0 BADAN MUAFAKAT PENDIDIKAN MARA CAWANGAN MRSM KUALA KRAI MESYUARAT AGUNG KALI KE-21 2023 DIRASMIKAN OLEH : YANG BERBAHAGIA EN. ISMAIL BIN BADRI PENGETUA MRSM KUALA KRAI, KELANTAN
1 KANDUNGAN __________________________________________________________________ ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. KATA ALUAN PENGETUA,YDP MUAFAKAT & PRESIDEN KEBANGSAAN 2-4 2. ATUCARA MAJLIS PERASMIAN 6 3. AGENDA MESYUARAT AGUNG 8 4. MEMBENTANG DAN MENERIMA PERINGATAN MESYUARAT AGUNG 10-14 5. MEMBENTANG LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN MUAFAKAT 15-16 6. MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN TAHUNAN 18 7. MEMBENTANG USUL 20 8. SENARAI JAWATANKUASA INDUK BADAN MUAFAKAT SESI 2021 / 2023 21
2 KATA ALU-ALUAN PENGETUA MRSM KUALA KRAI Assalamualaikum w.b.t Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua ibu bapa yang hadir ke majlis Mesyuarat Agung MUAFAKAT kali ke-21 ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur dan segala puji-pujian ke hadrat illahi dan saya mewakili pihak pengurusan dan warga maktab ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga dan rasa amat terharu atas kejayaan Badan Pemuafakatan cawangan ini menjalankan aktiviti Mesyuarat Agung tahunan sebagaimana dalam perlembagaan pertubuhan dengan begitu baik dan harmoni. Disini saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan kepimpinan Badan Muafakat bagi sesi lepas yang dipimpin oleh YDP telah berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan begitu berkesan sekali, walaupun terpaksa mengorbankan masa, tenaga dan mungkin juga wang ringgit dalam memastikan kelangsungan perjalanan badan ini sehingga ke hari ini. Di samping itu, kejayaan pelajar tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada guru sematamata tetapi memerlukan dorongan dan perhatian yang berterusan oleh ibu bapa dari semasa ke semasa. Oleh itu, nyatalah di sini bahawa tanggungjawab ibu bapa amat penting dalam membantu pihak maktab bagi meningkatkan lagi prestasi pelajar untuk mencapai kejayaan anak-anak pada masa depan. Pihak maktab mengalu-alukan sebarang cadangan penambahbaikan daripada pihak ibubapa untuk mempertingkatkan kecemerlangan akademik dan kemudahan prasarana di maktab ini. Akhir sekali dimana tahun ini merupakan tahun pemilihan jawatankuasa Cawangan diharap pemilihan berlangsung dengan jayanya dan harmoni dan ucapan tahniah kepada ibubapa yang terpilih menjadi jawatankuasa bagi sesi 2023/25. Terima kasih atas komitmen daripada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis pada hari ini. Semoga segala usaha kita mendapat keberkatan Allah S.W.T ISMAIL BIN BADRI Pengetua MRSM Kuala Krai, Kelantan.
3 KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA MUAFAKAT Assalamualaikum w.b.t Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa syukur kepada Ilahi serta ucapan terima kasih serta setinggi penghargaan kepada pihak Pengurusan maktab, para guru serta semua pihak yang terlibat menjayakan Mesyuarat Agung Muafakat kali ke-21 ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibubapa kerana kerana sudi hadir ke majlis Mesyuarat Agung hari ini. Seperti mana yang kita sedia maklum, untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah memerlukan pengorbanan dan perhatian dari guru dan ibubapa. 0leh itu melalui hubungan yang erat diantara pihak pentadbiran, guru dan ibubapa dapat memberi pelbagai idea dan sumbangan bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam pelbagai bidang samada sahsiah dan akademik. Menerusi mesyuarat Agung Muafakat ini, saya yakin dengan kerjasama yang padu daripada semua pihak, kita dapat berdiskusi, bertukar pandangan dan berkongsi pendapat serta mencari jalan penyelesaian demi kecemerlangan maktab dan pelajar khususnya. Akhir kata, selamat maju jaya kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung. Sekian, Wassalam. MOHAMAD NOOR BIN AWANG KECHIK Yang DiPertua Muafakat MRSM Kuala Krai
