The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Penulisan ini membincangkan tentang analisis-analisis yang dibuat terhadap pelbagai produk teknlogi hijau dari aspek perhutanan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1025-3-alif, 2022-05-07 19:19:17

MUHAMMAD ALIF HAKIMI BI SUHAIMI_E-ALS1_TUGASAN 3

Penulisan ini membincangkan tentang analisis-analisis yang dibuat terhadap pelbagai produk teknlogi hijau dari aspek perhutanan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, 08000 SUNGAI PETANI

KEDAH DARUL AMAN

PALS1012
ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU- PENULISAN

ESEI

Nama : MUHAMMAD ALIF HAKIMI BIN SUHAIMI
No. K/P : 030821-03-0061
Angka Giliran : 2021252310370
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2021
Unit : E-ALS 1
Nama Pensyarah : DR. FAZLIZA BINTI CHE

Tarikh Hantar AMAT
: 2/5/2022

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : 2/5/2022

PEMERIKSA MODERATOR

Markah Markah

Tandatanga Tandatangan
n

Cop

Cop Tarikh
Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh :

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN....................................................................................................................... 1

2.0 ANALISIS-ANALISIS TENTANG PELBAGAI PRODUK TEKNOLOGI HIJAU
DARI ASPEK PERHUTANAN.................................................................................................... 2

2.1 Produk 1 - ‘Precision Forestry’............................................................................ 2
2.1.1- Deskripsi berkenaan ‘precision forestry’........................................ 2
2.1.2- Teknologi yang digunakan dalam ‘precision forestry’................ 2
2.1.3- Manfaat yang diperoleh daripada ‘precision forestry’................. 4

2.2 Produk 2 - Kaedah Penanaman Semula Hutan Miyawaki............................. 4
2.2.2- Langkah-langkah dalam kaedah penanaman semula hutan
Miyawaki.............................................................................................................. 4
2.2.1- Deskripsi berkenaan kaedah penanaman semula hutan
Miyawaki.............................................................................................................. 5
2.2.3- Kesan positif kaedah penanaman semula hutan Miyawaki
terhadap alam sekitar ......................................................................................6

3.0 KESIMPULAN......................................................................................................................... 7

SENARAI RUJUKAN................................................................................................................... 8

1.0 PENGENALAN

Pada era globalisasi ini, keadaan bumi kita dilihat semakin tenat dari semasa ke
semasa hasil daripada pelbagai aktiviti-aktiviti manusia seperti pembangunan,
perindustrian dan sebagainya. Berikutan hal ini, kita dapat melihat media massa
seperti akhbar serta kaca televisyen sering kali memaparkan kejadian bencana alam
yang berlaku di seantero dunia termasuklah negara kita sendiri iaitu Malaysia.
Antaranya termasuklah tanah runtuh, banjir kilat, jerebu, pemanasan global dan
sebagainya. Kejadian bencana alam ini dilihat bukan sahaja mendatangkan
kemusnahan kepada alam sekitar, namun turut mengakibatkan ancaman nyawa
kepada pelbagai jenis hidupan di atas muka bumi ini termasuklah manusia yang
dikatakan sebagai punca utama berlakunya fenomena-fenomena yang tidak diingini
ini. Sehubungan itu, konsep teknologi hijau mula diperkenalkan bagi mengelakkan
kesan yang lebih buruk daripada terus menimpa bumi kita yang tercinta ini. Dalam
konteks ini, Norizan et al. (2016) mendefinisikan teknologi hijau sebagai proses
pembangunan serta aplikasi pelbagai jenis produk, peralatan serta sistem bertujuan
untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi sekaligus meminimumkan
kesan negatif yang disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia. Melalui usaha yang
proaktif dalam memelihara kelestarian alam sekitar ini, antara faedah yang dilihat
paling signifikan termasuklah meningkatkan kualiti hidup bagi masyarakat dengan
menjamin kualiti alam sekitar ke arah yang lebih mapan (Bushra Limuna Ismail,
2020). Melihat kepada kepentingan teknologi hijau ini terhadap alam sekitar, pena
diskusi dalam penulisan pada kali ini akan membincangkan perihal berkenaan
analisis terhadap pelbagai produk teknologi hijau berdasarkan isu-isu semasa global
mengenai alam sekitar berdasarkan salah satu aspek yang agak signifikan iaitu
perhutanan. Dalam hal ini, apa yang dimaksudkan oleh perhutanan menurut Society
of American Foresters (2013) ialah pendekatan serta kegiatan mencipta, mengurus,
menggunakan, dan memulihara hutan serta sumber-sumber yang berkaitan untuk
memberi manfaat kepada manusia secara mampan bagi memenuhi matlamat dan
keperluan mereka.

