RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) BAB 12 PENGENDALIAN DATA MATEMATIK TINGKATAN 1
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) #1 12.1.1 MENJANA SOALAN STATISTIK DAN MENGUMPUL DATA YANG RELEVAN BAB 12 PENGENDALIAN DATA 12.1.2 MENGKLASIFIKASIKAN DATA KEPADA DATA KATEGORI ATAU DATA NUMERIK DAN MEMBINA JADUAL KEKERAPAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TINGKATAN 1 SMK KUALA BERANG Nama Guru Nor Asyikin binti Noruddin Kelas/ Tingkatan 1 Amanah Tarikh 20 Disember 2023 Minggu Minggu 9 Tajuk/Sub-tajuk Bab 12: Pengendalian Data 12.1 Proses pengumpulan, pengorganisasian dan perwakilan data, serta pentafsiran perwakilan data. Standard Pembelajaran 12.1.1 Menjana soalan statistik dan mengumpul data yang relevan. 12.1.2 Mengklasifikasikan data kepada data kategori atau data numerik dan membina jadual kekerapan. Objektif Pembelajaran Di akhir PDP ini, murid akan dapat: 1. Menjana soalan statistik dan mengumpul data yang relevan dengan menggunakan kaedah pengumpulan data yang sesuai. 2. Mengklasifikasikan data yang dikumpul kepada data kategori atau data numerik dengan betul. 3. Mengorganisasikan data tak terkumpul dengan membina jadual kekerapan yang yang tepat. Pengetahuan Sedia Ada Murid telah mempelajari Bab Pengurusan Data dalam Matematik KSSR (Bidang Pembelajaran – Statitistik dan Kebarangkalian) dan mempunyai pengetahuan asas tentang cara mengumpul, mengelas, dan menyusun data. Fasa Model [eg. BSCS 5E] Aktiviti Guru/Murid Kaedah/ Bahan Bantu Mengajar (BBM)/ Nilai Set Induksi Penglibatan (5 minit) 1. Murid dan guru bersoal jawab untuk mengingat kembali dan menguji pengetahuan sedia ada murid tentang cara mengumpul, mengelas, dan menyusun data. 2. Guru memberitahu serba sedikit tentang proses pengumpulan dan pengorganisasian data. Kaedah: 1. Soal jawab 2. Mengingat kembali 3. Perbincangan
3. Guru menanyakan ‘apakah warna rumah sukan setiap murid?’ untuk memberi gambaran tentang soalan statistik dan kaedah pengumpulan data. Aktiviti Utama Penerangan (10 minit) 1. Guru menerangkan kriteria soalan statistik melalui slide canva yang disediakan oleh guru, dan murid diminta untuk memberi contoh soalan statistik yang boleh dijana berkaitan situasi sekeliling murid (di dalam kelas). 2. Guru memberitahu tentang kaedah pengumpulan data berserta output yang akan diperoleh dengan menggunakan setiap kaedah yang terlibat. 3. Guru menerangkan perbezaan antara data kategori dan data numerik. 4. Murid diajar tentang cara membina jadual kekerapan untuk mengorganisasikan data tak terkumpul yang diperoleh. Nota: a. Soalan Statistik – soalan yang boleh dijawab dengan mengumpul data dan terdapat keragaman atau kebolehubahan dalam data tersebut. b. Kaedah Pengumpulan Data – temubual, tinjauan, pemerhatian, eksperimen. Kaedah: 1. Penerangan guru 2. Soal jawab 3.Pemerhatian situasi di sekeliling murid Bahan Bantu Mengajar: 1. Slide canva Penerokaan (15 minit) Murid diberi beberapa contoh soalan disertai dengan jalan penyelesaian soalan tersebut, dan guru memberi justifikasi atau ‘reasoning’ kepada jawapan yang diberi. Kaedah: 1. Penerangan guru. 2. Perbincangan murid-murid, dan guru-murid.
