. (ix) Menjalankan aktiviti penyiaran secara haram melalui radio dan/ atau media lain. (x) Mempamerkan berhala atau objek-objek untuk tujuan pemujaan dan bahan-bahan seumpamanya. (xi) Menyalahgunakan alat pemadam api dan alatan lain yang disediakan. (xii) Mengadakan aktiviti/ perhimpunan rapat umum/ kempen/ ceramah/ perniagaan tanpa kebenaran daripada pentadbiran kolej kediaman dan/ atau Universiti. d) Perkara Am Melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang negara dan perkara-perkara yang diperuntukkan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Statut dan kaedah-kaedah yang dikuatkuasakan oleh Universiti. 33


6. Kewangan 6.1 Bayaran Sewa Penginapan 6.1.1 Yuran penginapan hendaklah dijelaskan pada hari pendaftaran bilik atau pada tarikh pelajar mula tinggal di kolej kepada pihak Bendahari atau sesiapa yang diberi kuasa olehnya untuk memungut bayaran tersebut. 6.1.2 Yuran penginapan asrama adalah mengikut kadar yuran penginapan. Pelajar akan disediakan dengan kemudahan capaian internet tanpa wayar (wireless line) di kolej- Kolej Kediaman UPSI. 6.1.3 Pembayaran hendaklah dibuat melalui cek atau kiriman wang yang berpalang atas nama Bendahari Universiti Pendikan Sultan Idris. 6.1.4 Resit hendaklah disimpan dan ditunjukkan bila diminta oleh Pengetua atau pihak berkuasa kolej. 6.1.5 Pelajar-pelajar pemegang biasiswa/dermasiswa/ pinjaman boleh membuat bayaran secara potongan daripada penaja kewangan. 6.2 Peraturan Sewaan 6.2.1 Semua penghuni hendaklah membayar sewa untuk setiap semester. Penghuni yang menarik diri setelah pendaftaran kolej tidak boleh mendapat balik wang sewa. 6.2.2 Penghuni yang hendak menginap semasa cuti semester hendaklah menjelaskan yuran sewaan semasa cuti mengikut bilangan hari yang dipohon. 6.3 Denda Sewaan Bilik 6.3.1 Denda akan dikenakan ke atas pelajar-pelajar yang mempunyai penaja kewangan jika: a) Pelajar tidak dapat menyelesaikan sewa. b) Pelajar gagal membayar baki sewa. c) Pelajar yang permohonan penangguhan bayarannya tidak diluluskan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni. 6.3.2 Pelajar yang tidak mempunyai penaja kewangan akan dikenakan denda jika gagal membayar sewa dengan sepenuhnya dalam tempoh dua minggu dari tarikh pendaftaran masuk ke kolej pada setiap semester. 6.3.3 Denda dikenakan sebanyak RM5.00 bagi genap 2 minggu dari tarikh yang ditetapkan. Denda yang sama akan dikenakan bagi setiap 2 minggu atau sebahagian yang selanjutnya sehingga bayaran sewa dijelaskan sepenuhnya. 34


11. PERATURAN KOLEJ 11.1 Peraturan Kediaman Di Kolej a) Hanya penghuni yang berdaftar sahaja dibenarkan tinggal di Kolej berkenaan. Pihak Berkuasa Kolej berhak mengambil tindakan tatatertib ke atas mana-mana pelajar/penghuni yang menghuni atau menduduki mana-mana kolej tanpa izin Pengetua. b) Penghuni bilik tidak boleh membenarkan orang lain menumpang/ tinggal/menginap di dalam bilik tempat tinggalnya. c) Penghuni hanya boleh tinggal di bilik yang telah ditetapkan. d) Penghuni yang ingin bermalam di luar kampus hendaklah memberitahu Pengetua atau Felo atau Pembantu Penghuni Kolej bagi memudahkan pihak kolej menghubungi jika