SLIDESMANIA.COM ISU - ISU
KESEPADUAN DAN
SOSIAL DI MALAYSIA
ISU SUKAN , ISU SEMANGAT KEJIRANAN , ISU TULISAN JAWI
AHLI KUMPULAN
NUR ATHIRAH MUAWIYAH BINTI SITI FATHIMAH ASHURA MUHAMMAD AIZIZZUDDIN
BINTI YUSMARIZAN ABDUL KARIM BINTI MOHAMAD FIKRI AMZARIEY NIN AZAHA
(18DDT20F1012) (18DDT20F1063) (18DDT20F1057) (18DDT20F1088)
SLIDESMANIA.COM
SLIDESMANIA.COM SIDANG REDAKSI
Penaung : Encik Borhannudin Bin Ya
Editor : Muawiyah Binti Abdul Karim
Pengarang Kumpulan : Nur Athirah Binti Yusmarizan
Subeditor : Siti Fatimah Ashura Binti Mohamad Fikri
Timb.Pengarang Kumpulan :
Muhammad Aizizzuddin Amzariey Bin Azaha
Pengurus Bahan :
1. Muawiyah Binti Abdul Karim
2. Nur Athirah Binti Yusmarizan
3. Siti Fatimah Ashura Binti Mohamad Fikri
4. Muhammad Aizizzuddin Amzariey Bin Azaha
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, bersyukur ke hadrat ilahi, dengan impah izin kurnianya, kami dapat menyiapkan
tugasan e-majalah ini dengan sempurna dan jayanya. sepanjang menyiapkan tugasan ini, kami telah memperoleh pelbagai
maklumat mengenai isu penyalahgunaan dadah. kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah tugasan,
Encik Borhannudin Bin Ya di atas kerjasama beliau yang telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami dalam
menghasilkan tugasan dengan sempurna . Tidak lupa juga kepada ahli kumpulan yang memberi kerjasama yang baik dalam
menyiapkan tugasan e-majalah ini. semoga e-majalah ini dapat memberikan manfaat dan panduan kepada semua orang.
Terima kasih.
SLIDESMANIA.COM
ISI KANDUNGAN
1.SIDANG REDAKSI
2.PENGHARGAAN
3.ISU SUKAN
4.ISU SEMANGAT KEJIRANAN
5.ISU TULISAN JAWI
6.PENUTUP
SLIDESMANIA.COM
ISU SUKAN
SLIDESMANIA.COM
PENGENALAN SUKAN
Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang
Sebahagian besar kegiatan lapang, dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk
surat khabar, dan televisyen pertandingan, keseronokan, pembangunan,
diberikan kepada sukan. sukan dapat kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.
juga menjadi sumber pendapatan. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat
Pendekatan pragmatik dalam sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara
mendefinisikan sukan ialah dengan bersaingan di hadapan ribuan penonton akan
melihat kegunaan umum istilah dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian
tersebut. di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.
Terdapat pelbagai jenis sukan, dan
SLIDESMANIA.COM kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan
keinginan manusia sama ada sebagai peserta
atau pun sebagai penonton.
PUNCA SUKAN
PUNCA SUKAN MASIH GAGAL MEMBENTUK PERPADUAN
Secara amnya rakyat Malaysia menggamalkan sukan dalam kehidupan harian
masing-masing terutamanya pada waktu petang,tujuan mereka melakukan
aktiviti tersebut adalah bukan sahaja untuk menjaga kesihatan malah adalah
untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga dan kawankawan.Bagi
generasi muda sekarang,ramai masih bersukan atau beriadah mengikut kaum
masingmasing,tanpa menghiraukan kaum yang lain.Ini dapat dibuktikan sendiri di
kawasan-kawasan perumahan dan sebagainya.
SLIDESMANIA.COM
SLIDESMANIA.COM KESAN-KESAN SUKAN
Kesan emosi positif
Penglibatan dalam sukan boleh membantu mengurangkan tekanan anda. Satu
pasukan penyelidikan yang diketuai oleh Dr Michael Babyak, menunjukkan bahawa
orang yang tertekan yang mengambil bahagian dalam aktiviti sukan berstruktur
selama 4 bulan lebih mungkin melaporkan simptom kemurungan atau depresi yang
sedikit atau tidak daripada kumpulan perbandingan yang sama ada mengambil ubat
untuk kemurungan atau yang menggunakan kedua-dua ubat dan senaman.
American College of Sports Medicine menggalakkan senaman sebagai cara untuk
mengurangkan kemurungan pada remaja, memetik kajian 2006 dalam “Journal of
Abnormal Psychology” sebagai bukti.
