NUR FATIHAH PPISMP B8 KEMAHIRAN BERFIKIR KONSEP BERFIKIR • Berfikir merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi. • Berfikir terjadi secara semula jadi, automatik dan prosesnya berlaku di dalam otak manusia. • Konsep berfikir boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuai keraguan atau masalah yang timbul dengan menggunakan pelbagai cara itu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses tersebut. PROSES BERFIKIR • Berfikir melibatkan dua pengendalian operasi mental iaitu operasi kognitif dan operasi meta kognitif. Operasi kognitif merupakan kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari seperti mengelas dan membanding manakala operasi meta kognitif merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif sebagai contoh, memandu. • Apabila manusia berhadapan dengan suatu perkara, otak akan menyoal diri dengan soalan seperti apakah objek itu?, bagaimana menggunakanyya? Apakah langkah seterusnya yang patut diambil? dan lain-lain KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR • Kemahiran berfikir membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu. • Suatu kebolehan atau keupayaan individu berkait dengan pemikiran yang mempunyai ciri-ciri proses mental yang memerlukan pengetahuan. • Melibatkan pengolahan kemahiran mental tertentu bagi digunakan untuk menyelesaikan masalah dan menentukan tingkah laku yang hendak dihasilkan sebagai sikap yang ditunjukkan. • Antara fungsi kemahiran berfikir adalah poses penaakulan iaitu memberikan sebab (reasoning) kenapa sesuatu itu berlaku dan memahami apa yang berlaku di persekitaran hasil daripada pemerhatian.
NUR FATIHAH PPISMP B8 PRINSIP KEMAHIRAN BERFIKIR Prinsip kemahiran berfikir yang perlu diamalkan supaya anda dapat berfikir dengan baik dan memanfaatkan kemahiran berfikir yang telah dikurniakan. JENIS-JENIS KEMAHIRAN BERFIKIR • Lateral • Kritis • Kreatif • Reflektif KEMAHIRAN BERFIKIR LATERAL • Diperkenalkan pada tahun 1967 oleh Dr. Edward de Bono yang juga merupakan seorang pakar dalam bidang perubatan dan pemikiran. • Beliau memperkenalkan corak berfikir secara lateral (horizontal atau mendatar) Prinsip Kemahiran Berfikir Sentiasa bersikap positif. Tentukan tujuan anda berfikir. Sentiasa tukar arah otak anda berfikir. Ketika berfikir berikan tempat pada emosi dan perasaan anda. Bezakan antara "yang sepatutnya" dengan "yang mungkin." Akhiri pemikiran dengan tindakan penyelesaian y ang baik.
NUR FATIHAH PPISMP B8 • Berfikir secara lateral merupakan satu cara penyelesaian masalah dengan menggunakan daya imaginasi luar daripada kebiasaan (berfikir di luar kotak) dan menekan pelbagai jenis jawapan. • Diamalkan bagi mencari dan mencipta idea- idea baharu sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yang inovatif. Pemikiran Vertikal Pemikiran Lateral Selektif : memilih antara alternatif Generatif : mencipta alternatif baharu Menumpukan perhatian dan menghapuskan pendekatan tidak relevan. Mengkaji pendekatan yang berbeza untuk mendapatkan yang terbaik. Analitikal dan berturutan Kategori dan label yang tetap. Proses yang terhad. Kebarangkalian proses: meneroka peluang-peluan untuk penyelesaian yang optimal. Jadual Perbezaan Pemikiran Vertikal dan Pemikiran Lateral FAKTOR-FAKTOR PENTING DALAM PEMIKIRAN LATERAL • Mengenal pasti idea-idea dominan utama dalam masalah yang dihadapi. • Melihat sesuatu masalah daripada sudut-sudut yang berlainan. • Melonggarkan cara-cara pemikiran terdahulu yang terhad. • Mengguna pakai idea-idea yang diberikan oleh orang lain. CIRI-CIRI PEMIKIRAN LATERAL • Melibatkan pemikiran lateral tidak linear, tidak berurutan dan meneroka pilihan tanpa pertimbangan dan sering menjurus kepada idea baru • Kebolehan penyelesaian masalah dengan menggunakan daya imaginasi bukan secara logik • Mencari jalan terpantas dan berjaya menyelesaikan masalah dengan berkesan • Menyelesaikan masalah melalui pelbagai perspektif dengan cara memecahkan sesuatu masalah kepada bahagian-bahagian lebih kecil