berlaku sesuatu kejadian. e) Pentadbiran kolej boleh dari semasa ke semasa memberi apa-apa perintah atau arahan secara bertulis atau lisan yang difikirkan perlu untuk memelihara ketenteraman dan tatatertib asrama. f) Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan segera. Bahagian Pentadbiran Kolej kediaman akan mengenakan denda kepada penghuni bekenaan jika kerosakan yang mendatangkan mudarat tidak dilaporkan segera. g) Tidak dibenarkan menyambung dawai elektrik untuk sebarang kegunaan di dalam bilik. 11.2 Peraturan Menduduki Bilik Di Kolej a) Bilik-bilik hendaklah dipastikan bersih dan kemas. b) Setiap penghuni hendaklah memastikan peralatan dan perabot di biliknya lengkap dengan mengisi stok inventori pada hari awal menduduki bilik. Jika didapati kurang, hendaklah melaporkannya kepada Pihak Pengurusan Kolej. c) Penghuni adalah bertanggungjawab memelihara harta benda kolej yang disediakan. Bayaran denda atau ganti rugi akan dikenakan jika barang rosak, kotor dan hilang. d) Perabot di bilik atau kelengkapan-kelengkapan lain tidak boleh diubah kedudukannya atau diubahsuai tanpa kebenaran Pihak Pengurusan Kolej. e) Bilik-bilik hendaklah dikunci bagi maksud keselamatan. f) Penghuni dilarang membawa barang makanan ke dalam bilik yang boleh menyebabkan kekotoran atau menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. g) Sebarang poster, gambar, atau hiasan dinding bilik tidak boleh menggunakan paku atau gam yang sukar ditanggalkan. Alat penyangkut gambar dan ‘posterhanger’ yang sesuai gamnya dan tidak merosakkan dinding adalah dibenarkan. h) Penghuni yang dengan sengaja merosakkan bangunan dan barang Universiti akan dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak Universiti. Mereka juga diminta membayar balik kos pembaikan dan penggantian. i) Pelajar DILARANG MEROKOK di dalam bilik kediaman dan kawasan kolej. j) Penghuni tidak dibenarkan berjudi, minum arak, menyimpan makanan dan membawa makanan yang haram di sisi Islam di Kolej. 35


k) Penghuni dikehendaki menutup lampu, kipas dan lain-lain suis apabila tidak berada di dalam bilik untuk mengelakkan pembaziran dan kebakaran. l) Penghuni tidak dibenarkan membuang sampah atau benda yang tidak mudah hancur seperti plastik, tuala wanita dan lain- lain ke dalam tandas atau saluran air/ parit (longkang). 11.3 Tetamu a)Penghuni tidak dibenarkan menerima sebarang tetamu atau keluarganya di dalam rumah. b)Pelajar boleh bertemu dengan tetamu mereka di ruang tamu yang telah disediakan. c)Tetamu atau keluarga penghuni tidak dibenarkan bermalam kecuali mendapat kebenaran daripada Pengetua Kolej. 11.4 Bilik Mandi dan Tandas Semua penghuni bertanggungjawab ke atas kebersihan bilik mandi dan tandas. 12.Peraturan Mengosongkan Bilik 12.1 Selepas tempoh menyewa, penghuni hendaklah mengosongkan bilik tidak lewat dari tarikh yang di tetapkan kecuali jika permohonan melanjutkan tempoh untuk menginap dibuat seminggu sebelum tamat semester serta permohonan tersebut diluluskan oleh Pihak Pengurusan Kolej. 12.2 Bilik hendaklah ditinggalkan dalam keadaan bersih dengan membuang sampah dalam bekas yang disediakan. 