The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-92500465, 2022-04-06 11:04:52

SMK Kajang Utama

MESYUARAT AGUNG




TAHUNAN PIBG KE - 20




S M K K a j a n g U t a m a









:

Tarikh 9hb April 2022 Youtube
Hari : Sabtu

Masa : 8.30 - 12.00 tgh

TENTATIF
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke-20











TENTATIF




8.15 pagi Pautan Google Meet / You Tube majlis dibuka

8.30 pagi Ucapan alu-aluan Pengacara Majlis

Bacaan doa

Ucapan alu-aluan YDP PIBG

Ucapan alu-aluan Penasihat PIBG, Pengetua

9.45 pagi Pembentangan & Pengesahan Minit Mesyuarat

Agung Tahunan Kali Ke-19 Sesi 2020/ 2021

Perkara-perkara berbangkit

Laporan Aktiviti Tahunan 2021

Pembentangan & Pengesahan Kewangan PIBG

11.00 pagi Penyampaian Sijil & Cenderamata


Pembubaran AJK PIBG Sesi 2021/2022

Pemilihan & perlantikan AJK baru Sesi 2022/2023

Pembentangan usul

Hal-hal lain

Ucapan Penangguhan oleh YDP PIBG

Bersurai

CARTA ORGANISASI




Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke-20















PENASIHAT PIBG
TUAN HANAFIAH BIN BAHARUDDIN







YANG DIPERTUA PIBG NAIB YANG DIPERTUA PIBG
PN SHAIRATUL AZLIN ABDUL SHUKOR PROF DR BALAKRISHNAN PARASURAMAN








BENDAHARI PIBG
SETIAUSAHA PIBG
PN FARA SAILA BINTI RADZUN PN NUR HIDAYA BINTI SARBINI

AJK GURU









EN. MOHD RAFI BIN PN. USHA DEVI PN. ZURIYATI BINTI PN. FARAH DIANNA PN. NUR FADHUHA
ABDUL LATIF A/P SUBRAMANIAM SEMAN BINTI MAHFOL BINTI ABDUL GHANI

AJK IBU BAPA








EN RIDZUAN BIN EN RAJESWARA RAO EN. MOHAMAD ZAKI EN. RIZAL BIN PN. NORASIAH
AWANG CHIK A/L SUBRAMANIAM BIN OMAR ABDUL RASHID
BINTI ADNAN
JURUAUDIT

JURUAUDIT GURU JURUAUDIT IBU BAPA








PN NORHIDAYATI JALIL EN. PARAMESWARAN
A/L SUBRAMANIAM

AHLI JAWATANKUASA

PENGELOLA


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke-20







Pengerusi : Tn. Mohamad Hanafiah Bin Baharuddin (Pengetua)

Timbalan Pengerusi : Pn Afidah Binti Daud

Naib Pengerusi : Pn. Nik Nur Rahayu Binti Che Yahaya (PK HEM)
: Pn. Suhaila@Rafidah Binti Abdul Majid (PK Kokurikulum)

: Pn. Surya Hafida Binti Bahari (PK Petang)

Setiausaha : Pn. Nor Intan Binti Ismail (PK Pendidikan Khas)
Bendahari : Pn. Fara Saila Binti Radzun

: Pn. Nur Hidaya Binti Sarbin







AHLI JAWATANKUASA


PELAKSANA

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke-20








Bendahari AJK Penyediaan Sijil Penghargaan

Pn Nur Hidaya Sarbini Pn Che Fathiyah Che Hamid (K)

Pn Syahindah Mohamad Fauzi


AJK Teks Ucapan AJK Cenderamata dan Hadiah

Pn Wardah Mohd Yasin Pn Farah Dianna Mahfol (K)
Pn Mastura Yusoff Pn Usha Devi A/P Subramaniam

Pn Nur Fadhuha Abdul Ghani


AJK Buku Program AJK Pendaftaran
Cik Nur Syazmimie Jamal (K) Pn Siti Syafawati Mohd Anuar (K)

Cik Nuriasafrina Zailani Nasty Cik Nur Tharwa Mohd Mokhtar

AHLI JAWATANKUASA

PELAKSANA


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke-20







AJK Jamuan AJK Pengacara Majlis

Pn Zaiton Hassan (K) Pn. Zuriyati Bt Seman

Cik Fatin Adibah Damami



AJK Fotografi & Dokumentasi AJK Pengira dan Pencatat Undi
Pn Siti Haslinda Mohd Ghani (K) Pn Halimah Mohamed (K)

Cik Jayasri Jeeva Cik Puteri Husna Minani Abdul Sani
Pn Hasmiza Mohd Rozali (K) Cik Adany Ezlyn Abdul Azim

Cik Hanan Alya Hasab Zhuri


Pengerusi Sementara AJK Bacaan Doa

En. Mohd Rafi Abd. Latif Ustaz Syed Mohd Annas

B Syed Abdul Hamid



AJK Banner AJK Pencatat Minit
En. Mohammad Zulfadhli Leong Yusmiza Mat Yusof (K)

