The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURIN ADANI BINTI MOHD RAMLI, 2023-02-16 00:05:43

E-BOOK Pengoperasian Bengkel Makanan

E-BOOK Pengoperasian Bengkel Makanan

Prosedur Penggunaan Bengkel Makanan E-BOOK


Disediakan Oleh: AHMAD FAUZAN BIN HASSAN Pelajar Latihan Industri UiTM Bukit Besi, Terengganu Pusat Pengurusan Persekitaran Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan NUR FARALISA LIYANA BINTI MAHADI Pelajar Latihan Industri UiTM Bukit Besi, Terengganu Pusat Pengurusan Persekitaran Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan NURIN ADANI BINTI MOHD RAMLI Pelajar Latihan Industri UiTM Bukit Besi, Terengganu Pusat Pengurusan Persekitaran Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Diterbitkan Oleh: Pusat Pengurusan Persekitaran Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan


Pra - kata Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kehendaknya kami dapat menyiapkan E-buku Prosedur Penggunaan Bengkel Makanan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. E-buku ini dihasilkan sebagai panduan atau rujukan kepada semua pekerja bengkel makanan. Tanpa sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak, e-buku ini sememangnya tidak akan dapat disiapkan mengikut ketetapannya. Justeru ribuan terima kasih diucapkan kepada Pengarah CMeOSH, Chm. Ts. Dr. Noor Syuhadah Binti Subki yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam menyiapkan e-buku ini. Di harap dengan terbitnya e-buku ini, segala urusan sebelum, semasa dan selepas pengoperasian bengkel makanan pada masa akan datang dapat dilakukan dengan lebih baik lagi. Segala kekurangan yang dilihat sepanjang e-buku ini harap dapat diterima dan kami sedia menerima pandangan untuk menambah baik lagi e-buku kami pada masa akan datang.


KANDUNGAN Garis Panduan Sebelum Pengoperasian ................................... 1 - 4 Garis Panduan Semasa Pengoperasian .................................... 5 - 9 Garis Panduan Selepas Pengoperasian .................................... 10 - 13 Rujukan .................................................................................................... 14


APA YANG PERLU KITA LAKUKAN SEBELUM MEMULAKAN KERJA? 1


1 Buka pintu bengkel dan semua tingkap untuk mendapatkan pengcahayaan dan pengudaraan yang cukup. GARIS PANDUAN SEBELUM PENGOPERASIAN 2 2 Rekod waktu hadir bekerja. 3 Nyalakan lampu dan kipas di sekitar bengkel untuk mendapatkan pengcahayaan dan pengudaraan yang cukup. 4 Pastikan di bengkel makanan mempunyai peti pertolongan cemas yang bersesuaian. 5 Bersedia dan melengkapkan diri dengan perkara-perkara asas sebelum memulakan tugas (pemakaian seragam yang bersih dan kemas (jika ada) dengan lengkap dan bersesuaian). 6 Pakai alat pelindung diri seperti apron dan sarung tangan yang bersesuaian. 7 Pastikan kuku sentiasa pendek semasa mengedalikan makanan bagi mengelakkan kontaminasi keracunan makanan. 8 Ikat rambut dengan kemas sekiranya berambut panjang dan memakai penutup kepala (headgear) supaya rambut tidak mengganggu penglihatan semasa melakukan kerja. Bagi pekerja yang memakai tudung, pastikan tudung anda dimasukkan di dalam apron.


12 Pastikan lantai kawasan bengkel makanan tidak berminyak dan berair. 13 Lap meja kerja sebelum melakukan sebarang kerja. 14 Pastikan tiada sebarang kebocoran gas sebelum menggunakanya. GARIS PANDUAN SEBELUM PENGOPERASIAN 3 Elakkan memakai aksesori yang berlebihan kerana ia boleh menyebabkan mudah tersangkut dan boleh menyebabkan kemalangan. 11 10 Elakkan memakai pakaian yang berlengan terlalu labuh dan longgar. Sekiranya memakai pakaian yang berlengan panjang dan terlalu labuh, pastikan lengan baju dilipat terlebih dahulu sebelum memulakan tugasan. 15 Hidupkan “exhaust fan” untuk memastikan pengudaraan yang baik. 9 Pakai kasut atau selipar yang bertutup dan bersesuaian (contoh : selipar /kasut getah) untuk mengelakkan kemalangan.