12.3 Pengurusan kolej atau wakil akan memeriksa alat-alat perabot dan kelengkapan- kelengkapan lain. Jika didapati berlaku kerosakan, kekotoran atau kehilangan, denda dan gantirugi akan dikenakan mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh Pihak Pengurusan Kolej. 12.4 Penghuni hendaklah memindahkan barang-barang milik sendiri ke tempat yang disediakan. Sebarang alat atau benda yang ditinggalkan dianggap sebagai tidak diperlukan lagi. 12.5 Semua kunci hendaklah diserahkan sendiri kepada Pihak Pengurusan Kolej. 12.6 Penghuni yang menghilangkan, tidak memulangkan atau lewat memulangkan kunci bilik, almari, laci meja atau rantai kunci akan dikenakan denda seperti yang di tetapkan oleh Pihak Pengurusan Kolej. 13.Peraturan Pakaian 13.1 Setiap pelajar yang tinggal di Kolej hendaklah mematuhi arahan dan peraturan kod etika pakaian dan rupa diri yang telah ditetapkan oleh Universiti. 13.2 SEMUA PELAJAR termasuk Majlis Mahasiswa Kolej yang menghadiri upacara-upacara rasmi di kolej kediaman seperti Jamuan Makan Malam, Seminar dan aktiviti yang dijalankan di kolej adalah dikehendaki memakai pakaian rasmi sesuai dengan matlamat dan tujuan majlis tersebut diadakan. 36


13.3 Berkain pelekat dan berkain batik adalah tidak dibenarkan di dalam kawasan kafeteria atau di sekitar kawasan kolej. Kain pelekat hanya dibenarkan untuk tujuan sembahyang dan aktiviti agama di surau sahaja. 13.4 Pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai singlet, menjolok mata dan berseluar pendek atau berskirt pendek semasa di kafeteria atau di kawasan kolej kediaman. 13.5 Pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai seluar pendek dan berbaju singlet semasa di kafeteria. 14.Pendaftaran Kenderaan 14.1 Setiap kenderaan pelajar hendaklah didaftar dengan Pihak Berkuasa Universiti melalui kelulusan pejabat kolej kediaman. 14.2 Pelekat kenderaan perlu ditampal di setiap kenderaan dan ianya hendaklah diperbaharui pada setiap sesi pertukaran yang di tetapkan. 14.3 Pelajar hendaklah sentiasa mematuhi Ordinan Lalu Lintas Jalan 1958 dalam kampus Ordinan, P.T.M 49/58. 14.4 Pemilik kenderaan tidak dibenarkan membunyikan kenderaan mereka sehingga mengganggu ketenteraman penghuni lain. 14.5 Pelajar di larang memandu motosikal di atas koridor, beranda/ kaki lima, halaman berkepung atau di mana-mana bahagian daripada mana-mana bangunan kolej. 14.6 Kenderaaan hendaklah diletakkan di ruang/ petak yang telah dibenarkan. 14.7 Kenderaan yang diletakkan tidak pada ruang yang dibenarkan akan disaman dan dikenakan denda. 14.8 Pelajar semester 1 hingga 4 tidak dibenarkan sama sekali membawa kenderaan. 15.Ketenteraman Kolej 15.1 Penghuni dilarang membuat bising yang boleh mengganggu ketenteraman penghuni lain. Ini termasuk penggunaan alat-alat muzik. 15.2 Lampu siling di bilik penginapan hendaklah dimatikan suisnya tidak lewat daripada jam 12.00 tengah malam. 16. Aktiviti Pelajar 16.1 Sebarang aktiviti di kolej hendaklah mendapat kebenaran Pihak Pengurusan Kolej. 16.2 Aktiviti yang melibatkan orang luar mestilah mendapat kebenaran pihak Universiti. 17. Kegiatan Berdua-Duaan Di Sekitar Kolej Penghuni Kolej tidak dibenarkan berkelakuan sumbang seperti berdua-duaan di sekitar kolej dalam keadaan mencurigakan pada bila-bila masa. 37


