The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS SMK RAJA ABDULLAH KL, 2024-04-29 14:23:54

DOKUMENTASI MAJLIS PERSARAAN ENCIK AZIZI BIN MATROF

27 MAC 2024

Keywords: PERSARAAN GURU

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA ABDULLAH JALAN KEPONG 52000 KUALA LUMPUR Tel. Sekolah : 03-62580937 / No. Fax : 0362501260 Ruj. Kami : BKGS 2024/07 Tarikh : 20 MAC 2024 Encik Muhd Zafir bin Zainal Abidin SMK Sinar Bintang Jalan 34/38a, Taman Sri Bintang 52100 Kuala Lumpur Tuan, JEMPUTAN KE MAJLIS PERSARAAN ENCIK AZIZI BIN MATROF Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Majlis Sulaman Budi, Tulus Berbakti sempena Persaraan Encik Azizi bin Matrof seperti ketetapan berikut: Tarikh : 27 Mac 2024 (Rabu) Masa : 12.30 tgh hari sehingga 2.30 tgh hari Tempat : Dewan Sri Murni, SMK Raja Abdullah 3. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati untuk menjemput pihak tuan agar dapat meluangkan masa bagi memeriahkan lagi Majlis Persaraan Encik Azizi bin Matrof. Untuk pengesahan kehadiran pihak tuan dimohon mengimbas kod QR untuk pengesahan kehadiran selewat-lewatnya pada 23/3/2024. Sebarang maklum balas berkaitan jemputan ini tuan boleh menghubungi Prema A/P Chalaya pada talian 012-7403059. 4. Kerjasama dan sokongan serta keprihatinan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Kehadiran pihak tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ………………………………….. (CHE MA RABITAH BINTI HAJI KAMARUDDIN) Pengetua, SMK Raja Abdullah


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA ABDULLAH JALAN KEPONG 52000 KUALA LUMPUR Tel. Sekolah : 03-62580937 / No. Fax : 0362501260 TENTATIF MAJLIS SULAMAN BUDI, TULUS BERBAKTI SEMPENA PERSARAAN ENCIK AZIZI BIN MATROF Tarikh : 27 Mac 2024 (Rabu) Masa : 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang Tempat : Dewan Sri Murni, SMK Raja Abdullah Tema : Warna Krim 12.30 tengah hari : Murid berkumpul di Dewan Sri Murni : Ketibaan tetamu jemputan 12.45 tengah hari : Perarakan masuk yang diraikan : Nyanyian lagu Negaraku : Nyanyian lagu Maju dan Sejahtera : Bacaan doa : Ucapan alu-aluan pengerusi majlis : Ucapan oleh wakil murid : Ucapan wakil guru oleh Cik Nik Nurul Atikah binti Ab Aziz (Pengerusi BKGS) : Bacaan biodata yang diraikan : Ucapan yang diraikan oleh Encik Azizi bin Matrof : Ucapan oleh Pn. Che Ma Rabitah Binti Haji Kamaruddin (Pengetua) : Persembahan multimedia : Persembahan (murid/guru) : Penyampaian hadiah untuk yang diraikan : Perarakan keluar yang diraikan 2.30 petang : Majlis bersurai


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA ABDULLAH JALAN KEPONG 52000 KUALA LUMPUR Tel. Sekolah : 03-62580937 / No. Fax : 0362501260 Ruj. Kami : BKGS 2024/08 Tarikh : 20 MAC 2024 Encik Dalik Zaini bin Ismail Penolong Kanan PPKI SMK Seksyen 5 Wangsa Maju Jalan 8/27a, Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur Tuan, JEMPUTAN KE MAJLIS PERSARAAN ENCIK AZIZI BIN MATROF Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Majlis Sulaman Budi, Tulus Berbakti sempena Persaraan Encik Azizi bin Matrof seperti ketetapan berikut: Tarikh : 27 Mac 2024 (Rabu) Masa : 12.30 tgh hari sehingga 2.30 tgh hari Tempat : Dewan Sri Murni, SMK Raja Abdullah 3. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati untuk menjemput pihak tuan agar dapat meluangkan masa bagi memeriahkan lagi Majlis Persaraan Encik Azizi bin Matrof. Untuk pengesahan kehadiran pihak tuan dimohon mengimbas kod QR untuk pengesahan kehadiran selewat-lewatnya pada 23/3/2024. Sebarang maklum balas berkaitan jemputan ini tuan boleh menghubungi Prema A/P Chalaya pada talian 012-7403059. 4. Kerjasama dan sokongan serta keprihatinan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Kehadiran pihak tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ………………………………….. (CHE MA RABITAH BINTI HAJI KAMARUDDIN) Pengetua, SMK Raja Abdullah


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA ABDULLAH JALAN KEPONG 52000 KUALA LUMPUR Tel. Sekolah : 03-62580937 / No. Fax : 0362501260 TENTATIF MAJLIS SULAMAN BUDI, TULUS BERBAKTI SEMPENA PERSARAAN ENCIK AZIZI BIN MATROF Tarikh : 27 Mac 2024 (Rabu) Masa : 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang Tempat : Dewan Sri Murni, SMK Raja Abdullah Tema : Warna Krim 12.30 tengah hari : Murid berkumpul di Dewan Sri Murni : Ketibaan tetamu jemputan 12.45 tengah hari : Perarakan masuk yang diraikan : Nyanyian lagu Negaraku : Nyanyian lagu Maju dan Sejahtera : Bacaan doa : Ucapan alu-aluan pengerusi majlis : Ucapan oleh wakil murid : Ucapan wakil guru oleh Cik Nik Nurul Atikah binti Ab Aziz (Pengerusi BKGS) : Bacaan biodata yang diraikan : Ucapan yang diraikan oleh Encik Azizi bin Matrof : Ucapan oleh Pn. Che Ma Rabitah Binti Haji Kamaruddin (Pengetua) : Persembahan multimedia : Persembahan (murid/guru) : Penyampaian hadiah untuk yang diraikan : Perarakan keluar yang diraikan 2.30 petang : Majlis bersurai


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA ABDULLAH JALAN KEPONG 52000 KUALA LUMPUR Tel. Sekolah : 03-62580937 / No. Fax : 0362501260 Ruj. Kami : BKGS 2024/09 Tarikh : 20 MAC 2024 Encik Azli bin Ahmad SMK Taman Bukit Maluri Jalan Burung Kasawari, Taman Bukit Maluri 52100 Kuala Lumpur Tuan, JEMPUTAN KE MAJLIS PERSARAAN ENCIK AZIZI BIN MATROF Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Majlis Sulaman Budi, Tulus Berbakti sempena Persaraan Encik Azizi bin Matrof seperti ketetapan berikut: Tarikh : 27 Mac 2024 (Rabu) Masa : 12.30 tgh hari sehingga 2.30 tgh hari Tempat : Dewan Sri Murni, SMK Raja Abdullah 3. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati untuk menjemput pihak tuan agar dapat meluangkan masa bagi memeriahkan lagi Majlis Persaraan Encik Azizi bin Matrof. Untuk pengesahan kehadiran pihak tuan dimohon mengimbas kod QR untuk pengesahan kehadiran selewat-lewatnya pada 23/3/2024. Sebarang maklum balas berkaitan jemputan ini tuan boleh menghubungi Prema A/P Chalaya pada talian 012-7403059. 4. Kerjasama dan sokongan serta keprihatinan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Kehadiran pihak tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ………………………………….. (CHE MA RABITAH BINTI HAJI KAMARUDDIN) Pengetua, SMK Raja Abdullah


