The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muawiyahkarim, 2022-01-04 21:48:24

isu-isu perpaduan dan sosial di malaysia

efolio

E-MAJALAH

SLIDESMANIA.COM

THIS IS OUR TEAM!

NUR ATHIRAH BINTI MUAWIYAH BINTI SITI FATHIMAH ASHURA MUHAMMAD AIZIZZUDDIN
YUSMARIZAN ABDUL KARIM BINTI MOHAMAD FIKRI AMZARIEY BIN AZAHA
(18DDT201012) (18DDT20F1063) (18DDT20F1057) (18DDT20F1088)

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM SIDANG REDAKSI

Penaung : Encik Borhannudin Bin Ya
Editor : Muawiyah Binti Abdul Karim
Pengarang Kumpulan : Nur Athirah Binti Yusmarizan
Subeditor : Siti Fatimah Ashura Binti Mohamad Fikri
Timb.Pengarang Kumpulan :
Muhammad Aizizzuddin Amzariey Bin Azaha
Pengurus Bahan :
1. Muawiyah Binti Abdul Karim
2. Nur Athirah Binti Yusmarizan
3. Siti Fatimah Ashura Binti Mohamad Fikri
4. Muhammad Aizizzuddin Amzariey Bin Azaha

SLIDESMANIA.COM PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, bersyukur ke hadrat ilahi,
dengan impah izin kurnianya, kami dapat menyiapkan tugasan
e-majalah ini dengan sempurna dan jayanya. sepanjang
menyiapkan tugasan ini, kami telah memperoleh pelbagai
maklumat mengenai isu penyalahgunaan dadah. kami ingin
merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah tugasan, Encik
Borhannudin Bin Ya di atas kerjasama beliau yang telah memberi
tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami dalam menghasilkan
tugasan dengan sempurna . Tidak lupa juga kepada ahli kumpulan
yang memberi kerjasama yang baik dalam menyiapkan tugasan
e-majalah ini. semoga e-majalah ini dapat memberikan manfaat
dan panduan kepada semua orang. Terima kasih.

SLIDESMANIA.COM ISI KANDUNGAN
1.SIDANG REDAKSI
2.PENGHARGAAN
3.ISU PENYALAHGUNAAN DADAH
4.ISU PENGAMBILAN MAKANAN
SEIMBANG
5.ISU PENCEMARAN AIR
6.PENUTUP

ISU
PENYALAHGUNAAN

DADAH

SLIDESMANIA.COM

PENGENALAN DADAH
Dalam farmakologi, dadah adalah bahan kimia,
Dadah adalah bahan yang menyebabkan biasanya struktur yang diketahui, yang, apabila
perubahan dalam fisiologi atau psikologi diberikan kepada organisma hidup, menghasilkan
organisma semasa diambil. Dadah kesan biologi.Dadah farmasi, juga disebut ubat,
biasanya dibezakan dari makanan dan adalah bahan kimia yang digunakan untuk merawat,
bahan yang memberikan sokongan nutrisi. menyembuhkan, mencegah, atau mendiagnosis
Penggunaan dadah boleh melalui penyakit atau untuk mempromosikan kesejahteraan.
penyedutan, suntikan, merokok, Secara tradisional dadah-dadah diperoleh melalui
pengingesan, penyerapan melalui pengekstrakan dari tanaman perubatan, tetapi baru-
tampalan pada kulit, supositori, atau baru ini juga melalui sintesis organik. Dadah
melarutkannya di bawah lidah. farmaseutikal boleh digunakan untuk jangka masa
yang terhad, atau secara berkala untuk gangguan
SLIDESMANIA.COM kronik.

SLIDESMANIA.COM PUNCA PENYALAHGUNAAN DADAH

kekurangan Perhatian Daripada Ibu Bapa.

Hal ini memang tidak dapat dinafkan terutamanya dalam era mengejar kesenanganhidup pada hari ini. Para ibu bapa sentiasa sibuk
mencari nafkah bagi menampung kehidupan serta menyediakan keperluan asas yang bertara tinggi untuk keluarga secara tidak langsung
masa yang sepatutnya diluangkan bersama anak-anak menjadi terhad. Hal ini akan mengakibatkan remaja menikmati kebebasan
yangketerlauan kerana kegiatan mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa. Lama-kelamaan kebebasan yang dikecapi akan membawa
mereka ke lembah penagihan najis dadah.

pengaruh rakan sebaya.