18. Perkara-perkara Lain Yang Ditegah 18.1 Memiliki atau minum minuman keras. Membawa/ menyimpan makanan haram (Di sisi Agama Islam) ke dalam bilik. 18.2 Berjudi di kolej. 18.3 Menyimpan, memiliki atau menonton bahan-bahan lucah. 18.4 Memiliki atau menyalahgunakan dadah, bahan-bahan beracun, serta bahan lain yang mudah terbakar. 18.5 Membawa masuk seseorang BUKAN PENGHUNI KOLEJ ke bilik tanpa kebenaran Pihak Pengurusan Kolej. 18.6 Membawa masuk seseorang yang berlainan jantina ke bilik. 18.7 Berniaga tanpa kebenaran Pihak Pengurusan Kolej. 18.8 Membuat kutipan wang dari bilik ke bilik tanpa kebenaran pihak Berkuasa Universiti. 18.9 Memelihara binatang di bilik atau kawasan kolej. 18.10 Tidak dibenarkan menjemur kain di koridor, tingkap, railing langsir atau memaku di belakang pintu dan lain-lain tempat melainkan di ampaian yang disediakan. 18.11 Perlakuan lain yang boleh mendatangkan mudarat atau bertentangan dengan nilai murni masyarakat Malaysia. 19. Peralatan Elektrik dan Elektronik 19.1 Sebarang penggunaan peralatan elektrik atau elektronik mestilah mendapat kebenaran dari Pihak Pengurusan Kolej. 19.2 Penghuni yang mempunyai / memiliki alat-alat elektrik di biliknya dikehendaki mendaftar untuk mendapatkan pelekat (sticker) kelulusan dari Pejabat Kolej Kediaman terlebih dahulu. 19.3 Tiap-tiap alat elektrik yang dibenarkan dikenakan bayaran RM 10.00 satu semester (Rujuk Jadual 1). Bayaran hendaklah dibuat di Pejabat Kolej. BIL BARANG HARGA 1 Cerek Elektrik RM10.00 2 Jug Kettle RM10.00 3 Seterika RM10.00 4 Hair Dryer RM10.00 5 Pembakar Roti RM10.00 6 Rice Cooker RM10.00 7 Radio 100w RM10.00 8 Lampu Belajar RM10.00 9 Televisyen DIHARAMKAN 10 Coil Heater DIHARAMKAN Jadual 1: Kadar Pendafataran Barang Elektrik 38


20. Kadar Denda BIL JENIS KESALAHAN KADAR DENDA 1 Membenarkan pelajar berlainan jantina memasuki atau berada di dalam bilik; -RM 200.00 -Dikeluarkan dari kolej kediaman sepanjang pengajian. -Diajukan kepada JK Siasatan dan JK Tatatertib 2 Menghalang/ menahan seseorang pegawai/ kakitangan universiti daripada memasuki bilik pelajar kerana menjalankan tugas; RM 200.00 3 Pelajar luar yang menginap atau berada di dalam kawasan kolej antara jam 12.00 tgh malam - 5.00 pagi. RM 100.00 4 Berkhalwat, termasuk berdua-duaan; * Diserahkan kepada Jabatan Agama Islam -RM 100.00 -Diajukan kepada JK Siasatan dan JK Tatatertib 5 Bermain judi/ unsur pertaruhan. RM 100.00 6 Merokok di kawasan kolej kediaman. RM 200.00 7 (i) Meletakkan kenderaan di dalam bangunan atau tempat yang tidak dibenarkan atau menghalang laluan. (ii) Menggunakan kenderaan dengan tidak mengikuti peraturan Akta Jalan Raya. RM 100.00 8 Memelihara binatang dalam kawasan kolej kediaman. RM 50.00 9 Menukar bilik tanpa kebenaran. -RM 50.00 -Balik ke bilik asal 10 Menukar kolej kediaman tanpa kebenaran. -RM 100.00 -Dikeluarkan dari kolej 11 Tidak memadam lampu/kipas semasa meninggalkan bilik. RM 50.00 12 i) Memainkan alat muzik/ membuat bising selepas jam 11.00 malam - 6.00 pagi serta mengganggu ketenteraman jiran (ii) Mengadakan aktiviti sosial di blok tanpa kebenaran. RM 50.00 39


