The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-12380367, 2024-06-21 03:18:10

MINIT MESYUARAT GURU 1 2024

SMK DATUK HAJI AHMAD SAID

1 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SMK Datuk Haji Ahmad Said Sungai Dua 13800 Butterworth Telefon : 04-3563994 Seberang Perai Utara Faks : 04-3566094 Pulau Pinang E-mel : [email protected] : [email protected] MINIT MESYUARAT GURU KALI PERTAMA Bil. 1 Tahun 2024 Tarikh : 8 Mac 2024 Hari : Jumaat Masa : 8.00 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat KEHADIRAN 1. Zarifah binti Omar Pengetua 2. Zulkarnain Hassan bin Sidek PK Pentadbiran 3. Zarina bt Zakaria PK HEM 4. Mohd Radzi bin Salleh PK Kokurikulum 5. Sukeri bin Abdul Hamid PK Petang 6. Rozana binti Abdul Razak GK Bahasa 7. Siti Nurin binti Mohd Farid GK Teknik dan Vokasional 8. Rohana binti Ismail GK Sains Kemanusiaan 9. Fatin Nabila binti Yusof Kaunselor 10. Nur Hasshima binti Hamidun Kaunselor 11. Azizah binti Hamad 12. Azlaily binti Abidin 13. Che Rodziah Ab Wahab 14. Danial bin Li 15. Faezah binti Abdul Rahman 16. Hafidzoh binti Zainon 17. Hasliza binti Hassan 18. Hasniza binti Mohd Yusof 19. Hasnol Nizam bin Abdul Rahman 20. Jasni bin Md Isa 21. Kasthury a/p Munisamy 22. Khairul Anuar bin Abdul Salam 23. Khairunnisa binti Abd Hamid 24. Khairunniza binti Abdul Hamid 25. Laila Nazneen binti Abd Halid 26. Maisarah binti Awang Embon 27. Marhaizan bin Mat Ishak


2 28. Mariam binti Mohd Hussain 29. Masitah binti Abd Rahman 30. Mohamad Shukri bin Abu @ Abu Hassan 31. Mohd Yusfizal bin Md Yusof 32. Mohd Zamani bin Ghazali 33. Mohd Zulyaznie bin Ibrahim 34. Mohtar bin Salleh 35. Muhammad Yusri bin Yaakob 36. Najmin binti Md Soleh 37. Nina Hirnani binti Zinall Abidin 38. Noor Aida binti Yusof 39. Noor Hidayah binti Abd Halim 40. Nor Fatimah binti Idris 41. Norhafizah binti Abu Hassan 42. Nor Hanizan binti Abdul Halim 43. Nor Hidayu binti Zainal 44. Nor Rohayu binti Johari 45. Norazlina binti Ariffin 46. Norirwani binti Md Ibrahim 47. Nur Adibah binti Ismail 48. Nur Faizura binti Faisal Mohamed 49. Nur Salimi binti Abu Bakar 50. Nurazliza Zizi binti Safar 51. Nurshazlina binti Nazri 52. Nurul Nazreen bin Shaharom 53. Omar Sadruddin bin Abd Aziz 54. Rafidah binti Abdul Rahim 55. Rohaizar bin Zakaria 56. Ros Zaisyaheda binti Muhamad Rosdi 57. Rosmawati binti Mat Yusop 58. Roziah binti Mansor 59. Rozie Asmielim binti Said 60. Shahril bin Salleh 61. Siti Norain binti Mohammad 62. Siti Nurul Hajar binti Jamaluddin 63. Siti Zahidah binti Salleh 64. Wan Emy Azura binti Wan Ab Rahman 65. Zarina binti Ramli 66. Zuraini bt Abd Aziz 67. Zuriani binti Abu Omar 68. Zurilawani binti Harun 69. Nurshazwani binti Mohd Saad S/U Mesyuarat Gurru


3 Anggota Kumpulan Pelaksana 1. Effendi bin Ishak 2. Fadzilah binti Ahmad 3. Farizah binti Zakaria 4. Hanis Syazana binti Rosli 5. Masitah binti Hussin 6. Mazurah binti Che Mat 7. Noor Amylia binti Johari 8. Nor Aisyah binti Mohamad Radi 9. Nor Nabillah binti Mohd Anuar 10.Nur Hidayah binti Mohamad 1.0 Perutusan Pengerusi 1.1 Tuan Pengetua mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua jawatankuasa ke Mesyuarat Guru kali pertama bagi tahun 2024. 1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Marhaizan. 1.3 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru dan AKP atas kesudian meluangkan waktu untuk mesyuarat kali ini. Pengerusi juga mengingatkan semua untuk memulakan hari dengan senyuman kerana senyuman itu satu sedekah. 1.4 Beberapa perkara yang diingatkan oleh Pengerusi berkaitan tips berguna untuk memperoleh keberkatan dalam bekerja iaitu: - Kerja keras - Kerja cerdas - Kerja ikhlas - Tidak menunda dalam pekerjaan - Tidak mengeluh - Tidak malas - Sentiasa membetulkan niat - Doa dan berserah kepada Allah s.w.t 1.5 Pengerusi juga mengucapkan selamat Kembali bertugas kepada semua guru dan AKP di SMK Datuk Haji Ahmad Said untuk sesi 2024/2025. 1.6 Cadangan tarikh mesyuarat yang akan dijalankan sebagai makluman kepada semua guru.