Rujuk Lampiran 1.0 Soalan 1 – tentang soalan statistik Soalan 2 – tentang kaedah pengumpulan data Soalan 3 – tentang jenis data Soalan 4 – tentang jadual kekerapan Bahan Bantu Mengajar: 1. Buku teks Pengembangan (15init) 1. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. 2. Setiap kumpulan dikehendaki membuat 1 cabutan soalan statistik : ‘apakah warna kereta guru di SMK Kuala Berang?’ dan ‘berapakah berat murid di dalam kelas 1 Amanah?’. 3. Guru membawa kesemua murid ke lapangan untuk melakukan proses pengumpulan data. 4. Masuk semula ke dalam kelas, murid dikehendaki menulis hasil dapatan (kaedah pengumpulan data yang digunakan, mengklasifikasikan data yang dikumpul, membina jadual kekerapan) di atas kertas sebak dan memaparkan di tempat pasukan kumpulan masingmasing (Rotating Review). 5. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil dapatan dan kumpulan lain akan membuat penilaian hasil dapatan yang dibentangkan. Kaedah: 1. Pemerhatian 2. Eksperimen 3. Melawat lapangan 4. Pembentangan 5. Penerangan murid (Rotating Review) Bahan Bantu Mengajar: 1. Penimbang berat badan 2. Kertas sebak Nilai: 1. Berkerjasama Penilaian/ Pentaksiran (10 minit) Murid akan diberikan contoh soalan berdasarkan tajuk yang dibincangkan pada hari ini, dan murid dikehendaki menunjukkan cara penyelesaian masalah di papan putih. Rujuk Lampiran 2.0 Kaedah: 1. Menjawab soalan/ menyelesaikan masalah 2. Penerangan murid
Penutup Rumusan (5 minit) 1. Murid membuat rumusan isi pelajaran tentang tajuk yang dipelajari dengan bimbingan guru. 2. Murid diberikan latihan atau soalan sebagai pengukuhan. Refleksi Pencapaian Objektif Panduan/ Rujukan PdPC Akan Datang
LAMPIRAN 1.0 Soalan 1 (tentang soalan statistik): Soalan 2 (tentang kaedah pengumpulan data): Bincang dengan rakan anda tentang pemilihan kaedah yang sesuai untuk pengumpulan data. Nyatakan kekuatan dan kelemahan setiap kaedah tersebut dengan memberikan contoh. Soalan 3 (tentang jenis data): Klasifikasikan data berikut kepada data kategori atau data numerik. (a) Suhu badan setiap murid (b) Bilangan pokok yang ditanam di setiap daerah (c) Punca kemalangan di jalan raya Penyelesaian: (a) Data numerik (b) Data numerik (c) Data kategori
Soalan 4 (tentang jadual kekerapan): Data berikut menunjukkan bilangan anak dalam setiap keluarga bagi 20 buah keluarga. Organisasikan data itu dengan membina jadual kekerapan. LAMPIRAN 2.0 Soalan 1: Klasifikasikan data berikut kepada data kategori atau data numerik. (a) Bilangan setem yang dikumpul oleh setiap murid (b) Masa penggunaan internet (c) Kebolehubahan bermain sepak takraw (d) Warna kereta (e) Panjang cacing tanah (f) Bilangan pelancong ke Muzium Negara setiap bulan (g) Bahasa bertutur di rumah (h) Pendapatan tahunan Soalan 2: Data berikut menunjukkan saiz kemeja-T yang dipakai oleh murid Tingkatan 1 Cekal. Organisasikan data itu dengan membina jadual kekerapan.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) #2 12.1.3 MEMBINA PERWAKILAN DATA BAGI DATA TAK TERKUMPUL DAN MENJUSTIFIKASIKAN KESESUAIAN SUATU PERWAKILAN DATA BAB 12 PENGENDALIAN DATA
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TINGKATAN 1 SMK KUALA BERANG Nama Guru Nor Asyikin binti Noruddin Kelas/ Tingkatan 1 Amanah Tarikh 27 Disember 2023 Minggu Minggu 10 Tajuk/Sub-tajuk Bab 12: Pengendalian Data 12.1 Proses pengumpulan, pengorganisasian dan perwakilan data, serta pentafsiran perwakilan data. Standard Pembelajaran 12.1.3 Membina perwakilan data bagi data tak terkumpul dan menjustifikasikan kesesuaian suatu perwakilan data. Objektif Pembelajaran Di akhir PDP ini, murid akan dapat: 1. Membina perwakilan data dengan menggunakan carta palang, carta pai, dan graf garis bagi data tak terkumpul dengan betul. 2. Memberi justifikasi tentang kesesuaian suatu perwakilan data dengan tepat. Pengetahuan Sedia Ada Murid telah mempelajari Bab Pengurusan Data dalam Matematik KSSR (Bidang Pembelajaran – Statitistik dan Kebarangkalian) dan mempunyai pengetahuan asas tentang cara mengumpul, mengelas, dan menyusun data. Fasa Model [eg. BSCS 5E] Aktiviti Guru/Murid Kaedah/ Bahan Bantu Mengajar (BBM)/ Nilai Set Induksi Penglibatan (5 minit) 1. Murid dan guru bersoal jawab untuk mengingat kembali dan menguji pengetahuan sedia ada murid tentang bentuk-bentuk carta palang, carta pai dan graf garis. 2. Guru menunjukkan gambar-gambar makanan yang mempunyai bentuk seakan carta palang dan carta pai seperti wafer kitkat, choki-choki, dan pizza untuk memberi gambaran tentang bentukbentuk perwakilan data yang akan dipelajari. Kaedah: 1. Soal jawab 2. Mengingat kembali 3. Perbincangan Bahan Bantu Mengajar: 1. Slide canva 2. Keratan akhbar 3. Gambar dari
