The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Azrin Afuan, 2023-10-25 13:10:28

MPU23052-DERMA ORGAN

MPU23052-DERMA ORGAN

MPU23052 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM TAJUK: PENJELASAN PENDERMAAN ORGAN SELEPAS KEMATIAN YANG DIHARUSKAN DALAM ISLAM KELAS: DTK5B NAMA AHLI KUMPULAN: NAMA N0.PEND MUHAMMAD EMIR HAZIQ BIN KAMARUL ARIFFIN 02DTK21F1053 AZRIN AFUAN BIN AZAHA 02DTK21F1015 IZDIYAD SYIMIR BIN MOHD ILIYAS 02DTK21F1031 AIMAN HADHIM BIN ABU HASYIM 02DTK21F1021 ISMAN HAIZAT BIN MAZRI 02DTK21F1039 ABDUL HAKIM BIN ABDUL HALIM 02DTK21F1068 PENSYARAH: LIANA BINTI NAWAWI NORAINI


PENGENALAN Tidak ada istilah “putus asa” dalam Islam. Sebagai makhluk yang diamanahkan oleh Allah SWT untuk mengimarahkan muka bumi, manusia seharusnya memanfaatkan akal fikiran yang dianugerahkan oleh Allah SWT bagi menyelesaikan sebarang masalah dan cabaran yang dihadapi.Ini termasuklah soal merawat penyakit. Dengan perkembangan pesat dalam bidang perubatan moden, pelbagai kaedah rawatan penyakit telah ditemui dan diperkenalkan. Salah satu kaedah rawatan ini ialah rawatan pemindahan organ yang terbukti Berjaya merawat pesakit-pesakit yang menghidap masalah kegagalan organ peringkat akhir. Organ atau anggota badan tertentu boleh dipindahkan daripada seorang manusia kepada seorang manusia bagi tujuan menggantikan organ penerima yang gagal berfungsi. Organ-organ dan tisu-tisu yang boleh dipindahkan termasuklah jantung, injap jantung, hati, buah pinggang (ginjal), paru-paru, kornea mata, tulang dan kulit. Pemindahan organ boleh dilakukan daripada penderma yang masih hidup atau penderma yang sudah meninggal dunia. Organ-organ yang boleh diambil daripada penderma yang masih hidup ialah salah satu dari dua buah pinggang dan sebahagian hati. Penderma yang sudah meninggal dunia pula boleh mendermakan semua organ dan tisu yang sesuai bagi tujuan pemindahan.


HUKUM MEMINDAHKAN ORGAN Dalam konteks Islam, hukum mengenai pemindahan dan pendermaan organ tidak dibincangkan secara khusus dalam sumber utama hukum iaitu al-Quran dan alSunnah. Ini kerana pemindahan dan pendermaan organ merupakan perkembangan perubatan yang bermula pada abad ke-20. Walaupun demikian, para ulama Islam sudah membincangkan perkara ini semenjak tahun 1950-an lagi. Di Malaysia, isu pemindahan organ mula dibincangkan pada tahun 1960-an apabila Mufti Negeri Perlis mengeluarkan fatwa berhubung isu ini pada tahun 1965.2 Pandangan-pandangan yang dikeluarkan oleh ulama Islam berkaitan pemindahan organ bersifat ijtihadi iaitu ijtihad yang dilakukan berdasarkan pendekatan-pendekatan fikah. Fatwa yang bersifat ijtihadi, seperti yang diterangkan oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi, ulama kontemporari dari Mesir, ialah fatwa yang “masih boleh diperbincangkan,seperti juga ijtihad manusia yang lain, tambahan pula ia bersangkutan dengan hukum masalah baharu yang tidak tercatat pendapat ulama-ulama terdahulu”.3 Secara asasnya, hukum pemindahan dan pendermaan organ ialah harus. Ini kerana pemindahan dan pendermaan organ memenuhi tuntutan memelihara nyawa manusia yang merupakan salah satu daripada maqasid al-syar‘iyyah (objektif syariah).


