The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mengupas tentang aktiviti kelab sepanjang tahun 2023 dan fokus pendedahan untuk mengurus e-waste secara mesra alam.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sabah Nature Club, 2024-02-06 02:24:29

Majalah Jilid 23, No. 1 (2023)

Mengupas tentang aktiviti kelab sepanjang tahun 2023 dan fokus pendedahan untuk mengurus e-waste secara mesra alam.

JILID 23, NO. 1(2023) Percuma Untuk Ahli ISSN 0128-1135


Sidang Redaksi Penasihat Ketua Pengarang/ Penyunting Pengarang/Penyunting Jurureka Grafik Dr. Waidi Sinun Rose John Kidi Isaac Grey Denis Andreas Boital Ainatul Murdiya R. Hairi Khuzairi H. Saliah Lojunga Isaac Grey Denis Andreas Boital Ainatul Murdiya R. KPAS | 01 Isi Kandungan Rencana Pengarang Majalah KPAS diterbitkan oleh Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar, Kumpulan Yayasan Sabah. Sidang redaksi berhak melakukan perubahan ke atas tulisan yang dikirimkan selagi tidak mengubah isinya. Artikel-artikel yang disiarkan tidak semestinya mencerminkan pendapat atau pandangan KPAS. Segala sumbangan yang dikirimkan, samada disiarkan atau tidak, tidak akan dikembalikan kecuali disertakan dengan sampul surat berstem dan beralamat sendiri. Untuk urusan pengiriman artikel dan surat-menyurat, sila alamatkan kepada : KELAB PENCINTA ALAM SABAH Tingkat 9 Menara Tun Mustapha, Peti Surat 11623, 88817 Kota Kinabalu, Sabah. Tel : 088-326690 Faks : 088-326315 Rencana Pengarang Fokus - Pengurusan e-sisa Mari Melawat Kawasan Konservasi Sungai Taliwas (KKST) Kembara Rimba Taliwas Aktiviti Untuk Kelab Aktiviti KPAS Aktiviti KPAS Sekolah Anda Kenalan Kelab Uji Minda 1 2-4 5 6 7 8-12 13-15 16-17 18 JILID 23 NO. 1 2023 MAJALAH KELAB PENCINTA ALAM SABAH "Hidup Harmoni Dengan Alam Sekitar Kita" Salam Sejahtera dan Selamat bertemu kembali. [email protected] Sabah Nature Club sabahnatureclub https://sabahnatureclub.blogspot.com https://www.yayasansabahgroup.org.my/snc2/index.html Semoga semuanya sihat sejahtera. Setahun telah berlalu dan pelbagai aktiviti telah kita lakukan. Perubahan teknologi telah banyak membantu dalam pengendalian aktiviti kehidupan seharian kita. Hampir keseluruhan teknologi tersebut dilakukan dengan bantuan dari pelbagai peralatan moden termasuk peralatan elektronik seperti komputer meja, komputer riba, telefon pintar dan lain-lain lagi. Bagaimanapun peralatan eletronik ini mempunyai tempoh hayat pengunaannya atau menjadi rosak dan seterusnya menjadi bahan buangan yang dipanggil “E-waste” serta perlu diurus untuk kelestarian alam sekitar. Ruangan Fokus kita kali ini akan mengetengahkan pengurusan “E-waste”. Pada tahun 2023, seperti biasa KPAS mengadakan Kursus Orientasi Alam Sekitar (KOAS) sebanyak dua kali iaitu KOAS 78 di Pusat Pembelajaran Kanyon Imbak dan KOAS 79 di Kawasan Konservasi Sungai Taliwas. KOAS merupakan program utama KPAS untuk ahli yang terpilih. Pada tahun 2023 juga, KPAS dengan kerjasama SEARRP (South East Asia Research Rainforest Partnership) telah mengadakan 10 siri Pendididkan Pendidikan Alam Sekitar iaitu Kembara Rimba Taliwas yang telah diadakan di Kawasan Konservasi Sungai Taliwas, 10 buah sekolah menengah dari sekitar Bukit Garam, Lahad Datu dan Kunak telah terpilih untuk mengikuti program ini. Progam ini berbeza sedikit dengan KOAS kerana aktiviti yang diadakan lebih mengarah kepada kepelbagaian biodiversiti tumbuh-tumbuhan dan melibatkan penggunaan telefon pintar untuk mengenalitumbuhan tersebut. Sehubungan dengan program tersebut, ruangan mari melawat pada kali ini adalah Kawasan Konservasi Sungai Taliwas (KKST) yang terletak di daerah Lahad Datu. KKST merupakan salah satu daripada kawasan konservasi di bawah pengawasan Yayasan Sabah. KKST sesuai untuk program berunsurkan perkhemahan, merentas denai hutan dan “Team Building”. KKST juga tidak terlalu jauh dari Bandar Lahad Datu dan dapat dihubungi dengan kenderaan seperti kereta dan bas mini. Para ahli Kelab yang disayangi, saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada semua guru penasihat KPAS dan ahli KPAS kerana sokongan anda terhadap KPAS selama ini. Pada 4hb Mac 2024, saya akan mengundur diri dari dunia pekerjaan saya dan tidak lagi bersama-sama dengan KPAS. Untuk pengetahuan semua, saya telah bersama dengan KPAS sejak saya di sekolah menengah lagi iaitu pada tahun 1985 ketika penubuhan awal KPAS dan merupakan antara ahli terawal daripada 11 buah sekolah perintis KPAS. Saya berharap semoga ahli Kelab akan sentiasa memberi sokongan kepada KPAS, berkongsi idea-idea baharu dan terus memajukan KPAS. Saya memohon maaf jika selama saya berada di sekretariat KPAS telah terdapat pelbagai kesilapan secara langsung dan tidak langsung yang telah berlaku. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya untuk semua, peliharalah alam sekitar kita agar ianya sentiasa lestari. Sekian. Rose John Kidi Ketua Pengarang


