The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurhapizah.nasruddin, 2021-09-12 14:26:56

SINARAN_compressed

SINARAN_compressed

SINARAN
EDISI 27 TAHUN 2020

PROGRAM TS25

Program Transformasi Sekolah
2025 (TS25) ke arah melahirkan

modal insan unggul

PANDEMIK COVID-19

Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) mula di laksanakan pada

18 Mac 2020

NORMA BAHARU

Kembali ke sekolah dengan
dengan mengamalkan
norma baharu dalam
kehiduapan seharian

LENSA REDAKSI

Tahun 2020

#lensaredaksiwangsarians

GURU-GURU MAJALAH RUANGAN BM
RUANGAN BI
PN NUR HAPIZAH BINTI NASRUDDIN KOKURIKULUM
PN ATILA BINTI KHAZALI PERMAINAN
PN HAMIZAH BINTI YAHYA UNIT BERUNIFORM
PERSATUAN
CIK NUR HASNITA BINTI MIOHD MUTAFFA
CIK NURUL HUDA BINTI HASSAN SUKAN
PN SOFEA SOLEHAH BINTI RAMLI
PN GURMEET KAUR SANDHU
PN NOOR NADIA BINTI AB GANI
PN NOOR SURIATI BINTI SAHEIMI
CIK RAFIDAH BINTI IBRAHIM

CIK SITI NURUL SYARAFINA BINTI MOHD AMINUDDIN
PN NOR AZLIN BINTI AHMAD TARMIDZI

SINARAN 27 TAHUN 2020

ISI
KANDUNGAN

03 11

Kata Alu-aluan MAKLUMAT
SEKOLAH
16
27
LAPORAN
AKADEMIK LAPORAN HAL
EHWALMURID
35
47
LAPORAN
KOKURIKULUM SOROTAN
WANGSARIANS
60
79
ALBUM
WANGSARIANS KARYA
KREATIF

SINARAN EDISI 27

falsafah pendidikan kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari

segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara.

falsafah sekolah

Setiap pelajar mempunyai potensi untuk
berkembang maju secara seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan yang teguh kepada Tuhan dan

persepaduan antara ilmu, iman dan amal.
Usaha ini akan mendapat melahirkan pelajar-
pelajar yang berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia dan dapat menjamin kesejahteraan diri,

agama, bangsa dan negara.

ii

PROFIL SEKOLAH

Beriman Ikhlas
Muhibah
Masyarakat Berbakti

Berani Islam

VISI

Pendidikan berkualiti insan
terdidik negara sejahtera

MISI

Melestari sistem pendidikan yang berkualiti
untuk membangunkan potensi individu bagi

memenuhi aspirasi negara

ii

PIAGAM PELANGGAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Maju
Seksyen 2 Kuala Lumpur berazam untuk

memberi perkhidmatan yang erat dan padu
serta usaha yang gigih antara semua

guru, pelajar, ibu bapa dan masyarakat setempat

lagu sekolah

Kami semua harapan bangsa
Bakal mewaris cita negara

Bertekad mengisi ilmu di dada
Berdaya maju untuk ibunda

Berilmu, beriman, berbakti, bermoral
Bermaruah, berhemah tinggi

Berdasar didikan yang suci dan murni
Menjadi panduan kami
(Ulang 2X)

iii

AKALAULTAUAN

EDISI 28 | 2020

KATA ALU-ALUAN
MENTERI PENDIDIKAN

DATUK DR MOHD RADZI BIN
MD JIDIN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Sidang
Redaksi sekolah atas kejayaan menerbitkan majalah pada tahun 2020. Bagi pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia, segala jerit payah dan sumbangan dalam penerbitan
majalah merupakan usaha yang dihargai kerana satu usaha murni dalam merakamkan sejarah
bangsa dari segenap sudut.

Pihak Kementerian mengambil pelbagai inisiatif ke arah melahirkan generasi yang
cemerlang dan terdidik bagi menajan rakyat dan masyarakat yang memiliki minda kelas
pertama. Sebarang usaha penambahbaikan secara konsisten dan istiqamah diperlukan bagi
memastikan mutu pendidikan negara kita setanding dengan pendidikan di negara-negara
maju.