3. Guru menunjuk contoh carta palang, carta pai dan graf garis dari keratan akhbar dan media sosial dengan menggunakan slide canva, untuk memberi gambaran penggunaan perwakilan data ini dengan realiti kehidupan. media sosial Aktiviti Utama Penerangan (10 minit) 1. Guru menerangkan kepentingan penggunaan setiap satu perwakilan data : carta palang, carta pai dan graf garis. 2. Guru menunjukkan langkah-langkah untuk membina carta palang, carta pai dan graf garis dengan menggunakan slide canva. 3. Guru juga menggunakan modelkerja 3D carta palang dan carta pai untuk menunjukkan kepada pelajar tentang langkah-langkah yang penting dalam pembinaan carta palang dan carta pai yang betul. 4. Guru menyatakan perbezaan antara ketiga-tiga perwakilan data itu dan menyatakan justifikasi terhadap kesesuaian perwakilan data itu. 5. Murid diminta untuk memberi contoh tentang situasi kehidupan seharian yang boleh dijermahkan ke dalam perwakilan data yang dipelajari. Contohnya: trend harga emas dan minyak. Nota: 1. Carta palang – sesuai digunakan untuk membuat perbandingan antara kategori. 2. Carta pai – perwakilan data dengan menggunakan sektor bagi sebuah bulatan untuk memaparkan bahagian bagi setiap kategori dalam Kaedah: 1. Penerangan guru 2. Soal jawab 3. Mengaitkan dengan kehidupan seharian Bahan Bantu Mengajar: 1. Slide canva 2. Buku teks
keseluruhan data itu. 3. Graf garis – digunakan untuk memaparkan perubahan data dalam suatu tempoh masa. Datanya diwakili oleh titik-titik yang disambungkan dengan garis lurus. Penerokaan (15 minit) 1. Guru memberi satu soalan untuk setiap satu perwakilan data dan menunjukkan jalan penyelesaian soalan tersebut, berserta justifikasi atau ‘reasoning’ kepada jawapan yang diberi. 2. Guru mengedarkan kertas grid kepada murid untuk kegunaan murid melukis sendiri perwakilan data. 3. Murid dikehendaki terlibat dalam penyelesaian masalah dengan memberi maklumat tentang bilangan kekerapan untuk membina carta palang dan graf garis, dan pengiraan sudut untuk sektor carta pai. Rujuk Lampiran 1.0 Soalan 1 – membina carta palang Soalan 2 – membina carta pai Soalan 3 – membina graf garis Kaedah: 1. Penerangan guru 2. Penglibatan murid Bahan Bantu Mengajar: 1. Model-kerja 3D carta palang. 2. Model-kerja 3D carta pai. 3. Kertas grid Pengembangan (15 minit) 1. Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan. 2. Setiap kumpulan diminta untuk membuat cabutan nombor soalan. 3. Setiap kumpulan akan menerima 1 soalan berserta bahan untuk membina perwakilan data itu. Setiap kumpulan Kaedah: 1. Perbincangan kumpulan 2. Penerangan murid (Gallery Walk)
akan membuat perwakilan data yang berbeza. 4. Murid menulis hasil di atas kertas sebak dan akan membentangkan hasil secara Gallery Walk. 5. Guru dan murid kumpulan lain akan memberi soalan dan komen, ahli kumpulan dikehendaki menjawab dan menjustifikasi perwakilan data tersebut. Bahan Bantu Mengajar: 1. Kertas sebak Nilai: 1. Berkerjasama dan kreatif Penilaian/ Pentaksiran (10 minit) Murid akan diberikan contoh soalan berdasarkan tajuk apa dibincangkan pada hari ini, dan murid dikehendaki menunjukkan cara penyelesaian masalah di papan putih. Rujuk Lampiran 2.0 Soalan 1 – carta palang Soalan 2 – carta pai Soalan 3 – graf garis Kaedah: 1. Menjawab soalan/ menyelesaikan masalah 2. Penerangan murid Penutup Rumusan (5 minit) 1. Murid membuat rumusan isi pelajaran tentang tajuk yang dipelajari dengan bimbingan guru. 2. Murid diberikan latihan atau soalan sebagai pengukuhan. Refleksi Pencapaian Objektif Panduan/ Rujukan PdPC Akan Datang
LAMPIRAN 1.0 Soalan 1 (Carta palang): Jadual kekerapan berikut menunjukkan aktiviti masa lapang bagi murid Tingkatan 1 Bakti. Bina satu carta palang untuk mewakili data tersebut dan berikan justifikasi kepada kesesuaian perwakilan data ini. Penyelesaian:
Soalan 2 (Carta pai): Jadual berikut menunjukkan bilangan kereta model Dinamik yang dijual oleh sebuah syarikat menjual kereta. Bina satu carta pai untuk mewakili data tersebut dan berikan justifikasi tentang kesesuain perwakilan data ini. Penyelesaian:
Soalan 3 (graf garis): Jadual berikut menunjukkan suhu pesakit dalam suatu tempoh tertentu. Bina satu graf garis untuk mewakili data tersebut dan berikan justifikasi kepada kesesuaian perwakilan data ini. Penyelesaian: LAMPIRAN 2.0 Soalan 1 (carta palang): Jadual berikut menunjukkan harga bgi empat jenis penginapan sekitar Bandaraya Melaka Bersejarah semasa hari biasa dan musim cuti. Bina satu carta palang untuk mewakili dua set data itu dan justifikasikan kesesuaian perwakilan data tersebut.