BIL JENIS KESALAHAN KADAR DENDA 13 (i) Mencaci/ melakukan peras ugut. (ii) Mencederakan orang tanpa sebab munasabah. (iii) Bergaduh, bertumbuk, memasuki kumpulan haram. (iv) Mengendap/ berkelakuan mencurigakan di kawasan berlainan jantina. (v) Menyimpan minuman keras di bilik. (vi) Memiliki atau mengedar dadah. (vii) Memiliki gambar-gambar lucah/ CD lucah, bahan bacaan/ audio visual yang diharamkan. (viii) Tidak hadir ke tindakan tatatertib. (ix) Ponteng ketika minggu suaikenal. -RM 100.00 -Diajukan kepada JK Siasatan dan JK Tatatertib 14 Membonceng motosikal berlainan jantina. RM 50.00 15 Tidak memakai kad matrik di kawasan kolej RM 10.00 16 Berdua-duaan antara lelaki dan perempuan tanpa alasan munasabah di kawasan kolej termasuk membawa suami/ isteri dalam bilik penginapan. -RM 100.00 -Tidak dipertimbangkan untuk penginapan -Diajukan kepada JK Siasatan dan JK Tatatertib 17 Tidak menghadiri aktiviti kolej yang diwajibkan -Tidak dipertimbangkan untuk penginapan 18 Berkeliaran di kawasan kolej/ Bilik TV/ Kafeteria/ Bilik Dobi/ Bilik Rehat selepas jam 12.00 tgh malam. RM 10.00 19 Pulang lewat ke kolej selepas jam 12.00 malam RM 50.00 20 Notis-notis/ hebahan dari pihak luar hanya dibenarkan ditampal di papan notis yang ditetapkan oleh pihak kolej. Pihak penganjur akan di denda RM 100.00 dan notis ditanggalkan. 21 Pelajar berkelakuan/ berpakaian tidak sopan di kolej. RM 50.00 22 Menginap di kolej tanpa kebenaran RM 100.00 23 Membenarkan pelajar lain menginap di dalam bilik dan rumah RM 100.00 / Dibuang daripada kolej 40


BIL JENIS KESALAHAN KADAR DENDA 24 Membiarkan kasut-kasut bersepah diluar pintu/ dalam rumah. RM 10.00 sepasang 25 Menukar bilik tanpa pengetahuan pihak pentadbiran kolej. -RM 100.00 / -Dikeluarkan daripada kolej 26 Tidak memerah pakaian dan membiarkan air titisan pakaian menitis sehingga mengganggu laluan penghuni. RM 50.00 KADAR DENDA SALAH LAKU MEROSAKKAN HARTA BENDA KOLEJ BIL JENIS KESALAHAN KADAR DENDA 1 Hilang semua kunci RM 100.00 2 Hilang kunci bilik RM50.00 3 Hilang rantai kunci RM50.00 4 Tidak memulangkan kunci selepas proses Clearance - denda : RM1/ hari atau mana-mana yang lebih tinggi RM 100.00 5 Tertinggal kunci/ terkunci/ meminjam kunci dari pejabat kolej Tiada sebarang urusan selepas waktu pejabat. RM 5.00 setiap kali meminjam semasa waktu pejabat. 6 Merosakkan perabot Jenis perabot Harga (i) Katil RM 210 (ii) Tilam RM 200 (iii) Almari RM 275 (iv) Soft Board RM 43 (v) Langsir RM 14/m (vi) Meja RM 107 (vii) Kerusi RM 64 (viii) Kerusi Rehat RM 81 *3 kali ganda harga barang yang dirosakkan 7 Mencacatkan dinding dan merosakkan harta benda kolej -RM 100.00 - Dikeluarkan dari kolej sepanjang tempoh pengajian. 8 Memindahkan harta benda/ perabot kolej dari tempat asal tanpa kebenaran pengetua RM 100.00 9 Merosakkan/ menyalahgunakan alat pemadam api/ alat pencegah kebakaran yang lain dikeluarkan dari kolej sepanjang tempoh pengajian Ganti rugi 3 kali ganda harga 41