Penerapan nilai dan akhlak merupakan tunjang kepada kemenjadian pembentukan diri
seseorang murid secara holistik selaras falsafah pendidikan kebangsaan.
Pelajar seharusnya dilengkapi dengan ilmu dan akhlak untuk menjadi warga yang memberikan
sumbangan bermakna kepada agama, bangsa dan tanah air. Ilmu
semata-mata tanpa dihiasi akhlak mulia dan karakter dinamik tidak cukup menjadikan
seseorang itu berjaya dan berguna kepada masyarakat.

Perpaduan adalah teras dalam pembentukan negara dan telah menjadi agenda
pendidikan sejak Penyata Razak 1956 lagi. Pendidikan bertujuan untuk merapatkan jurang
antara kaum demi memupuk perpaduan nasional melalui penggunaan bahasa melayu sebagai
bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantaraan di sekolah.
Walaubagaimanapun, penguasaan bahasa ingeris tidak kurang juga penting dalam menerima
ilmu sekaligus menempatkan warga Malaysia mampu bersaing di peringkat global.

Dalam pelaksanaan pelbagai aktiviti integrasi melalui program penerbitan majalah,
kementerian berharap usaha ini dapat mencapai matlamatnya iaitu untuk melahirkan generasi
Malaysia yang mempunyai identiti nasional yang kukuh. Saya berharap agar suasana
pembelajaran dan pengajaran di sekolah akan dipenuhi dengan budaya kasih sayang,
kegembiraan dan saling menghormati.

Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada Sidang Redaksi serta semua pihak
yang telah berusaha gigih bagi merealisasikan penerbitan majalah sekolah ini.

Sincerely, 4
Barbara Fitzgerald

KATA ALU-ALUAN KETUA
PENGARAH PENDIDIKAN
MALAYSIA

DATUK DR. HABIBAH BINTI
ABDUL RAHIM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Selamat Sejahtera.

Terima kasih kepada warga sekolah kerana sudi memberi ruang kepada saya untuk
menyampaikan kata alu-aluan dalam majalah sekolah pada kali ini. Tahniah dan syabas
diucapkan kepada warga sekolah khususnya sidang redaksi majalah atas kejayaan
menerbitkan majalah sekolah yang sungguh bermakna ini. Semoga majalah sekolah ini
dijadikan sebagai panduan bagi meningkatkan semangat cinta terhadap sekolah serta
meneruskan budaya penyayang dalam kalangan warga sekolah.

Saya yakin, aspirasi sistem dan aspirasi murid
digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan sentiasa
menjadi fokus utama untuk semua pihak. Fokus dan gerak kerja KPM untuk tahun 2020
akan tertumpu kepada kualiti pembelajaran murid dan kualiti guru serta pemimpin sekolah.
Pembelajaran murid di sekolah akan lebih berkesan apabila ia dipacu dengan
pengajaran yang berkualiti oleh guru serta disokong oleh kepimpinan Pengetua, Guru
Besar. Justeru, akauntabiliti perlu ada pada semuapihak bagi menjamin pembelajaran
murid diutamakan. Akauntabiliti adalah seperti pelekat yang dapat mengikat dan
menyatukan komitmen kita ke arah keberhasilan.

Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga sekolah serta terus
bersama-sama menjayakan agenda pendidikan negara demi melahirkan generasi
masyarakat Malaysia yang cemerlang dan gemilang.

BERSAMA-SAMA MELANGKAH LEBIH JAUH !

5

KATA ALU-ALUAN
PENGARAH JABATAN
PENDIDIKAN W.P KUALA
LUMPUR

PUAN MAZNAH BINTI ABU BAKAR

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Sayangi Malaysiaku.

Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan taufik dan inayah-Nya, saya
diberi kesempatan sekali lagi untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majalah sekolah
bagi tahun 2020. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada warga sekolah
khususnya Sidang Redaksi Majalah sekolah kerana telah berjaya menerbitkan tahun 2020.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung bagi menyempurnakan penerbitan majalah sekolah ini.

