The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-KOMIK MUAMALAT BAY' AL-SALAM

FIQH MUAMALAT 2 (ECO2513)

DBF4A

AISHAH HANI BINTI IDRIS BMF20-07-036
NURAIN BINTI MOHAMED YUSOF BMF20-07-037
NURAZNITA HANY BINTI MOHD AZLAN BMF20-07-031
NUR NAYLI NABILA BINTI ABDUL MALEK BMF20-07-034
PUTERI BALQIS BINTI ABDUL HALIM BMF20-07-020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurain Yusof, 2021-09-19 03:32:03

E-KOMIK MUAMALAT BAY' AL-SALAM (ECO2513)

E-KOMIK MUAMALAT BAY' AL-SALAM

FIQH MUAMALAT 2 (ECO2513)

DBF4A

AISHAH HANI BINTI IDRIS BMF20-07-036
NURAIN BINTI MOHAMED YUSOF BMF20-07-037
NURAZNITA HANY BINTI MOHD AZLAN BMF20-07-031
NUR NAYLI NABILA BINTI ABDUL MALEK BMF20-07-034
PUTERI BALQIS BINTI ABDUL HALIM BMF20-07-020

KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA

FIQH MUAMALAT 2
ECO 2513

TUGASAN:
E-KOMIK MUAMALAT (BAY’ AL-SALAM)

DISEDIAKAN OLEH: BMF20-07-036
BMF20-07-037
AISHAH HANI BINTI IDRIS BMF20-07-031
NURAIN BINTI MOHAMED YUSOF BMF20-07-034
NURAZNITA HANY BINTI MOHD AZLAN BMF20-07-020
NUR NAYLI NABILA BINTI ABDUL MALEK
PUTERI BALQIS BINTI ABDUL HALIM

KELAS:
DBF4A

DISEDIAKAN UNTUK:
Puan Noor Aisyah binti Othman

TARIKH:
30 September 2021

PENGHARGAAN
Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T, kerana
dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya, kami dapat menyiapkan karya istimewa ini dengan jayanya
walaupun menghadapi pelbagai ujian dan rintangan. Pada kesempatan ini, kami ingin
mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Noor Aishah Othman, sebagai
pensyarah kami atas bimbingan dan cara-cara menyiapkan karya khas ini. Segala ilmu yang
diberikan banyak membantu kami dalam menyelesaikan tugasan ini.
Dengan kesempatan ini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada satu sama lain antara
ahli kumpulan kami kerana berjaya untuk terus berusaha dalam menyiapkan komik dan
mencetuskan idea antara kami sepanjang proses menyiapkan tugasan dilaksanakan. Dalam
menjalankan tugasan ini, banyak yang telah kami pelajari. Ianya memberi seribu satu makna
kepada kami.
Akhir kata, terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam memberikan cadangan dan bantuan dalam menyiapkan tugasan ini. Semoga komik dan
tugasan kami ini dapat digunakan sebagai medium pengetahuan yang berguna dan bermanfaat
untuk generasi akan datang.

1

ISI KANDUNGAN MS
3
BIL ITEM 4-18
1 Pengenalan 16-17, 19
2 E-komik 15 & 20
3 Isu semasa 21-22
4 Perbahasan ulama’ 23
5 Refleksi individu 24
6 Penutup 25-26
7 Rujukan
8 Lampiran (Kuiz: teka silang kata)

2

PENGENALAN

Bay’ al-Salam (‫ )بيع السلم‬pada bahasa adalah sama seperti al-Salaf iaitu mendahulukan. Definisi

istilah pula ialah jual beli sesuatu barangan secara tangguh dengan bayaran harga secara tunai,
seperti menjual barangan yang telah disifatkan butiran bentuk, spesifikasi, kualiti dan kuantiti
secara terperinci dengan bayaran harganya dibuat secara tunai, manakala penyerahan barang
ditangguhkan pada suatu masa yang ditetapkan.