4 1.7 Pengerusi memaklumkan AKP akan bersama dalam mesyuarat pada hari ini dari agenda pertama sehingga agenda keempat sahaja. Selepas itu, semua guru dan AKP akan rehat. Mesyuarat akan disambung semula hanya melibatkan guru sahaja. Makluman 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat 2.1 Cadangan : Rafidah binti Abdul Rahim Sokongan : Hasniza binti Yusof Makluman 3.0Perkara Berbangkit 3.1 Tiada. 4.0Taklimat Umum 4.1 Enrolmen guru dan AKP pada sesi 2024/2025 adalah seperti berikut : BIL PERKARA ENROLMEN SEDIA ADA PENERANGAN 1. GURU 75 70 (L: 17, P: 53) TERMASUK USTAZ KHALIL BIL. PERKARA TARIKH 1. MESYUARAT GURU PERTAMA 08 MAC 2024 2. MESYUARAT KURIKULUM PERTAMA 11 MAC 2024 3. MESYUARAT HEM PERTAMA 12 MAC 2024 4. MESYUARAT KOKURIKULUM PERTAMA 13 MAC 2024 5. MESYUARAT KEWANGAN PERTAMA 14 MAC 2024


5 2. ANGGOTA KAKITANGAN PERKKHIDMATAN (AKP) 12 11 (L: 2, P: 9) KETUA KERANI: 1 PEMBANTU TADBIR (PT): 1 JURU TEKNIK: 1 PENYELIA ASRAMA: 1 PEMBANTU MAKMAL: 6 PEMBANTU OPERASI: 1 4.2 Enrolmen guru dan AKP pada sesi 2024/2025 adalah seperti berikut : BIL NAMA JAWATAN KETERANGAN 1. PN. MAZURAH BINTI CHE MAT KETUA PEMBANTU TADBIR/ PERKHIDMATAN Menguruskan hal-hal pentadbiran sekolah 2. PN. MASITAH BINTI HUSSIN PT KEWANGAN Menguruskan hal-hal kewangan sekolah 3. NOOR AMYLIA BINTI JOHARI PEMBANTU MAKMAL Menjaga dan menguruskan makmal Fizik 4. NOR NABILLAH BINTI MOHD ANUAR PEMBANTU MAKMAL Menjaga dan menguruskan makmal Kimia 5. USTAZ OMAR SADRUDDIN BIN ABDUL AZIZ GURU PENDIDIKAN ISLAM Mengajar Pendidikan Islam 6. NORHAFIZAH BINTI ABU HASSAN GURU LANTIKAN BAHARU Guru Baharu Makluman


6 4.3 Pengerusi sekali lagi mengingatkan semua guru dan AKP mengenai nilai mencintai pekerjaan yang dilakukan. Ini adalah kerana apabila kita mencintai pekerjaan kita, kita akan melakukannya dengan baik. Manusia yang baik ialah manusia yang memberikan maanfaat kepada orang lain. Walaupun telah tamat melanjutkan pelajaran, namun tugas untuk mencari ilmu itu tidak akan terhenti. Selain itu, kita juga handaklah kurangkan monolog negatif dalam diri yang menyebabkan kecemerlangan kita terjejas. Kita hendaklah menjaga hubungan silaturahim maka kita akan dilapangkan rezeki. Pengerusi juga menasihati semua agar jangan ada persengketaan antara rakan sekerja dan jalinkan ukhwah sesama kita supaya kita mendapat kebaikan. Maka komunikasi berkesan antara satu sama lain adalah sangat penting. Pengerusi juga menyenaraikan adab dalam berkomunikasi iaitu: - Berwajah manis - Positif - Tenang dan jelas - Merendahkan nada suara - Banyakkan mendengar Makluman 4.4 Peneraju Pendidikan Malaysia 4.4.1 Menteri Pendidikan Malaysia – YB Fadlina binti Sidek 4.4.2 Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia – Tuan Haji Azman bin Haji Adnan 4.4.3 Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang – Tuan Haji Abdul Said bin Hussain 4.4.4 Ketua Pegawai Pendidikan Daerah PPD Seberang Perai Utara – Encik Yusuf bin Shaari 4.4.5 Timbalan PPD (Sektor Perancangan) PPD Seberang Perai Utara – Encik Abd Rahman bin Mohamad 4.4.6 Timbalan PPD (Sektor Pengurusan Sekolah) PPD Seberang Perai Utara – Encik Abu Shofian bin Hussin 4.4.7 Timbalan PPD (Sektor Pembelajaran) PPD Seberang Perai Utara – Encik Zainuddin bin Abdul 4.4.8 Timbalan PPD (Sektor Pemangunan Bakat Murid) PPD Seberang Perai Utara – Encik Shahrul Anuar bin Hashin 4.4.9 Ketua Sektor Pengurusan PPD Seberang Perai Utara – Puan Masliza binti Razali Makluman


7 4.5 Peneraju Pendidikan Malaysia 4.5.1 Komunikasi antara Kementerian dan sekolah lebih cekap dan telus. 4.5.2 Memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti 4.5.3 Kemiskinan berbilang dimensi B40, malnutrisi, peranti dan ruang belajar 4.5.4 Keciciran pendidikan dan masalah literasi, rapatkan kesenjangan pendidikan 4.5.5 Kebajikan guru sebagai teras keberkesanan penyampaian pendidikan 4.5.6 Peningkatan keupayaan pendidikan digital di sekolah Makluman 4.6 Peneraju Pendidikan Malaysia 4.6.1 Budaya Kerja Cemerlang - Pengurusan kerja sebagai ibadah - Pengurusan tanggungjawab / tugas - Pengurusan komunikasi berkesan - Pengurusan emosi - Pengurusan diri sebagai role model - Pengurusan sosiopolitik tempat kerja 4.6.2 Budaya Kerja Kelas Pertama - Cara berfikir - Menghayati - Bertindak Makluman 4.7 Tanggungjawab Pegawai Awam 4.7.1 Melaksanakan tugas dengan cekap 4.7.2 Jujur dan amanah 4.7.3 Bertanggungjawab dan berintegriti 4.7.4 Meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan peribadi 4.7.5 Tidak menggunakan kedudukan awam bagi faedah sendiri 4.7.6 Menjaga imej perkhidmatan awam 4.7.7 Tidak cuai melaksanakan tugas Makluman 4.8 Pegangan Nilai Baru Penjawat Awam; HEMAT 4.8.1 Sikap - Sikap penjawat awam dalam membelanjakan dana awam secara berjimat cermat dan tidak boros.