Seperti yang kita ketahui, sekarng kita telah ke arah industri keempat atau revolusi
industri 4.0 yang rancak berlaku di seluruh dunia di mana kita perlu bertindak pantas seiring
dengan pembangunan pesat dalam produk berteknologi dan sistem automasi lebih pintar.
Sehubungan dengan itu, guru-guru dan murid-murid perlu lebih fleksibel dan sedia
mengharungi cabaran baharu agar kita tidak terpinggir dalam era globalisasi dan digital.
Justeru murid-murid perlu diasuh, dibentuk dan dididik dengan pelbagai ilmu, kemahiran,
berfikiran secara kritis dan kreatif, berkemahiran tinggi dan berpengetahuan sebagai
pelengkap diri untuk meraka menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan terutama untuk
bersaing di peringkat global.

Saya yakin dan percaya bahawa penerbitan majalah sekolah ini akan menjadi
perangsang kepada murid untuk terus mempamerkan bakat dan keterampilan diri
masing-masing. Saya berharap agar warga sekolah akan terus mara ke hadapan serta
berjiwa kental dalam menghadapi transformasi pendidikan yang semakin
kompleks bersifat global.

Sekian, terima kasih

6

KATA ALU-ALUAN
PENGETUA

PUAN NORLIDA BINTI SEMUN

Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam Sejahtera. Segala pujian bagi Allah tuhan sekalian
alam serta selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW

Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan kepada semua barisan AJK
majalah SINARAN kerana telah berjaya menghasilkan majalah yang berinformasi, kreatif dan
inovatif untuk kali ke-27. Sesungguhnya hasil kerja yang berkualiti hanya dapat dihasilkan
dengan adanya komitmen yang tinggi seta kerja sepasukan atau “team work” yang kukuh
sesama AJK. Seseungguhnya majalah SINARAN ini menjadi salah satu sumber penting untuk
mempersembahkan info yang bermanfaat berkaitan warga SMKWM2.

Selaras dengan sistem pendidikan sekarang warga SMKWM2 perlu bergerak seiring dengan
transformasi yang berlaku dan perlu bergerak aktif bagi merealisasikan kecemerlangan dan
keunggulan di sekolah ini. Hal ini kerana kegagalan kita untuk mematuhi arahan akan
menyebabkan kita akan ketinggalan dalam semua aspek dan ini akan memberikan kesan
negatif dan akan menjejaskan perkembangan transformasi yang berlaku.

Oleh itu, di kesempatan ini saya menyeru agar warga SMKWM2 supaya sentiasa peka
dengan arahan dan sentiasa bersedia untuk merealisasikan transformasi demi kecemerlangan
dan kejayaan kita bersama. Bakat serta kreativiti yang ada pada anak didik kita hendaklah
diasah dan dibimbing agar ianya akan membuahkan hasil yang lumayan dan berimpak tinggi
kerana mereka adalah aset sekolah yang amat berharga.

Saya mengharapkan satu lonjakan berlaku sama ada dari segi pencapaian akademik, sahsiah
mahupun kokurikulum. Semua ini tidak mustahil untuk kita semua capai sekiranya kita kekal
sebagai sebuah keluarga besar yang mempunyai satu matlamat dan impian yang dicapai.

Buat akhirnya sekali lagi saya ucapkan syabas dan tahniah kepada warga kerja SINARAN
dan selamat maju jaya kepada semua warga sekolah.