Hal ini demikian kerana kebanyakan masa remaja diluangkan bersama denganrakan sebaya mereka. Oleh itu pemilihan rakan yang sesuai
haruslah dilakukandengan bijaksana oleh setiap remaja. Sekiranya rakan sebaya yang digauli oleh mereka terlibat dalam pengambilan
dadah secara tidak langsung mereka sendiriakan terikut-ikut dengan sikap rakan mereka. Budaya ini harus dikikis kerana hanyaakan
menyebabkan gejala ini menjadi lebih serius. Para remaja perlu bersikap rasional pada setiap masa.

Tekanan dan Depressi

Kini remaja bukan hanya berhadapan dengan cabaran untuk belajar di sekolah semata-mata. harapan yang tinggi oleh ibu bapa agar
mereka mencapai prestasi yang cemerlang dalam pelajaran telah menjadi suatu tekanan yang hebat kepadaremaja. selain menghadiri
kelas di sekolah mereka terpaksa menghadiri kelas-kelas yang lain seperti kelas tuisyen, muzik, tarian, seni pertahanan diri dan
sebagainya bagi memenuhi kehendak ibu bapa. Akibatnya, mereka tidak mempunyai masa yang tersendiri untuk beristirahat dan
melakukan hobi yang digemari oleh mereka. Tekanan ini akan mendorong mereka mengambil dadah kerana kononya ingin mencari
ketenangan jiwa. Mereka berpendapat bahawa pengambilan dadah dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mereka dalam
sekelip mata sahaja.

KESAN-KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH

KESAN KEPADA REMAJA
Pengambilan dadah dari peringkat remaja akan meningkatkan risiko untuk menyebabkan penagihan yang
serius apabila umur semakin meningkat. Remaja lebih terdedah kepada masalah fizikal dan sosial
berbanding orang dewasa kerana pada masa ini otak dan badan mereka masih sedang berkembang.
Dadah dan alkohol boleh menyebabkan gangguan kepada fungsi otak yang mengawal motivasi, memori,
pembelajaran, kebolehan membuat keputusan dan juga kawalan tingkahlaku. Oleh itu tidak hairanlah jika
mereka yang mengambil dadah dari remaja selalunya akan menghadapi masalah keluarga, masalah di
sekolah, keputusan peperiksaan yang tidak memberangsangkan di samping masalah kesihatan (termasuk
juga kesihatan mental). Mereka juga akan menjadi cenderung untuk terlibat dalam aktiviti jenayah.
Pada umur awal dewasa pula, bahagian korteks prefrontal masih tidak matang sepenuhnya dan mereka
yang terlibat dengan dadah akan menghadapi masalah dalam menganalisa situasi, membuat keputusan
dan mengawal emosi serta nafsu.Itulah juga sebabnya kenapa pada umur remaja dan awal dewasa ramai
yang tidak dapat menilai risiko dengan baik lalu memilih untuk mencuba dadah. Pengambilan dadah ketika
otak dan badan masih sedang berkembang boleh memberikan kesan jangka panjang yang buruk pada
masa hadapan.

SLIDESMANIA.COM

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
PENYALAHGUNAAN DADAH

Peranan ibu bapa

Dalam usaha untuk membendung masalah yang semakin gawat ini, ibu bapa memainkan peranan yang cukup penting untuk
memastikan anak-anak mereka tidak turut terjebak dalam masalah ini. Mereka perlu meluangkan masa secukupnya untuk
bersama anak-anak. Sikap ambil berat dan bertanggungjawab serta penyayang ini mampu mengelakkan remaja dari terjerumus
ke dalam maslah penyalahgunaan dadah. Ibu bapa perlu menyediakan segala keperluan dan pendidikan baik yang formal
mahupun yang tidak formal dalam usaha membendung anak-anak mereka dari terjebak ke perangkap penyalahgunaan dadah.
Anak-anak hendaklah diberikan pendidikan agama secukupnya serta diawasi setiap pergerakan dan pergaulan mereka sejak
dari kecil lagi. Sesungguhnya pembentukan sahsiah remaja banyak ditentukan oleh institusi kekeluargaan.