4 KATA ALU-ALUAN PRESIDEN BADAN PERMUAFAKATAN MARA MALAYSIA (MUAFAKAT) Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Alhamdulilah, terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan inayahnya dapat saya memberi sepatah dua kata sempena Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT kali ke-21 . Dikesempatan ini juga, saya amat berbesar hati merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan atas sokongan dan keprihatinan semua pihak yang hadir bersama-sama pada hari ini. Bagi pihak MUAFAKAT, saya yakin kehadiran tuan puan merupakan tanda sokongan yang tidak berbelah bagi dalam membantu merealisasikan objektif sektor pendidikan di bawah MARA. Pihak MARA telah menyediakan pelbagai program pengajian yang bersepadu dan komprehensif bagi melahirkan modal insan minda kelas pertama bertaraf global. Justeru, MUAFAKAT merupakan suatu wahana yang terbaik untuk permuafakatan antara komuniti yang terdiri daripada para ibu bapa atau penjaga dengan pihak institusi MARA. Gunalah peluang dalam mesyuarat MUAFAKAT ini untuk para ibu bapa menyuarakan pandangan dan pemikiran yang membina ke arah membantu pihak institusi MARA dalam mencapai objektif tersebut. Kerjasama yang jitu semua pihak dari pelbagai aspek demi kebajikan dan kemajuan anak-anak akan membuahkan hasil yang optimum dalam pembentukan kejayaan anak-anak. Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan MUAFAKAT cawangan atas komitmen dan kesungguhan untuk menjayakan mesyuarat pada kali ini. Saya berharap mesyuarat ini dapat berjalan dengan lancar dan dapat memberi manfaat yang besar terutama kepada anak-anak di bawah organisasi MARA. Semoga Allah sentiasa mengurniakan kekuatan dan petunjuk dalam setiap perjuangan kita. Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. DATO’ SAYED ALFEIZAL BIN SAYED AHMAD PRESIDEN MUAFAKAT
5 ATUR CARA MESYUARAT AGUNG
6 ATUR CARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG BADAN MUAFAKAT KALI KE-21 25 MEI 2023 (KHAMIS) 10.00 pagi : Pendaftaran Ibu Bapa 10.15 pagi : Ibu bapa dan guru mengambil tempat 10.30 pagi : Ketibaan tuan Pengetua & Dif-dif jemputan : Nyanyian lagu Negaraku, Negeri & MARA. : Bacaan doa : Ucapan YDP MUAFAKAT MRSM K.Krai : Ucapan Perasmian 11.00 tghari : MESYUARAT AGUNG BADAN MUAFAKAT 1.00 tghari : Dijangka Tamat * ibubapa boleh ambil makanan yang dibungkus di foyer Dewan Seri MARA dengan menunjukkan kupon makanan.
7 AGENDA MESYUARAT AGUNG KALI KE-21
8 AGENDA MESYUARAT AGUNG KALI KE-21 • Ucapan Pengerusi Mesyuarat • Membentang dan menerima peringatan Mesyuarat Agung yang lalu • Membentang Laporan Aktiviti Tahunan MUAFAKAT 2021-2023 • Membentang dan menerima Penyata Kewangan Tahunan yang lalu • Perkara-perkara Berbangkit • Membentang usul daripada ibu bapa • Pemilihan Jawatankuasa MUAFAKAT Cawangan MRSM Kuala Krai Sesi 2023-2025 • Ucapan Penangguhan
9 MEMBENTANG & MENERIMA PERINGATAN MESYUARAT AGUNG YANG LALU
10 MINIT MESYUARAT BADAN MUAFAKAT KALI KE-20 TARIKH : 4 OGOS 2022 MASA : 11.45 PG TEMPAT : DEWAN SERI MARA, MRSM KUALA KRAI, KELANTAN PERKARA 1 : UCAPAN PENGERUSI MESYUARAT 1.1 Yang Dipertua Badan MUAFAKAT, Encik Mohamad Noor bin Awang Kechik mengalualukan kedatangan ibu bapa ke Mesyuarat Agung Badan MUAFAKAT MRSM Kuala Krai kali ke-20. 1.2 Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Mohamad Noor bin Awang Kechik selaku Yang Dipertua Badan Muafakat Cawangan MRSM Kuala Krai. PERKARA 2 : MEMBENTANG DAN MENERIMA PERINGATAN MESYUARAT AGUNG YANG LALU 2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu dengan merujuk laporan pada muka surat 8 hingga 11, Mesyuarat Agung Badan Muafakat kali ke-19. 2.2 En. Zulkifli bin Mohammad mencadangkan minit mesyuarat yang lalu diterima dan disahkan seterusnya disokong oleh En. Mohd Azrul bin Rasid. PERKARA 3 : LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN MUAFAKAT 3.1 Setiausaha membentangkan laporan aktiviti tahunan Badan Muafakat sesi 2021-2022 merujuk laporan pada muka surat 13 dan 14, Mesyuarat Agung Badan Muafakat kali ke-19. PERKARA 4 : LAPORAN KEWANGAN 4.1 Pn. Najwaliana binti Abdullah selaku Bendahari Badan MUAFAKAT membentangkan Penyata Kewangan berakhir pada 31/12/2021 pada muka surat 16. 4.2 Baki kewangan berakhir pada 31 Disember 2021 ialah sebanyak RM 14,814.41 4.3 En. Rosli bin Daud mencadangkan laporan kewangan diterima dan disahkan seterusnya disokong oleh En. Mohd Zamri bin Hasan.