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA ABDULLAH JALAN KEPONG 52000 KUALA LUMPUR Tel. Sekolah : 03-62580937 / No. Fax : 0362501260 TENTATIF MAJLIS SULAMAN BUDI, TULUS BERBAKTI SEMPENA PERSARAAN ENCIK AZIZI BIN MATROF Tarikh : 27 Mac 2024 (Rabu) Masa : 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang Tempat : Dewan Sri Murni, SMK Raja Abdullah Tema : Warna Krim 12.30 tengah hari : Murid berkumpul di Dewan Sri Murni : Ketibaan tetamu jemputan 12.45 tengah hari : Perarakan masuk yang diraikan : Nyanyian lagu Negaraku : Nyanyian lagu Maju dan Sejahtera : Bacaan doa : Ucapan alu-aluan pengerusi majlis : Ucapan oleh wakil murid : Ucapan wakil guru oleh Cik Nik Nurul Atikah binti Ab Aziz (Pengerusi BKGS) : Bacaan biodata yang diraikan : Ucapan yang diraikan oleh Encik Azizi bin Matrof : Ucapan oleh Pn. Che Ma Rabitah Binti Haji Kamaruddin (Pengetua) : Persembahan multimedia : Persembahan (murid/guru) : Penyampaian hadiah untuk yang diraikan : Perarakan keluar yang diraikan 2.30 petang : Majlis bersurai


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA ABDULLAH JALAN KEPONG 52000 KUALA LUMPUR Tel. Sekolah : 03-62580937 / No. Fax : 0362501260 Ruj. Kami : BKGS 2024/10 Tarikh : 20 MAC 2024 En Masnizar bin Mustafa SMK Tiara Permai Taman Mastiara 51200 Kuala Lumpur Tuan, JEMPUTAN KE MAJLIS PERSARAAN ENCIK AZIZI BIN MATROF Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Majlis Sulaman Budi, Tulus Berbakti sempena Persaraan Encik Azizi bin Matrof seperti ketetapan berikut: Tarikh : 27 Mac 2024 (Rabu) Masa : 12.30 tgh hari sehingga 2.30 tgh hari Tempat : Dewan Sri Murni, SMK Raja Abdullah 3. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati untuk menjemput pihak tuan agar dapat meluangkan masa bagi memeriahkan lagi Majlis Persaraan Encik Azizi bin Matrof. Untuk pengesahan kehadiran pihak tuan dimohon mengimbas kod QR untuk pengesahan kehadiran selewat-lewatnya pada 23/3/2024. Sebarang maklum balas berkaitan jemputan ini tuan boleh menghubungi Prema A/P Chalaya pada talian 012-7403059. 4. Kerjasama dan sokongan serta keprihatinan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Kehadiran pihak tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ………………………………….. (CHE MA RABITAH BINTI HAJI KAMARUDDIN) Pengetua, SMK Raja Abdullah


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA ABDULLAH JALAN KEPONG 52000 KUALA LUMPUR Tel. Sekolah : 03-62580937 / No. Fax : 0362501260 TENTATIF MAJLIS SULAMAN BUDI, TULUS BERBAKTI SEMPENA PERSARAAN ENCIK AZIZI BIN MATROF Tarikh : 27 Mac 2024 (Rabu) Masa : 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang Tempat : Dewan Sri Murni, SMK Raja Abdullah Tema : Warna Krim 12.30 tengah hari : Murid berkumpul di Dewan Sri Murni : Ketibaan tetamu jemputan 12.45 tengah hari : Perarakan masuk yang diraikan : Nyanyian lagu Negaraku : Nyanyian lagu Maju dan Sejahtera : Bacaan doa : Ucapan alu-aluan pengerusi majlis : Ucapan oleh wakil murid : Ucapan wakil guru oleh Cik Nik Nurul Atikah binti Ab Aziz (Pengerusi BKGS) : Bacaan biodata yang diraikan : Ucapan yang diraikan oleh Encik Azizi bin Matrof : Ucapan oleh Pn. Che Ma Rabitah Binti Haji Kamaruddin (Pengetua) : Persembahan multimedia : Persembahan (murid/guru) : Penyampaian hadiah untuk yang diraikan : Perarakan keluar yang diraikan 2.30 petang : Majlis bersurai


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA ABDULLAH JALAN KEPONG 52000 KUALA LUMPUR Tel. Sekolah : 03-62580937 / No. Fax : 0362501260 Ruj. Kami : BKGS 2024/11 Tarikh : 20 MAC 2024 Encik Amiruddin bin Harun SMK Datuk Ibrahim Yaakob Jalan Ipoh, Kampung Batu 51200 Kuala Lumpur Tuan, JEMPUTAN KE MAJLIS PERSARAAN ENCIK AZIZI BIN MATROF Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Majlis Sulaman Budi, Tulus Berbakti sempena Persaraan Encik Azizi bin Matrof seperti ketetapan berikut: Tarikh : 27 Mac 2024 (Rabu) Masa : 12.30 tgh hari sehingga 2.30 tgh hari Tempat : Dewan Sri Murni, SMK Raja Abdullah 3. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati untuk menjemput pihak tuan agar dapat meluangkan masa bagi memeriahkan lagi Majlis Persaraan Encik Azizi bin Matrof. Untuk pengesahan kehadiran pihak tuan dimohon mengimbas kod QR untuk pengesahan kehadiran selewat-lewatnya pada 23/3/2024. Sebarang maklum balas berkaitan jemputan ini tuan boleh menghubungi Prema A/P Chalaya pada talian 012-7403059. 4. Kerjasama dan sokongan serta keprihatinan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Kehadiran pihak tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ………………………………….. (CHE MA RABITAH BINTI HAJI KAMARUDDIN) Pengetua, SMK Raja Abdullah