Soalan 2 (carta pai): Jadual di bawah menunjukkan lagu kegemaran bagi sekumpulan kanak-kanak. Bina satu carta pai untuk mewakili data itu dan justifikasikan kesesuaian perwakilan data tersebut. Soalan 3 (graf garis): Jadual di bawah menunjukkan tinggi Kamil dalam tempoh enam tahun. Bina satu graf garis untuk mewakili data itu dan justifikasikan kesesuaian perwakilan data tersebut.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) #3 12.1.3 MEMBINA PERWAKILAN DATA BAGI DATA TAK TERKUMPUL DAN MENJUSTIFIKASIKAN KESESUAIAN SUATU PERWAKILAN DATA BAB 12 PENGENDALIAN DATA 12.1.4 MENUKAR SATU PERWAKILAN DATA KEPADA PERWAKILAN LAIN YANG SESUAI SERTA MEMBERI JUSTIFIKASI
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TINGKATAN 1 SMK KUALA BERANG Nama Guru Nor Asyikin binti Noruddin Kelas/ Tingkatan 1 Amanah Tarikh 03 Januari 2024 Minggu Minggu 11 Tajuk/Sub-tajuk Bab 12: Pengendalian Data 12.1 Proses pengumpulan, pengorganisasian dan perwakilan data, serta pentafsiran perwakilan data. Standard Pembelajaran 12.1.3 Membina perwakilan data bagi data tak terkumpul dan menjustifikasikan kesesuaian suatu perwakilan data. 12.1.4 Menukar satu perwakilan data kepada perwakilan lain yang sesuai serta memberi justifikasi. Objektif Pembelajaran Di akhir PDP ini, murid akan dapat: 1. Membina perwakilan data dengan menggunakan plot titik dan plot batang-dan-daun bagi data tak terkumpul dan memberi justifikasi tentang kesesuaian suatu perwakilan data dengan betul. 2. Menukarkan satu perwakilan data kepada perwakilan lain yang sesuai serta memberi justifikasi yang kukuh. Pengetahuan Sedia Ada Murid mempunyai pengetahuan asas tentang pengorganisasian data dan kepentingan perwakilan data yang telah dipelajari pada sesi sebelum ini yang melibatkan sub 12.1.1, 12.1.2, dan perwakilan data menggunakan carta palang, carta pai dan graf garis di dalam sub 12.1.3. Fasa Model [eg. BSCS 5E] Aktiviti Guru/Murid Kaedah/ Bahan Bantu Mengajar (BBM)/ Nilai Set Induksi Penglibatan (5 minit) 1. Guru menyediakan satu Puzzle dimana murid perlu mencari semua perkataan perwakilan data yang telah dipelajari pada kelas yang lepas dan yang akan dipelajari pada hari ini (carta palang, carta pai, dan carta garis, plot titik, batangdaun). Kaedah: 1. Soal jawab 2. Perbincangan
2. Guru pamerkan puzzle tersebut dia slide canva dan murid diberikan masa selama 3 minit untuk mencari semua perkataan. 3. Semua murid perlu bekerjasama untuk mencari perkataan-perkataan tersembunyi tersebut. 4. Guru menunjuk bentuk perwakilan data plot titik dan plot batang-dan-daun kepada murid dengan menggunakan slide canva. 5. Guru memberi contoh situasi atau soalan statistik yang ringkas berkaitan dengan situasi di sekolah yang memerlukan penggunaan perwakilan data plot titik dan plot batang-dan-daun, untuk memberi gambaran perkaitan perwakilan data ini dengan realiti kehidupan. Bahan Bantu Mengajar: 1. Slide canva 2. Word puzzle Aktiviti Utama Penerangan (10minit) 1. Guru menerangkan penggunaan perwakilan data plot titik dan plot batang-dan-daun, berserta justifikasi. 2. Guru menunjukkan langkah-langkah dan tips untuk membina perwakilan data plot titik dan plot batang-dandaun dengan menggunakan slide canva. 3. Guru memberi contoh tentang situasi kehidupan seharian yang memerlukan perwakilan data yang Kaedah: 1. Penerangan guru 2. Soal jawab 3. Mengaitkan dengan kehidupan seharian Bahan Bantu Mengajar: 1. Slide canva
