The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FARHANI BINTI AHMAD KPM-Guru, 2023-09-27 13:30:39

PENGENALAN RAWATAN ISLAM

RAWATAN ISLAM

1 RAWATAN ISLAM HARI : KHAMIS TARIKH : 28 SEPTEMBER 2023


2 MENYINGKAP RAHSIA ALAM IBLIS , JIN DAN SYAITAN Sebagai manusia yang mengakui beriman kepada Allah dan rasul ,kita WAJIB meyakini akan kewujudan perkara-perkara ghaib yang tidak mampu kita lihat dengan mata kasar kita. Kita juga perlu menjadikan Al-Quran dan As-sunnah sebagai sumber dalam perubatan Islam .Perubatan dalam bentuk selain daripada penggunaan Al-Quran dan As-sunnah terutama penggunaan ‘Khadam’ atau jin sebagai pembantu adalah sangat ditentang dan di larang. Bacaan-bacaan yang di baca oleh perawat ketika merawat mestilah didengari oleh pesakit beserta sebutan yang terang,jelas dan bertajwid.Kerana dengan bacaan Al-Quran yang terang dan jelas serta bertajwid akan menggerunkan makhluk halus yang berada di sekitar. Sebelum mempelajari amalan-amalan dalam perubatan islam , mari kita kenal dulu asal usul kejadian jin. ASAL USUL KEJADIAN JIN Allah menciptakan malaikat daripada cahaya.Manusia daripada tanah.Jin pula di cipta daripada api.Ini berdasarkan dalil yang termaktub ddi dalam Al-Quran: َق َجآ ن َو َخلَ ٱل ِمن ْ ر ِرج ما ِ من ا ن Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang; [Ar-Rahman, 55:15] َجآ ن ْ َوٱل ه َٰ نَ ِر َخل ِمن قَ ْب ل ِمن ن َقْ ٱل س موِم ا Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma. [Al-Hijr, 15:27]


3 JENIS-JENIS JIN Terdapat kejadian alam flora dan fauna yang Allah ciptakan.Kepelbagaian kaum dan puak dalam kejadian manusia ,begitu juga dengan kejadian jin. Ada jin yang menduduki kelas atasan dalam sistem kemasyarakatan jin kerana mempunyai kelebihan dari sudut kekuatan dan sebagainya.Jin mempunyai hieraki kemasyarakatan tersendiri.Mereka juga menganut pelbagai agama seperti agama Islam,Kristian dan Yahudi.Mereka juga berpegang kepada pelbagai ideology dan fahaman.Ada juga yang bekerjaya dan bekerja seperti dalam kehidupan manusia sehari-hari. Riwayat sebuah hadith daripada Abu Tha’labah R.A telah bersabda Rasullullah S.A.W: َع ن ي ِ ب َ أ علَبَةَ ث ، ا َل َ ق :ْ ا َل َ َّللاُ ي ِه ق َر ُسو ُل َّللاِ َصلَى َ َم َعلَ ِج ن َو َسلَ :ْ"ْ ِة ال ى َعلَ ث صنَا ف َالثَ ِص ُه م ن أ :ْ ف َ لَ جنِ َحة َ أ ل َه َوا ِء ، َو ِص ن ف َحيَا ت َو ِكال ب ، َو ِص ن ف َي ِحل و َن عَنُو َن ." َوَي ظ يَ ِطي ُرو َن فِي ا Maksudnya : Jin itu mempunyai tiga jenis : satu jenis mempunyai sayap beterbangan di udara,satu jenis berupa ular dan anjing dan satu jenis lagi jenis yang berpindah randah. TEMPAT TINGGAL JIN 1.Jin suka tempat yang sepi daripada manusia . 2.Jin suka tempat yang kotor. 3.Jin biasanya tinggal di tandas-tandas. 4.Jin biasa tinggal di tempat-tempat berlubang. 5.Jin suka tinggal di tempat yang terdapat kotoran dan buangan binatang. MAKANAN DAN MINUMAN JIN Jin juga makan dan minum seperti manusia.Antara makanan makhluk jin adalah : 1.Tulang 2.Kotoran binatang 3.Asap