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA ABDULLAH JALAN KEPONG 52000 KUALA LUMPUR Tel. Sekolah : 03-62580937 / No. Fax : 0362501260 TENTATIF MAJLIS SULAMAN BUDI, TULUS BERBAKTI SEMPENA PERSARAAN ENCIK AZIZI BIN MATROF Tarikh : 27 Mac 2024 (Rabu) Masa : 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang Tempat : Dewan Sri Murni, SMK Raja Abdullah Tema : Warna Krim 12.30 tengah hari : Murid berkumpul di Dewan Sri Murni : Ketibaan tetamu jemputan 12.45 tengah hari : Perarakan masuk yang diraikan : Nyanyian lagu Negaraku : Nyanyian lagu Maju dan Sejahtera : Bacaan doa : Ucapan alu-aluan pengerusi majlis : Ucapan oleh wakil murid : Ucapan wakil guru oleh Cik Nik Nurul Atikah binti Ab Aziz (Pengerusi BKGS) : Bacaan biodata yang diraikan : Ucapan yang diraikan oleh Encik Azizi bin Matrof : Ucapan oleh Pn. Che Ma Rabitah Binti Haji Kamaruddin (Pengetua) : Persembahan multimedia : Persembahan (murid/guru) : Penyampaian hadiah untuk yang diraikan : Perarakan keluar yang diraikan 2.30 petang : Majlis bersurai


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA ABDULLAH JALAN KEPONG 52000 KUALA LUMPUR Tel. Sekolah : 03-62580937 / No. Fax : 0362501260 Ruj. Kami : BKGS 2024/12 Tarikh : 20 MAC 2024 Encik Abu Zaid bin Zakaria Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kepong Baru Jalan Helang, Kepong Baru 52100 Kuala Lumpur Tuan, JEMPUTAN KE MAJLIS PERSARAAN ENCIK AZIZI BIN MATROF Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Majlis Sulaman Budi, Tulus Berbakti sempena Persaraan Encik Azizi bin Matrof seperti ketetapan berikut: Tarikh : 27 Mac 2024 (Rabu) Masa : 12.30 tgh hari sehingga 2.30 tgh hari Tempat : Dewan Sri Murni, SMK Raja Abdullah 3. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati untuk menjemput pihak tuan agar dapat meluangkan masa bagi memeriahkan lagi Majlis Persaraan Encik Azizi bin Matrof. Untuk pengesahan kehadiran pihak tuan dimohon mengimbas kod QR untuk pengesahan kehadiran selewat-lewatnya pada 23/3/2024. Sebarang maklum balas berkaitan jemputan ini tuan boleh menghubungi Prema A/P Chalaya pada talian 012-7403059. 4. Kerjasama dan sokongan serta keprihatinan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Kehadiran pihak tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ………………………………….. (CHE MA RABITAH BINTI HAJI KAMARUDDIN) Pengetua, SMK Raja Abdullah


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA ABDULLAH JALAN KEPONG 52000 KUALA LUMPUR Tel. Sekolah : 03-62580937 / No. Fax : 0362501260 TENTATIF MAJLIS SULAMAN BUDI, TULUS BERBAKTI SEMPENA PERSARAAN ENCIK AZIZI BIN MATROF Tarikh : 27 Mac 2024 (Rabu) Masa : 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang Tempat : Dewan Sri Murni, SMK Raja Abdullah Tema : Warna Krim 12.30 tengah hari : Murid berkumpul di Dewan Sri Murni : Ketibaan tetamu jemputan 12.45 tengah hari : Perarakan masuk yang diraikan : Nyanyian lagu Negaraku : Nyanyian lagu Maju dan Sejahtera : Bacaan doa : Ucapan alu-aluan pengerusi majlis : Ucapan oleh wakil murid : Ucapan wakil guru oleh Cik Nik Nurul Atikah binti Ab Aziz (Pengerusi BKGS) : Bacaan biodata yang diraikan : Ucapan yang diraikan oleh Encik Azizi bin Matrof : Ucapan oleh Pn. Che Ma Rabitah Binti Haji Kamaruddin (Pengetua) : Persembahan multimedia : Persembahan (murid/guru) : Penyampaian hadiah untuk yang diraikan : Perarakan keluar yang diraikan 2.30 petang : Majlis bersurai


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA ABDULLAH JALAN KEPONG 52000 KUALA LUMPUR Tel. Sekolah : 03-62580937 / No. Fax : 0362501260 Ruj. Kami : BKGS 2024/13 Tarikh : 20 MAC 2024 Encik Jefri bin Hussin SMK Datuk Ibrahim Yaakob Jalan Ipoh, Kampung Batu 51200 Kuala Lumpur Tuan, JEMPUTAN KE MAJLIS PERSARAAN ENCIK AZIZI BIN MATROF Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Majlis Sulaman Budi, Tulus Berbakti sempena Persaraan Encik Azizi bin Matrof seperti ketetapan berikut: Tarikh : 27 Mac 2024 (Rabu) Masa : 12.30 tgh hari sehingga 2.30 tgh hari Tempat : Dewan Sri Murni, SMK Raja Abdullah 3. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati untuk menjemput pihak tuan agar dapat meluangkan masa bagi memeriahkan lagi Majlis Persaraan Encik Azizi bin Matrof. Untuk pengesahan kehadiran pihak tuan dimohon mengimbas kod QR untuk pengesahan kehadiran selewat-lewatnya pada 23/3/2024. Sebarang maklum balas berkaitan jemputan ini tuan boleh menghubungi Prema A/P Chalaya pada talian 012-7403059. 4. Kerjasama dan sokongan serta keprihatinan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Kehadiran pihak tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ………………………………….. (CHE MA RABITAH BINTI HAJI KAMARUDDIN) Pengetua, SMK Raja Abdullah


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA ABDULLAH JALAN KEPONG 52000 KUALA LUMPUR Tel. Sekolah : 03-62580937 / No. Fax : 0362501260 TENTATIF MAJLIS SULAMAN BUDI, TULUS BERBAKTI SEMPENA PERSARAAN ENCIK AZIZI BIN MATROF Tarikh : 27 Mac 2024 (Rabu) Masa : 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang Tempat : Dewan Sri Murni, SMK Raja Abdullah Tema : Warna Krim 12.30 tengah hari : Murid berkumpul di Dewan Sri Murni : Ketibaan tetamu jemputan 12.45 tengah hari : Perarakan masuk yang diraikan : Nyanyian lagu Negaraku : Nyanyian lagu Maju dan Sejahtera : Bacaan doa : Ucapan alu-aluan pengerusi majlis : Ucapan oleh wakil murid : Ucapan wakil guru oleh Cik Nik Nurul Atikah binti Ab Aziz (Pengerusi BKGS) : Bacaan biodata yang diraikan : Ucapan yang diraikan oleh Encik Azizi bin Matrof : Ucapan oleh Pn. Che Ma Rabitah Binti Haji Kamaruddin (Pengetua) : Persembahan multimedia : Persembahan (murid/guru) : Penyampaian hadiah untuk yang diraikan : Perarakan keluar yang diraikan 2.30 petang : Majlis bersurai


