BUKU PERTANDINGAN
(EDISI VIRTUAL)
KELOLAAN
MRSM BATU PAHAT, JOHOR
ANJURAN
BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH (BPM)
TARIKH
15-18 OKTOBER 2021
1
PERATURAN KEJOHANAN SILAT SENI
MRSM SE-MALAYSIA 2021
SENI TARI SILAT (VIRTUAL)
Pertandingan silat seni adalah bertujuan untuk menilai unsur-unsur seni dalam beberapa aspek
persilatan, iaitu dari aspek-aspek tari silat (bunga) hinggalah kepada aspek bela diri.
Pertandingan dijalankan dengan menilai persembahan sesebuah pasukan di mana
persembahan adalah dilakukan dalam kalangan sesama ahli-ahli pasukan mereka sahaja
mengikut kaedah-kaedah peraturan pertandingan.
PANDUAN KEJOHANAN SILAT SENI (VIRTUAL) MRSM SE- MALAYSIA 2021
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Silat di Malaysia merupakan suatu khazanah seni dan budaya yang
telah menjadi amalan leluhur sejak generasi demi generasi
sehinggalah ke hari ini. Keilmuan silat ini merupakan suatu khazanah
yang memperturunkan keluhuran akal budi kepada generasi terkini.
Seperti semua bidang seni budaya yang lain, silat juga perlu diselami
dan difahami secara ekstrinsik dan instrinsik. Sedaya yang boleh,
segala keaslian budaya silat seperti cara berpakaian, langkah gerak,
istiadat dan lain-lain akan terus dipelihara.
1.2 Disebabkan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
yang diarahkan oleh Kerajaan Malaysia, aktiviti silat di sekolah telah
tertangguh untuk tahun 2020. Sehubungan dengan perkara di atas,
Unit Ko-Kurikulum Bahagian Pendidikan Menengan MARA dan MRSM
Batu Pahat bercadang untuk menganjurkan Kejohanan Silat Seni
(Virtual) MRSM Se-Malaysia 2021 bagi menyemarakkan kembali
aktiviti silat di MRSM yang tertangguh .
2
2.0 MATLAMAT
2.1 Untuk menyemai dan mengukuhkan rasa cinta pelajar terhadap
warisan budaya bangsa.
2.2 Untuk melahirkan generasi yang berdikari, bersikap positif, sabar dan
berani menghadapi cabaran dan yakin pada diri.
2.3 Menyediakan peluang untuk pelajar sekolah menjalankan aktiviti silat
dalam situasi PKP sekarang ini.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Menguji tahap pencapaian diri pelajar dalam Kokurikulum Seni Bela Diri
serta menguji kemampuan pelajar dalam menghayati seni silat sebagai
warisan budaya bangsa.
3.2 Menerapkan nilai-nilai murni melalui falsafah persilatan kepada
generasi kini untuk mencapai aspirasi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
3.3 Untuk menanam semangat kesukanan yang positif, memupuk
semangat kerjasama dan toleransi.
3.4 Mencungkil bakat baharu pasukan Silat Seni bagi tahun 2021.
4.0 TEMA
4.1 `PENCAK GEMILANG MARTABAT DIJULANG’
4.2 Tema ini memberi gambaran bahawa silat merupakan satu instrumen
untuk membentuk jati diri dan pembinaan sahsiah yang amat berkesan
jika berjaya dimanfaatkan.
5.0 TARIKH PERTANDINGAN
5.1 Bermula daripada 15-18 Oktober 2021, jam 8.00 pagi sehingga jam
5.00 petang.
3
6.0 KATEGORI PERTANDINGAN
6.1 Kategori pertandingan adalah sebagaimana jadual berikut:
Kategori
Silat Tari Solo Silat Tari Solo Silat Tari Solo Silat Tari Solo
Putera Puteri
Bil. Acara Putera Puteri
Menengah Menengah Menengah Menengah
Atas Atas
Rendah Rendah
KOD : KOD :
KOD : KOD : MALsilatsolo MAPsilatsolo
MRLsilatsolo MRPsilatsolo / /
1. Seni Tari Silat / /
7.0 CARA MENDAFTAR
Pendaftaran penyertaan dan link youtube akan dihantar oleh pengurus
pasukan silat MRSM masing-masing menggunakan borang penyertaan
melalui pautan berikut: https://bit.ly/silatmrsm
8.0 SYARAT PENYERTAAN
8.1 Penyertaan hanya boleh didaftarkan oleh pengurus pasukan silat
MRSM masing-masing.