KPAS | 02 Pengurusan e-waste E-waste, atau sisa elektrik dan elektronik, bukanlah isu baharu dalam pengurusan sisa pepejal yang semakin menjadi beban kepada alam sekitar pada masa kini. Pernyataan "each year, more new devices are created, and more new devices are thrown out" mencerminkan peningkatan jumlah peranti elektrik dan elektronik yang dicipta, menyebabkan bertambahnya bilangan peranti yang dibuang pada masa akan datang Sumber BusinessToday - Feb, 2023 APA ITU E-WASTE DAN JENIS-JENIS E-WASTE YANG DIKAWAL Buangan elektrik dan elektronik (e-waste) adalah merupakan barangan elektrik dan elektronik yang telah rosak, tidak berfungsi atau lama/usang. Telefon Bimbit Pendingin Hawa Televisyen Komputer Riba/ Komputer Peribadi Peti Sejuk Mesin Basuh Fokus Menurut Laporan Pemantauan “The 2020 Global E-Waste” yang diterbitkan oleh Universiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Malaysia menghasilkan sebanyak 364 000 tan ewaste pada tahun 2019. Dan berdasarkan kajian oleh Pengurusan E-waste di Malaysia, menjelang tahun 2025, dijangkakan sebanyak 24.5 juta unit E-waste akan dihasilkan di Malaysia. Penjanaan e-waste terbahagi kepada 2 jenis punca iaitu daripada sektor industri dan yang dihasilkan daripada isi rumah. Apabila E-waste dibuang tanpa mematuhi kaedah yang mesra alam, seperti melemparkannya ke dalam sungai, menghantar ke tapak pelupusan, membakarnya secara sesuka hati, atau memberikannya kepada pihak yang tidak seharusnya, ia berpotensi menjadi ancaman terhadap kehidupan, merosakkan kesihatan kita, dan menyebabkan kemerosotan kualiti alam sekitar. Antara e-waste yang dikawal hasil daripada isi rumah ialah:


Untuk memastikan pelaksanaan sistem pengurusan e-waste yang lestari, pengguna/ penjana buangan (orang awam) adalah bertanggungjawab untuk melupuskan e-waste ke peruncit, pengumpul yang berdaftar atau kemudahan pemerolehan kembali yang dilesenkan sahaja. Orang awam adalah disarankan untuk menghantar e-waste dari isi rumah ke mana-mana pusat pengumpulan yang berdaftar atau kemudahan pemerolehan kembali yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Penjana terpakai atau rosak Pusat Pengumpulan Berdaftar Hantar e-waste ke Pusat Pengumpulan Berdaftar Mempunyai logam berharga seperti emas dan perak Menjejaskan kualiti tanah dan air Mempunyai bahan berbahaya Dapat memelihara sumber alam Memudaratkan kesihatan KPAS | 03 Di Sabah ada beberapa daerah yang mempunyai pusat pengumpul yang berdaftar seperti: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Majlis Daerah Papar Majlis Daerah Beaufort Majlis Daerah Sipitang Majlis Daerah Keningau Lembaga Perbandaran Kudat Majlis Daerah Beluran BAGAIMANA MENGURUS E-WASTE SECARA MESRA ALAM MENGAPA E-WASTE PERLU DIKITAR SECARA MESRA ALAM