8 4.8.2 Sifat - Cara penjawat awam menjalankan tugas dengan pengamatan dan penelitian secara mendalam 4.8.3 HEMAT - H - Hijrah Tata Kelola - E - Empati Rakyat - M - Minda Pekin - A - Apresiasi Inovasi - T - Telus Tadbiran Makluman 4.9 Fokus Pendidikan Kita - Menghasilkan sekolah berkualiti - Memastikan kemenjadian murid berlaku Makluman 4.10 Visi dan Misi SMKDHAS 4.10.1 Visi - Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera 4.10.2 Misi - Melestarikan Sistem Pendidikan Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara Makluman 4.11 Aspirasi SMKDHAS - Profil Murid - Cekap Dalam Pengurusan Diri - Cekap Dalam Berfikir - Cekap Dalam Tindakan - Cergas Dalam Kokurikulum - Cemerlang Dalam Pelajaran - Budaya Murni - Budaya Bersih Dan Kemas - Budaya Sayang Sekolah - Budaya Sopan Santun - Budaya Mencintai Ilmu - Budaya Tepati Masa - Budaya Suka Membaca - Budaya Memberi Salam - Budaya Hormat Menghormati


9 Makluman 4.12 Visi KPM Makluman 4.13 Senarai Tugas Guru dan AKP 4.13.1 Tugas utama (umum) 4.13.2 Tugas utama (khusus) 4.13.3 Tugas sampingan 4.13.4 Tugas ad-hoc Tindakan : Semua guru & AKP 4.14 Etika Pemakaian 4.14.1 Berpakaian kerja yang lengkap setiap hari 4.14.2 Berpakaian t-shirt PJ bagi guru yang ada kelas PJ sahaja 4.14.3 Berbaju batik (galakan batik Malaysia) pada hari Khamis 4.14.4 Boleh berpakaian korporat (warna putih sahaja) pada hari Rabu Tindakan : Semua guru & AKP 5.0 Taklimat Pengetua 5.1 Pengetua mengucapkan: 5.1.1 terima kasih kepada Cikgu Azliza Zizi atas komitmen penuh diberikan untuk memastikan SPM berjalan dengan lancar. 5.1.2 terima kasih buat semua pengawas SPM dan pemeriksa kertas SPM yang terpaksa mengorbankan cuti hanya kerana menjalankan tugas. 5.1.3 terima kasih juga buat cikgu-cikgu yang sudi hadir ke sekolah sepanjang SPM berlangsung untuk memastikan spm berjalan lancar. 5.1.4 terima kasih barisan pentadbir yang hadir untuk memantau perjalanan SPM.


10 5.1.5 terima kasih semua atas pengorbanan yang diberikan. Semoga Allah membalas jasa cikgu-cikgu dengan limpahan rahmat yang berganda. 5.1.6 selamat kembali bertugas untuk sesi 2024/2025 kepada semua dan semoga cuti yang sedikit telah dimanfaatkan sebaik mungkin. Ada yang dapat peluang berjumpa ibu dan bapa tersayang bagi yang masih ada ayah bonda untuk disantuni. Selain itu, dapat memenuhi hasrat keluarga terutama anakanak. 5.1.7 bagi yang melancong, semoga ada ilmu dan idea luar yang dapat dikongsi bersama untuk kecemerlangan sekolah. Bagi yang terpaksa bertugas sepanjang cuti, sudah pasti khidmat bakti kalian sentiasa diganjari pahala oleh Allah. Bagi yang diuji dengan sakit semoga kembali sihat. 5.1.8 jutaan terima kasih buat semua guru yang telah melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan bagi sesi 2023/2024 dengan cemerlang walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran, dugaan, masalah dan halangan. 5.1.9 KPI Sekolah 5.1.9.1 KPI Kurikulum BIL KPI SASARAN 2024/2025 1. PENINGKATAN 1% GRED PURATA SEKOLAH (GPS) DALAM SPM 2024 2. PENINGKATAN 2% LAYAK MENDAPAT SIJIL SPM (LMS) 2024 3. PENINGKATAN MINIMUM 1% GRED PURATA MATA PELAJARAN (GPMP) SPM 2024 BAGI SEMUA MATA PELAJARAN 1% GPMP 4. SEMUA MURID (TINGKATAN 1 – TINGKATAN 5) BOLEH MEMBACA 100% 5. PENINGKATAN PENCAPAIAN TAHAP PENGUASAAN (TP) DALAM PBD 100% TP3 KE ATAS Tindakan : Semua guru