Mengurangkan tekanan
Sukan, dari berlari hingga bermain bola sepak, berfungsi sebagai latihan dan
senaman yang berfungsi sebagai mengurangkan tekanan. Aktiviti fizikal seperti
sukan menyebabkan otak melepaskan bahan kimia neurotransmiter yang dikenali
sebagai endorfin, yang menghasilkan perasaan euphorik dan mengurangkan
tekanan. Pada tahap yang lebih mudah, minda yang difokuskan pada permainan
tidak tertumpu pada kebimbangan dan keresahan anda. Bermain sukan juga
meningkatkan suhu badan anda, yang mungkin memberi kesan emosi yang
menenangkan.
SLIDESMANIA.COM LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH SUKAN
MEMBERI PENGIKTIRAFAN INSENTIF
Memberi pengiktirafan insentif kepada para atlet yang berjaya mengharumkan nama
negara di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Misalnya, pemberian
pangkat, wang tunai, harta yang boleh berupa emas dan berlian serta tanah.
Pemberian pengiktirafan insentif ini mampu menaikkan semangat para atlet untuk
terus bersaing secara sihat bagi merebut gelaran pemenang dalam apa jua acara yang
dipertandingkan. Senario ini dapat dilihat melalui pencapaian pemain badminton dunia,
Datuk Lee Chong Wei yang mendapat gelaran 'Datuk' di atas pencapaiannya yang
cemerlang
MENYEDIAKAN INFRASTRUKTUR SUKAN YANG MODEN DAN BERKUALITI
Menyediakan infrastruktur sukan yang moden dan berkualiti. Kerajaan telah
membelanjakan jutaan ringgit untuk membeli infrastruktur sukan yang moden dan
berkualiti serta mengikut piawaian antarabangsa. Perkara ini bertepatan dengan
hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai atlet negara yang mampu bersaing di
mata dunia. Kerajaan juga telah memperuntukkan pembiayaan bagi membaiki dan
menaiktaraf infrastruktur sedia ada di seluruh Malaysia. Infrastruktur sukan yang baik
akan memudahkan para atlet untuk berlatihdan bersedia menghadapi sukan bertaraf
dunia.
ISU SEMANGAT KEJIRANAN
SLIDESMANIA.COM
PENGENALAN SEMANGAT KEJIRANAN
Hubungan kejiranan mampu mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Ia juga
boleh membentuk satu jaringan komuniti yang paling sempurna. Hubungan kejiranan ini
juga turut mewujudkan interaksi sosial yang sempurna dan mampu menggalakkan
perpaduan dalam kalangan penduduk setempat. Jika disebut perkataan jiran sudah
pastilah, makna mudahnya iaitu orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita, iaitu
di sebelah, di hadapan, dan juga dibelakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam sebuah
kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga. Hubungan kejiranan ini
penting kerana ia melibatkan kerjasama dalam segala aspek khususnya aspek keselamatan
setempat.
Kajian yang dilakukan oleh Sheau (2006) mendapati komuniti yang menyerlah dan bersatu-
padu sentiasa dikaitkan dengan norma saling mempercayai dan bantu membantu antara
jiran. Bagi penduduk “urban village” hubungan kejiranan ini dilihat sebagai penentu kepada
kesejahteraan penduduk di kawasan tempat tinggal mereka
SLIDESMANIA.COM
SLIDESMANIA.COM PUNCA HILANG SEMANGAT KEJIRANAN DALAM
KESEPADUAN SOSIAL
Sejak belakangan ini, semangat kejiranan dan
hubungan silatulrahim dalam kalangan masyarakat
khususnya yang tinggal di bandar tidak utuh. Faktor
penyumbang utama ialah sifat mementingkan diri
sendiri bak kata pepatah’seperti enau melepaskan
pucuk masing-masing’. Trend ini menyebabkan berlaku
jurang pemisah sosial terutama dalam kalangan jiran
yang berlainan bangsa. Langkah-langkah yang
pragmatik harus diambil supaya masalah ini dapat
diatasi segera jika tidak masalah ini akan menular
seperti’api dalam sekam’.
SLIDESMANIA.COM KESAN-KESAN SEMANGAT KEJIRANAN SEMAKIN LUNTUR
perubahan gaya hidup masyarakat sekarang yang terlalu sibuk mencari
rezeki untuk menyara keluarga masing-masing.