Mempromosi Pelaksanaan Circular Economy KPAS | 04 Terdapat dua cara menghantar e-waste ke Pusat Pengumpul yang berdaftar iaitu dengan cara menghantar sendiri e-waste tersebut, ataupun dengan menghubungi pusat pengumpulan untuk mengambil e-waste anda. Selaras dengan perkembangan teknologi semasa dan komitmen berterusan Kerajaan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat, Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air telah melancarkan aplikasi MyEwaste pada aplikasi telefon pintar untuk memudahkan penyampaian e-waste dan mengenal pasti pusat pengumpulan terdekat serta sebagai wadah penyampaian maklumat dan kesedaran orang ramai tentang kepentingan pengurusan e-waste yang mampan. Hari Pengumpulan E-Waste akan dilakukan setiap Sabtu terakhir setiap bulan mulai Januari 2021. Program ini merupakan salah satu initiatif Kementerian Alam Sekitar dan Air untuk memberi pendedahan serta kesedaran kepada orang awam bahawa e-waste juga perlu di lupuskan dengan cara yang tepat, betul dan mesra alam. https://ewaste.doe.gov.my. E-Waste Collection day! FAEDAH PROGRAM PENGUMPULAN E-WASTE Meningkatkan Jumlah Pengumpulan E-Waste Memelihara Alam Sekeliling Memulihara Sumber Semulajadi Memupuk Komuniti Kitar Semula Recycle it all, no matter how small


Kawasan Konservasi Sungai Taliwas (KKST) yang sebelum ini dikenali sebagai Kem Perhutanan Taliwas oleh Jabatan Perhutanan Sabah, terletak kira-kira 36km dari bandar Lahad Datu, atau 24km ke Barat Silam dan kira-kira 46km ke Timur Kawasan Konservasi Lembah Danum (KKLD). KPAS | 05 Setelah KKST dinaiktaraf menjadi kawasan rekreasi, KKST merupakan salah sebuah tempat menarik di Lahad Datu yang boleh dikunjungi oleh orang ramai seperti penduduk tempatan ataupun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke Sabah. Kawasan KKST mempunyai suasana yang tenang dan selesa di samping terdapat sungai dan air terjun yang boleh dilawati untuk aktiviti mandi manda. Selain itu KKST juga mempunyai tasik semula jadi (Pandan Lake) yang indah dan tenang yang sering dikunjungi oleh burung, mamalia dan reptilia. Tasik Pandan Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di kawasan KKST ini; antaranya ialah berkelah, berkhemah, memerhati burung, program pendidikan alam sekitar, berbasikal, night walking dan kem motivasi/ team building. Sungai Taliwas Air Terjun Vanilla Air Terjun Taliwas Berkhemah Berbasikal Memerhati Burung


KEMBARA RIMBA TALIWAS Program Kembara Rimba Taliwas adalah anjuran South East Asia Rainforest Research Partnership (SEARRP) dengan kerjasama Swansea University dan Kelab Pencinta Alam Sabah (KPAS) bertempat di Kawasan Konservasi Sungai Taliwas (KKST). SMK Kinabutan, Tawau SMK Bukit Garam, Kinabatangan SMK Paris, Kinabatangan SMK Agaseh, Lahad Datu SM Visi, Tawau SM Bukit Garam II, Kinabatangan SMK Sukau, Kinabatangan SMK Sepagaya, Lahad Datu Sekolah yang terpilih : KPAS | 06 Program 3 hari 2 malam - “school field trips!” ini merupakan inisiatif pendidikan alam sekitar yang interaktif bertujuan untuk memudahkan maklumat persekitaran dan perubahan iklim yang kompleks untuk generasi peneraju alam sekitar yang akan datang melalui tutorial dalam kelas, aktiviti di lapangan secara langsung dan aktiviti yang menarik seperti sesi seni kraf serta persembahan langsung yang disampaikan oleh setiap kumpulan pelajar. Objektif program ini juga adalah untuk menimbulkan kesedaran dan menambah ilmu pengetahuan dikalangan pelajar sekolah mengenai kepentingan sungai, peranan haiwan dan pokok dalam menjaga ekosistem hutan. Pelajar mengenal pasti macroinvertebrates untuk aktiviti Hands-on Living Rivers Pelajar mengenal pasti kumpulan dan fungsi tumbuhan Seni kraf yang dihasilkan oleh pelajar


