BUKU PENGURUSAN SesKiOH2K0AKU2LU2RP/IERE2IKH3NKUWTLUAALULDUMBMIMURRAIND
Sekolah
SEK. KEB PEKAN DUA
XBA5463
PETI SURAT 504
89300 RANAU SABAH
NO. TELEFON : 088876629
MOTTO SEKOLAH
PEDULI,PRIHATIN & BERINTERGRITI
KANOU MISOKODUNG OM
MISOMPURU
SK. PEKAN DUA, RANAU
SEPADU
ISI KANDUNGAN
Kata-kata Aluan Guru Besar
Visi dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Ikrar Perkhidmatan Awam
Teras Perkhidmatan Awam
Budaya Kerja Sekolah
Etika Kerja
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPPM)
Tatasusila Profesion Perguruan
Penggal Persekolahan
Jadual Gaji
Cuti Perayaan
Latar Belakang Sekolah
Unit Pentadbiran dan Kurikulum Sekolah
Unit Hal Ehwal Murid Sekolah
Unit Kokurikulum Sekolah
Takwim Tahunan Sekolah Sesi 2022/2023
Lampiran
KATA-KATA ALUAN
GURU BESAR
PN.RIDIAH BINTI SAILUN GAMBAR
GURU BESAR
SK PEKAN DUA RANAU
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Bersyukur kita kehadrat Allah SWT dengan limpah kurnia serta izinNya, julung-julung kalinya Buku
Pengurusan Sekolah bagi sesi 2022/23 dapat dihasilkan. Kandungannya yang disusun rapi akan dapat
memberikan panduan kepada guru dan staf sekolah ini untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab
dengan baik dan berkesan.
Selama ini usaha gigih yang dijalankan oleh warga sekolah telah berjaya meletakkan sekolah ini
sebagai salah sebuah sekolah cemerlang di negeri Sabah. Tahniah dan syabas kepada semua Barisan
SLT,MLT, guru, staf, murid, PIBG dan ibu bapa yang memberikan sumbangan ke arah kecemerlangan
sekolah.
Selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, warga sekolah perlu
berkerja sebagai satu pasukan dan memberikan komitmen terbaik untuk memenuhi matlamat yang
ditetapkan agar segala usaha yang membuahkan kejayaan dan kecemerlangan memberi satu kepuasan
kerja dalam profesion yang kita ceburi ini.
Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada jawatankuasa yang terlibat dalam menghasilkan Buku Pengurusan ini. Marilah kita
memohon petunjuk daripada Allah SWT, mudah-mudahan segala usaha murni yang kita lakukan ini
diberkati serta mendapat kejayaan dan keredaanNya jua.
Akhir kata kepada semua guru dan staf selamat bertugas dan teruskan usaha gigih kita agar
sekolah kita terus cemerlang dalam pelbagai bidang serta menjadi kebanggaan kita bersama.
Selamat bertugas, sekian terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,
............................................………
( PN.RIDIAH BINTI SAILUN )
Guru Besar
SK Pekan Dua,Ranau
VISI DAN MISI KPM
VISI KPM IKRAR RUKUN NEGARA
“Pendidikan BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
Berkualiti Insan
Terdidik Negara Mendukung cita-cita hendak
Sejahtera” Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup yang
MISI KPM demokratik;
“Melestarikan Sistem Mencipta satu masyarakat yang adil di mana Kemakmuran
Pendidikan yang Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan
Berkualiti Untuk saksama;
Membangunkan
Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap
Potensi Individu Bagi tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai
Memenuhi Aspirasi
Negara” corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI,
rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:-
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan
FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran
❖ Percaya dan patuh kepada Tuhan. masyarakat dan negara.
❖ Berilmu pengetahuan
❖ Berakhlak mulia
❖ Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, UNSUR ROHANI DAN EMOSI
agama dan negara
❖ Berbakti dan memberi sumbangan kepada Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi
masyarakat dan negara aspek berikut :
❖ Memiliki sahsiah yang seimbang yang sepadu ❖ Keyakinan terhadap Tuhan
WARGANEGARA MALAYSIA ❖ Kepercayaan beragama
YANG BAIK ❖ Kemantapan jiwa
❖ Penghayatan nilai-nilai murni dan
Unsur intelek ini mengambil kira aspek berikut :
norma masyarakat
❖ Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada ❖ Berbudi pekerti mulia
kebenaran
❖ Berbakti dan berkorban
❖ Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif
❖ Daya pemikiran yang logik dan analisis UNSUR JASMANI
❖ Ilmu yang bermanfaat
❖ Masyarakat Malaysia yang berilmu Ciri-ciri unsur jasmani ialah :
pengetahuan memiliki sikap suka membaca
serta cintakan ilmu pengetahuan. ❖ Kecergasan fizikal dan kesihatan diri
❖ Dapat menggunakan anggota dan
UNSUR INTELEK tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan
hidup bermasyarakat.
IKRAR PERKHIDMATAN AWAM
KAMI YANG TELAH DILANTIK BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN MALAYSIA, MEMBUAT IKRAR DI SINI,
BAHAWA SEMASA DAN SELAGI KAMI BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN MALAYISA, KAMI PATUH DAN
MENGAMALKAN TERAS-TERAS PERKHIDMATAN SEMASA MENJALANKAN TUGAS-TUGAS KE ARAH INI, KAMI:
BERAZAM MENINGGIKAN MUTU PERKHIDMATAN
BEKERJA DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB
BERUSAHA MENGIKIS SIKAP MEMENTINGKAN DIRI
BERKHIDMAT DENGAN MUHIBBAH DAN KEMESRAAN
BEKERJA KE ARAH MEMAJUKAN PEMIKIRAN RAKYAT DAN PENBANGUNAN NEGARA
BEKERJASAMA DALAM MEMBANTERAS KELEMAHAN DAN MUSUH-MUSUH NEGARA
BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN AGAMA
Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam Malaysia
Kami, Pegawai Awam Malaysia dengan sepenuh rela hati mempertahan dan memperkukuhkan intergrti Perkhidmatan
awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui
tindakan-tindakan berikut :
PERTAMA Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah;
KEDUA Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah;
KETIGA Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan
KEEMPAT etika jabatan;
KELIMA
KEENAM Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang
perlakuan jenayah rasuah;
Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej pegawai
awam;
Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang
berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.
TERAS PERKHIDMATAN
AWAM
Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan.
Bekerja dengan penuh tanggungjawab.
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
sendiri.
Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan
kemesraan.
Bekerjasama dalam membanteras kelemahan
dan musuh-musuh negara.
Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat
dan pembangunan negara.
Berpegang teguh kepada ajaran agama.
BUDAYA KERJA SEKOLAH
Memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, Falsafah, Matlamat dan Objektif
sekolah.
Memelihara dan mempertingkatkan imej Sekolah,
Jabatan dan Kementerian Pendidikan setiap masa.
Mementingkan mutu dan kesan pendidikan.
Menentukan objektif bagi setiap tugasan.
Mengamalkan kerja sepasukan serta
bermesyuarat.
Sentiasa bekerja dengan bersih, cekap dan
amanah.
Mengamalkan sikap jujur, ikhlas, amanah serta adil.
Mengamalkan perkhidmatan penyayang.
Kepimpinan melalui tauladan.
Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri.
Berusaha mempertingkatkan ilmu dan
kemahiran.
Kerja adalah ibadah.
ETIKA KERJA
Setiap pekerja hendaklah sentiasa berusaha menunaikan tugas mereka masing-masing. Sesebuah
organisasi amat bergantung kepada pekerja yang produktif dan cemerlang dalam melaksanakan
tugas-tugas yang diberikan. Terdapat etika kerja yang boleh dipraktikkan dalam tugas seharian untuk
mendapat keredhaan Tuhan seterusnya meningkatkan kualiti sesebuah organisasi.