4 WAKTU IBLIS DAN JIN BERKELIARAN Dalam hadith sohihain daripada Jabir R.A,beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: ِل إ َكا َن جْن ح ِذَا ْي الل ْو َ ْم أ ْم َسْيت َ ِصْبيَانَ كْم ، ن أ وا ِ فَ كفُّ َه َب ِ فَإ ال شْي َطا َن يَنْتَ ِش ر ِحينَئِ ذ ، ذَا فَإ ذَ َعة ِل ْن َسا ِم ْي ْم الل فَ َخل ، ُّوه ْغِلق وا َ َو َب أ َوا ْب ْْلَ ا ك روا اذْ َ ن َو ا ْسم ّللاِ ِ ا ، ْو كوا ح بَابًا م ْغلَقً فتَ ْ فَإ ال شْي َطا َن َل يَ َ َو ْ أ كم َربَ ك روا قِ اذْ َ َو ا ْسم ّللاِ ، َخ َو ْم آنِيَتَ ك ك روا ِ م روا اذْ َ َو ا ْسم ّللاِ ْو ْن َولَ َ ْع ر ضوا ا َه أ تَ ْي َعلَ َشيْئًا ، وا َ ْطِفئ َو ْ أ َح كم ِي َم َصاب Maksudnya: Apabila malam menjelang tahanlah anak-anak kalian kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran pada saat itu.Apabila malam sudah gelap gelita lepaskanlah mereka dan tutuplah pintu serta sebutlah nama Allah kerana sesungguhnya syaitan tidak membuka pintu yang tertutup.Tutuplah tempat-tempat air dan sebutlah nama Allah sekalipun dengan meletakkan sesuatu diatasnyadan padamkanlah lampu-lampu kalian. Dalam hadith yang di sebut tadi,terdapat 5 perintah : 1.Larangan membiarkan anak-anak berkeliaran pada waktu tersebut 2.Menutup pintu pada waktu tersebut dengan menyebut nama Allah 3.Menutup tempat-tempat simpanan air. 4. Arahan menutup tempayan-tempayan simpanan air. 5.Memadam lampu dengan menyebut nama Allah. HUKUM MEMINTA PERTOLONGAN JIN Tidak syak lagi bahawa hokum meminta bantuan jin adalah HARAM.Ini berdasarkan dalil AL-Quran : نَهۥُ َ ِر َج ٱ ْل و َن ِ ِ م َن ن ِس ِر َكا َن َجا ل َوأ ل ِ م َن ِ يَعُوذُ ِج نِ ب ا م ٱل َزا ُدوهُ َ ف َر َهقًا `Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat. [Al-Jinn, 72:6]


5 KEDUDUKAN JIN DAN MANUSIA Manusia adalah sebaik-baik kejadian.Umumnya martabat manusia adalah lebih tinggi daripada golongan jin itupun jika seseorang manusia itu beriman dan beramal soleh.Firman Allah : َولَقَ ا د َكَر منَ َءا َد ُه م َم بَنِى َٰ َو َح َمل فِى بَِ ر نَ َوٱل ُهم بَ حِر ٱل َٰ نَ ِ م َن ِت َو َر َزق َٰ ِبَ ُه م ٱل َطي َٰ َضل نَ َكِثي ر ن َوف َٰى َ تَ ف ِض َخَل قنَ يًال ِ م َم ا َعلَ Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan. [Al-Isra', 17:70] APAKAH MAKHLUK YANG BERUPAYA MELIHAT JIN DAN SYAITAN? ِ فعَ ي ن ب َ أ َها َر ي َرةَ ِإنَ ضِل ِه ؛ فَ لُوا َّللاَ ِم ن فَ َ ا سأ م ِصيَا َح الِ ديَ َك ِة فَ ا َسِم عتُ ِذَ ا َل :)ْإ َم قَ ي ِه َو َسلَ َعلَ ِ َي َصلَى َّللاُ َن النَب َ َع نهُ أ َر ِض َي َّللاُ هُ ْت َ َرأ َملَ ، ًكا ا م ِذَ ِر و ِه َسِم عتُ ي َق َوإ ل ِح َما نَ ا تَعَ َوذُ َ ِن ب ِم ن ِ ف ا ا َّللِ ِإ ال َش ي ، نَهُ َطا ف ى َ َ َر ا أ َش ي َطانً FAKTOR-FAKTOR KEMASUKAN JIN : Kemasukan jin ke dalam tubuh manusia berpunca daripada pelbagai faktor.Umumnya punca kemasukan adalah disebabkan oelh perbuatan dua makhluk.Sama ada berpunca daripada jin atau manusia. Antara punca disebabkan oleh jin : 1.Jin lelaki yang jatuh cinta kepada manusia dan begitulah jua sebaliknya. 2.Kezaliman jin yang sentiasa mencari pasal dengan manusia. 3.Sikap hasad dengki jin terhadap manusia yang mempunyai kelebihan berbanding dirinya.Malah ada jin yang bercita-cita menjadi manusia serta merasakan mereka telah pun manusia.