11 PERKARA 5 : PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 5.1 En. Zulkifli bin Abu Bakar mencadangkan supaya MRSM Kuala Krai cuba mengikut model daripada MRSM nombor 1 bagi memperbaiki ranking maktab. 5.1.1 YDP Muafakat memaklumkan MRSM Kuala Krai pernah mengadakan Twin School Program bersama Attarkiah Islamiah Institute, Thailand. 5.1.2 Timbalan Pengetua Kecemerlangan Akademik juga memaklumkan MRSM Kuala Krai telah mengadakan Program Benchmarking di MRSM Pasir Tumboh kerana peningkatan yang telah dibuat dalam pencapaian SPM 2021. Program Benchmarking ini akan diteruskan lagi ke MRSM Pengkalan Hulu selepas ini. 5.1.3 Program terdekat akan diadakan adalah kolaborasi bagi Subjek Matematik Tambahan iaitu antara MRSM Kuala Krai, MRSM Pengkalan Chepa dan SM Sains Machang. 5.1.4 Sebahagian besar maklumat postmortem yang diterima daripada guru-guru berkenaan punca-punca pelajar tidak dapat keputusan yang baik dalam SPM baru-baru ini adalah disebabkan pelajar tidak mengikuti PdPR dengan baik dan tidak melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru. 5.1.5 MRSM Kuala Krai telah bekerja keras pada tahun ini dengan mengadakan kelas tambahan dan setakat ini telah nampak perkembangan yang positif dalam sikap dan semangat pelajar untuk berjaya. 5.2 En. Zulkifli bin Abu Bakar juga mencadangkan supaya dilewatkan satu hari untuk menghantar pelajar pulang ke maktab pada musim perayaan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
12 5.3 Pn. Nizam binti Ibrahim mencadangkan supaya sukan ekstrem dielakkan kepada pelajar Tingkatan 5 bagi mengelakkan berlaku kecederaan dan mengganggu kehadiran ke kelas. 5.3.1 Tuan Pengetua memaklumkan pelajar Tingkatan 4 dan 5 perlu mendapat markah PAJSK. Bagi pelajar Tingkatan 5, pihak maktab hanya membenarkan pelajar untuk melibatkan diri dalam 1 sukan sahaja bagi mengelakkan pelajar kerap keluar. 5.3.2 Pihak maktab tidak boleh menyekat kehendak pelajar untuk melibatkan diri mana-mana pertandingan. Sebelum pelajar menyertai mana-mana pertandingan, pihak maktab akan meminta persetujuan ibu bapa dan terserahlah kepada ibu bapa pelajar untuk membenarkan atau tidak membenarkan anak-anak terlibat dalam mana-mana pertandingan sukan yang dianjurkan. 5.4 Pn. Nor Hazlina mencadangkan pihak maktab berhubung dengan Pejabat Kesihatan berdekatan untuk mendapatkan suntikan influenza bagi mengelakkan jangkitan kepada pelajar-pelajar terutamanya pelajar Tingkatan 5. Tuan Pengetua memaklumkan suntikan vaksin hanya akan diberikan dengan kebenaran ibu bapa/penjaga pelajar. Pihak maktab boleh menguruskan untuk suntikan influenza tetapi perlu mendapatkan kelulusan dan kebenaran ibu bapa terlebih dahulu. PERKARA 6 : USUL DARIPADA IBUBAPA 6.1 Usul daripada En. Mohd Safwan bin Nazarudin yang mencadangkan supaya dewan selera menyediakan air panas untuk kegunaan para pelajar. Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar memaklumkan air minuman di Dewan Selera sememangnya telah disediakan air minuman panas dan bukannya air sejuk. Namun begitu, pihak dewan selera akan dimaklumkan supaya menyediakan air panas bagi pelajar yang memerlukan.