1

2.0 ANALISIS-ANALISIS TENTANG PELBAGAI PRODUK TEKNOLOGI
HIJAU DARI ASPEK PERHUTANAN

2.1 Produk 1 - ‘Precision Forestry’

2.1.1- Deskripsi berkenaan ‘precision forestry’
‘Precision forestry’ dilihat antara inisiatif yang boleh diimplimentasikan sebagai
salah sebuah teknologi hijau dari aspek perhutanan dalam usaha untuk memelihara
hutan. Pengurusan hutan secara efisen dalah satu perkara yang amat perlu
dititikberatkan kerana hutan dianggap sebagai salah satu komponen yang amat
penting dalam sistem biofizikal di seluruh dunia termasuklah Malaysia (Nor
Akhirrudin et al., 2014).. Dalam hal ini, hutan memainkan peranan yang cukup besar
dalam memastikan alam sekitar yang berkualiti dengan berfungsi sebagai kawasan
perlindungan bagi sumber air, mencegah hakisan tanah serta nutrien, menstabilkan
iklim setempat serta memelihara sumber biologi (Nor Akhirrudin et al., 2014). Dalam
konteks ini, apa yang dimaksudkan dengan ‘precision forestry’ menurut Kovacsova &
Antalova (2010) ialah penggunaan sumber ICT dalam meningkatkan prestrasi serta
kecekapan pengurusan hutan. Taylor et al. (2002) pula mendefinisikannya sebagai
proses perancangan dan pengendalian pengurusan hutan secara khusus sebagai
tapak aktiviti dan operasi untuk meningkatkan kualiti dan penggunaan produk kayu,
mengurangkan sisa, dan meningkatkan keuntungan serta mengekalkan kualiti alam
sekitar. Namun demikian, ‘precision forestry’ bukan sahaja melibatkan adaptasi
teknologi digital semata-mata, namun ianya melibatkan anjakan paradigma daripada
sistem analog kepada sistem serta perancangan digital yang lebih kompleks
(Choudry & O’Kelly, 2018).

2.1.2- Teknologi yang digunakan dalam ‘precision forestry’

Rajah 1: Aplikasi GNSS dalam sektor perhutanan. (Sumber: Keefe et al., 2021)

2

Antara teknologi yang digunakan dalam ‘precision forestry’ ini termasuklah
penggunaan Global Navigation Satellite System atau Sistem Satelit Navigasi Global
(GNSS) dan Geographic Information System atau Sistem Maklumat Geografi (GIS)
dalam proses pemetaan hutan. Dalam konteks ini, penggunaan teknologi ini dilihat
mampu meningkatkan kejituan serta membolehkan proses pemetaan dilakukan di
kawasan hutan yang sukar untuk diperhatikan (Kovacsova & Antalova, 2010). Hal ini
akan memudahkan para pengurus hutan serta masyarakat setempat untuk
mendapatkan kefahaman yang lebih jelas berkaitan posisi, jarak, luas bagi kawasan-
kawasan hutan yang ditinjau (Bettinger et al., 2019) di samping memberi informasi
berskala besar berkenaan komposisi serta kesihatan sesebuah hutan, masalah
kemarau atau risiko banjir dan kebakaran hutan (Kinhal, 2021). Maklumat-maklumat
serta data-data yang tepat ini diperlukan untuk memastikan penilaian, perancangan
terhadap kawasan hutan berkenaan dari semasa ke semasa serta tindakan yang
selanjutnya dapat dibuat dengan lebih cepat serta efisen. Penggunaan teknologi
GNSS dan GIS ini juga dilihat mampu menjimatkan kos dengan kajian yang dibuat
Mohd Farid et al. (2016) menunjukkan bahawa proses pemetaan hutan melalui
penggunaan telefon pintar kos rendah yang dilengkapi dengan GNSS dijangka
berpotensi untuk mengumpulkan data geospatial dengan lebih baik selari dengan
perkembangan teknologi yang semakin pesat dalam masa terdekat.