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA ABDULLAH JALAN KEPONG 52000 KUALA LUMPUR Tel. Sekolah : 03-62580937 / No. Fax : 0362501260


TEKS UCAPAN MAJLIS PERSARAAN ENCIK AZIZI BIN MATROF ATURCARA TEKS PENGACARA PENGACARA Pengumuman awal dan peraturan dewan Pengumuman kepada semua pelajar dan guru 1. Pelajar diminta memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang majlis berlangsung. 2. Pelajar-pelajar diminta tidak membuat bising,berbual-bual ketika berada dalam majlis. 3. Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan majlis, pergerakan keluar daripada majlis mestilah dengan kebenaran guru dalam situasi beradab. 4. Pelajar diminta untuk tidak bersorak atau mengeluarkan bunyi yang kurang menyenangkan sepanjang majlis. Terima kasih atas perhatian dan tindakan warga dewan atas pengumuman itu tadi. Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan yang diraikan Encik Azizi Bin Matrof diiringi oleh barisan pentadbir masuk ke dewan


Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Wilayah Sidang hadirin dimohon untuk terus berdiri untuk nyanyian lagu Negaraku dan lagu Wilayah dengan iringan muzik Terima kasih, Hadirin dipersilakan duduk. Bacaan Doa Tetak buluh kajang sepuluh, Temenggung bertinting di Parit Sirat, Angkat tangan jemari sepuluh, Doa dipohon biar selamat. Hadirin yang dihormati sekalian, Bagi memberkati majlis kita yang penuh bermakna pada pagi ini, marilah kita sama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh. Encik Muhammad Asrul Aqmal bin Jamaluddin. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan. Amin amin ya robbal’ Alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan itu tadi.


Ucapan Alu aluan pengacara majlis Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera Yang diraikan Encik Azizi bin Matrof Yang berusaha Puan Che Ma Rabitah binti Haji Kamaruddin Pengetua SMK Raja Abdullah Encik Wan Noor Azmi bin Wan Mohamed Noor Penolong Kanan Pentadbiran Puan Fatin Zuhra binti Mustafa Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Nazirah binti Razali Penolong Kanan Kokurikulum Puan Siti Normala binti Husin Penolong Kanan Petang Barisan guru kanan mata pelajaran Tuan-tuan dan puan-puan serta guru-guru dan anak murid yang dikasihi sekalian. Kami bagi pihak jawatankuasa pelaksana mengucapkan selamat datang ke majlis sulaman budi, tulus berbakti Encik Azizi bin Matrof, Guru SMK Raja Abdullah.


Ucapan wakil murid Dari Kelantan pergi ke Kedah Dari Kedah ke Perak pula, Doa selamat dipohon sudah, Marilah kita beralih acara. Seterusnya majlis mempersilakan wakil murid SMK Raja Abdullah, saudari Nur Aina Qalesya Binti Mohamad Hafiz daripada kelas 2 Amal untuk memberikan ucapan buat guru kesayangannya. Dipersilakan. -UCAPAN WAKIL MURIDTerima kasih diucapkan kepada saudari. Nur Aina Qalesya Binti Mohamad Hafiz Ucapan wakil guru Majlis diteruskan lagi dengan ucapan wakil guru. Dengan ini majlis mempersilakan Cik Nik Nurul Atikah binti Ab Aziz selaku Pengerusi BKGS pada tahun ini untuk mewakili barisan guru dan staff SMK Raja Abdullah. Dipersilakan -UCAPAN WAKIL GURUMajlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cik Nik Nurul Atikah binti Ab Aziz atas kesudian menyampaikan ucapan itu tadi.


Biodata yang diraikan Hadirin yang dihormati sekalian, Raut wajah penuh ketenangan Tidak terkalam kasih dijunjung Jasamu tetap dikenang Budimu tetap disanjung Hadirin yang dihormati sekalian, Izinkan saya menyampaikan rentetan hikayat yang diraikan Encik Azizi bin Matrof. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta, tidak lengkap rasanya majlis tanpa mengungkapkan sejarah diri insan yang diraikan pada pagi yang damai ini. Marilah kita mendengar bersama Tanggal 28 Mac 1964, lahirnya seorang putera kepada pasangan Encik Matrof bin Manaf dan Puan Rahmah binti Dollah. Beliau merupakan putera keempat daripada 5 orang adik beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Selayang Baru dari tahun 1971 hingga tahun 1976 dan meneruskan pendidikan pada peringkat menengah di SMK Victoria Institution pada tahun 1977 sehingga 1981.


Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Utara Malaysia dalam kursus perakaunan. Pada tahun 1988, beliau memulakan perjalanan beliau sebagai seorang pendidik di Institut Bahasa Melayu Malaysia di Lembah Pantai dan seterusnya di Institut Perguruan Raja Malewar, Seremban sehingga tahun 2000. Bermula di situ, beliau dengan lebih yakin dan berani untuk menempuh segala dugaan dan ujian dalam arena pendidikan yang penuh mencabar. Kata orang, ‘alah bisa tegal biasa’ dan ‘gengam bara api sampai jadi arang’. Begitulah semangat yang dimiliki oleh Encik Azizi Bin Matrof. Sebelum berpindah ke sekolah kita, beliau pernah berkhidmat selama 5 tahun di SMK Bandar Baru Sentul. Encik Azizi bin Matrof melaporkan diri sebagai guru di SMK Raja Abdullah pada tahun 2005 dan berkhidmat di sekolah kita selama 19 tahun. Beliau juga merupakan seorang guru yang sangat prihatin terhadap anak murid dan guru-guru lain. Selain itu, beliau juga seorang sangat berdedikasi dalam melakukan setiap tanggungjawab yang diberikan. Hadirin sekalian, Insan yang kita raikan pada hari ini juga bukan sahaja memegang jawatan sebagai guru di sekolah, tetapi juga seorang yang banyak memberi jasa dan sumbangan kepada masyarakat apabila beliau dilantik sebagai pengerusi NGO masyarakat Sejahtera dan ketua Komuniti Selayang Baru Selatan.


Demikianlah tadi warna warni perjalanan kehidupan dan perjalanan perkhidmatan Encik Azizi bin Matrof yang bergelar seorang pendidik selama 38 tahun. Ucapan Encik Azizi Bin Matrof Hadirin yang dikasihi, Sampai masa yang kita nantikan bagi mendengar bingkisan kata dan amanat daripada insan yang diraikan pada hari ini. Sekolah Menengah Raja Abdullah dengan penuh bangga mempersilakan yang diraikan Encik Azizi bin Matrof meneruskan tirai persada ucapan, dengan menyampaikan amanat,untaian kata kalungan wacana, salam perpisahan buat kenangkenangan insan yang bakal ditinggalkan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. Ucapan encik Azizi Majlis merakamkan sepenuh penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada yang diraikan Encik Azizi bin Matrof atas ucapan yang telah disampaikan.