Peranan sekolah

Pendidikan pencegahan pnyalahgunaan dadah di sekolah merupakan langkah awal untuk membendung penyalahgunaan dadah
dalam kalangan remaja. Seandainya tidak dibendung, masalah ini akan terus mengancam dan menggugat kesejahteraan negara.
Pendidikan pencegahan pada dasarnya bertujuan untuk mendidik di samping memberikan maklumat untuk menyedarkan
remaja mengenai bahayanya penyalahgunaan dadah sebelum ianya terlambat. Sudah tentu kita tidak ingin melihat remaja
terjerumus ke dalam jurang kehinaan ini. Peranan pihak sekolah dalam membenteras masalah ini amatlah penting. Antara
program yang boleh dilaksanakan ialah Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR). Program ini diatur untuk memberikan
kesedaran kepada pelajar mengenai risiko penyalahgunaan dadah dan secara tidak langsung mendidik mereka untuk menjauhi
najis dadah. Oleh yang demikian, peranan pihak sekolah amat penting dalam menerapkan budaya remaja benci dadah dan
seterusnya membantu golongan ini menjauhi najis dadah sebelum ia menjadi parah.

SLIDESMANIA.COM

KESIMPULAN DADAH

kesimpulannya, dadah membawa banyak kesan buruk. Penyalahgunaan dadah yang berpunca
daripada banyak faktor mengakibatkan banyak masalah sosial berlaku. Oleh itu, semua pihak
hendaklah berganding bahu dan mengatur strategi untuk mengatasi masalah ini yang juga
dianggap musuh utama Negara. Antaranya adalah pihak-pihak yang bertanggungjawab
terutamanya pihak kerajaan hendaklah mengatur langkah untuk menangani masalah tersebut.
Namun, ia tidak akan berjaya sekiranya kita sebagai rakyat tidak mahu bekerjasama untuk
membanteras masalah ini. Ibu bapa perlu memainkan peranan membimbing anak-anak mereka
supaya menjauhi dadah. Kita perlu insaf bahawa masalah dadah boleh membebankan keluarga
dan negara. Akhirnya, kita haruslah terus memerangi dadah agar masyarakat kita tidak menjadi
lemah.

SLIDESMANIA.COM

ISU PENGAMBILAN
MAKANAN SEIMBANG

SLIDESMANIA.COM

DEFINISI

Makanan yang mengandungi kesemua nutrisi
yang diperlukan untuk tubuh berfungsi
dengan baik dalam kuantiti yang mencukupi.
Makanan yang seimbang perlu mengandungi
nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak
dan garam galian pada kadar yang betul.

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM TABIAT PEMAKANAN KURANG SIHAT PUNCA UTAMA
OBESITI RAKYAT MALAYSIA

Jika membeli-belah dianggap cara menghabiskan masa di kebanyakan
negara, makanan pastinya satu tarikan di Malaysia, sama ada untuk orang
tempatan atau pelancong. Di Malaysia, kewujudan restoran mamak 24 jam,
restoran makanan segera dan gerai makan membolehkan orang ramai
menjamu selera hampir sepanjang masa. Pertemuan sosial juga sering
dilengkapi dengan jamuan makan. Situasi itu secara langsung menyebabkan
kadar obesiti di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia. Menurut hasil kajian
jurnal perubatan British 2013, The Lancet, 49 peratus wanita dan 45 peratus
lelaki di negara ini didapati mengalami obesiti.rakyat Malaysia harus
menitikberatkan kepada pemakanan sihat dengan mengurangkan makanan
yang mengandungi kadar gula yang tinggi, berminyak dan kolesterol seperti
nasi lemak, roti canai dan teh tarik. Malaysia terkenal dengan pelbagai jenis
makanan daripada pelbagai budaya dan kita sering makan lebih banyak
daripada apa yang diperlukan tubuh kita. Jadi, ke mana sahaja kita pergi, kita
wajar memilih makanan yang tepat untuk dimakan. Kita harus tahu apa yang
dimakan dan apa kesannya kepada tubuh. Jika kita makan berlebihan, kita
perlu tahu apa yang perlu dilakukan. Senaman penting untuk mengelakkan
obesiti

KESAN PENGAMBILAN
MAKANAN TIDAK SEIMBANG

Pemakanan yang tidak seimbang
boleh menjejaskan kesihatan kita
seharian dan kesejahteraan dan
mengurangkan keupayaan kita
untuk menjalani kehidupan yang
menyeronokkan dan aktif.
Dalam jangka pendek , pemakanan
tidak seimbang boleh menyumbang
kepada tekanan, keletihan dan
keupayaan kita untuk bekerja, dan
dari masa ke masa , ini boleh
menyumbang kepada risiko
mendapat beberapa penyakit dan
masalah kesihatan lain