11 5.1.9.2 KPI Hal Ehwal Murid (HEM) BIL KPI SASARAN 2024/2025 1. PENINGKATAN PERATUS KEHADIRAN MURID 92% 2. PENINGKATAN PERATUS PENCAPAIAN AKHLAK BAIK MURID DALAM SSDM 90% 3. PENINGKATAN PERATUS PENGUASAAN BACAAN AL QURAN 90% 4. PENINGKATAN PERATUS BOLEH SOLAT DENGAN SEMPURNA 90% Tindakan : Semua guru 5.1.9.3 KPI Kokurikulum BIL KPI SASARAN 2024/2025 1. PENINGKATAN BILANGAN “A” DALAM PAJSK 50 ORANG 2. PENINGKATAN PENCAPAIAN SEKOLAH DALAM PERTANDINGAN AKTIVITI STEM PADA PERINGKAT NEGERI 3 3. PENINGKATAN PENCAPAIAN SEKOLAH DALAM PERTANDINGAN AKTIVITI STEM PADA PERINGKAT KEBANGSAAN 3 4. PENINGKATAN PENCAPAIAN SEKOLAH DALAM PERTANDINGAN AKTIVITI STEM PADA PERINGKAT ANTARABANGSA 1 5. MENJADI JOHAN DALAM PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT DAERAH 1 JOHAN 6. PENINGKATAN PENCAPAIAN JOHAN DALAM PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT DAERAH 2 JOHAN


12 7. PENINGKATAN PENCAPAIAN SEKOLAH DALAM PERTANDINGAN KOAKADEMIK PERINGKAT DAERAH. 1 JOHAN 8. PENCAPAIAN ANUGERAH DALAM PERTANDINGAN KOPERASI 1 JOHAN 9. PENINGKATAN JUALAN KOPERASI RM300 000 Tindakan : Semua guru 5.1.9.4 KPI Kewangan BIL KPI SASARAN 2024/2025 1. AUDIT KEWANGAN 2024 BAIK 2. PROSES PEMBAYARAN MAKSIMUM 2 MINGGU 3. TEGURAN AUDIT SIFAR Tindakan : Semua guru & AKP 5.1.9.5 KPI Pengurusan Pejabat BIL KPI SASARAN 2024/2025 1. SURAT-SURAT DIREKODKAN DENGAN LENGKAP DAN KEMAS KINI SENTIASA DIKEMAS KINI 2. KECICIRAN MAKLUMAT SIFAR Tindakan : Semua guru & AKP


13 5.1.9.6 KPI Pengurusan Aset BIL KPI SASARAN 2024/2025 1. LAPORAN ASET DIHANTAR 4 KALI DALAM TEMPOH MASA YANG DITETAPKAN DIHANTAR PADA MASA YANG DITETAPKAN 2. PENINGKATAN PELAKSANAAN PROSES PELUPUSAN BAGI ASET YANG ROSAK 80% 3. PENINGKATAN PROSES SELENGGARA BAGI ADUAN KEROSAKAN YANG DITERIMA 90% 5.1.9.6.1 Ketua pegawai asset - Ketua pegawai aset yang baru ialah En. Mohd Yusfizal bin Mat Yusof menggantikan En. Mohd Zulyazni bin Ibrahim yang telah memegang jawatan sebagai Penyelia Kawasan. 5.2 Perhimpunan / Program 5.2.1 Perhimpunan dan program yang dijalanlankan mestilah berfokus kepada karomah insaniah iaitu membentuk personaliti murid. 5.2.2 Perhimpunan boleh diadakan melebihi satu waktu namun begitu perlu elakkan leteran. 5.2.3 Sekiranya program dibuat dalam kawasan sekolah dan telah dimasukkan dalam takwim sekolah, tidak perlu meminta kebenaran tetapi sekiranya dibuat di luar kawasan sekolah perlu minta kebenaran daripada pendaftar sekolah melalui sektor berikut : i. Lawatan sambil belajar –Sektor Pengurusan Sekolah ii. Aktiviti pembelajaran- Sektor Pembelajaran iii. Aktiviti kokurikulum/HEM- Sektor Pembangunan Murid 5.2.4 Masa memohon adalah dalam tempoh 30 hari bekerja. Tindakan : Semua guru 5.3 Kebersihan dan Keselamatan 5.3.1 Pastikan semua bilik kelas dan semua lokasi di sekolah berada dalam keadaan bersih dan selamat. 5.3.2 Sekiranya ada kawasan atau laluan yang bahaya perlu dilabelkan.


14 5.3.3 Tiada longgokan alat, besi, kayu yang boleh menjejaskan keselamatan murid. 5.3.4 Bilik elektrik tidak boleh dijadikan stor dan perlu dikosongkan. 5.3.5 Kerusi tidak sesuai diletakkan dibawah tangga. 5.3.6 Aset perlu diurus dengan baik dan diletakkan di lokasi yang betul dan selamat. 5.3.7 Aset yang rosak perlu dibuat pelupusan Tindakan : Semua guru 5.4 Minggu Pembelajaran 5.4.1 Minggu pembelajaran pada tahun ini ialah 44 minggu. 5.4.2 Minggu akademik adalah 32-39 minggu. 5.4.3 Mesyuarat JK Kurikulum Sekolah dan Mesyuarat Panitia mestilah dilaksanakan minimum kali setahun. 5.4.4 Ketua Panitia Mata Pelajaran mestilah guru opsyen yang paling kanan. 5.4.5 PBD perlu dibuat secara berterusan berdasarkan kebolehan murid. 5.4.6 Fokus kepada lulus Bahasa Melayu dan peratus layak sijil (SPM) Tindakan : Semua guru 5.5 Fokus Utama SMK Datuk Haji Ahmad Said Sesi 2024/2025 5.5.1 Terdapat 6 fokus sekolah pada sesi 2024/2025 iaitu: i. Sekolah Transformasi 2025 ii. Pencapaian Kokurikulum iii. Amalan PAK21 dan KBAT iv. Sahsiah Murni v. Pendidikan Stem vi. Amalan Sekolah Hijau Tindakan : Semua guru 5.6 Kesilapan lalu yang perlu diperbetulkan. 5.6.1 HRMIS/eOPERASI - Tidak semak maklumat dan betulkan maklumat terutama maklumat pertambahan bilangan anak. 5.6.2 Kad Perakam Waktu - Tidak isi sebab ketidakhadiran. - Tidak mengetik kad perakam semasa masukTe dan mengetik kad perakam semasa balik. - Kawan tolong mengetik kad perakam waktu.


