SEKOLAH KEBANGSAAN STELLA MARIS (M)
PETI SURAT 238, TANJUNG ARU,
88858 KOTA KINABALU, SABAH
LAPORAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR)
BERMULA 6 SEPTEMBER 2021 HINGGA 10 SEPTEMBER 2021
SEKOLAH KEBANGSAAN STELLA MARIS (M), TANJUNG ARU
PENDAHULUAN
Mengambil kira situasi semasa pandemik COVID-19 serta perbincangan bersama Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) mengumumkan sesi persekolahan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR) diteruskan. Sesi persekolahan akan dibuka secara berperingkat-peringkat pada 3 Oktober
2021 bermula dengan melibatkan kelas peperiksaan terlebih dahulu, namun mengikut fasa dalam
Pelan Pemulihan Negara (PPN) serta prosedur operasi standard (SOP) berdasarkan situasi semasa
COVID-19.
Pada minggu ini diadakan Minggu Panitia Sejarah yang dianjurkan oleh Panitia Sejarah
bagi murid-murid Tahap 2. Pelbagai aktiviti telah disediakan iaitu Pertandingan Kuiz Sejarah
Kemerdekaan Malaysia yang disertai oleh murid-murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Selain
itu, terdapat juga aktiviti lain yang diadakan iaitu Pertandingan Melukis Poster bertemakan Hari
Malaysia bagi murid-murid Tahun 4, Pertandingan Kraftangan bertemakan kemerdekaan bagi
murid-murid Tahun 5, dan Pertandingan Kad Ucapan bertemakan kemerdekaan bagi murid-murid
Tahun 6.
Peratus kehadiran pada minggu ini agak memuaskan iaitu 18 buah kelas mencapai 90%
ke atas dan tiga buah kelas mencapai 80% ke atas. Terdapat tiga buah kelas mencapai kehadiran
100% sepanjang minggu ini iaitu kelas 4 Merah, 6 Kuning, dan 6 Biru bagi Tahap 2.
OBJEKTIF
1. Memastikan proses PdPc berjalan seperti yang dirancang.
2. Memastikan murid dapat melalui proses pembelajaran secara berterusan walaupun tidak
dapat hadir ke sekolah.
3. Memastikan sukatan pelajaran disampaikan dengan sebaiknya.
KAEDAH PELAKSANAAN
Sekolah telah membuat ketetapan PdPR semua mata pelajaran disampaikan dan
dilaksanakan menggunakan medium Telegram. Bahan dan aktiviti pembelajaran yang diberi boleh
diakses dan dibuat oleh murid semasa di rumah. Terdapat juga guru-guru yang menyediakan
modul pembelajaran untuk digunakan oleh murid-murid semasa PdPR dijalankan. Guru-guru juga
menggunakan buku teks dan buku kerja sepanjang PdPR ini. Aktiviti pembelajaran pula
menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai seperti yang disarankan oleh KPM dalam Manual
Pengajaran dan Pembelajaran Versi 2.
Pihak pentadbir sekolah telah menyediakan jadual waktu PdPR yang munasabah dari segi
persediaan murid dan sesuai dengan kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru seperti yang
dirancang dalam Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT). Jadual ini telah disampaikan kepada
guru, murid dan ibu bapa/penjaga.
Perancangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
Perancangan PdPR melibatkan penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) sebelum
sesi PdPR. Guru telah merancang aktiviti pembelajaran dengan mengambil kira standard
kandungan, standard pembelajaran, objektif pembelajaran, aktiviti pembelajaran, dan pentaksiran
yang bersesuaian dengan keadaan situasi guru dan murid.
Semasa Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
Peranan guru semasa proses PdPR adalah sebagai pemudahcara, pembimbing dan
pentaksir perkembangan murid. Murid secara individu dengan bimbingan ibu bapa di rumah
menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Murid dan ibu bapa boleh menghubungi guru
untuk bertanya dan berbincang berkaitan pembelajaran.
Selepas selesai sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), guru-guru
dikehendaki membuat Pelaporan Harian PdPR menerusi sistem SPdPR yang boleh diakses di
https://spsabah.moe.gov.my. Guru-guru juga perlu menyediakan RPH setiap hari dan dihantar
kepada Penolong Kanan masing-masing.
Guru-guru telah melaksanakan PdPR dengan penuh tanggungjawab bagi memastikan
pendidikan yang berkualiti dapat disampaikan kepada semua murid.
Disediakan oleh;
WONG SHIAU LI
Penolong Kanan Pentadbiran,
Sekolah Kebangsaan Stella Maris (M), Tanjung Aru.
SEKOLAH KEBANGSAAN STELLA MARIS (M)
PETI SURAT 238, TANJUNG ARU,
88858 KOTA KINABALU, SABAH
KEHADIRAN MURID
TAHAP SATU
TAHAP DUA
JADUAL WAKTU
TAHAP SATU
JADUAL WAKTU
TAHAP DUA
SEKOLAH KEBANGSAAN STELLA MARIS (M)
PETI SURAT 238, TANJUNG ARU,
88858 KOTA KINABALU, SABAH
LAPORAN BERGAMBAR
PELAKSANAAN PdPR
BERMULA 6 SEPTEMBER 2021 HINGGA 10 SEPTEMBER 2021
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) atas talian melalui kumpulan
Telegram kelas (Penglibatan Murid) :
SEKOLAH KEBANGSAAN STELLA MARIS (M)
PETI SURAT 238, TANJUNG ARU,
88858 KOTA KINABALU, SABAH
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) atas talian melalui kumpulan
Telegram kelas (Penglibatan Murid) :
SEKOLAH KEBANGSAAN STELLA MARIS (M)
PETI SURAT 238, TANJUNG ARU,
88858 KOTA KINABALU, SABAH
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) atas talian melalui kumpulan
Telegram kelas (Penglibatan Murid) :
SEKOLAH KEBANGSAAN STELLA MARIS (M)
PETI SURAT 238, TANJUNG ARU,
88858 KOTA KINABALU, SABAH
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) atas talian melalui kumpulan
Telegram kelas (Penglibatan Murid) :
SEKOLAH KEBANGSAAN STELLA MARIS (M)
PETI SURAT 238, TANJUNG ARU,
88858 KOTA KINABALU, SABAH
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) atas talian melalui kumpulan
Telegram kelas (Penglibatan Murid) :
SEKOLAH KEBANGSAAN STELLA MARIS (M)
PETI SURAT 238, TANJUNG ARU,
88858 KOTA KINABALU, SABAH
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) atas talian melalui kumpulan
Telegram kelas (Penglibatan Murid) :
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) atas talian secara bersemuka
melalui portal DELIMA Google Meet :