8.1.4 Dendam 175 PEERS 1 Hutang kita masih belum selesai... Kau masih marahkan Hafiz? Tidaklah…Tapi menyampah tengok muka dia! Tak balik lagi mamat ni. Macam ni, aku ada peluang nak kenakan dia… Hehehe Hey, apalah ni? Ada basikal tapi tolak saja. Alamak basikal pancit pula! Adoi!! Hah, pancit?!! Jika ini terjadi kepada anda, apakah yang akan anda lakukan? Wajarkah tindakan itu? Bincangkan. Hari demi hari, rasa sakit hati Taufik makin menjadi-jadi. Kemarahannya semakin meluap-luap. Setiap kali ternampak kelibat Hafiz, rasa marahnya datang. Bagaikan ada seseorang yang membisikkan kepadanya untuk melakukan sesuatu pada Hafiz… Kalau difikirkan, bukannya besar sangat teguran Hafiz itu. Hafiz cuma menjalankan tugasnya sebagai pengawas. Salah dia, juga. Kenapa dia hendak berfesyen, buat gaya rambut ala model, untuk datang ke sekolah?
Aktiviti 8.1.3, 8.1.4 Kumpulkan bahan berita yang berkaitan dengan masalah membuli, dibuli dan gengsterisme. Tampalkan maklumat tersebut dalam buku skrap. Pamerkan hasil kerja anda kepada rakan sekelas, akibat kesan membuli, dibuli dan gengsterisme terhadap diri dan keluarga. Contoh reka letak untuk tampalan dan susun atur bahan dalam buku skrap anda. Anda juga digalakkan menggunakan templat yang terdapat dalam laman sesawang secara percuma. Imbas Saya Akta Mahkamah Juvana 1947 (Akta 90) Analisis dan nyatakan perbezaan membuli, dibuli dan gengsterisme. Persembahkan dalam bentuk peta pemikiran. EMK Gunakan bahan kitar semula untuk membuat buku skrap yang menarik. 176 PEERS 1
Tuliskan tindakan yang boleh diambil dalam mencegah dan menghindari perbuatan membuli, dibuli dan gengsterisme. LATIHAN PENGUKUHAN 177 PEERS 1