MENDERMA DARIPADA SEBAHAGIAN ANGGOTA SI MATI Apabila hukum menderma daripada sebahagian anggota dengan cara wasiat adalah harus, adakah harus juga bagi waris dan walinya untuk menderma sebahagian anggota si mati bagi pihaknya? Mungkin ada orang mengatakan bahawa badan seseorang yang mati adalah milik tuan punya badan, bukannya milik wali dan warisnya. Jika ia adalah milik wali dan warisnya, maka haruslah bagi mereka sama ada untuk melakukan apaapa sahaja ataupun menderma sebahagian anggotanya. Tetapi keadaan tidak sedemikian. Perlu diingatkan di sini, bahawa seseorang yang telah meninggal, tidak lagi mempunyai kelayakan untuk memiliki sesuatu. Sebagaimana harta miliknya berpindah kepada waris, maka begitu juga boleh kita katakana terhadap badannya bahawa wali dan waris mempunyai hak ke atas dirinya. Kemungkinan tegahan syarak daripada mematahkan tulang si mati atau mencabuli kehormatannya adalah untuk menjaga hak orang-orang yang masih hidup lebih daripada menjaga hak si mati itu sendiri. Sesungguhnya syarak telah memberikan hak qisas atau memberi maaf kepada para wali dalam masalah membunuh dengan sengaja. Firman Allah SWT: َ ل َ و وا ُ ل ُ ت ْ ق َ َس ت ْ ف َّ الن ت ِ َّ ال َ م رَّ َ ح ُ ـه َّ الل َّ ل إ ق حَ ْ ال ب ن َ م َ و تلَ ُ ق ا ً وم ُ ل ْ ظ َ م ْ د َ ق َ ف ا َ ن ْ ل َ ع َ ه ج ي ل َ و ل ا ً ان َ ط ْ ل ُ س َ ل َ ف ف ُ ْْسِ ي ِ ف ل ْ ت َ ق ْ ال ۖ ُ ه َّ ن إ َ ان َ ك ا ً ور نص ُ َ م Maksudnya: Sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum syarak). (Surah al-Isra’: 33)


Mereka juga (para wali) mempunyai hak untuk memberikan kemaafan jika mereka mahu, atau mereka juga boleh melakukan perdamaian dengan menerima bayaran diat atau menerima bayaran yang lebih rendah atau lebih tinggi atau langsung memberi maaf secara menyeluruh atau sebahagian kerana Allah SWT tanpa apa-apa bayaran. Firman Allah SWT: ْ ن َ م َ ف َ ِ ف ُ ع ُ ه َ ل ْ من خي ه َ أ ء ْ ِ ش َ اع َ ب ات َ ف و ف رُ ْ ع َ م ْ ال ب اء َ د َ أ َ و ه ْ ي َ ل ن إ ا سَ ْ ح إ ب Maksudnya: Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan daripada saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa). (Surah al-Baqarah: 178) Daripada apa yang dijelaskan, tidak mustahil mereka mempunyai hak untuk melakukan sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain dan tidak mendatangkan mudarat kepada badan si mati. Bahkan mungkin si mati akan mendapat pahala disebabkan perkara tersebut sekadar manfaat yang diberikan kepada orang yang memerlukan pertolongan seperti pesakit-pesakit dan orangorang yang ditimpa musibah sekalipun si mati tidak berniat. Sebagaimana dia juga diberikan pahala pada masa hidupnya di sebabkan tanamannya dimakan oleh manusia, burung dan binatang lainnya sekalipun tidak berniat, atau disebabkan dia ditimpa kesusahan, kepenatan, dukacita atau kesakitan sehingga duri yang menusuknya.


Sebagaimana si mati juga boleh mendapat manfaat dengan sebab doa anaknya secara khusus dan orang-orang Muslimin secara umum, atau dia juga boleh mendapat manfaat hasil daripada sedekah yang dilakukan oleh orang lain bagi pihaknya. Kami telah nyatakan sebelum ini bahawa bersedekah (menderma) dengan sebahagian anggota badan adalah lebih besar pahalanya daripada bersedekah dengan harta. Oleh sebab itu, saya berpendapat bahawa tidak ada halangan bagi para waris untuk menderma sebahagian anggota si mati yang diperlukan oleh pesakit untuk tujuan rawatan, seperti menderma buah pinggang, jantung dan sebagainya dengan diniatkan pahalanya untuk si mati. Ia adalah sedekah yang berkekalan pahalanya selagi penerima anggota tersebut mendapat manfaat daripadanya. Para waris tidak boleh menderma anggota si mati jika dia berwasiat semasa hidupnya supaya tidak melakukan demikian kerana itunadalah haknya. Wasiat pada perkara yang bukan maksiat wajib dilaksanakan.