Kata mudahnya, bay’ al salam merupakan kontrak jual beli secara tempahan dengan
mendahulukan bayaran. Jual beli al-salam antara yang terkecuali syaratnya iaitu barang tidak
wujud semasa akad. Seperti yang kita sedia maklum, syarat setiap jual beli adalah barang mestilah
wujud ketika akad dan sekiranya barang tidak wujud, jual beli tersebut adalah tidak sah atau
terbatal kerana mempunyai unsur gharar iaitu ketidakpastian atau keraguan terhadap barangan
yang hendak dibeli. Akan tetapi, sebab yang mengecualikan bay’ al-salam daripada syarat tersebut
adalah bagi memenuhi keperluan dan menjaga kemaslahatan masyarakat.

Jual beli al-salam sudah ada sejak zaman Rasulullah SAW lagi tatkala Rasulullah tiba di Madinah
(selepas peristiwa hijrah) baginda mendapati penduduk Madinah biasa bermu’amalah dengan satu
sistem perniagaan yang diberi nama as-Salam. Baginda tidak melarangnya (dengan alasan ia bukan
berasal dari Islam), sebaliknya baginda memberi garis panduan kepada mereka yang ingin
menggunakannya (agar mu’amalah itu berjalan tanpa melanggari Syariat).

Daripada Ibnu ‘Abbas, Rasulullah SAW bersabda:

‫ َع ين ابْ ين َع َبّا ٍس ـ‬،‫ َع ْن َأ يِب الْ يم ْْنَا يل‬،‫ َع ْن َع ْب يد اََّّليل ْب ين َك يثي ٍر‬،‫ َأ ْخ ََ َب ََن ابْ ُن َأ يِب ََ يني ٍح‬،‫ َأ ْخ ََ َب ََن ابْ ُن ُع َييْنَ َة‬،‫َح َّدثَ َنا َص َدقَ ُة‬
‫ فَقَا َل " َم ْن‬،‫ َوُُ ْه يُ ْس يل ُفو َن يِبلتَّ ْم ير ال َّسنَتَ ْْ يي َوالثَّل َا َث‬،‫رضى الله عْنما ـ قَا َل قَ يد َم النَّ يِ ُّب صلى الله عليه وسلم الْ َم يدي َن َة‬

" ‫ ِا ََل َأ َج ٍل َم ْعلُو ٍم‬،‫ َأ ْسلَ َف يِف ََ ْش ٍء فَ يفي َك ْي ٍل َم ْعلُو ٍم َو َو ْز ٍن َم ْعلُو ٍم‬.

Nabi datang ke Madinah dan orang-orang biasa membayar terlebih dahulu harga kurma yang akan
dihantar dalam dua atau tiga tahun. Dia berkata (kepada mereka), "Sesiapa yang membayar terlebih
dahulu harga barang yang akan dihantar kemudian harus membayarnya untuk ukuran yang ditentukan

pada berat yang ditentukan untuk jangka waktu yang ditentukan."

(Sahih al-Bukhari. 2240. Sahih)

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

Dua minggu kemudian…

18

ISU SEMASA
Berdasarkan pada e-komik muka surat 16 dan 17, kita telah mengetahui bahawa Sarah menempah
gaun berwarna putih. Akan tetapi, Auntie Rose yakni tukang jahitnya telah terlupa yang Sarah
menempah gaun berwarna putih dan dia menjahit gaun dengan kain yang berwarna merah jambu.
Walau bagaimanapun, hal ini dapat diselesaikan apabila Sarah menerima gaun yang berwarna
merah jambu itu dengan hati yang terbuka dan redha serta tidak mahu Auntie Rose untuk
memulangkan wangnya. Kesan dari peristiwa ini, Auntie Rose akan lebih teliti mengenai
tempahan pelanggannya.

19

PERBAHASAN DAN PENDAPAT ULAMA’
Di Malaysia, secara umumnya kita menggunakan Mazhab Syafie untuk mengetahui hukum-hakam
yang digunapakai dalam sesuatu perkara. Akan tetapi, di dalam konteks muamalat seperti Bay’ al-
Salam, Mazhab Syafie berpendapat bahawa kontrak Bay’ al-Salam adalah tidak sah sekiranya
syarat-syarat akad bagi barang yang tidak wujud tidak dipenuhi seperti sighah, penjelasan
spesifikasi barang, lafaz salam, tempoh penyerahan, bayaran diserahkan semasa akad dan lain-
lain.
Walaupun demikian, para ulama’ Mazhab Hanafi membenarkan akad ini demi menjaga
kemaslahatan orang ramai meskipun tidak memenuhi syarat yang ditetapkan terutamanya tentang
pembayaran kerana ada sesetengah pihak tidak dapat menjelaskan bayaran secara penuh. Namun,
hendaklah dengan syarat spesifikasi barangan yang ditempah mestilah diperjelaskan dengan baik
dan teliti bagi mengelakkan tercetusnya salah faham antara dua pihak yang berkontrak.