15 5.6.3 Cuti Rehat Khas - Tidak mengisi borang. - Tidak memohon dahulu daripada pengetua. - Tidak mengisi cuti dalam HRMIS. 5.6.4 Cuti Sakit - Tidak isi borang sebaik sahaja cuti sakit. - Lambat hantar borang ke pejabat. - Tidak isi cuti sakit dalam HRMIS. 5.6.5 Hadir Lewat - Tidak berjumpa pengetua untuk dapatkan tandatangan kad perakam waktu dan maklum sebab lewat ke sekolah. - Guru yang sama sahaja hadir lewat ke sekolah. 5.6.6 Buku Latihan - Ada guru yang tidak Semak buku latihan murid dan tidak pulangkan buku latihan pada hujung tahun kepada murid. 5.6.7 Masuk dan Keluar Sekolah - Terdapat guru yang tidak memohon keluar daripada pengetua (keluar tanpa kebenaran pengetua) - Terdapat juga guru tidak mengisi borang biru ketika keluar dari sekolah. 5.6.8 Relief - Terdapat sebilangan guru yang tidak masuk kelas yang direliefkan. - Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini semasa waktu tersebut, akan menjadi kesalahan kepada guru kerana tiada kawalan murid pada masa tersebut. 5.6.9 Potluck - Mendapat aduan daripada pihak kantin cikgu membuat potluck tanpa maklum kepada pihak kantin. - Makanan yang dimasak oleh pihak kantin tidak terjual dan menyebabkan pihak kantin kerugian. 5.6.10 Aktiviti Luar Murid - Guru yang membawa murid menyertai aktiviti luar terutamanya melibatkan jumlah murid yang banyak tidak memaklumkan kepada pihak kantin. Perkara ini menyebabkan makanan murid tidak habis dijual dan menyebabkan pihak kantin kerugian.


16 5.6.11 Etika Berpakaian - Masih ada guru yang tidak patuhi etika berpakaian terutama kasut bertutup. - T-shirt seharusnya dipakai ketika ada kelas PJPK sahaja atau dengan kebenaran pengetua. 5.6.12 e-SPLG - Sentiasa perlu ingatkan untuk cukupkan 5 hari dan 42 mata kredit 5.6.13 Keberadaan Guru - Wajib berada dalam kawasan sekolah selepas mengetik kad perakam waktu. - Jika berhasrat keluar mesti dengan kebenaran pengetua. - Jika pengetua tiada, dapatkan kebenaran PKP. 5.6.14 Mesyuarat Utama/Wajib - Ada yang tidak hadir tanpa memaklumkan kepada pentadbir atau guru yang dipertanggungjawabkan. - Sengaja tidak hadir mesyuarat. 5.6.15 Program Sekolah - Ada yang sengaja tidak mahu libatkan diri dalam program yang dijalankan sekolah tanpa sebarang sebab dan tidak maklumkan kepada pengetua sebab ketidakhadiran. Tindakan : Semua guru 5.7 Buku Manual 2024/2025 5.7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada JK Pengurusan yang bersusah payah menyiapkan buku manual untuk rujukan dan tindakan 2024. 5.7.2 Semua guru perlu peka dengan maklumat yang terdapat dalam buku manual tersebut. 5.7.3 Semua guru juga perlu melengkapkan surat menerima tugasan dan serahkan kepada PKP pada 15 Mac 2024 (Jumaat). Tindakan : Semua guru 5.8 Persiapan Persekolahan 2024/2025 5.8.1 Memastikan satu murid memiliki satu kerusi, satu meja dan satu set buku teks. 5.8.2 Memastikan satu murid menyertai satu unit uniform, satu unit sukan & permainan dan satu kelab & persatuan. 5.8.3 Memastikan peralatan dan kelengkapan kelas mencukupi. 5.8.4 Memastikan kebersihan dan keadaan kelas kondusif.


17 5.8.5 Papan notis kokurikulum dikemaskini. 5.8.6 Memastikan persekitaran kawasan sekolah dalam keadaan selamat dan kondusif 5.8.7 Memastikan kantin bersedia untuk beroperasi 5.8.8 Memastikan operasi sekolah bersedia membekalkan barangan yang diperlukan murid 5.8.9 Senarai nama murid mengikut kelas bagi sesi 2024 disediakan 5.8.10 Senarai nama murid berpenyakit kritikal disediakan 5.8.11 Memastikan fail rekod mengajar guru diterima Tindakan : Semua guru 5.9 Senarai Tindakan 5.9.1 Tindakan yang perlu dilakukan oleh semua guru yang berkenaan adalah seperti berikut : BIL PERKARA TANGGUNGJAWAB TARIKH AKHIR 1. ANGGARAN PERBELANJAAN KETUA PANITIA, GPM, PKKK 01 APRIL 2024 2. BORANG KEBERHASILAN (DUA SET) SEMUA GURU 01 APRIL 2024 3. SENARAI PROGRAM AKADEMIK PANITIA SU KECEMERLANGAN 01 APRIL 2024 4. PENGHANTARAN FAIL REKOD MENGAJAR YANG LENGKAP KEPADA PENGETUA SEMUA GURU 25 APRIL 2024 5. BORANG RPS PANITIA KETUA PANITIA 05 APRIL 2024 6. BORANG RPS KOKURIKULUM PKKK 05 APRIL 2024