Kos sara hidup yang tinggi serta tekanan hidup dunia moden sering memaksa warga
kota bekerja sepanjang hari. Sebagai akibatnya, mereka keletihan dan kesuntukan masa
untuk bertegur sapa sesama jiran mereka.Corak pekerjaan yang dilakukan oleh
masyarakat dahulu dan sekarang sangat berbeza. Masyarakat zaman dahulu,
pekerjaan mereka berasaskan pertanian yang memerlukan semangat bekerjasama di
antara mereka, bak kata pepatah, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Manakala
masyarakat sekarang bekerja sendiri yang tidak menekankan amalan kerjasama. Oleh
itu, perubahan hidup masyarakat sekarang jelas menjadi penyebab kepada kelunturan
semangat kejiranan masa kini.
SLIDESMANIA.COM KESAN-KESAN SEMANGAT KEJIRANAN SEMAKIN LUNTUR
kemajuan dalam bidang teknologi atau media massa juga salah satu punca yang
mempengaruhi kelunturan semangat kejiranan.
Teknologi merupakan satu perkara yang paling penting pada era ini. Pada zaman sekarang.,
bidang teknologi semakin berkembang dengan maju dan pesat. Penggunaan media elektronik
seperti telefon bimbit, televisyen dan komputer pada masa sekarang yang menyebabkan
semangat kejiranan kini semakin hilang. Masyarakat sekarang terlalu asyik menggunakan
kemudahan yang terdapat di sekeliling mereka yang tidak memerlukan mereka keluar rumah dan
bersusah-payah untuk mendapatkannya. Kemudahan peralatan canggih seperti ini selalunya
terdapat di dalam rumah mereka yang menyebabkan mereka semakin tidak menghiraukan
semangat kejiranan. Budaya sebegini menyebabkan amalan kunjung-mengunjungi sesama jiran
semakin berkurangan. Ekoran dengan itu, kita akan menjadi hilang kemahiran untuk
berkomunikasi dan bersikap ramah-tamah di dalam pergaulan., sebaliknya kita hanya akan
menjadi seperti kera sumbang dan hanya mampu berinteraksi dengan orang lain melalui teknologi.
Oleh itu, kemajuan dalam bidang teknologi pada masa sekarang turut mempengaruhi kelunturan
semangat kejiranan.
LANGKAH- LANGKAH MENGATASI MASALAH
SEMANGAT KEJIRANAN
mengadakan aktiviti sosial seperti gotong-
royong.
Pihak berkuasa tempatan dan jawatankuasa persatuan
penduduk harus menjalankan aktiviti sebegini bagi
mewujudkan satu platform di mana ahli masyarakat dapat
bekerjasama dan beramah-mesra. Aktiviti sebegini bertindak
seperti serampang dua mata kerana dapat mengeratkan
hubungan antara jiran dan mengindahkan kawasan sekitar
sekaligus.
SLIDESMANIA.COM
LANGKAH- LANGKAH MENGATASI MASALAH
SEMANGAT KEJIRANAN
mengadakan majlis ramah-tamah seperti rumah terbuka.
Majlis ini sesuai diadakan sewaktu sambutan perayaan. Majlis ramah-tamah boleh
diadakan secara besar-besaran yang melibatkan ahli politik dan diadakan di
dewan serbaguna. Program yang lebih besar ini dapat memberi peluang kepada
segenap penduduk untuk berkenal-kenalan. Sementara itu, aktiviti lain seperti
persembahan seperti tarian, nayanyian dan lakonan boleh diselitkan sewaktu
majlis ramah-tamah.Ini dapat menarik lebih ramai pengunjung dan mencungkil
bakat peserta
SLIDESMANIA.COM
ISU TULISAN JAWI
SLIDESMANIA.COM
PENGENALAN TULISAN JAWI
Tulisan Jawi merupakan warisan bangsa Melayu semenjak kedatangan Islam ke
Kepulauan Melayu pada abad ke-10. Kewujudan tulisan Jawi amat sinonim dengan
penduduk Tanah Melayu yang beragama Islam pada ketika itu. Malahan, tulisan Jawi ini
dikenali sebagai tulisan Melayu-Arab di Nusantara kerana Hashim Musa (1999) ada
mengesahkan bahawasanya Shellbear mengatakan orang Melayu menerima secara
langsung tulisan Jawi daripada orang Arab. Kegemilangan tulisan Jawi pada abad-ke 18
tidak dapat dinafikan apabila penjajah Barat mempelajari untuk membaca dan
mengejanya. Suatu ketika dahulu juga menggambarkan bahawa tulisan Jawi amat
terserlah dalam kesusasteraan, kesenian dan kebudayaan Melayu. Menurut Keong
Kyoung Seock (1990) ada menyatakan bahawa zaman kesusasteraan dahulu
merupakan wahana masyhur dalam tulisan Jawi.