NUR FATIHAH PPISMP B8 KAEDAH MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR LATERAL • Peta Minda Kaedah ini menjadi cara terbaik untuk menyelesaikan masalah apabila pemikiran logik tidak dapat membantu. • Penggunaan Deria Menggunakan semua lima deria anda (penglihatan, sentuhan, pendengaran, bau dan rasa) untuk menyelesaikan masalah. • Pemikiran Mengundur Pemikiran mengundur melibatkan analisis perkara yang biasa dilakukan oleh orang lain dalam sesuatu situasi dan kemudian melakukan sebaliknya. KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS • Pemikiran kritis adalah elemen penting dalam semua bidang profesional dan disiplin akademik. • Membolehkan seseorang menganalisis, menilai, menjelaskan, dan menyusun semula pemikiran, bagi memastikan tindakan berfikir bersandarkan kepada fakta dan kepercayaan betul. • Berfikir kritis dituntut oleh pembangunan modal insan merangkumi pemikiran baik (good thinking) atau dapat berfikir secara baik (thinking well), LANGKAH-LANGKAH KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS 1. Pemerhatian Keupayaan melihat dan meramal peluang 2. Analisis Mengumpul, memahami dan menginterpretasi data dan maklumat 3. Inferens Membuat kesimpulan berdasarkan data, maklumat. pengetahuan peribadi dan pengalaman yang relevan 4. Komunikasi Perkongsian dan penerimaan maklumat dengan orang lain 5. Penyelesaian masalah Proses mengumpul, menganalisis, menyampaikan maklumat untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah
NUR FATIHAH PPISMP B8 MEMUPUK PEMIKIRAN KRITIS • Menganalisis - Analisis boleh dilakukan dengan bertanyakan soalan terhadap bahan yang dipelajari atau bahan kajian • Menilai - Membuat pertimbangan atau penilaian selepas analisis terhadap bahan telah dibuat • Membina hujah - Membina pendapat atas hajah sendiri terhadap tugasan akademik berdasarkan bacaan, kuliah, tutorial dan kajian mendalam KELEBIHAN BERFIKIR SECARA KRITIS PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS BERSERTA CONTOH • Mencirikan – menyatakan ciri-ciri haiwan • Membanding dan membezakan – Menentukan ciri sepadan dan tidak sepadan • Mengumpul dan mengelaskan – Membuat pengelasan berasaskan ciri-ciri yang sepunya • Membuat urutan – Menyusun nombor secara menaik dan menurun • Menyusun mengikut keutamaan – Menyusun berdasarkan segera kepada kurang segera • Menganalisis – Mencerakinkan maklumat • Mengesan kecondongan – Menentukan pendirian ke satu pihak • Menilai – Menyatakan rasional • Membuat kesimpulan – Merumuskan isu Menggilap kreativiti Meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah Merangsang perasaan ingin tahu Meningkatkan kemahiran penyelidikan Membantu menambahbaik pembuatan keputusan Memupuk sikap berdikari