SYARAT-SYARAT PEMINDAHAN ORGAN YANG DIHARUSKAN DALAM ISLAM i. Tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit. ii. Tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penderma atau penerima organ. iii. Pendermaan organ dilakukan dengan ikhlas, dan niat untuk membantu kerana Allah s..w.t. iv. Pendermaan organ perlu mendapat keizinan penderma dan ahli keluarga atau warisnya. Proses pendermaan organ perlu dilakukan dengan penuh hormat sebagai menghormati hak jenazah. Pembedahan pengambilan organ adalah satu proses yang sama seperti mana pembedahan ke atas pesakit yang masih hidup serta menghormati hak waris di samping keizinan dan persetujuan daripada waris hendaklah diperolehi sebelum sebarang proses pengambilan organ dijalankan.


PANDANGAN FATWA NEGERI SELANGOR Keputusan Fatwa Negeri Selangor membenarkan pemindahan organ, tetapi perlu mengambil kira pertimbangan-pertimbangan berikut: i. Di dalam keadaan mendesak atau mustahak bahawa nyawa penerimanya bergantung kepada pemindahan anggota itu dan pemindahannya Berjaya sekurang-kurang 50%. ii. Di dalam keadaan jantung, kematian si mati telah dipastikan sebelum anggotanya dipindahkan. iii. Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma sebelum pemindahan sebarang anggota di dalam kematian biasa atau daripada kaum keluarganya di dalam kemalangan. iv. Tindakan sewajarnya hendaklah diperketatkan supaya tidak ada pembunuhan dan perdagangan bagi anggota manusia. Walau bagaimanapun, pendermaan organ kepada orang kafir harbi tidak harus. Selain itu, beliau turut mensyaratkan organ yang didermakan tidak boleh menjadi bahan jual beli. Beliau turut mengaharuskan kepada waris dan wali menderma organ tertentu kaum keluarga mereka yang telah meninggal dunia, yang tidak berwasiat organnya tidak boleh diambil selepas meninggal (Kitab Fataawa Mu’asirah). Fuqaha mutakhir telah mengharuskan pembedahan ke atas mayat dengan tujuan penyelidikan, rawatan bagi suatu penyakit atau bagi menentukan sebabsebab jenayah. Keharusan ini adalah diasaskan kepada prinsip darurat. Perkaraperkara terlarang diharuskan apabila berlaku darurat. Dalam amalan di Malaysia, penderma tidak boleh menetapkan siapa yang bakal mendapat organ yang didermakan. Juga dalam konteks Malaysia, orang bukan Islam di kategorikan sebagai ‘Thimmi’ yakni mereka yang telah memberikan taat setia kepada Negara, dan wajib dilindungi , dibantu dan diselamatkan apabila berada di dalam kesusahan atau penderitaan ini termasuklah menyelamatkan nyawa menerusi pendermaan organ.


KESIMPULAN Penderma organ boleh dikategorikan di bawah pengorbanan jiwa raga seperti yang dinyatakan oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah ini. Ini kerana penderma sanggup menderma organnya kepada pesakit yang memerlukannya dengan syaratsyarat yang ditetapkan. Menyelamatkan nyawa manusia ialah salah satu daripada tumpuan penjagaan syarak dalam Islam. Pendermaan organ juga melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai rasa tanggungjawab untuk membantu satu sama lain tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, pangkat dan harta. Islam sememangnya amat menggalakkan sifat taawun atau bantu-membantu.


RUJUKAN Internet 1.https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/1816-pendermaan-organ 2.file:///C:/Users/haziq/Downloads/Pendermaan_organ_menurut_perspektif% 20islam.pdf 3.http://mufti.terengganu.gov.my/index.php/96-himpunan-kertas-kerja/154- hukum-pemindahan-organ-manusia 4.https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/09/79093/pemindahanorgan-orang-mati-diharuskan 5.https://www.muftiselangor.gov.my/en/component/phocadownload/category /9-koleksi-majalah-at-taqwa?download=19:pendermaan-organ-menurutperspektif-islam


Click to View FlipBook Version