7

KATA ALU-ALUAN
YDP PIBG

ENCIK JEFFRI BIN MANAF

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, bersyukur kita kepada Allah
sekali lagi warga SMKWM2 berjaya menerbitkan majalah SINARAN edisi ke-27. Tahniah dan
syabas diucapkan kepada guru-guru serta pelajar-pelajar yang terlibat dalam
menjayakannya. Terima kasih kepada ahli Lensa Redaksi kerana memberi peluang dan
penghormatan kepada saya menukilkan sepatah dua kata dalam majalah ini.
Sebagai YDP PIBG, saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada pihak sekolah khususnya pengetua, guru penolong kanan, guru kaunselor, guru-guru
dan kakitangan sekolah kerana secara langsung dan tidak langsung telah mendidik anak-
anak kami untuk menjadi insan yang cemerlang. Semoga segala apa yang telah dicurahkan
hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
Kepada anak-anak, teruskanlah pembelajaran yang baik, teruskanlah menunut ilmu secara
formal atau tidak formal walau dimana jua berada. Seperti maksud hadis Nabi Muhammad
SAW “tuntutlah ilmu walaupun hingga ke negeri China”. Para ulama juga berpesan,
“bagaimana kamu hendak berilmu jika kamu tidak mahu belajar, tidak mahu berkorbankan
masa, tenaga dan wang ringgit”.
Oleh itu, anak-anak semua,sedarlah dan bangunlah, bukalah pandanganmu dan fikir seluas-
luasnya. Mulakan langkah, mulakan usaha. Tiada perkataan gagal bagi yang berusaha. Tetapi
mereka yang tidak berusaha selama-lamanya gagal. Semoga kita semua berjaya di dunia
dan akhirat, amin
Sekian, terima kasih

8

KATA ALU-ALUAN
KETUA PELAJAR

MUHAMMAD RAZIN AZRIE
BIN MOHD AZMI

Assalamualikum dan Selamat Sejahtera,

Syukur Alhamdullilah kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, majalah Sinaran edisi ke-27
bagi tahun 2020 berjaya diterbitkan. Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan tahniah dan
jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pasukan dan ahli Sidang Redaksi
SMKWM2 tahun 2020 kerana telah bertungkus lumus dalam menyiapkan dan menghasilkan
majalah ini.

Setinggi-tinggi penghargaan saya berikan kepada pihak pentadbir dan guru-guru SMKWM2
kerana memberikan sepenuh kepercayaan kepada saya untuk menggalas jawatan sebagai
Ketua Pengawas Sekolah Menengah Wangsa Maju Seksyen 2 bagi sesi 2020. Segala
kerjasama yang diberikan oleh semua pihak termasuk para pelajar SMK Wangsa Maju
Seksyen 2 kepada Lembaga Pengawas amat saya hargai. Elemen kerjasama terebut amat
penting bagi mencapai objektif lembaga Pengawas sekali gus memastikan visi dan misi
sekolah dapat direalisasikan.

Tanggungjawab Lembaga Pengawas dalam memastikan disiplin pelajar dalam tahap terbaik
sememangnya sukar, namun sokongan yang diberikan oleh para guru memastikan kami terus
komited dalam melaksanakan komitmen yang telah dipertanggungjawabkan. Segala kritikan
yang membina dan maklum balas daripada semua pihak terhadap Lembaga Pengawas amat
kami hargai demi meningkatkan kredibiliti Lembaga Pengawas SMK Wangsa Maju Seksyen 2.
Dalam menimba ilmu, kita perlu mengamalkan prinsip “Ask and it will be given to you”, “Seek
and you will find” dan juga “Knock and the door will be opened for you”.

Akhir kalam penutup bicara, saya dan semua ahli lembaga pengawas sekolah ingin memohon
maaf kepada seluruh warga SMK Wangsa Maju Seksyen 2 sekiranya ada kesilapan dan
terkasar bahasa yang kami lakukan sepanjang kami bertugas di sekolah bak kata pepatah
buang yang keruh, ambil yang jernih.

Sekian, terima kasih.

9

KATA ALU-ALUAN
KETUA EDITOR

MOHAMAD NASRUL HAFIZ
BIN MOHD ZAMRI

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, dapat sekali lagi kita menyaksikan
penerbitan majalah yang akan mencoretkan detik-detik indah sepanjang tahun ini, dan juga
kebanggaan buat warga Sekolah Menengah Wangsa Maju Seksyen 2 iaitu Majalah
SINARAN edisi ke-27. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih ditujukan kepada
pengetua, guru-guru penasihat, guru-guru Ahli Jawatankuasa Redaksi serta ahli-ahli sidang
Redaksi yang lain atas segala usaha dan keringat yang tidak mengenal erti jemu dan putus
asa dalam meniapkan coretan yang bermakna bagi seluruh warga sekolah pada kali ini.

