KONSEP ASAS KAEDAH FIQH : SESI 1 2022/2023
KEYAKINAN TIDAK BOLEH
DIHILANGKAN DENGAN SYAK
NAMA KURSUS : SAINS TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN DALAM ISLAM (MPU23052)
NAMA PENSYARAH : PUAN ROSMANI BINTI
HUSAIN
AHLI KUMPULAN 1.MUHAMMAD AFIQ DANIEL BIN NAZRI
(13DKA21F2025)
2.CHE ENGKU ZAKWAN BIN CHE NGKU
MOHAMAD (13DKA21F2027)
ISI KANDUNGAN 04 PENGENALAN
05 PENGHARGAAN
06 ISI 1 : MAKSUD DARI SEGI BAHASA & ISTILAH
07-13 ISI 2 : PECAHAN KAEDAH
14-16 ISI 3 : APLIKASI KAEDAH
17 ISI 4 : PERMASALAHAN YANG DIKECUALIKAN
18 KESIMPULAN
19 SUMBER RUJUKAN
PENGENALAN
Kaedah fiqh ini merupakan salah satu kaedah yang penting di
dalam fiqh. Bahkan Al-Qadhi Husin al-Syafi’e menyatakan
bahawa fiqh terbina dari empat kaedah utama dan antaranya
adalah kaedah ‘keyakinan tidak dihilangkan dengan syak ini’.
Kaedah ini mempunyai sandarannya dari nas-nas syarak
daripada Al-Quran dan juga Al-Sunnah. Antaranya adalah
firman Allah S.W.T dalam Surah Yunus, ayat 36, yang
bermaksud, "Sesungguhnya zhan (sangkaan) tidak
menandingi kebenaran walau sedikit pun." Selain itu juga,
Imam Al-Thabari dalam tafsiran beliau ke atas ayat ini
menyebutkan, "Sesungguhnya syak tidak memberi nilaian
walau sedikit pun ke atas keyakinan. Dan syak sedikit pun
tidak menggantikan kedudukan keyakinan serta tidak
memberi sebarang manfaat kerana sesuatu itu berhajat
kepada keyakinan." Merujuk kepada Al-Jami’ Al-Bayan, Al-
Thabari (15/89).
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kerana lami berdua dapat menjayakan e-
folio ini mengenai Konsep Asas Fiqh berkenaan subtopik
Keyakinan Tidak Boleh Dihilangkan dengan Syak. Terima kasih
juga kepada pensyarah kami, Puan Rosmani binti Husain
kerana telah memberikan tunjuk ajar dan panduan kepada kami
sepanjang proses permulaan untuk menghasilkan e-folio ini.
Selain itu, terima kasih kepada ahli keluarga dan rakan-rakan
yang turut memberi bantuan dari segi moral dan sokongan
kepada kami berdua bagi menjayakan e-folio ini.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Hasan bin ‘Ali
R.Anhuma bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
َدْع َم ا َيِريُبَك ِإىَل َم ا َال َيِريُبَك َفِإَّن الِّص ْدَق ُط َم ْأِنيَنٌة َوِإَّن اْلَكِذَب ِريَبٌة
Maksudnya : Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu
kepada perkara yang tidak meragukan kamu. Sesungguhnya
kebenaran itu adalah ketenangan dan pembohongan itu suatu
yang meragukan.
Riwayat Al-Tirmizi (2518)
KONSEP ASAS KAEDAH
FIQH : KEYAKINAN TIDAK
BOLEH DIHILANGKAN
DENGAN SYAK
DALIL-DALIL SERTA KAEDAH FIQH
Usul fiqh berlegar sekitar isu dalil-dalil
serta kaedah-kaedah fiqh. Antara kaedah
fiqh yang masyhur serta membantu dalam
proses pengeluaran sesuatu hukum
adalah kaedah:
الَيِق ين اَل ُيَزاُل ِبالَّش ّك
Maksudnya: Keyakinan tidak dihilangkan
dengan syak (keraguan)
KEYAKINAN SYAK
SUDUT BAHASA : Ragu-ragu.
SUDUT BAHASA : Suatu ilmu yang tidak ada
bersamanya keraguan.
SUDUT ISTILAH : Terhasilnya kepastian yang
SUDUT ISTILAH : Terhasilnya kepastian yang jazam sama ada sesuatu itu berlaku atau tidak
jazam sama ada sesuatu itu berlaku atau tidak
berlaku.
berlaku.
“Sekiranya seseorang itu telah memastikan akan sesuatu, kemudian
dia berasa syak adakah perkara yang dipastikan itu telah hilang atau
tidak, maka asasnya adalah masih kekal perkara yang dipastikan itu.
Maka sesuatu itu kekal di atas apa yang telah dipastikan.”
- Syarah Al-Qawa’id Al-Fiqhiyyah (Hlm. 45).
1) SESUATU ITU KEKAL
SEPERTI SEBELUM
DATANGNYA KERAGUAN
SESUATU ITU KEKAL SEPERTI SEBELUM
DATANGNYA KERAGUAN BERMAKSUD
BAHAWA SESUATU PERKARA PERLU
DIAMBIL KIRA MENGIKUT HUKUM ASAL
YANG SEDIA ADA.
