The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NAMA :CAMILLUS LAKIU
OPSYEN : BAHASA MELAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 867-27-camillus, 2023-11-10 22:19:45

TUGASAN PORTFOLIO ASAS KRAF TRADISIONAL

NAMA :CAMILLUS LAKIU
OPSYEN : BAHASA MELAYU

CAMILLUS LAKIU BAHASA MELAYU (BM1) ENCIK THADIUS GUGAU PENSYARAH PSVK3453 ASAS KRAF TRADISIONAL


PENGENALAN KRAF TRADISIONAL


Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atautanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf" KRAF tradisional Perkataan 'tradisional' digunakan sebagai kata sifat untuk diterapkan kepada segala sesuatu yang berkaitan dengan tradisi atau tradisi masyarakat atau masyarakat. Tradisi ini biasanya diturunkan dari generasi ke generasi sebagai sebahagian daripada warisan nenek moyang dan boleh memasukkan semua jenis nilai, kastam, cara pemikiran, kepercayaan dan amalan. Sesuatu yang tradisional adalah sesuatu yang bertujuan untuk mengekalkan apa yang ada atau untuk memulihkan segala sesuatu yang mungkin telah hilang akibat kemajuan dunia.


DEFINISI KRAF TRADISIONAL Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turuntemurun. Di Malaysia terdapat beberapa kraf tradiosional seperti batik, tembikar, anyaman, ukiran, tenunan. Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air.


Kraf tradisional merupakan warisan bangsa, pusaka peningagalan nenek moyang satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tangan dengan unsur budaya dan jelas melalui bentuk, gaya sifat, garis, gerak dan warnanya. Seni Melayu adalah penjelmaan unsur-unsur dari dalam semula jadi kepada satu bentuk seni rupa. Karya ini terhasil daripada pengamatan dan pemikiran penciptaannya yang dijelmakan melalui impian dan seterusnya mencerminkan suasana harmoni diantara manusia dan alam. Seni Kraf Melayu melambangkan hubungan yang erat antara orang melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam. Mereka menganggap alam sebagai suatu hiasan yag berfungsi untuk menyerikan kehidupan sementera di dunia dan kehidupan kekal di akhirat. SEJARAH KRAF TRADISIONAL


PRINSIP KRAF TRADISIONAL FUNGSI BENTUK TEKNIK DAN PROSES REKAAN, CORAK DAN RAGAM HIAS ALAT DAN BAHAN


FUNGSI KRAF TRADISIONAL KRAF PERMAINAN TRADISI KRAF KEGUNAAN DOMESTIK KRAF PAKAIAN DAN HIASAN DIRI KRAF ALAT PERTAHANAN DIRI KRAF MAJLIS DAN UPACARA KAUMKAUM


CORAK, REKAAN DAN RAKAM HIAS


PENGHASILAN KRAF TRADISIONAL


UKIRAN KAYU Ukiran Kayu Dalam Masyarakat Melayu Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumah-rumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istanaistana raja, binaan masjid dan mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alatalat permainan masa lapang, alat-alat muzik tradisi, perabot seperti almari, katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau, alat-alat senjata, peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti perahu, kereta kuda dan kereta lembu. Terdapat tiga jenis teknik ukiran kayu iaitu : 1. Ukiran Larik 2. Tebuk Tembus 3. Tebuk Timbul. Tiga jenis pola ukiran: Pola bujang Pola lengkap Pola pemidang.


Hasil ukiran utama Wan Su ialah pintu utama Muzium Negara, pintu utama dan Dewan Santapan Istana Sultan Pahang di Pekan, Dewan Santapan Istana Sultan Selangor, Rumah Sri Tanjung Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, Istana Badariah, Kuala Terengganu, Panca Persada Bersiram Tebal, Istana Maziah, Kuala Terengganu, Logo Hijrah, dan Logo Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Wan Su pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Adiguru Kraf dalam bidang seni ukir kayu pada tahun 1985 oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Tokoh Budaya ASEAN di Brunei Darussalam pada tahun 1993. Beliau telah memberi tunjuk ajar dan melatih generasi muda dalam bidang seni ukir di galerinya iaitu Galeri Wan Su di Besut, Terengganu. Pada tahun 1997, beliau merupakan penerima Anugerah Seniman Negara yang ketiga. TOKOH UKIRAN DI MALAYSIA WAN SU OTHMAN


PROSES PENGHASILAN KRAF UKIRAN Menyediakan bahan dan alatan Menyurih motif rekaan pada kayu Melukis corak motif pada kertas Mengukir pada kayu mengikut motif yang dipilih Menyilat berdasarkan silat yang dipilih dengan kesesuaian saiz Kemasan. Proses cat dengan menggunakan varnis atau pewarna kayu