18 7. BORANG RPS HEM PK HEM 05 APRIL 2024 Tindakan : Semua guru 6 Taklimat Penolong Kanan Pentadbiran 6.1 Penolong Kanan Pentadbiran memberikan kata alu-aluan. 6.2 RPH dan Minit Mesyuarat Panitia 6.2.1 PK Penteadbiran memohon lima guru yang masih belum menghantar RPH sesi 2023/2024 untuk menghantar RPH tersebut kerana RPH akan disimpan oleh pihak sekolah dan merupakan dokumen rasmi. 6.2.2 Terdapat dua panitia yang belum menghantar minit mesyuarat. PKP berharap minit tersebut dihantar dengan kadar segera. 6.3Senarai Semak RPH 6.3.1 PK Pentadbiran memaklumkan akan sediakan Senarai Semak RPH dan semua guru perlu menggunakan senarai semak tersebut supaya seragam. 6.3.2 Senarai Semak RPH boleh dapatkan di DHAS Official. 6.4Borang Akujanji 6.4.1 Semua guru dikehendaki mengambil Borang Akujanji untuk dihantar kepada Pengetua pada Mingg uke-3 persekolahan. 6.4.2 Borang tersebut dimasukkan dalam Fail Rekod Mengajar (FRM) untuk dihantar kepada Pengetua pada Minggu ke-6 persekolahan iaitu minggu selepas cuti Hari Raya Aidilfitri. 6.5Keberhasilan 6.5.1 Keberhasilan akan dilakukan sebanyak dua kali. Fasa pertama boring akan diberikan pada bulan April ini. 6.6Pencerapan 6.6.1 Terdapat tiga jenis pencerapan iaitu: a. Pencerapan Kendiri - Pencerapan daripada diri sendiri b. Pencerapan Pertama - Pencerapan oleh Penilai 1 pada penggal 1 c. Pencerapan Kedua - Pencerapan oleh Penilai 1 pada penggal 2


19 6.7Mesyuarat Panitia 6.7.1 Ketua Panitia harus sediakan borang maklumbalas bagi minit mesyuarat panitia yang sebelumnya. 6.7.2 Borang maklumbalas ini adalah dibuat untuk perkara-perkara berbangkit dalam mesyuarat panitia dan tindakan yang diambil oleh panitia. 6.7.3 Mesyuarat dijalankan empat kali setahun. Tindakan : Semua guru 7 Taklimat Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 7.1 PK HEM mengucapkan selamat kembali bertugas kepada semua guru dan mengalu-alukan kehadiran dua guru Baharu iaitu Ustaz Omar Sadruddin bin Abd Aziz dan Puan Norhafizah binti Abu Hassan. 7.2 Fokus utama Unit HEM ialah kemenjadian murid bukan sahaja dari segi akademik malah sahsiah. Menjadi tugas kita untuk memanusiakan anak-anak murid sekolah ini. 7.3 Kehadiran 7.3.1 Antara fokus utama Unit HEM adalah untuk mencapai KPI JPN dari segi kehadiran iaitu 92 peratus. Pada sesi 2023/2024 kehadiran murid sekolah kita hanya mencapai 86 peratus. Untuk mencapai KPI JPN 92 peratus memerlukan kecaknaan semua guru terutamanya guru kelas. 7.3.2Semua guru harus memainkan peranan untuk memastikan KPI JPN dari segi kehadiran tercapai. 7.4 SSDM 7.4.1Unit HEM mohon kerjasama semua guru untuk membuat lonjakan pengisian data SSDM. 7.4.2Mulai hari Isnin buka sekolah ini, guru-guru dikehendaki mengisi data kehadiran murid dalam SSDM untuk memberikan mata kredit kepada murid. 7.5 Sifar Salahlaku 7.5.1PK HEM meminta guru memastikan sifar salahlaku murid terutamanya melibatkan kes buli dan gangguan seksual kerana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sangat menitik beratkan masalah ini. 7.5.2Sekiranya ada murid yang mengadu kepada guru bahawa dia telah mengalami gangguan seksual sama ada oleh keluarga, rakan atau sesiapa sahaja, pihak sekolah melalui pengetua harus membuat laporan kepada pihak polis. 7.5.3 Sekolah harus membuat laporan walaupun ibu bapa murid berkenaan tidak setuju berdasarkan arahan daripada JPN. 7.5.4 Sekiranya ada murid yang membawa bahan terlarang seperti heroin (ada pada kocek murid), guru dilarang sama sekali untuk memegang bahan