Rajah 2: Penggunaan dron dalam meninjau kebakaran hutan (Sumber: Equinox’s drones)

Selain itu, penggunaan dron atau pesawat udara tanpa pemandu (UAV) juga
dilihat banyak membantu serta memudahkan proses peninjauan hutan dari segenap
aspek. Antaranya termasuklah penjimatan kos, fleksibiliti dari segi masa dan ruang
serta data yang tepat dan jitu (Banu et al., 2016). Misalnya dari segi penjimatan kos,
Lisein et al. (2013) dalam kajian mereka telah menggunakan sebuah dron yang kecil
untuk mengukur tinggi bagi kanopi hutan dan hasil yang diperoleh adalah sama
dengan hasil yang ditunjukkan oleh mesin pengesan LiDAR yang berkali-kali ganda
lebih mahal berbanding dron tersebut. Dari segi fleksibiliti masa dan ruang pula, dron

3

boleh diterbangkan pada bila-bila masa serta tempoh pengecasannya juga amat
singkat di samping mampu bergerak di kawasan yang sempit antara pokok-pokok
dalam hutan yang ditinjau. Selain itu, dron juga boleh digunakan untuk memantau
kegiatan-kegiatan yang tidak beretika dalam hutan seperti pembalakan dan
sebagainya. Antara contoh terdekat yang boleh kita ambil adalah seperti di negeri
Kelantan, di mana pihak Jabatan Perhutanan telah menggunakan teknologi dron ini
untuk memantau aktiviti pembalakan haram yang berlaku di negeri terbabit bagi
membolehkan tindakan yang selanjutnya boleh dikenakan ke atas pembalak-
pembalak haram berkenaan (Adila Sharinni Wahid, 2021). Melihat kepada contoh ini,
adalah dapat dirumuskan bahawa penggunaan teknologi ini jika dimanfaatkan
dengan sebaiknya oleh pihak berwajib dilihat sedikit-sebanyak mampu membanteras
kegiatan haram ini daripada terus berleluasa di dalam negara kita ini.

2.1.3- Manfaat yang diperoleh daripada ‘precision forestry’
Melalui penjelasan berkaitan teknologi-teknologi yang digunakan dalam
‘precision forestry’ ini, jelaslah kepada kita bahawa ‘precision forestry’ ini memainkan
peranan yang cukup signifikan dalam menjamin kelestarian hutan di seluruh dunia
termasuklah Malaysia. Dalam konteks ini, Kinhal (2021) telah menyenaraikan
beberapa daripada manfaat yang diperoleh hasil daripada pendekatan ini. Antaranya
termasuklah mengurangkan kos pengurusan dan pemetaan hutan sebanyak 47%
jika dibandingkan dengan kaedah tradisional selain mampu membantu menyediakan
data atau maklumat yang lebih tepat dan cepat dengan kesalahan atau ralat yang
minimum, membolehkan tindakan yang lebih pantas dapat diambil untuk menjaga
kelestarian hutan (Kinhal, 2021). Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa
‘precision forestry’ ini sememangnya merupakan antara inisiatif yang boleh
diimplimentasikan sebagai salah sebuah teknologi hijau dari aspek perhutanan
dalam usaha untuk memelihara hutan kita yang tercinta ini.