13 6.2 Cadangan supaya kemudahan asrama ditambahbaik dari semasa ke semasa. 6.2.1 Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar memaklumkan pihak maktab telah sedaya upaya membaiki peralatan di asrama yang rosak apabila menerima aduan dan akan sentiasa membantu untuk keselesaan pelajar. 6.2.2 Buat masa ini belum ada pegawai jurutera elektrik (chargeman) di maktab. Pihak maktab hanya bergantung kepada seorang jurutera bangunan sahaja untuk menyelenggara segala kerosakan di maktab. 6.2.3 Tuan Pengetua memaklumkan pihak maktab juga telah membelanjakan hampir RM30,000.00 untuk kos penyelenggaraan asrama setakat ini. 6.2.4 Buat masa ini, fokus dan keutamaan pihak maktab adalah untuk memberi keselesaan kepada pelajar. Pihak maktab sedaya upaya akan mengambil tindakan segera bagi memperbaiki kerosakan yang berlaku di asrama. PERKARA 7 : HAL-HAL LAIN 7.1 En. Rosnan bin Abdullah selaku Timbalan Pengetua Kecemerlangan Akademik membentangkan senarai program yang talah dirancang dan dilaksanakan. Fokus utama program adalah untuk pembangunan akademik dan sahsiah pelajar. 7.2 En. Zuraini bin Harun mencadangkan supaya kelas Al-Quran diteruskan dan di sokong oleh majoriti ibu bapa. PERKARA 8 : UCAPAN PENANGGUHAN 8.1 Wakil ibu bapa, En. Azhar bin Ahmad memohon kebenaran pihak maktab untuk membenarkan ibu bapa menyediakan kemudahan kettle bagi kegunaan pelajar dan diletakkan di bilik utiliti dalam kawalan pihak maktab. Berkaitan dengan ranking pula, beliau berharap semua ibubapa agar jangan terlalu mendesak anak-anak pelajar untuk mencapai kejayaan yang keterlaluan. Pelajar-pelajar adalah anak-anak yang bijak. Ibu bapa perlu sentiasa menasihati mereka supaya jangan sampai gagal dalam pelajaran. Asalkan pelajar lulus dalam pelajaran dan lulus untuk memasuki universiti awam, itu adalah kejayaan untuk semua ibu bapa. Jangan keterlaluan memaksa pelajar. Beliau amat berharap agar guru-guru memberikan penekanan kepada kecemerlangan akademik.
14 8.2 En. Mohamad Noor Bin Awang Kechik berpesan kepada semua yang hadir agar sentiasa menjaga maruah MRSM Kuala Krai. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dan memberikan komitmen dalam menjayakan Mesyuarat Agung Badan Muafakat MRSM Kuala Krai kali ke-20. 8.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 tengahari.
15 laporan aktiviti Tahunan MUAFAKAT Sesi 2021-2023 1. PENDAHULUAN Laporan ini mencatatkan perkara-perkara dan aktiviti yang berkaitan dengan Badan Muafakat Cawangan MRSM Kuala Krai. 2. AHLI JAWATANKUASA MUAFAKAT Penasihat : En. Ismail Bin Badri (Ex-Officio) Yang DiPertua : En. Mohamad Noor Bin Awang Kechik Naib Yang DiPertua : Haji Adinan Bin Haji Ghani Setiausaha : En. Hasmizu Bin Hasan Bendahari : Pn. Najwaliana bt Abdullah Ajk Ibubapa & Guru : En. Hasnizam Bin Mat Ghani (TPPP) : En. Rosnan Bin Abdullah (TPKA) : En. Afandi Bin Abdullah (TPPB) IBUBAPA : Pn. Nur Aziani Bt Kamaluddin (Ibubapa) : En. Mohd Ezani Bin Mahmud (Ibubapa)* : En. Ab Halim Bin Hassan (Ibubapa)* : En. Nozahan @ Nor Azhan Bin Mohammad (Ibubapa)* : En. Wan Azizi bin Wan Ahmad (Ibubapa)* GURU : En.Wan Aminee Bin Wan Hassan (Guru) : En. Wan Sukri Bin Wan Yaacob (Guru) : En. Mohd Marzuki Bin Mohd Razali (Guru) : Pn. Wan Fazlina Bt Wan Sulaiman (Guru) : En. Ahmad Shaihan Bin Ab. Rahman(Guru) Pemeriksa kira-kira : Pn. Siti Akmazni bt Shamsuddin : Cik Nurul Ain bt Osman
16 3. AKTIVITI –AKTIVITI BADAN MUAFAKAT • Sumbangan Hadiah Pelajar Majlis Graduasi SPM 2021 • Sumbangan Penyertaan Pertandingan Ejaan Bahasa Inggeris Antarabangsa • Memberi Sumbangan Program Sudut Bacaan Kelas • Sumbangan Program Hari Pendaftaran Pelajar Sesi 2022 • Memberi Sumbangan Kejohanan Olahraga MRSM K.Krai 2022 • Sumbangan Sambutan Hari Guru, Pekerja dan Aidilfitri 2022 • Sumbangan Program Study Buddy pelajar SPM • Sumbangan Program Runding Cara Akademik • Sumbangan 3 unit LCD Projektor bagi kegunaan Kelas Akademik • Sumbangan Program Mock Interview Pelajar SPM 2022 • Sumbangan Sambutan Jubli Emas MRSM dan 20 Tahun MRSM Kuala Krai • Sumbangan Kejohanan Ragbi Zon Kelantan 2022 • Sumbangan Program Minggu Aktiviti 2022 • Memberi Sumbangan membeli jam waktu Solat di Surau Nur Rahim MRSM • Sumbangan Bayaran air minuman bertapis pelajar di asrama • Membantu pihak maktab Mengadakan kelas al-Quran mingguan setiap pagi Jumaat PENUTUP Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Badan MUAFAKAT MRSM Kuala Krai merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala sokongan padu semua ahli Muafakat dari kalangan ibubapa bagi membantu meningkatkan kecemerlangan pelajar-pelajar di MRSM Kuala Krai.