“Dalam hal sebegini, kita patut menerima sesuatu seadanya
walaupun ia kurang baik sebelum wujudnya sesuatu yang lebih baik
daripadanya.
Apabila telah ada sesuatu yang lebih baik, maka kita perlu
meninggalkan perkara yang kurang baik dan mengambil perkara
yang lebih baik itu
2) SECARA ASALNYA
SESUATU ITU TIADA
KAEDAH INI MEMBAWA MAKSUD BAHAWA ASAL SEGALA
SESUATU ADALAH TIADA, IAITU SETIAP SESUATU YANG ADA
MESTILAH ASALNYA TIADA DAN TERJADINYA SESUATU PERKARA
YANG MENYEBABKAN SESUATU ITU WUJUD
3) SESEORANG ITU PADA
ASALNYA BEBAS
DARIPADA
TANGGUNGJAWAB
KAEDAH INI BERMAKSUD SECARA ASALNYA SESEORANG ITU BEBAS DARIPADA
SEBARANG TANGGUNGJAWAB MELAINKAN ADANYA SESUATU SEBAB TERTENTU
YANG MENYEBABKAN DIA MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB. BEBAS DARIPADA
TANGGUNGJAWAB ADALAH PERKARA ASAL DAN TERIKAT DENGAN
TANGGUNGJAWAB ADALAH PERKARA YANG DATANG KEMUDIAN.
Sama juga dengan penciptaan sesuatu
inovasi atau produk yang pada asalnya
seseorang itu mempunyai hak untuk
bebas daripada tanggungjawab. Namun,
apabila berlaku cetak rompak atau hasil
tiruan atas hasil inovasi tersebut, maka
dia perlu bertanggungjawab atas
perkara itu.
4) ASAL PERKATAAN ITU
DIKIRA BERDASARKAN
MAKSUDNYA YANG
SEBENAR
MAKSUD SEBENAR
PERKATAAN AKAN
DIAMBIL KIRA JIKA
SATU PERTIKAIAN
BERLAKU DALAM
SESUATU
PERKARA
5) SESIAPA BERKEADAAN
SYAK SAMA ADA TELAH
MELAKUKAN ATAU TIDAK,
MAKA IA PATUT
MENGANGGAPNYA TIDAK
MELAKUKAN
KAEDAH INI DAPAT DIJELASKAN MELALUI SOLAT. APABILA SESEORANG BERASA SYAK
SAMA ADA TELAH RUKUK ATAU BELUM, MAKA DIA HENDAKLAH MENGAMBIL KEYAKINAN
BELUM MELAKUKANNYA. DALAM HAL SEBEGINI, DIA WAJIB MENGULANGI APA YANG
BELUM DIA LAKUKAN
6) ASAL SETIAP YANG
BERLAKU DIAMBIL KIRA
YANG PALING HAMPIR
7) ASAL SESUATU ITU
ADALAH HARUS KECUALI
ADA DALIL LAIN YANG
MENGHARAMKAN
PERKARA TERSEBUT
ASAL SESUATU HUKUM BAGI
SESUATU PERKARA ADALAH
HARUS KECUALI TERDAPAT
DALIL YANG
MENGHARAMKANNYA.
Sama juga dengan aktiviti dan hasil penciptaan dalam bidang
sains, teknologi dan kejuruteraan asalnya adalah harus
melainkan ada nas atau dalil yang mengharamkan kegunaan dan
penciptaan tersebut
APLIKASI
KAEDAH
Isu talak
Sekiranya seseorang itu berasa ragu-ragu sama ada dia menceraikan isterinya atau tidak, maka
tidak berlaku talak dalam keadaan ini. Kerana perasaan syak itu tidak memberi kesan kepada
keyakinan yang sedia ada iaitu mereka masih merupakan pasangan suami isteri. Maka
perkahwinan tidak gugur semata berlakunya syak dalam perceraian. Kerana pensabitan sesuatu
itu sama ada berlaku atau tidak hanyalah menerusi keyakinan dan kepastian.
Larangan bermain-main dengan talak. Perkara ini adalah perkara yang tidak boleh dijadikan
bahan ketawa dan gurauan. Hal ini ditegaskan oleh Nabi SAW di dalam sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud:
Tiga perkara yang seriusnya dianggap bersungguh-sungguh dan gurauannya dianggap
bersungguh-sungguh, iaitu, nikah, cerai, rujuk semula (selepas talak).
Riwayat Abu Daud (2194)
Isu wuduk
Seseorang yang telah selesai mengambil wuduk
kemudian dia berasa sangsi dan ragu-ragu sama ada
wuduknya telah terbatal atau tidak, maka hendaklah dia
berpegang dengan keyakinan bahawa dia masih berada
dalam keadaan taharah (suci dari hadas).
Isu bilangan rakaat di dalam solat
Seseorang yang berasa syak tentang bilangan rakaat
solatnya maka hendaklah dia menghilangkan syak
dengan mengambil pendapat yang paling yakin dan
pasti. Justeru, dalam kes kekeliruan tentang dua atau
tiga rakaat, maka seseorang menghilangkan syak
dengan mengambil dua rakaat yang pasti. Lalu di
penghujung solat dia melakukan sujud sahwi.
Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
Abu Sa’id Al-Khudri R.A beliau berkata bahawa
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
Apabila salah seorang kamu berasa syak di dalam
solatnya, kemudian dia tidak tahu berapa rakaatkah yang
telah dia lakukan sama ada tiga rakaat atau empat
rakaat, maka hendaklah dia menghilangkan syak dan dia
perlulah membina berdasarkan apa yang dia yakin.
Riwayat Muslim (571)
Hal ini dikuatkan lagi dengan apa yang ditunjukkan
dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abd al-
Rahman bin ‘Auf R.A beliau berkata bahawa Rasulullah
S.A.W bersabda yang bermaksud:
Apabila salah seorang dari kamu berasa ragu-ragu
terhadap bilangan rakaat sama ada dua rakaat dan satu
rakaat, maka jadikanlah ia sebagai satu rakaat. Apabila
berasa syak sama ada dua rakaat atau tiga rakaat, maka
jadikanlah ia sebagai dua rakaat. Dan apabila seseorang
itu syak sama ada tiga rakaat atau empat rakaat maka
jadikanlah ia sebagai tiga rakaat. Kemudian dia
menyempurnakan baki-baki dari perbuatan solatnya,
sehinggahlah yang diragukan adalah pada (rakaat yang
lebih), kemudian dia bersujud sebanyak dua kali dalam
keadaan dia duduk sebelum dia memberi salam.
Riwayat Al-Tirmizi (1209)
Isu penggunaan deoxyribonucleic acid (DNA) untuk
menentukan kesahihan hubungan seorang anak
dengan ibu atau bapanya
Keputusan DNA yang diyakini boleh dijadikan hujah
yang kukuh akan kesahihan hubungan seorang anak
itu dengan ibu bapanya, walaupun kedua duanya
memiliki rupa paras yang berbeza. Keyakinan ialah
sesuatu yang dipercayai benar pada hukum, manakala
syak pula bermaksud ketidakyakinan terhadap
sesuatu perkara. Kaedah fiqh bertindak menetapkan
keyakinan yang dipegang oleh seseorang tidak boleh
berubah dengan sewenang-wenangnya oleh keraguan
yang belum pasti sejauh mana kebenarannya.
PERMASALAHAN
YANG DIKECUALIKAN
DARI KAEDAH
‘KEYAKINAN TIDAK
HILANG DENGAN
ADANYA SYAK’
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, dalam setiap perkara sama ada dalam
urusan keduniaan atau akhirat, seseorang itu hendaklah
berpegang dengan hukum asal yang diyakini dan
menghilangkan syak yang mengganggu fikiran. Kaedah ini
hakikatnya menjelaskan bahawa menjadi satu tuntutan
kepada setiap individu untuk meninggalkan segala keraguan
dan syak dalam kehidupan kepada keyakinan yang
menenangkan.
Jika dikaitkan dengan konteks sains dan teknologi dalam
kejuruteraan pula, kaedah ini menuntut keyakinan seseorang
terhadap ilmu yang dimiliki dan kemampuannya untuk
membuat sesuatu keputusan dan tindakan yang benar dan
penuh keyakinan. Segala bentuk keraguan yang boleh
menimbulkan kerauan seseorang saintis, teknokrat dan
jurutera perlulah dihindarkan seperti hasutan kebendaan,
kemasyhuran dan mengaut keuntungan yang menjadi
kekangan dan penghalang kepada mereka untuk
menjalankan penyelidikan atau menghasilkan rekaan dan
ciptaan yang terbaik.
Para saintis, teknokrat dan jurutera hendaklah berkeyakinan
bahawa segala usaha mereka memnuhi tujuah syariat, iaitu
untuk memelihara agama,nyawa, akal, keturunan dan harta
manusia. Di samping itu, hasil kerja mereka juga perlu
berkemampuan untuk memberikan impak yang baik bagi
keselesaan dan kesempurnaan hidup manusia.
SUMBER
RUJUKAN
https://www.studocu.com/my/document/kolej-universiti-
islam-melaka/kaedah-fiqh/keyakinan-tidak-boleh-
dihilangkan-dengan-hanya-sekadar-syak-minggu-ke-
7/17124413
https://coggle.it/diagram/YEA_L6W-
yoK7Zxmm/t/kaedah-fiqh-2-dengan-syak-
%D8%A7%D9%84%D9%8A%D9%8E%D9%82%D9%90%D9
%8A%D9%86-%D9%84%D9%8E%D8%A7-
%D9%8A%D9%8F%D8%B2%D9%8E%D8%A7%D9%84%D9
%8F-
%D8%A8%D9%90%D8%A7%D9%84%D8%B4%D9%91%D9
%8E%D9%83%D9%91
https://www.studocu.com/my/document/kolej-universiti-
islam-melaka/kaedah-fiqh/keyakinan-tidak-boleh-
dihilangkan-dengan-hanya-sekadar-syak-minggu-ke-
7/17124413