PENGENALAN SURAH AL-QADR
➢ Surah Al-Qadr mengandungi 5 ayat. Surah ini merupakan surah
ke-97 dan diturunkan di Mekah.
➢ Surah ini dinamakan Al-Qadr kerana kandungannya
membicarakan kehebatan dan kemuliaan malam lailatul
qadar.
➢ Para Malaikat dan Jibril turun pada malam Lailatul Qadar
dengan membawa keberkatan dan kebaikan kepada hamba-
hamba Allah yang mukmin dan soleh.
Intisari Surah Al-Qadr
Surah Al-Qadr menjelaskan keistimewaan malam
Lailatul Qadar. Antara keistimewaannya ialah:
❖ Allah menurunkan al-Quran kali pertama
pada malam lailatul Qadar.
❖ Allah menyuruh manusia menghayati
kebesaran malam Lailatul Qadar.
❖ Pahala ibadat pada malam Lailatul qadar
lebih baik daripada seribu bulan.
❖ Para Malaikat turun mengelilingi majlis ilmu
sebagai tanda penghormatan kepada
pencinta imlu.
❖ Allah memerintahkan para Malaikat turun
mengatur urusan hidup manusia.
❖ Kesejahteraan dan keberkatan malam
Lailatul Qadar berterusan sehingga terbit
fajar.
Kelebihan malam Lailatul Qadar.
Kelebihan malam Lailatul qadar
dijelaskan dalam Hadis:
Maksud hadis;
Lailatul Qadar berlaku pada malam
10 malam terakhir. Sesiapa yang
memakmurkan malamnya dengan
penuh kesungguhan, maka Allah
akan mengampunkan segala
dosanya yang lepas dan yang akan
datang.
Pengajaran Surah Al-Qadr
1. Gandakan ibadat pada bulan
Ramadahn terutama pada 10 malam
terakhir.
2. Allah merahsiakan kedatangan malam
ini supaya manusia sentiasa beribadat
dengan istiqomah.
3. Ibadat sunat pada bulan Ramadhan
harus diteruskan pada bulan
berikutnya.
4. Amalan menghayati isi kandungan al-
Quran akan dapat meningkatkan
ketakwaan.
5. Sentiasa bermuhasabah diri agar amal
ibadat kita dapat dipertingkatkan.
6. Bersyukur dengan nikmat Lailatul
Qadar.
(1اڤاکه يڠ دمقصودکن ليلة القدر؟
(2دماناکه سوره اين دتورونکن؟
(3براڤاکه جومله أية اين؟
(4سياڤاکه يڠ داوتوسکن اوليه الله ڤد مالم ليلة القدر؟
(5بريکن دوا کلبيهن مالم ليلة القدر.
(1مالم ليلة القدر لبيه باءيق درڤد (سريبو /سراتوس ) بولن.
(2کأيستيميواءن مالم اين برتروسن هيڠݢ تربيت (ماتاهاري /فجر).
(3کتوا ملائکة اياله ( جبريل /مکائيل).
(4الله ( ممبريتاهو /مرهسياکن ) کداتڠن مالم ليلة القدر.
(5کيت هندقله ( مڠورڠکن /ممڤرباڽقکن ) عبادة تراوتام ڤد 10مالم
ترأخير بولن رمضان.