dipelajari hari ini, dan juga kepentingan menggunakan perwakilan data ini. 4. Guru bersoal jawab dengan murid kenapa suatu perwakilan data memerlukan penukaran kepada perwakilan lain yang sesuai, berserta justifikasi. 5. Murid ditunjukkan langkah-langkah untuk menukarkan perwakilan data berserta justifikasi dengan menggunakan slide canva. Nota: a. Plot titik – Boleh membantu kita melihat corak data, membuat inferens dan keputusan. Plot titik juga dapat mengesan pemerhatian yang ganjil, iaitu nilai ekstrem dalam data. Plot titik sesuai digunakan untuk mengilustrasikan kekerapan bilangan data yang besar. b. Plot batang-dan-daun – Perwakilan data yang mengasingkan nilai data kepada batang dan daun mengikut nilai tempat. Plot batang-dan-daun ini sesuai digunakan untuk mewakilkan bilangan data yang besar, dan boleh digunakan untuk mewakilkan data kategori atau data numerik. Penerokaan (15 minit) 1. Guru memberi satu soalan untuk setiap satu perwakilan data dan menunjukkan jalan penyelesaian soalan tersebut, berserta justifikasi atau ‘reasoning’ kepada jawapan yang diberi. Kaedah: 1. Penerangan guru 2. Penglibatan murid
2. Murid dikehendaki terlibat dalam penyelesaian masalah dengan memberi maklumat yang sesuai untuk membina perwakilan data. 3. Guru memberi contoh soalan penukaran perwakilan data kepada perwakilan data yang lebih sesuai berserta justifikasi, dan menunjukkan cara penukaran perwakilan data tersebut. Rujuk Lampiran 1.0 Soalan 1 – membina plot titik Soalan 2 – membina plot batang-dandaun Soalan 3 – menukar perwakilan data carta palang kepada graf garis Pengembangan (15 minit) 1. Aktiviti berkumpulan akan dilakukan untuk membina perwakilan data menggunakan plot titik, dengan bimbingan guru. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. 2. Guru mengedarkan satu kertas yang mengandungi jadual kekerapan yang perlu diisi oleh ahli setiap kumpulan. Guru juga mengedarkan kertas lukisan untuk setiap kumpulan membina hasil plot titik mereka. 3. Kedua kumpulan akan mendapat set soalan kekerapan yang berbeza (1) Masa yang diperuntukkan untuk melayari media sosial dalam sehari; (2) Bilangan barang di dalam kotak pensil masingmasing. 4. Murid dikehendaki mengisi kolum kekerapan di atas kertas yang telah diedarkan guru tadi, dan murid dikehendaki bekerjasama untuk Kaedah: 1. Perbincangan kumpulan 2. Penerangan murid (Gallery Walk) Bahan Bantu Mengajar: 1. Kertas yang mengandungi jadual kekerapan kosong. 2. Kertas lukisan Nilai: 1. Berkerjasama dan kreatif
membina plot titik berdasarkan data yang diperoleh di atas kertas lukisan. 5. Murid akan membentangkan hasil secara Rotating Review, dan guru membantu dalam memberi justifikasi terhadap perwakilan data yang dilakukan. 6. Kumpulan lain juga akan memberi cadangan perwakilan data yang juga sesuai digunakan untuk mewakilkan data, dan berkongsi cara penukaran perwakilan data tersebut, berserta justifikasi. Penilaian/ Pentaksiran (10 minit) Murid akan diberikan contoh soalan berdasarkan tajuk apa dibincangkan pada hari ini, dan murid dikehendaki menunjukkan cara penyelesaian masalah di papan putih. Rujuk Lampiran 2.0 Soalan 1 – membina plot batang-dandaun Soalan 2 – menukar perwakilan data plot titik kepada plot batang-dan-daun Kaedah: 1. Menjawab soalan/ menyelesaikan masalah 2. Penerangan murid Bahan Bantu Mengajar: 1. Slide canva Penutup Rumusan (5 minit) 1. Murid membuat rumusan isi pelajaran tentang tajuk yang dipelajari dengan bimbingan guru. 2. Murid diberikan latihan atau soalan sebagai pengukuhan. Refleksi Pencapaian Objektif Panduan/ Rujukan PdPC Akan Datang
LAMPIRAN 1.0 Soalan 1 (membina plot titik): Masa rawatan pergigian (dalam minit) yang diberikan kepada 14 orang pesakit oleh seorang doktor gigi adalah seperti yang ditunjukkan di bawah. Wakilkan data itu dengan plot titik dan berikan justifikasi kepada kesesuain perwakilan data ini. Penyelesaian: Soalan 2 (membina plot batang-dan-daun): Data di bawah menunjukkan markah ujian Matematik bagi 20 orang murid di sebuah kelas. Wakilkan data itu dengan plot batang-dan-daun dan berikan justifikasi kepada kesesuaian perwakilan data ini. Penyelesaian: Plot batang-dan-daun ini sesuai digunakan untuk memaparkan markah setiap murid di dalam kelas itu.
