IRDINA NATASYA BINTI MAT ZAMRI
PENYALAHGUNAAN
UBAT-UBATAN
4 bestari
PUAN NAFISHAH BINTI ALI
APAKAH
PENYALAHGUNAAN UBAT-
UBATAN
Penyalahgunaan ubat berlaku apabila anda mengambil ubat tidak mengikut
arahan doktor/ahli Farmasi. Di antara contoh penyalahgunaan ubat adalah
seperti berikut :
Menggunakan ubat yang dipreskrib untuk orang lain
Mengambil dos yang lebih tinggi berbanding yang diarahkan
Mengambil ubat dengan cara yang berbeza daripada arahan. Sebagai contoh
dengan menghancurkan tablet dan diambil melalui hidung atau injeksi
Mengambil ubat bagi tujuan lain iaitu tidak mengikut indikasi yang
ditetapkan/diperlukan, seperti untuk menimbulkan rasa ghairah
Penyalahgunaan ubat boleh menyebabkan ketagihan ubat. Antara jenis ubat
yang boleh menyebabkan ketagihan adalah ubat tahan sakit yang mengandungi
opiod, ubat tidur, ubat penenang dan ubat perangsang. Terdapat juga ubat tanpa
preskripsi (over the counter (OTC)) yang sering disalahgunakan, iaitu seperti
ubat yang mengandungi bahan dextromethorphan yang terkandung dalam ubat
batuk dan selsema.
CONTOH UBAT DAN KESAN
KETAGIHAN YANG DIALAMI
PUNCA PENYALAHGUNAAN
UBAT-UBATAN
1. PENYALAHGUNAAN DADAH
Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang
berulang-ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan. Pada kebiasaannya ia
akan mendatangkan perasaan gembira melampau atau ketagih bertujuan lari
daripada kenyataan.
Penagihan dadah bermula apabila seseorang itu;
Memerlukan dos yang lebih tinggi untuk mencapai
kesan yang diingini
Mula menunjukkan sifat-sifat ketagih apabila
penggunaannya dihentikan
Terpaksa meningkatkan umlah dadah yang lebih
banyak dan tempoh penggunaan yang lebih lama
Penagihan dadah juga akan membuatkan seseorang
hilang kawalan diri
Kebiasaannya, penagih dadah akan
menghabiskan masa untuk melakukan
aktiviti seperti mencari pengedar,
membeli dan menggunakan dadah,
begitu juga mendapatkan wang bagi
membeli dadah
Ini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada diri mereka dan masyarakat
sekeliling.
1. KEBERGANTUNGAN SECARA BERLEBIHAN PADA UBAT-
UBATAN
Penggunaan ubat preskripsi dalam kalangan warga tua berusia antara 62 hingga
85 tahun telah meningkat sepanjang beberapa tahun yang lalu. Polifarmasi yang
bermaksud penggunaan 5 ubat preskripsi atau lebih secara serentak juga telah
meningkat dalam tempoh ini.
Punca utama peningkatan ini ialah pesakit yang mendapat penjagaan khas perlu
berjumpa ramai penyedia penjagaan kesihatan dan para penyedia ini mungkin
tidak menyedari ubat dan makanan tambahan yang telah dipreskripsikan atau
disyorkan oleh rakan sebaya mereka.
Adakah kita terlalu memberikan banyak ubat?
Penyakit 39% daripada orang 59% daripada orang dewasa
kronik menjadi dewasa berusia 65 berusia 65 tahun atau lebih
tahun atau lebih mengambil ubat yang tidak
punca utama mengambil lima ubat
kematian di perlu
atau lebih
Malaysia
3. PENGGUNAAN UBAT TIDAK MENGIKUT PERINKAT UMUR
Menurut Food and Drugs Administration (FDA), ubat batuk dan selesema tidak
harus diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 2 tahun kerana ia boleh
memudaratkan. Kanak-kanak ini berisiko untuk mendapat kesan advers yang serius
serta berpotensi untuk menyebabkan kematian terutamanya akibat penekanan
saluran pernafasan.