8.2 Setiap MRSM perlu menghantar 12 orang peserta iaitu 4 orang
peserta silat dan 8 orang pelajar sebagai pembantu tugas-tugas
teknikal dan ICT seperti dalam keterangan berikut :
8.2.1 Jumlah peserta bagi acara Silat Tari Solo adalah 4 orang
peserta sahaja iaitu seorang peserta bagi setiap kategori.
Kategori yang dipertandingkan ialah Silat Tari Solo Putera
Menengah Rendah KOD : MRLsilatsolo, Silat Tari Solo Puteri
Menengah Rendah KOD : MRPsilatsolo, Silat Tari Solo Putera
Menengah Atas KOD : MALsilatsolo dan Silat Tari Solo Puteri
Menengah Atas KOD :MAPsilatsolo. Penyertaan melebihi
seorang peserta bagi satu kategori atau seorang peserta
menyertai lebih daripada satu kategori adalah tidak dibenarkan.
8.2.2 Selain daripada peserta silat, setiap maktab juga dikehendaki
menyertakan nama 8 orang pelajar yang membantu tugas-
tugas teknikal dan ICT dalam menghasilkan video iaitu 2 orang
pelajar bagi setiap kategori dan pelajar tersebut akan diberikan
sijil penglibatan.
4
8.3 Peserta mestilah terdiri daripada pelajar yang berdaftar di MRSM.
8.4 Peserta hendaklah sihat dan bebas daripada sebarang penyakit yang
kronik serta mempunyai perlindungan insurans.
8.5 Setiap MRSM hendaklah menghasilkan 4 Video persembahan iaitu 1
video bagi setiap kategori dan perlu dimuatnaik/upload di youtube
masing-masing terlebih dahulu, kemudian hanya perlu menghantar link
youtube sahaja kepada pihak penganjur Kejohanan Silat Seni MRSM
Se-Malaysia 2021 Edisi Virtual iaitu MRSM Batu Pahat Johor.
Sebanyak 4 link youtube perlu dihantar. Video asal tidak perlu
dihantar kepada penganjur.
8.6 Pendaftaran penyertaan bersama link youtube setiap video
persembahan hendaklah dihantar oleh pengurus pasukan silat setiap
MRSM kepada pihak penganjur Kejohanan Silat Seni MRSM Se-
Malaysia 2021 Edisi Virtual iaitu MRSM Batu Pahat Johor melalui
pautan berikut: https://bit.ly/silatmrsm
8.7 Panduan penghantaran video di sediakan oleh MRSM Batu Pahat.
(Rujuk lampiran)
8.8 Tarikh akhir pendaftaran dan penghantaran video ialah sebelum atau
pada 1 Oktober 2021 sebelum jam 5.00 petang kepada Urus setia
Kejohanan Silat Seni MRSM Batu Pahat Johor menggunakan pautan
seperti yang dinyatakan di atas.
9.0 KONSEP PERTANDINGAN
9.1 Format pertandingan ialah mengikut kategori Seni Tari Silat seperti
Pertandingan Silat Seni Sekolah-Sekolah Malaysia dan tertakluk
kepada pindaan. Unsur kesan khas pada video persembahan tidak
dibenarkan, hanya audio muzik silat dibenarkan. Tulisan nama peserta,
nombor maktab, nama MRSM dan acara perlu dipamerkan dalam video
sebelum aksi persembahan dimulakan. Rakaman hanya melalui
sebuah kamera yang kedudukannya adalah statik di hadapan pesilat.
Kamera tidak boleh digerak atau dibawa ke lokasi lain namun boleh
dihalakan ke sudut-sudut yang dikuasai oleh pesilat. Kaedah ’zoom’
pada rakaman juga tidak dibenarkan. Semua perkara berkenaan perlu
dipatuhi demi melancarkan tugasan penjurian dan teknikal
pertandingan.
5
9.2 Semua persembahan dinilai berdasarkan skema pemarkahan Seni
Tari Silat seperti Pertandingan Silat Seni Sekolah-Sekolah Malaysia
dan tertakluk kepada pindaan.
9.3 Beberapa pindaan dibuat untuk disesuaikan dengan situasi Perintah
Kawalan Pergerakan antaranya ialah:
9.3.1 Persembahan hendaklah dalam kawasan yang mempunyai
ruang yang luas dan boleh dilaksanakan dengan mengamalkan
penjarakan fizikal mengikut SOP yang ditetapkan.