20 terlarang tersebut. Menjadi satu kesalahan jika guru memegang bahan terlarang tersebut. 7.5.5Guru dikehendaki membawa murid yang terlibat dengan bahan larangan ke bilik pengetua dan pengetua akan menghubungi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). 7.6 Jadual 7.6.1Sepanjang minggu pertama tiada PdPc dijalankan. Kita akan menjalankan ‘Fun Learning Fiesta’. Semua guru boleh merujuk jadual ‘Fun Learning Fiesta’ di kumpulan sembang Warga DHAS. 7.6.2 Pada hari Isnin pukul 7.30 hingga 8.15 pagi akan dilaksanakan pendaftaran murid untuk Kelas Aliran Agama (KAA). Mohon Cikgu Azlaily binti Abidin dibantu Cikgu Roziah binti Mansor untuk menyediakan meja pendaftaran untuk mengumpul dokumen dan menyambut mereka semasa pendaftaran tersebut. 7.6.3PK HEM merakamkan ucapan terima kasih kepada PK Petang iaitu En. Sukeri bin Abdul Hamid dan Cikgu Hasnol Nizam bin Abdul Rahman kerana telah menyediakan senarai nama untuk kelas 1 Al-Biruni dan juga kelas tingkatan satu yang lain. 7.6.4Minggu pertama hanya ada elemen murid ceria, guru bahagia dan sekolah bitara. 7.6.5Pada hari Rabu minggu pertama akan diadakan Program Jom ke Sekolah yang akan dirasmikan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu ASP Nor Faisal. Mohon bantuan Cikgu Nur Hasshima untuk hadir ke pagi pada hari tersebut dan melihat perjalanan program sepanjang minggu pertama kerana Cikgu Fatin Nabila akan mula dimasukkan ke hospital untuk bersalin. 7.6.6PK HEM juga mohon bantuan daripda Guru Kanan Sains dan Matematik iaitu Pn. Nor Fazlina binti Rizwan untuk memantau perjalanan program sepanjang minggu depan. 7.6.7PK HEM berharap ‘Fun Learning Fiesta’ yang akan dijalankan akan menyeronokkan murid. 7.7 Port Folio Unit HEM 7.7.1Tidak ada banyak perubahan yang dilakukan. Hanya bahagian penyelaras tingkatan sahaja yang banyak berubah. 7.7.2PK HEM mengucapkan terima kasih kepada semua penyelaras tingkatan pada sesi 2023/2024 atas tanggungjawab yang telah dilaksanakan. 7.7.3 Penyelaras tingkatan sesi 2024/2025 adalah seperti berikut : i. Penyelaras Tingkatan 5 – Puan Mariam binti Mohd Hussain ii. Penyelaras Tingkatan 4 – Puan Nor Rohayu binti Johari iii. Penyelaras Tingkatan 3 – Puan Hasliza binti Hassan iv. Penyelaras Tingkatan 2 – Puan Faezah binti Abdul Rahman v. Penyelaras Tingkatan 1 – Encik Hasnol Nizam bin Abdul Rahman


21 7.8 Buku Pemantauan 7.8.1Buku pemantauan bukan hanya untuk guru tandatangan sahaja tetapi guruguru boleh mencatatkan kesalahan murid sama ada lewat masuk kelas, murid keluar kelas tanpa kebenaran, murid tidak membuat tugasan yang diberikan guru dan lain-lain lagi. 7.8.2Unit Disiplin akan mengambil tindakan berdasarkan catatan guru dalam buku pemantauan tersebut. 7.8.3Penyelaras tingkatan boleh berjumpa dengan PK HEM selepas mesyuarat untuk mengambil Kad Pengimbas Kehadiran. Untuk APDM dan Idme belum ada apa-apa arahan untuk diambil tindakan. 7.9 Enrolmen 7.9.1Kita menerima 232 murid tingkatan 1 pada sesi 2024/2025. Kemungkinan ada kelas akan mencecah bilangan murid 50 orang. 7.9.2Jumlah ini telah mengambil kira murid yang telah mendapat tawaran ke MRSM berbanding tahun sebelum ini. 7.9.3Murid KAA buat masa sekarang adalah sebanyak 23 orang. Sekolah masih buka untuk murid yang ingin mendaftar KAA. Oleh itu, mohon bantuan Ustaz Marhaizan bin Mat Ishak untuk buat ujian sama ada murid yang mohon KAA layak untuk masuk ke kelas tersebut kerana banyak rayuan waris untuk masukkan anak mereka ke kelas tersebut. 7.9.4 Borang untuk masuk KAA boleh dapatkan pada Cikgu Azlaily binti Abidin atau PK Petang. 7.9.5 Sekolah juga menerima 15 murid baru yang terdiri daripada Jadual 3 (ikut ibu bapa) dan BS (sekolah semula). Kebanyakkan terdiri yang bersekolah semula. Tindakan : Semua guru 8 Taklimat Penolong Kanan Kokurikulum 8.1PK Kokurikulum merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru kerana telah membantu menjayakan program-program kokurikulum sesi 2023/2024 yang lalu. 8.2Unit Kokurikulum juga telah berjaya menyiapkan pengisian PAJSK bagi sesi 2023/2024 dalam tempoh yang ditetapkan. Analisis akan diperoleh kemudian. 8.3PK Kokurikulum mengalu-alukan dua guru Baharu iaitu Ustaz Omar Sadruddin bin Abd Aziz dan Puan Norhafizah binti Abu Hassan untuk membantu Unit Kokurikulum.