Majalah ini bukan sahaja merekodkan aktiviti-aktiviti utama yang berlaku, malah setiap
kejayaan yang dikecapi oleh warga Wangsarians turut disertakan pada lembaran kali ini.
Setiap kejayaan yang diperoleh sepanjang tahun ini perlulah disemadikan di dalam majalah
kali ini untuk memperingati usaha dan semangat yang ditujukan oleh warga Wangsarians
dalam menaikkan nama sekolah ke arena yang lebih tinggi serta menjana inspirasi buat
pelapis pada masa yang akan datang.

Saya mewakili ahli Sidang Redaksi SINARAN edisi ke-27, ingin memohon maaf sekiranya
terdapat kelemahan dan kekurangan dalam penghasilan majalah pada kali ini. Sesungguhnya
kami telah mencuba sedaya upaya kami dalam proses pendokumentasian majalah ini agar
tersemat dan diingati oleh seluruh warga sekolah. Segala yang baik datang daripada Allah
dan yang sebaliknya berpunca daripada pihak kami sendiri.

Semoga dengan penghasilan majalah ini, semua kenangan manis dan memori indah warga
Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 2 sepanjang tahun 2020 ini dapat
dipotretkan untuk tatapan kita bersama dan juga buat generasi yang akan datang. Ucapan
tahniah dan juga setinggi-tinggi penghargaan diucapkanbuat seluruh warga Wangsarians
dan harapan saya agar Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 2 akan terus
maju kehadapan pada masa yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

10

ORGANISASI
SMK WANGSA MAJU SEKSYEN 2

PENGETUA
PN NOR LIDA SEMUN

PEN. KANAN HEM PEN. KANAN PENTADBIRAN
PN DZAIZATUL SHIKIN PN NORHALMA OMAR

MADRAHIM PEN. KANAN KOKO
PN OOI SIEW CHIN

GURU KAUNSELOR
PN ISMAWATT MOHAMAD

GURU KANAN GURU KANAN
BIDANG BAHASA KEMANUSIAAN
PN ADELINA ADDLAN PN ROSIDAH EMBONG

GURU KANAN GURU KANAN
SAINS & MATEMATIK TEKNOLOGI & VOKASIONAL
PN NOORMEEZAI MAT
PN SITI JULIANA RAMLI

12

WARGA PENDIDIK

SMK WANGSA MAJU
SEKSYEN 2

STAFF SOKONGAN

13

PERSATUAN IBU BAPA & GURU
(PIBG)

SMK WANGSA MAJU
SEKSYEN 2

KELAB GURU & KAKITANGAN (KGK)

14

LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH

SMK WANGSA MAJU
SEKSYEN 2

LEMBAGA PENGAWAS PSS

15























LAPORAN
SMK WANGSA MAJU SEKSYEN 2

AKADEMIK

SPM 2019 ANUGERAH GURU NORMA BAHARU
CEMERLANG 2019
Tokok Akademik 2019 Pengurusan & Pengoperasian
Anugerah Bestari 2019 6 orang guru menerima Sekolah dalam Norma
Anugerah Lonjakan Saujana Anugerah Perkhidmatan Baharu
Cemerlang bagi tahun 2019
2019

KEPUTUSAN PT3 2019

19 DISEMBER 2019

7A
NURIN SYAZWINA
ADRI HAMIZAN
6A
NURUL NAJWA
SITI NUR AISHAH

17

KEPUTUSAN SPM 2019
TARIKH : MAC 2020

TEMPAT : DEWAN TERBUKA

PLAY

THE FEELING OF PROUD AND
JOY IS ALWAYS THERE

GOAL

19

MINGGU PPDA

AKTIVITI PPDA

TARIKH : 9 - 13 MAC 2020
TEMPAT: DEWAN TERBUKA

"CLICK"