2.2 Produk 2 - Kaedah Penanaman Semula Hutan Miyawaki

2.2.1- Deskripsi berkenaan kaedah penanaman semula hutan Miyawaki
Salah satu teknologi hijau yang dapat dilihat dari aspek perhutanan ialah kaedah
penanaman semula hutan Miyawaki. Kaedah ini mula dipelopori oleh Profesor Akira
Miyawaki, iaitu seorang ahli botani yang berasal daripada Jepun pada tahun 1980-an.
Kaedah ini melibatkan penanaman pelbagai spesies tumbuhan asli di sesebuah
kawasan secara rapat-rapat supaya tumbuhan-tumbuhan tersebut hanya menerima

4

cahaya matahari dari atas untuk memastikan tumbesaran tumbuhan tersebut hanya
berarah ke atas (Pooja Khanna Tyagi, 2020). Menurut Poddar et al. (2021),
penanaman mengikut kaedah ini terbukti mampu membantu mempercepatkan
pertumbuhan hutan yang tebal secara semula jadi dengan hutan yang terbentuk
selepas tiga tahun adalah 30 kali ganda lebih tebal serta kadar pertumbuhan 10 kali
lebih cepat. Persoalan yang mungkin timbul di ruang fikiran kita, bagaimanakah
kaedah penanaman semula hutan mengikut kaedah Miyawaki ini mampu
mempercepatkan pertumbuhan hutan secara drastik?

Rajah 3: Hutan yang ditanam mengikut penanaman semula Miyawaki di Ormeignies,
Belgium selepas tempoh tiga tahun (Sumber: Urban Forests)

2.2.2- Langkah-langkah dalam kaedah penanaman semula hutan Miyawaki
Dalam konteks ini, terdapat beberapa langkah dalam kaedah penanaman
semula hutan Miyawaki sebagaimana yang telah digariskan oleh Poddar et al. (2021).
Ianya bermula dengan penyediaan tanah sebagai sumber nutrien bagi pokok-pokok
atau tumbuhan-tumbuhan yang menjadi salah satu komponen utama dalam hutan
tersebut. Dalam hal ini, Koziupa (2021) dalam kajiannya amat menitikberatkan
pemilihan kawasan sebagai tapak penanaman hutan berkenaan sama ada tanah di
kawasan tersebut subur atau memerlukan penambahan baja untuk membekalkan
nutrien tambahan kepada tumbuhan-tumbuhan yang bakal ditanam. Hal ini dikatakan
demikian kerana nutrien merupakan satu komponen yang amat penting dalam
memastikan tumbesaran serta pengeluaran hasil yang optimum (Naim et al., 2015).
Seterusnya, penenutuan spesies tumbuhan yang bakal ditanam di kawasan tersebut
juga perlu diambil perhatian berdasarkan iklim setempat (Poddar et al., 2021). Hal ini
penting kerana tumbuhan yang tidak sesuai dengan kawasan tersebut tidak akan
mampu untuk tumbuh dengan subur sekaligus akan merencatkan pertumbuhan
hutan di kawasan tersebut. Hal ini selari dengan dapatan kajian Woodward &
Woodward (1987) yang menyatakan bahawa cuaca atau iklim setempat amat