Ucapan Pengetua Pergi ke kota beli selasih, Sayang si dara buat halwa, Berilah kata simpulan kasih, Sulamkan mesra satukan jiwa. Kini, majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Che Ma Rabitah binti Haji kamaruddin, Pengetua SMK Raja Abdullah untuk menyampaikan sepatah dua kata sempena Majlis Persaraan Encik Azizi bin Matrof. Dengan segala hormatnya dipersilakan -UCAPAN PENGETUAMajlis merakamkan terima kasih atas kesudian menyampaikan ucapan itu tadi. Persembahan multimedia Pakaian dipakai cantik berseri, Majlis keraian kita semua, Majlis kita takkan berseri, Tanpa persembahan multimedia. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan tayangan multimedia tentang biografi dan memori perjalanan insan yang sedang kita raikan ini yang disediakan khas oleh Pn Nurul Awatif binti Mukhtar dan rakan-rakan. -PERSEMBAHAN MULTIMEDIABegitulah tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia buat yang diraikan Encik Azizi bin Matrof. Mudah-mudahan ianyanya dapat meninggalkan satu kenangan abadi buat yang diraikan. Bukan mudah untuk melepaskanmu, namun segalanya satu ketentuan.


Persembahan murid/guru Dari Kedah ke Kuala Perlis, Singgah bersantai di tepi jeti, Persembahan pembukaan memeriahkan majlis, Semoga hadirin terhibur di hati. Marilah kita sama-sama saksikan persembahan daripada murid tingkatan 3 dengan lagunya yang bertajuk sampai jumpa. Terima kasih atas persembahan yang sangat menghiburkan itu tadi. Penyampaian hadiah Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Seterusnya majlis menjemput Encik Azizi bin Matrof untuk penyampaian hadiah tanda kenangkenangan yang abadi, tanda kasih tidak bertepi, agar ingatan tak luput di hati kepada yang diraikan. Penyampaian hadiah dimulakan dengan mempersilakan ............................................................................. Untuk menyampaikan hadiah Terima kasih diucapkan. Seterusnya ................................................................................ Untuk menyampaikan hadiah Terima kasih diucapkan


Seterusnya, dipersilakan ............................................................................. Untuk menyampaikan hadiah. Terima kasih diucapkan (hadiah tetamu) Seterusnya majlis menjemput Puan Che Ma Rabitah binti Haji Kamaruddin pengetua SMK Raja Abdullah untuk menyampaikan hadiah daripada wakil pentadbir,guru kanan mata pelajaran, guru disiplin, guru kaunseling, guru sesi pagi, guru sesi petang dan semua akp kepada Encik Azizi bin Matrof. Seterusnya, dijemput sekali lagi Puan pengetua untuk menyampaikan daripada wakil pentadbir kepada Encik Azizii bin Matrof. Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengetua atas penyampaian hadiah itu tadi. Seterusnya majlis mempersilakan Pengerusi BGKS iaitu Cik Nik Nurul Atikah binti Ab Aziz untuk menyampaikan hadiah kepada Encik Azizi bin Matrof. Terima kasih diucapkan. Majlis mempersilakan wakil guru dari SMK Raja Abdullah, Puan Siti Normala binti Husin untuk menyampaikan hadiah kepada Encik Azizi bin Matrof. Terima kasih diucapkan. Majlis mempersilakan wakil daripada pengawas sekolah saudarai ………………………….. untuk m


menyampaikan hadiah kepada Encik Azizi bin Matrof. Terima kasih diucapkan Seterusya majlis mempersilakan ……………….. …………………… untuk menyampaikan hadiah peribadi kepada Encik Azizi bin Matrof. Terima kasih diucapkan. Seterusnya majlis mempersilakan………………. Terima kasih diucapkan. Seterusnya majlis mempersilakan ……………….. Terima kasih diucapkan. Begitulah tadi upacara penyampaian hadiah kenang-kenangan khusus untuk yang diraikan Encik Azizi bin Matrof.


Salam salaman Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada yang diraikan Encik Azizi bin Matrof atas kesudian menerima hadiah itu tadi. Majlis juga merakamkan sejuta penghargaan dan terima kasih kalungan budi atas tanda ingatan, sumbangan dan tanda hati yang diberikan. Semoga menjadi memori indah dalam dakapan yang dikasihi Encik Azizi bin Matrof Majlis akan melabuhkan tirainya dengan acara yang terakhir, yang diraikan Encik Azizi bin Matrof melangkah keluar meninggalkan segala budi dan jasa disini. Segala yang terpahat tidak mungkin dilupakan. Beliau pergi meninggalkan kami namun namamu kekal dalam memori. Majlis diteruskan dengan acara bersalam-salaman bersama insan yang kita raikan pada hari ini. Dengan ini majlis mempersilakan semua guru, murid-murid dan para jemputan mengambil tempat bagi meneruskan acara ini.


Perarakan keluar yang diraikan Para hadirin sekalian, kita telah pun berada dihujung acara. Ada pasang ada surutnya Ada pangkal ada hujungnya Ada hulu ada hilirnya Ada pertemuan ada perpisahannya Ada hilang ada gantinya Ada awal ada akhirnya Dengan itu, berakhirnya sudah majlis kita pada hari ini. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih daun keladi, terima kasih menjunjung budi kepada semua tetamu jemputan dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan majlis lambaian kasih sanjungan budi. Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah silap sepanjang kami mengacarakan majlis ini. Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan, Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Sekian sahaja, salam hormat, Wa billahi taufiq wahidayah wasalamualaikum