9.3.2 Masa persembahan atau masa peragaan yang dikira sebagai
masa pertandingan ialah antara 2 minit 50 saat sehingga 3 minit
tepat. Masa persembahan bermula apabila pesilat melakukan
tertib masuk gelanggang iaitu melangkah masuk ke dalam
gelanggang, memberi hormat, melakukan salam perguruan
(antara 15 hingga 20 saat), bermula selepas bunyi penanda
melakukan pola langkah silat Melayu, memperagakan ’Tari Silat
Melayu’ (3 babak sudah memadai), melakukan penutupan
persembahan, hormat dan undur 3 langkah ke belakang dan
bergerak keluar mengikut tertib keluar gelanggang.
9.3.3 Penjurian adalah secara online. Panel juri akan dilantik oleh
Jawatankuasa Teknikal Pertandingan di peringkat MRSM Se-
Malaysia. Keputusan Panel Juri adalah muktamad.
PERTANYAAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi:
1. En Emirrudin bin Jaafar (TPPB) : 013-7537108
2. En Norazlan bin Kimpol (Penyelaras) : 019-7492492
3. En Turiman bin Hussein (Timbalan Penyelaras) : 019-7891616
4. Pn Safura binti Salleh (Ketua Ajk ICT dan Video) : 019-7575084
6
CARTA PERBATUAN
KEJOHANAN SILAT SENI MRSM BATU PAHAT 2021
BIL PERKARA TARIKH MASA PLATFORM TINDAKAN
1 Penghantaran & 1 – 5 Okt 21 8.00 a.m Teams/ TPPB BP
semakan video - Google Meet KP
penyertaan 5.00 p.m Penyelaras
Pn. Safura
2 Penilaian pusingan awal 6-9 Okt 21 8.00 a.m Teams/
10 Okt 21 - Google Meet/ AJK ICT
3 Keputusan 32 peserta KP
terbaik diumumkan 10.30 p.m Youtube
WJ MARA
5.00 p.m FB/Youtube/ Pn. Safura
Whatsapp
AJK ICT
4 Penghantaran video ke- 11 – 13 Okt 21 8.00 a.m Teams/ KP
2, 32 peserta terbaik - Google Meet/
Penyelaras
5.00 p.m Youtube Pn. Safura
5 Semakan video ke-2, 32 14 Okt 21 8.00 a.m Google Form AJK ICT
peserta terbaik - TPPB BP
5.00 p.m KP
Penyelaras
6 Penilaian pusingan 15-16 Okt 21 8.00 a.m Teams/ Pn. Safura
akhir, 32 peserta terbaik 17 Okt 2021 - Google Meet/
secara live Youtube/FB AJK ICT
- 3 juri akan menilai 1 5.00 p.m TPPB BP
peserta/MRSM Live
KP
7 Serahan keputusan 12.00 p.m Email Penyelaras
rasmi oleh Ketua Pn. Safura
Pertandingan kepada
MRSM BP AJK ICT
KP
WJ MARA
Pn. Safura
AJK ICT
KP
Penyelaras
Pn. Safura
AJK ICT
7
PANDUAN PENGHANTARAN VIDEO
PERTANDINGAN
8
PROSES PENGHANTARAN
VIDEO
1 Menghasilkan video
2 Memuat naik Video
3 Menghantar Link Video
9
PROSES MEMUAT NAIK VIDEO DI YOUTUBE
1. Taip laman www.youtube.com
2. Tekan butang sign in. Pastikan anda sign in terlebih dahulu di
dalam akaun youtube. Jika anda tidak mempunyai akaun
youtube, anda perlu mendaftar terlebih dahulu.
3. Tekan butang
4. Tekan Upload Video
10
5. Tekan select files dan pilih file video anda yang telah disimpan
di dalam directory masing-masing.
6. Pada ruangan title masukkan maklumat seperti berikut:
MRLsilatsolo
Kategori Peserta
• MR-Menengah Rendah • L-Lelaki
• MA-Menengah Atas • P-Perempuan
7. Pada ruangan description masukkan nama MRSM
Cth: MRSM Batu Pahat
11
8. Tekan butang NEXT
9. Tekan butang NEXT
12
10. Tekan butang NEXT
11. Pilih Unlisted
12. Tekan butang SAVE
13
13. Copy Link Video. Kemudian paste link ini menerusi pautan
borang yang telah disediakan oleh tuan rumah iaitu melalui
pautan https://bit.ly/silatmrsm
14