5

memperngaruhi kadar pertumbuhan pokok atau tumbuhan di sesebuah kawasan.
Selanjutnya, Poddar et al. (2021) turut menekankan aspek ukuran dalam penanaman
semula hutan ini. Menurut beliau, tinggi anak-anak pokok perlu berada dalam
lingkungan 80 cm serta bagi sesebuah petak berukuran 1 meter persegi, hanya tiga
hingga lima anak pokok sahaja yang boleh dimuatkan. Selain itu, hutan itu sendiri
memerlukan luas tapak sekurang-kurangnya 100 meter persegi untuk membolehkan
hutan itu menjadi amat padat dengan tujuan menggalakkan persaingan antara
pokok-pokok untuk mendapatkan cahaya matahari di samping memaksimumkan
penyimpanan air hujan yang turun. Hal ini dikatakan mampu mempercepatkan
perkembangan hutan tersebut. Akhir sekali, setelah tumbuhan-tumbuhan ditanam di
kawasan tersebut, mereka perlu disiram secara berkala dalam jangka masa dua atau
tiga tahun yang pertama sebelum ianya sesuai untuk dibiarkan berkembang dengan
sendirinya untuk mengelakkan sebarang perubahan terhadap ekologi hutan
berkenaan. Hal ini dilihat sebagai suatu yang signifikan kerana tumbuhan
memerlukan air untuk menjalankan proses fotosintesis bagi membolehkannya terus
berkembang dengan subur. Hal ini disokong oleh dapatan kajian Pugnaire et al.
(1999) yang menyatakan bahawa kehadiran air merupakan salah satu faktor yang
paling penting bagi menggalakkan pertumbuhan tumbuhan dengan lebih pantas.
Sebarang rencatan air terhadap tumbuhan terbabit memberikan kesan negatif
terhadap pertumbuhannya.

2.2.3- Kesan positif kaedah penanaman semula hutan Miyawaki terhadap
alam sekitar

Kaedah penanaman semula hutan Miyawaki ini ternyata mampu memberikan
kesan yang amat positif terhadap alam sekitar. Salah satu daripadanya termasuklah
mengurangkan peratusan gas karbon dioksida di ruang udara. Hal ini dibuktikan oleh
dapatan kajian Miyawaki (1998) yang menyatakan bahawa pendekatan ini walaupun
tidak mampu untuk menghilangkan gas karbon dioksida secara sepenuhnya di ruang
udara, namun ianya tetap mampu untuk meminimumkan peratusannya dengan hutan
yang ditanam dikatakan mempunyai luas kawasan hijau sebanyak 25-30 kali ganda
jika dibandingkan dengan kawasan berumput. Hal ini membolehkan lebih banyak gas
karbon dioksida diserap dengan kehadiran pokok yang lebih banyak serta pelbagai,
Hal ini selari dengan kajian yang dibuat oleh Tor-ngern & Leksungnoen (2020) yang
mendapati bahawa kehadiran pelbagai spesies pokok di sesebuah kawasan dapat
membantu meningkatkan kadar pengurangan gas karbon dioksida dengan amat
ketara. Sebagaimana yang kita sedia maklum, gas karbon dioksida merupakan salah
satu gas yang menjadi penyumbang kepada berlakunya kesan rumah hijau ke atas

6

muka bumi. Oleh sebab itu, dengan inisiatif kaedah penanaman semula hutan
Miyawaki ini jika diimplimentasikan di kawasan bandar yang mempunyai kepekatan
gas karbon dioksida yang tinggi hasil daripada aktiviti perkilangan mahupun
kenderaan bermotor sedikit sebanyak mampu mengurangkan kesan rumah hijau
seperti fenomena pulau haba dan sebagainya. Di sini jelas menunjukkan kaedah
penanaman semula hutan Miyawaki ini yang merupakan salah satu teknologi hijau
dalam aspek perhutanan memainkan peranan penting dalam mengurangkan kesan
negatif perbuatan manusia khususnya di kawasan perbandaran.