19 Memeriksa peralatan memasak dalam keadaan elok dan asingkan yang telah rosak,retak atau pecah. 16 Pastikan tiada sebarang kebocoran gas sebelum melakukan sebarang kerja. 17 Memastikan bekas makanan dan minuman sentiasa bersih dan disusun kemas. 20 Memeriksa tugasan yang diberikan pada hari tersebut dan bersedia menjalankan tugas dengan bersemangat. 18 Memastikan kelengkapan memasak berkeadaan teratur dan bersih. GARIS PANDUAN SEBELUM PENGOPERASIAN 4


APA YANG PERLU KITA LAKUKAN SEMASA MEMULAKAN KERJA? 5


Pekerja bertanggungjawab untuk memastikan kekemasan pakaian dan kebersihan setiap masa. Termasuk memastikan bau badan yang menyegarkan dan pakaian yang sentiasa bersih serta kemas. Pastikan rambut sentiasa disisir rapi. Sekiranya panjang, perlu diikat dengan kemas atau memakai topi atau penutup kepala. Pastikan kuku sentiasa bersih dan pendek. Tidak memakai aksesori yang banyak seperti gelang, rantai yang berjuntai, cincin dan anting-anting yang panjang. Pakai kasut bertutup dan bertapak sesuai untuk memudahkan pergerakan dan mengelakkan sebarang kecelakaan. Tidak makan atau minum, mengunyah gula-gula getah, merokok atau vape ketika bertugas. Penampilan pekerja. 2 1 Dilarangan membawa masuk binatang peliharaan. GARIS PANDUAN SEmasa PENGOPERASIAN 6


c) Pengendalian sampah dan bahan buangan: • Pastikan sampah dimasukkan ke dalam plastik sampah dan diikat sempurna. • Sentiasa memastikan tong sampah dan kawasan sekeliling dibersihkan dan tidak berbau. • Pastikan bekalan plastik sampah sentiasa ada. • Mengasingkan sampah yang kering dan basah dengan sempurna. • Memastikan semua sampah dimasukkan hanya ke dalam tong sampah. d) Menghindari serangga dan haiwan: • Menggunakan lampu elektrik perangkap serangga perosak untuk menghalau serangga agar tidak menjejaskan kebersihan dan keselamatan hidangan. • Tidak memberi makan kepada haiwan yang berkeliaran di kawasan premis • Memastikan premis sentiasa bersih bagi mengelakkan lalat, tikus dan sebagainya. GARIS PANDUAN SEmasa PENGOPERASIAN Mengutamakan Kebersihan. a) Pastikan setiap aspek keselamatan dan kebersihan diutamakan dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. b) Pastikan tangan perlu dibasuh dengan sabun dan dilap dengan kering setelah: • Pergi ke tandas. • Merokok. • Memegang duit. • Memegang bahan mentah. • Memegang muka, rambut, kulit. • Bersin atau batuk 3 7


Cara-cara bagi mengelakkan kecederaan. a) Berhati-hati semasa memasak atau ketika menggunakan peralatan yang boleh mencederakan : • Memberikan perhatian penuh ketika menggunakan atau membawa peralatan tajam seperti pisau dan pencucuk. • Pastikan membawa peralatan yang mudah pecah dengan cermat. b) Memberikan perhatian penuh ketika berada berdekatan atau memegang peralatan yang panas. c) Membiarkan peralatan yang panas untuk sejuk terlebih dahulu sebelum mencucinya. d) Pastikan tangan sentiasa kering ketika mengendalikan peralatan elektrik dan ketika menyentuh palam suis. 5 Mengasingkan papan pemotong untuk bahan mentah dan untuk makanan yang telah dimasak. Pastikan mencuci pisau dan papan pemotong dengan sempurna untuk mengelakkan pembiakan bakteria. Pastikan tidak mencampur sisa makanan dengan makanan segar. Pastikan menyimpan bahan mentah yang mudah rosak mengikut cara penyimpanan yang sesuai untuk mengelakkan kontiminasi bakteria. Pastikan makanan yang disimpan perlu ditutup dan dilabel dengan tarikh penyediaan. Menghindari pencemaran makanan. 4 GARIS PANDUAN SEmasa PENGOPERASIAN 8