Soalan 3 (menukar perwakilan data carta palang kepada graf garis): Carta palang di bawah menunjukkan keuntungan Syarikat Usaha Tegas dari tahun 2010 hingga 2015. Tukarkan perwakilan carta palang itu kepada perwakilan lain yang sesuai dan berikan justifikasi kepada penukaran perwakilan ini. Penyelesaian:
LAMPIRAN 2.0 Soalan 1 (membina plot batang-dan-daun): Dalam suatu tinjauan, umur bagi 24 orang pembaca bagi sebuah majalah dicatatkan seperti berikut. Wakilkan data itu dengan plot batang-dan-daun dan justifikasikan kesesuaian perwakilan data tersebut. Soalan 2 (menukar perwakilan data plot titik kepada plot batang-dan-daun): Plot batang-dan-daun di bawah menunjukkan hasil tinjauan tentang kadar denyutan nadi per minit bagi pesakit yang dirawat di sebuah poliklinik komuniti. Tukarkan perwakilan itu kepada perwakilan plot titik dan berikan justifikasi kepada penukaran perwakilan ini.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) #4 12.1.5 MENTAFSIR PELBAGAI PERWAKILAN DATA TERMASUK MEMBUAT INFERENS ATAU RAMALAN BAB 12 PENGENDALIAN DATA
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TINGKATAN 1 SMK KUALA BERANG Nama Guru Nor Asyikin binti Noruddin Kelas/ Tingkatan 1 Amanah Tarikh 10 Januari 2024 Minggu Minggu 12 Tajuk/Sub-tajuk Bab 12: Pengendalian Data 12.1 Proses pengumpulan, pengorganisasian dan perwakilan data, serta pentafsiran perwakilan data. Standard Pembelajaran 12.1.5 Mentafsir pelbagai perwakilan data termasuk membuat inferens atau ramalan. Objektif Pembelajaran Di akhir PDP ini, murid akan dapat: 1. Menterjemahkan maklumat yang dapat diperoleh daripada pelbagai perwakilan data dengan betul. 2. Menyatakan inferens dan ramalan yang boleh dibuat berdasarkan pelbagai perwakilan data yang berkualiti. Pengetahuan Sedia Ada Murid telah mempunyai pengetahuan tentang langkah-langkah untuk membina pelbagai perwakilan data, menukarkan suatu perwakilan data kepada perwakilan data yang lain, dan kelebihan setiap perwakilan data (carta palang, carta pai, graf garis, plot titik, dan plot batang-dan-daun). Fasa Model [eg. BSCS 5E] Aktiviti Guru/Murid Kaedah/ Bahan Bantu Mengajar (BBM)/ Nilai Set Induksi Penglibatan (5 minit) 1. Guru mengimbas kembali tentang perwakilan data yang telah dipelajari termasuk bentuk-bentuk perwakilan data dan langkah-langkah penting untuk membina perwakilan data tersebut, dengan menyoal murid dan murid memberi respon kepada soalan-soalan guru itu. 2. Guru mengadakan pop quiz dengan menggunakan perisian Kahoot! untuk mengimbas kembali bentuk-bentuk perwakilan data yang telah dipelajari. Kaedah: 1. Soal jawab 2. Perbincangan 3. Pop quiz Bahan Bantu Mengajar: 1. Perisian Kahoot!