BIL JENIS KESALAHAN KADAR DENDA 12 Tidak mencuci bilik air / sinki / tandas sehingga meninggalkan kesan kuning / lumut RM 50.00/individu 13 (i) Memasak di dalam bilik (ii) Penggunaan ’nyalaan api’ (Naked flame) di dalam bangunan (iii) Membuat ujian dengan menggunakan bahan kimia mudah terbakar di dalam bilik -RM 100.00 -Alat akan dirampas 14 Memiliki kunci ’duplicate’ atau memiliki kunci penghuni lain tanpa sebab yang munasabah RM 100.00 15 Tidak mengemas bilik atau mencuci bilik atau membuang sampah dari dalam bilik RM 50.00 16 Menyidai pakaian di tempat yang tidak dibenarkan RM 50.00 17 Pembuangan tuala wanita – Pastikan dibuang ke dalam ’Sanitary Bin’ yang telah disediakan. RM 100.00 18 Tidak mendaftar barangan elektrik selepas tempoh pendaftaran/ semasa pemeriksaan. -RM 50.00/ alat -Barang akan dirampas 19 Sampah sarap/ sisa makanan di bungkus dan diikat kemas, hendaklah dibuang ke dalam tong sampah. - RM 100.00 - Amaran 20 Tidak mengambil semula barang-barang di stor selepas hari pendaftaran. * Diberikan tempoh masa 7 hari bekerja selepas tempoh pendaftaran. Barang-barang akan dilupuskan dan tuntutan tidak dibenarkan. RM 100.00 21 Meninggalkan/ menyimpan barang-barang di dalam bilik/ rumah semasa cuti semester. *Diberikan tempoh masa 7 hari bekerja selepas tempoh pendaftaran. Barang-barang akan dilupuskan dan tuntutan tidak dibenarkan. RM 100.00 21. Setiap pinjaman barangan daripada pihak kolej akan dikenakan deposit (i) Deposit hanya dikembalikan sekiranya barangan dipulangkan dalam keadaan asal. (ii) Tempoh diberikan selama 3 hari daripada tarikh akhir program. Deposit sebanyak RM 50.00/ pakej pinjaman tidak akan dipulangkan dalam tempoh tersebut 42


22. Peraturan Kecemasan 22.1 Jika berlaku kecemasan yang memerlukan rawatan, pelajar boleh menghubungi pengetua, felo dan penolong pengurus asrama. Jika pengetua, felo atau pengurus kolej tidak dapat dihubungi mana-mana Ahli Majlis Mahasiswa Kolej hendaklah dihubungi. 22.2 Felo bertugas bertanggungjawb menghantar penghuni yang memerlukan rawatan ke hos pital/ klinik yang berdekatan. 23.Hal-hal lain 23.1 Pihak kolej boleh mengenakan sejumlah denda terhadap kerosakan kunci, perabot, sebarang peralatan kolej yang lain atas pertimbangan Pengetua. 23.2 Pihak Kolej juga boleh mengenakan kompaun ke atas kesalahan tatatertib kolej atau di panjangkan untuk perbicaraan tatatertib di peringkat kolej atau Universiti tertakluk ke pada jenis kesalahan. 23.3 Perbicaraan Tatatertib di Kolej 23.3.1 Setiap kolej mempunyai Lembaga Tatatertib Pelajar. Keahlian Lembaga ini terdiri daripada Pengetua sebagai Pengerusi, Penolong Pendaftar atau Penolong Pegawai Tadbir sebagai setiausaha dan Felo-felo sebagai ahli. 23.3.2 Lembaga Tatatertib Kolej diberi kuasa untuk memanggil sidang tatatertib untuk membicarakan dan menjatuhi hukuman ke atas setiap kesalahan tatatertib pelajar di peringkat kolej. 23.3.3 Dalam pengendalian kes tatatertib ini, pelajar/penghuni diberi peluang untuk membela diri ke atas setiap tuduhan yang dikenakan padanya. 23.3.4 Denda yang dikenakan mesti dijelaskan di Jabatan Bendahari atau lain-lain yang diberi kuasa dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat pemberitahuan keputusan dikeluarkan. 24. Perubahan Peraturan Pengetua atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa olehnya boleh dari semasa ke semasa, memberi arahan atau perintah secara lisan atau bertulis yang difikirkan perlu atau sesuai untuk memelihara ketenteraman dan tatatertib dalam kolej, dan tiap-tiap pelajar hendaklah mematuhinya. 25. Makluman Semua penghuni kolej dimohon mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan bagi menjaga imej dan ketenteraman kolej kediaman. 43