PERINGATAN !!! PASTIKAN TIDAK BERSIKAP TERGESA-GESA Jangan tergesa-gesa atau berlarian di dalam bengkel makanan ketika ingin menyediakan makanan bagi mengelakkan kejadiaan tidak diingini berlaku. SENTIASA PERHATIKAN DAPUR Jangan tinggalkan dapur memasak tanpa pengawasan daripada pihak pekerja - api yang kecil mungkin merebak sehingga membakar seluruh dapur. PASTIKAN PEKERJA SENTIASA BERHATI-HATI DENGAN DAPUR GAS Pastikan anda mematikan gas memasak bila tidak menggunakan dapur dan elakkan palam pencucuh tong gas daripada terbocor ataupun terbuka kepada bahan api bagi mengelakkan sebarang kebakaran atau letupan berlaku. PASTIKAN MENYIMPAN OBJEK YANG BERBAHAYA DENGAN BAIK Pastikan tidak meninggalkan objek yang tajam terdedah di sudut-sudut kawasan yang terbuka sebaliknya menyimpan objek tersebut di kawasan yang tertutup dan mudah untuk dicapai GUNAKAN PERALATAN YANG BETUL Gunakan peralatan dan perkakas yang sesuai dengan tujuan penggunaan betul. PASTIKAN MENYIMPAN PETI PERALATAN KECEMASAN DI KAWASAN YANG MUDAH UNTUK DICAPAI Sentiasa pastikan kotak pertolongan cemas dan alat pemadam api di dalam jangkauan. Pastikan keduanya belum tamat tarikh luputnya. 9


APA YANG PERLU KITA LAKUKAN SELEPAS MEMULAKAN KERJA? 10


1 2 3 5 4 6 8 7 Membasuh semua bekas dan peralatan yang digunakan sehingga bersih. Menyusun semua bekas dan peralatan di atas rak secara tersusun dan kemas. Mengelap meja dan membersihkan keseluruhan tempat kerja. Menyapu dan mengemop lantai untuk memastikan bengkel bersih. Membersihkan bengkel makanan dan memastikan semua sampah telah dibuang dengan sempurna. GARIS PANDUAN SElepas PENGOPERASIAN 11 9 Membasuh semua bekas dan peralatan yang digunakan sehingga bersih. Menyusun semua bekas dan peralatan di atas rak secara tersusun dan kemas. Mengelap meja dan membersihkan keseluruhan tempat kerja. Menyapu dan mengemop lantai untuk memastikan bengkel bersih. 10 Membersihkan bengkel makanan dan memastikan semua sampah telah dibuang dengan sempurna.


11 12 13 14 16 15 GARIS PANDUAN SElepas PENGOPERASIAN Memastikan semua suis peralatan elektrik ditutup dan dicabut plug. Memastikan tiada kebocoran gas selepas menggunakannya. Mencabut kepala gas sebelum meninggalkan bengkel. 13 `17 18 21 19 Menutup semua suis lampu dan kipas bagi mengelakkan pembaziran elektrik sebelum keluar bengkel. Memastikan semua suis peralatan elektrik ditutup dan dicabut plug. Memastikan tugasan di atas diselesaikan sebelum penutupan bengkel Mengasingkan lebihan makanan dan membuang sampah serta sisa makanan keluar dari premis bagi menjaga hygiene premis 20 Memulakan prosedur ‘check-out’ dengan memeriksa senarai penutupan bengkel. Menutup "exhasut fan" serta semua tingkap dan pintu sebelum keluar dari bengkel. Merekodkan waktu tamat kerja seperti yang ditetapkan oleh penyelia Menutup dan mengunci pintu bengkel.


Rujukan 14 Panduan, G., Kod Etika, D., Restoran, I., Perdagangan, K., Negeri, D., & Kepenggunaan, K. (n.d.). Hotline: 1-800-886-800. Persiaran Perdana, Presint, 2(13), 62623. Retrieved February 16, 2023, from https://www.kpdnhep.gov.my/images/dokumen/awam/perundangan/garispanduan/garis-panduan-dan-kod-etika-industri-restoran.pdf Garis Panduan Sistem Penggredan Premis Makanan di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Siti Ramlah. (2018, April 10). Periuk Tekanan Memang Mudah Dan Pantas, Tapi Tak Semua Tahu Cara Gunakannya, Ini Langkah Selamat Gunakannya. KELUARGA; KELUARGA. https://www.keluarga.my/periuk-tekanan-memangmudah-dan-pantas-tapi-tak-semua-tahu-cara-gunakannya-ini-langkahselamat-gunakannya-2/ 1. 2. 3.


Click to View FlipBook Version