Aktiviti Utama Penerangan (10minit) 1. Guru menerangkan maklumat yang boleh didapati daripada mentafsir suatu perwakilan data, dan seterusnya membuat inferens dan ramalan daripada perwakilan data itu. 2. Guru memberi panduan dalam mentafsir graf dan kedudukan pembolehubah paksi x dan paksi y. 3. Guru menerangkan cara membuat inferens atau ramalan dengan mentafsir graf. Kaedah: 1. Penerangan guru Bahan Bantu Mengajar: 1. Slide canva Penerokaan (15 minit) 1. Guru memberi contoh soalan dan membincangkan maklumat yang dapat dikeluarkan dari perwakilan graf garis, dan menyoal murid untuk memberi inferens dan ramalan berdasarkan perwakilan data itu. 2. Guru memberi contoh soalan dan membincangkan maklumat yang dapat ditafsirkan dari perwakilan data plot titik, dan menyoal murid untuk membuat inferens dan ramalan berdasarkan perwakilkan data itu. Rujuk Lampiran 1.0 Soalan 1 – mentafsir graf garis Soalan 2 – mentafsir plot titik Kaedah: 1. Penerangan guru 2. Penglibatan murid Bahan Bantu Mengajar: 1. Slide canva 2. Buku teks Pengembangan (15 minit) 1. Guru menunjukkan graf garis di slide canva, dan guru memilih seorang murid untuk menceritakan pentafsiran yang boleh dibuat berdasarkan graf garis itu. 2. Kemudian, guru menyoal soalansoalan berikut kepada murid, dan murid memberikan jawapan kepada setiap soalan itu. Guru membetulkan jika terdapat kesalahan dan memberi justifikasi. Rujuk Lampiran 2.0 Kaedah: 1. Soal jawab 2. Penerangan guru 3. Penerangan murid Bahan Bantu Mengajar: 1. Slide canva
Nilai: 1. Berani 2. Berkerjasama dan aktif Penilaian/ Pentaksiran (10 minit) Murid akan diberikan contoh soalan berdasarkan tajuk apa dibincangkan pada hari ini, dan murid dikehendaki menunjukkan cara penyelesaian masalah di papan putih. Rujuk Lampiran 3.0 Soalan 1 – mentafsir plot batang-dandaun Kaedah: 1. Menjawab soalan/ menyelesaikan masalah 2. Penerangan murid Bahan Bantu Mengajar: 1. Slide canva Penutup Rumusan (5 minit) 1. Murid membuat rumusan isi pelajaran tentang tajuk yang dipelajari dengan bimbingan guru. 2. Murid diberikan latihan atau soalan sebagai pengukuhan. Refleksi Pencapaian Objektif Panduan/ Rujukan PdPC Akan Datang
LAMPIRAN 1.0 Soalan 1 (mentafsir graf garis): Penyelesaian: (a) 1900 tan (b) Jisim sampah yang dibuang adalah sama pada tahun 2011 dan 2014. (c) Jumlah jisim sampah yang dibuang dalam tempoh 6 tahun ialah 13 200 tan, dan min jisim sampah adalah 2200 tan. (d) Jisim sampah yang dibuang semakin berkurangan setiap tahun selepas tahun 2012. (e) 1100 tan Soalan 2 (mentafsir plot titik):
Penyelesaian: LAMPIRAN 2.0
LAMPIRAN 3.0 Soalan 1 (mentafsir plot batang-dan-daun):
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) #5 12.1.5 MENTAFSIR PELBAGAI PERWAKILAN DATA TERMASUK MEMBUAT INFERENS ATAU RAMALAN BAB 12 PENGENDALIAN DATA 12.1.6 MEMBINCANGKAN KEPENTINGAN MEWAKILKAN DATA SECARA BERETIKA BAGI MENGELAKKAN KEKELIRUAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TINGKATAN 1 SMK KUALA BERANG Nama Guru Nor Asyikin binti Noruddin Kelas/ Tingkatan 1 Amanah Tarikh 17 Januari 2024 Minggu Minggu 13 Tajuk/Sub-tajuk Bab 12: Pengendalian Data 12.1 Proses pengumpulan, pengorganisasian dan perwakilan data, serta pentafsiran perwakilan data. Standard Pembelajaran 12.1.5 Mentafsir pelbagai perwakilan data termasuk membuat inferens atau ramalan. 12.1.6 Membincangkan kepentingan mewakilkan data secara beretika bagi mengelakkan kekeliruan. Objektif Pembelajaran Di akhir PDP ini, murid akan dapat: 1. Membezakan graf histogram dan graf poligon kekerapan dengan perwakilan-perwakilan data yang lain. 2. Membina graf histogram dan graf poligon kekerapan dengan betul. 3. Menterjemahkan maklumat yang dapat diperoleh daripada graf histogram dan poligon kekerapan, berserta inferens dan ramalan yang betul. 4. Menyenaraikan kepentingan mewakilkan data secara beretika bagi mengelakkan kekeliruan. Pengetahuan Sedia Ada Murid telah mempunyai pengetahuan tentang panduan mentafsir sesuatu perwakilan data dan cara-cara membuat inferens dan ramalan daripada perwakilan data. Fasa Model [eg. BSCS 5E] Aktiviti Guru/Murid Kaedah/ Bahan Bantu Mengajar (BBM)/ Nilai Set Induksi Penglibatan (5 minit) 1. Guru menunjukkan 1 carta palang yang salah (dibina dengan skala yang tidak bermula dari 0, lebar palang yang tidak sama besar, dan tiada tajuk), dengan menggunakan slide canva. 2. Guru meminta murid untuk menentukan samada carta palang yang Kaedah: 1. Soal jawab 2. Perbincangan