(MAJLIS SULAMAN BUDI, TULUS BERBAKTI) MAJLIS PERSARAAN CIKGU AZIZI BIN MATROF TEKS BACAAN DOA ِم ب ِللا ِسْ ن ٰ م ْ ح ِم الرَّ ْ ِحي الرَّ د ْ م حَ ْ ل ا ِِ ِلل َ ب َ ر َ ِم ي َ ل َ لع ْ ا ة َ ال الص َّ َ و م َ ال السَّ َ َل و ع ِف َ َ ْش ْ َ آِء أ َ ي ِ ب ْ ن َ األ َ ِ ي ل سَ ر ْ الم َ و َل َ ع َ ِه ِه ِ و آِل ب حْ ص َ َ و َ ِع ي َ م ْ ج َ أ YaِAllahِyaِTuhanِkami KamiِinginِmerafakkanِkesyukuranِkepadaMuِatasِpertemuanِkamiِpadaِhariِ ini Jadikanlahِkamiِhamba-hambaMuِiniِsentiasaِbersyukurِterhadapِrezekiِdanِ kurniaanMu SesungguhnyaِEngkaulahِTuhanِyangِMahaِMemberi YaِAllahِYaِRahmanِYaِRahim KamiِberhimpunِhariِiniِuntukِmenjayakanِMajlisِSulamanِBudi,ِTulusِBerbaktiِ sempenaِpersaraanِEncikِAziziِbinِMatrof. Makaِkauِpermudahkanlahِmajlisِiniِsupayaِiaِberjalanِdenganِlancar YaِAllah Sinarilahِhati-hatiِkamiِdenganِhidayahMu SesungguhnyaِEngkaulahِTuhanِyangِMahaِMendengarِlagiِMahaِMengetahui YaِRahman,ِYaِAziz,ِYaِGhaffar Padaِsaatِdanِdetikِyangِbersejarahِini,ِkami menghulurkanِtanganِpengharapan,ِmemohon ihsanِdanِRahmatMu,ِ agarِEngkau anugerahkanِkesejahteraan,ِtaufiqِdanِhidayah jugaِkesabaran,ِ ketabahanِdanِkekuatan kepada EncikِAziziِbinِMatrofِyangِakan bersara danِ menamatkankanِperkhidmatannya sebagaiِseorangِguru.ِ Mogaِbaginyaِselepas bersaraِnanti,ِkehidupanِyangِpenuhِgembira,ِceriaِdanِ bahagia, sertaِdikurniakanِdengan kesihatan,ِkesejahteraan,ِketenteramanِdan ketenangan.


AllahummaِYaِMunzilarRahmahِwaِYaFatihalBarakah YaِAllahِYaِTuhanِkami,ِ Kurniakanlah kepada EncikِAziziِbinِMatrof denganِganjaran,ِsyafaatِdan keredhaanِatasِsegalaِjasaِdanِpengorbanan yangِtelahِbeliauِcurahkanِ sepanjangِperkhidmatanِbeliauِdalamِarenaِpendidikan.ِ Kauِlimpahkanlah RahmatِdanِBerkatMu,ِ sebagaiِganjaran kepadaِsemangatِjuangِbeliauِ yangِtidakِpernah mengenalِertiِputusِasa,ِdalamِmemikul tanggungjawabِ sebagaiِpendidik,ِpemimpin danِinsan yangِsentiasaِberusahaِmenyumbang tenaga,ِideaِdanِkepakaran,ِ demi kecemerlanganِanakِbangsa.ِ Mudah-mudahan segalaِjasa,ِpengorbanan,ِdanِsemangatِbeliau menjadiِpendorongِuntuk kamiِmeneruskan perjuanganِsebagaiِinsanِ pendidik. َ ل ص َ َ للا و َ ل َ ع ا َ ِدن ي َ د س ِ َّ م حَ م َ ل َ ع َ ِهِِ و ِل َ ِِه ا ب حْ ص َ َ و ، ْ م ِّ ل سَ َ و د ْ م حَ ْ ال َ و ِ ِ ِلِل َ ب َ ر ِ َ ِم ي ْ َ ال َ ع ْ ال


TEKS UCAPAN NUR AINA QALESYA BINTI MOHAMAD HAFIZ WAKIL MURID SMK RAJA ABDULLAH SEMPENA: MAJLIS PERSARAAN ENCIK AZIZI BIN MATROF TARIKH: 27 MAC 2024 (RABU) MASA: 12.30 – 2.30 PETANG TEMPAT: DEWAN SERI MURNI SMK RAJA ABDULLAH KUALA LUMPUR


Terima kasih saudara Pengerusi Majlis, Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, selamat pagi dan Salam Malaysia Madani. Yang Diraikan Encik Azizi bin Matrof, Yang Berusaha Puan Che Ma Rabitah binti Haji Kamaruddin. Pengetua SMK Raja Abdullah. Puan Fatin Zuhra binti Mustafa, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Puan Nazirah binti Razali, Penolong Kanan Kokurikulum. Puan Siti Normala binti Husin, Penolong Kanan Petang Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-guru SMK Raja Abdullah, Yang dihormati tetamu-tetamu jemputan dan seterusnya rakanrakan seperjuangan sekalian


Hadirin yang dihormati, Saya Nur Aina Qalesya binti Mohamad Hafiz selaku wakil murid SMK Raja Abdullah, khasnya murid-murid yang berada di sesi petang ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada insan yang diraikan Cikgu Azizi bin Matrof atas ilmu yang telah diberikan selama ini. Hanya doa mampu kami titipkan kepadamu cikgu sebagai ganti atas segala pengorbanan dan curahan ilmu yang pernah diberikan. Semoga Allah merahmati setiap apa yang dilakukan oleh Cikgu Azizi selepas ini dan sentiasa diberikan kesihatan tubuh badan yang baik selepas bersara nanti. Hadirin dan hadirat sekalian, Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benarlah kata pepatah yang patah kan tumbuh, yang hilang akan berganti. Namun yang hilang tidak akan sama, walau bagaimanapun akan tetap kekal abadi. Begitulah juga dengan bersaranya Cikgu Azizi selepas ini, maka tiada lagi bayangan Cikgu Azizi selepas ini, tetapi memori kita bersama tetap utuh dalam ingatan kami semua murid.


Seuntai kata Dato’ Dr Usman Awang Jadilah apa pun pada akhir hayat kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulang ilmu Panggilan keramat “CIKGU” kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat Jelinglah kami jika rindu masih bertamu, Selamat bersara dengan senyuman mesra, Senyumlah seindah suria, Setelah mencurahkan segala-galanya, Bak air yang mengalir, Sampai di sini kenangan indah pasti terukir. Akhirnya, saya bagi mewakili rakan-rakan saya yang lain ingin memohon ampun dan maaf seandainya ada tingkah laku dan perbuatan kami yang menyinggung hati dan perasaan cikgu sama ada disedari mahupun tidak disedari. Halalkan segala ilmu yang telah cikgu berikan kepada kami selama ini. Terima kasih di atas segala-galanya. Sekian, terima kasih.


TEKS UCAPAN PENGETUA SMK RAJA ABDULLAH SEMPENA: MAJLIS PERSARAAN ENCIK AZIZI BIN MATROF TARIKH: 27 MAC 2024 (RABU) MASA: 12.30 – 2.30 PETANG TEMPAT: DEWAN SRI MURNI SMK RAJA ABDULLAH KUALA LUMPUR


Terima kasih saudara Pengerusi Majlis, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, selamat pagi dan Salam Malaysia Madani. Yang Berusaha Puan Che Ma Rabitah binti Haji Kamaruddin. Pengetua SMK Raja Abdullah. Puan Fatin Zuhra binti Mustafa, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Puan Nazirah binti Razali, Penolong Kanan Kokurikulum. Puan Siti Normala binti Husin, Penolong Kanan Petang Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-guru SMK Raja Abdullah, Rakan-rakan yang saya hormati, dan seterusnya murid-murid yang saya kasihi sekalian.