20

REFLEKSI INDIVIDU

1. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT saya, Nurain binti Mohamed Yusof dan rakan
sekumpulan akhirnya dapat menyempurnakan tugasan e-komik Fiqh Muamalat berkenaan Bay' al-
Salam. Secara tak sedar, kita sebenarnya telah pun mengaplikasikan kontrak jual beli al-Salam
dalam kehidupan seharian. Contohnya seperti di dalam e-komik kami berkenaan dengan tempahan
baju. Selain daripada contoh tersebut, disebabkan oleh virus Covid-19 yang melanda di negara
kita, kita lebih cenderung untuk duduk di rumah demi keselamatan bersama. Adakalanya kita
sering menempah makanan secara atas talian melalui aplikasi FoodPanda, GrabFood dan lain-lain.
Di sini, kita telah pun mengaplikasikan bay' al-Salam yakni dengan menempah makanan yang
masih tidak wujud tetapi telah diperjelaskan detail makanan tersebut di bahagian menu yang
dipilih. Kita juga membayar secara terus melalui medium perbankan atas talian (online banking)
yang telah dianjurkan oleh kerajaan untuk menjaga jarak dan mengelakkan sentuhan fizikal bagi
mencegah jangkitan Covid-19. Akhir kata, tugasan yang diberikan ini memberikan banyak
manfaat kepada kami terutamanya dalam memberi kefahaman mengenai konsep bay' al-Salam dan
aplikasi dalam kehidupan seharian.

2. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dapat juga saya Nur Nayli Nabila binti Abdul
Malek beserta rakan sekumpulan saya menyiapkan tugasan E-Komik Fiqh Muamalat 2 ini
meskipun agak sukar kerana semua berada di rumah masing-masing untuk berbincang tetapi dapat
juga menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. Sebelum ini saya kurang faham tentang kontrak
Bay Al-Salam walhal sudah sering dipraktikkan dalam kehidupan seharian saya. Untuk
menghasilkan sesuatu komik yang berkualiti, kita perlu merangka sesuatu dialog dengan lebih
teliti. Kesimpulannya, dengan menyiapkan tugasan berkumpulan ini dapat memberikan banyak
manfaat kepada saya dan lebih memahami kontrak Bay Al-Salam ini.

3. Syukur segala puji Allah, saya Puteri Balqis binti Abdul Halim bersama rakan yang lain
dapat menyiapkan tugasan ini. Pertama sekali ialah kami dapat mendalami konsep bay’al - salam.
Hal ini membantu kami untuk memahami lebih lagi tentang kontrak ini dan dapat dipraktikkan
dalam kehidupan seharian. Kedua kami juga dapat memudahkan urusan seharian kami dengan
menggunakan kontrak bay’al salam ini. Akhir sekali tugasan ini dapat memberi kami pengetahuan
yang baharu . Diharapkan tugasan ini akan dapat memberi manfaat kepada semua.