Abdullah Cik Ain Najwa Bt Yit
En Mohd Azam Mohd Noor

AJK Persiapan TempatSebelum
AJK ICT & Selepas Majlis

En Mohd Shyakir B Mokhtar En Muhammad Naeimuddin Zakaria (K)

En Lutffi B Abdul Latif En Mohammad Zhairul Ameen Md Zahid
En Muhamad Syafiq Asyror Samsuddin

UCAPAN

YANG DIPERTUA PIBG


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke-20















PN SHAIRATUL AZLIN ABDUL SHUKOR
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul di alam maya pada pagi ini bagi menjayakan Mesyuarat Agung
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama bagi kali ke-20. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima
kasih dan syabas kepada pihak sekolah atas usaha mengadakan mesyuarat Agung PIBG secara Google Meet. Terima kasih juga saya ucapkan
kepada semua guru dan ibu bapa yang dapat meluangkan masa untuk sama-sama mengikuti perkembangan pembelajaran anak-anak KUSeS melalui
mesyuarat ini.
Secara peribadi, saya berasa amat bangga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke mesyuarat pada hari ini, di mana ia jelas membuktikan
komitmen dan iltizam yang tinggi terhadap tanggungjawab serta peranan kita dalam organisasi yang dianggotai. Mudah-mudahan menerusi
mesyuarat ini, idea-idea baharu akan diperolehi bagi tujuan pembangunan ilmu melalui sekolah ini.
Pergi ke sungai memasang pukat,
Anak muda turun berenang;
Jikalau semua bersatu bermuafakat,
Kerja yang payah menjadi senang.

Beras segantang sudah disukat,
Lalu disimpan di atas para;
Andai ibu bapa dan guru muafakat,
Sekolah maju murid pun berjaya.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati,
Sebagaimana kita sedia maklum, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG ) adalah sebuah organisasi yang cukup signifikan dan penting terhadap
perkembangan sesebuah sekolah. Tidak dapat dinafikan peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada
kemajuan dan pencapaian sekolah kerana PIBG menjadi medium atau wahana untuk mencetuskan hala tuju dan matlamat sekolah ke arah
kecemerlangan pendidikan. Oleh sebab itu, kedua-dua pihak seharusnya bekerjasama dan berganding bahu bagi menjayakan semua program
dirancang yang bertujuan untuk kemenjadian anak-anak KUSeS lebih-lebih lagi dalam situasi pandemik yang mencabar ini.

Hadirin sekalian,
Kita telah pun melewati ambang 2022 dengan norma yang baharu dan kita masih samar-samar dengan situasi yang akan datang. Namun demikian, itu
bukanlah halangan untuk pihak sekolah memberikan yang terbaik buat anak-anak KUSeS. Sekali lagi saya menyeru supaya ibu bapa memberikan
kepercayaan kepada pihak sekolah untuk mendidik anak-anak KUSeS dengan pelbagai kaedah pembelajaran. Sebagai ibu bapa, peranan kita ialah
mengambil cakna dan memberi perhatian terhadap pelajaran anak-anak di samping seboleh daya menyumbang ke arah usaha membantu dalam
kebajikan pelajar, guru dan juga pembangunan sekolah. Semoga usaha murni kita ini dapat menyediakan laluan kejayaan kepada anak-anak di sekolah
ini.
Tuan-tuan dan Puan-puan Sekalian,
Sebagai Yang Dipertua PIBG, saya dan barisan AJK telah berusaha untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Dalam
segala tindakan yang dilakukan, kami sentiasa memikirkan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini dan ingin sentiasa memberikan yang terbaik
walaupun kadangkala berdepan dengan kesukaran terutamanya masalah kewangan. Sumbangan PIBG yang telah diberikan oleh tuan puan telah
digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu membiayai program-program sekolah untuk meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah
anak-anak kita di sekolah ini. Oleh itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberi sumbangan PIBG. Hal ini
memudahkan pelbagai program sekolah dapat dilaksanakan demi pembelajaran anak-anak.

Tuan-tuan dan Puan-puan Sekalian,
Pihak PIBG sentiasa peka dan prihatin dengan setiap sumbangan daripada ibu bapa. Sumbangan tersebut bukan semata-mata wang ringgit tetapi
kerjasama daripada ibu bapa untuk memastikan anak-anak sentiasa hadir ke sekolah. Sokongan dan dorongan daripada ibu bapa itulah yang lebih
utama dan penting sebagai kunci kejayaan anak-anak. Oleh itu saya menyeru agar ibu bapa turut membantu anak-anak dalam proses pembelajaran
mereka. Akhir kata, sekali lagi saya menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada
pihak sekolah bagi memastikan Sekolah Menengah Kebangsaaan Kajang Utama terus melakar kejayaan dan saya juga berharap supaya semua AJK
PIBG akan dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih lagi bagi membantu pihak sekolah sama ada dari segi kewangan mahupun tenaga.

Sekian,
Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum wbt.