Hadirin dan hadirat yang dihormati, Pada hari ini 27 Mac 2024 merupakan hari paling nostalgia dalam lipatan sejarah hidup saya. Pada hari ini genaplah 30 tahun perkhidmatan saya dalam bidang perguruan sebagai kaki tangan perkhidmatan awam. Saya diraikan oleh semua warga sekolah baik dari barisan pentadbir, guru-guru, AKP serta murid-murid SMK Raja Abdullah Mulai sempena persaraan saya. Pada kesempatan diruangan ini, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah terutamanya kepada Puan Pengetua Puan Che Ma Rabitah binti Haji Kamaruddin kerana telah mengadakan majlis khas untuk persaraan saya. Majlis perpisahan yang dibuat oleh pihak sekolah pada hari ini merupakan penghargaan yang amat tinggi dan amat bermakna dalam hidup saya dan keluarga. Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada BKGS yang telah merancang dengan baik majlis pada hari ini. Satu tugas dan tanggungjawab yang amat mencabar telah berjaya ditangani dengan sempurna. Satu perencanaan yang amat kemas dan rapi telah diatur sempena majlis persaraan saya ini.


Terima kasih kepada semua guru, kaki tangan sekolah dan muridmurid semua kerana telah memberikan kerjasama dan sokongan moral yang jitu sepanjang perkhidmatan saya ini. Memasuki dunia persaraan adalah detik yang bermakna dan berharga buat saya. Terima kasih kerana telah menjadi sebahagian daripada perjalanan kerjaya saya. Setiap detik bersama telah membentuk kenangan indah dan berharga yang akan sentiasa saya simpan dalam hati. Guru-guru dan murid-murid sekalian, Selama bertahun-tahun sebagai guru, saya berasa berbesar hati kerana telah menyumbang dalam membentuk generasi pelapis negara. Terima kasih kepada semua murid atas semangat belajar dan kegembiraan yang sentiasa menyerikan kelas . Selamat tinggal, semoga impian anda menjadi kenyataan. Perbezaan antara mereka yang berjaya dengan yang lain, bukanlah kerana kekurangan kekuatan, atau kekurangan ilmu, tetapi perbezaan itu terletak kepada kekurangan ‘kesungguhan’ dan ‘kemahuan’. Oleh itu, saya sangat berharap agar api ‘kesungguhan’ dan ‘kemahuan’ yang menyala dalam jiwa anak-anak semua tidak akan pernah padam, sebaliknya terus menyala dan panasnya hingga ke penghujung perjalanan


Perpisahan ini membawa perasaan bercampur baur, banyak pengalaman suka duka yang dilalui sepanjang perkhidmatan namun semua itu adalah ranjau hidup setiap orang. Oleh itu saya berpesan rakan-rakan untuk terus bekerjasama demi anak bangsa dan negara. Rakan-rakan sekalian, Tiada kata secantik bahasa untuk saya menyusun kata-kata, tiada gambar secantik lukisan untuk saya gambarkan perasaan. Dengan tulus ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam, saya berdoa semoga kita semua sentiasa diberkati dan memperoleh kekuatan untuk melaksanakan tugas serta tanggungjawab kita dalam merealisasikan kejayaan anak didik semua dengan penuh ikhlas, iltizam dan komitmen Pada kesempatan ini, saya mengambil peluang untuk memohon maaf di atas segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan, terkasar bahasa dan tingkahlaku yang menyinggung perasaan pentadbir, rakan guru dan murid-murid sekalian. Di sini juga saya memberi kemaafan kepada semua. Semoga hidup kita bertambah berkat dan lebih ceria.


Yang patahkan tumbuh,yang hilang kan berganti, Begitulah hidup ini, bila saya berundur akan ada penggantinya, diharap pengganti saya nanti ,seorang yang lebih baik dan komited dalam kerja dan akan terus meningkatkan prestasi sekolah dan murid-murid. Saya akan rindukan keriuhan murid-murid, telatah mereka yang buat saya gembira, terhibur. Saya juga akan rindukan rakan-rakan, gurau senda, usik mengusik, bimbing membimbing, makan minum bersama. Saya ucapkan selamat tinggal semuanya..Saya akan menuju penghidupan baharu dalam dunia seorang pesara kerajaan. Namun begitu Roh , semangat dan jiwa kependidikan masih tebal di dalam diri , jiwa dan sanubari saya. Sebelum berundur , dengarlah pantun dari saya Baju seragam terlihat gagah Pulang sekolah membawa buku, Takdir berpisah tak dapat dicegah, Selamat tinggal rakan-rakanku. Kalau ada sumur di ladang Boleh kita menumpang mandi Kalau ada umurku panjang Boleh kita bertemu lagi.


.


TEKS UCAPAN PENGETUA SMK RAJA ABDULLAH SEMPENA: MAJLIS PERSARAAN ENCIK AZIZI BIN MATROF TARIKH: 27 MAC 2024( RABU) MASA: 12.30 TENGAHARI


Terima kasih kepada saudara/saudari Pengerusi Majlis. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Yang diraikan, Encik Azizi bin Matrof, Guru Akademik SMK Raja Abdullah Yang berusaha, En. Wan Noor Azmi bin Wan Mohamed Noor, Penolong Kanan Pentadbiran, Pn.Fatin Zuhra binti Mustafa, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Nazirah binti Razali, Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Siti Normala binti Husin, Penolong Kanan Petang, Yang dihormati tetamu-tetamu jemputan, Guru-guru kanan mata pelajaran, Guru-guru serta murid sekalian. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, dapat saya sampaikan sepatah dua kata di majlis yang indah pada hari ini. Hari ini bolehlah dikatakan sebagai hari terakhir bagi kita dapat bersama-sama Cikgu Azizi bin Matrof dalam majlis rasmi seperti ini sebelum tiba tarikh rasmi persaraan beliau iaitu 28 Mac 2024. Untuk pengetahuan semua, beliau telah berkhidmat di sekolah ini bermula pada 01 Januari 2005 iaitu lebih kurang 19 tahun.


Hadirin sekalian, Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menjadi medan terakhir bagi kita untuk beramah mesra dengan beliau. Guru-guru dan muridmurid boleh ambil kesempatan untuk bercakap dan bersapa di majlis ini sepuas-puasnya dengan beliau selagi ruang masih ada. Di majlis ini juga, kita berpeluang mendengar amanat terakhir daripada beliau sebelum bersara. Sudah tentu ada kata-kata hikmah dan pesanan yang akan menjadi ingatan dan panduan kepada kita untuk menjadi pendidik atau insan yang berjaya dan berkarisma seperti beliau serta amanat untuk anak-anak murid tersayang. Hadirin sekalian, Kita sebenarnya merasai satu kehilangan besar di sini. Beliau umpama sebutir permata di lautan luas, walaupun tenggelam di dasar selut yang hitam, beliau tetap bersinar walaupun hanya bekas yang ditinggalkan. Dapat diakui, beliau membimbing dan melayan guruguru serta anak didik di sekolah ini dengan penuh kasih-sayang. Lembut, mesra, mudah dibawa berbincang serta penuh rasa empati. Walaupun begitu, dalam berlembut tetap ada tegasnya.