17 membentang dan menerima Penyata kewangan tahunan
18
19 membentang USUl ibubapa
20 USUL-USUL DARIPADA IBUBAPA A Usul –Usul Yang Di Bahaskan Nama Pencadang 01 Maktab dapat memohon perkhidmatan ATM berada di kawasan maktab atau mungkin boleh dipasang di pondok guard Untuk kemudahan anak dimana wang tunai selalu kehabisan di koperasi maktab. Adlina Binti Alias 02 Perjumpaan ibu bapa dan guru perlu diadakan bagi membincangkan tahap prestasi pelajar. Aidawati Binti Ahmad Pakrudin 03 -Memperbanyakkan aktiviti dan program peningkatan prestasi pelajaran khasnya kepada tingkatan 4 & 5 -Kelas intensif untuk pelajar yang lemah dalam subject add mths, chemistry, physics dan biology khususnya tingkatan 4 dan 5 Raja Azlin Bin Raja Mahmud B Usul Yang Diterima Tanpa Bahas Semua usul-usul yang dihantar oleh pihak ibubapa telah dipersetujui dan diterima tanpa bahas.
21 AHLI JAWATAN KUASA INDUK BADAN MUAFAKAT MRSM KUALA KRAI SESI 2021/2023 Yang DiPertua Mohamad Noor Bin Awang Kechik Naib Yang DiPertua Haji Adinan Bin Haji Ghani Setiausaha Hasmizu Bin Hasan Bendahari Najwaliana bt Abdullah AJK IBUBAPA Nur Aziani bt Kamaluddin Mohd Ezani Bin Mahmud Wan Azizi bin Wan Abdullah Ab.Halim Bin Hassan Nozahan @ Nor Azhan bin Mohammad AJK GURU Wan Aminee Bin Wan Hassan Wan Sukri Bin Wan Yaacob Mohd Marzuki Bin Mohd Razali Wan Fazlina Bt wan Sulaiman Ahmad Shaihan Bin Ab. Rahman
22 PEMILIHAN JAWATANKUASA CAWANGAN BADAN MUAFAKAT MRSM KUALA KRAI SESI 2023/2025 Yang DiPertua ----------------------------------------- Naib Yang DiPertua ------------------------------------------ 7 ORANG AJK IBUBAPA 1 --------------------------------------------------- 2 --------------------------------------------------- 3 --------------------------------------------------- 4 --------------------------------------------------- 5 --------------------------------------------------- 6 --------------------------------------------------- 7 --------------------------------------------------- 5 ORANG AJK GURU Wan Aminee Bin Wan Hassan Wan Sukri Bin Wan Yaacob Mohd Marzuki Bin Mohd Razali Wan Fazlina Bt wan Sulaiman Ahmad Shaihan Bin Ab. Rahman
23 PENGHARGAAN Badan MUAFAKAT MRSM Kuala Krai merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa, guru-guru, kakitangan, pelajar-pelajar dan semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menjayakan Mesyuarat Agung Badan MUAFAKAT Ke 21 SESI 2021 - 2023 -------------------------------------------------- Kalau Ada Sumur Di Ladang; Boleh Kami Menumpang Mandi: Kalau Ada Umur Yang Panjang; Boleh Kita Bermesyuarat Lagi. ---------------------------------------------------