The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulbatrisyia0120, 2022-07-13 10:27:24

konstituen ayat

konstituen ayat

SUSUNAN KONSTITUEN
AYAT

NURUL BATRISYIA
NURUL NAJLAH

1.Susunan konsistuen ayat ada dua iaitu:
a. Ayat susunan biasa
b. Ayat susunan songsang

i. Ayat susunan biasa merupakan unsur
subjek mendahului unsur predikat.
Contoh ayat:
-Pokok besar itu sudah tumbang

ii. Ayat susunan biasa dengan perintah.
Contoh ayat:
-Pekerja baru itu siapa?

iii. Kata penegas juga boleh digunakan
sebagai penegasan.
contoh ayat:
-Mereka sahaja yang akan mengikuti lawatan
pada hari ini.

2. Ayat susunan songsang terbahagi kepada
dua bahagian iaitu:

i. Pendepanan seluruh predikat
(Ayat yang keseluruhan predikatnya dibawa ke
hadapan sebelum subjek)
Contoh: Ketua pengawas pelajar itu.

ii. Pendepanan sebahagian daripada predikat
melalui proses pendepanan:
a.pendepanan sebahagian daripada frasa kerja
b.pendepanan sebahagian daripada frasa
adjektif
c.pendepanan frasa sendi nama

a) Pendepanan sebahagian daripada frasa
kerja

-Pendepanan kata kerja iaitu kata kerja yang
berada konstituen predikat sahaja
dikedepankan menghasilkan ayat songsang.
Ayat susunan biasa:
-Abang baling bola itu ke dalam hutan.
Ayat songsang:
-Baling abang bola itu ke dalam hutan.

i. Pendepanan kata kerja+objek
- Kata kerja dan objek berada dalam konsistuen
ayat predikat sahaja dikedepankan bagi
menghasilkan ayat songsang.
Ayat susunan biasa:
-Ibu menjahit selimut pada hari itu.
Ayat songsang:
-Menjahit selimut ibu pada hari itu.

ii. Pendepanan kata bantu+kata kerja
- Ayat songsang terhasil apabila unsur predikat
dikedepankan iaitu kata kerja dan kata bantu.
Ayat susunan biasa:
-Pak Mail sedang menunggang motosikal di
kebun.
Ayat songsang:
-Sedang menunggang motosikal Pak Mail di
kebun.

iii. Pendepanan kata bantu+kata bantu+kata
kerja
Ayat songsang terhasil dengan dua penggunaan
kata bantu secara berturutan.
Ayat susunan biasa:
-Erin masih belum tiba di rumahnya.
Ayat songsang:
-Masih belum Erin tiba di rumahnya.

b) Pendepanan sebahagian daripada frasa
adjektif

- frasa adjektif hadir selepas subjek bagi ayat
susunan biasa.

- frasa adjektif hadir sebelum subjek bagi
susunan songsang.

-bahagian hadapan terdiri daripada:
kata adjektif sahaja
kata penguat+ kata adjektif
kata bantu+ kata adjektif

i.Pendepanan kata adjektif sahaja
- konsistuen predikat yang dikedepankan hanya
kata adjektif bagi menghasilkan ayat songsang
Ayat susunan biasa:
-Suasana kelas T5 bising semasa waktu rehat.
Ayat songsang:
-Bising suasana kelas T5 semasa waktu rehat.

ii.Pendepanan kata penguat+ kata adjektif
-Apabila kata penguat dan kata adjektif yang
merupakan konsistuen predikat dikedepankan
terhasil ayat songsang.
Ayat susunan biasa:
-Ayah amat sedih akan kematian kucingnya.
Ayat songsang:
-Amat sedih ayah akan kematian kucingnya.

iii.Pendepanan kata bantu+kata adjektif
-Kata bantu dan kata adjektif yang merupakan
konsistuen predikat dikedepankan akan
terbentuk ayat songsang.
Ayat susunan biasa:
-Puan Limah masih cantik seperti anak dara.
Ayat sonsang:
-Masih cantik Puan Limah seperti anak dara

c) Pendepanan Frasa Sendi Nama
-Terhasil apabila frasa sendi nama dalam
konsistuen predikat di hadapan dan ayat ini
kepada 2:
Pendepanan frasa sendi nama sebagai
predikat
Pendepanan frasa sendi nama sebagai
keterangan dalam predikat

i. Pendepanan frasa sendi nama sebagai
predikat
- Ayat songsang ini terhasil apabila unsur predikat
iaitu frasa sendi nama di hadapan
Ayat susunan biasa:
-Penyanyi terkenal itu dari China.
Ayat songsang:

-Dari China penyanyi terkenal itu.

ii.Pendepanan frasa sendi nama sebagai
keterangan dalam predikat

- terhasil apabila unsur predikat ini di hadapan
Ayat susunan biasa:

-Atlet itu bertanding pada minggu hadapan.
-keterangan dalam predikat yang mempunyai

unsur tersebut dikedepankan dan menghasilkan
songsang
Ayat songsang:
-Pada minggu hadapan atlet itu bertanding.


Click to View FlipBook Version