FINDING DIRECTION WITHOUT A COMPASS ACTIVITY FOR YOUR CLUB THE SUN If you have a compass or can improvise one, then locating north is fairly easy, but bear in mind that magnetic deviation may vary in different world regions. if you don’t have a commercial compass available, there are several ways of finding direction by using natural features. the sun rises roughly in the east and sets roughly in the west. there is quite a bit of seasonal variation due to the tilt of the earth on its axis. if you are in the Northern Hemisphere, the sun is due south when at its highest point in the sky. the opposite concept will thus hold true for the Southern Hemisphere. A Shadow Stick can be used to find your direction and the time of day. Locate an east-west line by using a long vertical stick to mark off the trace of the shadow. Mark the point at the tip of the shadow (this will be marked W), then wait at least 15 minutes before you make another mark on the shadow tip (marked E). Join the two marks to get the east-west line. (Note that north-south will be at right angles to this.) The longer the time interval, the more accurate the line will be. Remember that the shadow moves clockwise (west to east) in the Northern Hemisphere and anticlockwise (east to west) in the Southern Hemisphere. The diagram above shows a Northern Hemisphere reading. KPAS | 07 Reference : Garth Hattingh. (2004). Outdoor Survival. New Holland Publishers (UK)


Kursus Orientasi Alam Semulajadi (KOAS) kali ke-78 telah diadakan pada 20 - 24 Februari 2023 bertempat di Pusat Pembelajaran Kanyon Imbak, Tongod (PPKI). Seramai 19 orang pelajar dan 3 guru dari 3 buah sekolah menengah telah mengikuti program ini. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah: 1.SMK Sook, Keningau 2.SMK Tambunan, Tambunan 3.SMK Telupid, Telupid Aktiviti Kelab Memerhati Burung Kom p a s Orienteering Aktiviti Ekosistem Sungai KPAS | 08 Pembuatan Kompos Kursus Orientasi Alam Semulajadi ke-78 Kursus Orientasi Alam Semulajadi ke-78


Aktiviti Kelab BENGKEL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR BENGKEL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR Bengkel Pendidikan Alam Sekitar ini telah diadakan pada 23 - 26 Mei 2023 bertempat di Pusat Pembelajaran Kanyon Imbak, Tongod (PPKI). Seramai 18 orang guru dari 18 buah sekolah menengah telah mengikuti program ini. Bengkel ini merupakan salah satu initiatif kelab untuk memberi pendedahan kepada semua guru penasihat kelab pencinta alam sekolah untuk memahami dan mengenali tujuan Kelab Pencinta Alam Sabah (KPAS) ini ditubuhkan. Melalui bengkel ini KPAS dapat menghasilkan modul aktiviti kelab yang baharu dengan memperbaiki modul yang sedia ada untuk kegunaan setiap guru penasihat kelab di sekolah untuk aktivti kelab mereka. Modul ini adalah hasil perbincangan yang telah dipersetujui oleh semua guru sekolah dan juga kakitangan Kelab Pencinta Alam Sabah yang terlibat. Train-The-Trainer for Teachers KPAS | 09


Aktiviti Kelab AEROPOD MINI GARDEN WORKSHOP AEROPOD MINI GARDEN WORKSHOP 25 June 2023 Kelab Pencinta Alam Sabah (KPAS) telah dijemput untuk memberi sokongan sebagai event exhibitor yang berkongsi initiatif dalam memulihara alam semulajadi sempena World Environment Day (WED) anjuran Aeropod Sdn Bhd. yang diadakan di Marketwalk, Aeropod Commercial Centre, Kota Kinabalu. KPAS | 10