BEKERJA DENGAN AZAM MENGABDIKAN DIRI KEPADA TUHAN
▪Sebagai seorang pekerja, seseorang itu hendaklah menyedari bahawa tugas yang dilaksanakan adalah amanah Tuhan.
Sekiranya dia tidak menunaikan tugas tersebut sebaik-baiknya, maka bererti dia tidak menunaikan amanah Tuhan.
Bekerja juga adalah seperti ibadat. Maka sewajarnya setiap pekerja menunaikan tugas sebaik-baiknya demi kebahagiaan
hidup di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Tuhan itu maha melihat dan mendengar. Setiap gerak seseorang itu tidak lepas
daripada pandangan-NYA.
▪
BEKERJA DENGAN IKHLAS DAN AMANAH
Seseorang pekerja itu harus menyedari bahawa jawatan yang dipegang adalah hasil permohonannya
sendiri. Oleh yang demikian, wajarnya dia menjalankan tugasnya dengan penuh kerelaan dalam usaha
mengabdikan diri kepada Tuhan di samping berusaha untuk menyara diri dan keluarga dengan rezeki
yang halal.
BEKERJA DENGAN TEKUN DAN CEKAP
Ketekunan adalah suatu sifat yang perlu ada dalam setiap individu yang bergelar pekerja. Setiap
pekerja akan dapat meningkatkan kecekapan dalam menjalankan tugas masing-masing sekiranya
meeka tekun. Rasullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah suka apabila
seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun”. Mutu kecekapan seseorang itu akan
meningkat sekiranya pekerja itu sanggup belajar dan menambahkan ilmu pengetahuan yang
berkaitan dengan tugasnya sepanjang masa.
BEKERJA DENGAN SEMANGAT SATU PASUKAN DAN BERPADU
FIKIRAN
Untuk menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang, semangat bekerja sebagai satu pasukan dalam
melaksanakan tugas amat penting. Sikap saling bantu membantu di antara pekerja akan menimbulkan
suasana bekerja yang aman dan gembira.
PELAN INDUK
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
TERAS 1 : MEMBINA NEGARA BANGSA
Dalam tempoh PIPP, KPM akan membina Negara Bangsa melalui pendidikan dengan memberi tumpuan
kepada fokus dan strategi pelaksanaan seperti berikut :
1. Memperkasakan Bahasa Kebangsaan
❑ Menggerakkan gelombang baru Memperkasakan Bahasa Kebangsaan.
❑ Memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara (DBN) dengan membentuk jawatankuasa
induk penggerak DBN dan lima jawatankuasa kerja penggerak DBN.
❑ Mengkoordinasi peranan semua pihak yang terlibat untuk menggiatkan aktiviti kebahasaan,
kesusasteraan, pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan.
❑ Mewujudkan Bulan Bahasa dan Sastera Negara.
2. Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional
❑ Meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman rakyat Malaysia supaya menghormati
Perlembagaan Malaysia.
❑ Meningkatkan semangat patriotik melalui Rukun Negara, penyebaran maklumat, Kempen
Cintakan Warisan Bangsa Negara dan aktiviti kokurikulum.
❑ Menanamkan sifat hormat-menghormati dan peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai
kaum.
❑ Mempergiatkan aktiviti RIMUP dengan mewujudkan JK RIMUP di semua peringkat
pernacangan, pelaksanaan dan pemantauan aktviti RIMUP.
3. Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa
❑ Membina kurikulum kesenian.
❑ Membina Sekolah Seni.
❑ Meningkatkan kerjasama dengan KeKKWa.
❑ Membudayakan penggunaan tulisan Jawi.
4. Memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari
❑ Mempelbagai aktiviti untuk membimbing pelaksanaan Islam Hadhari dalam pembentukan
pemikiran dan kehidupan.
PELAN INDUK
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
TERAS 2 : MEMBANGUNKAN MODAL INSAN
Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan membangunkan modal insan dengan memberi fokus dan strategi
pelaksanaan berikut:
1. Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar
❑ Meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata pelajaran dan bidang
pengkhususan.
❑ Meningkatkan peruntukan belanja mengurus kepada Sekolah Kerajaan dan Sekolah
Bantuan Kerajaan.
❑ Meneruskan pendaftaran SAR dan SAN di seluruh negara.
2. Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan
❑ Mengkaji pelaksanaan KBSR dan KBSM supaya lebih menekankan kemahiran berfikir aras
tinggi (higher order thinking skills)
❑ Memupuk budaya cintakan ilmu pengetahuan.
❑ Melaksanakan Program Pembestarian Sekolah.
❑ Menyediakan pusat akses.
❑ Menyediakan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi
❑ Melaksanakan Program Pengkomputeran Sekolah.
❑ Melaksanakan perisisan yang lengkap dan pelbagai.
❑ Mengadakan latihan dan bimbingan.
❑ Mewujudkan sistem penyelenggaraan yang berterusan.
3. Memupuk pelajar memiliki kemahiran dan keterampilan
❑ Melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai jenis kemahiran hard and soft skills.
❑ Memupuk pelajar supaya menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, budi bahasa dan
adab.
❑ Memastikan sekolah memberi penekanan kepada keselamatan dan kebersihan dan kesihatan
pelajar.
4. Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik
❑ Menyediakan pentaksiran alternatif.
❑ Memantapkan pentaksiran sedia ada dengan unsur-unsur berasaskan kompetensi.
❑ Mengkaji semula sistem pentaksiran dan penilaian untuk menjadikan persekolahan tidak terlalu
berorientasikan peperiksaan.
PELAN INDUK
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
TERAS 2 : MEMBANGUNKAN MODAL INSAN
5. Memantapkan program kokurikulum dan sukan
❑ Penambahbaikan aktiviti sukan dan kokurikulum.
❑ Meningkatkan penyertaan murid.
❑ Meningkat semangat patriotik dengan memastikan Rukun Negara dipelajari dan dihayati
sepenuhnya bermula daripada peringkat awal persekolahan.
❑ Memperkasakan sukan di sekolah ke arah sukan untuk semua.
❑ Memantapkan pelaksanaan kokurikulum bagi menggalakkan penglibatan pelajar yang lebih
menyeluruh.
❑ Memantapkan program keguruan dalam kokurikulum dan sukan serta kejurulatihan.
❑ Menyediakan infrastruktur dan peralatan yang lebih lengkap di sekolah, pusat kokurikulum,
kolej matrikulasi dan IPG.
❑ Meningkatkan kerjasama KPM dengan kementerian dan pihak luar KPM.
6. Memperkukuh disiplin pelajar
❑ Meningkatkan serta memantapkan mekanisme pengurusan dan pemantauan disiplin sekolah.
❑ Meningkatkan kefahaman dan kemahiran pengurusan penguatkuasaan peraturan disiplin
pelajar.
❑ Mempelbagaikan saluran aduan terus.
7. Memantapkan kurikulum
❑ Meneruskan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, serta
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
❑ Mempergiatkan pelaksanaan aktiviti kerjasama dengan pelbagai agensi.
❑ Memantapkan kurikulum sains dan matematik.
PELAN INDUK
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
TERAS 3 : MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN
Dalam tempoh PIPP ini, fokus dan strategi pelaksanaan berikut akan diberi tumpuan bagi
memperkasakan SK :
1. Peluasan Program Prasekolah
❑ Menambahkan bilangan kelas prasekolah KPM.