DISAMPAIKAN OLEH TUAN
BURHANUDDIN DISA

(SETIAUSAHA AGUNG PRMADAM

21

UJIAN SEGAK PENGGAL 1
TARIKH : MAC 2020

TEMPAT : DEWAN TERBUKA

HEALTH LIFE

22

TAKLIMAT DAN PEMBUKAAN SEKOLAH TAKLIMAT ONLINE
BAGI PELAJAR FORM 5
SELEPAS PKP

TARIKH : BULAN JUN
TEMPAT : KAWASAN SEKOLAH (DEWAN

TERBUKA TERUTAMANYA)

SOCIAL
DISTANCE

24

Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang (APC) - GURU

2019 & 2020

Puan Norasah Puan Borlena Puan Nadiyah

Puan Atila Puan Azlin Puan Haizanizan

25 Edited by : RABIATUL ADAWIYAH

Anugerah Kecemerlangan
Akademik kali ke-32

29 JULAI 2020 BILIK GERAKAN

TOKOH AKADEMIK - ANUGERAH BESTARI - SPM TERBAIK - LONJAKAN SARJANA

26 Edited by : RABIATUL ADAWIYAH

HALIMAH - FATIMAH - TRACY - ATHIRA - MEGHAN - NADIA - SOFIA - AZYAD -
HANISAH - CHUA - ALIA - ALLYSHA - AMIR - SYAFIKAH

27 Edited by : RABIATUL ADAWIYAH



SESI
ORIENTASI
PELAJAR

TARIKH : 31 DEC 2019

TEMPAT : DEWAN TERBUKA

Edit by: Njwa 29

5 JAN 2020

30

SEPTEMBER 2020, ISSUE 3 ONLINE TRENDS

PERLANTIKAN
PENGAWAS SEKOLAH

Perutusan buat bakal pemimpin

Sebagai pemimpin, untuk menjalankan tugas-tugas
yang mendorong orang bawahan, seseorang
pemimpin atau ketua perlu menjadi seorang yang
mudah disukai oleh orang bawahannya. Ini tidak
bermakna pemimpin itu menjadi seorang yang
popular disebabkan dia tidak mahu bersikap tegas
dan mengambil tindakan yang tidak popular ke atas
orang bawahan yang melanggar peraturan (Ainon
Mohd, 2003). Sebagai contoh pemimpin ulung dan
unggul dalam Islam ialah Nabi Muhammad s.a.w.
yang terserlah keperibadian, akhlak, corak
pemikiran dan cara pentadbirannya sehingga
disegani oleh setiap negara ketika itu.

KETUA PENGAWAS : MUHAMMAD RAZIN AZRIE BIN MOHD AZMI
PENOLONG KETUA PENGAWAS 1 : NURHAZWANI ZAHIRA BINTI

MOHD KHAIRUL ZAIFUDDIN

SINARAN / EDISI 27 31

SEPTEMBER 2020, ISSUE 1 THE VOICE

PERLANTIKAN PENGAWAS
PUSAT SUMBER

KETUA PENGAWAS PUSAT SUMBER: NUR AISYAH BINTI JASNI
PENOLONG KETUA PENGAWAS PUSAT SUMBER : DIYA ADILA

BINTI KAMARYDZAMAN

SINARAN / EDISI 27 32

PROGRAM JOM KE
SEKOLAH

Tarikh : 17 Februari 2020
Tempat : Dewan Terbuka
Majlis dirasmikan oleh Insp Mohd Hanif Akmal Bin
Che Hussin (Pegawai Perhubungan Sekolah)

33

MAJLIS PELANCARAN
PROGRAM RIMBUNAN KASIH

Tarikh : 4 Sept 2020
Tempat : Dewan Terbuka

LAPORAN
KOKURIKULUM

MESYUARAT AGUNG

PERMAINAN : SOFBOL

36

AGUNGM E S Y U A R A T

RUMAH SUKAN
2020

RTUUMAAHH

JERUBMAATH LRUEMKAHIR

KASRTUUMRAHI

Edited by: ALIA SABRINA ASHAARI (aliajelah)

38

39


Click to View FlipBook Version