SLIDESMANIA.COM

LANGKAH MENGATASI PENGAMBILAN MAKANAN YANG
TIDAK SEIMBANG

langkah untuk mengurangkan pengambilan makanan segera dalam kalangan
masyarakat di Malaysia bagi melahirkan masyarakat yang mengamalkan
gaya hidup sihat ialah ibu bapa haruslah mendidik, memantau serta
mengawal kadar pengambilan makanan segera anak-anak mereka. Hal ini
berlaku demikian kerana dalam era yang meletakkan kerjaya sebagai
keutamaan ini, ibu bapa perlu menitikberatkan soal pemakanan anak-anak
mereka walaupun sibuk mengurus kerjaya. Lantaran itu, anak-anak akan
kurang mengambil makanan segera kesan daripada didikan ibu bapa
mereka seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya
hidup sihat. Tamsilnya, ibu bapa perlu memberitahu anak-anak mereka
tentang kebaikan dan keburukan makanan segera bagi jangka masa pendek
mahupun jangka masa panjang. Oleh itu, didikan, pemantauan serta kawalan
daripada ibu bapa merupakan langkah bijak bagi melahirkan masyarakat
yang mengamalkan gaya hidup sihat

SLIDESMANIA.COM

kesimpulan

Makan dan amalan pemakanan sihat sangat
penting untuk kehidupan manusia sama ada
kanak-kanak ataupun orang dewasa. Makanan
yang berkhasiat dapat membantu kita menjaga
kesihatan dan tumbesaran dan juga terhindar
dari sebarang penyakit.

SLIDESMANIA.COM

ISU PENCEMARAN
AIR

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM DEFINISI PENCEMARAN AIR

Pencemaran air ialah perubahan yang berlaku kepada air dari segi
kandungan atau warna serta sifat-sifat kimia yang disebabkan oleh
pelbagai bahan pencemar dalam pelbagai bentuk seperti pepejal, cecair
dan gas. Ia merujuk kepada pencemaran jasad air ( tasik, sungai, lautan
dan air bawah tanah), biasanya akibat kegiatan manusia. Dalam banyak
kes, pencemaran air disebabkan oleh pembuangan air kumbahan
kepada jasad air tanpa rawatan . Pencemaran air boleh menyebabkan
kemusnahan ekosistem akuatik. Sebaliknya, ini boleh membawa kepada
masalah kesihatan awam, contohnya jika orang di hilir menggunakan air
sungai yang tercemar yang sama untuk minum atau mandi. Ia juga boleh
menjejaskan penggunaan air yang lain, seperti aktiviti pengairan.
Pencemaran air mempengaruhi seluruh biosfera tumbuhan dan
organisma yang hidup di dalam jasad air tersebut, serta organisma dan
tumbuhan yang mungkin terdedah kepada airnya. Kesannya boleh
merosakkan bukan sahaja kepada spesies individu, tetapi juga kepada
komuniti biologi semula jadi. Sumber-sumber pencemaran air boleh
dikumpulkan dalam sumber-sumber titik, sumber-sumber bukan titik
(meresap) dan pencemaran air bawah tanah. Bahan pencemar yang
membawa kepada pencemaran air termasuk spektrum bahan kimia,
patogen, dan perubahan fizikal yang meluas seperti suhu tinggi.

SLIDESMANIA.COM PUNCA PENCEMARAN AIR

pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut.

Tindakan tidak bertanggungjawab penduduk terutama penghuni perumahan setinggan yang membuang
sampah sarap telah menyebabkan pencemaran air yang serius.

pembuangan sisa toksid dari kilang.

Contohnya kilang getah dan kilang kelapa sawit. Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga
menjadi punca kepada pencemaran air di sungai-sungai di Malaysia.Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke
dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai. pembuangan sisa toksid dari kilang.
Contohnya kilang getah dan kilang kelapa sawit. Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga
menjadi punca kepada pencemaran air di sungai-sungai di Malaysia.Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke
dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai.

Air kumbahan dari kawasan perumahan terutamanya kawasan perumahan setinggan
sering dialirkan ke sungai yang berhampiran.

Penggunaan tandas tradisional yang menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan najis juga
menyumbang kepada pencemaran air sungai. akhir sekali, Pembersihan kapal perikanan yang membuang
minyak diesel ke sungai juga telah menyebabkan pencemaran air. Hasil tangkapan yang busuk dibuang ke
dalam sungai. Ini juga menyebabkan pencemaran air. Tumpahan minyak dari kapal tangki minyak dan
kawasan pelantar minyak di perairan pantai Terengganu, Sabah dan Sarawak, juga menyebabkan
pencemaran laut yang serius. Hidupan akuatik juga terancam.