❑ Menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
❑ Memastikan murid berkeperluan khas mendapat program prasekolah.
❑ Memastikan guru dan pembantu guru prasekolah mencukupi dan terlatih.
2. Pemantapan Kepimpinan Pengetua/Guru Besar dan Kualiti Guru
❑ Memantapkan kepimpinan Pengetua/Guru Besar.
❑ Meningkatkan kualiti guru.
3. Pengukuhan Budaya Sekolah
❑ Mewujudkan SK yang berbudaya cemerlang, iklim dan budaya sekolah yang sihat.
4. Pemantapan Kurikulum
❑ Memastikan semua murid Tahap 1 menguasai 3M.
❑ Memperluas j-QAF.
❑ Memperkenalkan Bahasa Cina dan Tamil.
❑ Memperkenalkan program bagi pelajar berkeperluan khas.
❑ Meningkatkan akses dan pilihan program di peringkat menengah.
5. Pemantapan Aktiviti Kokurikulum dan Sukan
❑ Menambah baik aktiviti kokurikulum dan sukan.
❑ Meningkatkan penyertaan murid.
6. Penambahbaikan Sistem Sokongan
❑ Menambahbaik sistem sokongan.
❑ Menambah bilangan jawatan pembantu guru.
7. Peningkatan Prestasi Akademik
❑ Memastikan semua pelajar mendapat peluang bersekolah.
❑ Memantapkan program intervensi.
8. Menyediakan Infrastruktur Dan Kemudahan Asas Mencukupi Dan Berkualiti
❑ Meningkatkan kualiti prasarana SK.
❑ Meningkatkan kualiti infrastruktur dan kemudahan pendidikan.
❑ Menambah bilangan sekolah rendah satu sesi.
❑ Pembestarikan sekolah.
PELAN INDUK
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
TERAS 4 : MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN
Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan merapatkan jurang pendidikan dengan memberi tumpuan kepada fokus
dan strategi pelaksanaan seperti berikut:
1. Membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar
❑ Menambahbaik Program Pembangunan Pendidikan Luar Bandar dan pedalaman.
❑ Menambah baik Sekolah Kurang Murid (SKM).
❑ Merapatkan jurang digital.
2. Meningkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran
❑ Penguasaan 3M.
❑ Pengurangan kadar keciciran.
❑ Pemantapan program pendidikan bagi murid orang kurang upaya.
❑ Membuka kelas khas bagi murid autisme dan ADHD serta yang mempunyai dua kecacatan.
❑ Memantapkan program pendidikan khas inklusif.
❑ Menghasilkan kaedah penilaian yang diiktiraf.
❑ Menyediakan perkhidmatan pendidikan khas kepada kanak-kanak dari umur satu hari di pusat
perkhidmatan.
❑ Meminda Peraturan- Peraturan Pendidikan Khas 1997 untuk menerima pelajar dua kecacatan.
❑ Memantapkan instrumen saringan untuk kenal pasti murid berkeperluan khas.
❑ Menyediakan kemudahan pengangkutan untuk murid pendidikan khas.
❑ Mengeratkan kerjasama antara KPM, Kem. Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Kem. Kesihatan, KPT dan Kem. Sumber Manusia.
3. Meningkatkan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman
❑ Peningkatan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman.
❑ Mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman.
❑ Menambah baik insentif khusus kepada guru yang berkhidmat di pedalaman.
❑ Menyediakan asurans kepada guru-guru yang berkhidmat di luar bandar.
❑ Menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna.
4. Menambah baik sistem pengagihan bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas dan
kumpulan minoriti
❑ Pemantapan sistem pengagihan bantuan.
❑ Memantapkan Sistem Maklumat Murid (SMM).
❑ Memantau pelaksanaan program bantuan secara berterusan.
❑ Menilai impak program secara berkala.
❑ Mewujudkan Majlis Tindakan Pendidikan Daerah (MTPD).
❑ Mengukuhkan kerjasama antara sekolah, sektor awam dan swasta.
PELAN INDUK
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
TERAS 5 : MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN
Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan memartabatkan profesion keguruan dengan memberi tumpuan kepada
fokus dan strategi pelaksanaan berikut:
1. Menambah baik sistem pemilihan calon guru
❑ Memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon guru.
❑ Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teachers Selection Test - MTeST), temuduga
individu dan berkumpulan serta ujian bertulis Bahasa Inggeris.
❑ Syarat tambahan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang bersesuaian dengan
keperluan opsyen.
❑ Pemilihan Guru Siswazah Sandaran Terlatih melalui iklan dan tapisan rapi.
❑ Pemantapan proses perlantikan dan pengesahan PPPS oleh Suruhanjaya Perkhidmatan
Pelajaran (SPP) bagi memastikan setiap guru mencapai standard minimum.
2. Memantapkan latihan perguruan
❑ Menaik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG).
❑ Mereka bentuk dan menggubal Kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan Majlis
Kurikulum Pendidikan Guru.
❑ Memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru.
❑ Membangunkan infostruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan Keguruan, Sistem
Penyaluran, Rangkaian ICT, Portal Pendidikan Guru dan Total Campus Management System.
❑ Memantapkan profesionalisme keguruan dengan memberi latihan dalam aspek pedagogi,
kokurikulum, ICT, penyelidikan dan pastoral care.
❑ Memperkasakan peranan IAB untuk kursus dalam perkhidmatan bagi membina sumber tenaga
pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang terbaik ke arah meningkatkan profesionalisme
guru.
❑ Meningkatkan kelayakan tenaga pengajar IPG dengan mengadakan Program Peningkatan
Akademik PPP yang dijalankan secara sepenuh masa, Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) serta
gabungan PJJ dan sepenuh masa.
❑ Meningkatkan, pemantapan dan peluasan kursus dan latihan.
❑ Memperkasakan peranan Institut Aminudin Baki.
3. Memantapkan kerjaya guru
❑ Penambahan perjawatan dan peluasan naik pangkat untuk PPPS di KPM/JPN/PPD/G.
PELAN INDUK
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
TERAS 5 : MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN
4. Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru
❑ Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif.
❑ Menyediakan kemudahan tempat tinggal yang mencukupi di kawasan pedalaman, luar
bandar dan bandar melalui pembinaan rumah guru baru dan membaik pulih rumah
guru sedia ada.
❑ Memperkasa peranan Yayasan Guru Malaysia untuk meningkatkan inisiatif menjaga
dan memelihara kepentingan dan kebajikan guru.
❑ Mensifarkan GSTT.
❑ Memantapkan pelaksanaan Guru Simpanan.
❑ Mewujudkan tambahan jawatan kumpulan sokongan bagi mengurangkan beban tugas
dan tanggungjawab guru dalam kerja-kerja pentadbiran.
❑ Mengkaji keperluan kemudahan asurans bagi guru-guru yang berkhidmat di kawasan
pedalaman.
❑ Menyediakan kemudahan bilik guru dan bilik darjah yang kondusif untuk meningkatkan
kualiti kerja dan p&p melalui projek naik taraf, bangunan tambahan dan pembinaan
baru.
❑ Menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan.
❑ Menyediakan perancangan bagi mengatasi masalah kekurangan guru mengikut
opsyen.
❑ Menyediakan data dan unjuran bilangan guru yang tidak mencukupi mengikut opsyen
dan lokasi.
5. Memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia
❑ Penyediaan mekanisme bekalan guru.
❑ Mewujudkan kerjasama dengan IPT tentang latihan guru.
❑ Menambahbaik sistem maklumat guru.
❑ Mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman.