22 8.4Takwim Kokurikulum 8.4.1Takwim Kokurikulum adalah seperti yang ada dalam Buku Pengurusan. Terdapat perubahan yang dilakukan dengan membuat rombakan terhadap unit tertentu atas keperluan perkhidmatan dan ada unit yang dikekalkan. 8.5 Jadual MSSPP 8.5.1Guru harus membuat perancangan dengan membuat jadual persediaan. Guru tidak perlu menunggu memperoleh surat kerana kadang-kadang surat yang diterima adalah lewat. 8.5.2Guru yang mengendalikan sukan permainan dan koakademik sudah boleh membentuk pasukan masing-masing supaya kita bersedia dari awal. 8.5.3Tahniah diucapkan kepada Cikgu Noradibah dan pasukan kerana telah menyertai Pertandingan Mobile Apss dan Website di Penang Science Cluster. Perkara ini menjadi satu momentum kepada Unit Kokurikulum untuk mencapai kecemerlangan seperti yang dimaklumkan oleh Pengetua untuk meningkatkan RPS untuk memperoleh A. Setiap murid mesti cemerlang sekurang-kurangnya dua bidang. 8.5.4SMK Datuk Haji Ahmad Said akan menjadi tuan rumah untuk Kejohanan Olahraga MSSPP. Mengendalikan kejohanan ini agak mencabar namun begitu pasukan sekolah yang ada mampu untuk menjayakan kejohanan ini dengan bantuan teknikal daripada MSSPP. 8.6 Fail Laporan Aktiviti 8.6.1Terima kasih kepada unit-unit yang telah menghantar fail laporan aktiviti. Bagi unit yang masih belum menghantar fail laporan aktiviti sila hantar dengan segera kerana tempoh penghantaran telah pun tamat. Tindakan : Semua guru 9 Taklimat Penolong Kanan Petang 9.1 Penolong Kanan Petang mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dengan Pengesahan Murid Tingkatan 1 pada 14, 15 dan 16 Februari 2024 kerana sanggup bertungkus lumus sehingga petang untuk melancarkan urusan tersebut. 9.2 Pengesahan Murid Tingkatan 1 9.2.1Murid yang telah membuat pengesahan pada tarikh tersebut lebih kurang 231 murid. Kemungkinan akan ada murid yang keluar dan masuk. Diharapkan banyak murid yang akan keluar. Sekiranya tidak banyak murid yang keluar kita terpaksa memohon kepada JPN untuk membuka tambahan satu kelas lagi.


23 9.3 Minggu Orientasi Tingkatan 1 9.3.1 Jadual program atau tentatif program sepanjang minggu orientasi murid tingkatan 1 telah dimasukkan dalam kumpulan sembang sesi petang. Guruguru boleh rujuk dalam kumpulan tersebut. Turut dikongsikan tentatif perjalanan hari Isnin yang akan datang. Kaunter akan dibuka untuk urusan rayuan keluar sekolah, rayuan kemasukkan ke sekolah dan rayuan KAA. 9.3.2Maklumat berkaitan borang yang akan diisi telah dikongsikan dalam kumpulan sembang sesi petang. 9.4 Pakaian 9.4.1 Pakaian murid minggu pertama adalah seperti yang diputuskan oleh pihak sekolah iaitu i. Isnin – Pakaian Sukan ii. Selasa, Khamis dan Jumaat – Pakaian Seragam Sekolah iii. Rabu – Pakaian Kokurikulum Tindakan : Semua guru 10 Hal-hal Lain 10.1 Puan Che Rodziah memakluman kepada semua guru, Koperasi Sekolah telah menyediakan penjualan buku latihan mengikut pakej. Dalam pakej tersebut telah disediakan buku latihan garis satu ( 80 muka surat) sebanyak 12 buah termasuk buku latihan garis satu MSSM dan 4 buah buku garis satu MPSM (100 muka surat). 10.2 Diharapkan guru-guru menggunakan buku semaksimum kerana terdapat murid yang tidak mahu membeli buku tersebut dengan alasan buku latihan garis satu masih banyak tidak digunakan. Perkara ini akan menimbulkan masalah kepada ahli koperasi untuk menguruskan buku latihan tersebut kerana perlu dikeluarkan daripada pakej yang disediakan dan secara tidak langsung menyebabkan proses pembelian mengambil masa yang lama. 10.3 Dalam pakej pembelian buku turut disediakan satu buku amali, tiga buah buku kotak dan kertas graf. Diharapkan guru yang menggunakan kertas graf meminta murid menggunakan kertas graf yang telah disediakan dalam pakej. 10.4 Turut disediakan kertas lukisan dan buku kerja seni bagi tingkatan 1, fail RBT dan buku Catatan HEM. Sebanyak 400 buah buku catatan HEM disediakan dan dimasukkan dalam pakej pembelian buku. Buku catatan ini akan digunakan untuk membuat catatan semasa perhimpunan. 10.5 Banyak murid Perempuan yang telah membeli tudung yang telah ada cap lencana sekolah. Hanya segelintir sahaja yang tidak membeli kerana kehabisan saiz yang mereka.


24 10.6 Seluar sukan telah kehabisan saiz S. Murid tingkatan 1 kebanyakkannya saiz kecil. Baju sukan pula masih ada stok yang lama. Koperasi akan habiskan dahulu stok yang ada. 10.7 PK HEM memaklumkan bahawa ada lantikan baharu untuk warden asrama. Warden asrama terdiri daripada Puan Roziah binti Mansor dan Puan Norhafizah binti Abu Hassan. Masih terdapat satu kekosongan jawatan untuk menjadi warden asrama. Guru yang secara sukarela ingin menjadi warden asrama sangat dialu-alukan. Sekiranya tiada, pengetua akan putuskan guru yang akan mengisi kekosongan jawatan tersebut. 10.8 Ustaz Omar Sadriuddin dilantik menjadi salah seorang guru disiplin sekolah manakala Cik Noor Hidayah telah dilantik sebagai penyelaras kesihatan bahagian pergigian bagi sesi petang. Makluman 11.0 Penutup Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir dan berharap semua perkara yang dibincangkan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 tengah hari.


Click to View FlipBook Version