ditunjukkan itu betul atau salah. Ini untuk memberi gambaran tentang kepentingan mewakilkan data secara beretika. Bahan Bantu Mengajar: 1. Slide canva Aktiviti Utama Penerangan (10minit) 1. Guru memperkenalkan graf histogram dan poligon kekerapan kepada murid. 2. Guru menerangkan langkahlangkah untuk membina graf histogram dan poligon kekerapan, dan murid menyatakan perbezaan yang dapat dilihat antara graf histogram dan carta palang, dan juga antara poligon kekerapan dan graf garis. 3. Guru menerangkan konsep graf histogram dan poligon kekerapan dan memberi panduan dalam mentafsir graf dan kedudukan pembolehubah paksi x dan paksi y. Guru menerangkan maklumat yang boleh didapati daripada pentafsiran kedua perwakilan data ini. Nota: a. Histogram – perwakilan data yang memaparkan data terkumpul. Data terkumpul ialah data yang dikumpulkan dalam satu selang tertentu. b. Poligon kekerapan – graf yang menyambungkan titik tengah bahagian atas setiap palang dalam histogram itu dengan garis lurus. Poligon kekerapan boleh dilukis daripada histogram. Kaedah: 1. Penerangan guru. 2. Pemerhatian murid. Bahan Bantu Mengajar: 1. Slide canva 2. Buku teks Nilai: 1. Berani dan fokus Penerokaan (15 minit) Guru menunjukkan graf histogram dan poligon kekerapan di slide canva dan bertanyakan soalan, dan murid boleh menyatakan interpretasi yang dapat dibuat daripada graf histogram dan poligon kekerapan tersebut, dengan Kaedah: 1. Penerangan guru 2. Penglibatan murid
bimbingan guru. Rujuk Lampiran 1.0 Soalan 1 – graf histogram Soalan 2 – poligon kekerapan Bahan Bantu Mengajar: 1. Slide canva2. Buku teks Pengembangan (15 minit) 1. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. 2. Guru menunjukkan graf histogram di slide canva yang mempamerkan data jisim bungkusan biskut, dan murid dikehendaki mentafsir maklumat yang diperoleh daripada perwakilan data itu. 3. Setiap kumpulan harus menyenaraikan dan memberi 5 maklumat pentafsiran daripada graf histogram termasuk membuat inferens dan ramalan, dan membentangkan kepada kumpulan lain dan juga guru. Rujuk Lampiran 2.0 Kaedah: 1. Soal jawab 2. Penerangan guru 3. Penerangan murid Bahan Bantu Mengajar: 1. Slide canva Nilai: 1. Berani, aktif 2. Berkerjasama Penilaian/ Pentaksiran (10init) 1. Murid akan diberikan contoh soalan berdasarkan perwakilan-perwakilan data yang telah dipelajari. 2. Guru menerangkan tentang kepentingan perwakilan data secara beretika bagi mengelakkan kekeliruan. Rujuk Lampiran 3.0 Soalan 1 – carta palang Soalan 2 – carta pai Kaedah: 1. Menjawab soalan/ menyelesaikan masalah 2. Penerangan murid Bahan Bantu Mengajar: 1. Slide canva Penutup Rumusan (5 minit) 1. Murid membuat rumusan isi pelajaran tentang tajuk yang dipelajari dengan bimbingan guru.
2. Murid diberikan latihan atau soalan sebagai pengukuhan. Refleksi Pencapaian Objektif Panduan/ Rujukan PdPC Akan Datang
LAMPIRAN 1.0 Soalan 1 (graf histogram): Histogram di bawah menunjukkan tinggi bagi 50 orang murid perempuan. Penyelesaian: Soalan 2 (poligon kekerapan):
Penyelesaian: LAMPIRAN 2.0 LAMPIRAN 3.0 Soalan 1 (carta palang): Carta palang menunjukkan bilangan gol yang dijaringkan oleh empat orang pemain bola sepak dalam Liga Bola Sepak Daerah Permai. (a) Adakah bilangan jaringan gol Adam ialah dua kali bilangan jaringan gol Ravi? Terangkan. (b) Pada pendapat anda, adakah carta palang ini dapat mewakili bilangan gol pemain dengan jelas?
Soalan 2 (carta pai): Carta pai menunjukkan gred yang diperoleh sekumpulan murid dalam suatu ujian Matematik. Adakah carta pai ini memaparkan data dengan tepat? Terangkan.