PELAN INDUK
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
TERAS 6 : MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI
PENDIDIKAN
Sebanyak 300 institusi pendidikan yang menyerlah dan cemerlang dalam kluster institusi pendidikan
tertentu akan dikenal pasti dan dipilih mengikut elemen utama dan elemen sokongan.
Bagi sekolah-sekolah yang terpilih, fokus akan diberikan terhadap perkara-perkara berikut :
1. Memastikan kepemimpinan teguh dan berkesan
❑ Pemantapan latihan kepemimpinan guru besar dan pengetua.
❑ Mengenalpasti memilih pengetua, guru besar dan guru penolong kanan.
❑ Menentukan KPI yang perlu dicapai oleh pengetua, guru besar dan guru penolong kanan.
2. Pemilihan guru dan jurulatih berkebolehan dan berkemahiran tinggi
❑ Memilih guru dan jurulatih melalui iklan, permohonan dan temu duga.
❑ Pengetua, guru besar dan guru bersama-sama akan menentukan KPI yang perlu dicapai
oleh guru dan jurulatih.
❑ Prestasi guru dan jurulatih akan menentukan sama ada jawatan dikekalkan.
3. Memilih kelompok sekolah cemerlang
❑ Perlantikan sekolah.
❑ Menigkatkan keupayaan dengan memberi autonomi kepada sekolah.
4. Mewujudkan akauntabiliti
❑ Menyediakan pelbagai prosedur untuk memudahkan pelaksanaan program.
❑ Melaksanakan penilaian sekolah kluster.
❑ Melaksanakan penarafan kendiri.
❑ Memperkukuh mekanisme pemastian kualiti kolej matrikulasi.
❑ Memastikan semua program dan ijazah keluaran IPG diiktiraf di dalam dan luar negara.
5. Mewujudkan piawaian dan penandaarasan
❑ Menyediakan pengurusan perubahan dan mengenal pasti amalan terbaik.
❑ Melaksanakan penarafan kendiri.
PELAN INDUK
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
TERAS 6 : MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI
PENDIDIKAN
6. Menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan
❑ Meningkatkan jalinan antara sekolah-sekolah cemerlang dalam dan luar negara.
❑ Meningkatkan jalinan antara IPG dengan universiti luar negara.
❑ Meningkatkan jalinan Bestari (Smart partnership) antara universiti luar negara.
❑ Mempakejkan dan memasarkan IPG secara berkesan agar negara dapat dikenali sebagai pusat
pendidikan guru.
❑ Mempakejkan dan memasarkan sekolah swasta dan antarabangsa untuk menarik minat pelajar.
❑ Meminda dasar sekolah antarabangsa supaya dapat meningkatkan daya saing negara dalam
bidang pendidikan di rantau Asia.
❑ Melibatkan pelajar, guru dan sekolah dalam pertandingan kokurikulum pada peringkat
antarabangsa.
❑ Meningkatkan jalinan kerjasama antara sekolah-sekolah cemerlang di dalam dan luar negara.
❑ Penglibatan dalam badan-badan pendidikan dunia seperti UNESCO, OECD dan IEA.
❑ Menyertai lebih banyak kajian pada peringkat antarabangsa.
❑ Memperkasa kolej matrikulasi.
7. Merintis perubahan dan pembaharuan
❑ Melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah.
❑ Mengadakan P&P berasaskan Model Hasil Pembelajaran (outcome based learning).
❑ Memperkenalkan program alternatif untuk kemasukan ke IPT seperti International Baccalaureate
dan peperiksaan Standard Admission Test (SAT)
Rujukan : 1) RMK-9: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Edisi Pelancaran. BPPDP, 2006.
Kad Laporan keempat seperti Disember 2008.
TATASUSILA PROFESION
PERGURUAN
Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah
pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan
berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah
pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan
Prinsip-Prinsip Rukun Negara.
1 TANGGUNGJAWAB TERHADAP
PELAJAR
1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.
2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,
emosi, politik ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang
berhak mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata
pelajaran-mata pelajaran yang diajar di dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh
yang baik kepada pelajar.
6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan
dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran
kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
2 TANGGUNGJAWAB TERHADAP
IBU BAPA
1. Menghormati tenggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan
dengan rumah tangga.
3. Mengganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga
atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa
kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan
menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu
bapa pelajar.
6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjelaskan
kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
TATASUSILA PROFESION
PERGURUAN
3 TANGGUNGJAWAB TERHADAP
MASYARAKAT DAN NEGARA
1. Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar,
masyarakat atau negara, atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka
untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati
orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan
ugama.
3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai
seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan
masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan
dengan masyarakat.
5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan
masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani
kehidupan kami sehari-hari dengan baik.
4 TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN
SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN
1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama
bagi seorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan
bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam profesion
perguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
CATATAN Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ini ialah orang yang
menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat
rendah, menengah dan tinggi, (termasuk guru terlatih yang bertugas dalam
pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan).
ANJAKAN PPPM
Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan
berkualiti bertaraf antarabangsa.
Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam
bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan
mempelajari bahasa tambahan.
Melahirkan rakyat yang menghayati nilai.
Mentransformasi profesion keguruan menjadi
profesion pilihan.
Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi
ditempatkan di setiap sekolah.
Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk
menyediakan penyelesaian khusus berasaskan
keperluan.
Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia.
Mentransformasi kebolehan dan keupayaan
penyampaian kementerian.
Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor
swasta secara meluas.
Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap
ringgit.
Meningkatkan ketelusan untuk
kebertanggungjawaban awam secara langsung.