TEMBIKAR Tembikar adalah kraf tradisi yang diperbuat daripada tanah liat halus. Bagi mendapatkan bentuk tembikar yang diinginkan, tanah liat akan diuli dan dibentuk supaya menjadi bentuk diinginkan seperti, pasu, labu dan sebagainya. Diantara tembikar tradisional yang terkenal ialah tembikar sayong, tembikar mambong dan tembikar Sarawak. Tembikar Sayong dikenali dengan Labu Sayung. Terdapat beberapa jenis tembikar iaitu: 1) Tembikar Mambong 2) Bekas Para 3) Labu 4) Jambangan 5) Butung 6) Geluk 7) Tembikar Sarawak 8)Tembikar Sayong


TOKOH KRAF TEMBIKAR PUAN HASNAH BINTI ADNAN ENCIK ZAMRI BIN PANDAK BERNARD LEACH TOKOH TEMBIKAR DUNIA


PROSES PENGHASILAN KRAF TEMBIKAR Kumpulkan tanah sungai atau sawah Tumbuk hingga hancur Kacau dan campur air Keringkan tanah Buang bendasing Peram semalaman uli hingga sebati


PROSES PENGHASILAN KRAF TEMBIKAR Teknik Picit Teknik Lingkaran Teknik Kepingan Teknik Acuan Teknik Putaran


iii.PROSES PEMBAKARAN Teknik tradisional– pembakaran dedah i. Pembakaran cara Sayong Tembikar diletakkan diatas para selama 6 jam dan dimasukkan ke dalam api selama 6–8 jam dan dimasukkan ke dalam sekam padi 5– 10 minit untuk menghitamkannya. ii. Pembakaran cara Pulau Tiga Tembikar dikeringkan di sisi unggun api, kemudian dimasukkan ke dalam bara api untuk mendapatkan kesan warna kuning kehitaman. PROSES PENGHASILAN KRAF TEMBIKAR


Batik adalah kraf tradisi yang terkenal di Malaysia. Batik boleh dihasilkan dengan dua cara iaitu dengan cara dilukis atau diterap. Batik Lukis biasanya menggunakan motif flora dan fauna dan dilukis menggunakan canting yang mempunyai corong halus bagi mengalir lilin panas yang bertindak sebagai penebat diantara ruang warna bagi membentuk corak-corak yang sesuai dengan rekaan yang dihasilkan. Warna akan disapu pada permukaan kain dengan menggunakan berus warna. Batik terap dihasilkan dengan menggunakan blok logam yang diperbuat daripada tembaga atau kepingan zink. Untuk menghasilkan corak pada blog kepingan zink perlu dipateri dengan timah. Blok corak batik juga menggunakan lilin panas sebagai penebat bagi menghasilkan corak batik blok seperti yang dirancang. BATIK


TOKOH KRAF TEMBIKAR Sarkasi Said Haji Ibrahim bin Ismail Encik Md. Ghani bin Mat


PROSES PEMBUATAN BATIK canting Kain putih atau kain dasar dipotong mengikut ukuran yang diperlukan. Kain ini kemudiannya diregang Corak batik yang telah dipilih perlulah dilukis di atas kain tersebut dengan menggunakan pensel. Motif yang diingini boleh dipilih bedasarkan motif tradisional, flora, fauna, geometri, organik atau abstrak. Proses mencanting dilakukan dengan menggunakan sejenis alat yang dipanggil canting. Proses membancuh warna. setiap warna perlulah dibancuh pada bekas berlainan agar tidak berlaku percampuran warna Proses mematikan warna dengan menggunakan sodium silikat. Kemudian kain akan dijemur.


Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. KRAF ALAT PERMAINAN


TOKOH KRAF ALAT PERMAINAN Pak Non Adiguru Abdul Razak B. Hj Ali Saman bin Man


Potongan kayu diukir terus membentuk Gasing yang dikehendaki, Gasing Uri, Gasing Pemangkak dan Gasing Penahan. Setelah berbentuk gasing, kemudian dihaluskan. Kayu sepanjang 50 cm, biasanya dapat menghasilkan tiga buah gasing PROSES PENGHASILAN GASING Kemudian bahagian tengah gasing diberi kawat atau paku supaya putaran tahan lama, dan kekal dan di “ balancing “ dengan cara memutar gasing di atas sebuah papan.