3.0 KESIMPULAN

Secara tuntasnya, berdasarkan analisis-analisis yang telah dibuat berkenaan
pelbagai produk teknologi hijau berdasarkan aspek perhutanan sebentar tadi,
jelaslah kepada kita bahawa teknologi hijau ini sememangnya memainkan peranan
yang cukup signifikan dalam menjamin pembangunan dengan memberikan impak
yang minimum terhadap alam sekitar kita. Oleh hal yang demikian, sudah menjadi
tanggungjawab kita bersama untuk mengimplimentasikan teknologi ini dalam
kehidupan seharian kita dalam segenap aspek termasuklah sumber tenaga,
pengurusan sisa pepejal dan sebagainya, bukan hanya merangkumi fokus utama
perbincangan dalam penulisan ini yakni perhutanan sahaja. Diharap ahli masyarakat
serta pihak berwajib sama ada badan kerajaan mahupun badan bukan kerajaan
dapat bersama-sama berkolaboratif dalam menyemai gaya hidup berlandaskan
teknologi hijau ini demi menjamin kelestarian alam sekitar kita yang tercinta ini. Hal
ini penting dalam usaha untuk memastikan alam sekitar dan bumi secara amnya
dapat bertahan demi kegunaan generasi kita pada masa yang akan datang.
Tegasnya, sikap segelintir pihak yang mengabaikan kepentingan teknologi hijau dan
penjagaan alam sekitar ini bukan sahaja memberi mudarat kepada diri sendiri, malah
turut meninggalkan kesan negatif terhadap orang lain, negara serta seluruh hidupan
di atas muka bumi ini. Senario ini amatlah bertepatan dengan peribahasa kerana nila
setitik, rosak susu sebelanga.

7

SENARAI RUJUKAN

Adila Sharinni Wahid. (2021, October 21). Kelantan guna dron pantau pembalakan

haram. Sinar Harian.

https://www.sinarharian.com.my/article/168074/EDISI/Kelantan-guna-dron-

pantau-pembalakan-haram/

Banu, T. P., Borlea, G. F., & Banu, C. (2016). The use of drones in forestry. Journal
of Environmental Science and Engineering B, 5(11), 557-562.
https://doi.org/10.17265/2162-5263/2016.11.007/

Bettinger, P., Merry, K., Bayat, M., & Tomaštík, J. (2019). GNSS use in forestry–A
multi-national survey from Iran, Slovakia and southern USA. Computers and
Electronics in Agriculture, 158, 369-383.
https://doi.org/10.1016/j.compag.2019.02.015/

Choudhry, H., & O’Kelly, G. (2018, June 25). Precision forestry: A revolution in the
woods. McKinsey & Company; McKinsey & Company.
https://www.mckinsey.com/industries/paper-forest-products-and-packaging/our-
insights/precision-forestry-a-revolution-in-the-woods/

Fauzi, M.F., Idris, N.H., Yahya, M.H., Din, A.H.M, Idris, N.H., Lau, A.M.S. , Ishak,
M.H.I. 2016. Tropical Forest Tree Positioning Accuracy: A Comparison of Low
Cost GNSS-enabled devices. International Journal of Geoinformatics, 12(2), 59-
66.

Hassan, N., Salamon, H., & Rahman, H. A. (2016). Sumbangan Teknologi Hijau

Dalam Ketamadunan Islam. Sains Humanika, 8(3-2).

https://doi.org/10.11113/sh.v8n3-2.961/

How Drone Technology is Becoming Essential for Forestry. (2020). Equinox’s Drones.
https://www.equinoxsdrones.com/blog/how-drone-technology-is-becoming-
essential-for-forestry/

Ismail, B. (2020). Teknologi hijau dalam arus pembangunan negara dan amalan

masyarakat. Jurnal Refleksi Kepemimpinan, 3.

https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jrk/article/view/9812/

8

Keefe, R. F., Wempe, A. M., Becker, R. M., Zimbelman, E. G., Nagler, E. S., Gilbert,
S. L., & Caudill, C. C. (2019). Positioning methods and the use of location and
activity data in forests. Forests, 10(5), 458. https://doi.org/10.3390/f10050458/

Kinhal, V. (2021, March 24). Precision Forestry in 2021 - A Revolution in Intensive
Management - CID Bio-Science. CID Bio-Science. https://cid-
inc.com/blog/precision-forestry-in-2021-a-revolution-in-intensive-management/