Kesilapan dan kecuaian pemberian dos secara berlebihan untuk ubat batuk dan
selesema kumpulan antihistamin generasi terdahulu
contoh: diphenhydramine, brompheniramine, promethazine atau
chlorpheniramine) kepada kanak-kanak akan menyebabkan kesan advers yang
tidak diingini.
Antara kesan advers yang biasa ditemui adalah:
masalah sistem pernafasan
terlalu mengantuk
sawan
peningkatan kadar denyut jantung dan sebagainya
Selain daripada itu, terdapat juga kombinasi bahan lain yang terkandung dalam ubat
selesema dan ubat batuk seperti pseudoephedrine. Bahan ini jika diambil pada dos
berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah meningkat, sakit kepala, kekeliruan,
masalah jantung dan lain-lain.
4. PENGANBILAN UBAT TIDAK MENGIKUT DOS YANG
DITETAPKAN
Insiden keracunan ubat boleh berlaku apabila terdapat segelintir pesakit yang
sengaja menggandakan dos ubat tanpa arahan daripada doktor atau ahli
farmasi.
Pesakit yang mempunyai banyak masalah
kesihatan dan perlu mengambil pelbagai
jenis ubat, pesakit warga emas dan pesakit
yang mempunyai masalah hati atau buah
pinggang berpotensi untuk mengalami
keracunan ubat jika ubat tidak diambil
mengikut arahan seperti yang diberikan
oleh ahli profesional kesihatan.
Selain itu, keracunan ubat juga mungkin
berlaku dalam kalangan kanak-kanak
kerana mereka cenderung untuk
memasukkan sebarang objek ke dalam
mulut mereka. Ada juga kanak-kanak
yang termakan ubat dewasa apabila
mereka menganggap ubat itu adalah
seperti gula-gula
RAWATAN KETAGIHAN
UBAT
Rawatan bagi ketagihan ubat adalah melalui 2 cara iaitu melalui:
tingkah laku (behavioral)
ubat-ubatan.
Kajian yang menunjukkan rawatan ketagihan ubat adalah lebih berkesan
apabila pesakit menggunakan kedua-dua rawatan melalui perlakuan pesakit
dan ubat.
Rawatan melalui tingkah laku membantu mengajar pesakit berfungsi tanpa
ubat, mengawal ketagihan, mengelakkan diri dari situasi menggunakan ubat
serta mengendalikan diri apabila ketagihan berulang.
Manakala rawatan dengan menggunakan ubat adalah berdasarkan kelas:
1. Ubat tahan sakit mengandungi opiod
Naltrexone – menghalang opiod bertindak pada
reseptor
Methadone – perangsang opioid sintetik yang
bertindak pada reseptor yang sama seperti opiod yang
lain. Ianya hanya boleh didapati melalui program
pemulihan
2. Ubat tidur dan penenang
Pesakit yang mengalami ketagihan kepada ubat tidur
dan penenang perlu mendapat rawatan detoksifikasi
di bawah seliaan doktor supaya penentuan dos
penurunan dilakukan secara beransur-ansur. Pesakit
tidak boleh berhenti mengambil ubat secara tiba-tiba
kerana ianya boleh mengancam nyawanya pesakit
sendiri.
4. Ubat perangsang
Buat masa ini tiada ubat yang diluluskan untuk
merawat ketagihan ubat perangsang. Oleh itu,
rawatan dengan menurunkan dos ubat perangsang
secara beransur-ansur dan rawatan melalui tingkah
laku boleh dilaksanakan
5. Dextromethorphan
Tiada ubat yang boleh merawat kebergantungan
(dependency) kepada Dextromethorphan. Walau
bagaimanapun dalam kes berlebihan dos, Naloxone
digunakan sebagai antidot. Masalah ketagihan ini
perlu diatasi dengan rawatan tingkah laku dengan
sokongan keluarga dan golongan professional.
Namun begitu Ia juga memerlukan masa dan
komitmen dari pesakit dan keluarga.
TAMAT
BY IRDINA NATASYA BINTI
MAT ZAMRI
21/8/2021