PENGGAL PERSEKOLAHAN
KUMPULAN B
KPUeMnPgUgLaAl NPeBrs: ekolahan
Sekolah-sekolah di negeri : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis,
Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya
PENGGAL MULA AKHIR JUMLAH HARI JUMLAH
1 PERSEKOLAHAN PERSEKOLAHA MINGGU
2
N 11
3 1
21.03.2022 31.03.2022 9
12
01.04.2022 30.04.2022 21 1
01.05.2022 31.05.2022 16 13
3
01.06.2022 03.06.2022 3 7
3
JUMLAH HARI 49
CUTI PENGGAL 1, SESI 2022/2023
04.06.2022 - 12.06.2022 9
13.06.2022 30.06.2022 14
01.07.2022 31.07.2022 20
01.08.2022 31.08.2022 22
01.09.2022 02.09.2022 2
JUMLAH HARI 58
CUTI PENGGAL 2, SESI 2022/2023
03.09.2022 - 11.09.2022 9
12.09.2022 30.09.2022 14
01.10.2022 31.10.2022 17
01.11.2022 30.11.2022 22
01.12.2022 09.12.2022 7
JUMLAH HARI 60
CUTI PENGGAL 3, SESI 2022/2023
10.12.2022 - 31.12.2022 22
03.01.2023 31.01.2023 18
01.02.2023 17.02.2023 13
JUMLAH HARI 31
CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN, SESI 2022/2033
18.02.2023 12.03.2023 23
JADUAL GAJI PENJAWAT
AWAM
JANUARI FEBRUARI MAC
25 25 25
SELASA JUMAAT JUMAAT
APRIL MEI JUN
25 265 24
ISNIN KRHAABMUIS JUMAAT
JULAI OGOS SEPTEMBER
25 25 23
ISNIN KHAMIS JUMAAT
OKTOBER NOVEMBER DISEMBER
18 25 19
SELASA JUMAAT ISNIN
CUTI PERAYAAN
CUTI PERAYAAN TAMBAHAN CUTI PERAYAAN YANG DIPERUNTUKKAN OLEH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
KUMPULAN A KUMPULAN B CATATAN
TAHUN BARU CINA 30.01.2022 (Ahad) 31.01.2022 (Isnin) Dua (2) Hari Cuti
01.02.2022 (Selasa) 31.01.2022 (Isnin) 03.02.2022 (Khamis) Tambahan KPM
02.05.2022 (Isnin) 05.05.2022 (Khamis)
dan 02.02.2022 05.05.2022 (Khamis) 06.05.2022 (Jumaat) Dua (2) Hari Cuti
(Rabu) Tambahan KPM
HARI RAYA Satu (1) Hari Cuti
AIDILFITRI Tambahan KPM
03.05.2022 (Selasa)
dan 04.05.2022 Dua (2) Hari Cuti
Tambahan KPM
(Rabu)
Satu (1) Hari Cuti
HARI GAWAI DAYAK 03.06.2022 (Jumaat) Tambahan KPM
01.06.2022 (Rabu) Negeri Sarawak
dan 02.06.2022 sahaja Satu (1) Hari Cuti
(Khamis) Tambahan KPM
HARI DEEPAVALI 23.10.2022 (Ahad) 25.10.2022(Selasa)
24.10 2022 (Isnin) dan 25.10.2022 dan
(Selasa)
(kecuali Negeri 26.10.2022(Rabu)
Sarawak)
Semua Negeri
Kumpulan B kecuali
Sarawak
24.10.2022 (Isnin)
Sarawak sahaja
TAHUN BARU CINA 24.01.2023 (Selasa) 20.01.2023 (Jumaat)
22.01.2023 (Ahad)
dan 23.01.2023
(Isnin)
KUMPULAN B :
Sekolah-sekolah di negeri : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis,
Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya
Laman Web Rasmi
APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)
Website : https://apdm.moe.gov.my
Username :
Password :
Email Used :
ePangkat
Website : https://epangkat.moe.gov.my
Username :
Password :
Email Used :
MODUL PENGURUSAN MURID (SSDM)
Website : https://ssdm.moe.gov.my
Username :
Password :
Email Used :
MODUL PENGURUSAN SEKOLAH (EMiS)
Website : https://emisonline.moe.gov.my
Username :
Password :
Email Used :
Laman Web Rasmi
MODUL PENGURUSAN GURU (eOperasi)
Website : https://eoperasi.moe.gov.my
Username :
Password :
Email Used :
SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)
Website : https://sapsnkra.moe.gov.my
Username :
Password :
Email Used :
Single Sign On (SSO)
Website : https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php
Username :
Password :
Email Used :
PENYATA GAJI
Website :
https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/L
ogin
Username :
Password :
Email Used :
Laman Web Rasmi
EGTUKAR(eOperasi)
Website : https://epgo.moe.gov.my
Username :
Password :
Email Used :
HRMIS 2.0
Website : https://hrmis2.eghrmis.gov.my
Username :
Password :
Email Used :
PAJSK
Website : https://pajsk.moe.gov.my/index.php
Username :
Password :
Email Used :
Sistem e-Profil Kerjaya Murid (SePKM)
Website : https://epkm.moe.gov.my/index.php
Username :
Password :
Email Used :
Laman Web Rasmi
FACEBOOK
Website : https://www.facebook.com/
Username :
Password :
Email Used :
INSTAGRAM
Website : https://www.instagram.com/accounts/login/
Username :
Password :
Email Used :
TWITTER
Website : https://twitter.com/login?lang=en
Username :
Password :
Email Used :
GMAIL
Website : https://mail.google.com/mail/u/0/
Username :
Password :
Email Used :
SEKOLAH LOGO
BELAKANG SEKOLAH
LATAR
KANDUNGAN
PERKARA BILANGAN
Logo Sekolah 1
Bendera Sekolah 2
Visi dan Misi Sekolah 3
Ikrar Murid 4
Lagu Sekolah 5
Piagam Pelanggan 6
Sejarah Sekolah 7
Pelan Sekolah 8
Tugas-tugas Jawatankuasa Unit Kokurikulum 9
Takwim Tahunan Unit Kokurikulum 10
LOGO SEKOLAH
LOGO
MAKSUD LOGO SEKOLAH
BENTUK PERISAI Kekuatan dan kekebalan dalam menangani cabaran akan
BUKU datang
Sumber segala maklumat dan ilmu pengetahuan
GELUNG BERANGKAI Semangat kerjasama dan bantu membantu dalam
OBOR melakukan sesuatu kerja
TOPI
SIJIL Semangat yang membara dalam mencapai sesuatu
kejayaan
GEOMETRI
GEAR Kejayaan merupakan pendorong kepada usaha yang
berterusan
Kejayaan dalam dunia Pendidikan merupakan sesuatu
yang diimpikan
Kemajuan bidang Pendidikan berteraskan kepada
pengetahuan yang menyeluruh
Sains dan teknologi merupakan bidang terpenting dalam
dunia Pendidikan masa kini
BENDERA SEKOLAH
BENDERA SEKOLAH
MAKSUD BENDERA SEKOLAH
Hijau Muda melambangkan proses pendidikan yang berterusan dan
tiada penghujungnya.
Hijau Tua Melambangkan agama Islam adalah agama rasmi
negara Malaysia.
Merah Melambangkan kegigihan pelajar untuk mengungguli
segala bidang
Kuning melambangkan kesejahteraan dan kesepaduan warga
Sekolah secara holistik
Biru Melambangkan Sikap Peduli prihatin dan berintegriti yang
menjadi amalan seluruh warga sekolah
Bentuk Gelombang Melambangkan transformasi sekolah ke arah masa
depan yang penuh harapan dan dinamik.
Tiga Jalur Warna Melambangkan tiga Fungsi utama sekolah iaitu
Pengurusan Ikhtisas dibidang Kurikulum, HEM dan
Kokurikulum.
VISI DAN MISI SEKOLAH
Visi Sekolah
Menjadikan SK. Pekan Dua,
Ranau Berpendidikan Berkualiti
Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi Sekolah
Melestarikan Sistem
Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi
Individu Bagi Memenuhi
Aspirasi Negara
IKRAR MURID
Bahawasanya kami
Warga Sekolah Kebangsaan Pekan Dua
Berikrar dan Berjanji,
Akan menjadi warga,
Yang sentiasa berpegang teguh kepada ajaran
agama
Berdisiplin
Dan Berketrampilan
Sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan
Sahsiah,kurikulum,dan kokurikulum
Sentiasa mengamalkan sikap hormat menghormati
dan bekerjasama dalam membina budaya prihatin
Bertanggungjawab mengharumkan nama sekolah
Dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan Undang undang
Kesopanan dan Kesusilaan
LAGU SEKOLAH
SK. PEKAN DUA, RANAU
Kau berdiri megah SK Pekan 2
Kau Teguh Perkasa
kaulah lambang kebanggan negara
Kaulah warisan bangsa
SK Pekan Dua yang kami cintai
Jasamu tetap abadi
Kau lahirkan insan yang berguna
Mencapai wawasan negara
Gurunya berkhidmat penuh setia
Mencurahkan ilmu yang ada
Putera Puterinya meniti jaya
untuk menjadi insan
Berwawasan Berilmu
PIAGAM SEKOLAH
Seluruh warga SK Pekan Dua dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji
akan menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami untuk:
1. PELAJAR
-Memastikan semua murid menerima P&P mengikut masa yang diperuntukkan.
-Memastikan semua murid tang layak menerima bantuan KWAPM, SPBT,dan
RMT menerimanya mengikut kelayakan dan masa yang ditetapkan.
-Memastikan semua murid mendapat layanan yang adil.