Aktiviti Kelab Kursus Pembangunan Mampan Untuk Pemimpin Masyarakat Kursus Pembangunan Mampan Untuk Pemimpin Masyarakat Kursus Pembangunan Mampan kali ini telah diadakan pada 11 - 14 Julai 2023 bertempat di Kawasan Konservasi Lembangan Maliau (KKLM), Tawau. Seramai 16 orang peserta yang terdiri daripada pemimpin masyarakat telah mengikuti program ini. KPAS | 11 Program ini adalah bertujuan untuk mendedahkan peserta tentang konsep pembangunan lestari seperti kepentingan menjaga sumber asli dan menggunakannya secara mampan selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan. Peserta juga didedahkan kepada aktiviti berpotensi yang boleh dikomersialkan secara mampan hasil daripada perlindungan sumber asli yang terdapat di kawasan mereka. Oleh itu, peserta dapat memahami dan mengaplikasikan konsep pembangunan lestari daripada program ini dan menggunakannya dalam kehidupan seharian mereka.


Aktiviti Kelab Kursus Orientasi Alam Semulajadi (KOAS) kali ke-79 telah diadakan pada 11 - 15 September 2023 bertempat di Pusat Pembelajaran Sungai Taliwas (PPST) , Lahad Datu. Seramai 21 orang pelajar dan 3 guru dari 5 buah sekolah menengah telah mengikuti program ini. Sekolahsekolah yang terlibat adalah: 1.SMK Mat Salleh, Ranau 2.SMK Taman Tun Fuad, Kota Kinabalu 3.SMK Telupid, Telupid 4.SMK Agaseh, Lahad Datu 5.SM St. Dominic, Lahad Datu KPAS | 12 Kursus Orientasi Alam Semulajadi ke-79 Kursus Orientasi Alam Semulajadi ke-79 Memerhati Burung Kompas Orienteering Lawat Tasik Pandanus Pembentangan oleh Pelajar Perjalanan Si Buta


Aktiviti Kelab Sekolah Anda Tarikh : 10 Mei 2023 Aktiviti : Recycling (Kitar Semula) Tarikh : 22-23 Jun 2023 Aktiviti : Pameran dan lawatan ke Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP), UMS Tarikh : 13 Julai 2023 Aktiviti : Aktiviti kumpulan “Be Creative With Nature” Tarikh : 3 Oktober - 9 November 2023 Aktiviti : Kempen E-Waste dengan kerjasama Unit Serasi SMK Taman Tun Fuad KPAS | 13


PROGRAMKELAB PENCINTA ALAM SMK JAMBATAN PUTIH, TAWAU Tarikh : 17 Jun 2023 Program Pendidikan Alam Sekitar dengan kerjasama Kelab Pencinta Alam dan Panitia Geografi sekolah. Tarikh : 30 September 2023 Program Penanam Pokok bersama 1Stop Borneo. Taman Bukit Tawau Tarikh : 8 Julai 2023 Program Penanam Pokok bersama Jabatan Perhutanan Sabah Tarikh : 25 Jun 2023 Trekking ke Merabong Lahad Datu bersama guru-guru Kelab Alam Sekitar KPAS | 14 Aktiviti Kelab Sekolah Anda


Johan Pertandingan Koir Bulan Kemerdekaan antara kelab peringkat SEHEBAT 2023 PROGRAMKELAB PENCINTA ALAM SMK BALUNG, TAWAU KPAS | 15 Aktiviti Kelab Sekolah Anda Pertandingan Mencari Serangga Aktiviti Menyediakan Risalah Sekolah Lestari


Nazmi Jaini Bobbie Valerian KENALAN KELAB Shendon Jikal Sekolah : Tingkatan : Email : Motto : SMK Telupid, Telupid 4 [email protected] Life is Soup, I am Fork Joseylin Jupilin Hezron Apau Sekolah : Tingkatan : Email : Motto : SMK Tambunan, Tambunan 6 [email protected] A Smooth Sea Never Made A Skilled Sailor Sekolah : Tingkatan : Email : Motto : SMK Telupid, Telupid 6 hezronapau04@gmail. com The First Step Always The Important One Sekolah : Tingkatan : Email : Motto : SMK Tambunan, Tambunan 6 [email protected] There's a reason for everything.. so have faith Sekolah : Tingkatan : Email : Motto : SMK Sook, Keningau 6 bobbieboyz2003@gmail. com My Life Is My Message Nur Alya Faranyva Sekolah : Tingkatan : Email : Motto : SMK Telupid, Telupid 3 [email protected] Dont Work HARD! But Work SMART! Renccy Igan Sekolah : Tingkatan : Email : Motto : SMK Telupid, Telupid 4 [email protected] sometimes you win, sometimes you learn Shazuana Abdullah Sekolah : Tingkatan : Email : Motto : SMK Taman Tun Fuad, KK 4 [email protected] Keep Close to Nature KPAS | 16