6 Antara punca disebabkan oleh manusia: 1.Kezaliman manusia terhadap golongan jin.Contohnya perbuatan menyiram air panas daripada tempat tinggi yang memudharatkan jin. 2.Sikap manusia yang takabbur dan bermulut lancang sehingga mengguris perasaan sesetengah jin. 3.Keadaan manusia yang menyebabkan jin masuk ke dalam tubuh.Sebagai contoh : a.Terlalu marah b.Terlalu takut c.Nafsu syahwat yang sangat tinggi d.Bersikap terlampau lalai 4.Manusia yang banyak mempelajari ilmu agama dan sentiasa taat kepada perintah Allah SWT. MENGENALI KEWUJUDAN MAKHLUK HALUS DI DALAM TUBUH SESEORANG Gejala ketika tidur: 1.Susah tidur malam 2.Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut 3.Mimpi buruk.Seperti melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan ,malangnya tiada siapa yang mendengar.Biasanya terjadi dalam keadaan kena tindih 4.Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan 5.Mimpi melihat binatang-binatang seperti kucing ,anjing, unta , ular ,serigala ,tikus dan sebagainya.Kalau bermimpi di patuk ular kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya 6.Bunyi gigi berlaga ketika tidur 7.Ketawa , menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur 8.Berdiri dan berjalan ketika tidur 9.Mimpi jatuh daripada tempat tinggi 10.Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan 11.Bermimpi berada di tempat yang sunyi 12.Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang aneh 13.Mimpi melihat makhluk yang menakutkan atau di panggil hantu 14.Mimpi melihat budak kecil.Berhati-hatilah jika bermimpi budak kecil yang menyusu dengna kita dan kita sayangkannya terutama bagi wanita 15.Mimpi melihat salib atau gereja


7 16.Mimpi bertemu paderi 17.Merintih dan menangis ketika tidur 18.Mimpi di ancam benda tajam seperti pisau ,paku dan sebagainya 19.Mimpi jatuh daripada tempat tinggi Gejala ketika jaga: 1.Selalu pening kepala , para pengamal perubatan moden tidak dapat mengesan sebarang penyakit dan dikatakan penyakit misteri 2.Selalu lalai daripada mengingati Allah 3.Hilang ingatan atau gila.Gila adalah berpunca daripada jin.dalam Bahasa Aran di panggil majnun bermaksud ‘dijinkan’ 4.Sering lesu dan malas 5.Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya 6.Sentiasa sakit di tulang belakang 7.Lenguh-lenguh di sendi-sendi utama 8.Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga 9.Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati atau Kanser.Kanser berpunca daripada jin 10.Terase seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki.Seperti terpijak batu atau telur 11.Mudah panik atau kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian 12.Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan 13.Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu 14.Mudah marah dan panas baran 15.Emosional dan terlalu sensitive JENIS-JENIS GANGUAN JIN Terdapat beberapa jenis ganguan: 1.Gangguan sepenuhnya : iaitu jin mengganggu seluruh badan dan jasad seperti orang yang mengalami masalah saraf tersumbat dan seumpama dengannya. 2.Gangguan sebahagian anggota badan. 3.Gangguan berpanjangan iaitu jin terus berada di dalam badannya dalam jangka masa yang lama. 4.Gangguan sejenak iaitu tidak lebih daripada beberapa detik seperti mimpi buruk.