- Memastikan semua murid tahap dua medapat peluang menyertai kegiatan
kokurikulum sekurang-kurangnya satu persatuan, satu kelab beruniform dan
satu aktiviti sukan dan permainan.
2. STAF
-Memastikan semua staf menerima gaji mereka tepat pada waktunya dan
mengikut kelayakan mereka.
-Mengadakan sesi perkembangan staf sekurang-kurangnya dua kali setahun.
- Memastikan soal kebajikan setiap staf diambil perhatian.
3. IBU BAPA
-Memastikan setiap ibu bapa yang berurusan dengan sekolah dilayan dengan
adil dan penuh mesra.
-Segala aduan dan rayuan akan disiasat dan diberi maklum balas dalam masa
satu minggu.
- Setiap cadangan/usul yang baik dan munasabah akan dipertimbangkan oleh
pihak sekolah.
4. KOMUNITI
- Memberi kerja sama erat kepada semua aktiviti kemasyarakatan.
5. STAKEHOLDER
-Memastikan semua surat arahan dari pihak jabatan/kementerian diambil
tindakan selewat-lewatnya tiga hari selepas surat/arahan diterima.
OBJEKTIF DAN MATLAMAT
SEKOLAH
OBJEKTIF SEKOLAH
1. Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang kurikulum
2. Melahirkan pelajar yang cemerlang dan bidang kokurikulum
3. Melahirkan pelajar yang berilmu dan berakhlak mulia selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
MATLAMAT SEKOLAH
1. Berusaha meningkatkan prestasi akademik dan penglibatan
kokurikulum pelajar yang cemerlang
2. Membimbing pelajar ke arah sahsiah dan disiplin kendiri yang
cemerlang
3. Berusaha mewujudkan perhubungan antara manusia yang mesra,
pengasih dan penyayang
SEJARAH SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN DUA RANAU TERLETAK LEBIH
KURANG SATU KILOMETER (1KM) DARI PEKAN RANAU. PEMBINAAN
BANGUNAN SEKOLAH INI DIBIAYAI OLEH BANK DUNIA DAN SIAP
PEMBINAANNYA PADA DISEMBER 1992. SEKOLAH INI DIAMBIL ALIH
OLEH JABATAN PENDIDIKAN PADA 03 DISEMBER 1992. SEKOLAH INI
DI BAWAH SELIAAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH RANAU.
PADA AWAL PENUBUHANNYA, SK PEKAN DUA RANAU MEMPUNYAI
DUA SESI PERSEKOLAHAN IAITU SESI PAGI DAN PETANG. INI
ADALAH KERANA ANAK-ANAK PEKERJA LOMBONG MAMUT
SEMUANYA BERSEKOLAH DI SINI. PADA TAHUN 1999 KELAS
PENDIDIKAN KHAS TELAH DIBUKA DAN MENJADIKAN SEKOLAH INI
MERUPAKAN SEKOLAH PERTAMA YANG MENAWARKAN PENDIDIKAN
KHAS. KELAS PRA SEKOLAH PULA, BERMULA PADA TAHUN 2009
APABILA BANGUNAN PRASEKOLAH SIAP DAN DILULUSKAN OLEH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH RANAU UNTUK DIGUNAKAN.
SEJARAH SEKOLAH
ANTARA GURU GURU BESAR YANG PERNAH BERKHIDMAT DI SK. PEKAN
DUA RANAU ADALAH:
ISMAIL BIN BANDI DARI TAHUN 1992 HINGGA 1995
MAHMOD JAHAR DARI TAHUN 1996 HINGGA 2006
DATIN HJH NURLIAH DARI TAHUN 2006 HINGGA 2016
PN. MISNIAH RADIAN DARI TAHUN 2016 HINGGA 20 MAC 2021
PN. RIDIAH SAILUN DARI 1 APRIL 2021 HINGGA SEKARANG
JUMLAH STAF SK. PEKAN DUA PADA TAHUN 2021:
JUMLAH GURU : 44 ORANG
JUMLAH AKS : 8 ORANG
JUMLAH MURID PERDANA :347 ORANG
MURID PRASEKOLAH : 50 ORANG
MURID PENDIDIKAN KHAS : 39 ORANG
PADA TAHUN 2021, SLOGAN “ SEPADU HEBAT, KAINO MISOKODUNG OM
MISOMPURU” TELAH DILANCARKAN. SLOGAN INI SESUAI DENGAN
KEADAAN WARGA SK. PEKAN DUA YANG SENTIASA BEKERJASAMA DALAM
SEGALA HAL .
PELAN SEKOLAH
UNKIOTKPUERNITKAUDLBUIMRASNEKDOALNAH LOGO
SEKOLAH
KANDUNGAN BILANGAN
PERKARA 1
2
Kata-kata Aluan Penolong Kanan Kurikulum 3
Pengenalan Unit Kurikulum 4
Visi dan Misi Unit Kurikulum 5
Objektif dan Matlamat Unit Kurikulum 6
Piagam Pelanggan Unit Kurikulum 7
Panduan Am Staf Sekolah 8
Jawatankuasa Induk Unit Kurikulum 9
Jawatankuasa-jawatankuasa Unit Kurikulum 10
Bidang Tugas Unit Kurikulum
Takwim Tahunan Unit Kurikulum
KATA-KATA ALUAN
GURU PENOLONG KANAN
KURIKULUM
PN.RUSNAH BINTI SAIP
GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM
SK.PEKAN DUA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan nama Allah, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta
sekalian sahabat-sahabat baginda,guru-guru, kaum keluarga dan warga sekolah SK Pekan
Dua, Ranau (SEPADU). Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya Buku
Pengurusan Sekolah sesi 2022/23 telah dapat dihasilkan dengan membawa harapan buku
pengurusan ini dapat membantu dan menjadi panduan semua warga SEPADU. Adalah
diharapkan dengan terhasilnya Buku Pengurusan Sekolah Sesi 2022/23 ini akan memacu
SEPADU ke arah kecemerlangan.
Hasrat murni ini akan menjadi realiti apabila semua panduan yang disediakan ini dapat
dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan. Selain itu, kepimpinan peringkat sekolah
perlulah efektif dan efisien, mempunyai barisan guru yang berkualiti, berilmu pengetahuan,
berkemahiran dan memiliki sikap serta sahsiah yang unggul.
Adalah diharapkan pengemblengan tenaga semua pihak dapat melahirkan generasi
murid yang cemerlang. Buatlah sesuatu yang terbaik pada anak-anak didik kita berdasarkan
kerelaan dan keikhlasan yang sejati. Tahun 2022 sudah bermula. Justeru, persiapan yang rapi
semaksimum mungkin perlu kita persiapkan bagi menghadapi cabaran pendidikan masa kini.
Seluruh warga sekolah wajar membuat tranformasi ke arah peningkatan minda, nilai kualiti
kerja serta pembentukan sahsiah terpuji agar sekolah ini dapat duduk sama rendah dan berdiri
sama tinggi di arena Pendidikan Negara.
Selamat bertugas, sekian terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,
.........................................
PN.RUSNAH BINTI SAIP
Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum
SK.PEKAN DUA
PANDUAN AM STAF SEKOLAH
PANDUAN AM
1. Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam
Perintah Am Kerajaan
2. Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh
mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan.
3. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu
profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata.
4. Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
Perkhidmatan Cemerlang.
5. Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara.
6. Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan
tugas.
7. Bertanggunjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid dan harta benda sekolah ketika
berada di sekolah.
8. Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.
KEDATANGAN
1. Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah.
2. Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu belajar dan
menandatangani Buku Kehadiran SEMASA sampai dan sewaktu balik sekolah.
3. Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan
sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin supaya jadual
waktu ganti dapat disediakan.
4. Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan
kecemasan.
5. Guru diwajibkan datang untuk menjayakan aktiviti kokurikulum, bengkel, mesyuarat dan pelbagai
program akademik di luar masa yang ditetapkan.
PANDUAN AM STAF SEKOLAH
KELUAR WAKTU MENGAJAR
1. Guru tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah atau bilik darjah dalam masa waktu mengajar
kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan Jabatan Pelajaran
Negeri/Gabungan/Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Guru Besar/Penolong
Kanan.
2. Guru dikehendaki mengisi dan menulis di dalam Buku Rekod Pergerakan Guru. Dapatkan
kebenaran Guru Besar/Penolong Kanan sebelum keluar.
3. Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar melalui
Penolong Kanan.
CUTI
1. Cuti Rehat / Cuti Penggal – mengikut surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP(PP)
0046.SJ/(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah
untuk menggantikan cuti rehat. TETAPI guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak
melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian
daripada tugas mengajar.
2. Cuti Sakit – Sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari
berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
3. Cuti Tanpa Gaji – boleh dipohon di atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. Kelayakan cuti
tanpa gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan dan tidak melebihi 180 hari.
4. Kelulusan cuti tanpa gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun diluluskan oleh Pengarah Pelajaran
Negeri. Cuti melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
5. Cuti Rehat Khas – cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab kecemasan
dan upacara agama bagi tempoh tujuh hari dalam setahun.
PEMAKAIAN GURU
1. Semua guru hendaklah berpakaian kemas (bertali leher bagi guru lelaki),Baju Batik pada hari
Khamis dan Baju Kebangsaan pada hari Jumaat (Guru Islam) sesuai dengan profesion keguruan
dan masyarakat timur seperti di dalam surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1995.
2. Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan.
3. Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang sesuai.
4. Guru yang mengajar pendidikan jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.
PANDUAN AM STAF SEKOLAH
MENGAJAR DALAM BILIK DARJAH
1. Guru-guru dinasihatkan supaya tidak duduk semasa mengajar di dalam kelas.
2. Seluruh waktu mengajar itu mestilah digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan bahan
pelajaran dan membimbing murid dalam proses pembelajaran.
3. Memeriksa buku rampaian dan kertas jawapan murid tidak harus dilakukan dalam bilik darjah
ketika mengajar melainkan untuk memberI bimbingan dan perhatian individu murid.
4. Tugas guru bukan sahaja menyampaikan bahan pelajaran tetapi juga mengawal kelas supaya
tidak bising, memberi contoh teladan dan bimbingan kepada murid supaya menjadi
warganegara yang berdisiplin dan berilmu.Kembangkan potensi dan modal insan di kalangan
murid.
5. Kerja bertulis dan kerja rumah mestilah diberi secukupnya bagi semua matapelajaran dalam
satu-satu minggu . Jumlah kerja bertulis, latihan, ujian atau kerja rumah akan ditentukan dalam
mesyuarat panitian mata pelajaran.
6. Semua kerja murid mestilah disemak dan diperiksa dengan SEGERA dan NOTA yang diberi
perlu disemak dan diperiksa . Tandatangan guru dan tarikh membuat semakan hendaklah
dicatat dalam buku rampaian murid bagi setiap kerja semakan atau pemeriksaan yang dibuat.
7. Guru yang menjalankan tugas/kerja ganti (relief) diminta mengajar matapelajaran yang terdapat
pada jadual waktu atau mengajar mana tajuk yang berfaedah kepada pelajar . Sengaja duduk
dalam kelas adalah TIDAK digalakkan .
8. Jangan benarkan pelajar meninggalkan kelas pada masa belajar tanpa sebab yang munasabah
. Guru yang membenarkan murid-murid keluar kelas MESTILAH memberi KAD PAS atau
TANDA NAMA guru berkenaan sebagai tanda mendapat kebenaran dari guru berkenaan untuk
keluar kelas.
9. Setiap orang guru mestilah menentukan bahawa bilangan murid dalam kelasnya adalah sama
dengan bilangan yang tercatat di dalam Buku Kawalan Kelas.
10. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah menarik dan berkesan. Guru hendaklah memastikan
persediaan yang cukup telah dibuat dengan segala BBM yang sesuai serta strategi P & P yang
berkesan.
PANDUAN AM STAF SEKOLAH
KETEPATAN MASA
1. Ketepatan masa guru adalah penting untuk menentukan disiplin dan dihormati oleh
pelajar-pelajar.
2. Guru-guru hendaklah masuk kelas dan meninggalkan kelas mengikut waktu . Guru adalah
bertanggungjawab pada waktu guru itu sepatutnya berada di kelas; P & P hendaklah diberi
keutamaan . Unsur-unsur lain bolehlah dibuat pada masa yang lain.
3. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas ketika waktu mengajar . Kalau terpaksa
meninggalkan kelas kerana kecemasan atau sebab yang penting, guru berkenaan dinasihatkan
supaya memberi kerja secukupnya dan menentukan disiplin murid sekolah terkawal sebelum
meninggalkan kelas.Sila maklumkan kepada rakan guru di kelas sebelah atau yang terhampir.
4. Ketua kelas patut dinasihatkan supaya mencari guru yang masih belum masuk kelas 5 minit
selepas sesuatu waktu pembelajaran bermula belajar . Jika guru masih tidak dapat dicari,
Penolong Kanan atau guru kanan mestilah diberitahu.
5. Guru-guru mestilah menjadi CONTOH teladan dalam semua kegiatan sekolah termasuk
ucapan-ucapan sekolah. Jika sesuatu mesyuarat itu bermula jam 3.00 petang misalnya, maka
guru yang sepatutnya bertugas mestilah berada 10 minit sebelum jam 3.00 petang.
6. Semua urusan berkaitan dengan PPD, JPN serta Kementerian Pelajaran hendaklah
diselesaikan dan di hantar kepada pihak yang berkenaan pada atau sebelum masa yang
ditetapkan.
DISIPLIN
1. Jangan sekali-kali mengorbankan disiplin untuk menjadi popular dalam kalangan pelajar. Guru
seumpama ini akan menjadi masalah besar kepada sekolah khasnya dalam usaha
mendisiplinkan pelajar. Disiplin pelajar di sekolah adalah tanggungjawab bersama setiap guru .
Sebarang masalah yang berkaitan dengan disiplin pelajar mestilah diselesaikan bersama oleh
guru-guru . Jangan bebankan masalah disiplin semata-mata kepada guru disiplin sahaja.
2. Kementerian Pelajaran melarang sama sekali guru-guru menjalankan sebarang HUKUMAN atau
DERA kepada murid kecuali diturunkan kuasa oleh Guru Besar .
3. Hanya Guru Besar dan guru-guru yang dibenarkan menjalankan hukuman atau dera kepada
murid yang melanggar peraturan sekolah atau yang menimbulkan masalah disiplin.
4. Semua kesalahan mestilah direkodkan ke dalam buku “DISIPLIN” yang disimpan di pejabat .
Rekod ini akan dirujuk ketika menyediakan sijil berhenti dan surat akuan pelajar.
PANDUAN AM STAF SEKOLAH
DISIPLIN
1. Guru-guru kelas serta guru-guru mata pelajaran hendaklah merekod semua kesalahan murid
dalam buku persediaan mengajar di ruangan catatan. Rekod ini adalah penting dalam hal
disiplin.