Masa beredar terlalu pantas. Dapat dirasakan seperti baru semalam saya mengenali beliau. Adalah diakui bahawa beliau banyak memberikan sumbangan dan peranan demi meningkatkan kualiti prasarana sekolah. Rasanya saya tidak mahu berucap panjang kerana banyak lagi agenda kita untuk majlis yang penuh bahagia ini. Saya akhiri ucapan saya pada hari ini dengan serangkap pantun Tuan padi tinggal jerami, Suasana petang amat redup, Dunia persaraan cikgu alami, Moga bahagia nikmati hidup. Sekian, terima kasih.


Sekalung Apresiasi dan terima kasih kepada Pn Che Ma Rabitah binti Hj Kamaruddin - Pengetua SMK Raja Abdullah Tetamu-tetamu jemputan JK Pelaksana Seluruh Warga SMK Raja Abdullah Ahli keluarga yang diraikan Serta Pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Sulaman Budi, Tulus Berbakti Sempena persaraan En Azizi bin Matrof


DEWAN SRI MURNI, SMK RAJA ABDULLAH Majlis Sulaman Budi Tulus Berbakti SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA ABDULLAH JALAN KEPONG, 52000 KUALA LUMPUR Yang Diraikan Encik Azizi bin Matrof MAC 2024 | RABU | A N J U R A N B A D A N K E B A J I K A N G U R U D A N S T A F ( B K G S ) SMK R A J A A B D U L L A H 27


A TUR C A R A MA J L I S 12.30 T/ HARI 12.45 T/ HARI 2.30 PETANG Perarakan masuk Nyanyian lagu Negaraku Nyanyian lagu Maju dan Sejahtera Bacaan doa Ucapan alu-aluan pengerusi majlis Ucapan oleh wakil murid Nur Aina Qalesya bt Mohamad Hafiz Ucapan oleh wakil guru Cik Nik Nurul Atikah bt Ab Aziz (Pengerusi BKGS) Bacaan biodata Ucapan Yang Diraikan Encik Azizi b Matrof Ucapan oleh YBrs Che Ma Rabitah bt Haji Kamaruddin (Pengetua) Persembahan multimedia Persembahan Penyampaian hadiah Perarakan keluar Murid berkumpul di Dewan Sri Murni Ketibaan tetamu jemputan Majlis bersurai


J AWA T A N KU A S A P E L A K S A N A PENGERUSI: PN CHE MA RABITAH BINTI HJ. KAMARUDDIN (PENGETUA) TIMBALAN PENGERUSI: EN WAN NOOR AZMI BIN WAN MOHAMED NOOR (PK PENTADBIRAN) NAIB PENGERUSI: PN FATIN ZUHRA BINTI MUSTAFA (PK HEM) NAIB PENGERUSI II: PN NAZIRAH BINTI RAZALI (PK KOKO) NAIB PENGERUSI III: PN SITI NORMALA BINTI HUSIN (PK PETANG) PENYELARAS: CIK NIK NURUL ATIKAH BINTI AB AZIZ PENOLONG PENYELARAS: PN JUNAIDAH BINTI NAIM SETIAUSAHA: PN NURUL IZZATI BINTI AB AZIZ BENDAHARI: CIK NUR ATIQAH BINTI ROSLI PENYELARAS MAJLIS: CIK NIK NURUL ATIKAH BINTI AB AZIZ PN JUNAIDAH BINTI NAIM JEMPUTAN DAN PENDAFTARAN: PN PREMA A/P CHALAYA (K) PN SATHIYAKALA A/P TURAIRAJOO JURUACARA MAJLIS: PN NORASIKIN BINTI MOHD TAIB (K) PN AZZATUL BINTI CHE BAHARUDIN BACAAN DOA: EN ASRUL AQMAL BIN JAMALUDDIN (K) TEKS UCAPAN: CIK ROHANI BT MD ALI (K) CIK MURUGAMAH A/P ARUMUGAM BUKU PROGRAM: CIK FARIZAH BINTI ABD RAZAK (K) CIK MOHANA PRIYAA A/P KASANATHAN BACKDROP: PN LISA IZWANA BINTI AZIZAN (K) PERSIAPAN TEMPAT: (SEBELUM) EN WONG KOK WAI (K) EN S.M.K BALA KRISHNAN A/L MUNIAND (SELEPAS) EN FIRDAUS BIN MOHD NOOR (K) EN MUHAMMAD HAKIM BIN HAMDAN MULTIMEDIA / BIODATA: PN NURUL AWATIF BINTI MUKHTAR (K) PN WAN ROHANI BINTI WAN IBRAHIM PN EZRINARUTH A/P MARIYADAS DOKUMENTASI: PN SARIFULASRA BINTI ROZALI (K) PERARAKAN & KOMPANG: CIK NGO SIAW PEI (K) PN YEE SHEAU YNG PN NAZIHAH BINTI MD HANAFI @ MD ZAIN CIK NUR SOFIAH AIDAH BINTI MOHAMAD SIARAYA: CIK WAN NUR ATIKAH BINTI WAN HUSIN (K) SAMBUTAN: PN ZUNIKA BT MOHAMAD (K) PN FAIRUS BINTI FAKRI PN EMILIA BT MAHMUD PN PATHMAVATHY A/P K.MARCHAY PERSIAPAN PENTAS: PN NORASIAH SYAHIRAH BINTI BAHARULDIN (K) PN S.LETCHUMY A/P SIWA GURU PN NURAINI BINTI SHAARI EN KHIRIL NIZAM BIN HUSIN CIK NUR ADILA BINTI UDIN HADIAH / DOORGIFT: PN AMMANINA SYAFIQAH BINTI TAHA (K) EN SEE YUIN CHUAN CIK ENG SIEW PENG PN NORAZIRATUL SHIMA BINTI ALI DISIPLIN / KAWALAN MURID: EN SYAMIR ARIF BIN SAIFUL ANUAR (K) PENGAWAS SEKOLAH FOTOGRAFI: PN SHAHIDATUL NADIA BINTI SHAH LAIL (K) KELAB FOTOGRAFI SEKOLAH PERSEMBAHAN: CIK NUR ATIQAH BINTI ROSLI (K) PN CECILIA ZAMIRA LOUIS HIASAN KENDERAAN: PN NURMADIAH BT MOHAMED (K) PN NURUL AFIFAH BINTI MOHD RAZIB CIK NURHUSNAA BINTI MOHD SAIDEK PARKIR TETAMU: EN TEH KENG INN (K)


Click to View FlipBook Version