8 KAEDAH MENGELAKKAN DARIPADA GANGGUAN JIN 1.Sentiasa istiqamah berzikir 2.Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan 3.Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke tempat gelap 4.Tidak menyakit binatang seperti anjing dan kucing 5.Jangan tidur bersendirian.Jika terpaksa maka berwuduk dan bacalah doa 6.Jangan membuang air di merata-rata tempat terutama di lubang-lubang 7.Jangan membunuh ular sewenang-wenangnya yang masuk ke dalam rumah. PENGERTIAN SIHIR DARI SEGI SYARIAH Pendapat Ibnu Qudamah al-maqdisi: Sihir ialah ikatan , jampi dan perkataan yang diucapkan atau di tulis sesuatu yang mendatangkan kesan dan akibat terhadapat tubuh orang yang di sihir atau terhadap hati dan akal tanpa menyentuhnya secara langsung. DALIL KEWUJUDAN SIHIR َما َوٱتَبَعُوا تَت لُ َم ُن ِك َن ي َٰ َر ُسلَ َم َن ْ َو َما َكفَ ي َٰ ل ِك ُسلَ َٰى ُم يَ ِطي ُن عَلَ وا ٱل َشَٰ َٰ ِطي َن َولَ َٰ ٱل َشيَ ِ ُم َكفَ و َن ُروا ِز يُعَل ٱلنَا َس ٱل ِ س ح َر َو َما َل ن أ ى ُ ِن َعلَ َك ي َملَ ٱل َل ِ ب ُرو َت ِبَاب ُر َه و َت َٰ ِن َو َم ْۚ َو َما َٰ ِ َما يُعَل ِم ن َح د َ َٰى أ ح ُن َحتَ َما نَ ِنَ يَقُوَل إ فِت نَة َال ُمو َن َ رْ يَتَعَلَ ف تَ كفُ ف ِم ن ُه َما َما و َن َ ِهۦ ِ رقُ ب بَ ي َن َم ر ِء ِ يُفَ َو ْۚ َو َما َز و ِج ٱل ِهۦ ِ ر ُهم ي َن َضا ِ ب ِهۦ ِ ب ِم ن َح د ِ أ َل َ ِن إ ُم ِِإذ د َعِل م َوَل يَنفَعُ ُه مْۚ َولَقَ ُمو َن َما يَ ُض رهُ ب ٱ َّللِْۚ َويَتَعَلَ َما لَهۥُ فِى ٱ ل َءا ِخ َر ِة ِم ن ق َر َٰىهُ َم ِن ٱ شتَ وا لَ َٰ َس َخل ْۚ َ ِئ َولَب َما َش ِ هۦ َر وا ِ َس ُه م ب نفُ أ ْۚ و َ لَ ُم َكانُوا و َن يَ علَ Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puakpuak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. [Al-Baqarah, 2:102]


9 CARA MENGENALI TUKANG SIHIR Tanda-tanda berikut ini jika ada pada seorang perawat tidak diragukan lagi bahawa dia adalah tukang sihir : 1.Meminta sesuatu yang berupa bekas atau apa yang pernah di pakai oleh pesakit seperti kain,baju,sapu tangan dan sebagainya. 2.Menyuruh pesakit membawa haiwan dengan sifat-sifat tertentu untuk di sembelih tanpa menyebut nama Allah .Adakalanya melumurkan darahnya ke bahagian tubuh yang sakit ataupun mencampakkan sembelihan ke tempat yang sunyi(tiada penghuni). 3.Memberi azimat-azimat tertentu. 4.Membaca jampi serapah ke atas azimat itu dan menggunakan Bahasa yang tidak difahami. 5.Menggunakan kain yang berbentuk empat segi di dalamnya ada beberapa huruf atau nombor. 6.Menyuruh pesakit supaya tidak dmenyentuh air selama masa tertentu biasanya empat puluh hari.Tanda ini menunjukkan jin yang melayani tukang sihir tersebut beragama Kristian. 7.Menyuruh pesakit supaya menghindari orang atau memencilkan diri selama masa tertentu di bilik yang tidak dimasuki sinar mentari. 8.Menyuruh pesakit menanam sesuatu benda di dalam tanah. 9.Memberi pesakit sesuatu untuk di bakar dan di suruh berasap dengannya. 10.Dia membaca sesuatu yang tidak difahami. 11.Memberitahu pesakit tentang namanya ,negeri asalnya dan persoalan yang akan ditanyakan. 12.Menulis huruf-huruf pada potongan kertas atau pada tembikar berwarna putih dan menyuruh pesakit melarutkannya di dalam air dan meminumnya. APA ITU SANTAU DAN RACUN? Santau dan racun adalah bahan yang digunakan oleh tukang sihir.Ada yang berpendapat santau dan racun adalah sama.Begitu juga kaedah rawatannya. Adunan untuk membuat racun : 1. Ulat gonggok yang di peram dan di ambil airnya. 2. Segala jenis miang seperti miang buluh. 3. Kepala ular berbisa seperti kepala ular tedung. 4. Katak puru bertanduk. Bahan-bahan tersebut akan di peram dengan getah ipuh iaitu racun yang biasa digunakan untuk menyumpit dan di sapu di kepala anak panah di dalam buluh selama beberapa hari sebelum dikeringkan.Kemudian bahan tersebut dijadikan serbuk.