2. Sebagai panduan, aspek-aspek disiplin yang patut dikawal oleh semua guru adalah seperti
berikut :
a. Kurang sopan, melawan guru / mencabar guru
b. Mencuri, menipu atau bercakap bohong
c. Mengugut, melawan atau memukul pengawas atau murid lain
d. Memeras ugut murid lain melibatkan wang atau harta benda bernilai dan lain-lain
seumpamanya
e. Menipu tandatangan dan yang seumpamanya
f. Menganggotai kumpulan haram atau kongsi gelap
g. Meniru dalam perperiksaan (kecurangan akademik)
h. Keluar dari bilik kelas di waktu belajar dan merayau-rayau dalam kawasan sekolah
tanpa tujuan
i. Kelakuan tidak sopan semasa perhimpunan
j. Pergerakan murid dari kelas ke makmal, padang permainan, bilik sumber dan lain-Lain.
k. Tabiat kebersihan diri, kebersihan sekolah dan kelas
l. Merosakkan harta benda sekolah
m. Membuat bising dalam kelas dan mengganggu pembelajaran kelas lain
n. Bergaduh dan bertumbuk
o. Berambut panjang
p. Pakaian yang tidak kemas
q. Berjudi
r. Terlibat dengan dadah
s. Menghisap rokok
t. Ponteng dan lewat datang sekolah
u. Membuat kenyataan akhbar dan sebagainya tanpa kebenaran
v. Sila rujuk buku peraturan sekolah
3. Bagi mewujudkan disiplin sekolah yang baik supaya proses pengajaran dan pembelajaran dan
proses sosialisasi dapat berjalan dengan lancar dan berkesan serta tidak terkeluar dari garis
panduan yang telah ada, sila rujuk peraturan atau Pekeliling-pekeliling yang berikut :-
a. School (General) Regulations 1951
b. Assited School Institution (Management) Rules 1969
c. Education Institution (Exemption Orders) 1959
d. School (Course of Studies) Regulations 1959
e. School Curriculum 1969
f. Education (School Decipline) Regulations 1959
g. School (Tour) Regulations 1958
h. School (Magazines) Regulations 1968
i. School (Societies) Regulations 1968
j. Education Institutions (Instruments of Managements Government) Rule 1963
k. Parent – Teacher Associations Rules 1973
PANDUAN AM STAF SEKOLAH
SENARAI TUGAS GURU
1. Semua guru yang mengajar akan diberikan dan disediakan Senarai Tugas sebagai panduan
untuk mempertingkatkan prestasi pengajaran guru dan pembelajaran murid. Seterusnya
menyediakan khidmat Bantu secukupnya supaya matlamat Dasar Pendidikan Negara tercapai.
PERHUBUNGAN SESAMA GURU
1. Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat sesama
guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata serta mewujudkan perasaan kekitaan.
2. Guru TIDAK dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan, fahaman, pendapat,
kepercayaan kepada guru, pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain.
3. Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial,
ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.
BILIK GURU
1. Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab SEMUA guru. Ini
termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru.
2. Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah
dianggap sebagai ‘non teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah
menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran
dan pembelajaran sahaja.
3. Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana
yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.
PERJAWATAN DAN PENGAJARAN
1. Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh berurusan
dengan Pembantu Tadbir atau Guru Besar.
2. Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Guru
Panitia, Penolong Kanan, atau Guru Besar.
PANDUAN AM STAF SEKOLAH
BUKU REKOD MENGAJAR
1. Sila rujuk Pekeliling Kementerian Pelajaran 256 yang terdapat di dalam buku rekod mengajar.
2. Buku ini mestilah dikemaskinikan dan sentiasa berada dengan guru ketika mengajar. Guru
hendaklah mengikuti perancangan yang telah dibuat bagi waktu yang tertentu.
3. Buku rekod mengajar ini akan diperiksa pada bila-bila masa oleh Guru Besar, Nazir Sekolah,
Pegawai-pegawai dari Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pegawai
Pelajaran Daerah.
4. Buku Rekod Mengajar hendaklah ditulis Rancangan harian/ mingguan tiap-tiap minggu dan
rekod pengajaran harian pada tiap-tiap hari.
5. Perkara-perkara berikut mestilah disempurnakan dengan baik di dalam Buku Rekod Mengajar:
a. Takwim Sekolah
b. Senarai Buku Teks
c. Daftar barang-barang atau perabot kelas
d. Jadual waktu kelas dan persendirian guru
e. Sukatan pelajaran
f. Rancangan Pelajaran
g. Rekod Kerja Mingguan
h. Rekod markah kemajuan murid bagi Ujian-ujian Topikal dan PKSR 1 & 2I
i. Semua markah kerja kursus, ujian dan peperiksaan hendaklah direkodkan
j. Butir-butir mengenai diri murid dan ibu bapa/penjaga murid
k. Butir-butir mengenai kutipan wang
l. Soalan-soalan latihan, ujian dan peperiksaan
6. Buku Rekod Mengajar dihantar ke pejabat Guru Besar pada tiap-tiap hari Jumaat atau
selewat-lewatnya pada hari pagi Isnin tiap-tiap minggu untuk disemak atau diperiksa.
7. Cara menulis Rekod Mengajar adalah seperti berikut :
a. Rekod harian bagi satu-satu mata pelajaran yang diajar hendaklah mencatat kelas,
waktu dan subjek, tajuk pelajaran dan muka surat buku teks yang digunakan, objektif,
kemahiran, aktiviti dan nilai murni.
b. Penerangan lanjutan mengenai Buku Rekod Mengajar akan diberikan dalam
Mesyuarat AJK Kurikulum Sekolah dan mesyuarat-mesyuarat panitia matapelajaran.
8. Buku Persediaan Mengajar ini hendaklah diberikan pada mana-mana pegawai yang hendak
menyelia dan mencerap sebelum P&P bermula. Buku Persediaan Mengajar merupakan satu
dokumen rasmi yang penting. Buku ini akan dirujuk semasa penilaian prestasi guru dibuat.
PANDUAN AM STAF SEKOLAH
TUGAS-TUGAS
1. Semua guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, pentadbiran dan
tugas-tugas khas dan penglibatan dalam pelbagai AJK sekolah. Mereka mesti melaksanakan
tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.
2. Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau arahan, misalnya menghadiri
mesyuarat, pergi ke pejabat pelajaran atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan
sendiri. Guru yang diamanahkan / ditugaskan TIDAK boleh mengarahkan guru lain
melaksanakannya tanpa kebenaran dan pengetahuan Guru Besar.
3. Tugas/Kerja ganti (relief work) hendaklah dibuat bagi guru-guru yang tidak hadir kerana
sebab-sebab kesihatan.
4. Tugas/Kerja ganti rasmi dibuat bagi guru-guru yang perlu menghadiri
mesyuarat-mesyuarat/kursus bagi pihak sekolah atau menjalankan tugas-tugas rasmi yang
diarahkan atau yang mendapat kebenaran dari Jabatan Pelajaran Selangor atau Kementerian
Pelajaran Malaysia seperti yang diwajibkan dalam PERINTAH AM dan Pekeliling-Pekeliling
Perkhidmatan.
5. Tugas/Kerja guru ganti adalah RASMI, guru yang diarahkan untuk jalankan tugas ganti adalah
WAJIB dilaksanakan.
JADUAL WAKTU
1. Guru Kelas hendaklah menyediakan SATU salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas
sendiri.
2. Guru TIDAK dibenarkan mengubah atau meminda jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa
kebenaran Guru Besar dan Penolong Kanan.
KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
1. Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta
benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau
tidak hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah.
2. Ketua Panitia/Guru Kanan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai
penggunaan alat-alat dan bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel, pusat sumber atau
perpustakaan.