DASAR SKIM PERKHIDMATAN KESIHATAN PELAJAR (PERUBATAN DAN PERGIGIAN) 1. Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar (Perubatan dan Pergigian) Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar terdiri daripada bahagian perubatan dan pergigian. Namun demikian, pihak Universiti berhak untuk meminda mana-mana peraturan di dalam skim ini tanpa memberi sebarang sebab. 2. Tafsiran Dalam Skim ini : 2.1 Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar (Perubatan dan Pergigian) bermakna kemudahan dan perkhidmatan perubatan, pergigian dan kesihatan pelajar. 2.2 Universiti bermakna Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2.3 Pelajar bermakna a. Tempatan : seseorang yang telah mendaftar untuk mengikuti program pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan berwarganegara Malaysia. b. Antarabangsa :seseorang yang telah mendaftar untuk mengikuti programpengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan bukan warganegara Malaysia. 2.4 Semester bermakna tempoh bermula dari hari pertama semester I atau semester II sehari sebelum bermula semester berikutnya. 2.5 Pusat Kesihatan Universiti bermakna pusat yang mengendalikan dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan perubatan, pergigian dan kesihatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2.6 Klinik Pesakit Luar bermakna unit yang memberikan perkhidmatan pesakit luar perubatan dan pergigian. 2.7 Hospital/ Klinik Kerajaan/ Hospital Universiti (kerajaan) bermakna sebarang hospital kerajaan termasuk mana-mana hospital universiti, klinik-klinik kerajaan termasuk lain-lain yayasan perubatan persekutuan. 2.8 Hospital Swasta bermakna mana-mana hospital atau klinik yang tidak termasuk dalam tafsiran Hospital Kerajaan. 2.9 Klinik Panel bermakna klinik swasta yang dilantik oleh Universiti bagi memberi perkhidmatan perubatan kepada pelajar atau staf Universiti. 2.10 Pegawai Perubatan/ Pergigian Universiti bermakna Pegawai Perubatan atau Pegawai Pergigian yang bertauliah dan berdaftar dengan Kerajaan Malaysia yang dilantik oleh Universiti untuk berkhidmat dengan Universiti. 44


2.11 Pegawai Hal Ehwal Pelajar bermakna mana-mana pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berkhidmat di Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni. 2.12 Pegawai Perubatan/ Pergigian Kerajaan bermakna Pegawai Perubatan atau Pergigian yang berdaftar dan berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia. 2.13 Doktor Swasta bermakna Pegawai Perubatan atau Pergigian yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia. 2.14 Sesi Akademik bermakna tempoh pengajian sesuatu program pengajian yang tarikh permulaan dan tarikh tamatnya ditetapkan oleh senat. 