NUR FATIHAH PPISMP B8 KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF • Merujuk kepada kecekapan atau keupayaan individu menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan • Kemahiran berfikir kreatif merupakan teknik yang digunakan untuk melihat isu atau masalah dari sudut yang berbeza. • Kemahiran yang memerlukan latihan berterusan. JENIS-JENIS PEMIKIRAN KREATIF • Pemikiran Divergen - seseorang menggunakan fleksibiliti, kelancaran dan keaslian untuk meneroka seberapa banyak penyelesaian atau pilihan kepada masalah atau isu yang mungkin. • Pemikiran Lateral - digunakan untuk penjanaan idea baharu dan penyelesaian masalah • Pemikiran Estetik - melibatkan penghasilan atau penemuan perkara-perkara yang menyenangkan, harmoni dan indah kepada deria manusia. • Pemikiran sistem - keupayaan untuk melihat bagaimana saling berkaitan dan membentuk "keseluruhan" yang lebih besar. • Pemikiran Inspirasi - satu cara inovatif untuk mencari idea baharu bagi mencapai kejayaan yang bermakna. TEKNIK DAN ALAT PEMIKIRAN KREATIF • Sumbang Saran • Peta Minda • Pemikiran Lateral • Meneroka Lebih Jauh KELEBIHAN BERFIKIR SECARA KREATIF • Berdikari dan yakin • Meneroka cabaran • Mengasah bakat • Jujur kepada diri • Memperbaiki diri
NUR FATIHAH PPISMP B8 PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF BERSERTA CONTOH • Menjana idea – Memberikan cadangan • Membuat inferens – Membuat kesimpulan awak daripada pemerhatian • Menghubungkaitkan – Sebab dan akibat • Meramal – Menyatakan jangkaan • Membuat hipotesis – Membuat andaian • Mensintesis – Menggubal semula • Mengiltlak – Membuat generalisasi • Menganalogi – Memataforakan • Membuat gambaran mental – Khayalan • Mereka cipta – Inovasi KEMAHIRAN BERFIKIR REFLEKTIF • Proses refleksi melibatkan seseorang itu aktif mengimbas kembali segala permasalahan yang dihadapi dan berusaha mempertimbangkan segala kemungkinan yang akan berlaku dan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut • Kemahiran ini merupakan tindakan yang mempunyai tujuan dan dengan berhati-hati melakukan penilaian secara kritikal KAEDAH MEMBANGUNKAN PEMIKIRAN REFLEKTIF • Bersikap objektif terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku. • Bersikap kritis terhadap tindakan anda sendiri. • Gunakan bukti daripada pelbagai sumber • Berbincang dengan orang lain untuk mendalami pandangan anda dan meneroka pelbagai perspektif. • Tanya diri anda dengan soalan-soalan reflektif. FAEDAH PEMIKIRAN REFLEKTIF • Menggerak aktiviti kognitif • Memperluas perspektif • Meningkatkan kemahiran membuat keputusan • Meningkatkan kesedaran diri • Membantu pembelajaran
NUR FATIHAH PPISMP B8 KEMAHIRAN KRITIS • Kemahiran berfikir kritis meliputi pemikiran aras tinggi dan aras rendah • Pemikiran kritis itu sendiri ditakrifkan sebagai mempunyai dua komponen iaitu kemahiran menjana maklumat (pemikiran aras rendah), dan menggunakan kemahiran tersebut untuk membimbing tingkah laku (pemikiran aras tinggi). KEMAHIRAN KRITIS RENDAH • Individu yang memiliki kemahiran pemikiran kritis rendah hanya sekadar melibatkan proses kognitif (kemahiran mikro) yang sederhana menjadikan minda mereka sekadar menerbitkan semula maklumat/data/ pernyataan • Thompson (2008) menyatakan bahawa kemahiran berfikir aras rendah merujuk kepada penyelesaian masalah atau tugasan dalam konteks atau situasi yang biasa • Antara kemahiran kritis rendah termasuklah: membanding dan membeza, membuat kategori, membuat urutan serta membuat bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan. KEMAHIRAN KRITIS TINGGI • Melibatkan proses kognitif (kemahiran mikro) dan metakognitif • Ditambah dengan metakognitif menerusi daya penaakulan (reasoning). • Antara kemahiran kritis tinggi termasuklah: membuat ramalan, mengusul periksa andaian, membuat inferens dan mengesahkan sumber maklumat. MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI • Menjawab soalan aras tinggi • Menggunakan alat berfikir • Melibatkan diri dalam aktiviti penyelesaian masalah • Melibatkan diri dalam aktiviti penghasilan produk