21

4. Alhamdulillah dengan izinNya, saya Nuraznita Hany Bt Mohd Azlan dan rakan
sekumpulan dapat menyiapkan tugasan berkumpulan Fiqh Muamalat berkenaan dengan Bay' As
Salaam. Di sini , kita dapat mempelajari Bay' al salam dengan lebih mendalam lagi. Secara tidak
sedar , teknik Jual beli secara Bay' al Salam sebenarnya telah pun kita gunakan di zaman kini
sebagai contoh menempah baju dan makanan yang di mana barang nya masih belum wujud akan
tetapi sudah diperincikan oleh penjual. Selain itu , kita dapat mempelajari istilah baru dalam
konsep jual beli. Walau bagaimana pun , saya percaya bahawa ramai di kalangan masyarakat
sekarang sudah mengaplikasikan konsep Bay' al Salam tetapi mereka tidak tahu apa tujuan dan
erti sebenar konsep ini dilakukan. Konsep Bay' al Salam juga dapat memudahkan kita dalam
urusan jual beli. Akhir kata, kami dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dalam masa yang
sama dapat menambah ilmu pengetahuan yang lebih dan manfaat tentang konsep tersebut.
5. Saya Aishah Hani Binti Idris dan rakan setugas bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kami telah
pun berjaya dalam menyiapkan tugas kami ini. Sepanjang kami berbincang dan bekerjasama
dalam menyiapkan tugasan ini, saya dapat pelajari tentang bay’ al-salam dengan lebih mendalam
dan terperinci. Saya dapat mempelajari tentang konsep bay’ al-salam dan saya juga dapat
praktikkan kontrak bay’ al-salam ini dalam kehidupan seharian saya nanti. Dan akhir sekali, saya
berharap bahawa kontrak ini dapat diamalkan dalam kalangan masyarakat zaman sekarang.

22

PENUTUP
Selesai sudah tugasan kami, banyak perkara yang dapat kami pelajari terutamanya tentang kontrak
Bay’ al-Salam. Kami dapat berkerjasama dengan lebih erat dan terbuka. Kami juga dapat
melaksanakan komik serta permainan atau kerja khusus ini dengan lancar dan menggunakan idea
sendiri antara kumpulan. Komik dan tugasan ini dibuat dengan teliti dan kami berharap agar komik
kami akan memberi manfaat pada generasi yang akan datang.
Selain itu, kerja kursus ini telah membantu kami untuk meningkatkan kemahiran dalam
menggunakan internet. Hal ini adalah kerana kami berupaya untuk mencari cara serta sumber
untuk menyiapkan kerja ini pada waktu yang ditetapkan. Seterusnya pula kami berhasil
menyiapkan komik dan permainan ringkas dalam tugasan ini seperti yang diminta.
Akhir kata, terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam penghasilan tugasan ini. Kami berharap agar hasil kerja kursus ini dapat memberi manfaat
kepada semua sekaligus dapat mengaplikasikan penggunaan kontrak Bay’ al-Salam dalam
kehidupan seharian.

23

RUJUKAN
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/4270-irsyad-al-fatwa-

siri-ke-440-hukum-perniagaan-meja-penceramah-melalui-tempahan
http://e-muamalat.islam.gov.my/en/bahan-ilmiah/artikel/156-konsep-akad-dan-jenisnya-dalam-

muamalat-islam
https://ibnusahram.wordpress.com/2009/04/20/bay-salam-dan-aplikasi-semasa/

http://qaalarasulallah.com/hadithView.php?ID=2162
http://bin-sahak.blogspot.com/2009/06/bai-al-salam.html?m=1

24

LAMPIRAN

KUIZ: TEKA SILANG KATA

1. 6. 5.
4. 8.

7. 3.

2.

Melintang
2. Pembayaran harga barang dilakukan secara ________ semasa akad.
4. Barang yang dijual hendaklah boleh didapati di pasaran pada waktu ___________ barang yang
telah dipersetujui.
7. Pembayaran bagi barangan bay’ al-Salam boleh dibuat dengan ________ atau barang sekiranya
ia tidak melibatkan dua barangan ribawi.
8. Objek jualan dalam kontrak bay’ al-Salam mestilah sesuatu yang boleh disukat, ditimbang,
________ atau dibilang.

25

Menegak
1. Bay’ as Salam dari sudut bahasa.
3. Dalam Al-Quran, Surah al-Baqarah ayat 275, Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Dan
Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan _________”.
5. Barang yang ditempah dijelaskan kualiti dan _________ dengan mengambil kira faktor semasa
yang menpengaruhi harga barangan tersebut.
6. Masa penyerahan barangan juga hendaklah ditetapkan __________ kontrak dilaksanakan.

Jawapan
1. Pendahuluan
2. tunai
3. riba’
4. penyerahan
5. kuantiti
6. semasa
7. wang
8. diukur

26


Click to View FlipBook Version