2.15 Kes Kecemasan bermakna sebarang kes yang berkaitan dengan kecederaan dan kemalangan, kesakitan yang teramat sangat, demam yang tinggi (melebihi 40°C), kesukaran untuk bernafas, pendarahan, tidak sedarkan diri dan keadaan pesakit mengganggu ketenteraman orang lain atau membahayakan dirinya atau orang lain (kecemasan psikiatrik). 2.16 Ubat-ubat di bawah senarai pakar bermakna ubat-ubatan sepertimana yang disenaraikan di bawah Specialist Index Kementerian Kesihatan Malaysia. 2.17 Surat Jaminan Rawatan bermakna surat yang dikeluarkan oleh Universiti bagi menjamin bayaran kos rawatan hospital (tertakluk kepada perbelanjaan yang ditanggung oleh Universiti). 2.18 Surat Pengesahan Pelajar bermakna surat yang dikeluarkan oleh Universiti bagi mengesahkan status terkini pelajar. 3. Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar (Perubatan & Pergigian) 3.1 Mereka Yang Layak Menerima Skim Ini Ialah : i. Pelajar Universiti yang telah menjelaskan yuran Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar (Perubatan & Pergigian) bagi sesuatu semester. ii. Pelajar yang menangguh pengajian atas sebab-sebab kesihatan yang disahkan oleh Pegawai Perubatan/Pergigian Kerajaan atau Pegawai Perubatan/Pergigian Universiti. 3.2 Mereka Yang Tidak Layak Menerima Skim Ini Ialah : i. Pelajar yang menangguhkan pengajian bukan atas sebab-sebab kesihatan. ii. Pelajar yang menarik diri. iii. Pelajar yang diberhentikan. iv. Pelajar yang digantung pengajian. v. Pelajar yang tamat pengajian berkuatkuasa mulai tarikh disiarkan keputusan akhir bagi kursus pengajian (dan yang lain-lain jika ada) (Sila lihat Apendiks1 bagi tafsiran yang dimaksudkan) 45


4. Kemudahan Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar 4.1 Perubatan Kemudahan Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar (Perubatan) adalah meliputi perkhidmatan di Pusat Kesihatan Universiti dan Hospital Kerajaan. 4.2 Pergigian Skim Perkhidmatan Pergigian ditanggung di bawah Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar (Perubatan & Pergigian) dengan had kelayakan RM 100.00 satu sesi akademik mengikut kadar rawatan pergigian klinik pergigian Universiti. 4.3 Pusat Kesihatan Universiti i. Klinik Pesakit Luar Rawatan pesakit luar perubatan dan pergigian adalah mengikut jadual-jadual yang ditetapkan oleh Universiti seperti berikut: a. Perubatan b. Pergigian ii. Perkhidmatan Kecemasan Pihak Pusat Kesihatan Universiti bersedia dipanggil untuk kes-kes kecemasan pada hari bekerja atau ketika perkhidmatan bantuan perubatan diberikan (tertaklukkepada kekangan dan kemudahan serta staf yang sedia ada). HARI WAKTU REHAT Isnin - Khamis 8.15 pagi - 12.45 tengah hari 2.00 petang - 4.45 petang 1.00 petang - 2.00 petang Jumaat 8.15 pagi - 12.00 tengah hari 2.45 petang - 4.45 petang 12.15 tengah hari - 2.45 petang Sabtu Ahad Cuti Umum TUTUP HARI WAKTU REHAT Isnin - Khamis 8.15 pagi - 12.45 tengah hari 2.00 petang - 4.45 petang 1.00 petang - 2.00 petang Jumaat 8.15 pagi - 12.00 tengah hari 2.45 petang - 4.45 petang 12.15 tengah hari - 2.45 petang Sabtu Ahad Cuti Umum TUTUP 46


Click to View FlipBook Version