SLIDESMANIA.COM KESAN-KESAN PENCEMARAN AIR

Kesan utama pencemaran udara kepada manusia aah sistem
pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem
pengangkutan oksigen dalam darah dan melambatkan tindak balas.
kesan seterusnya akan menyebabkan seseorang itu mengantuk,
mempunyai penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.
Seterusnya adalah kesan kepada tumbuhan. tumbuhan akan
mengalami kerosakan nekrosis iaitu keguguran daun, klorosisi ialah
pertukaran warana dan pertumbuhan yang terbantut. kesan ini juga
akan menyebabkan sebahgian daripada penduduk bumi kekurangan
sumber makanan dan ekonomi yang akhirnya menganggu kehidupan
seharian, Selain itu, akan menganggu keseimbangan ekosistem. Akhir
sekali kesan kepada haiwan. Haiwan akan terancam atau mati akibat
daripada pencemaran udara. Perkara ini disebabkan oleh udara yang
memasuki paru-paru haiwan. selain tiu, makanan dari sumber
tumbuhan akan tercemar oleh pencemaran udara.

SLIDESMANIA.COM LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN AIR

jangan buang sampah ke dalam sungai, tasik atau laut.

Dengan cara ini kita dapat membersihkan sampah yang ada dipantai dan laut . mengumpul sampah dan
masukkan ke dalam tong sampah berhampiran dan menjalankan aktiviti kitar semula. kita juga boleh
mengambil tindakan pada mereka yang melanggar peraturan yang di tetapkan oleh pihak berkuasa dengan
berat. seterusnya , mengadakan kempen dalam kalangan masyarakat iaitu sayangi sumber utama kita iaitu air.
selain itu, memasang perangkap sampah di dalam longkang bagi mengelakkan sampah tersebut mengalir
masuk ke dalam sungai.

melakukan proses rawatan loji kumbahan air.

kumbahan akan melalui beberapa proses pembuangan bahan kimia untuk mengurangkan jumlah sisa toksik,
zarah pepejal dan bahan bukan organik dikeluarkan dengan menggunakan penapis. menggunakan penapis
biologi dan proses yang secara semula jadi merendahkan bahan buangan organik.

memelihara air dengan mematikan pili air

ianya memebantu mengelakkan masalah pembaziran air dan mengurangkan kuantiti air yang tercemar yang
perlu di rawat. Jangan membuang bahan cecair seperti cat,minyak atau cecair lain yang menyukarkan proses
rawatan kedalam singki, lubang tandas dan dalam longkang kerana ianya menyukarkan proses merawat air.

KESIMPULAN PENCEMARAN AIR

Kesimpulannya, pencemaran air telah menyebabkan kualiti air tidak memenuhi piawai yang ditetapkan.
Maka, pelbagai langkah perlu diambil supaya kualiti air terpelihara. Tindakan undang-undang yang keras
adalah perlu demi untuk menjaga warisan ini untuk generasi akan datang. Sebagaimana yang dinyatakan
sebelum ini, pencemaran air berlaku akibat proses semula jadi namun kebanyakkan pencemaran yang
berlaku adalah berpunca daripada kegiatan manusia. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa penerokaan
terhadap sumber alam semula jadi amat penting untuk kemajuan, namun sikap tamak manusia telah
memburukkan keadaan. Ancaman yang terjadi akibat pencemaran air tidak hanya menjejaskan tanaman dan
ekosistem semula jadi alam malahan ia juga turut mengancam kesihatan manusia dan mengundang maut.
Manusia sepatutnya kembali kepada agama dalam menuntut penyelesian terhadap krisis alam sekitar
termasuklah pencemaran air yang semakin serius pada masa kini. Dari segi agama Islam, kaedah kefahaman
tersebut mestilah bertitik tolak dari kefahaman manusia terhadap peranan mereka sebagai khalifah di muka
bumi ini. Oleh itu, Islam hendaklah dijadikan panduan untuk membentuk cara hidup serta membangunkan
sains, teknologi dan peradaban. Kesemua unsur ini diperlukan untuk digembleng bagi mengatsi krisis alam
sekitar dan sebagainya . Oleh itu, dalam memastikan pencemaran air tidak berterusan dan dapat dikawal,
semua pihak perlu berganding bahu termasuklah anggota masyarakat kerana masalah pencemaran air ini
merupakan tanggungjawab bersama.

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM PENUTUP

SETELAH SELESAI PEMBUATAN E-
MAJALAH INI, KAMI MENDAPATI
BANYAK PENGETAHUAN TENTANG
TAJUK-TAJUK YANG KAMI LAKSANAKAN
DAN DAPAT MEMAHAMI DENGAN LEBIH

MRENDALAM.


Click to View FlipBook Version