10 Kesan racun akan menyebabkan mangsa muntah darah akibat luka daripada organ tertentu.Racun juga biasa diletakkan pada pakaian seperti baju dan kasut akibatnya badan dan kaki akan rosak atau buruk akibat gangren. Bahan-bahan membuat santau: 1. Bahan yang berbisa seperti bias ular tedung senduk , ular kapak dan katak puru bertanduk. 2. Bahan miang seperti miang buluh,ulat bulu,miang rebung,tali guni dan lain-lain. 3. Bahan yang tajam dan melukakan seperti kaca ,jarum ,berus besi,rambut,kuku manusia atau binatang dan sebagainya. 4. Bahan yang boleh membuat seseorang itu tidak dapat tidur seterusnya menjadikannya bodoh seperti kura-kura ,tulang dagu kera duku,uri kucing ,biji mata kelawar dan burung jampuk. Proses membuat bahan santau: Ketiga-tiga bahan utama iaitu bahan bias,miang dan bahan luka di proses terlebih dahulu .Kaca terutamanya mentol lampu ,rambut ,kelongsong telur ayam ,kuku manusia ,kulit binatang yang telah mati seperti kulit lipas dan kulit lipan dikeringkan kemudiannya di tumbuk tetapi tidak sampai lumat.Kemudiannya di campur dengan bahan lain.Bahan-bahan itu kemudiannya di poeram selama 40 hari. Bahan di atas biasanya tidak ada campur tangan jin dan syaitan.Keberkesanannya adalah bergantung kepada bahan yang digunakan dalan penyediaan santau.Santau jenis ini agak mudah diubati.Manakala santau dengan campurtangan jin ia akan melibatkan proses pemujaan atau lebih dikenali sebagai santau angin.Ia agak sukar untuk diubati. Proses pemujaan: Bahan-bahan santau yang telah disiapkan akan dimasukkan ke dalam pasu atau gelas untuk di puja dengan cara menyeru jin-jin yang bersayapdan berterbagnan di udara supaya datang memberi kesaktian pada bahan santau yang telah di adun .Ia dilakukan dalam dua bentuk: 1. Pemujaan yang dilakukan mengikut hitungan hari dan bulan. 2. Pemujaan tanpa mengikut perhitungan hari dan bulan.Cara ini dikatakan tidak mempunyai kekuatan yang lebih berbanding cara yang pertama. Santau yang di jampi dinamakan ibu santau.Ibu santau dikatakan hidup dan boleh membiak.Ibu santau ini mempunyai penunggu yang sudah tentu terdiri daripada jin dan syaitan.Ibu santau perlu di buang apabila telah tiba masanya.Jika tidak santau ini sudah tentu akan memakan tuan dan keluarganya.Biasanya santau ini di buang ke dalam laluan air seperti sungai dan parit.Jika seseorang meminum air sungai ini pasti akan terkena santau tersebut.


11 JENIS-JENIS SANTAU Terbahagi kepada 2 jenis : 1. Jenis pertama : santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan jin dan syaitan.Santau jenis ini agak mudah diubati. 2. Jenis kedua : santau yang disertai dengan pemujaan terhadap jin dan syaitan.Santau ini juga dikenali dengan ‘santau angin’ .Santau ini agak sukar untuk diubati kerana ia melibatkan jin yang memiliki sayap dan terbang di udara.Biasanya mangsa akan menjadi kurus kering. SIFAT MUALLIJ(PERAWAT): 1.Berakidah dengan akidah yang sohih. 2.Sangat yakin dengan Al-Quran yang merupakan syifa’ dan penawar paling mujarab bagi segala penyakit. 3.Tahu helah jin dan selok belok penipuan mereka. 4.Tahu hukum syariat. 5.Mendokong sentiasa kalimat Allah dan menegakkan segala hukum-hukumnya. 6.Sentiasa mengingati Allah dan banyakkaan berzikir serta amalan-amalan sunat. 7.Mesti membentengi diri dengan zikir dan wirid yang khas.Perawat perlu ada keikhlasan melakukannya hanya kerana Allah bukan meminta kelebihan daripada zikir itu. 8.Seorang perawat apabila telah berumahtangga akan menajamkan ilmu perubatannya. 9.Sentiasa berjaga-jaga dan beringat untuk ahli keluarga.Mengutamakan rawatan ahli keluarga terlebih dahulu. 10.Sentiasa rajin dan bersemangat dalam beramal. Semoga dengan memahami dan menghayati ilmu ini akan memberi kefahaman yang mendalam berkenaan makhluk halus ini.Jangan memandang remeh masalah ini sentiasalah memandang serius akan tetapi janganlah terlalu taasub dengannya. CARA RAWATAN ISLAM Terdapat tiga peringkat rawatan: Peringkat Pertama: 1. Mewujudkan suasana yang benar-benar sesuai dengan kehendak Islam. 2. Bersihkan rumah (segala azimat dan tangkal yang ada pada pesakit dikumpulkan terlebih dahulu dan bakarlah azimat tersebut) 3. Jauhkan rumah daripada lagu-lagu dan muzik. 4. Jangan sekali-kali melakukan perbuatan dosa dan maksiat di rumah itu.Sebagai contoh nlelaki memakai emas dan wanita membuka aurat atau menghisap rokok.


