Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua warga maktab kerana berjaya mengadakan Majlis Mohon Restu MRSM Beseri ini demi kepentingan pelajar-pelajar. Saya percaya majlis ini adalah selari dengan matlamat untuk memberi dorongan dan memotivasikan para pelajar agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan. Kita semua mengetahui bahawa betapa pentingnya usaha dalam kalangan pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam apa-apa jua bidang yang dipelajari. Kegigihan guru-guru bersinergi mengatur program bagi kejayaan pelajar amatlah berharga dan wajar diteruskan lagi pada masa akan datang. Kepada para pelajar, diharapkan program seumpama ini dapat menanam semangat juang untuk menuju kejayaan yang cemerlang. Saya turut mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar-pelajar dan sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan yang bakal dihadapi nanti. Semoga anakanak diberikan ketenangan dan kemudahan dalam menjawab soalan serta dikurniakan kesihatan yang baik sewaktu menduduki peperiksaan SPM akan datang. Semoga pertolongan Allah S.W.T bersamasama semua. Akhir sekali, ucapan terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan padu kepada Maktab Rendah Sains MARA Beseri untuk memajukan para pelajar bersama-sama iringan doa yang berterusan kepada mereka. Kata-kata perangsang dan motivasi daripada ibu bapa dan guru amat diperlukan untuk menjadi penguat dan pendorong kepada pelajarpelajar. Sekian. Wassalam. Tn Hj Maznan bin Maamor (Ans) Pengetua Maktab Rendah Sains MARA Beseri
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan inayah-Nya dapat saya menyampaikan sisipan kata sempena Majlis Mohon Restu MRSM Beseri pada tahun ini. Persediaan untuk menempuh dan merentasi cabaran kehidupan pada masa hadapan harus bermula dari sekarang melalui persiapan rapi tatkala menjelang peperiksaan SPM 2022. Pelajar-pelajar harus berusaha dengan iltizam yang tinggi dan penuh ketakwaan berbekalkan ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru serta iringan doa restu ibu bapa. Terima kasih kepada semua guru yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis pada hari ini. Semoga para pelajar sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru serta ibu bapa. Saya sentiasa mendoakan kejayaan yang berpanjangan buat para pelajar. Usaha ini adalah permulaan kepada satu perjalanan yang lebih mencabar. Berbekalkan ilmu yang diperolehi, jalan menuju kejayaan terbentang luas di hadapan anda. Andai kata kejayaan diperoleh, janganlah dilupakan insan-insan yang banyak membantu. Semoga pelajar-pelajar dapat kembali ke sini sebagai alumni dan mencurahkan pengetahuan kepada adik-adik yang dahagakan ilmu dan pengalaman hidup. Sekian, terima kasih. Zakaria bin Harun Yang Dipertua Muafakat Cawangan MRSM Beseri.
TENTATIF PROGRAM MOHON RESTU & SOLAT HAJAT SPM 2022 MRSM BESERI, PERLIS 9.30 pagi : Pendaftaran di Dewan Selera 9.45 pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan, AJK Muafakat & Para Pendidik 10.00 pagi : Ceramah Motivasi di Dewan Selera 11.00 pagi : Solat Dhuha dan Hajat Berjemaah di Surau Bacaan Yasin Ucapan -Wakil Pelajar Tingkatan 5 -YDP Muafakat -Pengetua Jamuan makan tengahari 12.00 tgh : Bersurai
AHLI JAWATANKUASA MAJLIS MOHON RESTU & SOLAT HAJAT SPM 2022 MRSM BESERI Pengerusi : En. Maznan Bin Maamor Timbalan Pengerusi I : En. Zul Hakim Bin Sharkawi Timbalan Pengerusi II : Pn. Siti Nur Adila Binti Had Timbalan Pengerusi III : PN. Zaliyatun Azlila Binti Ahmad Johari Penyelaras : Pn. Suriati Binti Mat Setiausaha : Pn. Huraizah Binti Mat Saruni AJK SIARAYA & BACKDROP En. Muhammad Fithri bin Hidzir (Ketua) En. Muhammad Irfan bin Ahmad En. Muhammad Bukhari Bin Amran En. Mohdd Zulhilmi bin Zainol Bahri AJK DOKUMENTASI Pn. Khairun Nisa binti Md. Lani (Ketua) Idziana binti Abdul Shukor AJK KAWALAN PELAJAR En. Noorzamri bin Ibrahim (Ketua) En. Abdul Jalil bin Abdul Wahab AJK PERSIAPAN TEMPAT & KEBERSIHAN Pn. Hilda binti Hamdan (Ketua) Pn. Nor Aziana binti Abdul Aziz Pekerja Kontraktor Pembersihan AJK ATURCARA MAJLIS Pn Nurmastura binti Nordin (Ketua) Pn. Zuriati binti Zainon En. Muhammad Syamil Najmuddin bin Samsol En. Amirul Nassir bin Yusuf AJK MAKANAN Pn. Suzieyati Adzliza binti Mohamad (Ketua) Pn. Habibah binti Abdul Razak Pn. Siti Amrina binti Bokhari Pn. Muhaineh binti Jahi AJK BUKU PROGRAM/PAMPLET & HEBAHAN Pn Juliana Binti Mohammad (Ketua) Pn. Norshahirah binti Ayob AJK JEMPUTAN DAN SAMBUTAN Pn. Hazlin binti Ismail (Ketua) Pn. Hidayu binti Harun En. Harun bin Samat Pn. Nurafida binti Abu Bakar Pn. Zawin Najjah binti Nawawi En. Badruhisham bin Ishak Pn. Faridah binti Baharom Pn. Siti Aishah binti Endud En. Mohamad Hafizi bin Abdul Ghani AJK LALU LINTAS En. Mohamad Hafizul Ihsan bin Mohamed@Omar En. Muhammad Johari bin Abdul Jadi Pengawal keselamatan
Kemenangan ada di depan mata, raihlah dengan usaha dan doa. Selamat berjuang! Pastikan semangat, usaha dan doa kita hari ini luar biasa, agar kita dapat menutup hari ini dengan hasil yang luar biasa