SLIDESMANIA.COM
PUNCA HILANG TULISAN JAWI DALAM
KESEPADUAN SOSIAL
Kurangnya pendedahan tulisan jawi kepada generasi sekarang.
Ibu bapa yang pandai mungkin tidak lagi mahu mengajar atau melatih
anaknya kemahiran bahasa jawi.
Ketinggalan zaman
Ramai anak muda dan ibu bapa lebih suka penggunaan bahasa inggeris
pada anak - anak dan diri mereka. disebabkan oleh ini makin berkurang
penggunaan tulisan jawi dalam kalangan masyarakat malaysia. kerana
pada mereka tulisan jawi ini adalah ketinggalan zaman dan digunakan
pada masa dulu sahaja.
SLIDESMANIA.COM
KESAN-KESAN MEMARTABATKAN TULISAN JAWI
Berlaku pergaduhan antara kaum
Ini kerana tidak menyoal selidik terlebih dahulu tentang kebaikan pembelajaran tulisan
jawi.
Warisan seni melayu tidak dimartabatkan dan dipandang tinggi oleh negara lain.
Ini kerana rakyat Malaysia sendiri menolak penggunaan tulisan jawi dalam kehidupan
harian. Rakyat Malaysia juga mengangg penggunaan tulisan jawi didalam buku teks
tidak penting dan telah membuang sepenuhnya penggunaan tulisan jawi dalam buku
teks di sekolah. Disebabkan itu, anak-anak remaja tidak terdedah dengan tulisan jawi.
SLIDESMANIA.COM
SLIDESMANIA.COM LANGKAH-LANGKAH MEMARTABATKAN
TULISAN JAWI
Meningkatkan kemahiran penulisan Jawi guru pendidikan Islam
Guru pendidikan Islam hendaklah berupaya menguasai kaedah pengejaan, penulisan dan
pengimbuhan dalam sistem ejaan Jawi agar pelajar dapat merujuk dengan mudah. Sehubungan itu,
guru hendaklah menarik minat pelajar dengan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran
secara kreatif. Contohnya, permainan secara talian untuk menarik minat pelajar mempelajari sesuatu
baharu. Kaedah pembelajaran abad ke-21 menekankan aspek kemahiran guru menggunakan
kemahiran teknologi selain berpengetahuan bidang tersendiri. Manakala, guru yang berhadapan
masalah untuk mengajar tulisan Jawi hendaklah diberikan kursus penulisan Jawi atau Buku Panduan
Perlaksanaan j-QAF.
Pendedahan semula dalam media dan sistem pendidikan
Pemberhentian penerbitan Utusan Melayu dalam tulisan Jawi dapat disokong oleh media cetak lain melalui peranan
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). DBP hendaklah menerbitkan bahan bercetak yang mengandungi tulisan Jawi.
Pendedahan semula kepada bangsa Malaysia penting untuk menyampaikan maklumat tentang kewujudan tulisan Jawi.
DBP juga hendaklah menggalakkan penulis akhbar untuk menyelitkan berita atau artikel dalam tulisan Jawi. Penerbitan
tersebut merangkumi artikel kepentingan tulisan Jawi dan kaedah mempelajarinya agar dapat menghidupkan semula
sanubari masyarakat nilai estetika warisan bangsa. Penggunaan tulisan Jawi juga dapat dipertingkatkan dengan
sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan Malaysia hendaklah memperkenalkan Pendidikan Jawi bermula daripada
peringkat sekolah rendah hingga menengah supaya pelajar dapat memupuk semangat cinta akan warisan bangsa. Di
samping itu, diserap dalam subjek Bahasa Melayu kerana tulisan Jawi merupakan tonggak kepada pemartabatan
bahasa kebangsaan pada zaman kegemilangan dahulu
PENUTUP
SETELAH SELESAI MEMBUAT E-MAJALAH INI KAMI
MENDAPATI BANYAK PENGETAHUAN TENTANG TAJUK-
TAJUK YANG KAMI LAKSANAKAN DAN DAPAT MEMAHAMI
DENGAN LEBIH MENDALAM. AKHIR SEKALI, KAMI
BERCADANG TUGASAN-TUGASAN SEPERTI INI DAPAT
DIPERBANYAKKAN LAGI AGAR DAPAT MENAMBAH ILMU
PENGETAHUAN KEPADA PARA PELAJAR
SLIDESMANIA.COM
THANK YOU!
SLIDESMANIA.COM