12 5. Mengajar akidah yang betul kepada pesakit dan keluarganya hingga hati mereka tidak memiliki pergantungan selain daripada Allah. 6. Berwuduk sebelum memulai rawatan.Jika boleh suruh orang yang bersama anda mengambil wuduk. 7. Sekiranya pesakit seorang wanita ,pastikan dia menutup aurat terlebih dahulu supaya tidak terbuka ketika di rawat. 8. Jangan mengubati seseorang wanita ketika dalam keadaan dia melakukan pelanggaran syariat seperti berwangi-wangian,memakai pewarna dan mendedahkan aurat. 9. Ubati wanita jika ditemani mahramnya. 10. Bacalah Peringkat Kedua : Letakkan tangan anda di atas kepala pesakit dan bacalah ruqyah. Peringkat ketiga : Sekiranya pesakit telah sembuh dengan izin Allah SWT melalui usaha anda dan dia merasa sihat ,maka pujilah Allah yang telah mempekenankan usaha dan doa anda.Tingkatkan pergantungan kita dengan Allah.Jangan sampai perkara tersebut kita menjadi sombong. Pada peringkat ini pesakit agak terancam kerana kebanyakan orang yang mengerjakan sihir apabila tahu pesakit telah mendapatkan rawatan ,maka mereka akan pergi lagi bertemu penyihir dan menyihirnya kembali. Maka, pesakit hendaklah merahsiakan rawatan islam tersebut kepada sesiapa pun. Amalkan ayat-ayat di bawah ini.Jadikan sebagai penawar dan syifa’ sepanjang hayat.Semoga bermanfaat.


13 BACAAN PADA AIR UBAT SEGALA PENYAKIT(ISTIHADOH DAN PELBAGAI PENYAKIT) 1 )ايةَالحربَ1 كاليَ 2 )سورةَالفاتحةَ29 كاليََ 3 )سورةَالَعمرانَايةَ154ََسورةَ 4 )سورةَالفتحَايةَ29 5 )سورةَالخالص 6 )سورةَالفلق 7 )سورةَالناس *sebelum tiup pada air ,tadah tangan doakan untuk pesakit.Doa2 yang baik untuknya. AYAT PEMBATAL SIHIR 1 )سورةَالكوثر2X 2 )سررةَالكافرون3X 3 )سورةَالنصر4X 4 )سررةَالمسد5X 5 )سورةَالخالص6X 6 )سورةَالفلقَ+َسورةَالناسَ7X AYAT UNTUK PATAH BALIK SIHIR ATAU SANTAU 1 )سورةَالفاتحة 2 )ايةَالكرسي 3 )سورةَالعرافَايةَ129َ(ََفانهَيكون ذلك............َX49) 4 )سورةَالفاتحةَX45 5 )سورةَالبقرةَايةَ59 ( فَبَدَّلَ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا ۟ قَوْلًا غَيْرَ ٱلَّذِى قِيلَ لَهُمْ فَأَنزَلْنَا عَلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا ۟ رِجْزًا مِّنَ ٱلسَّمَا ۟ءِ بِمَا كَانُوا ۟ يَفْسُقُونَ Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka). 6 )سورةَالخالص 7 )سورةَالفلق 8 )سورةَالنا


Click to View FlipBook Version