Kovácsová, P., & Antalová, M. (2010). Precision forestry–definition and technologies.
Šumarski list, 134(11-12), 603-610. https://hrcak.srce.hr/62792/

Koziupa, T. (2021). An overview of Miyawaki Forest concept: The implementation,
Pros and cons.Science and Technology of the XXI century, 31-32.
https://doi.org/10.13140/RG.2.2.28205.00487/

Lisein, J., Pierrot-Deseilligny, M., Bonnet, S., & Lejeune, P. (2013). A
photogrammetric workflow for the creation of a forest canopy height model from
small unmanned aerial system imagery. Forests, 4(4), 922-944.
https://doi.org/10.3390/f4040922/

Manuel, C. (2020). The Miyawaki method – Data & concepts. Urban Forests.
https://urban-forests.com/wp-content/uploads/2020/05/Urban-Forests-report-
The-Miyawaki-method-%E2%80%93-Data-concepts.pdf/

Mahmud, N. A., Abdullah, M. R. C., Yaacob, A., & Abdullah, M. U. PAPER 2: 2

Kepentingan dan sumbangan pelaksanaan pensijilan pengurusan hutan

menggunakan standard kriteria & petunjuk Malaysia [MC&I (HUTAN ASLI)]

untuk amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB) 17th Malaysian

Forestry Conference (176).

http://myagric.upm.edu.my/id/eprint/16707/1/2014%20-

%2017th%20Malaysian%20Forestry%20Conference%20Proceedings.pdf#page

=185/

Miyawaki, A. (1998). Restoration of urban green environments based on the theories
of vegetation ecology. Ecological Engineering, 11(1-4), 157-165.

9

Naim, M., Abd, F., Najib, M., Yusof, M., Hashim, S., Sunian, E., Sulaiman, E., &
Ramli, A. (2015). Pengurusan kesuburan tanah dan nutrien untuk tanaman padi
di Malaysia (Soil fertility and nutrient management for rice crop in
Malaysia). Buletin Teknologi MARDI, (8), 37–44.
http://ebuletin.mardi.gov.my/buletin/08/Pengurusan%20kesuburan%20tanah.pdf/

Poddar, S. 2021. Miyawaki technique of afforestation. KRISHI SCIENCE- eMagazine
for Agricutural Sciences. 2(9). 1-4. https://www.researchgate.net/profile/Sourik-
Poddar-
2/publication/354656628_MIYAWAKI_TECHNIQUE_OF_AFFORESTATION/link
s/61449dfe519a1a381f68ef93/MIYAWAKI-TECHNIQUE-OF-
AFFORESTATION.pdf/

Pooja Khanna Tyagi. (2020, May 14). How to use the Miyawaki Method to grow a
mini forest at home. Architectural Digest India; Architectural Digest India.
https://www.architecturaldigest.in/content/how-to-use-miyawaki-method-grow-
mini-forest-minimal-space-home-garden/

Pugnaire, F. I., Serrano, L., & Pardos, J. (1999). Constraints by water stress on plant
growth. Handbook of plant and crop stress, 2, 271-283.

SAFnet Dictionary | Definition For [forestry]. (2022). Archive.org.
https://web.archive.org/web/20131019122343/http://dictionaryofforestry.org/dict/t
erm/forestry/

Taylor, S., Veal, M., Grift, T.,McDonald, T., & Corley, F. (2002). Precision Forestry:
Operational tactics for today and tomorrow. 25th annual Meeting of the council of
Forest Engineers.

www.eng.auburn.edu/files/file169.pdf/

Tor-ngern, P., & Leksungnoen, N. (2020). Investigating carbon dioxide absorption by
urban trees in a new park of Bangkok, Thailand. BMC Ecology, 20(1).
https://doi.org/10.1186/s12898-020-00289-4/

Woodward, F. I., & Woodward, F. K. (1987). Climate and plant distribution.
Cambridge University Press.

10


Click to View FlipBook Version