The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ain eiya, 2020-10-28 01:52:12

Mpu 23012 pengajian islam

Mpu 23012 pengajian islam

MPU 23012 PENGAJIAN ISLAM
TUGASAN BERASASKAN MASALAH

TEMA :BUKU – BUKU BERKAITAN ISU – ISU DENGAN IBADAT DALAM ISLAM

NAMA NO MATRIK
NUR ‘AIN BINTI ROZALI@GHAZALI 18DSK19F2002
NUR AMIRAH BINTI AHMAD MAHADI 18DSK19F2036
NUR AMIRA SYAHIRAH BT ABD ALIM 18DSK19F2034
18DSK19F2037
AINA SYAKIRAH BINTI YAZID

NAMA PENSYARAH: ENCIK MOHD AZLI BIN ADNAN

KONSEP

➢Definisi: Abu A’la Al-Maududi
➢Ibadah berasal daripada perkataan Arab abada, ya’budu, yang dari segi bahasa

bererti : tunduk, patuh, taat.
➢ Ibadah dari segi istilah boleh dilihat dari dua sudut:
➢Dari segi zat ibadah iaitu : Segala perkara yang disukai dan diredai Allah sama ada

perkataan atau perbuatan, zahir atau pun batin
➢Dari segi peranan manusia iaitu :Taat kepada Allah s.w.t. dengan melaksanakan

segala yang disuruh menurut cara yang diajar oleh Rasullullah s.a.w.

➢Berdasarkan istilah di atas dapat difahami bahawa ibadah meliputi
• segala perbuatan
• segala perkataan dan
• niat di hati.

ASAS – ASAS IBADAT

➢ Ibadah hanyalah kepada Allah.
➢Dilakukan secara langsung tanpa sebarang perantaraan dengan makhluk lain sama

ada manusia, jin mahupun malaikat.
➢ Memelihara keseimbangan antara rohani dan jasmani.
➢Ibadat dalam Islam adalah bersifat mudah, ringan dan dalam kemampuan manusia

melaksanakanya.

SYARAT SAH IBADAT

➢ Dilakukan mengikut cara, rukun , rukun dan syarat yang telah ditetapkan Allah di
dalam al-Quran atau yang diajar oleh Rasulullah saw.

➢ Dilakukan dengan ikhlas hanya kepada Allah, iaitu yang lahir dari kecintaan Allah.

SKOP IBADAT

Ibadah dalam Islam bersifat syumul meliputi seluruh aspek syumul meliputi seluruh aspek
kehidupan manusia.Semua perkara yang tidak bertentangan dengan syara’ termasuk adat
akan dikira’ sebagai ibadat. Secara umumnya keluasan skop ibadah dalam Islam boleh dilihat
menerusi perkara berikut :

– Masa : Dalam Islam ada ibadah yang terikat dengan masa dan ada yang tidak terikat, ada
ibadah harian, mingguan, bulanan dan tahunan.

– Tempat : Terdapat ibadah dilaksanakan di rumah, masjid, Mekah dan lain-lain lagi. Ada yang
tidak dikhususkan tempat.lain-lain lagi.

– Cara : Ibadah boleh dilakukan secara bersendirian dan ada yang secara berjemaah

– Bentuk : Ada ibadah yang khusus, umum, badaniah, maliah, ijabiah dan salbiah.

PEMBAHAGIAN IBADAT

Pembahagian Ibadat boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut sudut
tertentu:

Dari segi hukum:

- Fardhu Ain: iaitu yang dituntut (wajib) ke atas setiap individu mukallaf untuk
menunaikannya. Sesiapa yang melakukannya mendapat pahala dan sesiapa yang
tidak melakukannya dikira berdosa.

- Fardhu Kifayah: Ibadat yang dituntut (wajib) ke atas sebahagian sahaja dari
kalangan umat Islam untuk melakukannya. Di mana apabila ada sebahagaian yang
melakukannya,maka terlepaslah orang lain daripada dosa.

- - Sunat: Ibadat yang dituntut oleh syarak supaya melakukannya dengan pilihan.
Sesiapa yang melakukannya mendapat pahala dan sesiapa yang tidak
melakukannya tidak dikira berdosa.


Click to View FlipBook Version