Barang perhiasan yang sering dikaitkan dengan wanita lazimnya diperbuat daripada emas atau perak. Selain itu, terdapat juga barang perhiasan yang diperbuat daripada tembaga. Terdapat pelbagai reka bentuk dan corak yang menghiasi barang perhiasan tersebut. Pada zaman dahulu tukang emas atau perak biasanya memilih corak yang berunsur flora dan fauna (motif tumbuhtumbuhan, bunga-bungaan dan binatang). Masyarakat pada zaman dahulu sangat akrab dengan alam semula jadi maka dengan itu, kebanyakan bentuk dan corak yang terdapat pada barang perhiasan wanita memiliki ciriciri alam. KRAF ALAT HIASAN DIRI


TOKOH PERHIASAN DIRI Siti Zainon Ismail Sharifah Azah Mohammad Alsagoff


Ratakan straw minuman dan potong seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Gulungkan straw minuman seperti yang ditunjukkan dalam gambar sehingga menjadi bentuk ketupat. Ulangi gulungan straw minuman dalam langkah 2sehingga menjadi manik yang berbentuk ketupat.


Selitkan bahagian hujung straw minuman untuk mematikan lipatan tersebut . 1.Sediakan tali pancingdan jarum. 2.Cucuk jarum antara bucu ke bucu buahmanik yang berbentuk ketupat. 3.Selang- selikan buahmanik yang berbentuk ketupatdengan manik terpakai sehinggamenjadi seutas rantaileher.


ALAT PERTAHANAN DIRI Alat pertahanan diri ialah senjata yang digunakan untuk mempertahankan diri sendiri daripada serangan musuh, binatang liar dan sebagainya. Alat ini juga adakalanya menjadi bahan dalam majlismajlis yang melibatkan semangat halus serta menjadi lambang keberanian pahlawan melayu. Keris Lembing Perisai Golok


Abdul Mazin Abdul Jamil TOKOH KERIS


PROSE PEMBUATAN PERISAI


Seni tekat, seni sulam atau bersuji merupakan kerja mengait benang emas (menekat atau menyulam) ke atas kain dasar lazimnya yang jenis baldu).dikenali juga dengan nama . Menekat Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat. TEKAT


Ahdijah binti Hasim Hajah Azizah binti Mohamad Yusof


PROSES PENGHASILAN TEKAT


Tenunan adalah suatu proses hasil jalinan atau sulaman benang-benang secara selang-seli antara benang loseng (yang menunggu) dengan benang pakan (yang mendatang ) untuk dijadikan sehelai kain. TENUNAN


TOKOH TENUNAN Hajah Zainab @ Ngah binti Mamat Puan Rubangki Penenun kain Rungus (Sabah)


PROSES PENGHASILAN TENUNAN MENGANING MELERAI MENGGULUNG MENYAMPUK MENGHUBUNG MENGARAK MENYOLEK MENENUN


Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut. ANYAMAN Kertas Buluh Rotan Mengkuang


TOKOH ANYAMAN Allahyarhamah Puan Hajah Aminah binti Haji Amat Encik Ishak bin Kassim


PROSES ANYAMAN Melayur menjangka Merendam Mewarna bilah daun Menganyam Menganyam Proses Menghasilkan Anyaman Mengkuang


ALAT DOMESTIK Alat domestik merupakan barangan keperluan harian seperti perkakasan dapur yang digunakan bagi memudahkan urusan seharian. Alat domestik amat penting untuk digunakan di dalam kehidupan seharian. Pada masa kini alat domestik dikomersilkan bagi tujuan pembangunan ekonomi negara. Selain mempunyai nilai estetika tersendiri alat domestik dapat dijadikan barangan kegunaan harian. Batu giling Batu kisar Tudung saji Tudung rotan Tudung saji mengkuang Kukuran duduk dan kukuran silang Dulang paha tembaga air mawar Cerek tembaga


PROSES PENGHASILAN TUDUNG SAJI ROTAN


KRAF TRADISIONAL YANG DIPILIH Kraf Anyaman Bakul HAL BENDA


LAKARAN SUBJECT MATTER


PENJANAAN IDEA


PROSES PENGHASILAN KRAF YANG DIPILIH Proses penyediaan bahan dan alatan Proses menggulung surat khabar


PROSES PENGHASILAN KRAF YANG DIPILIH Proses menggulung surat khabar Hujung surat khabar perlu dilekatkan Ulang langkah 2 hingga 4


PROSES PENGHASILAN KRAF YANG DIPILIH


PROSES PENGHASILAN KRAF YANG DIPILIH


PROSES PENGHASILAN KRAF YANG DIPILIH


PROSES PENGHASILAN KRAF YANG DIPILIH


Click to View FlipBook Version