Elyanie Terinsip Condolisa Bernanda Abius KENALAN KELAB Lawrence A. Puras Franoleyan Erwin Joseph Diego Josepher Sekolah : Tingkatan : Email : Motto : SMK Sook, Keningau 6 Braccuda2005@gmail. com Bukan Orang Kaya Jadi Usahala' Sekolah : Tingkatan : Email : Motto : SMK Sook, Keningau 6 lawrenceapaurus@gmail. com Every Day Is A Second Chance Sekolah : Tingkatan : Email : Motto : SMK Tambunan, Tambunan 6 [email protected] Never Assume That Loud Is Strong And Quiet Is Weak Sekolah : Tingkatan : Email : Motto : SMK Telupid, Telupid 4 cndlisabrnanda2105@ gmail.com First You Learn, Then You Remove The "L" Sekolah : Tingkatan : Email : Motto : SMK Sook, Keningau 4 terinsipelyanie@gmail. com Do Things That Make You Feel Good and Don't Stop Until You're Proud Mohamed Shameem Sekolah : Tingkatan : Email : Motto : SMK Agaseh, Lahad Datu 4 mohamedshameem219 @yahoo.com EDUCATION is my jam ! Elca Tiffany Richard Sekolah : Tingkatan : Email : Motto : SMK Telupid, Telupid 3 [email protected] Berkerjaya! Sekolah : Tingkatan : Email : Motto : SMK Mat Salleh, Ranau 3 [email protected] Now or Never KPAS | 17 chelsie elvi chin


KPAS | 18 M N R K S R - M U 1. E-Waste perlu dihantar ke pusat__________? 3. Salah satu daripada item kawalan 5. Logam berharga yang terkandung di dalam e-waste 7. Nama maskot e-waste JAS 9. ____________terakhir setiap bulan adalah Hari Pengumpulan E-waste 2. Nama aplikasi e-waste oleh JAS 4. Hari E-waste Sedunia disambut pada bulan ______? 6. Selain bahan berharga e-waste juga mengandungi bahan _____? 8. Berapakah jenis item kawalan 10. “E-waste dikitar. _______ terpelihara” MELINTANG MENEGAK E-WASTE CROSSWORD PUZZLE E-WASTE CROSSWORD PUZZLE by Jabatan Alam Sekitar


Maliau Basin Conservation Area (MBCA) Imbak Canyon Conservation Area (ICCA) INIKEA Danum Valley Conservation Area (DVCA) INFAPRO Taliwas River Conservation Area (TRCA) Imbak Canyon Studies Centre (ICSC) Maliau Basin Studies Centre (MBSC) Maris Camp Danum Valley Studies Centre (DVSC) Borneo Rainforest Lodge (BRL) INFAPRO Studies Centre Taliwas River Studies Centre (TRSC) Northern Kuamut Conservation Area Rainforest Landscape DaMaI DRL’s Location within Sabah DaMaI Rainforest Landscape (DRL) is an expanse encompassing nearly 1 million hectares adorned with approximately 130,000 hectares of untouched pristine forest. Within the captivating DRL, a remarkable 70% is designated as Class 1 (Protection) Forest Reserve, fortified by legal guardianship under several Forest Rules. This eminent safeguarding is Forest Rules, Imbak Canyon Conservation Area Forest Rules, and Northern Kuamut Conservation Area Forest Rules. The name DaMaI is a combination of three distinct forest reserves within the Landscapes, which are - Danum Valley, Maliau Basin, and Imbak Canyon. DRL is managed primarily for conservation, it safeguards the natural ecossytem, biodiversity, and biological processes with minimal intervention. As a sanctuary for endangered species and a hub for research, education, training, and nature tourism, DRL exemplifies the Malaysian government’s commitment to preserving this ecologically significant area for future generations. Discover three well-equipped Studies Centers - Danum Valley, Maliau Basin, and Imbak Canyon - focal points for research, education, training, and immersive nature experiences.


Click to View FlipBook Version