UCAPAN

YANG DIPERTUA PIBG


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke-20

















TUAN HANAFIAH BIN BAHARUDDIN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-20 dapat
dijalankan secara atas talian buat kesekian kalinya pada pagi ini. Ucapan terima kasih juga kepada YDP PIBG, Puan Shairatul Azlin binti Abd Shukor
serta barisan AJK PIBG, serta para hadirin yang hadir secara maya yang sentiasa memberi sokongan kepada sekolah. Kehadiran ibu
bapamenunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum
dan sahsiah pelajar. Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang berhempas pulas dan menunjukkan
komitmen yang tinggi dalam menjayakan majlis kali ini.

Para hadirin sekalian,
SMK Kajang Utama menggalas visi menjadi sekolah cemerlang selaras dengan misinya membangunkan sahsiah pelajar ke arah kecemerlangan melalui
pendidikan berkualiti berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaaan. Hal ini selaras dengan pepatah ‘Datang dengan Harapan, Pulang dengan
Kejayaan.’ Kemenjadian anak-anak adalah bermula dengan ibu bapa. Pihak sekolah berharap semua ibu bapa janganlah meletakkan 100%
tanggungjawab mendidik anak-anak kepada pihak sekolah sahaja.Sokongan dan penglibatan semua ibu bapa amat diperlukan dalam memastikan
kejayaan anak-anak ini.Sayugia diketahui kita telah bergelumang dengan Pandermik Covid 19 selama dua tahun. Kini walaupun talah memasuki fasa
endermik Covid 19 , namun kita masih lagi terpaksa mematuhi SOP yang ditetapkan. Sepanjang tahun 2021, sekolah terpaksa menjalankan pelbagai
aktiviti yang dirancang secara maya, namun begitu kita tetap cemerlang dan tidak jauh ketinggalan daripada sekolah-sekolah lain di sekitar Hulu
Langat ini..

Hadirin yang dihormati sekalian,
Gabungan dan kerjasama sekolah dengan PIBG telah menghasilkan banyak program yang telah dijalankan sepanjang sesi 2021/22. Program-program
yang ada kaitannya dengan kebajikan murid dan keceriaan sekolah seperti Projek Taman Aquaponik. Projek pembelian laptop, pembelian kalkulator,
Projek Digital Hub, Program dana makanan calon SPM dan banyak lagi yang merangkumi bidang akademik, kebajikan warga KUSeS dan kokurikulum
telah berjaya dijalankan. Jelas di sini , gandingan yang baik antara ibu bapa dan semua guru telah berjaya memastikan semua aktiviti dapat
dijalankan dengan lancar untuk kebaikan bersama bagi kecemerlangan murid-murid.


Hadirin yang dihormati sekalian,
Harapan saya sekolah akan terus cemerlang kerana semua aktiviti sudah boleh dilaksanakan secara bersemuka. Pihak sekolah berharap pada tahun
ini penyertaan dan penglibatan murid kita akan lebih menyerlah apabila aktiviti kokurikulum dilaksanakan sepenuhnya. Jelaslah, semua bidang yang
melibatkan dana PIBG adalah selari dalam menentukan hala tuju kejayaan sekolah.

Hadirin yang dimuliakan,
Akhir kalam, saya amat berharap semoga perjalanan mesyuarat kita kali ini berjalan dengan lancar dan segala perbincangan dan pembentangan
usul nanti dapat ditangani dengan baik. Jangan lupa tujuan Mesyuarat Agung Tahunan yang diadakan ini adalah untuk membincangkan program dan
aktiviti yang dapat membawa manfaat dan kecemerlangan anak-anak KUSeS. Jadi besar harapan saya kita semua berfikiran terbuka, matang dan
mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin membawa hala tuju sekolah ke arah kecemerlangan dan seterusnya memartabatkan SMK Kajang Utama
sebagai antara sekolah yang cemerlang dan terbilang. Sekalung ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang turut sama memberikan kerjasama dan
sokongan. Tahniah juga kepada barisan AJK pelaksana kerana berjaya merealisasikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-20 pada hari ini. Akhir
kata, dengan lafaz Bismillahirrahmanirahim, saya dengan sukacitanya merasmikanMesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah
Kebangsaan Kajang Utama kali ke-20.

Sekian. Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

MINIT MESYUARAT

AGUNG PIBG KE-19


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke-20

















MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE – 19
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SMK KAJANG UTAMA, 43000 KAJANG, SELANGOR

SESI 2020 / 2021


TARIKH : 24 APRIL 2021


MASA : 8.30 PAGI – 12.30 TENGAHARI


TEMPAT :

BILIK CYBER D’UTAMA

KEDIAMAN MASING – MASING
(ATAS TALIAN – GOOGLE MEET)


KEHADIRAN :

JUMLAH - 187 ORANG

IBU BAPA : 87 ORANG | GURU 100 ORANG

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke-20

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke-20

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke-20

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke-20

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke-20

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke-20

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke-20

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke-20

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke-20

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke-20

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke-20

CATATAN





Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke-20

terima kasih


Click to View FlipBook Version